20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

16
PENGENALAN Topik ini mendalami satu lagi aspek penting dalam menentukan komunikasi yang berkesan. Aspek yang dimaksudkan di sini adalah komunikasi lisan dan bukan lisan, kesannya terhadap hubungan manusia dan interaksi dengan persekitaran. Perbincangan mengenai komunikasi lisan adalah tidak lengkap tanpa mengambil kira aspek bahasa sebagai kod dalam mesej yang disampaikan. Komunikasi lisan melibatkan budaya, jantina dan bahasa yang sesuai untuk konteks komunikasi. KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN Komunikasi lisan merujuk kepada komunikasi yang diucap, manakala komunikasi bukan lisan diperhatikan melalui mesej-mesej daripada gerak isyarat dan tindakan yang ditunjukkan. Sebagai contoh, Armand menyatakan niatnya untuk berjumpa dengan rakan-rakannya pada malam Sabtu dan meminta kebenaran daripada ibu bapanya untuk menggunakan kereta ibunya. Komunikasi yang berlaku di sini adalah komunikasi lisan. 6.1 T T o o p p i i k k 6 6 Komunikasi Lisan Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud komunikasi lisan; 2. Menghuraikan dua jenis komunikasi lisan dan perbezaannya; 3. Menilai fungsi bahasa dalam mempengaruhi keberkesanan komunikasi lisan; dan 4. Mengenal pasti halangan dalam membentuk komunikasi lisan yang berkesan. HASIL PEMBELAJARAN

description

komunikasi lisan

Transcript of 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

Page 1: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

� PENGENALAN

Topik ini mendalami satu lagi aspek penting dalam menentukan komunikasi yang berkesan. Aspek yang dimaksudkan di sini adalah komunikasi lisan dan bukan lisan, kesannya terhadap hubungan manusia dan interaksi dengan persekitaran. Perbincangan mengenai komunikasi lisan adalah tidak lengkap tanpa mengambil kira aspek bahasa sebagai kod dalam mesej yang disampaikan. Komunikasi lisan melibatkan budaya, jantina dan bahasa yang sesuai untuk konteks komunikasi.

KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN

Komunikasi lisan merujuk kepada komunikasi yang diucap, manakala komunikasi bukan lisan diperhatikan melalui mesej-mesej daripada gerak isyarat dan tindakan yang ditunjukkan. Sebagai contoh, Armand menyatakan niatnya untuk berjumpa dengan rakan-rakannya pada malam Sabtu dan meminta kebenaran daripada ibu bapanya untuk menggunakan kereta ibunya. Komunikasi yang berlaku di sini adalah komunikasi lisan.

6.1

TTooppiikk

66

� Komunikasi Lisan

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan maksud komunikasi lisan;

2. Menghuraikan dua jenis komunikasi lisan dan perbezaannya;

3. Menilai fungsi bahasa dalam mempengaruhi keberkesanan komunikasi lisan; dan

4. Mengenal pasti halangan dalam membentuk komunikasi lisan yangberkesan.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN � 109

