27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

36
PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

Transcript of 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Page 1: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

PENGENALANPERTOLONGAN

CEMAS

Page 2: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 1

PENGENALANPERTOLONGAN CEMAS

Disusun oleh:

YUSNIZAM BINYUSOFF

PEMBANTU PERUBATANAMBULAN (UNIT KECEMASAN

BERMOTOSIKAL)

IBU PEJABAT KEBANGSAANBULAN SABIT MERAH MALAYSIA

ISI KANDUNGAN MukaSurat

Skop Pertolongan Cemas 2

Luka & Pendarahan 10

Patah 17

Kecederaan Sendi dan Otot-otot 23

Terbakar dan Melecur 27

Pitam dan Tidak Sedarkan Diri 33

Page 3: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 2

SKOPPERTOLONGAN

CEMAS

Page 4: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 3

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pertolongan CemasPertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit.

Konsep Pertolongan CemasPertolongan Cemas ditakrifkan / diertikan sebagai Bantuan Permulaan / Bantu Mula / Rawatan Awal yangdiberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secaramengejut / tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakarperubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS1. Selamatkan nyawa

Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa sepertipendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.

2. Mengelakkan dari bertambah burukMemberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan ataukeadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

3. Mengurangkan kesakitanMemberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit

DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN• Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera

• Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.

MENILAI SITUASI MANGSA (PRIMARY SURVEY)

Bertindak D R A B CD = Danger (Bahaya)R = Response (Tindak balas/Reaksi)A = Airway (Saluran pernafasan)B = Breathing (Pernafasan)C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah)

RESPONSE (TINDAKBALAS / REAKSI)

Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa.

Jika sedar :• Tanya mangsa keadaannya• Pastikan kecederaan atau kesan lain• Berikan rawatan yang sewajarnya• Dapatkan bantuan jika perlu

Jika tidak sedar :• Pastikan saluran pernafasan terbuka dan

tiada halangan• Periksa samada mangsa bernafas atau tidak.• Periksa pengaliran darah dengan merasa

denyutan nadi di leher (karotid)

Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:1) A - Alert (sedar sepenuhnya)2) V - Verbal (respon terhadap suara)3) P – Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan)4) U – Unconcious (tiada apa-apa respon)

Page 5: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 4

SECONDARY SURVEY (MEMERIKSA MANGSA)

Pemeriksaan tubuh badan mangsa untuk membuat penilaian bolehlah diringkaskan seperti berikut:Bahagian Tindakan

a) KepalaPemeriksa kesan-kesan kecederaan yang terdapat pada muka dan keseluruhan bahagiankepala mangsa untuk melihat pendarahan, terbakar, bengkak dan sebagainya.

b) Leher Periksa belakang tengkuk dan nadi.c) Belakang Periksa ruas-ruas tulang belakang.d) Badan Periksa keseimbangan tulang rusuk, turun naik dada, patah dan sebagainya.e) Tangan Periksa nadi, luka, terkehel dan sebagainya.f) Kaki Periksa tempurung lutut, patah dan sebagainya.

S Sign / Symptom (Tanda dan gejala)A Alergic (Alahan)M Medication (Ubatan yang diambil)P Past History (Penyakit yang sedia ada)L Last Meal (Makanan terakhir)E Event (Punca kejadian)

Untuk mangsa yang mengalami kecederaan bolehlahdiperiksa seperti berikut:

D - DeformityC - ConcussionA - Abrasion woundP - Punctured woundB - BurnT - Tenderness ( sakit bila disentuh)L - Laceration woundS - Swelling

VITAL ORGAN

Adalah organ-organ yang penting di dalam tubuh badan.

