16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... •...

15
1 Jenis-jenis Wacana Lisan Terdapat beberapa jenis wacana lisan dalam BM, antaranya: 1. Perbahasan 2. Perbincangan 3. Perundingan 4. Ceramah 5. Ucapan 6. Taklimat MINGGU 13

Transcript of 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... •...

Page 1: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

1

Jenis-jenis Wacana Lisan

Terdapat beberapa jenis wacana lisan dalam BM, antaranya:

1. Perbahasan

2. Perbincangan

3. Perundingan

4. Ceramah

5. Ucapan

6. Taklimat

MINGGU 13

Page 2: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

2

Perbahasan

Mengikut Asmah Haji Omar (1996:1), perbahasan

adalah semua kegiatan interaksi bahasa yang

melibatkan adanya perbincangan yang

ditimbulkan oleh wujudnya konflik antara orang

yang mengambil bahagian.

Perbahasan meliputi perbincangan biasa,

perdebatan antara pasukan, mesyuarat formal,

perundingan, seminar, persidangan, muzakarah,

perbahasan parlimen, dan wacana ilmiah.

Perbincangan

merupakan kegiatan bahasa yang menunjukkan

adanya usaha untuk mempertahankan,

menyokong atau menentang sesuatu hujah yang

dikemukakan.

Page 3: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

3

Ciri-ciri dalam Perbahasan

1. Penggunaan ayat: menggunakan ayat yang

susunannya jelas.

2. Pemilihan perkataan: kata-kata yang digunakan

dalam perbahasan mestilah tepat dengan

maksud yang ingin disampaikan.

3. Penyebutan: disarankan menggunakan

sebutan baku dan lagu bahasa atau rentak

yang lazim digunakan semasa orang bercakap

atau berbincang.

4. Kehalusan bahasa: ciri yang memperlihatkan

kesopanan dan kesantunan berbahasa semasa

menyampaikan hujah. Kehalusan bahasa tidak

sahaja terletak pada penggunaan ayat yang

teratur tetapi terletak pada pemilihan kata atau

ungkapan yang tidak menyinggung perasaan.

Page 4: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

4

5. Penyampaian hujah: merupakan proses

pembentukan dan pengeluaran buah fikiran,

dan proses ini sebahagian besarnya

bergantung kepada penguasaan bahasa.

6. Gerak laku: dimaksudkan dengan peraturan

paralinguistik yang sesuai dalam konteks

budaya sesuatu masyarakat bahasa.

7. Maklumat bersama, maklumat inti dan

maklumat tambahan: merupakan jenis

maklumat yang disampaikan atau diperoleh

melalui perbahasan.

Page 5: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

5

Jenis-jenis Perbahasan

• Seminar berbeza dengan perbahasan dari segi

saiznya tetapi mempunyai persamaan dari segi

struktur dan giliran bercakap.

• Seminar dan perbahasan berbeza dengan forum

dari segi struktur dan dari segi keputusan.

• Kata simposium pula digunakan sebagai sinonim

dengan seminar.

• Kata muzakarah mempunyai pengertian yang

sama dengan seminar atau persidangan, tetapi

hanya untuk membincangkan bidang keagamaan.

• Kata wacana pula digunakan untuk pengertian

yang sama dengan seminar.

• Kolokium tidak berbeza dengan forum dari segi

struktur dan saiznya.

• Kata sidang pula ada kalanya merujuk kepada

sesi perbincangan atau sama dengan makna

persidangan.

Page 6: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

6

Perundingan

Bermaksud sebagai mesyuarat atau

perbincangan. Antara teknik yang digunakan

dalam perundingan ialah:

• Penggunaan ciri-ciri pragmatik.

• Penggunaan cerita

• Penggunaan bunga bahasa

• Pemilihan kod

• Penggunaan unsur humor atau jenaka

Page 7: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

7

Ceramah, Ucapan dan Taklimat

Merupakan sebahagian kategori perucapan umumnya dalam aspek perutusan (Maimunah Haji Omar, 1993: 1). Perutusan boleh didefinisikan sebagai satu proses penghantaran dan penerimaan maklumat oleh manusia.

Penggunaan Bahasa dalam Perucapan

Bahasa yang digunakan dalam perucapan mestilah:

1. Jelas:

a. Tepat dan konkrit

b. Penggunaan bahasa yang bersifat teknikal secara berhati-hati.

c. Berhati-hati menggunakan kata yang mempunyai makna konotatif.

d. Membuat huraian untuk mengelakkan kekeliruan.

Page 8: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

8

2. Menarik:

a. mempelbagaikan corak percakapan atau

mewujudkan variasi dalam penggunaan

bahasa.

b. menggunakan bahasa yang aktif, retorik,

berbunga, dan imaginatif.

3. Sesuai dengan audiens (pendengar atau

khalayak);

perlu mentafsir tahap kebijaksanaan audiens,

dan menggunakan pelbagai laras bahasa

semasa penyampaian.

4. Berkaitan dengan sesuatu keadaan:

mengenal pasti keadaan yang sesuai serta

bersifat luwes(fleksibel).

Page 9: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

9

Gaya Bahasa dalam Perucapan

Dimaksudkan dengan tertib atau tatacara perucap

menonjolkan diri. Antara komponen gaya bahasa

yang berkesan dalam perucapan ialah:

• Tersendiri

• Hubungan gaya dengan apa-apa yang

diperkatakan

• Menggunakan ayat aktif

• Menggunakan bahasa secara ekonomis

Page 10: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

10

Ceramah

Cara pengemukaan fikiran atau idea melalui

perucapan dan disampaikan secara syarahan dua

hala. Dalam sesi ceramah, terdapat penerangan

daripada penceramah, dan diselang-selikan

dengan soalan daripada audiens.

Format Penyediaan Ceramah:

1. Protokol

2. Kandungan ceramah

3. Penutup

Page 11: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

11

Antara perkara penting yang perlu diberikan

pertimbangan dalam penyampaian ceramah ialah:

• Memberikan hujah yang ada kaitan dengan

audiens untuk menyokong idea penceramah.

• Memastikan hujah-hujah penceramah

mengandungi komponen lojik dan emosi.

• Memilih strategi yang baik untuk mendapatkan

sokongan.

• Memastikan semua hujah mempunyai bahan

sokongan.

• Objektif penceramah ialah untuk mempengaruhi

audiens, bukannya memaksa mereka.

• Selain menggunakan bukti dan hujah, emosi

audiens juga perlu dirayu atau dipujuk.

• Mengelakkan penggunaan kaedah propaganda,

misalnya menakut-nakutkan audiens.

• Menggunakan setiap kebolehan, termasuk mimik

muka, nada suara, dan gerakan badan.

• Memberikan perhatian kepada keperluan manusia

dan kedudukan budaya.

Page 12: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

12

Ucapan

Dimaksudkan dengan apa-apa yang diucapkan

atau perkataan yang diucapkan atau cara

menyebut atau melafazkan sesuatu kata yang

mengandungi harapan, dalam bentuk syarahan

atau pidato. Ringkasnya, ucapan didefinisikan

sebagai penyampaian idea melalui pelafazan,

dan disampaikan secara pidato sehala.

Format Ucapan

1. Kata alu-aluan atau sapaan

2. Kandungan

3. Penutup

4. Aspek kebahasaan

Page 13: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

13

Antara perkara penting yang perlu diberikan

perhatian semasa menyediakan atau

menyampaikan ucapan ialah:

• Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap

mesti meneliti dahulu latar belakang individu atau

kumpulan yang diraikan.

• Apabila menyampaikan ucapan pengenalan,

berucaplah dengan ringkas dan elakkan

menyentuh isu pokok.

• Apabila menyampaikan ucapan dalam majlis

penyampaian anugerah, elakkan ucapan yang

beremosi tetapi mengutamakan ucapan yang

bersifat faktual.

• Apabila menyampaikan ucapan setelah menerima

sesuatu anugerah, terapkan perasaan keharuan

dan nilai yang diberikan kepada anugerah yang

diperoleh.

• Apabila menyampaikan ucapan selepas makan

malam, sampaikan secara bersahaja, ringkas dan

menyelitkan suasana humor.

• Pastikan perucap memakai pakaian yang

bersopan serta menggunakan bahasa yang

sesuai.

Page 14: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

14

Taklimat

Boleh didefinisikan sebagai keterangan ringkas

tentang sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang

dihasilkan. Taklimat merupakan sebuah ucapan

pemakluman dan disampaikan secara hubungan

dua hala dalam situasi formal atau tidak formal.

Dalam taklimat, ada sesi soal jawab antara

perucap dengan khalayak.

Format Taklimat

Taklimat boleh dibahagikan kepada dua bentuk

berdasarkan jenis atau taraf khalayaknya, iaitu

taklimat satu taraf dan taklimat dua taraf.

Page 15: 16. Wacana Lisan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU · PDF fileJenis-jenis Wacana Lisan ... • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu

15

Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf) mengandungi:

• Tajuk

• Salam, kata sapaan biasa atau salutasi protokol

• Kata alu-aluan

• Pengenalan diri, organisasi, jawatan

• Kandungan taklimat

• Penutup

• Sesi soal jawab

Taklimat Dua Taraf Khalayak mengandungi:

• Tajuk

• Salam, salutasi protokol dan sapaan biasa

• Puji-pujian

• Ringkasan penyampaian taklimat

• Kandungan

• Sesi soal jawab