Kadang kala agak sukar untuk membincangkan komunikasi lisan dan bukan lisan secara berasingan. Ini kerana kedua-dua perlakuan ini berlaku serentak sewaktu kita berbicara. Sebagai contoh, jika Armand menulis nota kepada ibunya tentang niatnya untuk meminjam kereta ibunya, komunikasi yang digunakannya ini ialah komunikasi berbentuk tulisan tetapi tidak diucap. Komunikasi bukan lisan berlaku apabila ibunya menunjukkan emosinya menerusi ekspresi wajah seperti tersenyum atau marah. Ekspresinya akan menentukan sama ada ibunya setuju atau sebaliknya tentang permintaannya itu. Walau bagaimanapun, mesej yang disampaikan adalah bukan dalam bentuk bahasa atau linguistik. Apa yang jelas di sini ialah terdapat makna yang diberikan dan mesej yang disampaikan oleh dua individu yang berinteraksi dalam komunikasi yang telah berlaku. Mesej yang dihantar boleh dilihat dalam pelbagai keadaan. Dalam ucapan yang diberikan pada satu majlis, orang yang bercakap dengan suara yang tidak jelas pasti akan membuat pendengar berasa bosan. Dalam senario tersebut, komunikasi mungkin tidak mencapai matlamatnya. Pandangan dan teguran atau sapaan yang berterusan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita muda yang baru ditemuinya mungkin menunjukkan bahawa lelaki tersebut menaruh minat kepada wanita berkenaan. E-mel mungkin tidak difahami sepenuhnya oleh penerima sekiranya ia ditulis menggunakan bahasa yang mengelirukan. SMS yang menggunakan banyak singkatan mungkin disalahtafsirkan oleh penerima mesej. Dalam hubungan bersemuka, isyarat lisan dan bukan lisan kerap berlaku. Isyarat bukan lisan mempunyai pengaruh yang besar terhadap tanggapan pertama kepada suatu keadaan. Dalam kebanyakan situasi, tanggapan atau persepsi bukan lisan mungkin lebih diterima. Ini berlaku apabila seorang individu menilai gaya antara peribadi, kredibiliti pemimpin atau maklum balas dengan mengambil kira tafsiran berdasarkan kepada emosi dan perilaku. Sebenarnya, komunikasi lisan dan bukan lisan adalah dua bentuk komunikasi yang sering diamalkan dalam konteks komunikasi bersemuka atau sebaliknya. Kedua-dua jenis komunikasi ini adalah berkait rapat antara satu sama lain. Komunikasi lisan berlaku dalam bentuk pertuturan dan penulisan. Walau bagaimanapun, kedua-duanya perlu dilihat dari perspektif yang berbeza. Dalam perbincangan, komunikasi berlaku apabila pengucap berinteraksi dan ia berlaku secara transaksional. Pertukaran maklumat dan penghantaran mesej dilihat menerusi maklum balas antara kedua belah pihak.

Page 3: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

� TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN 110

Dalam hubungan peribadi, pemilihan dan penggunaan bahasa mungkin adalah bersahaja. Keadaan akan menjadi berbeza untuk ucapan dalam satu kumpulan formal yang mana bahasa perlu diberi penekanan. Namun, maklum balas yang diterima daripada khalayak mungkin membolehkan pengucap untuk mengubah strateginya agar khalayak dapat menerima atau memahami dengan lebih baik ucapan yang disampaikannya. Dalam komunikasi lisan berbentuk tulisan, penerimaan mesej mungkin tidak dapat dipastikan. Ini menyukarkan lagi penulis untuk memilih perkataan atau ayat yang bersesuaian menggunakan tatabahasa dan nahu yang tepat untuk difahami dengan mudah oleh orang yang membacanya.

SIMBOL DAN MAKNA DALAM KOMUNIKASI LISAN

Komunikasi lisan ialah komunikasi yang berlaku antara individu yang memberi penekanan kepada penggunaan bbahasa sama ada menerusi ppenulisan atau pertuturan dalam memberikan pendapat atau berkongsi makna dengan yang lain. Komunikasi lisan juga dianggap sebagai komunikasi yang terbaik dalam usaha untuk mmenyampaikan mesej kepada orang lain. Dalam komunikasi lisan, terdapat simbol atau kod tertentu yang menerangkan situasi, individu, atau suatu kejadian yang berlaku. Biasanya, simbol-simbol yang dirujuk di sini adalah dalam bentuk huruf, nombor atau perkataan yang menghasilkan suatu bahasa. Sebagai contoh, perkataan „„besar hati‰ dan „„kecewa‰ dihasilkan melalui gabungan huruf-huruf menghasilkan perkataan. Kedua-dua perkataan menerangkan emosi atau perasaan. Setiap perkataan mempunyai makna yang khusus dan berlaku dalam situasi tertentu. Penggunaan kod dan simbol dalam komunikasi lisan membantu seseorang dalam memahami, menginterpretasi makna atau melabel sesuatu yang dilihat, didengar atau dibaca. Antara lain, seseorang mungkin mempunyai peluang untuk membuat penilaian atau andaian dalam proses komunikasi.

6.2

AKTIVITI 6.1

Fikirkan satu situasi atau kejadian di keliling anda. Senaraikan bentuk komunikasi lisan yang anda lihat.

