Pjk Badminton

download Pjk Badminton

of 13

  • date post

    03-Jul-2015
  • Category

    Documents

  • view

    2.105
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of Pjk Badminton

Antara objektif tugasan ini ialah: 1) Mengetahui otot atau tulang yang terlibat dalam pergerakan sukan badminton 2) Mengetahui sistem anatomi dan fisiologi dalam badan manusia 3) Mengenali sukan badminton

Pengenalan kepada Sukan Badminton Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring. Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Sejarah dan Perkembangan Sukan Badminton Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore dan shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera1

British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan. Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton. Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899. Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) yang kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global. Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

Bagaimana Permainan Badminton dipermainkan

2

Permainan badminton dibahagikan kepada dua jenis iaitu permainan perseorangan dan beregu. Permainan perseorangan dibahagikan kepada dua kategori iaitu perseorangan lelaki dan perseorangan wanita. Permainan beregu pula mempunyai tiga kategori iaitu beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Permainan badminton dimainkan dengan cara memukul bulu tangkis supaya sentiasa berada di udara. Para pemain akan berbalas-balas pukulan dan berusaha untuk mengelakkan bulu tangkis jatuh di dalam kawasan gelanggang masing-masing. Matlamat utama permainan ialah untuk mematikan bulu tangkis atau menjatuhkan bulu tangkis di gelanggang lawan. Jika pemain berjaya melakukan demikian, mata akan diperoleh dan servis kembali berjaya dirampas. Begitulah seterusnya permainan berlangsung sehingga mata penamat dicapai. Piala Thomas Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama bad-minton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejo-hanan ini berlangsung setiap dua tahun. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersem-pena dengan nama bekas Pre-siden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. Pertandin-gan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber. Pusingan kalah mati menentu-kan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan per-tama mara ke pusingan berikut-nya. Juara bertahan Piala Thomas sekarang ialah China. Piala Uber Piala Uber ialah sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan badminton wanita ter-baik di dunia. Piala ini dider-makan oleh H.S. Uber, seorang pemain badminton wanita dari England pada tahun 1956-1957. Pertandingan badminton bagi berpasukan lelaki pula dikenali sebagai Piala Thomas. Pusingan kalah mati menentu-kan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikut-nya. Mulai tahun 1984, kejohanan ini diadakan bersama-sama den-gan kejohanan Piala Thomas di lokasi dan masa yang sama.

3

Anatomi dan Fisiologi Dalam Sukan Badminton

4

Gambar menunjukkan pukulan servis semasa permainan badminton.

Gambar menunjukkan Teknik Smash.

5

Gambar menunjukkan Teknik Back Hand. Permainan badminton menumpukan kepada pergerakan tangan terutamanya. Ia seterusnya disokong oleh pergerakan kaki yang pantas. Kombinasi kedua-dua pergerakan memberikan satu permainan yang bagus dalam sukan ini. Anatomi Tangan memainkan peranan penting dalam permainan badminton. Raket badminton akan di pegang dengan menggunakan jari dan telapak tangan untuk mendapatkan pegangan yang kemas. Lengan bertindak sebagai medan fleksibiliti kepada pergerakan tangan. Manakala bahu sebagai tuas yang menyokong tindakan lengan dan tangan. Sendi bahu ialah bahagian tubuh di mana humerus terlekat pada skapula. Bahu ialah kumpulan struktur di sekitar sendi itu.

Kaki juga memainkan peranan penting dalam permainan badminton dimana menjadikan pemain bergerak pantas ke arah bola yang dibalas oleh pihak lawan. Betis dan paha bergabung untuk menghasilkan pergerakan yang dikehendaki. Mata pula digunakan untuk melihat dan seterusnya meramal pergerakan pihak lawan.

6

Fisiologi Sistem fisiologi manusia terdiri daripada sistem otot, sistem rangka, sistem integumentari, sistem pencernaan, sistem endokrin, sistem saraf, sistem pernafasan, sistem kardiovaskular, sistem urinari, sistem limfatik dan sistem pembiakan. Dalam permainan badminton, sistem yang banyak terlibat ialah sistem otot, sistem rangka, sistem pernafasan, sistem saraf dan sistem kardiovaskular. Berikut merupakan fungsi setiap sistem di dalam badan manusia yang terlibat secara langsung dalam sukan ini. Sistem otot- Mempunyai peranan dalam mengartikulasi antara otot dan rangka, menstabilkan sendi dan menghasilkan pergerakan. Sistem otot dan sistem rangka saling bekerjasama dalam menghasilkan pergerakan. Sistem rangka- Sistem yang bertindak sebagai tuas untuk pergerakan badan, menyediakan tempat untuk perlekatan otot-otot rangka dan menyokong berat badan. Sistem pernafasan- Pemain memerlukan sistem pernafasan yang bagus untuk bertahan lama dalam permainan. Sistem ini berfungsi sebagai pembekal oksigen kedalam paruparu dan mengekalkan homeostasis dalam badan manusia.

Sistem saraf- Memainkan peranan penting dalam seluruh tubuh manusia. Sistem saraf berupaya mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima dan seterusnya mengawal dan menyelaras aktiviti tubuh badan.

Sistem kardiovaskular- Mengangkut gas-gas respiratori, nutrien, hormon dan bahan buangan.

Penjelasan Video Video ini menunjukkan pertandingan badminton diantara China dan Indonesia. Ralli yang panjang ini telah menunjukkan hamper kesemua teknik dalam sukan badminton seperti servis, smash, drop, netting dan lain-lain.7

Kesimpulan Sukan badminton merupakan senaman atau sukan yang mudah bagi semua lapisan umur. Senaman penting untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan dan kesihatan kita. Sistem anatomi dan fisiologi dalam badan kita memainkan peranan penting dalam pergerakan utama.

8

\ Rujukan

Badminton England. (2002). Fitness Training in Badminton. Badminton Association of England Ltd. Human Physiology. Diakses pada 22 Julai 2010. Http://en.wikipedia.org/wiki/Talk:Human_physiology Masters, J. (1997). Diakses pada 29 Julai 2010. "The Online Guide to Traditional Games". Http://www.tradgames.org.uk/games/Battledore-Shuttlecock.htm Tulang manusia. Diakses pada 22 Julai 2010. Http://www.crayonpedia.org/mw/1._Tulang_Manusia11.1 University of Southern Mississippi: The history of Badminton.

9

Lampiran

Teknik Netting yang memerlukan kawalan tangan yang tinggi.

10

Pukulan Smash yang mempunyai kelajuan rejaman bola tangkis ke pihak lawan