2.1 psikologi sukan

9
PSIKOLOGI SUKAN

Transcript of 2.1 psikologi sukan

Page 1: 2.1 psikologi sukan

PSIKOLOGI SUKAN

Page 2: 2.1 psikologi sukan

Pelajar Sains Sukan 2014/15 SMK Zainab ( 2 ) :

Azan,Naidham,Alif,Rusdin,Mohamad,Amirul,Amilyn,Hamidah,Arrisha,Atikah,Ain,Ezzati,Shazuani,Izatu, Idayu,Robiatun,Cikgu

Adzlean

By

Page 3: 2.1 psikologi sukan

Definisi Wann (1997) mendefinisikan psikologi sukan sebagai

satu bentuk kajian saintifik mengenai reaksi serta perlakuan fizikal,efektif dan kognitif dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton.

Page 4: 2.1 psikologi sukan

Peranan dan Tanggungjawab ahli psikologi sukan 1) Sebagai Pendidik Tergolong di kalangan mereka yang mendapat latihan secara

profesional dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Selain mengajar psikologi sukan, mereka juga menyampaikan ceramah

dan memberi kursus psikologi sukan kepada jurulatih-jurulatih sukan. Pendidik psikologi sukan turut bertindak sebagai konsultan dalam

bidang sukan. Menjalankan kajian bagi mempertingkatkan pengetahuan dalam

bidang ini.

Page 5: 2.1 psikologi sukan

2) Sebagai Penyelidik Berperanan mengendalikan penyelidikan dan mengkaji isu-isu yang

berkaitan dengan bidang psikologi sukan. Menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semasa

menjalankan kajian dan penyelidik antara kaedah dan pendekatan yang digunakan ialah soal selidik dan pemerhatian.

Hasil kajian dan penyelidikan ini amat penting kepada mereka yang terlibat dalam bidang sukan terutama kepada ahli psikologi sukan gunaan.

Page 6: 2.1 psikologi sukan

3) Sebagai Sukan Klinikal Mereka memainkan peranan sebagai ahli psikologi sukan dengan

mengendalikan masalah emosi dan personaliti atlet serta masalah-masalah yang berkaitan dengan sukan.

Menolong atlet yang menghadapi masalah alkohol, penyalahgunaan dadah, kecelaruan makanan dan kemurungan.

Bantuan yang diberikan bercorak klinikal seperti kaunseling, psikoterapi dan juga penilaian psikologi atlet.

Page 7: 2.1 psikologi sukan

Hubungan antara prestasi sukan dengan psikologi individu Psikologi sukan merupakan satu asas perbincangan dan persoalan

dalam sukan yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum. Cox(1998) merumuskan bahawa psikologi sukan merupakan bidang yang sangat luas serta terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberikan komen berkaitan psikologi sukan.

contohnya bila membincangkan kemerosotan prestasi seorang atlet,telah menjadi kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor psikologi seperti kurang motivasi,sering hilang tumpuan,darah gemuruh dan kurang keyakinan.

Page 8: 2.1 psikologi sukan

Ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu perkara mudah serta boleh dipelajari dan di praktikkan dalam masa yang singkat.

tidak perlu diberikan tumpuan khas dalam proses pembentukan dan penyediaan pemain atau pasukan yang mantap.

Page 9: 2.1 psikologi sukan

Proses PsikologiProses kebangkitan Berpunca dari tindakan Sistem Saraf Autonomik (SSA) mengawal

tindakan automatik serta fungsi luar kawal badan seperti degupan jantung, penafasan dan tekanan darah. Ia boleh dibahagikan kepada sistem simpartetik dan parasimpartetik.Sistem simpartetik boleh dianggap sebagai pusat kebangkitan dengan menyediakan, dengan menyediakan badan untuk tindakan, sementara parasimpatetik pula berfungsi sebagai penenang atau menurunkan kebangkitan.