Keutamaan (Priority)

1. OtakRespon, saiz anak mata

2. JantungNadi (Pulse)

3. Paru-paruPernafasan (breathing)

4. HatiKulit Kelihatan Kekuningan

5. Buah Pinggang5.1. Bengkak-bengkak pada kulit5.2. Masalah kencing.

NADI

Nadi ialah tindakbalas pengepaman jantung yang boleh dikesan di seluruharteri yang selari dengan tulang

Tempat mudah untuk merasai nadi ialah:

1. Pergelangan Tangan - Radial2. Pangkal Lengan - Brachial3. Leher - Karotid

Page 6: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 5

Semasa merasa nadi perkara yang perlu diambilperhatian adalah:

1. Bilangan denyutan nadiDewasa (60 – 80 kali seminit)Kanak-kanak (80 - 120 seminit)Bayi (120 -160 kali seminit)

2. Rentak nadi (rhythm)

3. Kekuatan (strength)

RENJATAN (SHOCK)Suatu keadaan dimana peredaran darah terganggu disebabkan oleh penurunan tekanan saluran darahmenyebabkan organ – organ penting tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sebab-Sebab renjatan

1. Kehilangan bendalir badan (hypovolumicshock)

a) Kehilangan Darah (haemorrhagic shock) Pendarahan yang banyak

b) Kehilangan Cecair (haemotegenic shock) Terbakar – kehilangan plasma Muntah-Muntah Cirit-birit

2. Keadaan emosi (neurogenic shock) Terlampau takut Terkejut Berita buruk

3. Saraf (Anaphylitic shock) Terlampau sakit Alahan / allergi

Tanda-Tanda & Gejala APA YANG HARUS DILAKUKAN

• Kulit kelihatan pucat• Kulit sejuk dan berpeluh /

melekit• Loya, lemah dan pening• Nadi cepat dan lemah• Nafas cepat dan sesak• Tekanan darah rendah• Dahaga• Resah gelisah• Pandangan kabur• Tidak sedarkan diri

• Terlentangkan pesakit, tinggikan kedua-dua kaki untukmenggalakkan pengaliran darah ke otak.

• Longgarkan pakaian yang ketat terutama di bahagian leher danpinggang.

• Tentukan keadaan sekeliling selesa dan dapatkan seberapabanyak udara yang bersih.

• Selimutkan mangsa agar sentiasa panas, tetapi jangan biarkanbadannya terlalu panas.

• JANGAN beri sebarang makanan atau minuman kepada pesakitkerana ini boleh menyebabkan muntah.

• Berikan keselesaan dan keyakinan kepada pesakit, kenal pastikecederaan-kecederaan yang ada dan berikan bantuankecemasan yang sewajarnya.

• Dapatkan bantuan lanjutan.

Page 7: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 6

• Perhatikan pernafasan dan denyutan jantung (nadi).

1. TIDAK BERNAFAS – Bantuan pernafasan.

2. TIADA DENYUTAN NADI – CPR

3. BERNAFAS – Baringan pemulihan (recoveryposition).

• Dapatkan bantuan ambulans dengan segera.

TERCEKIK

Gejala utama menyebabkan asfiksia adalah apabila berlaku TERSEKAT SALURAN PERNAFASAN disebabkanoleh benda-benda asing atau makanan. Ini akan menyebabkan kegagalan oksigen untuk sampai kepada sel-selbadan.

Kaedah HEIMLICH MANUEVER (ABDOMINALTHRUST) dan CHEST THRUST

HEIMLICHMANUEVER /ABDOMINALTHRUSTTekanan Abdomen

Rawatan

1. Mengeluarkan benda asing denganteknik `abdominal thrust’ atau`Heimlich manuever’

2. Membuka saluran pernafasan

3. Periksa pernafasan dan denyutannadi

4. Lakukan CPR jika tiada pernafasandan denyutan nadi

5. Apabila denyutan nadi danpernafasan pulih, baringkan mangsadalam kedudukan pemulihan

6. Periksa pernafasan dan tahapkesedaran.

CHEST THRUSTTekanan Dada

Tercekik: Mangsa dewasa menjadi tidak sedar

Terlentangkan mangsa dengan mengawal kepala dan lehernya. Jerit “Tolong!” dan hubungi ambulan.

Page 8: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 7

Angkat dagu dan lidah dengan satu tangan sementara tangan yang lain digunakan untuk mengeluarkan objekasing dalam mulut dan tekak dengan menggunakan jari.

Dongakkan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan. Berikan bantuan pernafasan.

Sekiranya tersekat, lakukan tekanan abdomen (Abdominal Thrust).

Untuk melakukan tekanan abdomen, melutut danduduk pada paras lututnya serta mengadap mangsa.

