2. Pertandingan Badminton

5
1 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-3 PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON BERPASUKAN CAMPURAN 1.0 PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang terkini. 1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :- 1.3.1 Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012. 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang Permainan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Badminton PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012 adalah MUKTAMAD. 2.0 TARIKH PERTANDINGAN 22 hingga 25 November 2012 3.0 TEMPAT PERTANDINGAN Komplek Sukan Tan Sri Dr. Mohd Said Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan. 4.0 PENYERTAAN 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Persatuan Belia/Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Persatuan/Badan Gabungan masing-masing.

description

2. Pertandingan Badminton

Transcript of 2. Pertandingan Badminton

Page 1: 2. Pertandingan Badminton

1

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-3

PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON BERPASUKAN CAMPURAN

1.0 PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang terkini.

1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi

pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam

peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012.

1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan

kepada Undang-undang Permainan Persekutuan Badminton Dunia (BWF)

1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa

Pertandingan dan Teknikal Badminton PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012 adalah MUKTAMAD.

2.0 TARIKH PERTANDINGAN 22 hingga 25 November 2012 3.0 TEMPAT PERTANDINGAN

Komplek Sukan Tan Sri Dr. Mohd Said Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan.

4.0 PENYERTAAN

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Persatuan Belia/Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Persatuan/Badan Gabungan masing-masing.

Page 2: 2. Pertandingan Badminton

2

4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan 1 pasukan yang terdiri daripada :-

Pengurus/Jurulatih Pasukan 1 orang

Atlet Lelaki 5 orang

Atlet Wanita 5 orang

JUMLAH 11 orang

5.0 KELAYAKAN PESERTA

5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun antara 1 Januari 1972 dan ke atas

sahaja layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.

5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan kad pengenalan bagi setiap peserta bersama dengan borang pendaftaran peserta.

5.3 Hanya pasukan yang didaftarkan dengan wang pendaftaran

RM 50.00 mengikut Peraturan Am Perkara 7.2 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.

5.4 Kelayakan atlet negeri atau kebangsaan adalah merujuk

kepada Peraturan Am Perkara 4.6, PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012.

5.5 Bagi persatuan atau pertubuhan yang tidak mempunyai ahli

wanita atau lelaki adalah merujuk kepada Peraturan Am Perkara 4.8, PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012.

6.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari

sebelum pertandingan pertama dijalankan iaitu pada 22 November 2012. Masa dan tempat akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Penganjur.

6.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan

senarai nama peserta bersama dengan kad pengenalan, dan borang pertandingan yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa taklimat pengurus

pasukan adalah muktamad.

Page 3: 2. Pertandingan Badminton

3

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut sistem kalah keluar dan kiraan mata bagi setiap perlawanan adalah sistem 21 mata.

7.2 Perlawanan akan di hentikan apabila keputusan antara pasukan tercapai, iaitu pasukan yang telah menang sebanyak 3 perlawanan dalam 5 perlawanan terbaik.

7.3 Susunan Perlawanan (Order of Play) • Perseorangan Wanita • Perseorangan Lelaki • Bergu Wanita • Bergu Lelaki • Bergu Campuran

7.4 Borang kandungan pemain pasukan (Composition of Team) mestilah di sampaikan kepada Referi pertandingan tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan di mulakan.

9.0. KELEWATAN

9.1 Lima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas masa itu sesuatu pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain, maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada pertandingan.

12.0 MENARIK DIRI

12.1 Menarik diri tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan dianggap menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan lagi menyertai perlawanan seterusnya.

12.3 Tindakan disiplin terhadap pasukan yang menarik diri akan

diambil oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Persatuan Badminton Malaysia.

13.0 PENANGGUHAN

13.1 Sekiranya memerlukan penangguhan atau hendaklah merujuk Perkara 12, Peraturan Am PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012

Page 4: 2. Pertandingan Badminton

4

14.0 PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN

14.1 Majlis Belia akan melantik Ketua Delegat Teknikal, delegat-delegat teknikal dan pegawai-pegawai teknikal tertakluk kepada Perkara 15, Peraturan Am PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA II, 2010.

15.0 BANTAHAN DAN RAYUAN

15.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah merujuk kepada Perkara 18 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE II, 2010

16.0 TINDAKAN TATATERTIB

16.1 Tindakan Tatatertib yang akan diambil ialah mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF)

17.0 JURI RAYUAN

17.1 Juri Rayuan terdiri daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Jawatankuasa pengelola iaitu :-

1. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Badminton

2. Ketua Delegat Teknikal

3. Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat

17.2 Juri Rayuan akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah

menerima bantahan atau rayuan dan akan menyampaikan keputusan kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk diumumkan.

17.3 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

18.0 JAWATANKUASA TATATERTIB

18.1 Jawatankuasa Tatatertib terdiri daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia iaitu :-

18.1.1 Presiden Persatuan Badminton Malaysia atau

wakilnya. 18.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola. 18.1.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan/Teknikal

Kebangsaan. 18.1.4 Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Kebangsaan. 18.1.5 Ketua Delegat Teknikal/Pengarah Pertandingan/

Pengurus Pertandingan.

Page 5: 2. Pertandingan Badminton

5

18.2 Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah menerima laporan daripada Pengarah Pertandingan /Pengurus Pertandingan dan Pengadil serta membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil berlebihan daripada Para 17.1 di atas.

18.3 Jawatankuasa Tatatertib berhak mendapatkan sebarang

maklumat lanjut daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu untuk membuat keputusan.

18.4 Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad

dan tidak tertakluk kepada rayuan, baik di mahkamah mahupun dengan cara lain.

19.0 HADIAH-HADIAH

19.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :-

EMAS PERAK GANGSA

1(11) 1(11) 1(11)