Page 4: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN � 111

Bahasa yang kita gunakan setiap hari adalah dalam bentuk kod komunikasi. Jika A bertutur dalam bahasa Inggeris dengan B yang berpendidikan Cina, masalah mungkin timbul kerana B mungkin tidak memahami bahasa Inggeris. Ini bermaksud kod yang digunakan tidak sama dan komunikasi antara mereka menjadi sukar. Ekspresi wajah B akan menunjukkan sama ada mesej tersebut diterima atau sebaliknya.

Simbol tidak mempunyai perkaitan dengan apa yang dijelaskan secara intrinsik. Hakikatnya, ia berubah mengikut masa. Simbol adalah abstrak dan kabur (Wood, 2001). Simbol-simbol digunakan secara meluas. Semua pengguna jalan raya faham dengan warna merah, hijau dan kuning yang terdapat pada lampu isyarat di mana sahaja mereka berada. Hari ini, ikon komputer seperti print, close, copy dan paste difahami kerana ia menjelaskan tentang arahan-arahan tertentu kepada pengguna komputer. Emotikon pula dicipta dalam komunikasi dalam talian. Selain itu antara singkatan yang berkaitan komputer yang terkenal termasuklah WWW, yang difahami sebagai World Wide Web, FAQ sebagai akronim untuk Frequently Asked Questions dan mmel elektronik yang lebih dikenali sebagai e-mel. Simbol mungkin memberikan makna yang tidak jelas apabila komunikasi berlaku dalam konteks budaya yang berbeza. Makna yang tidak jelas bagi suatu simbol itu menyebabkan salah faham dan merumitkan lagi komunikasi. Justeru, adalah penting untuk seseorang menggunakan bahasa yang jelas dan konkrit dari bahasa yang maknanya sukar untuk difahami atau diinterpretasi. Makna-makna bahasa lisan adalah berbeza mengikut konteks dan hubungan antara komunikator. Contohnya, Nana yang berkawan rapat dengan Zizi berkata, „Jangan cuba nak tipu aku‰ atau „Berambus!‰ Perkataan tersebut meskipun kasar, tidak mungkin akan dipandang serius oleh Nana. Namun, jika Zizi mengatakan perkara yang sama kepada seorang sahabat atau teman baru yang tidak rapat dengannya, pasti akan memberi kesan yang berbeza.

SEMAK KENDIR 6.1

Apakah ciri-ciri simbol dalam komunikasi lisan?

Page 5: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

� TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN 112

FUNGSI KOMUNIKASI LISAN

Komunikasi lisan telah digunakan untuk tujuan memujuk, mengubah pandangan seseorang terhadap sesuatu mengikut apa yang dikehendaki sejak era Aristotle lagi. Sebagai seorang komunikator (sumber), penting untuk mereka mempunyai kefasihan dan kelancaran ketika berucap di hadapan khalayak. Ini dikenali sebagai retorik. Ucapan lisan menggunakan bahasa untuk mempengaruhi proses komunikasi kerana bahasa mempunyai fungsi-fungsi berikut:

(a) Menerangkan makna mesej yang tersurat dan yang tersirat;

(b) Membantu menguasai realiti komunikasi yang berlaku;

(c) Membolehkan proses berfikir, menginterpretasi dan memilih;

(d) Membentuk atau mengelakkan pembentukan hubungan menerusi komunikasi;

(e) Membentuk identiti atau identiti sosial individu;

(f) Membantu mencari dan berkongsi maklumat;

(g) Menyesuaikan diri dengan situasi dalam pelbagai konteks komunikasi; dan

(h) Memantau proses komunikasi yang berkesan. Dalam membincangkan sesuatu secara lisan, penggunaan bunyi dan makna boleh ditafsirkan secara berasingan. Ini boleh dinilai semasa mesej disampaikan. Sebagai contoh, „ Saya tidak bersetuju dengan pendapat awak‰. Dari segi perkataan, kita akan mengandaikan bahawa seseorang itu membangkang pendapat orang lain. Namun, jika kita mendengar pengucapannya dengan teliti, kita akan faham mesej sebenar yang cuba disampaikannya. Jika pengucapannya disampaikan dengan nada yang kasar,