Letak tumit tapak tangan di tengah abdomen danletakkan tapak tangan kedua di atas yang pertama.

Tekan sebanyak 6-10 kali dengan satu pergerakanyang kemas dan cepat.

Sentiasa periksa sekiranya objek asing telah keluar.Buka mulut, angkat dagu dan lidah dan periksa mulut.Sekiranya terdapat gigi palsu bolehlah ditanggalkanjika perlu untuk memudahkan pemeriksaan mulut.

Dongakkan kepala mangsa dan beri bantuanpernafasan. Sekiranya masih tersekat, ulang semulaperkara-perkara di atas dengan cepat.

- Tekan abdomen- Periksa mulut- Beri bantuan pernafasan

Ulang sehingga bantuan pernafasan tidak tersekat.

Tercekik: Mangsa dewasa yang tidak sedar

Tentukan tahap kesedaran mangsa dengan menepuk bahu dan memanggil. Sekiranya tiada respon, jerit“Tolong!” dan hubungi ambulan. Terlentangkan mangsa.

Page 9: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 8

Buka saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa dan periksa pernafasan (melihat, mendengar,merasa).

- Melihat dada turun naik- Mendengar pernafasan- Merasa haba pernafasan dengan pipi

Sekiranya tiada tanda-tanda pernafasan, berikan bantuan pernafasan. Sekiranya tersekat, dongakkan kepalasekali lagi dan beri bentuan pernafasan.

Sekiranya masih tersekat, mangsa mungkin tercekik. Lakukan tekanan abdomen sebanyak 6-10 kali. Periksamulut mangsa sekiranya ada objek asing yang terkeluar. Sekiranya ada, keluarkan objek tersebut denganmembuka mulut serta mengangkat dagu dan lidah mangsa dan korek menggunakan jari.

Dongakkan semula kepala mangsa dan beri bantuan pernafasan. Sekiranya masih tersekat ulang semula tindakandi atas dengan cepat.

Sekiranya mangsa terlalu gemuk atau mengandung, tekan di atas dada seperti kedudukan CPR.

Rawatan bayi tercekik

Pastikan tahap kesedaran bayi dengan menepuk bahunya perlahan-lahan. Jika tiada respon, jerit “Tolong!” danhubungi ambulan. Terlentangkan bayi dan buka saluran pernafasan. Pastikan jangan di dongak secaraberlebihan.

Periksa pernafasan dengan teknik melihat, mendengar dan merasa.

Page 10: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 9

Sekiranya tiada tanda-tanda pernafasan beri bantuanpernafasan dengan cara melekapkan mulut anda disekeliling mulut dan hidung bayi. Jika tersekat,dongakkan semula kepala bayi dan beri bantuanpernafasan lagi. Jika masih tersekat lakukan Backthrust dan Chest thrust.

Tiarapkan bayi dengan mengampunya menggunakan tapak tangan serta lengan.

Letakkan bayi di bahagian paha dengan kedudukan kepala bayi rendah dari paras badannya.

Tepuk 5 kali di antara tulang belikat bayi dengan menggunakan tumit tapak tangan.

Kemudian terlentangkan bayi dan ampu leher serta badan bayi dengan kedudukan kepala rendah dari badannya.

Tekan 5 kali di atas dadanya seperti melakukan CPR.

Kemudian buka mulut bayi dengan teknik angkat dagudan lidah serta periksa sekiranya ada objek asing.

Sekiranya ada, korek objek tersebut denganmenggunakan jari kelingking.

Cuba buat hembusan semula. Jika masih tersekat ulangsemula teknik di atas sehingga objek dapat dikeluarkandan bantuan pernafasan berjaya.

Page 11: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 10

LUKA&

PENDARAHAN

(Wounds & Bleeding)

Page 12: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 11

LUKA

Kecederaan kepada tisu disebabkan oleh benda-bendatajam atau tumpul.

Luka boleh diklasifikasikan kepada dua sifat iaitu:1. Luka Tertutup2. Luka Terbuka

Contoh Luka Tertutup

Pendarahan di otak

1. Luka Tertutup

Kecederaan kepada tisu di bawah kulit dimanakesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidakdapat dilihat dari luar. Darah juga tidak keluar kepermukaan kulit.

