16Abstrak

download 16Abstrak

of 16

Transcript of 16Abstrak

  • 8/2/2019 16Abstrak

    1/16

    Tajuk 1

    Meningkatkan Kemahiran Memberus Gigi Murid PrasekolahBermasalah Pembelajaran Melalui Pendekatan Kasih

    Oleh:

    Rosezeta Binti JalaluddinSekolah Kebangsaan Seri Sekamat

    Kajang, Selangor Darul Ehsan

    Abstrak

    Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah guru dalam

    meningkatkan kemahiran memberus gigi dalam kalangan murid Prasekolah

    Bermasalah Pembelajaran SK Seri Sekamat, Kajang semasa proses

    pengajaran dan pembelajaran. Seramai 7 orang murid (3 lelaki dan 4

    perempuan) dan seorang guru Prasekolah Bermasalah Pembelajaran

    terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui

    pemerhatian dan semakan Senarai Semak. Perancangan Tindakan

    difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran memberus gigi

    dengan cara yang betul. Teknik tunjuk cara, latihan amali dan penggunaan

    kad bergambar yang didedahkan setiap hari semasa sesi pengajaran dan

    pembelajaran telah membantu mencapai objektif kajian.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    2/16

    Tajuk 2

    Meningkatkan Kemahiran Mengira Operasi Tambah Dan Tolak Nombor Dalam BentukPiawai Melalui Teknik S.M.a.RT b Dalam Kalangan Murid Bermasalah Penglihatan

    Oleh:

    Suriani Binti YusofSm. Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan)

    Setapak, Kuala Lumpur

    Abstrak

    Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan murid Tingkatan

    Empat Amanah dan Bestari menyelesaikan masalah matematik di dalam

    Subtopik Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi Nombor Bentuk Piawai.

    Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui dan ujian prapeperiksaan dan

    Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 yang lalu. Hasil tinjauan

    menunjukkan majoriti murid tidak dapat melakukan operasi tambah, tolak,

    darab dan bahagi nombor dalam Bentuk Piawai. Perancangan tindakan

    difokuskan kepada mengenalpasti jenis-jenis kesilapan yang dilakukanmurid semasa mengira operasi tambah dan tolak nombor dalam Bentuk

    Piawai dan meningkatkan kemahiran menukar indeks bagi asas sepuluh

    semasa membuat operasi tambah dan tolak nombor Bentuk Piawai melalui

    Teknik S.M.a.RT b. Murid telah didedahkan kepada Teknik S.M.a.RT bselama 120 minit dan diberi latihtubi secukupnya dalam tempoh 3 minggu.

    Keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan yang ketara dan murid

    masih dapat mengaplikasikan teknik ini semasa menjawab soalan

    Matematik dalam peperiksaan akhir tahun 2008.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    3/16

    Tajuk 3

    Improving The Answering Skills Among Hearing - ImpairedStudents In Section B Of UPSR Science Paper

    By:

    Manimala MuthusamySekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban

    Abstract

    The percentage of passes in Science UPSR paper is alarming poor

    especially among hearing impaired children. One of the pupils problems is

    answering questions from the Section B of the paper. It is known that

    through observations, marking the pupils examination papers, discussion

    and pre test, that the number of passes in this paper dropped because they

    cannot answer this Section of the paper. Thus, this research was done to

    look for ways to improve the situation and at the same time to increase the

    answering skill in order to increase the percentage of passes in the UPSR

    Science paper. It involved 6 year 6 pupils and was carried out for 12 weeks

    (May to August 2008). The objective of the research is to increase the

    pupils ability to answer questions on aims/purpose accurately and to

    increase the percentage of pupils who can answer questions on

    aims/purpose correctly. The activities will be carried out in 5 stages. They

    are explaining the key words, understanding the key words, memorizing the

    formula, practice to use the formula and applying the formula. The pre

    test done in the preliminary observations stage showed that only 10% can

    answer the questions on aims. The research was carried out three times in

    a week. Each time 15 minutes will be allocated to carry out the research.

