18 NASIONAL Meriam besi kuning meletup sendiri · 2016. 3. 30. · 18 NASIONAL Meriam besi kuning...

1
18 NASIONAL Meriam besi kuning meletup sendiri . » Cerita keramat, dongeng angkat nilai sejarah Kuala Selangor Oleh Khairul Azran Hussin dan Suzaini Sulaiman khaiazr@bh .com .my II> Kuala Selangor B ukit Malawati dan Kuala Selangor tidak terkecuali dengan pelbagai kisah unik yang diwarisi turun-temu- run. Pengunjung ke daerah ini boleh melihat kesan kisah keramat dan dongeng, antaranya tempat pe- ninggalan Harta Sultan, Meriam Penggawa, Keris Tua, Keramat Ru- biah, Batu Harimau, telaga, Ke- ramat Syed, pokok besar tempat memancung kepala dan kera ser- ta lotong. Berikut kisah unik di sebalik bahan bersejarah yang terdapat di Bukit Malawati dan Kuala Se- + langor, seperti diceritakan oleh penulis buku Sejarah Kuala Se- langor, Datuk Yusoff Hassan ke- pada wartawan BH. Harta Istana Pelbagai harta istana seperti lem- bing dan keris tujuh, lima serta tiga 10k tersimpan di dalam gua, berhampiran busut Malawati. Pada tahun 1975, seorang lelaki cuba mendapatkan keris dari da- lam gua ini dengan mengguna- kan khidmat seorang bomoh un- tuk memuja, tetapi gagal. Sebaik pulang ke rumah, lelaki itu di- katakan bermimpi didatangi satu lembaga hitam dan mencekik- nya. Pada zaman dahulu, temp at penyimpanan h;rrta ini dikawal Kesan tinggalan pintu utama ke Kota .stana Sultan Selangor di Bukit Malawati , Kuala Selangor. [FOTO ROSLIN MAT TAHIRlBHl oleh Datuk Puteh, selaku ben- dahari. Kononnya, apabila Datuk Puteh meninggal dunia, dia di- kebumikan pada satu sudut bu- sut ini, yang mana tempat itu kini terdapat sepohon sena. Meriam Penggawa Meriam yang diperbuat daripada besi kuning ini meletup secara- sendiri pada tahun 1961 dan 1978. Punca meriam itu meletup sen- diri masih menjadi misteri. Ma- lah, ada yang mengatakan ia akan meletup sendiri setiap kali per- tabalan Sultan Selangor yang ba- haru. Meriam Penggawa yang sentiasa dibalut kain kuning ini terletak di dalam kawasan Ma- kam Tiga Sultan. Keris Tua Pada 23 September 1976, terdapat kisah seorang individu bernama Husain Omar terjumpa keris tua terpacak di pangkal pokokjejawi. Pada malamnya, Husain bermim- pi diarahkan menyerahkan keris itu kepada seseorang berketuru- nan raja yang boleh dipercayai. Keesokannya, dia menyerah- kan keris ini kepada Raja Nasron Raja Ishak yang ketika itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Selangor. Selepas menerima keris ini, Raja Nasron dikatakan menyarungkan kepada sarung serta hulu lama yang di- simpannya dan ternyata ia se- padan dengan hulu dan sarung- nya. Keris ini sehingga kini berada dalam simpanan Raja Nasron. Keramat Rubiah Terletak di hujung jalan ke Tan- jung Keramat, kira-kira satu ki- lometer dari bandar Kuala Se- langor serta berada di atas bukit keramat setinggi 100 kaki dari aras laut di pinggir Tasik Shina. Mengikut kisahnya, ada seorang anak dara yang sangat cantik dan warak bernama Rubiah dipaksa berkahwin dengan seorang pe- muda tanpa persetujuannya. Rubiah tiba-tiba ghaib pada ma- lam pernikahan dan jasadnya ti- dak ditemui sehingga kini. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya di sebatang pokok dan. mendirikan sebuab makam se- bagai tanda mengingati anaknya itu. Ketika ini, bukit kecil di Tasik Shina hanya tinggal busut sahaja kerana batunya di kelilingnya su- dah diletupkan bagi pembinaan jalan raya. Batu Harimau Terdapat dua ketul batu kecil dan seketullagi besar, menyerupai ti- ga ekor harimau, terletak di tepi Sungai Selangor berhampiran jambatan feri lama. Kisahnya, ba- tu ini berasal dari tiga ekor ha- rimau, iaitu seekor harimau be- tina bersama dua ekor anak hen- dak menyeberang sungai untuk ke Permatang. Walaupun ditegur seekor ke- lambai supaya jangan menyebe- rang, teguran itu tidak diendah- kan menyebabkan kelambai yang mempunyai kuasa ajaib me- nyumpah ketiga-tiga ekor hari- mau ini menjadi batu. Kisah ini ada persamaan de- ngan dongeng Batu Katak di Kam- pung Batu Papan, Temerloh, Batu Kucing Bertanduk di Kota Tinggi dan Batu Sapi di Sabah. Telaga Telaga ini dikatakan berusia tidak kurang 180 tahun dan terletak di Meriam Penggawa yang diletakkan di dalam kawasan Makam Tiga Sultan. [FOTO ROSDAN WAHID/ BHl Cangkat Bukit Tanjung, berham- piran Tasik Shina. Simen telaga ini ada persamaan dengan be- berapa nesan lama di pinggir ma- kan sultan. Ada pendapat me - ngatakan telaga ini milik Si Lamat dan Si Laba, iaitu qua orang ham- ba yang kurang waras, tetapi taat kepada sultan. Keramat Syed Pusara berbatu marmar putih ini terletak berhampiran tebing Su- ngai Selangor, tidak jauh dari Ba- tu Harimau. Ada pendapat me- ngatakan ia adalah makan Byed Japhar yang menjadi ketua orang Selangor ketika perang menen- tang Belanda. Pokok besar tempat pancung kepala Pokok sebesar empat pemeluk ini terletak berhampiran kaki bukit Kuala Selangor. Di pangkal pokok ini menjadi tempat memancung kepala dan terdapat beratus-ra- tus kubur lama. Namun, pada tahun 1977, pokok ini tumbang dan mati akibat dipanah petir . Kera dan lotong Mengikut satu cerita, pada 1960, seorang budak lelaki cuba me- lastik seekor kera yang berada di atas pagar makam, namun secara tiba-tiba budak itu menggelupur dan pengsan. Ikuti siri akhir mengenai tangga 100, antara peninggalan sejarah yang dipandang sepi, dalam BH esok. BH Plus :'ll di www.bharian. com .my untuk dan video

