hasil kajian sejarah form 3
description
Transcript of hasil kajian sejarah form 3
Kerja Kursus Sejarah 21/2
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.1 PENGENALAN
Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada
pelbagai keturunan.Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir
setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu.Ini termasuklah
suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi,di mana ikatan itu terus diperkukuhkan
dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan.Lantaran resam yang demikian
maka banyak permainan tradisonal yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang
dilalui oleh nenek moyang kita.Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.Ini membolehkan
mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama.Malah sejak dari kecil lagi mereka
membiasakan diri dengan keadaan yang demikian.Apabila musim menuai padi berakhir dan
musim tengkujuh tiba,pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan.Kerja-
kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah.Tempoh peralihan antara musim inilah
digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.
Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampong,penduduk kampong
berdekatan turut berkunjung untuk mengambilbahagian atau sekadar member semangat.Suasana
pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampong-kampung yang
mengambil bahagian.Oleh yang demikian,permainan tadisional juga dikenali sebagai permainan
rakyat.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui
oleh ibubapa dan datuk nenek kita sahaja.Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-
kanak sehingga hari ini.Di antara permainan itu termasuklah guli,congkak,gasing,wau,sepak raga
dan lain-lain.
Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika
dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu
mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan
bahan terbuang. Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta
permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang. Pelbagai faedah boleh
didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan
bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu,
dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan
gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan
gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang
meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran
dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kemahiran dan kebolehan ini
diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang gasing. Kepantasan dan ketepatan amat jelas
dalam permainan gasing dan ia juga memupuk semangat kekitaan yang tinggi. Permainan gasing
harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah mengekalkan daya kreatif
bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu. Jika usaha gigih diteruskan pasti
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
suatu ketika nanti gasing akan menjadi permainan yang digemari. Pemulihan permainan ini
diharap dapat memaparkan kepada umum tentang warisan bangsa Melayu yang telah dilupakan
agar terus berkekalan.
Gasing kepada orang-orang Melayu ialah kayu berbentuk cakra,pada salah satu
permukaannya terdapat paksi besi ditengah-tengahnya.Gasing mempunyai ukuran yang berbeza-
beza tetapi tertakluk kepada ukuran biasa iaitu 28.5 inci bagi kelilingnya dan 9 inci bagi garis
pusatnya.Di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu membuat gasing merupakan satu seni yang
memerlukan kemahiran (keterampilan) dan kesabaran.Keseluruhan proses membuatnya dari
mula sehinggalah siap mungkin mengambil masa enam minggu.Main gasing adalah sukan untuk
orang-orang dewasa di beberapa tempat di semenanjung,khususnya di Kelantan dan
Tereangganu.Terdapat dua bentuk pertandingan yang diadakan iaitu sama ada pertandingan
menentukan gasing yang berputar paling lama sebagai pemenang ataupunsatu permainan yang
agak agresif dimana dua pasukan akan mengmbil bahagian dialam pertandingan yang juaranya
akan ditentukan apabila pemain dari satu pasukan dapat mengetuk dan mengeluarkan gasing
lawannya dari gelanggang pertandingan.
Seperti juga permainan wau permainan gasing biasanya diadakan selepas musim menuai
padi yang selalunya selama tiga bulan.Pertentangan diantara kampung-kampung yang
mengambil bahagian hanyalah merupakan satu hiburan dan pertandingan dua pasukan yang
sama-sama kuat memberikan kepuasan dan tentunya mengembirakan para penonton.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
Apabila gasing berputar ligat,ia dipanggil “gah” bermaksud tegak dan kuat ketika
berpusing.Mengikut cerita masyarakat di Kedah,Ia berasal daripada permainan laga telur yang
kerap dimainkan di kalangan kanak-kanak.Di situ timbul idea megikut kayu dalam bentuk telur
dan dipasangkan paksi.Bagi memastikan ia berputar ligat,tali digunakan untuk memusingkan.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru,kemuning,merbau,rambai,durian dan
kundang.Bemula dengan tiga bentuk asas gasing,iaitu gasing telur,jantung dan
berembang,kemudian pelbagai rekaan dicipta pereka gasing di seluruh negara.Nama gasing
diberikan mengikut kepada sifatnya yang berbeza dan setiap negeri ada bentuk,jenis dan nama
tersendiri.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada
tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang biasanya 1
meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun
1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah
yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk
sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai
kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.3 Jenis-jenis gasing
Gasing toyol
Gasing begelen
Gasing berembang
Gasing buku benang
Gasing jantung
Gasing kelamar
Gasing kepala duri
Gasing kuno
Gasing lang laut
Gasing leper
Gasing leper Kelantan
Gasing pacitan
Gasing pangkah
Gasing piring
Gasing pinang
Gasing tanjung
Gasing telor
Gasing Cina
Gasing Melayu
Gasing uri
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.4 Melilit tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari
kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang
kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang
pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin
iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan
pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung
kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung
kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya
dilakukan sendiri.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain.
Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada
hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit
pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana
dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat
pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali
di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan
kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit
pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau
menegak uri.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.5 Melilit gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu
kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh
pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan
menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit
hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu
tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok
dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan
menyapu kanji di bahagian bahu gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia
untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada
gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat.
Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula
hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan
sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing
akan borot dan membahayakan semua orang.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.6 Memusing gasing
Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul
akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan
seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh
mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu
pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah
dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah
tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa
gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing
tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah
rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan
pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah.
Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat.
Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan
diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke
arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan.
Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam
keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing
diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.7 Memangkah gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan
hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat,
tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa
juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
5.8 Pangkah totok
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian
gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula
ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan
gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan
jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.
5.9 Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan
tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke
arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah
pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak
digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang
dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.
5.10 Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala
dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat
dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari
sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau
tengkuk gasing.
5.11 Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan
pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah
tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah
ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan
gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.12 Mengangkat gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk
menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran,
kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan
kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah
bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu
ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat
gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang
berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam
keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali
yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan
dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.13 Peraturan-peraturan permainan gasing
PERATURAN I
ATURAN BERMAIN
Pasukan : Satu pasukan mempunyai tiga regu
Fasa 1
a) Tiap-tiap regu mengandungi empat puluh orang pemain.Pasukan-pasukan boleh
mengadakan pemain simpanan.
b) Tiap-tiap pemain dibenarkan bermain sekali sahaja untuk pasukannya.
c) Penukaran pemain dalam seluruh permainan dibenarkan 3 orang sahaja.
Fasa 2
Masa bermain dihadkan dalam masa 40 minit bagi tiap-tiap satu regu.
Fasa 3
Cara bermain adalah dengan cara Retek Dara (retek dara ialah ratok atau tergesel gasing
pemusing dengan gasing pemusing disebabkan pangkahan gasing pemangkah.Jika
berlaku ratok itu pemangkah dikira batal.)
Gasing pemangkah terantuk dengan dua atau lebih gasing pemusing,maka dikira ratok
pihak pemangkah batal.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
Fasa 4
Tiap-tiap seorang pemain dibenar menggunakan sebuah gasing sahaja untuk seluruh
permainan,kecuali gasingnya rosak dan disahkan oleh pihak pengadil.(Gasing rosak
adalah gasing yang tidak boleh digunakan lagi kerana pecah dan sebagainya)
Fasa 5
Regu pemusing : Regu pemusing hendaklah memusing gasing empat-empat biji ke dalam
bulatan dalam had masa yang ditentukan.
Fasa 6
Jika dua buah gasing yang dipusing tidak termasuk dalam bulatan,dikira faul – satu mata
untuk pihak pemangkah.
Fasa 7
Jika satu gasing terkeluar bulatan (Borot) pengadil berhak mengambil gasing tersebut
diberikan kepada salah seorang pemain regu pemangkah untuk diletakkan kedalam
bulatan dan dipangkah oleh pemangkah yang akhir.
Fasa 8
Regu pemusing hendaklah memusing keempat-empat gasing tidak lewat daripada 20
saat,setelah diperintah oleh pengadil untuk memulakan pusingan.Jika melengahkan masa
lebih 20 saat dikira faul dan satu masa bagi pemangkah.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
Fasa 9
Regu pemangkah dikehendaki memangkah keepat-empat gasing pemusing dalam tempoh
30 saat setelah diperintah oleh pengadil.Jika melengahkan masa lebih daripada 30 saat
dikira batal kepada regu pemangkah (Peraturan ini dikecualikan kepada gasing borot
yang mana masanya tidak dihadkan)
Fasa 10
Pemangkah hendaklah melilit talu gasing sekurang-kurangnya tiga lilitan.Jika tidak regu
pemangkah dikira batal.