6.3

AKTIVITI 6.2

1. Bincangkan simbol-simbol lain dalam bahasa aplikasi komputer yang boleh dikategorikan sebagai komunikasi lisan.

2. Berikan tiga contoh bahasa kiasan yang membawa makna dalam bahasa Melayu.

Page 6: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN � 113

diikuti dengan perlakuan tertentu, kita mungkin mengetahui mesej sebenar yang tersirat dalam ucapannya. Dengan menggunakan bahasa, kita juga dapat membentuk situasi yang kita inginkan. Situasi tersebut mungkin suatu keadaan yang menggembirakan atau sebaliknya. Dengan bahasa juga kita mampu memperdayakan orang lain. Bahasa juga mengandungi perkataan-perkataan yang menguji minda seseorang. Selain itu, bahasa juga menggalakkan kita untuk berfikir secara rasional dan logik. Bahasa mempunyai makna yang unik dan spesifik mengikut apa yang ingin kita katakan. Bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi membolehkan seseorang untuk mengubah struktur ayat mengikut keperluan dan kehendaknya.

ASPEK SINTAKS, SEMANTIK DAN PRAGMATIK DALAM BAHASA

Terdapat pelbagai pendapat tentang kepentingan bahasa dalam komunikasi. Penjelasan yang paling mudah ialah bahasa telah dibentuk untuk menerangkan konsep-konsep yang kompleks dan abstrak. Bahasa juga digunakan untuk memperdaya atau mempengaruhi seseorang. Bahasa yang digunakan seharusnya difahami bagi memudahkan komunikasi dalam kehidupan peribadi. Bagaimana bahasa digunakan dan difahami oleh penerima akan mempengaruhi perhubungan dan persahabatan. Terdapat tiga aspek utama yang menyumbang kepada komunikasi lisan dan bukan lisan ialah ssintaks, semantik dan ppragmatik.

6.4.1 Sintaks

Sintaks adalah pengajian bahasa yang berkaitan dengan susunan atau aturan perkataan yang digunakan untuk berinteraksi. Ia merujuk kepada pperaturan atau sistem yang perlu diikuti dalam penggunaan bahasa. Nahu memberi makna kepada bahasa. Sebagai contoh, jika ayat, „Mari kita pergi jalan-jalan‰, diterbalikkan kepada „Jalan-jalan pergi kita mari‰, sudah pasti kita tidak akan memahami ayat tersebut kerana ia mengelirukan.

6.4

Page 7: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

� TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN 114

6.4.2 Semantik

Semantik adalah pperkongsian makna. Semantik merujuk kepada hubungan atau perkaitan antara perkataan dengan perasaan, idea dan konteks tertentu. Makna boleh dilihat dalam dua bentuk, iaitu makna denotatif dan makna konotatif.

(a) Denotatif ialah perkataan yang mempunyai makna yang konkrit dan boleh dilihat, ditemui atau dirujuk dalam kamus. Makna-maknanya telah diterima umum.

(b) Konotatif adalah abstrak dan merujuk kepada makna yang agak tersendiri. Kadang kala, makna konotatif ini diselindungkan atau dikaitkan dengan emosi, perasaan atau pengalaman. Justeru, perkataan yang mempunyai aspek konotatif sering kali menimbulkan masalah kerana kewujudan elemen yang melibatkan emosi dan perasaan. Ini dapat dilihat dalam beberapa contoh seperti „kebebasan‰, „penyingkiran‰ dan „hak asasi‰. Perkataan sedemikian biasanya digunakan oleh mereka semasa membuat protes atau demonstrasi jalanan. Slanga-slanga yang digunakan oleh kumpulan tertentu juga mempunyai aspek konotatif.

6.4.3 Pragmatik

Pragmatik merujuk kepada bagaimana bahasa digunakan untuk bberinteraksi. Ia menjangkaui urutan nahu (grammar) dan makna perkataan. Tumpuannya ialah tentang bagaimana menggunakan ayat semasa berkomunikasi. Aspek pragmatik bahasa juga dikenali sebagai ttingkah tuturan (speech act). Apakah kepentingan aspek pragmatik? Ia melibatkan penggunaan ayat, perkataan dan bahasa di tempat yang sepatutnya bagi tujuan tertentu seperti menyoal, memuji, mengugut dan sebagainya. Dalam keadaan tertentu, bahasa digunakan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Page 8: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN � 115

Rajahe 6.1: Tujuan menggunakan bahasa

(a) LLatar Belakang Budaya

Komunikasi antara individu berlaku berdasarkan kepada norma-norma yang diwujudkan oleh suatu komuniti atau kumpulan. Ini kerana budaya atau situasi kadang kala berbeza. Sebagai contoh, cara kita bercakap dengan kanak-kanak dan cara kita berkomunikasi dengan rakan-rakan adalah berbeza. Sama juga apabila kita berkomunikasi dengan suami/isteri dan rakan sekerja.

