1.docx

32
APLIKASI NOMBOR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Perkataan Matematik dipinjam daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu "mathematics" yang berasal dari Yunani μάθημα (máthēma), yang bermaksud mempelajari, menimba, sains dan diperkenalkan untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal bermaksud "bidang matematik", walaupun dalam zaman klasik. Matematik atau disebut juga sebagai ‘Ilmu Hisab’ boleh

Transcript of 1.docx

Page 1: 1.docx

APLIKASI NOMBOR DALAM KEHIDUPAN

SEHARIAN

Perkataan Matematik dipinjam daripada

perkataan bahasa Inggeris iaitu

"mathematics" yang berasal

dari Yunani μάθημα (máthēma), yang

bermaksud mempelajari, menimba, sains

dan diperkenalkan  untuk menjurus kepada

makna yang lebih sempit dan lebih teknikal

bermaksud "bidang matematik", walaupun

dalam zaman klasik. Matematik atau

disebut juga sebagai ‘Ilmu Hisab’ boleh

ditafsirkan sebagai suatu kajian mengenai

corak struktur, perubahan dan ruang atau

lebih senang untuk difahami sebagai kajian

mengenai nombor dan gambar rajah.

Page 2: 1.docx

Bidang ilmu ini telah lama diketahui oleh

umat manusia sejak zaman dahulu lagi dan

terus berkembang dan digunakan sehingga

masa kini dengan penemuan dan kajian

yang dijalankan. Oleh itu, pada hari ini

dapatlah dilihat  bahawa bidang ilmu ini

memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan kita mencakupi pelbagai aspek.

            Kehidupan seharian manusia

berkait rapat dengan matematik sama ada

secara langsung walaupun tidak secara

langsung tanpa disedari. Di sekolah, mata

pelajaran Matematik diajar kepada murid-

murid daripada peringkat rendah sehingga

peringkat menengah dan berterusan ke

tahap yang lebih tinggi. Mereka diajar dari

asas sebelum melangkah kepada lebih

Page 3: 1.docx

rumit dan kompleks yang melibatkan

keupayaan pemikiran individu. Semua

orang tahu asas nombor dalam Matematik

iaitu 1 hingga 9 kemudian menjadi puluh,

ratus, ribu dan seterusnya. Empat operasi

kiraan melibatkan operasi tambah, tolak,

darab dan bahagi diajar kepada murid

sebagai pengenalan apa itu Matematik.

Selain itu, ilmu ini dapat digunakan untuk

menyelesaikan masalah dan urusan

seharian manusia. Contohnya dalam

urusan jual beli berlaku penggunaan

Matematik. penjual dan pembeli perlu cara

pengiraan yang betul untuk menjual dan

membeli sesuatu. Nilai wang yang

digunakan perlulah tepat supaya tidak

berlaku salah faham.

Page 4: 1.docx

            Masih banyak kegunaan matematik

yang tidak kita rasakan secara langsung,

mungkin kerana kita kurang peka terhadap

peranan Matematik itu sendiri.  Misalnya,

ketika menunggu nyalaan lampu isyarat.

Tidakkah pernah kita terfikir bagaimana

pengiraan masa nyalaan lampu hijau,

merah dan kuning bagi setiap laluan agar

tidak berlaku kesesatan lalu lintas. Kita juga

sering kali akan terfikir, seandainya kita

dapat lampu merah, mengapa untuk lampu

lalu lintas berikutnya juga mendapat lampu

merah. Begitu juga jika mendapat lampu

hijau, kita turut akan mendapat lampu hijau

pula pada lampu lalu lintas Tentu ini semua

merupakan pengiraan yang memerlukan

Matematik. Dalam  hal masakan pula, untuk

Page 5: 1.docx

membuat kek memerlukan kita tahu konsep

sukatan. Ini perlu bagi mendapatkan kiraan

sukatan yang betul seperti sukatan tepung

mesti sesuai dengan bilangan telur yang

akan digunakan. Jika kiraan sukatan tepat

maka terhasillah aduan dan rasa kek yang

diingini.

