19 Julai 2013

15
muka 5 19 projek perumahan terbengkalai akan diselamatkan KENALI EXCO ANDA Ustaz Sallehen Mukhyi muka 10&11 PERCUMA 12 - 19 Julai 2013, 3 - 10 Ramadan1434 lihat muka 2 Selangor Kini Penggerak Kemajuan Saksama Bas komuniti seluruh Selangor Oleh MOHD EZLI MASHUT dan LIZAWATI MADFA SHAH ALAM - Penduduk di lapan kawasan Selangor ter- masuk bandar seperti Shah Alam dan Klang dan pinggiran bandar seperti Selayang dan Sepang bakal menikmati perkh- idmatan bas komuniti tidak la- ma lagi. Perkhidmatan bas komuni- ti itu bakal disediakan secara percuma atau dengan tambang minima di kawasan padat pen- duduk seperti yang berlaku di Petaling Jaya. Usaha tersebut sedang diran- cang secara terperinci oleh lapan pihak berkuasa tempa- tan (PBT) di Selangor bagi men- galakkan penduduk mengguna pengangkutan awam. Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim ber- kata, Kerajaan Negeri sedang menunggu kertas cadangan daripada PBT bagi melaksan- akan perancangan itu dalam masa terdekat. “Semua ini akan dirancang dengan rapi sebelum Kera- jaan Negeri membuat kepu- tusan untuk melaksanakan- nya di majlis perbandaran dan bandaraya yang mempunyai kedudukan kewangan yang se- lesa. Selamat Menyambut RAMADAN Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat Al-Muba rak 1434H Selangor kembali juarai Sukma muka 15 SEMARAK RAMADAN... Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama pengurusan masjid meng- agihkan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai di pekarangan Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam Daripada MENTERI BESAR SELANGOR YAB TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

Transcript of 19 Julai 2013

Page 1: 19 Julai 2013

muka 5

19 projek perumahan terbengkalai akan diselamatkan

KENALI EXCO ANDA Ustaz Sallehen

Mukhyi

muka 10&11

PERCUMA 12 - 19 Julai 2013, 3 - 10 Ramadan1434

lihat muka 2

Selangor KiniPenggerak Kemajuan Saksama

Bas komunitiseluruh Selangor

Oleh MOhd Ezli Mashut dan lizawati Madfa

shah alaM - Penduduk di lapan kawasan Selangor ter-masuk bandar seperti Shah Alam dan Klang dan pinggiran bandar seperti Selayang dan Sepang bakal menikmati perkh-idmatan bas komuniti tidak la-ma lagi.

Perkhidmatan bas komuni-ti itu bakal disediakan secara percuma atau dengan tambang minima di kawasan padat pen-duduk seperti yang berlaku di Petaling Jaya.

Usaha tersebut sedang diran-cang secara terperinci oleh lapan pihak berkuasa tempa-tan (PBT) di Selangor bagi men-galakkan penduduk mengguna pengangkutan awam.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim ber-kata, Kerajaan Negeri sedang menunggu kertas cadangan daripada PBT bagi melaksan-akan perancangan itu dalam masa terdekat.

“Semua ini akan dirancang dengan rapi sebelum Kera-jaan Negeri membuat kepu-tusan untuk melaksanakan-nya di majlis perbandaran dan bandaraya yang mempunyai kedudukan kewangan yang se-lesa.

Selamat Menyambut

RAMADANKepada Seluruh Muslimin dan Muslimat

Al-Mubarak 1434H

Selangorkembali juarai Sukma

muka 15

Semarak ramadan... Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama pengurusan masjid meng-agihkan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai di pekarangan Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam

DaripadaMENTERI BESAR SELANGOR

YAB TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

Page 2: 19 Julai 2013

2 UTAMASelangorkini 12 - 19 Julai 2013

Dari muka depan

Bas komuniti Shah Alam dijangka tahun ini

Manfaatkan Ramadan dengan amalan berkat

shah alaM - Kerajaan Ne- geri tidak akan menyekat ma-na-mana individu yang mahu mengisytihar harta kepada awam sama ada sebelum dan selepas menjawat sesuatu jawatan dalam Kerajaan Ne-geri Selangor.

Cuma menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kha-lid Ibrahim dalam satu ke-nyataan media, ia mungkin tidak sesuai untuk dilakukan dan pihaknya berbeza pan-dangan sama ada perlu untuk menghebahkan pengisytiha-ran itu kepada awam.

Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri menghar-gai keprihatinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu pengisytiha-ran harta anggota Exco Kera-jaan Negeri Selangor.

Tetapi dalam masa yang sama pihaknya tidak menafi-

Selangor tidak sekat individu isytihar harta

“Majlis Bandaraya Petaling Jaya sudah memulakan namun perlu diberi publisiti yang lebih meluas dan juga penambahbaikan.

“Sementara pihak Majlis Ban-daraya Shah Alam sudah menda-patkan penajaan daripada pihak swasta tetapi butir-butir keselu-ruhannya masih belum diper-olehi,” kata beliau ketika ditemui selepas sidang Dewan Negeri Sela-ngor (DNS) baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pengarah Korporat Majlis Banda-raya Shah Alam, Shahrin Ahmad, perkhid-matan di Shah Alam dijangkakan bermula tahun ini setelah menda-pat sumbangan daripada badan korporat.

“Cadangan laluan bas komuni-ti ini akan melalui kawasan yang padat penduduk, khususnya para pelajar, pekerja kilang seperti di seksyen 2, 18, 17, 19, 24.”

Manakala Pegawai Perhubun-gan Awam Majlis Bandaraya Pet-

aling Jaya Zainun Zakaria berkata, perkhidmatan bas komuniti Pet-aling Jaya yang dilancarkan pada Ogos 2008 masih berjalan seperti biasa tiga kali sehari.

“Ia masih beroperasi seperti biasa, iaitu melakukan perjalanan tiga kali di kawasan Petaling Jaya Utara (PJU) dan Petaling Jaya Se-latan (PJS),” katanya.

Perjalanan bermula seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang pada set-iap hari Isnin hingga Jumaat, kec-uali pada cuti umum.

Di PJU, bas itu melalui kom-pleks MBPJ, pasaraya Tesco, The Curve, Ikano, balai polis seksyen 6, balai polis Dataran Sunway dan Jabatan Pendaftaran di Seksyen 8.

Di PJS, antara kawasan yang menjadi laluan bas itu ialah Jalan Sultan, Jalan Selangor, Flat Petal-ing Utama, Taman Medan, Desa Mentari, Flat Kampung Lindun-gan, Flat Taman Desa Ria, Jalan Othman dan Amcorp Mall.

Oleh lizawati Madfa

shah alaM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru agar setiap guru agama dan jawatankuasa insti-

tusi masjid serta surau di selu-

ruh negeri Selangor menin-gkatkan lagi peranan dalam usaha memanfaatkan bulan Ramadan menerusi pelbagai program keagamaan, intelek-tual dan kemasyarakatan.

Menurutnya lagi, umat Is-lam khususnya di negeri Se-langor perlu memanfaatkan setiap hari dalam bulan yang mulia dan penuh berkat ini dengan amalan-amalan murni dan bermakna kepada pem-bangunan diri, keluarga dan masyarakat.

“Kita digalakkan mengam-bil peluang

menambah pahala dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti solat sunat Terawih dan bertadarus al-Quran di sepanjang bulan Ra-madan.

“Kita juga digalakkan ber-sedekah bagi memupuk sikap kebertanggungjawaban, ambil berat dan saling membantu antara satu sama lain, seiring dengan saranan baginda Nabi Muhammad SAW,” ujar Abdul Khalid.

Beliau dalam perutusan sambutan Ramadan juga ber-kata, amalan mengimarah-kan malam-malam di bulan Ramadan di masjid dan surau

de-ngan kelas takmir dan tadarus al-Quran perlu

diteruskan sebagai wa-dah perpaduan dan kekuatan ummah, bu-

kannya sekadar tuntutan agama semata-mata.

Dalam pada itu, Adun Pela-buhan Klang itu turut meng- ingatkan semua agar per-bezaan ideologi politik da-pat diketepikan dalam usaha meningkatkan kefahaman antara satu sama lain, se-lain menginsafi nasib malang yang menimpa saudara Islam di Syria, Palestin dan pergola-kan politik di Mesir.

“Akhir kata, saya bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor me-ngucapkan selamat menyam-but bulan Ramadan Al-Muba-rak 1434 Hijrah bersamaan 2013 Masihi.

“Semoga amal ibadah dan jariah yang kita lakukan sepan- jang Ramadan ini akan diter-ima dan mendapat keredaan-Nya,” akhiri beliau.

kan kepentingan pengisyti-haran harta bagi mengelak salah guna kuasa.

