3 Soalan Penulisan Esei

download 3 Soalan Penulisan Esei

of 10

description

:)

Transcript of 3 Soalan Penulisan Esei

EDU 3043: PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

EDU 3043: PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

SOALAN PENULISAN ESEIBerdasarkan ilustrasi di atas, bincangkan intervensi yang sesuai dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan yang telah dikenalpasti.1.0 PengenalanKebelakangan ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita tentang masalah disiplin pelajar. Terpapar di dada akhbar berita mengenai pelajar menumbuk guru, ponteng sekolah, buli dan sebagainya. Masalah tingkah laku ini telah membimbangkan semua pihak. Pada peringkat pelajar dan remaja ini, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun social. Pada zaman inilah para pelajar terdedah kepada alam luas di luar rumah. Malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua mereka.Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008) tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang tidak mengikut kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkahlaku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal. Tingkah laku penting bagi melahirkan pelajar yang bersifat sanggup melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan negara. Tanpa tingkah laku yang baik dalam diri para pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab diri sendiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya jika mereka melakukan kebaikan. Tingkah laku yang baik dan terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin, berkesan dan penuh ceria. Apabila pelajar yang bermasalah dari segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada pelajar yang membuat bising dan mengganggu pelajar lain belajar.Pembangunan tingkah laku yang baik di kalangan pelajar mampu melatih pelajar dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying, bekerjasama, cintakan kebersihan dan hormat-menghormati. Oleh itu, dengan mematuhi disiplin, pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan sekali gus membuang sifat-sifat yang negatif yang tidak diperlukan.Dengan cara itu, masalah disiplin dapat dikurangkan dan melahirkan pelajar yang baik akhlaknya. Insan yang berakhlak mulia dan berfikiran rasional mampu mematuhi undang-undang dan hak-hak individu lain. Tanpa masalah disiplin para pelajar dapat berfikiran terbuka dan rasional yang mana pemikiran mereka tidak terhad dan membuka ruang kepada diri merekamenjadi lebih kreatif dan berdaya saing. Masalah disiplin yang tidak wujud dalam diri mereka menyebabkan mereka menghormati hak-hak dan kepentingan orang lain tanpa melakukan perbuatan yang dapat menimbulkan perasaan marah orang lain pada diri mereka. Selain itu, mereka lebih senang mematuhi undang-undang yang ditetapkan tanpa sebarang bantahan.