            Fungsi matematik seterusnya ialah

bidang ini juga berkait dengan bidang ilmu

yang lain. Ilmu ini turut diaplikasikan dalam

bidang seperti Sains, Seni, Muzik dan lain-

lain lagi. Dalam cabang sains, matematik

digunakan dalam eksperimen yang

dijalankan yang memerlukan

pengorganisasian data-data dan

penyediaan maklumat statistik pengukuran

bagi mendapatkan keputusan yang tepat.

Page 6: 1.docx

Bagi pengiraan kelajuan dan jarak sesuatu

objek memerlukan pengiraan mengikut

formula yang betul seperti dalam hukum

inersia dan hukum graviti.  Peredaran dan

putaran bumi dapat diketahui dengan

menggunakan kaedah pengiraan yang

betul yang dijalankan oleh pakar bidang kaji

alam semesta atau astronomi. Penggunaan

matematik turut berlaku dalam penentuan

kiraan hari dan bulan untuk kalendar. 

Penghasilan lukisan seni visual juga ada

yang menggunakan konsep geometri dalam

matematik iaitu melukis cantuman bentuk-

bentuk sekaligus menjadikan satu lukisan

yang menarik. Sama juga dengan garisan,

dan lengkukan yang dilukis. Justeru, ilmu

matematik ini sememangnya merentasi

Page 7: 1.docx

aspek ilmu pengetahuan yang lain dan

saling melengkapi.

            Penggunaan ilmu ini juga amat

penting dalam bidang ekonomi. Ini diakui

sendiri oleh ahli-ahli ekonomi. Bagi

memahami analisis ekonomi, seseorang itu

perlu celik matematik dan statistik.

Keputusan yang dibuat dalam pasaran

modal, saham dan kewangan banyak

berasaskan kepada model matematik.

Dalam sektor swasta pula, seorang

pengurus sesuatu firma perlu tahu untuk

menggunakan pendekatan matematik bagi

merancang strategi firma yang

bermatlamatkan keuntungan, seperti

strategi memaksimumkan jumlah hasil dan

meminimumkan jumlah kos tertakluk

Page 8: 1.docx

kepada batasan tertentu seperti harga

input, harga output dan kuantiti input yang

ditetapkan. Malahan model struktur

ekonomi boleh memberikan gambaran

kasar mengenai potensi ekonomi untuk

mencapai matlamat pembangunan jangka

panjang seperti pertumbuhan pendapatan,

pewujudan peluang pekerjaan, pengagihan

pendapatan dan pembasmian kemiskinan. 

Oleh itu, dapat dilihat bahawa matematik

amat sinonim dalam bidang ekonomi.

            Di sektor pembinaan dan

pembangunan pula, peranan matematik

turut digunakan. Semua pembinaan

bangunan di dunia ini perlu akan pengiraan

skala dan ukuran yang betul dalam pelan

sebelum menghasilkannya. Para arkitek

Page 9: 1.docx

dan jurutera sememangnya adalah pakar

dalam bidang ini. contohnya, dalam

pembinaan sesuatu bangunan perlu untuk

tahu ketinggian bangunan sesuai dengan

struktur permukaan bumi, ukuran untuk

ruang yang diperlukan dalam satu-satu

ruangan. Ukuran yang salah akan

membawa kesan yang buruk kepada

sesuatu pembinaan. Dalam perancangan

bandar, ilmu ini penting juga bagi

menjadikan sesebuah bandar itu strategic

dan teratur keadaannya. Bandar yang

terancang menyumbang kepada

penambahan penduduk dan memberi

keselesaan kepada mereka.