    The end result of the post test shows that there was an increasing number

    of passes, that is from 10%,it increased to 73%.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    4/16

    Tajuk 4

    Memperkasa Komunikasi Kod Tangan Bahasa MelayuDalam Kalangan Murid-Murid Bermasalah Pendengaran

    Oleh:Nurhamizah Binti Abdul Rahman

    Sekolah Rendah Kebangsaan Pendidikan KhasJohor Bahru, Johor Darul Takzim

    Abstrak

    Kajian ini dijalankan untuk mengatasi serta memperkasakan lagi Kod

    Tangan Bahasa Melayu dikalangan murid bermasalah pendengaran di

    dalam Tahun 3 di Sekolah Rendah Kebangsaan Pendidikan Khas Johor

    Bahru. Seramai 4 daripada 9 orang murid berusia dalam lingkungan 10

    tahun terlibat dalam kajian yang dijalankan ini. Tinjauan awal telah

    dilaksanakan melalui ujian dan latihan kod tangan, serta pemerhatian ketika

    proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hasil tinjauan mendapati

    murid-murid tersebut lemah dalam menulis, mengeja dan lebih

    menyedihkan langsung tidak kenal huruf dari A hingga Z. Lebih teruk lagi

    didapati kebanyakan murid-murid gemar membina isyarat sendiri yang tidakterdapat dalam buku KTBM. Dalam menyelesaikan masalah ini,

    perancangan tindakan akan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan

    lagi kefahaman dan daya ingatan murid dengan menggunakan Kaedah

    Bermain serta penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan

    berkesan.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    5/16

    Tajuk 5

    Meningkatkan Kemahiran Menyebut Perkataan Dua Suku Kata

    Bagi Murid Pemulihan Bermasalah Penglihatan

    Oleh :Nor Farhana Binti Hj. Juraimi

    Skpk Princess Elizabeth, Johor Bahru.

    Abstrak

    Kajian ini melibatkan lima orang murid bermasalah penglihatan (tiga buta

    dan lima rabun teruk) di SKPK Princess Elizabeth berdepan dengan

    masalah menyebut perkataan. Mereka tidak yakin ketika menyebut sesuatu

    perkataan. Murid-murid berkenaan diberi latihan berbentuk mengisi tempat

    kosong, melengkapkan suku kata dan mengisi konsonan berdasarkan

    gambar selama tiga bulan. Matlamat kajian ini untuk mempertingkat

    penguasaan bacaan dapat dicapai menerusi aktiviti telah yang dijalankan.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    6/16

    Tajuk 6

    Penggunaan Nota Modifikasi Bersama-Sama Penggunaan Peta

    Minda Untuk Membimbing Murid Mengingati Fakta Sejarah

    Oleh:

    Chua Kim Nio

    Sm Pendidikan Khas Persekutuan

    Tanjong Bungah, Pulau Pinang

    Abstrak

    Kajian ini melibatkan seramai 12 daripada 43 pelajar tingkatan 5 sebagai

    sampel kajian ini dari mula hingga akhir kajian ini dijalankan. Fokus kajian

    ialah untuk menguji penggunaan ayat-ayat mudah dan pengenalan peta

    minda dalam membantu pelajar-pelajar pekak menghasilkan perkara

    dipelajarinya dalam ujian berbentuk esei khusus untuk mata pelajaran

    Sejarah. Intervensi kajian kali ini melibatkan pengenalan peta minda selain

    penggunaan nota modifikasi sedia ada digunakan. Instrumen yang

    digunakan melibatkan ujian pra sebelum intervensi dan ujian pasca selepas

    intervensi serta ujian mengejut. Tumpuan pengkaji hanya setakat cuba

    membantu kumpulan pelajar khas ini mengatasi masalah output deficiency

    dan kelemahan mengingati fakta. Dapatan kajian ini menunjukkan

    penggunaan nota yang dimodifikasi dan pengenalan peta minda dapat

    membantu pelajar-pelajar pekak mengingati fakta-fakta lebih lama. Kajian

    ini menunjukkan guru yang mengajar kumpulan ini perlu memodifikasikan

    nota dan selepas itu menggunakan peta minda bagi menggambarkan fakta

    yang tersusun supaya sesuai dengan keupayaan mereka.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    7/16

    Tajuk 7

    Meningkatkan Kemahiran Pengurusan Diri (Penggunaan Tandas)

    Oleh Pelajar Prasekolah Melalui Terapi Toilet Mastery

    Oleh:

    Shyielathy A/P Arumugam

    Skpk Princess Elizebeth, Johor Bahru

    Abstrak

    Kajian ini adalah satu kajian kes aspek pengurusan diri (penggunaan

    tandas) murid bernama Kenny (bukan nama sebenar) yang berada di kelas

    prasekolah. Kenny mempunyai ketidakupayaan penglihatan dan autistik.

