3 Punca di sebalik Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia

3

Click here to load reader

description

3 Punca di sebalik Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia. http://www.raimisyazwan.com/2014/01/3-punca-cuaca-sejuk-melampau-di-malaysia.html Apakah punca sebenar cuaca sejuk melampau di Malaysia Januari 2014. Kenapa cuaca di Malaysia menjadi semakin sejuk? Maklum balas Jabatan Meteorologi mengenai 3 Punca Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia. Fenomena Cuaca Sejuk luar biasa ini mulai trending di media sosial dan menjadi topik hangat diperkatakan

Transcript of 3 Punca di sebalik Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia

Page 1: 3 Punca  di sebalik Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia

KENYATAAN AKHBAR

KEADAAN CUACA SEJUK DI MALAYSIA (Dikeluarkan pada 7.30 malam, 23 Januari 2014)

Secara relatifnya, bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum yang agak rendah berbanding bulan-bulan lain. Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang yang berpunca dari tanah besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk. Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi. Berdasarkan kepada keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan datang, keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga awal minggu hadapan. Berita mengenai kejadian salji di Indonesia adalah tidak benar. Adalah agak mustahil untuk negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami salji kerana suhu udara kedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun.

Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 23 Januari 2014 www.met.gov.my

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA (MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT) KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

(MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY & INNOVATION) Jalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: 603-79678000 Faks: 603-79550964 E-mel: [email protected] http://www.met.gov.my

Page 2: 3 Punca  di sebalik Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia

Punca Cuaca Sejuk Melampau di MalaysiaApakah punca sebenar cuaca sejuk melampau di Malaysia Januari2014. Kenapa cuaca di Malaysia menjadi semakin sejuk? Maklumbalas Jabatan Meteorologi mengenai 3 Punca Cuaca SejukMelampau di Malaysia. Fenomena Cuaca Sejuk luar biasa ini mulaitrending di media sosial dan menjadi topik hangat diperkatakan.

Keadaan Cuaca di Malaysia semakin sejuk hingga mencatat bacaan rekodsuhu terendah iaitu 19 darjah Celsius menimbulkan persoalan kepada seluruhrakyat Malaysia. Media Massa juga banyak menyiarkan aduan orang ramaimengenai perubahan iklim yang menggemparkan ini sehingga timbul rumoursbahawa Salji akan turun di Malaysia tidak lama lagi..

Maklum balas Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, TeknologiDan Inovasi mengenai keadaan cuaca dan suhu udara yang sejuk melampauyang dialami di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan pantai timur danutara Semenanjung pada pertengahan Januari 2014 adalah di sebabkan beberapafaktor tertentu. Berikut ialah 3 Punca Cuaca Sejuk Melampau berlaku diMalaysia.

Tiupan Angin Musim Sejuk dari tanah besar China Litupan awan yang kurang di Semenanjung Malaysia Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum di Malaysia

Page 3: 3 Punca  di sebalik Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia

Salji Turun di Indonesia Tidak Benar

Berita mengenai kejadian salji di Indonesia adalah tidak benar. Adalah agak mustahil untuknegara-negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami salji keranasuhu udara kedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun. Punca Cuaca SejukMelampau di Malaysia.

Cuaca Sejuk Melampau Berakhir Februari

Berdasarkan kepada keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan datang,keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga awal minggu hadapan iaitu awalFebruari 2014. Sila rujuk Laporan penuh Jabatan Meteorologi Malaysia di Keadaan CuacaSejuk Di Malaysia.