3. Hasil Perbincangan

2
HASIL PERBINCANGAN Sepanjang menjalani praktikum selama 3 bulan di SK Desa Petaling, beberapa sesi perbincangan telah saya jalankan dengan penyelaras, guru pembimbing dan guru yang saya ambil alih subjek pengajarannya. i. Penyelaras PPKI, Puan Royati Beliau telah memberi taklimat yang ringkas kepada saya dan rakan praktikum saya sebagai satu tanda penghargaan terhadap kedatangan kami ke sekolah mereka. Beliau telah memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami supaya kami sentiasa mengingati peraturan sekolah. Beliau telah memberi banyak input dan info yang baharu tentang Pendidikan Khas kepada kami. Beliau juga menyedari kami supaya sentiasa berinisiatif untuk melaksanakan sesuatu kerja dan membuat kerja yang orang lain tidak melakukannya. Perbincangan dengan beliau juga berkenaan tentang pembahagian jadual waktu mengajar kelas PPKI dan arus perdana. Hasil perbincangan ialah masa yang diperuntukkan untuk mengajar adalah 12 waktu seminggu, iaitu 10 waktu di kelas PPKI dan 2 waktu di arus perdana. Menerusi perbincangan, mata pelajaran yang saya akan ajar ialah Matematik dan Bahasa Malaysia Tahun 2, Kemahiran Manipulatif Tahun 1, Pendidikan Seni Muzik Tahun 1 dan Bahasa Malaysia Tahun 4 serta Bahasa Malaysia Tahun 3 di arus perdana. Beliau mengingati saya supaya Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSR) mestilah menjadi panduan dalam perancangan RPH.

description

hasil perbincangan

Transcript of 3. Hasil Perbincangan

Page 1: 3. Hasil Perbincangan

HASIL PERBINCANGAN

Sepanjang menjalani praktikum selama 3 bulan di SK Desa Petaling, beberapa sesi

perbincangan telah saya jalankan dengan penyelaras, guru pembimbing dan guru yang saya

ambil alih subjek pengajarannya.

i. Penyelaras PPKI, Puan Royati

Beliau telah memberi taklimat yang ringkas kepada saya dan rakan praktikum saya sebagai

satu tanda penghargaan terhadap kedatangan kami ke sekolah mereka. Beliau telah memberi

nasihat dan tunjuk ajar kepada kami supaya kami sentiasa mengingati peraturan sekolah.

Beliau telah memberi banyak input dan info yang baharu tentang Pendidikan Khas kepada

kami. Beliau juga menyedari kami supaya sentiasa berinisiatif untuk melaksanakan sesuatu

kerja dan membuat kerja yang orang lain tidak melakukannya.

Perbincangan dengan beliau juga berkenaan tentang pembahagian jadual waktu mengajar

kelas PPKI dan arus perdana. Hasil perbincangan ialah masa yang diperuntukkan untuk

mengajar adalah 12 waktu seminggu, iaitu 10 waktu di kelas PPKI dan 2 waktu di arus

perdana. Menerusi perbincangan, mata pelajaran yang saya akan ajar ialah Matematik dan

Bahasa Malaysia Tahun 2, Kemahiran Manipulatif Tahun 1, Pendidikan Seni Muzik Tahun 1

dan Bahasa Malaysia Tahun 4 serta Bahasa Malaysia Tahun 3 di arus perdana. Beliau

mengingati saya supaya Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

(KSSR) mestilah menjadi panduan dalam perancangan RPH.

ii. Guru pembimbing, Puan Suriani

Masalah tingkah laku dan emosi murid turut dibincang bersama guru pembimbing agar

pengurusan kelas dan tingkah laku mudah dikendali semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Beliau memberikan pendedahan awal kepada saya tentang tingkah

laku murid yang menggangu dan tahap penguasaan murid. Saya juga berbincang dengan

beliau tentang mata pelajaran yang saya akan ambil alih. Hal ini telah memudahkan saya

dalam mengetahui setakat mana yang diajar oleh guru tersebut dan melihat cara pengajaran

guru yang dilaksanakan.

Page 2: 3. Hasil Perbincangan

iii. Guru-guru lain (Pn. Akidah, Puan Anita, Puan Hazwawani)

Saya juga berbincang dengan guru-guru yang saya akan ambil alih subjek mereka supaya

memudahkan saya untuk meneruskan tajuk pengajarannya. Dengan perbincangan ini, saya

dapat lebih memahami tentang tahap pencapaian murid dan dapat mengetahui tahap

penguasaan murid. Hal ini membolehkan saya merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan mereka. Selain itu, saya juga bertanya daripada

guru tentang kegemaran aktiviti mereka supaya saya boleh memperbanyakkan jenis aktviti

yang mereka gemari supaya tidak mudah berasa bosan.