    Dalam kajian tindakan ini, data dikumpulkan melalui instrumen penentuan

    perkembangan kanak-kanak -senarai semak, temuramah dengan ibu bapa

    dan ppm asrama serta ujian auditori. Dapatan daripada senarai semak

    menunjukkan pelajar mempunyai kelemahan yang ketara khususnya dalam

    aspek penggunaan tandas. Dapatan ujian auditori telah mengesahkan

    bahawa murid tersebut tidak mempunyai kecacatan. Hasil dapatan telahmembantu guru untuk merangka tindakan-tindakan yang berkesan bagi

    membantu Kenny mengatasi masalah pengurusan diri-penggunaan tandas.

    Tindakan pertama mengambil masa 10 minggu. Pelbagai terapi telah

    dijalankan seperti latihan pengawalan pundi kencing, orientasi dan mobility

    tandas, dan latihan toilet mastery. Secara keseluruhannya, selepas

    tindakan-tindakan tersebut pelajar ini telah menunjukkan sedikit

    perkembangan iaitu sebanyak 40% berbanding dengan keadaannya

    sebelum ini.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    8/16

    Tajuk 8

    Meningkatkan Kelancaran Bacaan Bahasa Melayu Mengikut Pola KV + KV

    Murid Pemulihan Khas 2008

    Oleh:

    Md Yusop Bin Mahmud

    Sek. Keb. Sungai Tengas

    09800 Serdang Kedah

    Abstrak

    Kajian ini dijalankan untuk membantu empat orang murid lelaki Tahun 2

    Sekolah Kebangsaan Sungai Tengas, Serdang Kedah yang sedang belajar

    di kelas pemulihan khas. Mereka gagal dalam Ujian KIA2M Pelepasan 3

    Tahun 1 2007 dan gagal dalan ujian saringan BM kelas pemulihan.

    Berdasarkan ujian saringan bahagian bacaan, pelajar ini didapati sudah

    mengenal semua huruf dan dapat menyambungkan sukukata KV tetapi

    gagal untuk membaca dengan lancar walaupun perkataan yang berpola

    KV+KV. Mereka perlu mengeja dahulu dan mengambil masa yang agak

    lama untuk membunyikan perkataan yang telah dieja. Kadang-kadang

    mereka membunyikan perkataan yang tidak berkaitan dengan apa yangdieja. Contoh: eja ka+ki bunyi kita, eja ba+tu bunyi tuba, eja ba+tu bunyi

    bata. Hasil dari perhatian dalam kajian ini didapati murid ini lupa apa yang

    mereka eja iaitu bunyi suku kata awal perkataan, mereka hanya mengingati

    sukukata yang akhir sahaja apabila mengeja sesuatu perkataan. Dalam

    kajian ini, kaedah konvensional disepaduakan iaitu menggunakan kad-kad

    perkataan dan gambar dengan kaedah bantuan komputer dengan

    menggunakan perisian e-bacalis khusus untuk membantu murid ini

    melancarkan bacaan mereka. Dalam kajian ini ia dikhususkan untuk

    membolehkan mereka membaca dengan lancar dan menulis dengan

    tepat/betul 30 patah perkataan berpola KV+KV. Hasil kajian yang diperolehi

    sangat memuaskan kerana semua sampel kajian dapat membaca dengan

    lancar tanpa melakukan kesalahan.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    9/16

    Tajuk 9

    Meningkatkan Kemahiran Bertutur Dalam Kalangan MuridPra Sekolah (Bermasalah Pembelajaran)

    Oleh:Meriam Binti Mat Zin

    Sk. Kuala BerangHulu Terengganu

    Terengganu Darul Iman

    Abstrak

    Kajian ini dijalankan untuk mengatasi permasalahan dan kebuntuan yang

    dihadapi oleh murid prasekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    (PKBP) di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Terengganu. Murid tersebut

    terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan. Dua murid

    sindrom down dan seorang murid lambat perkembangan. Murid-murid

    tersebut mempunyai masalah pertuturan. Seorang murid yang langsung

    tidak bercakap dan mengeluarkan suara. Murid ini bukan dikategori

    bermasalah pendengaran. Ini kerana beliau mempunyai tidak balas

    terhadap arahan dan mempunyai reaksi terhadap bunyi di persekitarannya.

