2

2
2. Berdasarkan ST 2.5 menyelesaikan masalah kehidupan seharian secara hands-on. Rancangkan satu aktiviti PDP modul bertema mengikut langkah-langkah pendekaran inkuiri penemuan. Berdasarkan ST2.5…, tema aktiviti saya pilih untuk murid prasekolah ialah “Alam Sekitar” dan subtemanya ialah “kitar semula”. Tempoh masa 1 jam. Melalui aktiviti ini murid dapat membuat eksperimen tentang kitar semula bahan buangan. Mereka akan membahagikan bahan yang boleh dikitar semula dan membuang sampah ke dalam tong kitar semula yang sepatutnya. Sebagai contoh, membuang surat khabar dan buku ke tong kitar semula biru. Objektifnya supaya murid dapat membuang sampah seperti surat khabar, tin air, botol air, buku mengikut kategori. Semasa melaksanakan aktiviti, saya akan menggunakan teknik penyoalan sebagai set induksi saya. Saya akan mempersembahkan bahan buangan dan menanyakan murid-murid beberapa soalan. Contohnya, “murid biasa membuang botol air ke mana?”. Sebab menggunakan teknik penyoalan akan merangsangkan pemikiran murid dan menarik minat murid untuk belajar. Set induksi kemudiannya, guru akan membahagikan murid dalam beberapa kumpulan dan memberi bahan buangan kepada setiap kumpulan. Murid-murid akan memerhati dan memegang bahan tersebut. Hal ini merangsangkan deria-deria murid-murid. Selepas itu, guru akan mengeluarkan tiga jenis tong kitar semula yang berwarna biru, coklat, oren. Setiap tong ditamparkan gambar bahan yang boleh dibuang ke dalamnya. Guru akan meminta setiap kumpulan untuk membahagikan bahan buangan tersebut dan membuang ke tong kitar semula yang sepatutnya.

Transcript of 2

2. Berdasarkan ST 2.5 menyelesaikan masalah kehidupan seharian secara hands-on. Rancangkan satu aktiviti PDP modul bertema mengikut langkah-langkah pendekaran inkuiri penemuan.Berdasarkan ST2.5, tema aktiviti saya pilih untuk murid prasekolah ialah Alam Sekitar dan subtemanya ialah kitar semula. Tempoh masa 1 jam. Melalui aktiviti ini murid dapat membuat eksperimen tentang kitar semula bahan buangan. Mereka akan membahagikan bahan yang boleh dikitar semula dan membuang sampah ke dalam tong kitar semula yang sepatutnya. Sebagai contoh, membuang surat khabar dan buku ke tong kitar semula biru. Objektifnya supaya murid dapat membuang sampah seperti surat khabar, tin air, botol air, buku mengikut kategori.Semasa melaksanakan aktiviti, saya akan menggunakan teknik penyoalan sebagai set induksi saya. Saya akan mempersembahkan bahan buangan dan menanyakan murid-murid beberapa soalan. Contohnya, murid biasa membuang botol air ke mana?. Sebab menggunakan teknik penyoalan akan merangsangkan pemikiran murid dan menarik minat murid untuk belajar. Set induksi kemudiannya, guru akan membahagikan murid dalam beberapa kumpulan dan memberi bahan buangan kepada setiap kumpulan. Murid-murid akan memerhati dan memegang bahan tersebut. Hal ini merangsangkan deria-deria murid-murid. Selepas itu, guru akan mengeluarkan tiga jenis tong kitar semula yang berwarna biru, coklat, oren. Setiap tong ditamparkan gambar bahan yang boleh dibuang ke dalamnya. Guru akan meminta setiap kumpulan untuk membahagikan bahan buangan tersebut dan membuang ke tong kitar semula yang sepatutnya. Dengan ini, murid akan menaakul dan meramal tentang gambar yang ditamparkan di tong kitar semula dan cuba mengaitkan dengan bahan buang yang guru berikan. Selepas itu, murid diminta untuk merekodkan bahan yang dibuang ke dalam tiga jenis tong kitar semula tersebut. Seterusnya, murid akan membuat hipotesis dengan bimbingan guru. Selepas membuat pemerhatian terhadap eksperimen, murid sepatutnya boleh membuat generalisasi seperti Jika saya ingin membuat botol air, saya perlu membuang ke tong jingga. Untuk sesi penutup, guru membimbing untuk meningat semula, dan membuat refleksi terhadap eksperimen yang telah dibuat. Guru boleh membimbing da memberi bantuan kepada murid untuk mengaitkan pengetahuan yang dipelajari dengan aktiviti kehidupan harian. Contohnya, buku latihan yang tidak diperlukan tidak sepatutnya membuang terus ke tong sampah. Ia dapat dikitar semula dan buang ke tong kitaran biru. Contoh kedua ialah tin minuman yang diminum boleh dikitarkan ke tong kitaran jingga dan tidak seharusnya dibuang terus ke tong sampah. Dengan ini, pengetahuan mereka boleh diperkukugkan lagi dan mencapai objektif pembelajaran.