“Kerajaan Negeri komited dengan amalan pentadbiran

yang telus, bertanggungjawab dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang memanipulasikan kuasa serta jawatan untuk kepent-ingan diri dan keluarga,” ka-tanya.

Tambah Abdul Khalid, polisi di Selangor adalah jelas yang mana anggota Exco per-lu mengisytiharkan kepada awam transaksi semua aset setelah menjawat jawatan dan maklumat aset ini akan dike-mas kini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat transaksi baru melibatkan penjualan atau pembelian harta.

“Amalan ini memadai bagi memastikan tiada Exco me-nyalahgunakan kuasa seh-ingga menimbulkan percang-gahan kepentingan (conflict of interest) dalam mana-ma-na transaksi pembelian atau penjualan harta itu,”katanya.

Kerajaan Negeri komited dengan amalan pentadbir- an yang telus, bertanggungjawab dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang memanipulasikan kuasa serta jawatan untuk kepentingan diri dan keluarga

ABDUL KHALIDMenteri Besar

Page 3: 19 Julai 2013

MAJLIS PERSIDANGAN PENGGAL PERTAMA DEWAN NEGERI SELANGOR (DNS) KE-13 3Laporan: Afeeqa Afeera, Mohd Ezli Mashut, Hafizan Taib, Norhayati Umor, Siraj Mohd Zaini, Nazli Ibrahim & Lizawati MadfaFoto: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

MEntEri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, rakyat Selangor tidak bersetuju dengan pembe-rian pakej ganjaran sehingga RM33.4 juta kepada Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Hol-dings Bhd (PNHB) Tan Sri Rozali Ismail.

“Saya rasa secara jelasnya rakyat Selangor tidak berse-tuju.

“Jika kita dapat mengam-bil alih penstrukturan air, kita akan tolak gajinya berdasar-kan ‘calculation of evaluation’,”

Rakyat Selangor tidak setuju bonus RM33 juta untuk Rozali

Baik pulih semula rumah rakyat usang

kata Abdul Khalid.Abdul Khalid berkata de-

mikian bagi mengulas ke-nyataan sekumpulan peme-gang saham minoriti Puncak Niaga Holding yang melulus-kan cadangan pemberian pa-kej RM33.4 juta kepada Rozali di dalam mesyuarat agung ta-hunannya.

Anak syarikat PNHB, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), adalah satu daripada empat syarikat yang mendapat konsensi me-ngurus perkhidmatan rawatan RM800 ribu selenggara

gelanggang futsalKErajaan Negeri memperun-tukan RM800,000 setahun bagi tujuan penyelenggaraan, mem-baik pulih dan menaik taraf in-frastruktur sukan di seluruh Se-langor.

Exco Belia, Sukan, Infra-struktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, peruntukan itu ter-masuk bagi kerja membaiki dan menyelenggara gelang-gang futsal.

“Jumlah penyelenggaraan serta naik taraf infrastruktur

Dari jumlah itu, setiap RM16,000 akan diagihkan kepada 56 DUNseluruh Selangor untuk kerja baik pulih atau naik taraf kemudahan sukan termasuk gelanggang futsal

- DR AHMAD YUNUS HAIRI

Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan

Kemudahan Awam

KErajaan Negeri kini dalam usaha membangunkan semula rumah-rumah rakyat yang su-dah usang (Urban Renewal).

Antara kawasan yang dikenal pasti adalah Rumah Pangsa Jalan Enggang AU2, Taman Keramat ; Rumah Pangsa Seksyen 17, Pe-taling Jaya dan Rumah Pangsa Seksyen 16, Shah Alam.

Exco Perumahan, Pengu-rusan Bangunan dan Penero-ka Bandar, Iskandar Samad berkata, tawaran sudah dibuat kepada pemilik-pemilik dan

development’.Walau bagaimanapun,

PKNS perlu meneliti sebarang cadangan dengan lebih ter-perinci.

Iskandar turut memak-lumkan, terdapat 33,198 unit pangsapuri kos rendah yang dibina oleh PKNS di negeri Se-langor yang melebihi usia 25 tahun.

Daripada jumlah itu, 30,499 unit mempunyai dua bilik dan 2,699 unit mempunyai satu bilik.

rundingan kini masih ber-jalan.

“Projek ini akan dimulakan selepas persetujuan dengan pemilik-pemilik dapat dicapai,” katanya yang menjawab per-tanyaan Dr Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik).

Selain itu, Iskandar berka-ta terdapat juga pemaju yang menjemput Perbandanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS) untuk mengadakan usaha sama dengan mereka untuk projek ‘urban renewal’ atau ‘urban re-

sukan untuk Selangor adalah RM800,000 setahun.

“Dari jumlah itu, setiap RM 16,000 akan diagihkan kepada 56 DUN seluruh Selangor untuk kerja baik pulih atau naik taraf kemudahan sukan termasuk ge-langgang futsal.

“Ia tidak begitu besar tetapi kita melihat keutamaan dengan kawasan tertentu dikenal pasti dengan kerosakan teruk akan kita baiki segera,” katanya yang menjawab Jakiran Jacomah(BN- Bukit Melawati)

air di Selangor.Kerajaan Negeri menawar-

kan RM9.65 bilion kepada PNSB dan tiga lagi syarikat untuk mengambil alih per- khidmatan rawatan air dari-pada mereka.

Terdahulu, isu ganjaran ber-kenaan dipersoalkan MP Klang, Charles Santiago yang menyi-fatkannya sebagai keputusan ‘tidak beretika dan tidak ber-tanggungjawab’ memandang- kan air adalah untuk kegunaan awam.

Pangsapuri di Seksyen 16, antara rumah yang

bakal dibaik pulih Kerajaan Negeri

Page 4: 19 Julai 2013

MAJLIS PERSIDANGAN PENGGAL PERTAMA DEWAN NEGERI SELANGOR (DNS) KE-13Laporan: Afeeqa Afeera, Mohd Ezli Mashut, Hafizan Taib, Norhayati Umor, Siraj Mohd Zaini, Nazli Ibrahim & Lizawati Madfa4

Foto: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

KaKitangan penjawat awam di negeri Selangor bakal me-nerima gaji minimum RM1,500 bagi membantu mengurangkan beban mereka.

Exco Pendidikan, Pendidik-an Tinggi dan Permodalan In-san, Dr Halimah Ali (gambar) berkata, Kerajaan Negeri se-dang mengkaji mekanisme yang membolehkan mereka mendapat gaji minima dengan mengambil kira semua aspek.

"Pemberian gaji minima me-mang diteruskan sehingga kini walaupun tiada peruntukan daripada Geran Selangorku. Syarikat-syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) sudah tia-da kakitangan yang mendapat gaji di bawah gaji minima.

"Oleh itu, kita akan memper-luaskan skim ini kepada pen-jawat awam. Kerajaan Negeri sudah mengkaji sistem peng-kajian awam negeri yang ada

masa kini," katanya bagi men-jawab pertanyaan lisan R Rajiv (DAP-Bukit Gasing).

Setakat ini, 1,500 penjawat awam masih ditahap bawah gaji minima kerana golongan itu diambil bekerja berdasar-kan kelayakan darjah enam atau Penilaian Menengah Ren-dah.

"Pengambilan mereka ini melalui skim lama, walaupun bagi gred 1 hingga 40 kerana

mereka diambil atas kelayakan itu. Oleh itu, pelantikan dan gaji mereka perlu dinaikkan.

Selain itu, menjawab soalan tambahan Ketua Pembang-kang, Datuk Shamsuddin Lias, Halimah berkata, Kerajaan Ne- geri akan memberi pelbagai skil atau latihan kemahiran su-paya mereka mempunyai skil tambahan, seterusnya men-dapat imbuhan yang secu- kupnya.

Penjawat awam bakal terima gaji minimum RM1,500

adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor melancarkan kempen mendapatkan 100,000 tandatangan bagi mendesak Kerajaan Pusat meluluskan pemben- tukan polis bantuan di negeri bagi membanteras jenayah yang makin ber-leluasa.

Petisyen itu akan dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ah-mad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Ne-gara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, Kerajaan Negeri pernah mengutarakan cadangan itu kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk

Seri Hishamuddin Hussein tetapi res-pon menteri adalah sambil lewa.

Malah, dakwa Weng San, Hisham-muddin menggunakan alasan bahawa kadar jenayah Selangor kian menurun untuk menolak tawaran Selangor un-tuk menyediakan pasukan polis ban-tuan.

