2415751 Kertas Kerja Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan RIMUP

5
KERTAS KERJA AKTIVITI RANCANGAN INTERGASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2013 1. Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni. 2. Konsep RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

description

.

Transcript of 2415751 Kertas Kerja Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan RIMUP

Page 1: 2415751 Kertas Kerja Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan RIMUP

KERTAS KERJA

AKTIVITI RANCANGAN INTERGASI MURID UNTUK PERPADUAN(RIMUP)

2013

1. Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005.

KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain.

KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.

2. Konsep

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

3. Matlamat

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran kolektif dan bersepadu.

Page 2: 2415751 Kertas Kerja Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan RIMUP

4. Objektif Rancangan

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,para guru dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.

Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang.

Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama.

5. Sekolah Terlibat.

5.1 Sk Rkt Bersia, 33320 Gerik, Perak5.2 Sk Bongor, 33320 Gerik, Perak5.3 Sjk (C) Kuala Rui, Batu 2, 33300 Gerik. Perak.5.4 SK Batu 4, 33300 Gerik, Perak5.5 SK Kerunai, 33300 Gerik, Perak (Ketua Kelompok)

6. Program Yang Akan Dijalankan

6.1 Program Rimup Kelompok (C), Zon Gerik

6.1 Program Rimup Kelompok (C), Zon Gerik

6.1.1 Pengenalan

Program sepadu antara 5 sekolah ini adalah satu program yang dapat membentuk generasi muda berdisiplin, bersikap positif, mengamalkan nilai-nilai murni dan penyayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

6.1.2 Jenis Aktiviti

Jenis aktiviti yang akan dijalankan ialah Pertandingan dan Aktiviti Sukan.

Page 3: 2415751 Kertas Kerja Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan RIMUP

6.1.3 Matlamat

Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

6.1.4 Objektif

Dapat mengkoordinasikan deria penglihatan dengan gerak kaki dan tangan dengan betul serta dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan kaum serta kerjasama antara satu sama lain.

6.1.5 Sasaran

Seramai 20 orang murid setiap sekolah iaitu terdiri daripada 10 murid lelaki dan 10 murid perempuan daripada pelajar Tahap 2..

6.1.6 Tarikh dan Masa

9 November 2013 (jam 8.00 – 5.30 petang.

6.1.7 Tempat .

SK Batu 4, 33300 Gerik Perak

6.1.7 Jawatankuasa

8. Butiran Perbelanjaan

8.1 Program Pertandingan dan Aktiviti Sukan

Hadiah Murid 96 murid X RM 10.00 = RM 960.00Air Minuman 6 kotak X RM 12.50 = RM 75.00 Glass paper 12 helai X RM 1.00 = RM 12.00Cellotape 6 biji X RM 2.50 = RM 15.00Brown paper 60 helai X RM 0.50 = RM 30.00Runcit RM 36.00 X 3 sekolah = RM 108.00

JUMLAH A = RM 1 200.00

Page 4: 2415751 Kertas Kerja Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan RIMUP

Tambang Feri Sungai Perak 96 murid X RM 1.00 = RM 96.00Runcit RM 36.00 X 3 sekolah = RM 108.00

JUMLAH C = RM 2 880.00

Jumlah A + B + C = RM 6 000.009. Kesimpulan

Harapan agar Program RIMUP ini mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak lebih-lebih lagi sekolah-sekolah yang terlibat. Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta orang perseorangan malahan PIBG juga boleh melibatkan diri dalam program seumpama ini. Semoga integrasi antara kaum dapat di padukan serta disatukan menjadi masyarakat Malaysia yang aman dan makmur.

Disediakan oleh: Disemak Oleh:

Disahkan oleh: