168779836-Contoh-Analisis-Petikan-Morfologi.pdf

14
3.0 Analisis Proses Pembentukan Kata Dan Golongan Kata Berdasarkan Petikan Tajuk Petikan : Inspirasi Pakaian Tradisional Nama Surat Khabar : Harian Metro Tarikh : 31 Ogos 2013 Pangarang : Hamizah Badiran 3.1. Analisis proses pembentukan kata berdasarkan petikan Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim. Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas rencana yang dipilih menunjukkan berlakunya proses pembentukan kata tersebut. 3.1.1 Proses Pengimbuhan Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan yang terdapat dalam rencana tersebut. Pengimbuhan awalan Kata dasar Kata terbitan Ter- Dapat sendiri Terdapat tersendiri Ber- Jaya Mula Satu corak Berjaya Bermula Bersatu bercorak Meng- Olah ambil Mengolah mengambil Diper- Buat diperbuat

Transcript of 168779836-Contoh-Analisis-Petikan-Morfologi.pdf

  • 3.0 Analisis Proses Pembentukan Kata Dan Golongan Kata Berdasarkan Petikan

    Tajuk Petikan : Inspirasi Pakaian Tradisional

    Nama Surat Khabar : Harian Metro

    Tarikh : 31 Ogos 2013

    Pangarang : Hamizah Badiran

    3.1. Analisis proses pembentukan kata berdasarkan petikan

    Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata

    majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan,

    tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah

    pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim. Berdasarkan kajian yang dilakukan

    ke atas rencana yang dipilih menunjukkan berlakunya proses pembentukan kata tersebut.

    3.1.1 Proses Pengimbuhan

    Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata

    dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran,

    apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar

    membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.

    Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan yang terdapat dalam rencana

    tersebut.

    Pengimbuhan awalan Kata dasar Kata terbitan

    Ter- Dapat

    sendiri

    Terdapat

    tersendiri

    Ber- Jaya

    Mula

    Satu

    corak

    Berjaya

    Bermula

    Bersatu

    bercorak

    Meng- Olah

    ambil

    Mengolah

    mengambil

    Diper- Buat diperbuat

  • Mem- Belai

    beri

    Membelai

    memberi

    Meny- Sambut Menyambut

    di- Pandang

    Olah

    Ambil

    Dipandang

    Diolah

    diambil

    Men- Jadi Menjadi

    Pel- Bagai pelbagai

    Pengimbuhan Akhiran Kata dasar Kata terbitan

    -nya Asal Asalnya

    -an Waris

    Gabung

    Gubah

    Barang

    Pakai

    Lengkung

    Rangkai

    Warisan

    Gabungan

    Gubahan

    Barangan

    Pakaian

    Lengkungan

    Rangkaian

    Pengimbuhan Apitan Kata dasar Kata terbitan

    Mem...i Punya Mempunyai

    di...kan Guna

    Gaya

    Digunakan

    Digayakan

    Ke...an Ramai

    Anggun

    Wanita

    Keramaian

    Keanggunan

    Kewanitaan

    di...kan Khas

    Ilham

    Papar

    Hasil

    Gaya

    Dikhaskan

    Diilhamkan

    Dipaparkan

    Dihasilkan

    digayakan

    di...i Gemar

    Dapat

    Digemari

    Didapati

    Per...an anak Peranakan

  • Peng...an Harga Penghargaan

    Meng...kan Keluar

    guna

    Mengeluarkan

    menggunakan

    Ber...kan Asas Berasaskan

    Ber...an Kena berkenaan

    Meny...kan serlah Menyerlahkan

    Diper...kan Peraga Diperagakan

    Me...i terus Menerusi

    Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku

    pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + mula ( bermula ),

    Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata

    terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar

    bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar peraga, misalnya, dapat

    dilahirkan peragakan melalui imbuhan akhiran kan . Peragakan pula dapat menerima

    awalan diper- , menerbitkan diperagakan.

    3.1.2 Proses Pemajmukan

    Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih

    dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, rantai dan tangan

    masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata

    majmuk rantai tangan. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar ini;

    maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan rantai yang tangan atau rantai

    dan tangan atau rantai untuk tangan. Setelah diamati rencana yang dipilih, tidak banyak

    kata majmuk yang digunakan.

  • 3.1.3 Proses Penggandaan

    Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh,

    separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga

    jenis penggandaan, iaitu ;

    1. Penggandaan penuh,

    2. Penggandaan separa, dan

    3. Penggandaan berentak.

    Tiada proses penggandaan yang terdapat dalam rencana yang dipilih.

    4.0 Golongan Kata dalam Teks

    Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk

    dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.

    Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :

    Kata Nama

    Kata Kerja

    Kata Adjektif / Sifat

    Kata Tugas

    Golongan Kata

    Kata Nama Kata Kerja Kata Tugas Kata Adjektif

  • 4.1 Kata Nama

    Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata

    nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan

    lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep.

    Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :

    Kata Nama Am

    Kata Nama Khas

    Kata Ganti Nama

    4.1.1 Kata Nama Am

    Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata

    nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan kumpulan kecil berdasarkan ciri makna

    perkataannya, iaitu :

    Hidup atau tak hidup

    Manusia atau bukan manusia

    Institusi atau bukan institusi

    Konkrit atau abstrak

    Berbilang atau tak berbilang

    Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk :

    Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

    Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat dan sebagainya.

    Bagi tujuan analisis, kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

    Hidup (manusia dan bukan manusia)

    Tak hidup ( Institusi, bukan institusi, konkrit, abstrak, berbilang, dan tak berbilang

    Analisis penggolongan kata berdasarkan teks

  • Kata Nama Am Contoh

    Kata Nama Am Hidup Manusia

    Kerabat diraja

    kaum

    tukang

    Bukan Manusia

    bunga

    Kata Nama Am Tak Hidup Institusi

    butik

    majlis

    Bukan Institusi Konkrit

    pantai

    butik

    negeri

    Bukan Institusi Abstrak Berbilang

    eksklusif

    budaya

    pakaian

    penghargaan

    warisan

    barangan

    Bukan Institusi Abstrak Tidak Berbilang

    nilai

    digemari

    motif

    corak

    menawan

    keanggunan

  • 4.1.2 Kata Nama Khas

    Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya

    berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga :

    Kata nama khas hidup manusia

    Kata nama khas hidup bukan manusia

    Kata nama khas tak hidup

    Kata Nama Khas Contoh

    Kata Nama Khas Hidup Manusia Selberan

    Nyonya dan Peranakan

    Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia Asia Tenggara

    Malaysia

    Butik Selberan

    Kata Nama Khas Tak Hidup Corak Parang Rusak

    4.1.3 Kata Ganti Nama

    Kata ganti nama terbahagi kepada :

    i) Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi menunjuk

    pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti nama

    tunjuk, iaitu itu untuk menunjuk pada yang jauh, dan ini untuk menunjuk

    pada yang dekat.

    ii) Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu

    benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua

    kumpulan, iaitu:

    1. Kata ganti nama diri tanya jenis kata yang berfungsi

    menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga

    bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang,

    apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk

    benda dan orang.

  • 2. Kata ganti nama diri orang jenis ganti nama yang merujuk

    kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori iaitu orang

    pertama, orang kedua dan orang ketiga.

    Kata Ganti Nama Contoh

    Kata Ganti Nama Tunjuk Ini

    itu

    Kata Ganti Nama Diri Tanya

    Tiada dalam Teks Kata Ganti Nama Diri Pertama

    Kata Ganti Nama Diri Pertama

    Kata Ganti Nama Diri Pertama

    4.2 Kata Kerja

    Kata kerja berperanan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata

    kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak

    transitif.

    Kata kerja transitif iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut

    objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif

    dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan

    meN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i-. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja

    hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Terdapat

    juga sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, sementara yang

    lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu kata kerja tak transitif dapat dipecahkan

    kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak

    transitif tak berpelengkap.

    Kata Kerja Contoh

    Kata Kerja Transitif Aktif Menyambut

    Mengeluarkan

    Membelai

    Menggambarkan

    Menawan

    Menyerlahkan

    Mengolah

    Mengambil

  • Memberi

    Kata Kerja Transitif Pasif Digayakan

    Dikhaskan

    Digemari

    Digunakan

    Dipaparkan

    Diperbuat

    diperagakan

    Kata Kerja Transitif Tanpa Pelengkap menawan

    mengolah

    memikat

    Kata Kerja Transitif Berpelengkap menjadikannya

    4.3 Kata Adjektif

    Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa

    adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya

    yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda

    (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat dalam Bahasa Melayu dibahagikan

    kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.

    Kata adjektif Contoh

    Kata adjektif sifat/ keadaan Eksklusif

    Polos

    Formal

    Eksotik

    Ringkas

    Canggih

    Unik

    Tradisional

    Moden

  • Organik

    bijak

    Kata adjektif warna emas

    perak

    Kata adjektif ukuran Tiada dalam teks

    Kata adjektif bentuk abstrak

    lengkungan berarus

    Kata adjektif pancaindera Rasa

    Indah

    Anggun

    sebati

    Kata adjektif waktu dulu

    seharian

    bulan

    Kata adjektif cara bermula

    terperinci

    berulangan

    Kata adjektif perasaan istimewa

    berani

    Kata adjektif arah Tiada dalam teks

    4.4 Kata Tugas

    Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai

    jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur bagi frasa-frasa endosentrik : frasa

    nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa

    untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung,

    penerang, penentu,penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri,

    atau tugas-tugas lain.

