22684003-SIVIK-TING-2-UJIAN-SELARAS-OGOS-2009

6
SULIT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN OGOS 2009 1 JAM UJIAN SELARAS BULAN OGOS TAHUN 2009 SMA DAERAH BATANG PADANG TINGKATAN 2 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas ini mengandungi DUA BAHAGIAN IAITU BAHAGIAN A, BAHAGIAN B DAN BAHAGIAN C 2. BAHAGIAN A mengandungi 13 soalan OBJEKTIF 3. BAHAGIAN B mengandungi 3 soalan SUBJEKTIF DAN STRUKTUR 4. BAHAGIAN C mengandungi 1 soalan 5. Jawab SEMUA soalan ___________________________________________________________________ _____ Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

description

22684003-SIVIK-TING-2-UJIAN-SELARAS-OGOS-2009

Transcript of 22684003-SIVIK-TING-2-UJIAN-SELARAS-OGOS-2009

Page 1: 22684003-SIVIK-TING-2-UJIAN-SELARAS-OGOS-2009

SULIT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN OGOS20091 JAM

UJIAN SELARAS BULAN OGOS TAHUN 2009SMA DAERAH BATANG PADANG

TINGKATAN 2

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi DUA BAHAGIAN IAITU BAHAGIAN A, BAHAGIAN B DAN

BAHAGIAN C

2. BAHAGIAN A mengandungi 13 soalan OBJEKTIF

3. BAHAGIAN B mengandungi 3 soalan SUBJEKTIF DAN STRUKTUR

4. BAHAGIAN C mengandungi 1 soalan

5. Jawab SEMUA soalan

________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

Lihat sebelah

Page 2: 22684003-SIVIK-TING-2-UJIAN-SELARAS-OGOS-2009

SULITBAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF (13 MARKAH)

1. Mengapakah kecemerlangan dalam pendidikan penting bagi seseorang individu?

A. Memastikan kejayaan dalam kerjaya

B. Memudahkan pergaulan dengan orang lain

C. Akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat

D. Menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa depan

2. Antara halangan dalam komunikasi ialah

A. Jarak C. Bahasa yang tidak difahami

B. Bunyi yang kuat D. Gerak badan ketika berkomunikasi

3. Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri kecemerlangan perwatakan?

A. Bersikap individualistik

B. Bersikap kesederhanaan

C. Prihatin akan masalah sosial

D. Mementingkan nilai keagamaan

4. Mengapakah perpaduan dalam sesebuah keluarga penting?

A. Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia

B. Untuk melahirkan insan yang cemerlang

C. Untuk mengambil hati ibu dan bapa

D. Agar dihormati jiran tetangga

5.

Apakah nilai yang ditonjolkan oleh Durrani?

A. Bijak berbelanja

B. Mengambil hati kakaknya

C. Mengekalkan tradisi keluarganya

D. Menghargai kakaknya sebagai anggota keluarga

6. Kita bebas bersuara berlandaskan

A. Pemimpin negara C. Perlembagaan negara

B. Demokrasi D. Undang-undang negara

7. Apakah maksud menghormati hak orang lain?

A. Memahami perbezaan setiap individu

2

Durrani menghadiahkan seutas rantai kepada kakaknya, Irdina sempena hari lahir kakaknya itu yang ke-14

Page 3: 22684003-SIVIK-TING-2-UJIAN-SELARAS-OGOS-2009

B. Tidak mengambil berat akan orang lain

C. Memberi penghargaan kepada orang lain

D. Tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling kita

8. Apakah tiga perkara utama yang perlu diamalkan oleh anggota masyarakat?

I. Menghormati kebolehan dan bakat orang lain

II. Menghormati sikap individualistik orang lain

III. Menghormati pendapat orang lain

IV. Menghormati perbezaan individu

A. I, II, dan III C. I, III, dan IV

B. I, II, dan IV D. II, III, dan IV

9. Apakah maksud semangat kekitaan?

A. Perlakuan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

B. Sikap mengambil berat tentang perasaan dan kebajikan orang lain

C. Menghargai dan memuliakan seseorang dengan layanan yang baik

D. Semangat kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat demi kepentingan bersama

10. Apakah nama tarian tradisional masyarakat Kadazan di negeri Sabah?

A. Sumazau C. Ulik mayang

B. Tarian singa D. Daling-daling

11. Antara kraftangan berikut, yang manakah diperbuat daripada logam?

A. PasuB. BakulC. Kaki lilinD. Tudung saji

12. Apakah kraftangan yang terkenal dalam kalangan kaum Iban di Sarawak?

A. Songket

B. Tembikar

C. Pua kumbu

D. Labu sayong

13. Apakah maksud sistem Demokrasi Berparlimen

A. Kuasa politik yang dijalankan secara simbolik

B. Kerajaan atau pemerintahan yang dipilih oleh rakyat

C. Kerajaan yang dipilih melalui sistem pewarisan takhta

D. Kerajaan yang dipilih melalui pembahagian kuasa di peringkat pusat

3

Page 4: 22684003-SIVIK-TING-2-UJIAN-SELARAS-OGOS-2009

BAHAGIAN B : SOALAN SUBJEKTIF DAN STRUKTUR (24 MARKAH)

1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

(a). Songket merupakan lambang kehalusan seni ___________________ Melayu sejak zaman dahulu lagi.

(b). Terdapat tiga jenis utama bentuk ___________________ iaitu bujang, lengkap dan pemidang.

(c). Batik tulis berdasarkan kaedah _________________ dipengaruhi oleh seni batik Indonesia.

(d). Seni tekat juga dikenali dengan nama ____________________.

(e). Tembikar adalah salah satu daripada kraftangan Melayu tradisi yang diperbuat dariapda ______________.

(10 markah)

2. Nyatakan kepentingan mengamalkan semangat kekitaan.

(10 markah)

4

Kepentingan semangat kekitaan

Page 5: 22684003-SIVIK-TING-2-UJIAN-SELARAS-OGOS-2009

3. Jawab soalan-soalan yang berikut.

(a). Siapakah ketua negara Malaysia

____________________________________________________________________________________

(1 markah)

(b). Apakah maksud sistem Demokrasi Berparlimen?

______________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________

(1 markah)

(c). Nyatakan dua (2) jenis permainan warisan yang terdapat di Malaysia.

(a) ____________________________________________________________________________________

(b) ____________________________________________________________________________________

(2 markah)

BAHAGIAN C : (13 MARKAH)

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu

untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

5

Page 6: 22684003-SIVIK-TING-2-UJIAN-SELARAS-OGOS-2009

1. Orang Melayu amat sinonim dengan permainan wau dan ia dipengaruhi oleh kepercayaan tertentu. Jelaskan tentang kepercayaan tersebut. _____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

1 markah

2. Senaraikan enam (6) jenis wau yang biasa dihasilkan oleh masyarakat Melayu.

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

3 markah

3. Apakah yang dimaksudkan busul?

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

1 markah

4. Nyatakan dua (2) ciri-ciri busul.

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

2 markah

5. Huraikan tiga (3) kepentingan permainan tradisional untuk generasi masa kini dan akan datang. _____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

6 markah

- Kertas Soalan Tamat -

6