(b) IImej Menonjolkan diri dalam kumpulan yang berinteraksi antara satu sama lain adalah dianggap penting. Ini adalah supaya orang selesa dari segi pembentangan atau penerimaan idea.

(c) HHubungan

Terdapat perbezaan dalam bahasa yang digunakan antara seorang individu dengan yang lain. Sebagai contoh, kasihan atau kasih sayang pastinya dinyatakan secara berbeza antara kenalan lama dan baru, adik beradik, ibu bapa, rakan-rakan, kekasih dan pasangan suami isteri.

(d) SSituasi Tempat yang berbeza memerlukan kita untuk menggunakan cara berkomunikasi yang berbeza. Sebagai contoh, komunikasi di pejabat, di

Page 9: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

� TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN 116

majlis hari jadi, dalam kalangan ahli politik, dalam masjid, di majlis keramaian, kematian dan sebagainya. Peristiwa yang berbeza memerlukan cara pertuturan yang berbeza agar komunikasi bersesuaian bagi setiap situasi tersebut.

(e) TTingkah Tuturan Ini merujuk kepada tujuan komunikasi dan bagaimana untuk memujuk,

memuji, menyatakan rasa kasihan atau marah terhadap seseorang atau sesuatu.

(f) KKonteks dan Kandungan Apa yang dituturkan berbeza antara seseorang individu dengan individu

yang lain. Artis yang terlibat dalam filem dan teater adalah berbeza daripada ahli falsafah, ahli psikologi, doktor dan tokoh korporat. Yang pastinya, terdapat pelbagai peringkat kandungan komunikasi untuk kumpulan individu yang berbeza.

MENINGKATKAN KEBERKESANAN MESEJ

Menggunakan bahasa dalam komunikasi meliputi aspek semantik, sintesis dan pragmatik. Walaupun ketiga-tiganya adalah sama penting, komunikator yang baik sering memberi tumpuan kepada ffaktor pragmatik. Ini kerana aspek pragmatik menggambarkan kemahiran kita menggunakan sesuatu ayat. Sejauh mana tahap pragmatik wujud bergantung pada pengalaman, kepekaan dan latihan yang diperoleh. Selain itu, konteks komunikasi juga mestilah diberi penekanan kerana seseorang individu mungkin bertutur atau berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan dalam gaya bahasa yang sama dalam setiap situasi. Satu lagi aspek penting dalam komunikasi lisan dan bukan lisan ialah kkemahiran retorik dalam bahasa dan pembentukan frasa-frasa dan parafrasa yang sesuai dengan konteks komunikasi itu. Kemahiran semantik yang tinggi membolehkan kita membentuk dan menghantar idea dan pemahaman baru dari aspek kontekstual dan konseptual suatu mesej.

6.5

SEMAK KENDIRI 6.2

Apakah makna aspek bahasa sintaks, semantik dan pragmatik? Bagaimana kita boleh mengaplikasikannya dalam komunikasi lisan dan bukan lisan?

Page 10: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN � 117

FUNGSI BAHASA

Anda mungkin pernah dengan pepatah Melayu ini, „Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Apakah kaitannya dengan komunikasi lisan? Bahasa sering kali dianggap bersifat neutral dan tidak akan menimbulkan masalah dalam komunikasi. Bahasa digunakan dalam aktiviti seperti bertukar-tukar pendapat, menonton televisyen, mendengar radio, belajar, membaca surat khabar atau menghantar dan menerima mesej menerusi e-mel. Bahasa mungkin membawa ketenteraman kepada sesebuah negara dengan menyelesaikan konflik atau menyebabkan sesebuah negara itu berperang. Bahasa selalunya dianggap remeh dan tidak penting walaupun adakalanya ia mampu mempengaruhi fikiran dan perasaan, yang kemudiannya mempengaruhi tindakan seseorang. Bahasa adalah alat komunikasi yang penting. Tanpa bahasa, ia adalah sukar untuk kita meneruskan kehidupan seharian. Bahasa adalah sistem atau lambang, bukti atau simbol yang menjelaskan perasaan, idea dan makna. Bahasa juga menyatakan inti pati pemikiran terutama dalam komunikasi, sama ada secara lisan atau bukan lisan. Bahasa melibatkan sintaks, tatabahasa, perkataan, bunyi dan makna. Melalui bahasa yang betul, mesej boleh difahami dan dihantar kepada penerima. Seseorang yang menguasai bahasa mempunyai kelebihan berbanding orang lain. Komunikasi yang berkesan boleh dicapai menerusi bahasa yang baik dengan makna yang jelas. Dalam kata lain, tanpa bahasa, komunikasi lisan dan bukan lisan mungkin tidak mempunyai apa-apa makna. Umumnya, bahasa digunakan dalam komunikasi antara orang ramai mempunyai fungsi-fungsi berikut: (a) MMemperoleh dan Berkongsi Maklumat

