3 Ekspres Karangan Pendahuluan

9
Tugasan Persendirian Remaja hari ini terlalu mementingkan diri sendiri. Bincangkan.

Transcript of 3 Ekspres Karangan Pendahuluan

Page 1: 3 Ekspres Karangan Pendahuluan

Tugasan Persendirian

Remaja hari ini terlalu mementingkan diri sendiri. Bincangkan.

Page 2: 3 Ekspres Karangan Pendahuluan

Tugasan Berkumpulan

Tajuk: Remaja-remaja zaman sekarang sering

dimanjai ibu bapa. Huraikan.

Page 3: 3 Ekspres Karangan Pendahuluan

Kumpulan Hafizhan, Shakti, Juhainah dan Amalina Pendahuluan Jenis Peribahasa

Ibu bapa zaman sekarang memanjakan anak-anak remaja mereka bagaikan menatang minyak yang penuh. Apa yang merea ingini akan diberikan. Kehidupan para remaja juga dikatakan sebagai ayam bertelur di padi. Kehidupan yang senang-lenang tanpa fikirkan apa-apa kesusahan. Begitulah keadaan para remaja zaman sekarang yang dimanjai oleh ibu bapa mereka. Mengapakah ibu bapa zaman sekarang memanjai anak-anak remaja mereka.

Page 4: 3 Ekspres Karangan Pendahuluan

Kumpulan: Nur AqilahPendahuluan Jenis Pendapat

Menurut Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, masa hadapan Singapura bergantung kepada para remaja masa kini. Remaja harus melangkah ke hadapan untuk memajukan diri mereka dan Singapura. Para remaja diperlukan untuk berdikari dan mempunyai pendirian sendiri. Namun apa yang dapat dilihat sekarang ini, ibu bapa telah terlalu memanjakan anak remaja mereka dengan menuruti segala kehendak dan kemahuan mereka. Mungkin itu salah satu cara ibu bapa mereka menunjukkan kasih sayang mereka. Tetapi, tidakkah itu akan merosakkan anak mereka yang sudah terbiasa mendapat apa yang dimahukan oleh mereka?

Page 5: 3 Ekspres Karangan Pendahuluan

Kumpulan: Erra, Qila, Syahin & SaifullahPendahuluan Jenis: Anekdot / Persoalan

“Syahin, mari ikut ibu ke pasar!” teriak Puan Rahayu. Setelah memanggil anak tunggalnya beberapa kali, Syahin tidak menghiraukan panggilan ibunya. Dia terlalu kusyuk bermain komputer. Ibunya memasuki bilik Syahin. Sekali lagi Puan Rahayu memanggil Syahin. Dengan pantas, Syahin meninggikan suaranya untuk menjawab. Situasi sebegini sering kali kita dapati pada zaman sekarang. Adakah para remaja berkelakuan sebegitu kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapa mereka? Adakah ibu bapa harus dipersalahkan dalam soal ini? Persoalan inilah yang akan dihuraikan dengan lebih lanjut.

Page 6: 3 Ekspres Karangan Pendahuluan

Kumpulan: NinaPendahuluan Jenis Situasi

“Sayang, mari makan bersama ibu,” kata Cik Ani kepada anak tunggalnya, Rayyan. Rayyan yang sedang menghadap komputernya sepanjang hari hanya mendiamkan diri dan tidak menghiraukan kata-kata ibunya. Kelihatan anaknya masih sibuk dengan komputer. Cik Ani membawa hidangan makanan ke kamar Rayyan. Rayyan bertanya kepada ibunya jika dia boleh disuap makanan kerana dia masih sibuk dengan kerja sekolah. Dengan sepenuh hati, Cik Ani menuruti kemahuan anaknya. Walaupun Rayyan sudah mencecah peringkat remaja, kasih sayang ibunya terhadapnya masih teguh. Inilah contoh bagi remaja-remaja zaman sekarang yang sering dimanjai ibu bapa.

Page 7: 3 Ekspres Karangan Pendahuluan

Kumpulan Irfan, Qamarul, Hetty, AfiqahPendahuluan Jenis Suasana

Suasana di pusat membeli-belah amat kecoh dengan tangisan anak-anak kecil. Kebanyakan anak-anak kecil berdiri di depan kedai permainan dan merayu-rayu kepada ibu bapa mereka. Apabila mereka tidam mendapatkan apa yang mereka inginkan, mereka akan membuat karenah di hadapan kedai itu. Oleh kerana perbuatan yang memalukan itu, ibu bapa mereka terpaksa menurut permintaan mereka. Inilah salah satu suasana yang sering kita lihat pada remaja zaman sekarang yang telah dimanjakan oleh ibu bapa mereka. Mereka akan membuat karenah sejak kecil lagi.

Page 8: 3 Ekspres Karangan Pendahuluan

Kumpulan Aainaa, Saudah, Nadiah, UmairahPendahuluan Jenis Persoalan

Sering kali, kita dapat melihat para remaja zaman sekarang berpakaian mengikut tren masa kini. Ini dapat dilihat sebagai sesuatu perkara yang biasa. Walaubagaimanapun terdapat banyak unsur-unsur negatif terhadap cara mereka mempersembahkan diri mereka oleh kerana terlalu mengikut arus kemodenan, ia mempunyai banyak tindak balas. Adakah apa yang dilihat disebabkan oleh para remaja terlalu dimanjai oleh ibu bapa masing-masing?

Page 9: 3 Ekspres Karangan Pendahuluan

Kumpulan Farhati, Hilmi, Suki, KamilPendahuluan Jenis Definisi

Menurut Kamus Dewan Pelajar Terbitan Khas KBSM, dimanjai bermakna selalu menuruti sahaja kemahuan dan dibiarkan berbuat sekehendak hati. Manakala remaja pula bermakna sudah dewasa dan akil baligh. Akhir-akhir ini, remaja-remaja sering dimanjai ibu bapa seperti diberi kebebasan yang amat keterlaluan. Mengapakah kelakuan ini sering terjadi?