Contoh Luka Tertutup :

a. KontuseAkibat daripada terkena pukulan kuat.Pendarahan berlaku di bawah kulit.

b. HaematomaPendarahan yang menjadi beku dan kelihatanbiru kehitaman.

2. Luka Terbuka

Kecederaan kepada tisu kulit dimana kesinambungankulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar danterdapat pendarahan yang keluar ke kulit.

Lebam

Contoh Luka TerbukaJenis Sebab Contoh

a. Luka Terhiris Benda-benda tajam & nipis Pisaub. Luka Calar Balar Tersagat Permukaan yang kasarc. Luka Tikaman Benda-benda tajam &runcing Paku / pisaud. Luka Terkoyak Cakaran Cakaran kuku binatang / kawat durie. Luka Tembakan Tembakan Peluru pistolf. Amputasi / kudung Kemalangan Putus Tangan / Kaki

Luka Geseran Luka Terhiris

Luka Terkoyak Luka Tikaman

Page 13: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 12

LAPISAN KULIT

LUKA TERTUTUP Luka calar-balar

Luka terhiris Luka terkoyak

Page 14: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 13

Luka tembakan Luka tikaman

Rawatan untuk luka

Luka terbukaUntuk luka terbuka yang tidak banyak pendarahan, lakukan teknik 2 C iaitu:

1. Clean (bersihkan) Bersihkan luka dari sebarang kekotoran.2. Cover (tutup) Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih.

Teknik 2 C ini dilakukan adalah untuk menghalang1. Pencemaran luka2. Jangkitan kuman3. Pembiakan kuman

Untuk luka terbuka yang mempunyai banyak pendarahan lakukan teknik D.I.E. Teknik ini akan diterangkandengan lebih lanjut di dalam topik pendarahan.

Luka tertutupUntuk luka tertutup, berikan tuaman sejuk untuk menghentikan pendarahan yang berlaku di bawah kulit.Luka tertutup yang serius ialah yang menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman seperti di otak, paru-paru,perut dan lain-lain lagi.

Page 15: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 14

KUDUNG (Amputasi)(Putus Anggota badan)

Apa Perlu Dilakukan ?

Langkah Pertama

Jika ada balutkan anggota yang terpisah dengankain bebat yang bersihJika tiada lakukan Langkah Kedua

Langkah Kedua

Masukkan anggota yang terputus ke dalam sebuah begplastik atau bekas yang bersesuaian

Langkah Ketiga

i. Dapatkan sebuah lagi beg plastik atau bekasyang bersesuaian

ii. Masukkan ais Jika ada atau air sejuk. iii. Masukkan beg plastik yang berisi anggota

yang terputus ke dalam bekas yangmengandungi ais/air sejuk

BAWA KE HOSPITAL DENGAN KADARSEGERA BERSAMA DENGAN MANGSA

PENDARAHAN

Pendarahan boleh didefinisikan sebagai:

Terkeluarnya darah daripada sistem peredarannya.

Atau

Tercederanya sistem edaran.

Pendarahan boleh berlaku melalui:

1. Pendarahan Arteri (salurnadi)Darah keluar berwarna merah cerah / terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancutmengikut denyutan jantung.

Page 16: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 15

2. Pendarahan Vena (Pembuluh)Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahan-lahan.

3. Pendarahan Kapilari (Rerambut)Darahnya keluar secara meleleh.

Pendarahan boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu:

1. Pendarahan Luaran (External)Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada / melalui lapisan kulit.

2. Pendarahan Dalaman (Internal)Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda atau keadaan berikut:

a) Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit b) Kulit pucat dan berpeluh sejuk / melekitc) Kebiruan (cynose) pada bibir dan kukud) Denyutan nadi cepat tetapi lemah.e) Pernafasan cepat dan cetekf) Darah mungkin keluar dari rongga yang terbukag) Muntah darah atau najis bercampur darahh) Ada tanda-tanda renjatani) Tahap kesedaran semakin menurun

Rawatan pendarahan

D – DIRECT PRESSURE(Tekanan Langsung)

I – INDIRECT PRESSURE(Tekanan tak langsung)

E – ELEVATE(Tinggikan)

Tindakan yang perlu diambil ialah:

1. Bersihkan luka dari kotoran.

2. Tekan di tempat luka supaya darah tidak mengalir keluar (tiada benda asing).Jika ada benda asing, buat balutan cincin

3. Tahan darah secara tidak langsung – tahan pada urat nadi.

4. Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar.