“Jika Kerajaan Pusat tidak mahu lu-luskan cadangan Kerajaan Negeri, maka seharusnya Kerajaan Pusat menubuh-kan sendiri polis bantuan kerana bila-ngan anggota polis yang ditugaskan tidak cukup untuk pantau jenayah.

“Nisbah anggota polis dan rakyat

yang disyorkan oleh Interpol adalah satu anggota polis untuk 250 pen-duduk.

“Tetapi mengikut statistik 2011, Selangor mempunyai 11,700 anggota yang mana hanya 30 peratus bertugas pada satu sesi. Ia tidak cukup untuk menjaga penduduk,” katanya dalam sidang media di Bangunan Annex, SUK, di sini.

Orang ramai boleh menyertai kem-pen tandatangan itu dengan menda-patkan borang di pejabat Adun Paka-tan atau daripada laman web www.safercity.com.my.

Kempen kutip 100,000 tandatangan minta polis bantuan

PEndaPatan usahawan belia dan wanita muda yang menyertai program bimbingan perniagaan Kerajaan Negeri dilaporkan me-ningkat sebanyak 30 hingga 40 peratus apa-bila mereka mempraktikkan latihan tersebut.

Exco Pembangunan Usahawan Sains, Teknologi dan Ino-vasi, Dr Daroyah Alwi (gambar) ber-kata, bagaimanapun peserta tidak me-ngemukakan rekod peningkatan itu ke- rana perusahaan mereka ialah indus-tri kampung dan mereka tidak mem-punyai penyata alir-an tunai dan penya-ta bank.

Daroyah juga berkata, bengkel dan pro-gram usahawan mencatatkan permintaan yang menggalakkan apabila jumlah peserta meningkat ke 7,706 pada tahun 2013, daripa-da 220 pada 2008.

Antara program yang disediakan ialah kursus pensijilan, pembungkusan, kursus asas keusahawanan dan rancangan perniagaan.

Program yang tidak melibatkan latihan pula merangkumi Dana Industri Kampung, Promosi Produk Usahawan dan lawatan ke premis perusahaan yang dijalankan sekali setahun.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Sulaiman Abdul Razak (BN-Per-matang).

Dalam pada itu, Daroyah memaklumkan Selangor kini menjadi juara dalam pensijilan halal berikutan ketika ini, 40 peratus daripa-da permohonan sijil halal di Malaysia datang-nya dari Selangor.

Pendapatan usahawan belia naik 40 peratus

Ng Suee Lim, bersalaman dengan Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias dan menghulurkan borang 100,000 tandatangan bagi mendesak Kerajaan Pusat meluluskan pembentukan polis bantuan di Selangor

Page 5: 19 Julai 2013

MAJLIS PERSIDANGAN PENGGAL PERTAMA DEWAN NEGERI SELANGOR (DNS) KE-13 5Laporan: Afeeqa Afeera, Mohd Ezli Mashut, Hafizan Taib, Norhayati Umor, Siraj Mohd Zaini, Nazli Ibrahim & Lizawati MadfaFoto: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

19 projek perumahan terbengkalai akan diselamatkan

KErajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Har-tanah Selangor (LPHS) me-ngenal pasti 19 projek peru- mahan terbengkalai di Sela-ngor pada tahun ini yang ber-potensi untuk dibaik pulih.

Exco Perumahan, Pengurus-an Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad ber-kata, daripada jumlah terse-but, pemaju penyelamat se-dang menjalankan kerja baik pulih empat projek.

Manakala 15 yang lain se-dang dalam proses perbin-cangan untuk tujuan sama de- ngan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT).

Katanya, biarpun pada da-sarnya bidang kuasa terletak di bawah Kementerian Peru-mahan namun Kerajaan Negeri sentiasa berusaha bagi menga-tasi masalah projek perumahan terbengkalai di Selangor.

Antara langkah yang di-ambil mewujudkan JPPT yang dianggotai Penasihat Un-dang-Undang Negeri Sela- ngor, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Pe-neroka Bandar serta jabatan

Diskaun 25% cukai pintu pangsapuri kos rendahPEMiliK pangsapuri kos ren-dah di Selangor sudah mula menikmati diskaun cukai pintu sebanyak 25 peratus yang mula dilaksanakan pada Penggal Ked-

ua Cukai Taksiran Tahun 2012 (Julai-Disember 2012).

Menurut Exco Kera-jaan Tempatan, Datuk Teng Chan Khim berkata, keputusan ti-dak menaik-kan cukai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh lima tahun sejak 2008.Selain itu, terdapat be-

berapa PBT di Selangor yang mengambil langkah menurunk-an kadar cukai taksiran seba-nyak dua peratus bagi kedia-man strata seperti apartment dan kondominium.

“Penurunan dua peratus ini dibuat berikutan kemampuan kewangan yang kukuh seper-ti yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai kewangan ku-kuh,” kata beliau ketika men-jawab soalan Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali).

Chan Khim turut menjelas-kan, nilai diskaun yang diberi-kan 11 PBT seluruh Selangor berjumlah RM6.8 juta.

Jumlah diskaun tertinggi di-catatkan di kawasan Majlis Per-bandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang mencatatkan diskaun berjumlah RM1.5 juta melibat-kan 31,672 unit pangsapuri kos rendah.

Ini diikuti Majlis Perban-daran Kajang (MPKJ) sebanyak RM1.2 juta melibatkan 38,387 unit pangsapuri kos rendah.

Saran program MES untuk anak mudadalaM usaha melahirkan generasi masa depan Selangor yang lebih ce-merlang, Kerajaan Negeri disaran mer-angka program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khusus untuk golongan anak muda.

Menurut Amiruddin Shari (PKR-Batu Caves) usaha sedia ada perlu diperluas-kan lagi dengan pelbagai program me-liputi aspek sosial, ekonomi, pendidi-kan dan kebudayaan.

"Antaranya saya menyeru Kerajaan Negeri mengkaji dan merangka skim khas membiayai yuran peperiksaan percuma dan ini juga adalah seperti ji-had dalam bidang pendidikan.

"Kerajaan Negeri juga mungkin boleh mewujudkan Skim Peluang Kedua un-

tuk anak muda yang gagal dalam peper-iksaan utama (SPM, STPM) untuk diberi peluang sekali lagi," cadang Amiruddin.

Selain itu, beliau juga menekankan kepentingan pembangunan infrastruk-tur sukan di negeri ini untuk kegunaan anak-anak muda.

"Saya sarankan agar kemudahan sedia ada dinaik taraf dan diperting-katkan untuk memberi impak yang lebih baik dan lebih besar dalam pem-ba-ngunan sukan," katanya lagi.

Beliau turut mengutarakan cadan-gan untuk mewujudkan skim mimbar untuk golongan belia, memperbanya-kan aktiviti kebudayaan untuk anak muda selain membuka lebih banyak pusat pendidikan vokasional.

MB jumpa pembeli rumah Blok E PJS1 MEntEri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kesediaan berjumpa penduduk Blok E PJS 1 sejurus selesai per-sidangan Dewan Negeri Sela-ngor (DNS).

Abdul Khalid akan mem-berikan penerangan penuh berhubung isu perumahan ter- bengkalai yang melibatkan

penduduk kawasan itu dan kaitannya dengan satu keputu-san mahkamah.

“Saya akan jumpa dengan mereka untuk terangkan ke-majuan yang kita (Kerajaan Negeri) telah buat.

“Perkara ini ditahan oleh pemaju perumahan di mahka-mah. Jadi saya terangkan ke-

pada mereka apa keputusan mahkamah tentang perkara ini,” jelas Abdul Khalid.

Sebelum itu, 30 penduduk Blok E PJS 1 berdemonstrasi di hadapan pintu utama bangu-nan SUK bagi menuntut Abdul Khalid menunaikan janji Kera-jaan Negeri berhubung masalah perumahan mereka yang berla-

rutan sejak lapan tahun lalu.Pembeli-pembeli tersebut

merupakan bekas peneroka bandar dari kampung berham-piran yang terlibat dengan projek penempatan semula setinggan di sekitar Petaling Jaya.

Seramai 276 keluarga me-nerima tawaran rumah kos

rendah pada 2003. Seramai 262 penduduk menandatangani perjanjian jual beli dengan pemaju Peter Brickworks.

Namun kegagalan pemaju menyiapkan rumah yang di-janjikan menyebabkan pem-beli terpaksa menanggung be- ban hutang dengan pihak bank.

dan agensi kerajaan yang lain.“Kaedah lain adalah per-

bincangan berkala bersama semua jabatan teknikal dengan mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek itu disambung semula dengan kos tambahan kecil tanpa meng-abaikan aspek keselamatan.