    Murid ini adalah murid sindrom down. Manakala murid kedua pula

    membunyi suara, tetapi suara itu tidak mempunyai makna langsung biladituturkan. Bagi murid ketiga, murid tersebut boleh bertutur atau berlisan

    dengan pertuturan yang pelat. Murid tersebut bercakap dengan

    membunyikan setiap perkataan yang diucapkan hanya sukukata akhir

    sahaja yang kedengaran. Mereka ini mempunyai IQ yang terlalu rendah.

    Pergerakan dan tindakbalas ke atas arahan juga terlalu lemah, lambat dan

    agak terbatas. Mereka tidak tahu mengurus diri walaupun perkara tersebut

    mudah. Masalah ini membelenggu sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Pemerhatian dan analisa dijalankan untuk menjurus kepada aktiviti yang

    akan dilaksanakan. Peringkat permulaan aktiviti terapi pertuturan dijalankan

    seterusnya diikuti pendekatan sukukata. Alhamdulillah berkat kesungguhan

    murid masalah pertuturan murid-murid tersebut sudah berkurangan dan

    menjadi lebih baik bila mereka semakin meningkat umurnya.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    10/16

    Tajuk 10

    Meningkatkan Penguasaan Huruf A,B,C,D, Dan E Dengan Menggunakan Kaedah HurufCantum Bagi Murid Pelbagai Kecacatan

    Oleh :

    Nursyahirah Binti Adam,Norwahida Binti Abu Bakar

    Sek. Keb. Pendidikan Khas Taiping,Taiping, Perak

    Abstrak

    Kajian ini dijalankan untuk membantu murid bermasalah pembelajaran

    menguasai huruf a,b,c,d, dan e. Kajian ini hanya melibatkan seorang murid

    dari kelas khas bermasalah pembelajaran. Murid ini mempunyai masalah

    pendengaran dan slow learner. Tinjauan awal mendapati murid keliru untuk

    mengkod huruf b dan d. Selain itu murid juga gagal mengkelas huruf-huruf

    tersebut apabila diletakkan secara rawak. Tinjauan awal telah dilaksanakan

    melalui ujian pra, latihan dari buku latihan dan pemerhatian semasa proses

    pengajaran dan pembelajaran. Hasil tinjauan menunjukkan murid keliru

    antara kod huruf b dan d serta gagal mengkelas huruf-huruf tersebut. Bagi

    menangani masalah tersebut, Kaedah Huruf Cantum dan Permainan Mari

    Memancing telah dilaksanakan supaya dapat menarik perhatian murid dan

    seterusnya meningkatkan penguasaan murid terhadap huruf a,b,c,d dan e.

    Melalui kaedah ini, didapati murid menunjukkan minat dan penguasaan

    terhadap huruf-huruf tersebut.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    11/16

    Tajuk 11

    Meningkatkan Kemahiran Mengenal, Menyebut Dan Menulis Suku Kata MudahKV + KV Dalam Bahasa Melayu Murid Pra-Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah

    Pembelajaran

    Oleh:Halim Bin Yasin

    Sekolah Kebangsaan Taman KepongJalan Kelicap, Kepong Baru

    Kuala Lumpur

    Abstrak

    Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menyebut,

    menulis, membaca dan mengira melalui strategi pengubahsuaian

    tingkahlaku secara komprenhensif telah dijalankan terhadap murid-murid

    Pra-Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di S. K. Taman

    Kepong Kuala Lumpur. Seramai dua orang murid Pra-Intergrasi yang

    terlibat dalam kajian tindakan ini. Mereka terdiri daripada murid-murid

    hiperaktif+autism, dan murid paraplegia/mlodysplasia. Kajian ini telah

    dijalankan dengan kerjasama yang padu daripada penyelidik, guru besar,

    pembantu pra-sekolah, ibu bapa dan warga sekolah S. K. Taman Kepong

    melalui "Program Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing". Ibu bapa