            Seiring dengan kemajuan yang

dicapai terutamanya dalam bidang

Page 10: 1.docx

teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

turut melibatkan penggunaan bidang

matematik.Perkembangan matematik ini

memunculkan peralatan moden seperti

komputer. Matematik begitu biasa dengan

pengiraan begitu juga dengan  fungsi

komputer yang boleh digunakan bagi

mengira dan pada papan kekunci

diletakkan angka 0 hingga 9 namun kini

fungsi komputer telah pun banyak

kegunaannya. Misalnya, bagi menghasilkan

sesuatu perisian sistem ini perlu

menggunakan nombor-nombor tertentu. 

Begitu juga dalam proses pemprograman

data dan fail yang perlu. Sebenarnya,

masih banyak lagi sumbangan matematik

Page 11: 1.docx

dalam perkembangan TMK yang

merupakan dasar ilmu komputer.

Selain daripada itu, matematik

merupakan satu warisan budaya di mana

hasil-hasil seni dilukis dan dibina.  Lihat

sahaja kepada bangunan Petronas Twin

Tower yang tersergam indah di ibu kota

kita, Kuala Lumpur, tanpa adanya

matematik maka, tiadalah jurutera dan

arkitek nya yang berkaliber. 

Memandangkan matematik sangat

memainkan peranan dalam kehidupan kita,

ianya merupakan satu fungsi ekonomi bagi

menentukan siapa yang berada di atas dan

siapa yang berada di bawah.  Pekerjaan

yang menjanjikan pendapatan yang

lumayan, pastinya memerlukan

Page 12: 1.docx

penguasaan matematik yang tinggi.  Malah

di peringkat rendah sekalipun, matematik

sangat mempengaruhi jenis pekerjaan yang

layak dipohon oleh seseorang individu. 

Akhirnya, matematik ini berperanan untuk

membentuk satu komuniti saintifik dan

teknikal yang menjadi faktor penentu

kerjaya seseorang individu.

Kebolehan untuk menyelesaikan

masalah dalam kehidupan banyak memberi

kepentingannya yang tersendiri kepada

individu. Seperti yang kita tahu dalam

kehidupan seharian, matematik sering

wujud dan banyak digunakan dalam

kehidupan seharian. Bagaimana

perniagaan  saham boleh naik turun setiap

detik, setiap waktu, dan setiap saat?

Page 13: 1.docx

Matematik yang berperanan untuk

menyelesaikan masalah kewangan di

setiap syarikat dan perniagaan. Tanpa

matematik , tidak akan wujud urusan

perniagaan di seluruh negara. Bukan

sahaja itu, wujud manusia yang buta ilmu

pengiraan dan terbantutlah pemikiran

manusia kerana penyelesaian masalah

dalam matematik yang memberi

keselesaan dalam kehidupan . Seperti yang

kita tahu, setiap pemegang saham sesuatu

syarikat pasti mempunyai masalah dalam

pelaburannya seperti kekurangan bayaran

saham, dan sebagainya. Bayangkan

sekiranya masalah tidak dapat

diselesaikan, implikasinya pasti sangat

besar dan memberikan kesan yang sangat

Page 14: 1.docx

besar dalam kehidupan seharian kita. Itulah

kepentingan penyelesaian masalah dalam

matematik. Sesuatu urusan kehidupan

manusia pasti akan dapat diuruskan

dengan efektif dan lancar. Antara pemikir

yang menyumbangkan kepada

keberkesanan penyelesaian masalah

matematik ialah George Polya yang telah

mengemukakan empat langkah dalam

proses penyelesaian masalah matematik

yang bukan hanya boleh digunakan untuk

masalah matematik, malah masalah yang

sering kita hadapi dalam kehidupan

seharian.

Di samping itu, kemahiran penyelesaian

masalah matematik dalam kehidupan

seharian dapat merangsang perkembangan

Page 15: 1.docx

intelek seseorang individu itu. Ia

meningkatkan lagi perkembangan kognitif

dalam perkembangan seseorang supaya

lebih cepat untuk menyelesaikan masalah

yang sering berlaku dalam kehidupan.