Page 17: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 16

5. Periksa Nadi/Pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan.

6. Jika ada tanda-tanda renjatan, beri rawatan renjatan.

7. Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera.

Merasa nadi karotid (leher)

Page 18: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 17

PATAH

(Fracture)

Page 19: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 18

PATAH

PATAH bermaksud terputusnya kesinambungan tulang.

Rangka tubuh adalah terdiri dari susunan tulang yang memberikan bentuk dan sokongan kepada tubuh. Terdapat206 ruas tulang pada anggota badan kita dan dibahagian kepad 4 jenis:

1. Tulang Panjang - lengan / paha2. Tulang Pendek - pergelangan tangan3. Tulang Leper - bahu/punggung4. Tulang Berbagai Bentuk - tulang belakang

Anda akan mempelajari lebih mendalam mengenai struktur tuland dalam pelajaran Pertolongan Cemas Asas.

Patah berlaku pada tulang. Oleh kerana tulang terletak di dalam tubuh badan, adalah amat sukar untuk kitakenalpasti secara tepat.

Patah disebabkan oleh:

1. Hentaman langsungTulang patah / retak di bahagian di mana tekanan berlaku.

2. Hentaman tidak langsungTulang patah / retak di bahagian tempat yang jauh dari tempat ekanan berlaku.

Sebab-sebab lain

3. Penyakit tibi tulang di mana tulang menjadi rapuh.

4. Tarikan otot yang kuat seperti patah pada tempurung lutut disebabkan oleh tarikan mengejutotot-otot.

5. Usia

Patah terbahagi kepada 2 iaitu:

Patah TerbukaTulang yang patah keluar menembusi kulit danmenyebabkan luka dan pendarahan.

Patah TertutupTulang yang patah tidak keluar dan bolehmenyebabkan pendarahan dalaman.

Page 20: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 19

Patah terbuka (tibia dan fibula)

Patah melarat

TANDA-TANDA PATAH TINDAKAN YANG HARUS ANDA LAKUKAN

Patah tulang hanya dapat disahkan dengan tepatmelalui x-ray tetapi di dalam pertolongan cemaspatah tulang boleh disyaki sekiranya terdapat tanda-tanda berikut:

1. Rasa sakit pada bahagian yang cedera.2. Bengkak hanya pada tempat yang cedera.3. Lebam.4. Berubah bentuk.5. Hilang upaya.6. Penggeseran tulang apabila digerakkan

(crepitus).7. Nampak tulang jika patah terbuka.8. Ada tanda renjatan.

Tindakan Utama ( D – R – I )1. D – Don’t move – Kurangkan pergerakan

anggota yang patah2. R – Rest – Mangsa hendaklah dipastikan tidak

membuat banyak pergerakan ( berehat)3. I – Immobilize – Mencegah pergerakan anggota

yang patah dengan menggunakan tuap (splint)

Tindakan Lain1. Buat penilaian keadaan mangsa dan pastikan

tahap kecederaan yang dialami.2. Pulihkan pernafasan mangsa jika perlu.3. Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau

patah terbuka.4. Pastikan pergerakan yang paling MINIMA

sahaja kepada bahagian anggota yang cedera.5. Tenangkan mangsa.6. Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan

renjatan.7. Hantar mangsa ke hospital dengan kadar segera.

Patah tulang tibia / fibula Patah tulang femur

XX

Page 21: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 20

TUAP (SPLINT) & ANDUH

Anduh Besar

Anduh Tigasegi

Anduh Kecil

Anduh Tigasegi Anduh Tigasegi dan Pengikat Anduh Kecil

Page 22: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 21

Patah tulang belakang (back bone)Kecederaan pada tulang belakang boleh mengakibatkan saraf tunjang (spinal cord) yang terdapat di dalamnyatercedera. Kecederaan ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian dan rawatan yang teliti untuk mengelakkankecederaan menjadi bertambah buruk yang boleh mengakibatkan lumpuh atau mati.

Kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan oleh trauma (kemalangan) samada kemalanganjalanraya, jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.

Tanda-tanda.1. Pergerakan anggota badan tertentu akan menjadi lemah atau langsung tidak dapat digerakkan.2. Deria rasa pada kulit berkurangan atau langsung tiada.3. Tidak dapat mengawal kencing dan berak.4. Sesak nafas dan sakit di bahagian dada5. Tidak sedarkan diri.

Page 23: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 22

LOG ROLL Mengusung pesakit di atas “ spine board”

CONTOH-CONTOH PATAH

Page 24: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 23

KECEDERAANSENDIDAN

OTOT-OTOT

Page 25: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 24

KECEDERAAN SENDI DAN OTOT

Sendi adalah tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendiboleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen samada bolehmeregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus.

Terdapat 4 jenis sendi:

1. Sendi Lesung (Ball and socket)2. Sendi Engsel (Hinge joint)3. Sendi Gelungsur (Slightly movable joint)4. Sendi Tetap (Fixed joint)

Pada sendi terdapat tulang rawan (cartilage) yang bertindak sebagai kusyen atau penyerap gegaran dan terdapatjuga sendi yang mempunyai cecair ‘synovial’. Sendi ini juga disebut sebagai ‘Hidro suspension joint’.

Sendi Gelungsur Sendi Lesung

Sendi Engsel Otot-otot Bisep dan Trisep

Jenis Kecederaan sendi.

1. Terkehel (Dislocation)Pergerakan sendi yang melebihi had menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan strukturligamen.

Tanda-tanda1. Sakit (bergantung pada tahap kecederaan).2. Bengkak3. Sendi berubah rupa.4. Bertambah sakit bila bergerak atau hilang upaya.5. Kemungkinan berasa kebas.

Page 26: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 25

2. Terseliuh (Sprain)Pergerakan sendi yang melebihi had dan menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.

Tanda-tanda1. Sakit2. Bengkak3. Bertambah sakit bila bergerak4. Pergerakan yang terhad

Terkehel

Gambarajah sendi lutut Terseliuh

Otot-otot adalah tisu yang membantu dalam melakukan pergerakan tubuh badan. Tindakbalas luarbiasa otot-otot atau penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan berlaku kecederaan.Jenis kecederaan otot.

1.Kekejangan (cramp)Kesakitan yang mendadak disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba.

Tanda-tanda.• Sakit• Hilang upaya• Otot menjadi kejang dan keras

2.Keregangan (strain)Kecederaan kepada otot-otot disebabkan bebanan atau regangan yang berlebihan.

Tanda-tanda• Sakit• Bengkak• Bertambah sakit bila bergerak

Page 27: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 26

RAWATAN

R. I. C. E.

1. REST - Rehatkan mangsa2. ICE - Tuaman ais3. COMPRESSION - Balutan tekanan4. ELEVATE - Tinggikan anggota yang cedera

Tindakan untuk Kekejangan Otot1. Rehatkan mangsa.2. Beri tuaman sejuk (ais) pada bahagian tersebut.3. Jika kejang berlaku pada betis atau paha, ampu kaki, tolak

hujung jari-jari kaki ke arah mukanya secara perlahan.

R - Rest injured area

I - Ice area for 15 min @ 2-3 hrs for first 24-48 hrs

C - Compress area for 24-48 hrs

E - Elevate area for first 24-48 hrs

Page 28: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 27

TERBAKARDAN

MELECURKECEDERAAN TISU KERANA HABA

PANAS, TERLALU SEJUK, BAHANKIMIA DAN RADIASI

Page 29: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 28

Terbakar ialah kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu badan, disebabkan terkena haba kering. Terbakar bolehdisebabkan oleh api yang menyala, bahan api (flame), objek-objek panas, bahan kimia atau arus elektrik.

Melecur ialah kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih, wap atau minyak panas.

Terbakar dan melecur biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepaskemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.