“Yang seterusnya men-gatur pertemuan dengn ins- titusi kewangan sebagai pem-biaya di samping perbincang-an dengan Jabatan Insolvensi bagi pemaju bermasalah den-gan LPHS bertindak mencadan-gkan projek untuk dipulihkan kepada pemaju penyelamat," katanya menjawab pertan-yaan Lee Kee Hiong (DAP- Kua-la Kubu Baru)

Kaedah lain adalah perbincangan berkala bersama semua jabatan teknikal dengan mengenakan syarat minima bagi membo-lehkan projek itu disambung semula

Exco Perumahan, Pengurusan

Bangunan dan Peneroka Bandar

ISKANDAR SAMAD

Page 6: 19 Julai 2013

PENASIHAT: Faekah Husin

Arfa’eza Abdul Aziz

KETUA PENGARANG: Sheridan Mahavera Mohd Shakir PENGARANG BERITA: Najib Hashim

PENOLONG PENGARANG BERITA: Mohd Ezli Mashut PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim

WARTAWAN: Afix Redzuan: [email protected], Afeeqa Afeera: [email protected],

Hafizan Taib: [email protected], Norhayati Umor: [email protected]

JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB, Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites,

No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Selangor KiniSIDANG PENGARANG

MAJLIS PERSIDANGAN PENGGAL PERTAMA DEWAN NEGERI SELANGOR (DNS) KE-13Laporan: Afeeqa Afeera, Mohd Ezli Mashut, Hafizan Taib, Norhayati Umor, Siraj Mohd Zaini, Nazli Ibrahim & Lizawati Madfa6

Foto: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

KErajaan Negeri memohon peruntukan tambahan RM 105 juta bagi meneruskan skim pemberian 20 meter padu air percuma di Selangor bagi tem-poh Julai hingga Disember ta-hun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Ab-dul Khadli Ibrahim berkata, peruntukan itu diperlukan ker-ana peruntukan sebelumnya ha- nya menampung kos program tersebut sehingga Mei lalu iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13).

Maka dengan itu, Kerajaan Negeri membuat pembayaran bagi kos air percuma kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya untuk tempoh Januari hingga ke Mei.

Keputusan diambil di da-lam belanjawan 2013 kerana sekiranya Kerajaan Nege-ri yang lain mengambil alih selepas PRU 13, pentadbir-an itu tidak dipaksa untuk me-neruskan dasar itu.

“Jika menang pilihan raya, kita teruskan program pembe-

Biayai air percuma Mei hingga Disember

Peruntukan tambahan RM105 juta

KErajaan Negeri mempe-runtukkan RM160.59 juta un-tuk membina 10 buah Mah-kamah Syariah di sekitar Selangor, kata Exco Hal Eh-wal Islam, Pemodenan Perta-nian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.

“Sepuluh lokasi itu ter-masuk bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah yang terletak bersebelahan dengan bangunan Jabatan Agama Is-lam (Jais) dan Masjid Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian da-lam ucapan penggulungannya dalam perbahasan titah Sultan di sidang Dewan Negeri Sela-ngor (DNS).

Peruntuk RM160 juta bina 10 Mahkamah Syariah

POPulariti Universiti Sela-ngor (Unisel) makin mening-kat sepanjang lima tahun ke-belakangan ini di sebalik imej negatif yang sering dipaparkan Umno-BN.

Exco Pendidikan, Pendidi-kan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, permohonan pelajar untuk memasuki Unisel makin bertambah terutamanya bagi pengajian pilihan seperti fakulti perniagaan.

“Sekarang ini Unisel mem-punyai masalah yang bersi-fat positif, iaitu jumlah pelajar yang memohon untuk memasu-ki Unisel sudah melimpah teru-tamanya fakulti perniagaan.

“Sehingga Unisel terpaksa merayu kepada Kerajaan Sela-ngor untuk membantu mereka menyediakan bangunan untuk menampung keperluan tempat kuliah kerana kebanjiran pela-jar ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Umno-BN didak-wa memburukkan Unisel de- ngan mendakwa prestasi jum-lah pelajar Unisel makin mero-sot sejak 2008.

Mengulas lanjut, Dr Halimah berkata, ibu bapa dan pelajar di Selangor dan luar negeri ini su-dah tidak percaya kepada dak-waan Umno-BN selepas melihat sendiri keadaan di Unisel.

“Terima kasih kepada BN yang melonjakkan publisiti Uni-sel dengan memaparkan imej negatif Unisel dalam media arus perdana selama ini khususnya sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” katanya yang juga Adun Selat Klang.

Kemasukan pelajar ke Unisel bertambah

Sepuluh lokasi itu termasuk bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah yang terletak bersebelahan dengan bangunan Jabatan Agama Islam (Jais) dan Masjid Negeri

- SALLeHeN MUKHYIExco Hal Ehwal Islam,

Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa

Sallehen menambah, Kera-jaan Negeri bersama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kini dalam tindakan untuk me-nubuhkan Mahkamah Rendah Syariah Ampang.

“Kertas cadangan kini sedang disediakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tu-rut memaklumkan Kerajaan Negeri dalam proses mewu-judkan akta pengambilan ta-nah bagi tapak masjid, surau dan kubur.

“Untuk setakat ini, beberapa proses pewartaan tanah masjid sudah diselesaikan dan ada yang belum. Kita akan lihat se-hingga proses itu selesai nanti,” katanya.

rian air percuma ini. Keputu-san ini dibuat kerana kita tidak mahu membuat keputusan bagi pihak lain.

“Tetapi dalam manifesto PR,

kita senaraikan mengenai usaha meneruskan bantuan air per-cuma ini,” katanya.

Permohonan RM105 juta itu sebahagian daripada permo-

honan perbelanjaan tambah-an sebanyak RM761 juta yang dibuat melalui satu enakmen di dalam Dewan Negeri Sela-ngor (DNS).

Abdul Khalid sewaktu menjawab pertanyaan wartawan di lobi Dewan Negeri Selangor

Page 7: 19 Julai 2013

MAJLIS PERSIDANGAN PENGGAL PERTAMA DEWAN NEGERI SELANGOR (DNS) KE-13 7Laporan: Afeeqa Afeera, Mohd Ezli Mashut, Hafizan Taib, Norhayati Umor, Siraj Mohd Zaini, Nazli Ibrahim & Lizawati MadfaFoto: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

sEraMai 18,545 orang wanita dari seluruh Selangor men-jalani pemeriksaan kanser payudara atau mammogram percuma sejak 2010 hingga April tahun ini.

Exco Kebajikan dan Hal Eh-wal Wanita, Rodziah Ismail ber-kata, program tersebut adalah Skim Kesihatan Wanita (SKW) yang ditawarkan kepada semua wanita di negeri ini berumur 35 tahun ke atas bagi mengesan penyakit kanser berkenaan.

Menurutnya, ia turut men-sasarkan wanita berumur ku-rang 35 tahun yang mengha-dapi risiko penyakit kanser yang tinggi atau keluarga yang mempunyai sejarah mengidap penyakit tersebut.

“Kerajaan Negeri melancar-kan SKW di bawah program Me-rakyatkan Ekonomi Selangor

MEMandangKan taburan jumlah penduduk di setiap DUN adalah berbeza, pemba-hagian peruntukan mengikut jumlah penduduk per kapita perlu dilaksanakan.

Ujar Noor Hanim Ismail (PAS -Seri Serdang), peruntukan mengikut jumlah penduduk penting bagi memastikan pem-bahagian yang lebih adil kepa-da setiap rakyat di negeri ini.

“Contoh seperti di Seri Ser-dang yang mempunyai jumlah pengundi kira-kira 73,000.

“Ini pastinya menuntut pi-hak kerajaan untuk memasti-kan peruntukan yang diberi

cukup dan setimpal,” jelas Noor Hanim.

Tambahnya, selain bersikap adil, pembahagian peruntukan berdasarkan per kapita ini juga dapat menjamin kelancaran pro-gram-program kebajikan yang dianjurkan Kerajaan Negeri.

“Sebagai contoh bantuan ke-pada warga emas, kawasan saya jumlahnya lebih ramai, jadi di-harap ikut per kapita dan bu-kannya 1, 000 bagi setiap DUN.

“Demi kebaikan rakyat, saya harap satu inisiatif dapat diam-bil bagi mengkaji semula jum-lah peruntukan ini,” ujar beliau lagi.

tEndEr terbuka untuk pembi-naan Jambatan Ketiga Klang di-jangka akan dikeluarkan pada Oktober tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kini pro-ses pembinaan jambatan itu be-rada di peringkat ketiga dengan pelaksanaan ‘bill of quantities’.