    berkerjasama dengan penyelidik semasa menjalankan aktiviti terapi mandi

    bunga, terapi urutan, latihan pernafasan dan pelbagai aktiviti lain. Banyak

    manfaat yang telah diperolehi melalui aktiviti terapi mandi bunga dan terapi

    urutan yang telah dijalankan setiap hari. Antaranya telah membantu

    merangsang saraf serta meningkatkan daya perkembangan minda murid-

    murid. Malahan murid-murid terbabit juga telah berjaya membaca, menulis

    suku kata mudah, menyalin ayat pendek dalam Bahasa Melayu dan Bahasa

    Inggeris serta dapat melakukan aktiviti operasi tambah dan tolak.

    Pendekatan kolaberasi yang telah dijalankan ini telah membawa kejayaan

    yang membanggakan kepada pihak sekolah dalam melahirkan murid-murid

    istimewa yang dapat berdikari dan maju dalam pelajaran.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    12/16

    Tajuk 12

    Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Matematik Dalam Cerita Tahun 3

    Oleh:Marsita Binti A.Rahman

    Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas MelakaKm.4, Jalan Semabok

    Melaka

    Abstrak

    Kajian ini dijalankan untuk mengesan dan mengatasi masalah matematik

    dalam cerita melalui program pengecaman istilah matematik yang dihadapi

    oleh murid-murid Tahun 3. Seramai empat orang murid Tahun 3 yang

    mengalami masalah pendengaran dan seorang guru Matematik yang

    terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada

    penguasaan istilah Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi memudahkan

    murid-murid ini menyelesaikan masalah bercerita dalam operasi tambah,

    tolak, darab dan bahagi. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan

    kerja murid, ujian pertengahan semester, ujian pra dan dan ujian pos. Hasil

    tinjauan menunjukkan murid-murid tidak dapat menjawab soalan Matematik

    dalam bentuk cerita walaupun soalan tersebut tidak mempunyai

    pengganggu. Sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan dalam

    tempoh lapan minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan

    prestasi pelajar. Pelajar juga dapat mengecam, mengingati istilah dan

    menentukan operasi yang betul digunakan dalam soalan tersebut melalui

    teknik pohon istilah yang dijalankan.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    13/16

    Tajuk 13

    Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Mengembangkan Isi/IdeaDalam Karangan Murid Tingkatan 5

    Oleh:

    Siti Zaiton Binti AliasSekolah Menengah Pendidikan Khas

    (Cacat Penglihatan)Jalan Genting Kelang

    Setapak Kuala Lumpur

    Abstrak

    Kajian ini memfokuskan kepada usaha membantu murid-murid

    mengembangkan isi atau idea dalam karangan. Kajian ini dijalankan khas

    untuk membantu murid-murid berdepan dengan masalah menghurai isi

    karangan. Sasaran kajian ini melibatkan 12 orang murid yang terdiri

    daripada 8 orang murid perempuan dan 4 orang murid lelaki dari Tingkatan

    5 tahun 2007. Tinjauan awal mendapati murid-murid ini paling banyak sekali

    melakukan kesalahan bahasa di samping tidak tahu kaedah yang betul

    untuk menulis karangan sehingga mereka menghasilkan karangan yang

    terlalu pendek. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan kepada murid-murid

    untuk mengatasi masalah ini antaranya memperkenalkan 8 jenis cara

    membina pendahuluan, teknik THC (topik, huraian, contoh) dan teknik

    4W1H (apa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana). Dapatan kajian

    berjaya menunjukkan kemajuan yang positif dalam penulisan murid-murid

    setelah teknik-teknik tersebut diperkenalkan.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    14/16

    Tajuk 14

    Meningkatkan Kemahiran Menguasai Perbendaharaan KataBahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Sains Tahun 3

    Oleh:

    Nor Atifah Binti JusohProgram Integrasi Masalah Penglihatan

    Sek. Keb. Kubang Ikan Chendering,Kuala Terengganu,

    Terengganu Darul Iman

    AbstrakKajian ini dijalankan bagi mengenalpasti dan mengatasi masalah yang

    dihadapi oleh murid Tahun 3 Resos dalam menguasai perbendaharan kata

    Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains. Bertitik tolak daripada

    masalah ini, satu kajian dilakukan melalui kaedah Kajian Tindakan yang

    bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan perbendaharaan kata

    Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid. Kajian ini melibatkan dua orang

    murid Tahun 3 Resos, Program Integrasi Pendidikan Khas Sekolah

    Kebangsaan Kubang Ikan yang rabun dan buta.. Hasil tinjauan awal

    didapati kedua-dua murid ini belum dapat menguasai perbendaharaan kata

    Bahasa Inggeris dalam setiap tajuk yang dipelajari. Oleh itu, tiga kaedah

    akan digunakan dalam menjalankan kajian ini iaitu soal jawab lisan dalam

    kelas, soalan-soalan ujian dan pemerhatian yang dilakukan selama tiga

    bulan. Hasil daripada kajian ini, buat didapati kedua-dua murid dapat

    meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dalam

    mata pelajaran Sains Tahun 3 secara berperingkat-peringkat.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    15/16

    Tajuk 15

    Pengunaan Gambar Untuk Membantu Murid Mengenal Dan Mengeja10 Jenis Pekerjaan Dalam Bahasa Inggeris

    Oleh:

    Pn. Usha Rani A/P TavaseeSek Men Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang

    600h Jalan Lembah Permai11200 Tanjung Bungah

    Pulau Pinang

    Abstrak

    Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah

    yang dihadapi oleh murid-murid Tingkatan 2C dalam mengenali dan

    mengeja jenis-jenis pekerjaan (Occupations) dalam Bahasa Inggeris.

    Seramai tujuh orang murid Tingkatan 2C di Sekolah Menengah Pendidikan

    Khas Persekutuan Pulau Pinang yang bermasalah pendengaran dan

    seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal kajian ini telah

    dilaksanakan melalui pelbagai jenis ujian seperti pra0ujian, ujian bulanan

    dan ujian ejaan. Hasil daripada tinjauan tersebut membuktikan bahawa

    murid Tingkatan 2C tidak mampu untuk mengenal, mengeja dan meningati perkataan-perkataan yang pendek seperti Bird, Dog, Frog, dan Fish.

    Oleh yang demikian, perancangan tindakan difokuskan kepada suatu teknik

    pengajaran yang menggunakan gambar secara meluas. Teknik ini didapati

    mampu membentu murid untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan

    mereka untuk mengeja. Murid telah didedahkan kepada teknik pengajaran

    yang menggunakan gambar dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh

    lapan minggu. Manakala keputusan ujian pos yang telah diadakan pada

    akhir kajian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Melalui

    pemerhatian dan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati,

    memahami dan seronok untuk belajar perkataan. Suasana pengajaran dan

    pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih seronok dan

    memberangsangkan.

  • 8/2/2019 16Abstrak

    16/16

    Tajuk 16

    Mengenal Dan Membezakan Jarum Panjang Dan Jarum Pendek Pada Jam AnalogMelalui Kaedah Jam Warna

    Oleh:

    Muhammad Shafiq Bin Ab. GhaniSek. Keb. Pendidikan Khas Melaka

    Km.4, Jalan Semabok,Melaka

    Abstrak

    Kajian dibuat berdasarkan daripada dapatan yang diambil dari enam murid

    bermasalah pendengaran. Semasa melakukan kajian ini, mereka dalam

    proses pengajaran kaedah tambah. Oleh kerana penambahan amat

    penting, penekanan lebih kepada kaedah tambah. Kajian dapat dibuat

    semasa mengumpul masalah dan data awal. Masalah utama yang dihadapi

    oleh murid-murid ialah mereka tidak boleh mengenal dan menilai

    nombor-nombor yang lebih dari 20. Memandangkan jam analog yang

    digunakan memaparkan nombor sehingga 60 bagi jarum panjang, maka

    mereka perlu diperkenalkan dahulu dengan nombor dan nilai nombor

    tersebut. Semasa proses kajian berlaku, P&P berjalan seperti biasa danmengikut sukatan yang diberikan. Walau bagaimanapun, kajian ini tetap

    mengambil sedikit masa untuk dijalankan.