Bahasa adalah penting untuk proses pertukaran maklumat. Ia membolehkan seseorang membentuk kategori dan mentafsir situasi yang berlaku di sekitarnya. Juga, melalui bahasa, maklumat boleh diperoleh dengan menjelaskan, menggambarkan, menyatakan dan menunjukkan maklumat yang telah diperoleh dan menyampaikannya kepada orang lain. Perkongsian maklumat melalui bahasa adalah sangat penting. Di sinilah letaknya bukti kepentingan bahasa dalam komunikasi. Bahasa yang difahami membolehkan komunikasi yang berkesan.

6.6

Page 11: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

� TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN 118

(b) MMenceriakan Suasana Dalam situasi yang tegang, bahasa digunakan untuk menceriakan suasana, seperti berbual-bual, menulis surat, bercakap atau bertutur. Dengan berinteraksi, kita mampu mengubah situasi di samping meningkatkan keyakinan diri.

(c) MMengawal dan Meluahkan Emosi

Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan. Seseorang yang mengalami tekanan mungkin meluahkan perasaannya dengan menjerit sekuat hati atau berkongsi masalahnya dengan berdoa, menulis atau bercerita untuk mengurangkan beban.

(d) MMenyampaikan Maksud yang Tersurat dan Tersirat

Apa yang tersimpan dalam lubuk hati anda boleh ditunjukkan dengan jelas menggunakan bahasa yang baik dan suara yang jelas. Pada masa yang sama, penggunaan parabahasa boleh mengaburkan makna sebenar sesuatu ayat atau kebenaran. Penggunaan bahasa sedemikian biasanya mempunyai objektif tertentu seperti mengelakkan diri daripada menyakiti perasaan mana-mana pihak yang sedang berkomunikasi.

(e) MMerapatkan atau Menjarakkan Hubungan

Bahasa yang ramah bunyinya atau mesra nadanya membantu seseorang menjalinkan hubungan. Jika kita menyukai seseorang, kita akan menghubunginya untuk bertanyakan khabar, menghantar e-mel atau berbual untuk merapatkan lagi perhubungan dan berinteraksi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tidak disukai, orang akan cuba untuk mengelakkan diri daripada bercakap dengannya.

(f) MMembentuk Imej dan Identiti Diri

Kesopanan bahasa mencerminkan identiti diri seseorang. Dengan kata lain, kita berupaya mengenali watak seseorang dengan melihat bagaimana dia berkomunikasi dan menggunakan bahasa.

(g) MMengawal Tingkah Laku atau Keadaan

Bahasa boleh mempengaruhi, membentuk peraturan, memujuk atau mengawal persepsi atau penerimaan oleh orang lain. Dalam kebanyakan keadaan, bahasa mempengaruhi keadaan. Mesej dalam bahasa ditafsirkan dalam pelbagai konteks penerimanya. Bahasa juga adakalanya boleh menimbulkan konflik apabila ia disalahtafsirkan.

(h) MMemantau Proses Komunikasi

Bahasa membolehkan kita membincangkan apa yang dikatakan oleh orang lain tentang topik tertentu, dan pada masa yang sama memantau makna

Page 12: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN � 119

yang ingin kita perkatakan. Bahasa juga menjadi medium untuk proses komunikasi yang berkesan dan mengawal proses komunikasi.