‘Bill of Quantities’ adalah do-kumen butiran terperinci berke-naan sesuatu projek pembinaan

bagi membolehkan kontraktor mengemukakan tawaran bidaan projek itu.

Ujar beliau, sebelum ini Kera-jaan Negeri mengadakan pertan-dingan reka bentuk yang akan di-gunakan untuk projek itu.

“Peringkat pertama mem-perkenalkan tempat dan disu-suli satu pertandingan untuk reka bentuk tersebut. FARS Con-sultant menang untuk reka ben-

tuk itu untuk mendapat pemer-hatian masyarakat,” kata beliau.

Kerajaan Negeri memperun-tukkan RM300 juta daripada ri-zab negeri untuk membina jam-batan sepanjang 500 meter itu.

Kerajaan Umno-BN berjanji untuk membina jambatan ke-tiga ini pada tahun 2008 tetapi tidak menunaikannya walaupun majlis pecah tanah pembinaan jambatan itu telah dilakukan.

Sektor pertanian sumbang RM326 juta

Cadang peruntukan ikut jumlah penduduk

Ujarnya, Selangor juga me-nunjukkan prestasi yang baik dalam sektor pertanian den-gan mencatatkan beberapa ke-jayaan industri pertanian sejak lima tahun lepas.

“Ia melibatkan sumban-gan daripada penghasilan padi, buah-buahan, sayur-sayuran, hortikultur, rempah ratus serta tanaman ladang serta produk hiliran berasaskan pertanian yang menghasilkan sejumlah RM326 juta pada 2012.

“Manakala projek TPKM berjaya mengeluarkan hasil dan pendapatan tertinggi di Malaysia apabila berjaya meng-hasilkan 26,000 metrik tan den-gan sejumlah RM31 juta,” kata Sallehen.

Ujar beliau lagi, jelapang padi Selangor berjaya mengeluarkan hasil padi yang tertinggi ber-banding jelapang padi di negeri lain, iaitu menghasilkan pura-ta 6.1 metrik tan setiap hektar pada 2012.

Dalam pada itu Sallehen me-maklumkan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM9.1 juta bagi pembangunan pertanian dan industri asas tani di seluruh Selangor sepanjang tahun ini.

suMbangan sektor perta-nian kepada ekonomi Selangor me-ningkat kepada RM326 juta pada 2012, daripada RM255 juta pada tahun 2011.

Exco Pertanian, Sallehen Mukhyi berkata, sumbangan itu adalah daripada program Projek Pertanian Berkelompok, Tapak Pengeluaran Kekal Makanan (TPKM), program keusahawan dan tanah terbiar.

Tender terbuka Jambatan Ketiga Klang Oktober ini

Lebih 18,000 wanita sertai mammogram percuma

(MES) dengan pe-runtukan RM1 juta setiap tahun.

“Kita mensasar-kan 10,000 wanita mendapat kemu-dahan tersebut da- lam setahun,” ka-tanya ketika men-jawab pertanyaan Sulaiman Abdul Razak (BN-Perma-tang).

Wanita yang la-yak akan mendapat pengangkutan khas percuma ke lokasi di mana mereka akan diberi pene-rangan mengenai kesihatan, penjagaan dan men-jalani pemeriksaan percuma kanser.

“Wanita yang didiagnosis

menghidap kanser dinasihatkan untuk dapatkan rawatan su- sulan di hospital sama ada kera-jaan atau swasta,” katanya.

Tanaman Makanan

RM5.04 juta

Tanaman Industri

RM300 ribu

Industri Bunga & Taman Hiasan

RM200 ribu

Pertanian Bersepadu

RM700 ribu

Tanah Terbiar

RM200 ribu

RM9.1 juta untuk pembangunan pertanian

IndustriAsas Tani

RM1.2 juta

Taman Agro Teknologi

RM1.4 juta

NOR HANIM ISMAILAdun Seri

Serdang

Sebagai contoh bantuan kepada warga emas, kawasan saya jumlahnya lebih ramai, jadi di-harap ikut per kapita dan bukannya 1, 000 bagi setiap DUN

Page 8: 19 Julai 2013

98Selangorkini 12 - 19 Julai 2013 Selangorkini 12 - 19 Julai 2013

ALBUM ALBUM

Adun Meru, Dr Rani Osman

bergambar bersama-sama peserta

konvoi, sewaktumelancarkan

Skuad Konvoi Kelab Remaja Masjid

As Syariff, Meru

Sempena menyambut kedatangan bulan yang mulia, Apartmen Desa Perangsang menjemput Adun Taman Medan, Haniza Talha bersama meraikan Program Sambutan Ramadan di kawasan kediaman mereka

Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail, melawat kanival di Surau Al-Ikhwan, Taman Tasik Prima Puchong, sekaligus merasmikan program tersebut

Tokoh Guru Kebangsaan tahun 1999, Ustaz Hambali Abdul Razak yang terlantar sakit di rumahnya, di Taman Desa Keramat, menerima kunjungan daripada Adun Hulu Kelang, Saari Sungib

Eksekutif Kanan Operasi Skimsel, Normaizah Yahya (tudung biru) bersama pemenang cabutan bertuah Sambutan Hari Keluarga Skim Mikro Kredit Negeri Selangor yang berlangsung di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar

Adun Gombak Setia, Hasbullah

Ridzwan bersama

Kumpulan Pasti Ilmi Taman

Permata yang memenangi

pertandingan Kalam Jamai’e

sewaktu program Hari Alam Ria, Pasti Gombak

COMEL...Nurul Izzah

Anwar, tertarik dengan

bayi ini sewaktu menghadiri

program Pemberian

Agihan Moreh di Masjid

Ar-Rahman, Pantai Dalam

Bagi menyambut kedatangan Ramadan, Adun Chempaka, Iskandar Samad, bersama penduduk setempat membakar lemang di Pandan Jaya

Ahli Parlimen Selayang, William Leong, menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sewaktu program Jalinan Kasih Menjelang Ramadan, anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuang

Berikutan kenaikan beberapa barangan asas pada bulan Ramadan, Dewan Pemuda PAS Malaysia, bersama rakan-rakan pemuda dalam Pakatan mengadakan ‘Kempen Anti Kenaikan Harga Barang’ di Pasar Pagi Taman Greenwood, Gombak

Page 9: 19 Julai 2013

PROFIL

10 Selangorkini 12 - 19 Julai 2013UTAMA

SaLLeHen mUkHYIexco Hal ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan desa, adun Sabak

Tarikh lahir : 6 Jun 1967Tempat lahir : Batu 4, Kampung Panchang Bedena, Sabak BernamNama isteri : Wan Rusdah Wan HassanAnak : Dua orang

Pendidikan

1974 Sekolah Kebangsaan Panchang Bedena 1980 Sekolah Agama Menengah Rendah Sungai Besar 1983 Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Batu 38, Sabak Bernam 1987 Universiti Kebangsaan Malaysia, BA (Hons) Pengajian Islam (Al-Quran dan Sunnah) 1992 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Diploma Pendidikan) 1996 Universiti Malaya, Ijazah Sarjana (Pengajian Bahasa Moden) 2004 Universiti of Zarqa, Jordan (Pengajian Lanjutan Bahasa Al-Quran)

kerjaya dan Politik

kini: - Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor - Yang Dipertua PAS Kawasan Sabak Bernam

2008 - 2013 - Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sabak

2008 - 2009 - Merupakan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor

1999- 2004 - Adun Sungai Besar

Pengerusi Pusat As-Solihin (Pusat Pendidikan Anak Yatim & Miskin Sabak Bernam)

Terlibat dengan aktiviti sebagai penceramah bebas dan turut serta dengan aktiviti kemasyarakatan menerusi pembangunan anak-anak yatim dan miskin

Oleh MOhd Ezli Mashut

Penglibatan sebagai aktivis mahasiswa selaku Presiden Ikatan Studi Universiti

Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) menjadi titik tolak kepada penglibatan Sallehen Mukhyi dalam mengasah bakat kepimpi-nan sebelum menglibatkan diri dalam dunia politik.

Katanya, pengalaman awal itu kini membantunya dalam melaksanakan tugas sebagai Exco Selangor untuk memberi-kan perkhidmatan terbaik ke-pada rakyat.

Beliau yang juga Adun Sabak dilantik menjadi Exco Hal Eh-wal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa meng-anggap jawatan itu merupakan satu amanah yang perlu dipikul sebaik mungkin.

gOlOngan petani dan nelayan akan terus dibantu dan dibimbing bagi meningkatkan taraf hidup melalui pembentukan sikap positif agar lebih proaktif dan berdaya saing.

