167251616-Kertas-Kerja-Permainan-Baru-sepak-Raga.doc

12
KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 22200 BESUT, TERENGGANU PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL ( LASTIK GETAH ) TARIKH 24 Februari 2013 TEMPAT IPG KAMPUS SULTAN MIZAN ANJURAN PISMP RBT 2 AMBILAN JANUARI 2011

Transcript of 167251616-Kertas-Kerja-Permainan-Baru-sepak-Raga.doc

Page 1: 167251616-Kertas-Kerja-Permainan-Baru-sepak-Raga.doc

KERTAS KERJA PERTANDINGAN

PERMAINAN TRADISIONAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

22200 BESUT, TERENGGANU

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

( LASTIK GETAH )

TARIKH24 Februari 2013

TEMPAT

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

ANJURAN

PISMP RBT 2AMBILAN JANUARI 2011

Page 2: 167251616-Kertas-Kerja-Permainan-Baru-sepak-Raga.doc

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

1.0 PENDAHULUAN

Projek permainan tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di

bawah subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

Jasmani dan Sukan. Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk

memenuhi kredit 4 jam bagi subjek ini.

Permainan tradisional adalah sebahagian daripada kehidupan yang

dilalui oleh nenek moyang kita masing-masing. Setiap kaum mempunyai

permainan tradisional masing-masing dan ianya semakin dilupai seiring

dengan dunia yang semakin maju dan serba moden ini. Ada di antara

permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh

ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.

Oleh sebab itu kami menganjurkan permainan tradisional ini untuk

mengenali dan menyemai semangat bermain permainanan tradisional dengan

lebih dekat lagi kepada ahli masyarakat. Pada masa yang sama,dapat

mengeratkan hubungan antara semua kaum seperti mana yang terdapat

dalam gagasan Malaysia.

Kami berharap anjuran pertandingan permainan tradisional ini dapat

memberi dedahan dan pengalaman kepada kami untuk menjadi bakal

tenaga pengajar yang lebih berkaliber , sistematik dan bertanggungjawab

terhadap amanah yang diberikan. Pada masa yang sama juga kami

berharap pertandingan ini mampu menjalinkan perhubungan yang erat

antara kita semua.

Page 3: 167251616-Kertas-Kerja-Permainan-Baru-sepak-Raga.doc

2.0 MATLAMAT

Matlamat penganjuran pertandingan ini diadakan adalah untuk

memberi pendedahan dalam cara mengelola sesuatu pertandingan dan

pada masa yang sama memperoleh pengalaman baru dalam

menguruskan sesuatu pertandingan agar dapat diaplikasikan dan dijadikan

panduan kepada bakal pendidik di sekolah kelak. Diharapkan supaya

permainan tradisional dapat dihidupkan kembali di sekolah kelak di masa

hadapan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memartabatkan dan menghidupkan semula sukan tradisional

warisan negara.

3.2 Memupuk perpaduan pelbagai kaum dan etnik dalam kalangan

guru pelatih.

3.3 Merapat dan mengukuhkan hubungan baik, perpaduan, kerjasama

dan semangat persaingan sihat dalam kalangan guru pelatih dan

pensyarah IPG.

3.4 Memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam

kalangan guru pelatih.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Tempat :

Masa :

Padang Hoki

2.15 Petang – 5.15 Petang

Tarikh :

Hari :

24 Februari 2013

Ahad

5.0 JENIS PERMAINAN DIPERTANDINGKAN

Lastik getah

6.0 PESERTA

Peserta berbilang kaum yang terdiri daripada guru-guru pelatih 5 PISMP

Ambilan Januari 2013

Page 4: 167251616-Kertas-Kerja-Permainan-Baru-sepak-Raga.doc

7.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

*Sila rujuk Lampiran 1.0 dan Lampiran 2.0

8.0 TAPAK PERMAINAN

Penerangan :

1. Tapak kawasan permainan 5 X 5 meter2. Hanya 5 orang permain dari setiap pasukan sahaja

dibenarkan masuk dalam tapak permainan dalam satu masa.3. Permain yang menanti giliran hendaklah duduk dan

mengunggu di tempat yang disediakan4. Pemain hendaklah menurut setiap arahan pengadil bagi tujuan

keselamatan

Kedudukan Pemain

Kedudukan Pengadil

1.5 m

Page 5: 167251616-Kertas-Kerja-Permainan-Baru-sepak-Raga.doc

9.0 SKEMA PERMAKAHAN

1. Perlawanan ini dilakukan dalam bentuk liga dan kepada pasukan yang

mendapat tempat teratas dikira sebagai pemenang dalam pertandingan ini.

2. Kumpulan yang berjaya mendapatkan kutipan getah terbanyak akan dikira

sebagai pemenang dan diberi 3 mata.Perlawanan yang berakhir dengan

keputusan seri mendapat 1 mata serta pasukan yang kalah akan mendapat 0

mata.

10.0 SYARAT PERMAINAN

1) Sebanyak 5 orang sahaja yang dapat mewakili kumpulan masing-masing.

