240431206 rencana-sce-3143

9
Rencana : Isu V : Bahan Tambah Semulajadi dalam Makanan. Oleh : Bahjatu Sholihah binti Raman Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2014), bahan tambah semulajadi merupakan bahan selain daripada kandungan utama dalam makanan yang diperbuat daripada bahan semulajadi. Bahan tambah ini juga dikenali sebagai aditif yang dimasukkan ke dalam sesuatu makanan dengan sengaja secara selamat. Penggunaan aditif dalam makanan telah menjadi amalan biasa sejak ratusan tahun dahulu di mana ianya ditambah ke dalam makanan melalui pelbagai cara. Sejarah terdahulu membuktikan bahawa penggunaan bahan tambah semulajadi ini telah bermula sejak turun-temurun lagi di mana nenek moyang kita menggunakannya dalam masakan mereka khususnya. Aktiviti ini diteruskan lagi pada zaman kini. Penggunaan bahan tambah semulajadi ini digunakan secara meluas oleh semua peringkat masyarakat meliputi kesemua agama, kaum mahu pun budaya hidup di Malaysia. Bagi masyarakat yang beragama Islam di Malaysia, mereka meletakkan kepentingan untuk memilih makanan yang halal untuk dimakan. Manakala bagi penganut agama-agama lain pula mereka mementingkan bahan tambah yang mendatangkan kebaikan pada kesihatan mereka. Nilai bagi setiap bahan tambah semulajadi ini dilihat amat tinggi kerana kepentingannya memberikan manfaat kepada pengguna khususnya manusia. Antara contoh bahan tambah semulajadi ialah gula, garam, serai, kunyit, dan daun pandan. 11

Transcript of 240431206 rencana-sce-3143

Page 1: 240431206 rencana-sce-3143

Rencana : Isu V : Bahan Tambah Semulajadi dalam Makanan.

Oleh : Bahjatu Sholihah binti Raman

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2014), bahan tambah semulajadi merupakan

bahan selain daripada kandungan utama dalam makanan yang diperbuat daripada bahan

semulajadi. Bahan tambah ini juga dikenali sebagai aditif yang dimasukkan ke dalam sesuatu

makanan dengan sengaja secara selamat. Penggunaan aditif dalam makanan telah menjadi

amalan biasa sejak ratusan tahun dahulu di mana ianya ditambah ke dalam makanan melalui

pelbagai cara. Sejarah terdahulu membuktikan bahawa penggunaan bahan tambah semulajadi

ini telah bermula sejak turun-temurun lagi di mana nenek moyang kita menggunakannya dalam

masakan mereka khususnya. Aktiviti ini diteruskan lagi pada zaman kini. Penggunaan bahan

tambah semulajadi ini digunakan secara meluas oleh semua peringkat masyarakat meliputi

kesemua agama, kaum mahu pun budaya hidup di Malaysia. Bagi masyarakat yang beragama

Islam di Malaysia, mereka meletakkan kepentingan untuk memilih makanan yang halal untuk

dimakan. Manakala bagi penganut agama-agama lain pula mereka mementingkan bahan

tambah yang mendatangkan kebaikan pada kesihatan mereka. Nilai bagi setiap bahan tambah

semulajadi ini dilihat amat tinggi kerana kepentingannya memberikan manfaat kepada

pengguna khususnya manusia. Antara contoh bahan tambah semulajadi ialah gula, garam,

serai, kunyit, dan daun pandan.

11

Gula

Garam

Serai Kunyit Daun Pandan

Contoh Bahan Tambah Semulajadi.

Page 2: 240431206 rencana-sce-3143

Punca atau sebab bahan aditif ini digunakan oleh masyarakat di Malaysia ialah kerana

peranannya yang bervariasi. Antaranya ialah contoh bahan aditif seperti gula berfungsi untuk

memberikan rasa manis dalam makanan. Gula merupakan antara bahan wajib yang digunakan

dalam menghasilkan kuih-muih tradisional di Malaysia. Manakala garam pula berfungsi untuk

menambahbaik rasa makanan dan juga dapat membantu kita untuk mengawet daging. Apabila

daging diawet menggunakan garam, maka daging tersebut akan menjadi lebih tahan lama.