Sallehen Mukhyi berkata, satu kajian bersa-ma agensi pembangunan desa sedang dijalan-kan untuk meneliti keperluan dan jenis perta-nian yang sesuai di sesuatu kawasan itu.

Ujar beliau, banyak lagi tanah-tanah terbiar yang boleh diusahakan dengan aktiviti perta-nian yang perlu dioptimumkan oleh petani agar ia boleh dimanfaatkan bersama.

“Kita menyediakan sebuah jawatankuasa pemandu yang akan memantau aktiviti per-tanian ini kerana untuk membantu program pertanian berdasarkan keperluan yang sesuai dengan pasaran agar tidak mengikut musim sahaja,” kata Sallehen.

Katanya, beliau mencadangkan aktiviti per-tanian diperluaskan bagi meneroka pasaran baru melalui pertanian penanaman ubi kayu

dan jagung yang mempunyai potensi besar un-tuk dikembangkan.

Jelasnya lagi, penanaman ubi amat di-galakkan kepada masyarakat desa kerana pe-nanaman tumbuhan tidak begitu rumit dan ia mempunyai pasaran besar.

“Pasaran sekarang ubi ini adalah sekitar RM2.50 - RM3 untuk sekilo dan yang lebih penting ubi ini boleh diproses untuk dijadikan tepung bagi mengurangkan makanan import dari luar dan persediaan jika berlaku kegawat-an ekonomi dunia,” katanya.

Tambah Sallehen, beliau menggesa agar anak muda mengubah persepsi bidang pertanian agar berani mengambil peluang yang wujud kerana ia mampu memberikan pulangan lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

“Dalam kajian di Selangor ini, ramai yang kita sudah latih, tetapi kehilangan sehingga 10 peratus daripada mereka kerana kekurangan program pemantauan,” kata beliau.

Universiti mengajar jadi pemimpin

saya menang dan dilantik men-jadi Exco Kerajaan Negeri Sela-ngor,” kata beliau.

Beliau berharap dalam peng-gal lima tahun ini dapat mem-berikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dengan pe-

laksanaan urus tadbir yang telus, baik serta berintegriti.

“Saya ingin perkukuhkan kehidupan umat Islam hari ini dan pegangan masyarakat ter- hadap ajaran Islam di negeri ini,” katanya.

Petani dan nelayan terus diperkasa

Sallehen juga terlibat dengan aktiviti sebagai penceramah be-bas dan turut serta dengan ak-tiviti kemasyarakatan menerusi pembangunan anak-anak yatim dan miskin.

“Saya di sekolah menengah pun pernah terlibat dalam bidang pidato dan era zaman di univer-siti terlibat dalam memimpin mahasiswa di UKM selama dua penggal sebagai Presiden.

“Itulah yang melatih saya mengasah diri dan bakat un-tuk menjadi pemimpin dan bila saya keluar dari universiti, maka saya berminat dalam perjuangan politik PAS,” kata Sallehen.

Beliau aktif dalam politik se-awal usia 22 tahun, iaitu selepas mendaftar diri sebagai ahli PAS yang ketika itu masih lagi seba-gai mahasiswa.

“Dan sejak daripada itu saya

terlibat aktif dalam politik dan bermula dari peringkat cawangan di ka-wasan sehingga pemuda negeri dan pada masa yang sama saya juga seorang guru mengajar di Sekolah Kebangsaan.

“Dan saya letak jawatan seba-gai guru pada tahun 1999 untuk bertanding dan saya menang di DUN Sungai Besar tetapi kalah pada pilihan raya 2004 dan 2008

“Alhamdulillah... pada 2013

Saya inginmemperkukuhkan kehidupan umat Islam dan pegangan masyarakat terhadap ajaran Islam di negeri ini

Sallehen bersama petani Sungai Burong dan Sekinchan berdemo membantah penurunan harga pembelian padi yang ditawarkan Bernas

Page 10: 19 Julai 2013

11UTAMASelangorkini 12 - 19 Julai 2013

KEPaKaran dan pengalaman kesemua Exco Selangor akan digembleng secara bersama bagi memberikan penumpuan khusus kepada pembangunan luar bandar untuk penggal ked-ua pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Sallehen Mukhyi berkata, kerjasama yang dirangka itu akan merangkumi pelbagai as-pek seperti pembangunan in-dustri desa, wanita, pelancon-gan, kesihatan dan kemudahan awam.

Katanya, program ke arah

Kemudahan desa setanding bandar

tiga buah lagi Maahad Tahfiz Sains akan dibina di Selangor bagi mela-hirkan sejumlah penghafal al-Quran yang berkualiti dengan mempunyai in-frastruktur dan tenaga pengajar yang terbaik.

Sallehen Mukhyi berkata, dengan pembinaan tiga Maahad Tahfiz Sains ini diharap dapat memenuhi permintaan tinggi daripada masyarakat yang berke-hendakkan kepada pendidikan tersebut.

Katanya, dijangka seramai kira-kira 600 penghafal al-Quran dapat dilahirkan dalam setahun apabila sejumlah enam maahad tahfiz beroperasi sepenuhnya di negeri itu.

Ujarnya, ketika ini sudah terdapat tiga maahad tahfiz di negeri itu dengan dua buah sudah sedia dan sebuah masih dalam proses pembinaan.

“Penyediaan tenaga pengajar yang baik adalah cabaran yang perlu diberi perhatian agar dapat melahirkan pela-jar tahfiz yang berkaliber,” kata Salle-hen ketika ditemui.

Katanya, sebelum ini berlaku masalah kekurangan tenaga pengajar berkela-yakan bagi mengajar para pelajar yang menjadi cabaran kepada melahirkan generasi penghafal al-Quran.

“Yang penting fokus kita adalah dapat melahirkan pelajar yang berkualiti de-ngan penyediaan tenaga pengajar yang berkemampuan,” katanya.

Menurut Sallehen, cadangan lokasi untuk membina maahad tahfiz dalam peringkat perbincangan dan keputusan mengenainya bergantung kepada Kera-jaan Negeri untuk menentukan lokasi yang sesuai.

peningkatan kadar pendapatan masyarakat desa menjadi fokus utama agar golongan yang masih dikategorikan miskin dapat dibantu.

“Program pembasmian kemiskinan akan diberi perha-tian dengan bantu pemberian modal yang berupa mesin dan sebagainya kepada yang layak de-ngan program bimbingan dan pemantauan berterusan,” kata Sallehen ketika ditemui.

Katanya, Kerajaan Negeri akan berusaha meningkatkan taraf kemudahan di kawasan desa agar setanding dengan masyarakat bandar seperti pe-nyediaan kemudahan Internet wifi dan infrastruktur kemuda-han awam yang mencukupi.

“Kita juga akan menumpukan kepada Ketua Kampung dan JKKK sebagai elemen utama dan pen-ting dalam membangunkan desa dengan memberikan latihan dan bengkel kepada mereka.

“Dengan ini agar mereka mampu melaksanakan tugas bagi membangun-kan program-program desa,” ujar Sallehen.

Katanya, program satu kam-pung satu industri akan diban-gunkan mengikut keperluan dengan kajian mendalam di-lakukan agar ia berjaya dilak-sanakan dengan baik.

“Kita juga mungkin akan se-diakan satu produk yang baru dan sesuai kepada sesebuah kampung agar mereka dapat membangunkan ekonomi,” kata beliau.

Bersama pelajar Maahad Tahfiz As Solihin, Panchang Bedena, Sabak Bernam di mana beliau merupakan penasihat dan penaungnya

Sasar lahir 600 hafaz al-Quran setahun

Menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di Surau Nurur Rahmah, Kampung Melayu Subang bersama Menteri Besar

Bersama penerima di Majlis Sumbangan Sempena

Ramadan daripadaKerajaan Negeri

Page 11: 19 Julai 2013

12 Selangorkini 12 - 19 Julai 2013UTAMA

Kaji bangun hab halal di Pulau Indah Oleh nazli ibrahiM

sEMEnYih - Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji untuk membangunkan hab halal di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Menurut Exco Pembangunan Usa-hawan, Dr Daroyah Alwi, cadangan tersebut dibuat berdasarkan kedu-dukan strategik Pulau Indah yang berhampiran Pelabuhan Klang akan memberi kelebihan untuk dipasarkan ke pasaran antarabangsa.

"Kita harap dalam masa lima tahun ini kita dapat realisasikan hab halal ini sebab saya kira ia sangat penting dan sudah sampai masanya untuk Se-langor laksanakannya.