2) Pemain hendaklah melastik getah di belakang garisan yang telah disediakan.

3) Setiap ahli pasukan boleh melastik sebanyak 1 kali sahaja.

4) Kutipan getah yang paling tinggi pada akhir pusingan dikira menang.

Page 6: 167251616-Kertas-Kerja-Permainan-Baru-sepak-Raga.doc

11.0 BEL ANJ AW AN

Butiran Anggaran Kos

1) Getah

2) Hadiah (gula-gula)

100g = RM 1.00RM1.00 x 2=RM 2.00

1 paket = RM 2.20RM 2.20 x 4= RM 8.80

12.0 P EN U TUP

Akhir sekali, diharap agar penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional

2013 antara unit PISMP Semester 5 akan mendapat penyertaan yang

menyeluruh daripada para pelatih dalam mengangkat martabat khazanah

warisan kesenian negara disamping penerapan nilai-nilai murni kepada

para peserta. Semoga penganjuran kejohanan kali ini akan berjalan dengan

lancar dan menjadi acara tahunan yang termaktub dalam kalender

pengajian peringkat institut.

Page 7: 167251616-Kertas-Kerja-Permainan-Baru-sepak-Raga.doc

Disediakan oleh :

……………………………………...

(MUHAMMAD AZRI ASYRAF BIN MOHD ASARI)

Setiausaha,

Pertandingan Permainan Tradisional,

5PISMP Reka Bentuk dan Teknologi 2,

IPG Kampus Sultan Mizan.

Disemak oleh:

................................................

(ENCIK KHAIRUDDIN BIN MAT HASSAN )

Pensyarah Pendidikan Jasmani

IPG Kampus Sultan Mizan.

.

Page 8: 167251616-Kertas-Kerja-Permainan-Baru-sepak-Raga.doc

Lampiran 1.0

SE N A R A I A HLI J A W A T A N K U A S A P ER T A N D IN G A N S U K A N

T R A D I S I O N A L K A LI 1 / 201 3

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi AMIRUDIN BIN OTHMAN

Naib Pengerusi MUHAMMAD FAKHRI BIN MOHAMED YUSOFF

Setiausaha MUHAMMAD AZRI ASYRAF BIN MOHD ASARI

Penolong Setiusaha MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN

Bendahari SYED ZULFIQKAR BIN SYED KHARUDDIN

Ahli Jawatankuasa

AJK keselamatan MUHD MUAZ BIN MOHD AMIN

AJK Peralatan AMIRUDDIN BIN OTHMAN

AJK Tempat MUHAMMAD AZRI ASYRAF BIN MOHD ASARI

AJK Hadiah dan Siar Raya

MUHAMMAD FAKHRI BIN MOHAMED YUSOFF

Pertandingan dan

Pengadil

SYED ZULFIQKAR BIN SYED KHARUDDIN

Page 9: 167251616-Kertas-Kerja-Permainan-Baru-sepak-Raga.doc

Lampiran 2.0

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi /

Naib Pengerusi

1) Mempengerusikan semua mesyuarat dan

bertanggungjawab atas kesempurnaan semua

mesyuarat.

2) Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan

segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan

yang sewajarnya.

3) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh

penasihat dari masa ke semasa.

Setiausaha /

Penolong Setiusaha

1) Menguruskan segala bentuk permohonan kepada

pihak-pihak tertentu.

2) Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada

individu tertentu atau badan-badan tertentu.

3) Membantu pengerusi merancang dan menyelaras

aktiviti.

Bendahari /

Penolong

Bendahari

1) Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan.

2) Membuat laporan terkini tentang kedudukan kewangan.

Ahli Jawatankuasa

AJK Keselamatan 1) Mempastikan keselamatan ahli dan orang lain

menjalankan aktiviti.

2) Mempastikan setiap ahli memberi kerjasama.

3) Mempastikan barangan keselamatan projek lengkap.

AJK Peralatan 1) Menyenaraikan segala peralatan yang perlu dibawa.

2) Menyediakan peralatan yang perlu dibawa.

3) Memastikan peralatan sentiasa cukup atau tidak hilang.

4) Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.

Page 10: 167251616-Kertas-Kerja-Permainan-Baru-sepak-Raga.doc

AJK Tempat 1) Menyediakan tempat sebelum dan selepas

pertandingan.

2) Menyediakan kemudahan asas tempat.

AJK Hadiah dan Siar Raya

1) Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan,

menyelaras dengan Jawatankuasa Pertandingan

2) Menyusun hadiah dan cenderamata.

3) Menyediakan senarai pemenang hadiah.4) Membuat pengumuman acara, nama peserta, nombor,

pasukan, lorong dan saringan.

5) Menghebahkan keputusan acara

Pertandingan &

Pengadil

1) Membantu pengerusi merancang dan menyelaras

aktiviti projek.

2) Bertanggungjawab mengadili pertandingan

3) Menyediakan sistem pemarkahan.