  • Maka kata tugas dapat dikategorikan kepada jenis-jenis berikut :

    1. Kata hubung

    2. Kata seru

    3. Kata tanya

    4. Kata perintah

    5. Kata pangkal ayat

    6. Kata bantu

    7. Kata penguat

    8. Kata penegas

    9. Kata nafi

    10. Kata pemeri

    11. Kata sendi nama

    12. Kata arah

    13. Kata bilangan

    14. Kata adverba

    15. Kata pembenar

    16. Kata penekan

    17. Kata pembenda

    Untuk memudahkan analisis petikan ini atau penghuraian bagi teks petikan, kata tugas

    boleh dikelompokkan kepada 4 kelompok iaitu:

    Kata penyambung ayat

    o Kata hubung gabungan

    o Kata hubung pancangan

    Keterangan

    Komplemen

    Relatif

    Kata praklausa

  • o Kata seru

    o Kata tanya

    o Kata perintah

    o Kata pembenar

    o Kata pangkal ayat

    Kata prafrasa dan pascafrasa

    o Kata bantu

    o Kata penguat

    o Kata penegas

    o Kata nafi

    o Kata pemeri

    o Kata sendi nama

    o Kata arah

    o Kata bilangan

    o Kata adverba

    Kata pascakata

    o Kata penekan

    o Kata pembenda

    Kata Penyambung Ayat Contoh

    Kata Hubung Gabungan Dan

    Atau

    Serta

    dengan

    Kata Hubung Pancangan Relatif Yang

    Kata Hubung Pancangan Komplemen Bahawa

    Untuk

    Kata Hubung Pancangan keterangan Mahupun

    Manakala

  • Kata Praklausa Contoh

    Kata Seru

    Tiada dalam teks

    Kata Tanya Tiada dalam teks

    Kata Perintah Tiada dalam teks

    Kata Pembenar Tiada dalam teks

    Kata Pangkal Ayat Tiada dalam teks

    Kata Prafrasa Contoh

    Kata Bantu Aspek Sudah

    akan

    Kata Bantu Ragam Boleh

    Kata Penguat bebas Amat

    Kata Penguat hadapan Tiada dalam teks

    Kata Penguat Belakang Tiada dalam teks

    Kata penegas lagi

    Kata Nafi Tiada dalam teks

    Kata pemeri Ialah

    Adalah

    Kata Sendi Nama Dari

    Daripada

    Di

    Akan

    Dengan

    Untuk

    ke

    Kata arah Timur

    Kata bilangan Semua

    18 karat

    Dua

    Empat puluh

  • Kata Pascakata contoh

    Kata Penekan Yang membelai

    Yang berulangan

    Yang mempunyai

    Kata Pembenda menjadikannya

    5.0 Rumusan

    Morfologi bahasa Melayu merupakan sebuah bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan

    juga pembentukan kata. Beberapa perkara utama yang dikaji dalam bidang morfologi ini,

    termasuklah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata

    dan juga bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.

    Selain itu, morfologi turut memerihalkan kata dalam bahasa Melayu boleh

    dikelompokkan atau digolongkan ke dalam empat golongan utama iaitu kata nama, kata

    kerja, kata adjektif dan juga kata sendi nama. Dalam keempat-empat golongan ini dianggap

    utama kerana bilangannya yang besar dan sentiasa bertambah bilangannya dari semasa ke

    semasa .

    Bidang morfologi juga membincangkan tentang poses pembentukan kata . Proses

    pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga

    dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Proses yang biasa terlibat ialah

    pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman.

    Di samping itu juga selain dari empat golongan ini, kata-kata lain turut digolongkan

    ke dalam kata tugas. Kata tugas mendukung tugas tertentu dalam sesuatu ayat. Sebagai

    contoh kata hubung ialah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan dua binaan ayat

    atau lebih untuk membentuk ayat majmuk.

    Tuntasnya, bidang morfologi merupakan salah satu bidang yang sangat penting

    dalam aspek bahasa Melayu. Bidang ini akan membantu kita mendalami bahasa Melayu

    dengan lebih mendalam lagi, oleh itu kita boleh menggunakan bahasa Melayu dengan lebih

    tepat dan betul dalam komunikasi seharian.