"Hab halal ini mempunyai permin-taan yang tinggi sama ada di dalam negara mahupun di peringkat dunia,

walaupun negara bukan Islam, mereka juga pentingkan produk halal," kata beliau selepas majlis penyerahan per-mit dan lesen peniaga Bazar Ramadan kepadai 70 peniaga berhadapan Tesco Taman Pelangi di sini.

Dalam majlis sama, Dr Daroyah tu-rut menyerahkan bantuan berupa ba-rangan keperluan kepada 15 ibu tung-gal dari kawasan terbabit.

Sebelum ini, Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pemba-ngunan Desa, Sallehen Mukhyi dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) berkata, sudah tiba masanya Se-langor menjadi juara dalam industri halal di negara ini.

Menurut Sallehen, pada masa ini sebanyak 40 peratus daripada permo-honan sijil halal di Malaysia dikeluar-kan di Selangor.

GaLaS TUGaS… Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Kelana Jaya di Jalan SS14/1, di atas pejabat Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh. Waktu operasi bermula jam 10 pagi hingga 5 petang, selain turut dibuka pada malam Selasa, jam 8 -10 malam

Dr Daroyah menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada ibu tunggal

Page 12: 19 Julai 2013

13UTAMASelangorkini 12 - 19 Julai 2013

Talian Hotline Kutipan SampahAnda mahu buat aduan sampah yang tidak dikutip dan longkang tersumbat di kawasan komuniti, di mana anda tidak tahu ke mana dan siapa yang perlu dilapor?Kami sediakan talian bebas tol 1800 88 2824. Talian ini beroperasi 24 jam atau terus ke nombor PBT seperti yang tertera di bawah.

majLIS Perbandaran amPanG jaYa (mPaj)Tel : 03-4296 8000;Hotline : 1 -800-22-8100Laman Web: www.mpaj.gov.my

majLIS daeraH HULU SeLanGor (mdHS)Tel : 03-6064 1331SMS : taip "mdhs aduan" hantar ke 15888. untuk semak aduan,status,taip 'mdhs semak' hantar ke 15888Laman Web: www.mdhs.gov.my

majLIS Perbandaran kLanG (mPk)Kutipan SampahKlang Utara: 016-2720406 (Kamachy); Klang Selatan: 016-2506796 (Razif )Pembersihan awam (Jalan dan Longkang)Klang Utara : 019-2245387 (Haji Nasirun); Klang Selatan: 016-3824471(Loganathan)Talian: 03-3372 4820 / 6781 / 1-800-88-23826 (Toll-free)Laman web: www.mpklang.gov.my

majLIS daeraH kUaLa LanGaT (mdkL)Tel: 03-3187 2825SMS: Taip “MDKL ADUAN < aduan >” dan hantar kepada 15888.Laman web: www.mdkl.gov.my

majLIS daeraH kUaLa SeLanGor (mdkS)Tel: 03-3289 1439Laman web: www.mdks.gov.my

majLIS daeraH Sabak bernam (mdSb)Tel: 03-3224 1655 / 1000Laman web: www.mdsb.gov.my

majLIS Perbandaran SeLaYanG (mPS)Tel: 03-6126 5800 / 6120 4903 / 04 / 05 / 06Laman web: www.mps.gov.my

majLIS Perbandaran SePanG (mPSP)Tel: 03-8319 0200 / 0300Laman web: www.mpsepang.gov.my

majLIS bandaraYa SHaH aLam (mbSa)Tel: 03-5510 5461 / 03-5513 0878Website: www.mbsa.gov.my

majLIS Perbandaran SUbanG jaYa (mPSj)Tel: 03-8026 3131 / 5637 6545Laman web: www.mpsj.gov.my

majLIS bandaraYa PeTaLInG jaYa (mbPj)Tel: 03-7954 2020 (24-jam hotline) / 03-7956 3544 (am)SMS: Taip “MBPJ ADUAN [ aduan ]” dan hantar ke 33213

Laman web: www.mbpj.gov.my

majLIS Perbandaran kajanG (mPkj)Tel: 87377899

Hotline: 1-800-88-6755Emel: [email protected] Web: www.mpkj.gov.my

Oleh afEEQa afEEra

shah alaM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diarah mengambil tin- dakan undang-undang terhadap Me-nara Biru Sdn Bhd berhubung ke-nyataan syarikat tersebut yang didak-wa menjatuhkan kredibiliti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Menara Biru menerusi firma gua-mannya didakwa memberi kenyataan tidak benar kepada pihak media apa-bila mendakwa MBSA nyaris disita ekoran gagal membayar ganti rugi kepadanya.

Ia berhubung tuntutan ganti rugi dalam kes membabitkan pembinaan 10 unit banglo sebagai kediaman ras-mi pegawai MBSA di Seksyen 8.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata, syarikat itu mengambil tindakan mahkamah terhadap MBSA, menuntut RM3.5 juta.

Manakala MBSA pula membuat tuntutan balas terhadap syarikat berkenaan dengan menuntut RM-631,348.91.

Tegasnya, prosiding berkenaan masih di peringkat timbang tara dan MBSA membuat permohonan untuk memberhentikan penimbang tara yang dilantik.

Namun permohonan itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

“MBSA tidak berjaya dan diarah-

kan untuk membayar kos RM30,000 untuk satu pihak, RM10,000 untuk satu pihak lain serta kos untuk uru-san, berjumlah kira-kira RM40,000.

“Bererti, apa yang dituntut oleh Menara Biru itu adalah kos yang di-perintahkan oleh mahkamah.

Antara satu kos, yang RM10,000 sudah diperintahkan oleh mahka-mah empat tahun lalu dan tidak di-tuntut.

“Sekarang, mereka tunggu empat tahun, mereka datang dengan pe-rintah untuk menyita, ” katanya da-lam sidang media selepas sesi Dewan

Negeri Selangor (DNS).Tambah Teng, apa yang dimak-

lumkan syarikat itu ialah MBSA gagal membayar ganti rugi yang diperin-tahkan mahkamah, sedangkan pro-siding sekarang adalah permohonan MBSA untuk mengetepikan penim-bang tara yang masih belum dibicara dan diputuskan lagi.

Katanya, dalam kes tuntutan ber-silang itu, belum ada keputusan pihak mana yang menang, justeru kenyataan syarikat itu adalah tidak berasas, tidak betul dan satu pembo-hongan serta berniat jahat.

MBSA diarah ambil tindakan terhadap Menara Biru

PEtaling jaYa - Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan seminar bagi memberi pendedah- an kepada Badan Pengu-rusan Bersama (JMB) dan Jawatankuasa Pengurus- an (MC) bangunan berstra-ta supaya dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad (gambar) berkata, seminar ini juga memberi peluang kepada JMB dan wakil penduduk yang ha-dir untuk mengemukakan soalan dan masalah yang dihadapi, seterusnya mencari jalan penyelesaian terhadap per-masalahan tersebut.

Katanya, JMB dan MC perlu ber-tindak lebih efektif dalam menjamin

kualiti kehidupan di bangunan berstrata su-paya sentiasa berada dalam keadaan baik.

Ini kerana penghuni perlu berkongsi semua harta bersama seperti lif, tangga, taman, ko-lan, tangki, paip dan bumbung.

"Faktor yang paling penting dalam menja-min kualiti kehidupan

di bangunan berstrata adalah tahap kesedaran dan keprihatinan setiap penghuni, khususnya JMB dan MC bangunan berbilang tingkat kepada kebersihan, keselesaan dan kesela-

matan serta aspek pengurusan dan penyelenggaraan bangunan," kata-nya.

Peserta seminar diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan ke-fahaman pengurusan dan penyeleng-garaan bangunan berstrata dalam aspek pentadbiran, operasi penye-lenggaraan, pengurusan keselamatan melalui seminar ini.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke program MBPJ Bersama Penghuni Berstrata 2013 di Dewan D'Kelana, Petaling Jaya, di sini.

Dalam pada itu, seminar berke-naan memberi fokus kepada beberapa topik utama seperti pembentangan penguatkuasaan di bawah Akta 133, program pasukan keselamatan ke-jiranan PJ dan program 'low carbon'.

