2.3 (b) galurkan perkembangan sektor pertanian komersial di malaysia sepanjang abad ke 19 { SEJARAH...

2
2.3 (b) Galurkan Perkembangan Sektor Pertanian Komersial di Malaysia Sepanjang Abad ke-19 Pendahuluan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957 tetapi sistem ekonomi colonial mengambil masa yang agak lama untuk diubah suai ataupun dibasmi sama sekali. Isi-isi i. Pada 1957,pertanian merangkumi 50 % KKN dan menyumbang kepada 60% perburuhan Negara. Jadi,tumpuan masih kepada pertanian ii. Peratusan eksport di antara tahun 1960 hingga tahun 1964 : 77 % berkisar kepada hasil utama seperti getah ( 47 %) , bijih timah ( 18 %), kelapa sawit (2%),kayu balak (7%),sementara pengeluaran kilang pula hanya sekitar 4% dan lain-lain 19%. iii. Jika dilihat dari segi Negara pengeksportan haluannya masih kepada Negara-negara maju seperti Eropah Barat (24.1%),USA (11.7%),Jepun (17.3%),Singapura (21.5%) dan Negara-negara Asia lain (4.2%) iv. Dari segi kaum,mereka masih lagi dikenal pasti melalui fungsi ekonomi seperti orang Melayu,petani kecil di luar Bandar:orang India,buruh di estet dan orang Cina,peniaga dan kapatalis-kapatalis British di sector perladangan,pengeluaran dan perlombongan. v. Pemodenan daan komersialis pertanian dimulakan selepas 1957,iaitu melalui penubuhan FELDA pada Julai 1956 dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Selepas 1960,FELDA terlibat secara aktif menerokai tanah pertanian dan mengubah masyarakat luar Bandar kepada pemodenan melalui rancangan kelapa sawit dan getah ( ada juga koko dan kopi) seperti di Bilut,Jengka dan Johor Tenggara. vi. Langkah selanjutnya ialah dalam bidang pengeluaran dengan Ordinan Pioneer Industri pada 1958 hasil Laporan Bank Dunia untuk tahun 1955 dan tahun 1956 dengan tumpuan kepada penggantian import dan pengeluaran untuk sektor domestik. Masalah buruh terlatih dan prasarana masih besar dan hanya diselesaikan secara beransur-ansur

Transcript of 2.3 (b) galurkan perkembangan sektor pertanian komersial di malaysia sepanjang abad ke 19 { SEJARAH...

Page 1: 2.3 (b) galurkan perkembangan sektor pertanian komersial di malaysia sepanjang abad ke 19 { SEJARAH STPM PENGGAL 3}

2.3 (b) Galurkan Perkembangan Sektor Pertanian Komersial di Malaysia

Sepanjang Abad ke-19

Pendahuluan

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957 tetapi sistem ekonomi

colonial mengambil masa yang agak lama untuk diubah suai ataupun dibasmi sama

sekali.

Isi-isi

i. Pada 1957,pertanian merangkumi 50 % KKN dan menyumbang kepada 60%

perburuhan Negara. Jadi,tumpuan masih kepada pertanian

ii. Peratusan eksport di antara tahun 1960 hingga tahun 1964 : 77 %

berkisar kepada hasil utama seperti getah ( 47 %) , bijih timah ( 18 %),

kelapa sawit (2%),kayu balak (7%),sementara pengeluaran kilang pula

hanya sekitar 4% dan lain-lain 19%.

iii. Jika dilihat dari segi Negara pengeksportan haluannya masih kepada

Negara-negara maju seperti Eropah Barat (24.1%),USA (11.7%),Jepun

(17.3%),Singapura (21.5%) dan Negara-negara Asia lain (4.2%)

iv. Dari segi kaum,mereka masih lagi dikenal pasti melalui fungsi ekonomi

seperti orang Melayu,petani kecil di luar Bandar:orang India,buruh di

estet dan orang Cina,peniaga dan kapatalis-kapatalis British di sector

perladangan,pengeluaran dan perlombongan.

v. Pemodenan daan komersialis pertanian dimulakan selepas 1957,iaitu melalui

penubuhan FELDA pada Julai 1956 dan juga Kementerian Pembangunan

Luar Bandar. Selepas 1960,FELDA terlibat secara aktif menerokai tanah

pertanian dan mengubah masyarakat luar Bandar kepada pemodenan

melalui rancangan kelapa sawit dan getah ( ada juga koko dan kopi) seperti

di Bilut,Jengka dan Johor Tenggara.

vi. Langkah selanjutnya ialah dalam bidang pengeluaran dengan Ordinan

Pioneer Industri pada 1958 hasil Laporan Bank Dunia untuk tahun 1955

dan tahun 1956 dengan tumpuan kepada penggantian import dan

pengeluaran untuk sektor domestik. Masalah buruh terlatih dan prasarana

masih besar dan hanya diselesaikan secara beransur-ansur

Page 2: 2.3 (b) galurkan perkembangan sektor pertanian komersial di malaysia sepanjang abad ke 19 { SEJARAH STPM PENGGAL 3}

vii. Perkilangan menyumbang kepada 8.6% eksport Negara atau RM 2,428 juta

semua eksport pada 1963. Daripada angka ini,40.4% disumbang oleh

pengeluaran barangan pengguna, dan 34 %lagi “ capital goods” .

viii. Firma-firma British masih lagi memainkan peranan utama dalam

perladangan seperti Sime Darby,Guithrie dan dalam sektor perdagangan

seperti Boustead.

ix. Namun begitu,indetifikasi ras melalui kegiatan ekonomi masih seperti

zaman kolonial pada 1963 dengan orang-orang Melayu masih bersifat

pertanian dan lebih tertumpu di luar Bandar,terutamanya di

Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu. Cara pengeluaran pertanian juga

masih belum dimodenkan

x. Pada 1950, RIDA ditubuhkan sebagai usaha membawa keluar orang-orang

Melayu dari kancah kemiskinan tetapi sumbangan RIDA hanya apabila

ianya Melayu.

Penutup

Sehingga 1963,ekonomi Tanah Melayu tidak banyak berubah dengan tumpuan

masih di bidang pertanian dan kaum masih dikenal pasti dengan ekonomi. Hanya

selepas 1969,berlaku perubahan besar apabila diperkenalkan Dasar Ekonomi

Baru.