Transcript of 18 NASIONAL Meriam besi kuning meletup sendiri · 2016. 3. 30. · 18 NASIONAL Meriam besi kuning...

  • 18 NASIONAL

    Meriam besi kuning meletup sendiri . » Cerita keramat, dongeng angkat nilai sejarah Kuala Selangor

    Oleh Khairul Azran Hussin dan Suzaini Sulaiman khaiazr@bh .com.my

    II> Kuala Selangor

    B ukit Malawati dan Kuala Selangor tidak terkecuali dengan pelbagai kisah unik yang diwarisi turun-temu-run.

    Pengunjung ke daerah ini boleh melihat kesan kisah keramat dan dongeng, antaranya tempat pe-ninggalan Harta Sultan, Meriam Penggawa, Keris Tua, Keramat Ru-biah, Batu Harimau, telaga, Ke-ramat Syed, pokok besar tempat memancung kepala dan kera ser-ta lotong.

    Berikut kisah unik di sebalik bahan bersejarah yang terdapat di Bukit Malawati dan Kuala Se-

    + langor, seperti diceritakan oleh penulis buku Sejarah Kuala Se-langor, Datuk Yusoff Hassan ke-pada wartawan BH.

    Harta Istana Pelbagai harta istana seperti lem-bing dan keris tujuh, lima serta tiga 10k tersimpan di dalam gua, berhampiran busut Malawati. Pada tahun 1975, seorang lelaki cuba mendapatkan keris dari da-lam gua ini dengan mengguna-kan khidmat seorang bomoh un-tuk memuja, tetapi gagal. Sebaik pulang ke rumah, lelaki itu di-katakan bermimpi didatangi satu lembaga hitam dan mencekik-nya.

    Pada zaman dahulu, temp at penyimpanan h;rrta ini dikawal

    Kesan tinggalan pintu utama ke Kota .stana Sultan Selangor di Bukit Malawati, Kuala Selangor. [FOTO ROSLIN MAT TAHIRlBHl

    oleh Datuk Puteh, selaku ben-dahari. Kononnya, apabila Datuk Puteh meninggal dunia, dia di-kebumikan pada satu sudut bu-sut ini, yang mana tempat itu kini terdapat sepohon sena.