JMB dan MC perlu lebih efektif

Teng bersama Datuk Bandar Shah Alam, Jaafar Atan (kanan), sewaktu sesi sidang media

Page 13: 19 Julai 2013

14 Selangorkini 12 - 19 Julai 2013

Page 14: 19 Julai 2013

15UTAMASelangorkini 12 - 19 Julai 2013

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

WAKTU SOLATSelangor12 - 19 Julai 2013

3 - 10 Ramadan 1434H

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

12 Jumaat 5:37 5:47 7:10 1:22 4:46 7:30 8:4513 Sabtu 5:38 5:48 7:10 1:22 4:46 7:30 8:4514 Ahad 5:38 5:48 7:10 1:22 4:46 7:30 8:4515 Isnin 5:38 5:48 7:10 1:22 4:46 7:30 8:4516 Selasa 5:38 5:48 7:11 1:22 4:46 7:30 8:4517 Rabu 5:39 5:49 7:11 1:22 4:46 7:30 8:4518 Khamis 5:39 5:49 7:11 1:22 4:46 7:31 8:4519 Jumaat 5:39 5:49 7:11 1:22 4:46 7:31 8:45

12 Jumaat 5:39 5:49 7:12 1:24 4:48 7:32 8:4713 Sabtu 5:39 5:49 7:12 1:24 4:48 7:32 8:4714 Ahad 5:40 5:50 7:12 1:24 4:48 7:32 8:4715 Isnin 5:40 5:50 7:12 1:24 4:48 7:32 8:4716 Selasa 5:40 5:50 7:13 1:24 4:48 7:33 8:4717 Rabu 5:40 5:50 7:13 1:24 4:48 7:33 8:4718 Khamis 5:41 5:51 7:13 1:24 4:48 7:33 8:4719 Jumaat 5:41 5:51 7:13 1:24 4:48 7:33 8:47

Oleh nazli ibrahiM

shah alaM - Selepas enam ta-hun, Selangor kembali mengua-sai pentas sukan negara apabila dinobatkan sebagai juara Sukan Malaysia XVI (Sukma XVI) yang berlangsung dari 28 Jun hingga 8 Julai.

Kejuaraan tersebut diraih selepas kontinjen Sukma XVI Selangor berjaya menggondol 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa dalam temasya sukan yang ber-langsung di Kuala Lumpur itu.

Sementara itu, Terengganu yang meraih 19 pingat emas, 13 perak dan 13 gangsa pula berge-lar naib juara, sekaligus gagal mempertahankan kejuaraan.

Kejuaraan kali ini melayak-kan Selangor muncul negeri ter-banyak menjuarai Sukma, iaitu sebanyak lapan kali.

Kontinjen Selangor dengan slogannya, ‘Kali Inilah Selan-

shah alaM - Selepas kejayaan Se-langor merangkul kejuaraan Sukan Malaysia XVI (Sukma XVI), Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan menambah peruntukan bagi pem-bangunan sukan di negeri itu.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, peruntukan tambahan tersebut akan disalur-kan kepada mana-mana persatuan yang memerlukan peruntukan bagi membiayai sokongan latihan.

“Saya minta Majlis Sukan Ne-geri (MSN) Selangor memberikan saya mana-mana sukan yang per-lukan peruntukan tambahan su-paya dapat dipertingkatkan lagi,” katanya.

Tambahnya, dengan peruntukan tambahan ini akan memastikan Suk-ma yang berlangsung tahun depan, pasukan Selangor akan dapat bersa-ing dengan lebih hebat lagi.

Sebelum ini, Ketua Kontinjen Suk-ma XVI Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi memberitahu, beliau berharap Kerajaan Negeri sedia mempertim-bangkan peruntukan bagi memba-ngunkan sukan di Selangor.

Menurut beliau, peruntukan tambahan tersebut diperlukan bagi memastikan Selangor dapat mem-pertahankan kejuaraan dalam Suk-ma tahun depan dan untuk pem-bangunan sukan Selangor secara menyeluruh.

Selangor kembali juarai Sukma

Sedia kaji peruntukan tambahan sukan

gor Juara’ pertama kali bergelar juara pada 1988, diikuti enam kali berturut-turut dari 1996 hingga 2006.

“Tahniah kepada ‘chief de mission’, Dr Ahmad Yunus, Tim-balan Ketua Kontinjen, Amirud-din Shari, Majlis Sukan Negeri Selangor dan para atlit yang berkerja keras,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibra-him dalam sidang media di Ba-ngunan Annex Dewan Negeri Selangor.

Sementara itu, Dr Ahmad Yu-nus ketika ditemui sejurus sele-

sai perasmian penutupan Suk-ma XVI di Stadium Mini Bukit Jalil berharap kemenangan ini akan menjadi pencetus seman-gat baru kepada semua pihak untuk membangunkan mutu sukan di Selangor,” kata Dr Ah-mad Yunus.

Dr Ahmad Yunus juga menyi-fatkan kejayaan ini dicapai dari hasil usaha semua pihak terlibat dan keprihatinan DYMM Sultan Selangor dan Menteri Besar Se-langor.

Dr Ahmad Yunus berharap

agar peruntukan su-kan di Selangor dapat dipertingkatkan bagi pembangunan su-kan dan sekaligus berjaya mempertah-ankan kejuaraan Sukma yang bakal diadakan di Perlis tahun depan.

“Walaupun peruntukan ki-ta cuma RM5 juta berbanding negeri lain, kira-kira RM10 ju-ta, natijahnya dengan sema-ngat atlit, kita mampu menjadi juara,” katanya lagi.

Dr Yunus dan Amiruddin

bersama para atlit

menjulang piala

kemenangansebaik diumum-kan juara Sukan

Malaysia XVI

Bawah:Atlit Selangor

bersorak riang raikan

kejayaan

Atlit gimnastik Selangor, Daniel Iskandar Richard di-umumkan sebagai atlit lelaki terbaik Sukma

Page 15: 19 Julai 2013

Selangor Kini

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985

OlEh hafizan taib

shah alaM - Pengambilaliah Kumpulan Hartanah Sdn Bhd (KHSB) oleh Kumpulan Darul Eh-san Berhad (KDEB) akan mem-bolehkan syarikat berkaitan kerajaan itu menjana penda- patan baru bagi negeri Selangor.

Ini dilakukan melalui pem-belian 100 peratus saham KHSB berjumlah RM376.20 juta oleh KDEB yang merupakan syarikat pelaburan Kerajaan Negeri Se-langor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggarkan bahawa proses tersebut boleh menjana RM1.2 bilion kepada Se-langor. Ini setelah mengambil kira bahawa aset KHSB bernilai RM6 bilion.

Sekiranya KDEB mendapat perolehan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada aset itu, ia boleh menjana pendapatan se-banyak RM1.2 bilion, kata Abdul Khalid dalam ucapannya di da-lam sidang Dewan Negeri Sela-ngor (DNS) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Kewangan KDEB, Azlan Mohd Alifiah berka-ta, pendapatan itu bakal diper-oleh daripada pembangunan hartanah termasuk projek ko-mersil dan perumahan.

Di samping itu pendapatan juga dapat dijanakan daripada pembangunan tanah perindus-trian dan implementasi projek ‘Hab Halal Selangor’ di Pulau Indah.

Bagi menjayakan usaha itu, Kerajaan Negeri meluluskan pin-jaman RM413 juta kepada KDEB dengan kadar faedah empat pe-ratus. Jumlah itu untuk pembe-lian saham dan RM37 juta untuk menyelesaikan hutang KHSB ke-pada Peransang Selangor.

Bantu jana pendapatan untuk Kerajaan Selangor

Pinjaman RM413 juta kepada KDEB

Abdul Khalid memaklumkan bahawa pinjaman tersebut ber-sifat sementara dan KDEB perlu membayar balik jumlah itu da-lam masa setahun.

Pinjaman RM413 juta itu me-rupakan sebahagian daripa-da RM761.44 juta perbelanjaan pembekalan tambahan yang di-luluskan di dalam Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.

“Kita hanya pinjamkan kepa-da KDEB secara sementara supa-ya ia dapat gunakan dana itu dan memulakan proses ambil alih sa-

ham dalam KHSB 100 peratus.“Usaha itu dilakukan kerana

KDEB berpendapat aset dalam KHSB tidak diuruskan dengan baik,” kata Abdul Khalid.

Tambah Abdul Khalid lagi, pinjaman sementara daripada Kerajaan Negeri itu bukan risiko kerana KDEB akan memiliki pe-gangan sepenuhnya dengan perolehan melebihi RM413 juta.

“Dalam tempoh tujuh ke lapan bulan Kerajaan Negeri akan da-pat balik wang itu dari-pada KDEB,” katanya.

kaLI InILaH jUara... Skuad SUKMA Selangor menjadi Johan Sukan Malaysia Ke-16 yang berjaya menggondol 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa dalam temasya sukan yang berlangsung di Kuala Lumpur. LAPORAN PENUH MUKA 15

Kita hanya meminjam-kan kepada KDEB secara sementarasupaya ia dapat gunakan dana itu dan memulakan proses mengambilalih saham dalam KHSB 100 peratus. Usaha itu dilakukan kerana KDEB berpendapat aset dalam KHSB tidak diuruskan dengan baik

abdUL kHaLIdMenteri Besar