Fasa 11
Regu pemangkah dibebaskan memangkah mana-mana gasing dalam bulatan.
Fasa 12
Jika pemain regu pemangkah memijak garisan semasa mara memangkah atau masuk
kawasan yang dilarang dikira faul dan satu mata diberi kepada regu pemusing.(Selepas
memangkah dibenarkan memijak garisan)
Fasa 13
Masa memangkah tangan dikehendaki atas paras pinggang.Jika tangan bawah paras
pinggang dikira batal regu pemangkah.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
Fasa 14
Memangkah debus dikira batal kepada egu pemangkah.
Fasa 15
Membela uri dibenarkan kepada pemusing dan pemangkah selepas keempat-empat
gasing dipangkah.Jika didapati pemangkah membela uri sebelum masanya,dikira batal
regu pemangkah.Jika pemusing membela uri sebelum masanya dikira faul dan satu mata
untuk regu pemangkah.
Fasa 16
Membela uri dibolehkan kepada pemangkah dan pemusing dengan tidak menggunakan
cokok atau penyodok tetap.
Fasa 17
Dua mata diberikan kepada pasukan pemangkah jika keempat-empat pemangkah dapat
memangkah gasing pemusing tanpa ratok dan menang dalam perlawanan uri.
Fasa 18
Menentukan kemenangan adalah dikira dari kemenangan regu.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
Fasa 19
Jika didapati permainan seri,kemenangan diberikan kepada pasukan yang jumlah mata
yang lebih.Jika jumlah mata seri juga,maka keputusan muktamad adalah seri.
Fasa 20
Semasa perlawanan dijalankan dan masa telah cukup,maka mata tidak diberikan kepada
pemangkah.Jika seri urinya satu markah kepada pemangkah.
Fasa 21
Jika regu pemangkah dan regu pemusing sama-sama menag uri atau mati uri maka dikira
regu pemangkah yang menang dengan mendapat satu matu sahaja.Jika pemusing regu
menang uri,maka gelaran regu pemusing dan regu memangkah bertukar.
Fasa 22
Menentukan kemenangan adalah dikira dari kemenangan regu.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
PERATURAN II
Tata Tertib
Fasa 23
Tidak dibenarkan bersungut-sengut dan ajar-mengajar semasa pertandingan dijalankan.
Fasa 24
Patuh kepada keputusan pengadil
Fasa 25
Pakaian hendaklah kemas dan tiada pakaian yang merbahaya.
Fasa 26
Dikehendaki meminta kebenaran pengadil untuk membetulkan sesuatu kerosakan tali
gasing dan lain-lain.
Fasa 27
Tidak dibenarkan merokok dan seumpamanya semasa bermain.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
PERATURAN III
Perkara AM
Fasa 28
Gasing boleh diwarnakan seragam bagi satu pasukan untuk memudahkan pengadil
mengenalinya.
Fasa 29
Istilah gasing keluar bulatan atau gasing dalam ialah dikira pada kedudukan paksi
gasing.Kalau paksinya keluar garisan bermakna gasing itu keluar.
Fasa 30
Perlawanan antara pasukan dikehendaki tiap-tiap pasukan menyediakan bilangan ragu
yang ganjil,umpamanya 3 regu,5 regu.7 regu dan seterusnya.
Fasa 31
Pengadil bolehlah member 5 minit rehat dalam masa 40 minit permainan tiap-tiap
regu.Tindakan pengadil ini mestilah diberitahu kepada tiap-tiap regu sebelum permainan
dimulakan.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.15 Gasing Toyol
Ciri-ciri
Bentuk : Tinggi
Berat : 0.6 kg
Lilitan : 36 cm
Tinggi : 12 cm
Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan berat
sekitar 6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian sekitar 12 cm.
Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu,
mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu,
mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam
permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-
gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula
menggunakannya sebagai pengacau.Itulah cerita sebuah gasing bom pemusnah yang bakal
memusnahkan sebuah negara kelak.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.16 Gasing Bergelen
Ciri-ciri
Bentuk : Rendah
Berat : 0.5 kg
Lilitan : 30cm
Tinggi : 8cm
Gasing Begelen merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat
sekitar 0.5 kg. Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian sekitar 8 cm.
Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan
gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah disimpai
dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei. Selain
digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor,
gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.17 Gasing Uri
Ciri-ciri
Bentuk : Rendah
Berat : 6 kg
Lilitan : 60cm
Tinggi : 8cm
Gasing uri merupakan sejenis gasing yang popular di negeri Kelantan. Gasing uri mempunyai
badan asas yang kecil sahaja dan dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai dengan
menggunakan timah, besi, atau plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah, ia digunakan
untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.
Gasing uri mempunyai bentuk yang rendah dan agak leper dengan berat sekitar 6 kg. gasing uri
mempunyai lilitan sekitar 60 cm dengan ketinggian 8 cm.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.18 Gasing Pangkah
Ciri-ciri
Bentuk : Rendah
Berat : 6 kg
Lilitan : 60cm
Tinggi : 8cm
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing
pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan
kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh
melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan
sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan
gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit
jambuhnya direnggut
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.19 Gasing Jantung
Ciri-ciri:
Bentuk: Jantung
Berat: 0.25 kg
Lilitan: 20 cm
Tinggi: 12 cm
Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah,
Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang
menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk
membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini.
Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala
pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan
sepetir.
5.20 Gasing Leper Kelantan
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
Ciri-ciri:
Bentuk: Rendah dan juga leper
Berat: 8 kg
Lilitan: 48 cm
Tinggi: 6 cm
Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain
tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat
dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga
kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi
harganya terlalu mahal
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.21 Gasing Tanjung
Ciri-ciri:
Bentuk: Tinggi dan berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 10 cm
Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan
oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk
memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini
diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.
5.22 Gasing Baba
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
Ciri-ciri:
Bentuk: Tinggi dan seperti
telur
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 38 cm
Tinggi: 20 cm
Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan
oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri
Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur.
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
5.23 Gasing kuno
Ciri-ciri:
Bentuk: Sederhana dan berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 8 cm
Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terenggganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor.
Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia
hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan
keranji.
5.24 Gasing Pacitan
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
Ciri-ciri:
Bentuk: tinggi
Berat: 0.8 kg
Lilitan: 40 cm
Tinggi: 10 cm
Gasing Pacitan merupakan sejenis gasing yang berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini
hanya boleh diperoleh di kalangan pemain Jawa dari Pacitan. Di negeri Selangor pula, gasing ini
banyak terdapat di kawasan Lembah Kelang, tetapi di sini ia dikenali sebagai gasing bunut.
Gasing pacitan agak tinggi berbentuk berembang dengan berat 0.8 kg. Gasing pacitan
mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian 10 cm.
Gasing jenis ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi, mudah
mencelah dan melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai binaan yang kukuh dan
agak melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di Pahang, gasing jenis ini banyak didapati di
Kuala Lipis, terutama di mukim – mukim pedalaman di sepanjang Sungai Jelai.
5.25 Gasing Leper
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
Ciri-ciri:
Bentuk: rendah dan leper
Berat: 8 kg
Lilitan: 48 cm
Tinggi: 6 cm
Gasing leper merupakan sejenis gasing yang juga salah satu alat permainan tradisional. Jenis ini
hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini
berbentuk rendah dan juga leper. Beratnya yang lebih kurang 8 kg mempunyai lilitan 48 cm dan
ketinggian 6 cm.
Gasing ini berat dan mempunyai simpaian logam, biasanya timah disekelilingnya, itulah
sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal
gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya
terlalu mahal. Ia biasanya dimainkan dalam 2 cara iaitu pangkah dan lama berputar
5.26 Gasing Lang Laut
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
Ciri-ciri:
Bentuk: sederhana dan berbentuk berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 12 cm
Gasing Lang Laut merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor, tetapi
kini ia lebih mudah didapati di Selangor.
Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia
mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm.
Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu
hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas. Di
Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.
5.27 Gasing Pinang
21/2 Sila Lihat Sebelah
Kerja Kursus Sejarah 21/2
Ciri-ciri:
Bentuk: sederhana
Berat: 0.3 kg
Lilitan: 1.75
Tinggi: 4-5 cm
Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya,
dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui
pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan
sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan
gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit
jambuhnya direnggut
21/2 Sila Lihat Sebelah