KOMUNIKASI LISAN YANG BERKESAN

Dalam aktiviti berkomunikasi, kita pastinya mahukan khalayak menerima apa yang kita katakan. Walau bagaimanapun, pelbagai halangan boleh wujud dalam proses penyampaian mesaj kepada penerima. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada keberkesanan komunikasi lisan. Untuk memastikan komunikasi lisan yang berkesan, beberapa aspek perlu dipertimbangkan: (a) Memastikan bahawa simbol dan bahasa yang digunakan memberi makna

yang tepat, sesuai dan jelas agar ia mudah difahami. Ini kerana simbol dan bahasa memberi makna yang berbeza dalam konteks dan situasi budaya yang berbeza-beza. Perbezaan budaya dan pengalaman kehidupan memberikan interpretasi serta tanggapan yang berbeza dalam kalangan orang ramai. Walaupun ia adalah sukar untuk seseorang mengelakkan salah faham yang timbul dalam komunikasi lisan, penggunaan bahasa yang baik akan membantu mengurangkan kekeliruan tersebut.

Kesesuaian bahasa dalam komunikasi seharusnya dipertimbangkan kerana terdapat situasi tertentu yang memerlukan penggunan bahasa tertentu. Bercakap dengan presiden bagi sebuah syarikat antarabangsa atau ucapan awam yang memerlukan bahasa formal tentu berbeza jika dibandingkan perbualan di dalam kedai kopi bersama kawan-kawan sekampung. Komunikasi antara peribadi biasanya berlaku secara tidak formal. Mesej menerusi bahasa yang diselitkan unsur jenaka menjadikan komunikasi lisan lebih menarik jika dibandingkan dengan perbualan yang serius. Mesej yang mempunyai kesan yang kuat boleh meninggalkan kesan jangka panjang dalam memori penerima.

(b) Kesahihan sumber boleh ditakrifkan sebagai penerimaan terhadap

kebenaran sumber komunikasi dalam situasi komunikasi yang diwujudkan.

Dalam konteks ucapan, sebagai contoh, kepakaran sumber maklumat meningkatkan kesahihan maklumat tersebut.

6.7

Page 13: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

� TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN 120

Dalam ucapan atau syarahan awam, sumber yang sah adalah penting kepada khalayak. Jika khalayak bertanyakan soalan yang tidak boleh dijawab oleh pengucap, khalayak akan berasa ragu tentang kredibiliti pengucap tersebut. Walaupun mampu bertutur di depan khalayak, kepakaran sumber tidak mampu memastikan keberkesanan mesej yang disampaikan. Sumber mestilah boleh dipercayai oleh khalayaknya. Tanggapan „boleh diterima dan dipercayai‰ bergantung pada sejauh mana sumber dianggap tidak mempunyai niat tersembunyi. Seorang agen pemasaran mempromosikan produk yang dianggap tidak boleh dipercayai jika promosi yang beliau lakukan tidak logik, tidak boleh diterima atau dianggap sebagai terlalu memaksa. Perkara yang sama boleh dikatakan tentang politik. Orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap calon sesebuah parti jika dia mempunyai reputasi buruk kerana suka menaburkan janji-janji palsu atau mempunyai skandal hubungan sulit. Sejauh mana seseorang itu mempersembahkan dirinya secara berkesan boleh membantunya untuk menguasai khalayaknya. Komunikator yang dinamik mampu untuk menghantar mesej dengan yakin, bersemangat, lantang, tegas dan berterus terang. Karisma atau daya tarikan adalah salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada keberkesanan komunikasi. Karisma tidak berkaitan dengan paras rupa atau ciri-ciri fizikal seorang komunikator. Namun, ia berkaitan dengan kemampuan bertuturnya, latar belakang dan ideologinya. Seorang komunikator yang mampu mempengaruhi khalayaknya akan menguasai proses komunikasi yang lancar dan perhatian penuh dari khalayaknya.

HALANGAN DALAM KOMUNIKASI

Terdapat banyak halangan yang menyebabkan komunikasi lisan kurang berkesan. Bahasa yang digunakan boleh disalahertikan dan berubah menjadi konflik komunikasi yang sukar untuk dibendung.