    Meriam Penggawa Meriam yang diperbuat daripada besi kuning ini meletup secara-sendiri pada tahun 1961 dan 1978. Punca meriam itu meletup sen-diri masih menjadi misteri. Ma-lah, ada yang mengatakan ia akan meletup sendiri setiap kali per-tabalan Sultan Selangor yang ba-haru. Meriam Penggawa yang sentiasa dibalut kain kuning ini terletak di dalam kawasan Ma-kam Tiga Sultan.

    Keris Tua Pada 23 September 1976, terdapat kisah seorang individu bernama

    Husain Omar terjumpa keris tua terpacak di pangkal pokokjejawi. Pada malamnya, Husain bermim-pi diarahkan menyerahkan keris itu kepada seseorang berketuru-nan raja yang boleh dipercayai.

    Keesokannya, dia menyerah-kan keris ini kepada Raja Nasron Raja Ishak yang ketika itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Selangor. Selepas menerima keris ini, Raja Nasron dikatakan menyarungkan kepada sarung serta hulu lama yang di-simpannya dan ternyata ia se-padan dengan hulu dan sarung-nya. Keris ini sehingga kini berada dalam simpanan Raja Nasron.

    Keramat Rubiah Terletak di hujung jalan ke Tan-jung Keramat, kira-kira satu ki-lometer dari bandar Kuala Se-langor serta berada di atas bukit

    keramat setinggi 100 kaki dari aras laut di pinggir Tasik Shina. Mengikut kisahnya, ada seorang anak dara yang sangat cantik dan warak bernama Rubiah dipaksa berkahwin dengan seorang pe-muda tanpa persetujuannya.

    Rubiah tiba-tiba ghaib pada ma-lam pernikahan dan jasadnya ti-dak ditemui sehingga kini. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya di sebatang pokok dan. mendirikan sebuab makam se-bagai tanda mengingati anaknya itu.

    Ketika ini, bukit kecil di Tasik Shina hanya tinggal busut sahaja kerana batunya di kelilingnya su-dah diletupkan bagi pembinaan jalan raya.

    Batu Harimau Terdapat dua ketul batu kecil dan seketullagi besar, menyerupai ti-ga ekor harimau, terletak di tepi Sungai Selangor berhampiran jambatan feri lama. Kisahnya, ba-tu ini berasal dari tiga ekor ha-rimau, iaitu seekor harimau be-tina bersama dua ekor anak hen-dak menyeberang sungai untuk ke Permatang.

    Walaupun ditegur seekor ke-lambai supaya jangan menyebe-rang, teguran itu tidak diendah-kan menyebabkan kelambai yang mempunyai kuasa ajaib me-nyumpah ketiga-tiga ekor hari-mau ini menjadi batu.

    Kisah ini ada persamaan de-ngan dongeng Batu Katak di Kam-pung Batu Papan, Temerloh, Batu Kucing Bertanduk di Kota Tinggi dan Batu Sapi di Sabah.

    Telaga Telaga ini dikatakan berusia tidak kurang 180 tahun dan terletak di

    Meriam Penggawa yang diletakkan di dalam kawasan Makam Tiga Sultan. [FOTO ROSDAN WAHID/ BHl Cangkat Bukit Tanjung, berham-

    piran Tasik Shina. Simen telaga ini ada persamaan dengan be-berapa nesan lama di pinggir ma-kan sultan. Ada pendapat me-ngatakan telaga ini milik Si Lamat dan Si Laba, iaitu qua orang ham-ba yang kurang waras, tetapi taat kepada sultan.

    Keramat Syed Pusara berbatu marmar putih ini terletak berhampiran tebing Su-ngai Selangor, tidak jauh dari Ba-tu Harimau. Ada pendapat me-ngatakan ia adalah makan Byed Japhar yang menjadi ketua orang Selangor ketika perang menen-tang Belanda.

    Pokok besar tempat pancung kepala Pokok sebesar empat pemeluk ini terletak berhampiran kaki bukit Kuala Selangor. Di pangkal pokok ini menjadi tempat memancung kepala dan terdapat beratus-ra-tus kubur lama. Namun, pada tahun 1977, pokok ini tumbang dan mati akibat dipanah petir.

    Kera dan lotong Mengikut satu cerita, pada 1960, seorang budak lelaki cuba me-lastik seekor kera yang berada di atas pagar makam, namun secara tiba-tiba budak itu menggelupur dan pengsan.

    Ikuti siri akhir mengenai tangga 100, antara peninggalan sejarah yang dipandang sepi, dalam BH esok.

    I~pkuti BH Plus :'ll di www.bharian.com.my

    untuk lebih~ambar dan video