Perisa dalam sesuatu makanan pula boleh hadir dengan bantuan bahan aditif seperti serai.

Selain itu, aditif juga digunakan untuk mewarnakan makanan contohnya dengan menggunakan

bahan seperti kunyit. Oleh sebab itu, kesannya akan menjadikan rupa sesuatu makanan itu

lebih menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Hal ini menjadi bonus kepada para penjual

makanan dalam usaha mereka untuk menarik perhatian para pelanggan bagi membeli

makanan buatan mereka. Selain itu, daun pandan pula berperanan untuk menghadirkan bau

wangi dalam sesuatu makanan. Contohnya dalam menghasilkan makanan seperti nasi lemak,

12

Rajah 1 : Fungsi Setiap Bahan Tambah Semulajadi.

Page 3: 240431206 rencana-sce-3143

kebiasaannya kaum ibu akan menggunakan daun pandan bagi mewujudkan bau harum dalam

masakan mereka. Kesemua aditif yang digunakan ini sekaligus akan menambah kelazatan dan

keenakan serta mewujudkan tekstur yang baik ke atas sesuatu makanan yang dihasilkan.

Penggunaan setiap aditif semulajadi boleh memberikan pelbagai kesan kepada

kesihatan pengguna. Antara kepentingan bahan tambah semulajadi terhadap kesihatan

manusia ialah seperti berikut :

13

Rajah 2 : Kesan Baik Bahan Tambah Semulajadi Terhadap Kesihatan Manusia.

Page 4: 240431206 rencana-sce-3143

Hakikatnya, boleh dikatakan kesemua bahan aditif ini memberikan impak positif kepada

kesihatan manusia. Namun begitu, terdapat juga kesan buruk daripada penggunaan bahan

tambah semulajadi yang berlebihan terhadap kesihatan manusia. Antaranya ialah seperti

berikut :

Seantero dunia pernah suatu ketika dahulu dikejutkan dengan kemerosotan sektor

pembuatan dan perkhidmatan yang memberikan implikasi negatif kepada pengguna di seluruh

dunia. Oleh yang demikian, Malaysia telah bertindak untuk menjadikan projek pertanian di

negara ini sebagai alternatif bagi menyelesaikan masalah yang berlaku kerana pertanian

mampu mengeluarkan makanan yang cukup untuk memenuhi keperluan pengguna. Hal ini

dikukuhkan lagi dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak

yang menyarankan agar kemajuan sektor pertanian negara dipertingkatkan dengan lebih giat

dari semasa ke semasa. Pada tahun 2006, Malaysia telah dikejutkan dengan masalah

14

Rajah 3 : Kesan Buruk Bahan Tambah Semulajadi yang Berlebihan Terhadap Kesihatan Manusia.

Page 5: 240431206 rencana-sce-3143

kekurangan gula. Masalah kekurangan gula ini sedikit sebanyak dapat diatasi dengan

pengeluaran bahan pemanis alternatif iaitu Stevia Rebaudiana yang mana ekstraknya

mempunyai kemanisan melebihi 200-300 kali lebih manis daripada gula tebu atau gula beet.

Stevia Rebaudiana ini tidak mengandungi kalori dan karbohidrat. Selain itu, kajian

saintifik yang dilakukan telah mendapati bahawa Stevia adalah non-toksik yang mana tidak

mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia.  Persamaan antara pemanis Stevia dan

pemanis gula ialah kedua-dua bahan ini merupakan bahan tambah semulajadi yang digunakan

dalam makanan atau pun minuman. Penggunaannya meluas di dalam negara Malaysia sendiri.

Bahan pemanis Stevia ini telah diiktiraf sebagai “Generally Regarded As Safe” (GRAS) oleh

Syarikat Food and Drug Adminstration (FDA) Amerika Syarikat pada tanggal 17 Disember tahun

2008 dan boleh digunakan sebagai bahan tambah dalam makanan. Penggunaan Stevia

15

Daun Stevia.

Page 6: 240431206 rencana-sce-3143

bukanlah suatu perkara yang baharu namun telah digunakan oleh masyarakat terdahulu.