Ketenatan mangsa bergantung kepada:1. Luas permukaan yang cedera2. Tempat yang terbakar atau melecur3. Tahap terbakar4. Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa

Jenis terbakarLuar - Terbakar pada bahagian kulitDalam - Terbakar dalam rongga atau perut

SEBAB-SEBAB TERBAKARJENIS SEBAB-SEBAB

Panaskering

Bahan api / api.Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung rokok.Geseran.

Panaslembab

Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak panas.

BahanKimia

Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput, asid atau alkali.

RadiasiTerdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet).Terdedah kepada punca-punca radioaktif.

Elektrik

Arus elektrik yang rendah seperti dari perkakas rumah.Kilat dan petir.

*TERBAKAR DISEBABKAN ARUS ELEKTRIK AKAN MELIBATKAN DUA TEMPATLUKA SAHAJA.

Terbakar dan melecurberlaku pada kulit tubuh.

Tubuh badan kitamempunyai tiga lapisankulit iaitu:

1. Epidermis2. Dermis3. Subcutaneous /

Hypodermis

Lapisan Kulit

Page 30: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 29

TAHAP KECEDERAAN

Tahap Pertama (Superficial Burn)

Kecederaan Terbakar / Melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ianyamelibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatankemerahan.

Tahap Kedua (Intermidiate Burn)

Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulitkelihatan kemerahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.

Tahap Ketiga (Deep Burn)

Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putihkering.Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.

Page 31: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 30

TANDA-TANDA• Sakit yang amat sangat bagi tahap

pertama dan kedua.

• Bahagian anggota yang terlibat bewarnakemerahan pada tahap awal, merah gelap,lepuh dan mengelembung pada tahapkedua, kehitaman seperti arang atau putihpada tahap ketiga.

• Pengaliran keluar plasma

• Renjatan

Tindakan

Adult – rule of nines 3B

1. Burning StopPadamkan

2. BreathingMaintainPeriksa Pernafasan

3. BodyExaminePeriksa tahap terbakar

3C

1. CoolSejukkan

2. CoverTutup

bahagian yangterbakar

3. CarryBawa ke

tempat selamat.Hantar ke hospital.

Pengendalian Am1. Hentikan kebakaran – air.2. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa

dari punca (mengikut keadaan).3. Tentukan ia bernafas.4. Alirkan air bagi terbakar tahap pertama

dan ke dua selama 20 minit atau sehinggakesakitan berkurangan.

5. Periksa A,B,C dan tentukan tahapterbakar.

6. Tenangkan mangsa dan pastikankecederaan tidak merebak supaya tidakberlaku renjatan.

7. Selimutkan dengan kain yang telahdibasahkan.

8. Beri rawatan renjatan jika perlu danhantar ke hospital dengan segera.

Page 32: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 31

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBILPERLU JANGAN

Basuh tangan sebelum memberi rawatan dan pakaisarung tangan jika ada.

Tanggalkan pakaian yang terlekat pada kulit.

Baringkan mangsa dalam kedudukan yang selesa. Pecahkan gelembong.Tanggalkan jam tangan, tali pinggang, pakaian ketatdan barang kemas sebelum bahagian yang tercederamembengkak.

Guntingkan kulit yang terkoyak.

Guna dressing bersih dan basah untuk menutupbahagian yang tercedera.

Beri makanan / minuman.

Periksa pernafasan / nadi setiap 5 minit. Letak atau sapu marjerin, kicap, ubat gigi dan lain-lain.CPR jika perlu. Membuang masa untuk memberi rawatan.

TERBAKAR KIMIA / ASID

PENGENDALIAN TERBAKAR KIMIA• Gunakan air mengalir untuk mencuci bahan-

bahan kimia dari kulit.• Tanggalkan kain dan barang kemas semasa

mencuci dengan air yang mengalir.• Buang bahan kimia (pepejal) yang terlekat

pada kulit sebelum mengalirkan air.• Hubungi hospital / hantar dengan segera.

Ingat

• Jika bahagian mata terbakar oleh bahankimia, perlu dibawa pada cucuran air selama15 minit atau sehingga bantuan tiba.

KEJUTAN ELEKTRIK TERBAKAR ELEKTRIK

Page 33: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 32

Terbakar / kejutan elektrik(Electrocution)

Boleh berlaku melalui dua cara, iaitu secara pancaran (arcing) dan sentuhan (contact).

