2.3 (b) Galurkan Perkembangan Sektor Pertanian Komersial di Malaysia
Sepanjang Abad ke-19
Pendahuluan
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957 tetapi sistem ekonomi
colonial mengambil masa yang agak lama untuk diubah suai ataupun dibasmi sama
sekali.
Isi-isi
i. Pada 1957,pertanian merangkumi 50 % KKN dan menyumbang kepada 60%
perburuhan Negara. Jadi,tumpuan masih kepada pertanian
ii. Peratusan eksport di antara tahun 1960 hingga tahun 1964 : 77 %
berkisar kepada hasil utama seperti getah ( 47 %) , bijih timah ( 18 %),
kelapa sawit (2%),kayu balak (7%),sementara pengeluaran kilang pula
hanya sekitar 4% dan lain-lain 19%.
iii. Jika dilihat dari segi Negara pengeksportan haluannya masih kepada
Negara-negara maju seperti Eropah Barat (24.1%),USA (11.7%),Jepun
(17.3%),Singapura (21.5%) dan Negara-negara Asia lain (4.2%)
iv. Dari segi kaum,mereka masih lagi dikenal pasti melalui fungsi ekonomi
seperti orang Melayu,petani kecil di luar Bandar:orang India,buruh di
estet dan orang Cina,peniaga dan kapatalis-kapatalis British di sector
perladangan,pengeluaran dan perlombongan.
v. Pemodenan daan komersialis pertanian dimulakan selepas 1957,iaitu melalui
penubuhan FELDA pada Julai 1956 dan juga Kementerian Pembangunan
Luar Bandar. Selepas 1960,FELDA terlibat secara aktif menerokai tanah
pertanian dan mengubah masyarakat luar Bandar kepada pemodenan
melalui rancangan kelapa sawit dan getah ( ada juga koko dan kopi) seperti
di Bilut,Jengka dan Johor Tenggara.
vi. Langkah selanjutnya ialah dalam bidang pengeluaran dengan Ordinan
Pioneer Industri pada 1958 hasil Laporan Bank Dunia untuk tahun 1955
dan tahun 1956 dengan tumpuan kepada penggantian import dan
pengeluaran untuk sektor domestik. Masalah buruh terlatih dan prasarana
masih besar dan hanya diselesaikan secara beransur-ansur
vii. Perkilangan menyumbang kepada 8.6% eksport Negara atau RM 2,428 juta
semua eksport pada 1963. Daripada angka ini,40.4% disumbang oleh
pengeluaran barangan pengguna, dan 34 %lagi “ capital goods” .
viii. Firma-firma British masih lagi memainkan peranan utama dalam
perladangan seperti Sime Darby,Guithrie dan dalam sektor perdagangan
seperti Boustead.
ix. Namun begitu,indetifikasi ras melalui kegiatan ekonomi masih seperti
zaman kolonial pada 1963 dengan orang-orang Melayu masih bersifat
pertanian dan lebih tertumpu di luar Bandar,terutamanya di
Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu. Cara pengeluaran pertanian juga
masih belum dimodenkan
x. Pada 1950, RIDA ditubuhkan sebagai usaha membawa keluar orang-orang
Melayu dari kancah kemiskinan tetapi sumbangan RIDA hanya apabila
ianya Melayu.
Penutup
Sehingga 1963,ekonomi Tanah Melayu tidak banyak berubah dengan tumpuan
masih di bidang pertanian dan kaum masih dikenal pasti dengan ekonomi. Hanya
selepas 1969,berlaku perubahan besar apabila diperkenalkan Dasar Ekonomi
Baru.
Top Related