Buktinya boleh dilihat pada kaum Gurani yang telah menggunakan Stevia sebagai pemanis

hampir 1500 tahun dahulu. Kaedah ini telah digunakan di seantero dunia iaitu di Paraguay,

Brazil, China dan Jepun serta negara Pasifik lain seperti India, Thailand dan kini di

Malaysia. Kajian oleh pengkaji Sains telah dibuat dan mendapati bahawa kesan penggunaan

gula pemanis Stevia ini lebih baik berbanding dengan penggunaan gula tebu atau gula beet

dalam kehidupan seharian manusia. Perbandingannya boleh dilihat pada jadual di bawah :

Bahan Pemanis Stevia Perkara Bahan Pemanis Gula

Daripada pokok Stevia

(famili Chrysanthemum).

Sumber ekstrak Daripada pokok tebu.

Cecair, kapsul, tablet, dan

serbuk.

Bentuk Pepejal.

40 % murah daripada harga

gula.

Harga 40 % mahal daripada harga

Stevia.

Tiada. Kehadiran kalori dan

karbohidrat

Ada.

Tiada. Keupayaan pengguna

mendapat penyakit diabetes

Ada.

Tiada. Keupayaan pengguna

mendapat penyakit karies

gigi

Ada.

Tidak. Keupayaan menaikkan berat

badan

Ya.

16

Jadual Perbezaan Antara Bahan Pemanis Stevia dan Bahan Pemanis Gula.

Page 7: 240431206 rencana-sce-3143

Dalam isu yang berlaku ini, peranan kerajaan dilihat sangat besar dalam membantu

menstabilkan keadaan rakyat khususnya. Pengenalan kepada perusahaan pertanian melalui

penanaman pokok Stevia sebagai langkah menggantikan penghasilan gula tebu sebagai bahan

tambah semulajadi dilihat memberikan kesan yang sangat baik. Bagi meningkatkan

penghasilan dan kewujudan bahan tambah semulajadi, kerajaan boleh menubuhkan satu badan

Research and Development (R&D) yang berfungsi untuk mengkaji bahan tambah semulajadi

yang ada selain daripada bahan tambah yang telah sedia ada. Natijahnya akan membuahkan

hasil yang positif di mana seperti yang kita sedia maklum, boleh dikatakan hampir 99 % bahan

tambah semulajadi memberikan impak yang baik terhadap kesihatan manusia. Pihak kerajaan

juga boleh mengkomersialkan lagi penggunaan bahan tambah semulajadi ini kepada

masyarakat umum. Selain itu, peranan masyarakat juga penting dalam menyokong usaha-

usaha kerajaan untuk menaikkan nilai bahan tambah semulajadi di Malaysia. Selain daripada

memberikan sokongan, masyarakat juga perlu sedar untuk menggunakan bahan tambah

semulajadi mengikut keperluan badan mereka. Misalnya, mereka perlu mengurangkan gula

dalam makanan mereka agar penyakit seperti diabetes dapat dielakkan. Mereka perlu bijak

dalam menggunakan bahan tambah yang ada agar kesihatan mereka tidak terjejas.

Daripada dapatan yang dibuat,saya telah mendapat satu kesedaran bahawasanya saya

mempunyai peranan yang sangat penting untuk menyedarkan masyarakat umum tentang

kebaikan bahan tambah semulajadi ini dengan menjadikan murid-murid di sekolah sebagai

sasaran utama saya. Dalam masa yang sama juga, hal ini meningkatkan kesedaran saya untuk

mencari lebih banyak lagi bahan-bahan yang berkait dengan bahan tambah semulajadi bagi

meningkatkan pengetahuan sedia ada sebagai persediaan sebelum melangkah keluar daripada

kampus seterusnya menuju ke alam pekerjaan sebenar sebagai seorang guru Sains. Selain itu,

satu sesi temu bual dengan seorang ahli farmasi di Klinik Bandar Kuantan, Pahang iaitu Puan

Juliza binti Yahya telah dibuat pada 2 September 2014 bagi melihat sudut pandang seorang ahli

kesihatan terhadap isu ini. Kesimpulannya, saya dapat merumuskan bahawa hasil temu bual

yang dilakukan mendapati bahan tambah semulajadi ini lebih mendatangkan kesan yang positif

terhadap kesihatan manusia berbanding dengan penggunaan bahan tambah kimia dalam

makanan yang dimakan dalam kehidupan seharian mereka.

17