Bayangkan, seorang penjual aiskrim

bergerak juga akan menghadapi kesukaran

apabila berhadapan dengan pelanggan

yang ramai. Boleh bayangkan jika dia tidak

boleh mengira secara pantas? Itulah

kepentingan matematik yang wujud secara

tidak sedar kerana pada waktu yang sama,

penjual aiskrim itu meningkatkan kemahiran

mengiranya setiap kali dia berurus niaga

dengan pelanggan. Bayangkan sekiranya

dia menjual ais krim yang berharga

pelbagai harga dan sebagai contoh, Aiskrim

Page 16: 1.docx

Mat Kool vanilla yang disaluti coklat rangup

yang berharga RM1.20 dan aiskrim ini yang

menjadi sambutan kanak-kanak. Oleh itu,

peniaga ini seharusnya sudah memikirkan

untuk menukar syiling yang banyak kerana

banyak syiling diperlukan untuk

dipulangkan kepada pelanggan. Secara

tidak langsung, penjual aiskrim sudah

belajar cara memulangkan baki kepada

pelanggan. Ramai peniaga peniaga yang

wujud di dunia ini tidak pandai menulis tapi

pandai mengira dengan lancarnya. Itulah

kepentingan matematik dalam kehidupan

seharian kerana wujud praktikal jika

diamalkan selalu.

Sekiranya kita sedar bahawa Matematik

adalah ilmu yang bukan berdasarkan teori

Page 17: 1.docx

malah perlu praktikal selalu  supaya tidak

lupa apa yang dipelajari. Ia adalah satu

disiplin penting kerana peranan praktikal

bagi individu dan masyarakat melalui

pendekatan penyelesaian masalah, aspek

matematik ini dapat dibangunkan.

Penyelesaian  masalah dan

mengembangkan kemahiran yang

diperlukan untuk menyelesaikan masalah

yang lebih baik dari pengajaran kemahiran

tanpa konteks tersebut memberikan

penyelesaian masalah nilai khusus sebagai

salah satu cara untuk belajar konsep baru

dan kemahiran atau penguatan kemahiran

yang telah diperoleh.

Stanic dan Kilpatrick, (1989), NCTM,

(1989) mengatakan bahawa  mendekati

Page 18: 1.docx

matematik melalui penyelesaian masalah

dapat mencipta konteks yang

mensimulasikan kehidupan nyata dan

kerana matematik daripada

memperlakukannya. Penyelesaian masalah

menjadi fokus utama dalam matematik 

kerana, mereka berkata, itu meliputi

kemahiran dan fungsi yang merupakan

bahagian penting dari kehidupan sehari-

hari. Selain itu ,ia juga dapat membantu

orang untuk menyesuaikan diri dengan

perubahan dan masalah tak terduga dalam

kerjaya mereka dan aspek lain dari

kehidupan mereka. 

Penyesuaian diri itu amat penting

kerana kepekaan terhadap aspek

perubahan ekonomi yang wujud di dunia ini

Page 19: 1.docx

kerana kemodenan banyak meningkatkan

kos taraf hidup manusia. Kos taraf

kehidupan merupakan salah satu masalah

matematik yang diurus secara langsung

oleh setiap individu yang menghadapi

masalah ini. Harga minyak di Malaysia

yang semakin naik setiap tahun adalah

salah satu contoh terbaik untuk perubahan

kesan daripada faktor ekonomi negara

Mesir yang menghadapi krisis

pemberontakan. Harga minyak Petrol RON

97 seliter yang naik 10 sen pada harga

pasaran ialah RM2.50 yang dikuatkuasakan

serta merta pada awal Februari yang lalu.

Oleh itu, sebagai seorang yang boleh

berfikir dan boleh merancang perbelanjaan

diri kita perlu mengelakkan dan merancang

Page 20: 1.docx

penggunaan wang kita agar tidak berlaku

masalah kewangan yang akan

membebankan kita. Ini adalah salah satu

kepentingan matematik dalam kehidupan

seharian ,iaitu diajar untuk menerima arus

perubahan sedia ada supaya tidak

mengalami kejutan budaya dan berusaha

untuk mencapai standard individu yang

berkualiti dari segi intelek.

