karangan pilihan

download karangan pilihan

of 51

  • date post

    07-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    86.292
  • download

    8

Embed Size (px)

Transcript of karangan pilihan

Aktiviti kokurikulum memberikan seribu kebaikan kepada pelajar tetapi pelajar memberikan seribu alasan untuk menyertainya. Huraikan perkara di atas.

Kokurikulum merupakan satu aktiviti luar kelas yang melibatkan aktiviti persatuan, pakaian seragam dan sukan. Kegiatan ini telah diberi penekanan oleh kerajaan untuk memastikan semua pelajar memberi perhatian yang serius terhadap hal ini. Cuma pembabitan pelajar dalam kegiatan luar kelas ini tidak begitu memberangsangkan terutama daripada aspek keikhlasan hati mereka untuk menjalankan aktiviti tersebut. Jadi, memang ada banyak penyebab yang mendorong pelajar tidak berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum ini. Aspek masa yang terlalu banyak diberikan untuk menjalani latihan yang melibatkan kokurikulum ini sering dipersoalkan oleh pelajar. Ramai yang menganggap masa yang terlalu panjang itu membazir dan elok dipenuhi dengan pembacaan buku untuk persiapan peperiksaan. Pelajar juga membenci aktiviti luar kelas ini kerana masa petang mereka terpaksa dihabiskan di sekolah padahal mereka sepatutnya sudah boleh kembali ke rumah untuk bersantai. Oleh itu, keengganan pelajar terbabit dalam aktiviti ini banyak bergantung pada faktor masa. Malah, pertimbangan untuk menyertai kokurikulum ini turut ditentukan oleh sikap pelajar yang menganggap aktiviti ini tidak memberikan sebarang impak positif kepada diri mereka. Pandangan mereka ini dikukuhkan dengan kegagalan mereka peroleh markah dalam peperiksaan yang diadakan oleh pihak sekolah. Tindakan ibu bapa yang menegur kegagalan mereka ini menyebabkan mereka terus melupakan atau menganggap aktiviti ini tidak berguna buat mereka. Justeru, pelajar tidak suka menyertai kokurikulum kerana mereka beranggapan aktiviti ini tidak memberi sebarang manfaat untuk pembangunan masa depan mereka. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum ini semakin rendah kerana aktiviti itu agak terhad dan biasanya disertai oleh pelajar-pelajar yang sememangnya berminat dalam aktiviti tersebut. Keadaan ini menyebabkan tujuan atau matlamat aktiviti ini tidak tercapai lantaran segolongan sahaja yang menyertainya. Jadi, keadaan ini menyebabkan ramai pelajar tidak berminat untuk menyertainya. Keadaan kehidupan semasa yang serba moden terutama dalam alaf globalisasi ini turut menjejaskan minat pelajar. Mereka lebih bermiant untuk lepak bersama-sama rakan di pusat beli belah daripada berkawad atau berlari di padang. Kecanggihan kehidupan yang lebih menarik telah menjadikan pelajar menganggap aktiviti sebegini tidak bersesuaian dengan masa remaja mereka. Oleh itu, pelajar menganggap aktiviti ini membosankan berbeza aktiviti lepak yang lebih dianggap menarik.

Kesimpulannnya, aktiviti kokurikulum harus diberi perubahan imej yang drastik. Kerajaan harus menjadikan aktiviti ini lebih mesra pelajar dengan cuba memahami keperluan pelajar terhadap kokurikulum itu. Pelajar perlu haruslah lebih terbuka dalam tindakan mereka menyertai aktiviti yang positif ini. Mungkin pelajar harus melihat kebaikan aktiviti ini terlebih dahulu daripada terus membuat rumusan untuk menganggapnya sebagai satu aktiviti yang membebankan.

Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita. Jelaskan langkahlangkah untuk menyelamatkannya

Sejak belakangan ini, pembangunan tanpa batasa kini merupakan perubahan kian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkahlangkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya. Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat berbahaya kepada masyarakat di jagatraya. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan. Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspen penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini penting sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam pada itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu.Keadaan ini dikatakan sambil menyelam minum air Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat mencapai matlamatnyai apabila semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar. Secara tuntas, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan sewajarnya untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama bagai aur dengan tebing yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna. Hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Hal ini sinonim dengan slogan negara Negara Bersih, Rakyat Sihat

Amalan Rasuah Punca dan langkah mengatasi? Maksud membantu seseorang dengan mengharapkan bantuan balas. Makan suap, duit bawah meja, duit kopi Punca Sikap mengutamakan kebendaan Undang-undang yang tidak ketat Sikap masyarakat yang mengambar rasuah sudah menjadi satu budaya hidup Langkah atasi Ketatkan undang-undang Kempen kesedaran Menanam sikap bertanggungjawab dalam diri remaja Menjadikan proses permohonan dan perniagaan lebih telus

Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu usaha murni yang dijalankan oleh segelintir masyarakat. Mereka sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Cuma badan kebajikan ini masih mengalami pelbagai masalah yang membantutkan usaha kebajikan mereka. Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh badan kebajikan. Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu badan yang cuba membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Negara kita masih mempunyai banyak pihak yang memerlukan pertolongan seperti golongan cacat, ibu tunggal, anak yatim, orang tua, dan golongan daif. Kewujudan badan kebajikan seolah-olah memberi sedikit cahaya kepada golongan terpinggir ini untuk meneruskan kehidupan mereka yang sukar itu. Namun, badan kebajikan sendiri mempunyai pelbagai masalah yang mampu membantutkan usaha murni mereka itu. Masalah yang paling serius mereka hadapi ialah masyarakat negara ini tidak suka membabitkan diri mereka dalam sebarang aktiviti kebajikan. Rakyat negara ini lebih suka melihat atau menganggap tugas itu sudah dilakukan oleh orang lain. Mereka tidak mahu terlibat turut dipengaruhi oleh faktor masa dan kewangan yang tidak mampu diberikan oleh badan kebajikan. Akibatnya, aktiviti badan kebajikan ini dijalankan oleh segelintir masyarakat yang sudah berusia dan kekurangan tangan untuk menjalankan aktiviti mereka. Ketiadaan sokongan masyarakat untuk melibatkan diri ini boleh dikaitkan dengan imej badan kebajikan yang dipandang rendah. Ada pihak menganggap badan kebajikan hanya untuk mereka yang tidak mempunyai impian besar atau tanggungan keluarga. Malah, ada badan kebajikan yang dianggap oleh masyarakat sebagai mengambil kesempatan dengan memperoleh wang tetapi tidak menyalurkannya kepada mereka yang memerlukan. Jadi, badan kebajikan dianggap kerjaya yang tidak berstatus tinggi. Malah, badan kebajikan agar sukar untuk memperoleh sumber kewangan pada masa kini. Masalah ini timbul ekoran berlakunya pelbagai dakwaan seperti badan kebajikan menggunakan wang itu untuk kepentingan pekerjanya dan tidak digunakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Memang kes seperti ini pernah berlaku tetapi untuk menuding jari ke arah kepada semua badan kebajikan merupakan satu langkah yang kurang bijak. Masyarakat seharusnya memberi peluang supaya badan kebajikan dapat menjalankan tugas mereka. Tambahan pula, badan kebajikan terpaksa mematuhi pelbagai saluran dan kebenaran sebelum mampu menjalankan aktiviti mereka. Lesen badan kebajikan harus diperbaharui dan aktiviti mereka seperti derma perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Memang peraturan ini diwujudkan untuk mengawal penyelewengan berlaku tetapi pihak berkuasa harus mem