Pancaran berlaku dalam kemalangan arus voltan tinggi (melebihi 1000 voltan). Arus elektrik memancardaripada punca elektrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit terbakar.

Kemalangan Pancaran

Tindakan anda adalah:1. JANGAN bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum disahkan selamat.2. Hubungi penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik diputuskan.3. Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada nadi dan nafas. Jika tiada, lakukan CPR.4. Rawat mangsa untuk terbakar dan juga renjatan.5. Bawa mangsa kehospital dengan segera.

Sentuhan biasanya berlaku dalam kemalangan elektrik dalam bangunan (220-240 voltan). Mangsa tersentuhpunca elektrik menyebabkan elektrik mengalir dalam badan mangsa dan menyebabkan banyak kecederaanorgan dalaman.

Kemalangan Sentuhan

Tindakan anda adalah:1. Matikan suis utama.2. Jika ini tidak boleh dilakukan, lepaskan mangsa dari sentuhan punca elektrik dengan menggunakan

bahan bukan pengalir seperti kayu, kerusi plastik dan sebagainya.3. Tentukan mangsa ada nadi dan nafas, kalau tiada lakukan CPR.4. Rawat kecederaan luka terbakar di dua tempat iaitu bahagian arus masuk dan keluar.5. Rawat untuk renjatan.6. Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

Page 34: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 33

PITAMDAN

TIDAK SEDARKANDIRI

Page 35: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 34

PITAM

DEFINISI : Kekurangan bekalan darah ke otak untuk seketika waktu

SEBAB-SEBAB

1. Berdiri tegak terlalu lamadalam cuaca panas

2. Terlalu letih, kelaparan3. Tindakbalas saraf

terhadap kesakitan4. Persekitaran yang sesak5. Emosi

TANDA-TANDA

1. Muka pucat2. Berpeluh sejuk3. Denyutan nadi cepat

tetapi lemah4. Rasa loya5. Pening6. Pandangan kabur

PENGURUSAN

1. Baringkan di tempat teduhdan berudara bersih

2. Longgarkan pakaian yangketat

3. Tinggikan bahagian kaki4. Tenangkan dan beri

keselesaan5. Galakkan tarik nafas6. Rawat semua kecederaan

TIDAK SEDARKAN DIRI

Penerangan

- Tidak sedarkan diri adalahsatu keadaan dimanatindakbalas saraf daripadaotak ke badan dan sebaliknyatidak sampai.

- Seseorang yang akan tidaksedar diri nampak resahseperti orang mabuk. Diaakan mengantuk dan tidakboleh disedarkan walaupundicubit. Pesakit mungkinboleh pulih atau terus tidaksedar diri.

Antara sebab-sebab

A - AlkoholE - EpilepsiI - Injury / insulinO - Opium - canduU - Uranium - buah

pinggangD - DiabetisM - MalariaH - Hysteria

Pengurusan untuk pesakit yang tidaksedarkan diri

a. TIDAK BERNAFAS- pemulihan pernafasan

(12 kali hembusan seminit)

b. TIADA DENYUTAN NADI- CPR

(15 kali tekanan dan 2 kalihembusan)

c. BERNAFAS & ADA NADI- Kedudukan pemulihan

Periksa kecederaan-kecederaan lain danberi rawatan pertolongan cemas yangsewajarnya.

Serangan Sakit Jantung

• Penyakit ini melibatkan kerosakan saluran darah arterikoronari yang membekalkan darah ke otot jantung.

• Kerosakan biasanya berlaku disebabkan oleh proses‘arterosklerosis’.

• Akibat proses ini, jantung akan mengalami kekuranganoksigen.

Arterosklerosis

• Proses penimbunan beransur-ansur bahan lemakkebanyakkannya kolestrol di bahagian dinding dalampembuluh darah.

• Bermula daripada umur muda.• Lemak, kalsium dan bahan-bahan lain turut bergabung

membentuk timbunan yang menyempitkan dan megeraskanpembuluh darah.

Page 36: 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

Pengenalan Pertolongan Cemas 35