Bayangkan kehidupan tanpa nombor?

Bolehkah manusia boleh melakukan

pengiraan terhadap sesuatu? Apa yang

dilakukan untuk menggantikan sistem 

nombor di dunia ini? Matematik wujud ke

arah kepentingan yang paling umum dan

menjadi  rutin yang sebati dalam kehidupan

ialah ia membantu untuk memudahkan

Page 21: 1.docx

kehidupan seharian dengan kewujudan

Matematik dalam kehidupan dan ia sudah

sebati dalam konteks kehidupan manusia.

Proses jual beli yang berlaku pada setiap

kedai yang wujud di seluruh dunia.

Kewujudannya yang meluas yang

menyebarkan perdagangan ke seluruh

dunia dari zaman Kesultanan Melayu

Melaka di mana pedagang Arab yang

sanggup berdagang ke Tanah Melayu

untuk berdagang rempah ratus dan pada

waktu yang lalu, mereka hanya

menggunakan duit kupang sebagai nilai

emas mereka.

Bukan sahaja itu, sekiranya matematik

tidak wujud, wujudkan lagi bank di dalam

dunia? Itulah menjadi persoalan dan

Page 22: 1.docx

menjadi salah satu faktor yang penting

tentang kepentingan matematik. Proses

yang melibatkan operasi matematik seperti

akaun, fizik, kimia yang menjadikan

pengiraan sebagai langkah untuk mahir

dalam subjek ini. Oleh itu, pakar pakar

Intelek mengatakan bahawa matematik

adalah subjek yang peting yang membawa

kepada kecerdasan otak kiri yang

menjadikan seorang itu cenderung untuk

melakukan kira iaitu Abacos sebagai

contoh teknik mengira yang paling kreatif di

dalam dunia dan banyak pakar matematik

yang wujud disebabkan kaedah Abacos ini.

Kaedah ini membantu ramai individu di

dalam penyelesaian masalah yang

melibatkan operasi tambah dan tolak.

Page 23: 1.docx

            Apa yang dapat disimpulkan di

sini, Matematik adalah satu subjek yang

wajib dididik kepada kanak - kanak sewaktu

kecil kerana semakin lama Manusia

semakin membesar, semakin banyak

diguna pakai dalam kehidupan yang nyata

ini.Bukan sahaja itu, desakan dari arus

kemodenan, ia menjadi subjek yang wajib

untuk difahami kerana teknologi kini banyak

menjadikan matematik sebagai salah satu

yang penting dalam kehidupan seharian

samada dalam penyelesaian masalah

ataupun tidak. Matematik ini pasti akan

memberi impak yang positif kepada

seseorang supaya tahap kecerdasan

intelek seseorang itu dapat

mengimbangkan kehidupannya untuk

Page 24: 1.docx

menjadi individu yang berguna pada masa

akan datang, dan matematik juga

memainkan peranan yang amat besar

dalam proses pertukaran barang yang

sangat diperlukan oleh manusia untuk

meneruskan kehidupan seharian. Tanpa

matematik maka mundur lah pembangunan

manusia, pincang pemikirannya dan

bantutlah perkembangannya.

            Kesimpulannya, peranan matematik

sememangnya penting dalam kehidupan

manusia. Oleh itu, setiap individu perlu

menguasai kemahiran dalam ilmu ini

terutama bagi murid-murid yang mesti

diajar konsep dan asas matematik dengan

betul. Ada pepatah mengatakan "sesiapa

yang menguasai matematik dan bahasa

Page 25: 1.docx

maka ia akan menguasai dunia". Ertinya

matematik sebagai media melatih untuk

berfikir kritis, inovatif, kreatif, dan mampu

menyelesaikan masalah, sedangkan

bahasa sebagai media menyampaikan

idea-idea atau gagasan serta yang ada

dalam fikiran manusia.