6.8

Page 14: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN � 121

Beberapa sebab yang menghalang komunikasi lisan termasuklah: (a) PPenerimaan atau andaian bahawa bahasa hanya mempunyai satu makna

tertentu Kesukaran dalam memahami bahasa atau salah faham maksud boleh

menyebabkan komunikasi kurang berkesan. Dalam komunikasi, seseorang seharusnya sensitif terhadap penerima mesej. Mereka perlu mengkaji konteks di mana komunikasi lisan digunakan agar maksudnya difahami, diterima dan ditafsirkan seperti yang disampaikan.

(b) Perbezaan budaya Bahasa dalam komunikasi lisan memberi mesej yang berbeza dalam

budaya yang berbeza. Bahasa yang generik hanya difahami oleh orang tertentu sahaja.

Dalam bbudaya konteks rendah seperti yang diamalkan di AS, apa yang

diucapkan menjadi tujuan ia dikomunikasikan dan menepati apa yang dimaksudkan oleh komunikator. Pendekatan dan makna adalah jelas. Malahan, tiada maksud tersirat di sebalik mesej.

Ia adalah berbeza dengan bbudaya konteks tinggi di mana situasi yang

bertentangan berlaku dalam budaya konteks tinggi, apa yang dikomunikasikan diinterpretasi menurut konteks yang diamalkan. Dalam konteks budaya, apa yang terjadi dalam komunikasi mengambil kira perasaan dan tanggapan yang tersirat. Walaupun bahasa sesuatu bangsa itu boleh difahami dan diaplikasikan, kegagalan untuk menyesuaikan bahasa tersebut kepada amalan budaya etnik boleh menimbulkan masalah dalam komunikasi lisan. Berkomunikasi dengan seseorang yang telah berumur seperti seorang ibu saudara, kakak, datuk atau nenek juga memerlukan penggunaan bahasa yang sesuai. Oleh itu, banyak faktor perlu dipertimbangkan dalam komunikasi lisan dalam konteks budaya yang berbeza. Kegagalan untuk memahami atau menyesuaikan komunikasi dengan amalan budaya sering kali membawa kepada salah faham.

(c) Gagal mengambil kira perbezaan individu Perbezaan antara individu boleh dilihat dari latar belakang peribadi,

bangsa, etnik, amalan budaya dan jantina. Banyak kajian telah mengenal pasti perbezaan antara lelaki dan wanita.

Walau bagaimanapun, terdapat stereotaip terhadap jantina yang menjadi halangan dalam komunikasi lisan.

Page 15: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

� TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN 122

� Menggunakan bahasa dan menyesuaikannya dalam komunikasi lisan, sama

ada dalam pertuturan atau penulisan, bermakna memilih bahasa atau simbol yang diadaptasi mengikut penggunaan, keperluan dan situasi yang khusus.

� Bahasa adalah sangat penting kerana ia merupakan satu sistem simbol yang digunakan dalam komunikasi.

� Bahasa digunakan untuk menerangkan, menjelaskan, melabel dan membincangkan perkara tertentu. Mesej menerusi bahasa akan menjadi lebih bermakna sekiranya seseorang boleh mengatasi kelemahan dalam bahasa ketika digunakan dalam pelbagai konteks komunikasi.

� Kesannya, bahasa boleh dipelajari dan digunakan secara kreatif dalam komunikasi lisan. Seseorang yang berkomunikasi secara lisan perlu sedar bahawa bahasa yang digunakan mempunyai sebab dan akibatnya.

� Pemilihan bahasa dan stail komunikasi lisan mempunyai hubungan yang rapat dengan tanggapan penerima terhadap seseorang individu. Jika anda menggunakan perkataan yang menyinggung perasaan atau tidak sopan atau kasar, ini akan mempengaruhi tanggapan dan pendapat seseorang terhadap anda.

� Individu yang berkomunikasi secara lisan atau dalam bentuk penulisan perlu menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan masa dan situasi serta kepentingannya menghasilkan komunikasi yang berkesan.

AKTIVITI 6.3

1. Apakah maksud konsep-konsep berikut?

(a) Mesej tersirat (Metamessages)

(b) Parabahasa (Paralanguage) 2. Terangkan tiga sebab mengapa bahasa dianggap sebagai bersifat

simbolik?

Page 16: 20140808063912_Topik 6 Komunikasi Lisan

TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN � 123

Bahasa

Komunikasi lisan

Pragmatik

Semantik

Sintaks