2.0 Permasalahan yang dikenalpasti dalam ilustrasi.Melalui pemerhatian saya, terdapat beberapa masalah disiplin yang telah dikenalpasti di dalam ilustrasi tersebut. Antaranya ialah:a) Bercakap dengan rakan semasa guru sedang mengajarb) Mengusik murid lainc) Pergerakan yang melampau: Bermain ketika guru mengajard) Berkhayal atau termenung ketika guru sedang mengajare) Mencuri3.0 Intervensi yang sesuai bagi mengatasi permasalahan dalam ilustrasi.Dalam menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah, perlunya intervensi iaitu cara campur tangan pihak tertentu dalam usaha pencegahan dan pembetulan tingkah laku yang sesuai dilaksanakan. Terdapat tiga intervensi yang dicadangkan iaitu, postoral care, bimbingan dan kaunseling serta teknik modifikasi tingkah laku.3.1 Bercakap dengan rakan semasa guru sedang mengajarDi dalam ilustrasi tersebut menunjukkan adanya masalah tingkah laku murid yang kurang memberikan perhatian seperi bercakap dengan murid lain semasa guru sedang mengajar, dan mengusik murid lain. Murid ini biasanya tidak mendengar apabila guru mengajar dan tidak fokus terhadap tugasan yang diberikan. Sebaliknya mereka mungkin akan berbual dengan rakan, membaca bahan lain, memerhati di luar bilik darjah, bersiul ataupun menyanyi. Salah laku ini sering berpunca daripada murid-murid yang ingin mendapatkan perhatian guru, malah faktor keadaan bilik darjah yang tidak selesa juga menyebabkan tingkah laku murid sebgeitu. Kita dapat lihat melalui ilustrasi tersebut, bilik darjah tersebut tidak terurus yang mana kerusi meja yang banyak dan Nampak berselerak akan menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar dan menyebabkan mereka gelisah dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Salah satu bentuk tingkah laku yang ingin mendapat perhatian ialah apabila murid sering membuat tingkah laku yang mengundang kemarahan guru. Apabila berhadapan dengan situasi ini begini adalah penting bagi saya sebagai guru untuk menganalisa dan mencari punca kepada salah laku tersebut. Sebagai guru, saya perlulah mencari cara untuk memberikan perhatian kepada murid yang mendatangkan kesan positif iaitu guru hanya memberikan perhatian kepada tingkah laku yang diingini dan sebaliknya guru tidak akan memberi perhatian kepada tingkah laku yang tidak diingini. Sekiranya perhatian yang salah diberikan kepada salah laku, berkemungkinan besar salah laku tersebut akan meningkat. Contohnya dalam ilustrasi tersebut, seorang murid bermain jet kertas dan membalingnya kepada guru. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terganggu oleh murid yang ingin mendapat perhatian guru. Biasanya, tindakan guru terus memarahi salah laku tersebut adalah salah kerana tindakan guru memberi mesej kepada murid bahawa cara yang dilakukannya boleh menarik perhatian guru, oleh itu perbuatan tersebut akan diulangi. Sepatutnya sebagai guru yang professional yang mempunyai ilmu menangani masalah tingkah laku guru tidak perlu memberi perhatian kepada tingkah laku murid yang yang tidak diingini tetapi memberi perhatian kepada tingkah laku yang diingini sahaja contohnya saya akan memuji seorang murid itu apabila menyiapkan kerja-kerja dengan baik walaupun murid itu hakikatnya nakal. Secara tidak langsung saya telah memberikan pilihan kepada murid sama ada untuk membuat tingkah laku yang tidak diingin dan tidak mendapat perhatian atau membuat perkara yang disukai guru serta mendapat perhatian. Oleh itu, saya juga perlu mengambil peranan seterusnya untuk membimbing murid untuk memilih cara mendapatkan perhatian yang betul. Selain itu, intervensi yang juga sesuai ialah teknik modifikasi tingkah laku yang mana sebagai guru saya akan melaksanakan modifikasi tingkah laku berstruktur iaitu sistem token. Murid akan diberi lima tiket nyawa setiap seorang. Setiap kali mereka bercakap tanpa kebenaran saya, mereka terpaksa membayar dengan menyerahkan tiket nyawa yang ada pada mereka. Di akhir masa, setiap tiket nyawa akan ditukar dengan masa bebas untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan di sudut kelas. Hal ini akan meningkatkan kesenyapan dalam bilik darjah memandangkan ianya ditukarkan dengan aktiviti yang menyeronokkan seterusnya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. 3.2 Disruptif: Pergerakan yang melampau- bemain jet kertas semasa guru mengajarPermasalahan kedua yang dapat dikenalpasti di dalam ilustrasi tersebut ialah murid atau individu yang mempunyai tingkah laku disruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara tingkah laku disruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun. Dalam keadaan tersebut, saya sebagai guru harus mengelakkan diri daripada bersemuka dan melepaskan emosi kepada murid tersebut. Contohnya dalam ilustrasi tersebut, seorang murid bermain jet kertas dan membalingnya kepada guru. Manakala, Model Akibat Logikal Dreikurs menyatakan sekiranya saya sebagai guru melepaskan kemarahan kepada murid tersebut akan menambahkan tekanan terhadap konflik yang dihidapi, akibatnya murid berkemungkinan besar akan bertindak balas juga dengan menggunakan emosi. Intervensi yang sesuai dijalankan dengan menggunakan kaedah bimbingan dan kaunseling yang mana sebagai guru yang menghadapi situasi tersebut harus bertenang dan kemudian memanggil murid untuk berjumpa dengan saya secara individu di luar waktu kelas. Seterusnya, tugas saya sebagai guru boleh mengenalpasti punca tingkah laku tersebut dilakukan dan menunjukkan bahawa saya mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh mereka. Seterusnya saya akan membuat perbincangan motif sebenar mereka melakukan tingkah laku serta menunjukkan sebab dan akibat yang munasabah yang akan dihadapi oleh murid tersebut sekiranya terus melakukan tingkah laku tersebut. Menurut hadis Rasulullah S.A.W. , nasihat-menasihati akan menjadi kurang pada akhir zaman. Jadi, saya ingin menegakkan yang hak dan menghapuskan yang bathil melalui peranan menasihati ini. Sebagai contoh, apabila mendapati ada murid yang membuang sampah merata- rata dalam kawasan sekolah, saya akan menasihati mereka dengan berkata bahawa mereka telah memburukkan imej sekolah serta diri mereka sendiri. Tegasnya, dengan menasihati mereka, aktiviti salah laku disiplin dapat dikurangkan.3.3 Berkhayal atau termenung ketika guru mengajarPermasalah ketiga yang dapat dilihat dalam ilustrasi tersebut ialah berkhayal ataupun termenung ketika guru mengajar di dalam kelas. Murid ini kelihatan suka dibiarkan keseorangan, tidak bercampur dengan rakan sekelas yang lain dan tidak mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti yang dijalankan. Murid ini berkelakuan sebegini supaya mereka tidak dihiraukan dan dibiarkan dengan dunia mereka sendiri dan akan mencuba mencapai matlamat ini dengan menunjukkan kekurangan diri. Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga merupakan sejenis mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. Sesetengah pelajar enggan melibatkan diri dalam aktiviti atau sesi perbincangan yang diadakan di sesebuah bilik darjah apabila pelajar merasakan dirinya tidak dapat mengikuti pembelajaran. Akhirnya ianya akan menyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai keyakinan diri, rendah diri, pemalu, pendiam, tidak suka berkawan, tidak yakin berinteraksi dan personaliti yang tidak seimbang. Oleh itu, murid seperti ini akan cuba menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti yang melibatkan mereka dengan rakan sekelas. Peranan saya sebagai guru harus peka apabila terdapat murid-murid sebegini di dalam bilik darjah. Secara perlahan tarik perhatian mereka dalam aktiviti bilik darjah kemudian memberi murid-murid tersebut peluang untuk menunjukkan keupayaan dan menghargai usaha mereka. Dalam situasi ini saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, yang mana saya akan menggunakan teknik Modifikasi Tingkah Laku iaitu memberi peneguhan positif seperti yang disarankan oleh Larrieve (2005) terdapat 8 peringkat peneguhan yang mana saya boleh memberi peneguhan pada 2 peringkat pertama iaitu memberikan peneguhan berupa makan seperti coklat, gula-gula, kisms, kacang dan barangan seperti permainan, pelekat, hadiah alat tulis dan sebgainya untuk menarik minat murid yang suka berkhayal ini untuk mengikuti proses pengajaran saya di dalam kelas. Saya juga perlu bersabar dan meminta kerjasama daripada murid-murid dan guru-guru lain yang mengajar di dalam bilik darjah tersebut dapat membantu permasalahan yang ada pada murid tersebut agar mempunyai keinginan untuk mengikuti kelas tersebut. Bagi rakan-rakan sekelas murid tersebut, saya sarankan agar tidak mengasingkan murid tersebut dengan mengajaknya terlibat sama dalam sesi perbincangan mahupun aktiviti kelas supaya murid tersebut rasa dihargai dan diperlukan di dalam kelas tersebut. Selain itu, perbincangan dua hala antara saya selaku guru dan murid perlu ada dalam membentuk satu hubungan yang erat yang mana akan menyedarkan murid melalui perbincangan bahawa tindakan tersebut adalah salah dengan menyatakan sebab dan akibatnya. IntervensiMurid akan merasa selesa dan tidak terancam. Begitu juga dalam membentuk peraturan di dalam bilik darjah yang berfungsi menyelia tingkah laku murid, perlulah dibincangkan bersama. Akibat-akibat yang akan berlaku harus logik dan bersesuaian perlu diterangkan kepada murid agar murid dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapka akan membawa kepada akibat yang menyenangkan boleh diterima oleh guru dan rakan-rakan. Menurut Dreikurs di dalam buku Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, dendaan tidak patut dijalankan di bilik darjah. Dendaan ini menunjukkan bahawa guru membalas dendam. Dendaan selalunya memalukan murid dan mungkin akan membawa kepada kesan yang lebih negatifdan sepatutnya diganti dengan akibat-akibat logikal yang telah dipersetujui bersama antara guru dengan murid. 3.4 MencuriPermasalahan seterusnya ialah murid kelihatan mencuri iaitu kecenderungan mengambil barang-barang kepunyaan rakan tanpa kebenaran. Mencuri merupakan masalah disiplin yang agak sukar dibendung. Ini termasuk dalam kenakalan yang disengajakan. Ia mungkin disebabkan oleh sifat memberontak yang ada dalam diri pelajar ataupun ingin membalas dendam atas sesuatu yang telah memalukan dirinya. Salah laku ini juga mungkin berpunca daripada desakan kemiskinan, diugut supaya mencuri ataupun sifat dalaman individu yang inginkan kemewahan berbanding sebelumnya mahupun perasaan iri hati. Oleh itu, murid yang melakukan salah laku tersebut tidak segan silu untuk mencuri tidak kira di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjahDaripada situasi di atas, cara yang lebih baik sekiranya guru mencari punca sifat itu berada dalam diri para pelajar kerana pemberontakan adalah masalah rohani. Oleh itu langkah pemulihan mesti sampai pada aspek rohaninya. Intervensi yang difikirkan bersesuaian dengan permasalahan di atas ialah dalam bentuk bimbingan dan kaunseling di mana sebagai guru, teknik bimbingan adalah yang paling sesuai dan saya harus sedar akan tingkah laku murid yang cuba membangkitkan kemarahan guru dan pihak sekolah adalah disebabkan mereka berasa tertekan dan disakiti. Perkara pertama yang perlu saya lakukan untuk menangani permasalahan mencuri dan sengaja mencari gaduh adalah saya harus mengambil pendekatan bijak bukannya kekerasan iaitu cuba mengawal dan memahami emosi yang dialami oleh murid tersebut. Dalam pada itu, saya juga berperanan dalam membantu mereka supaya dapat melihat matlamat ataupun motif tingkah laku mereka adalah salah. Oleh itu, sebagai seorang guru perlu memberi kesedaran kepada mereka jika menyalurkan emosi negatif tersebut kepada tingkah laku yang lebih bermanfaat. Tidak hairanlah jika peminggiran akan berlaku di dalam bilik darjah sekiranya tingkah laku seperti mencuri dan mencari gaduh dikenalpasti. Semua rakan sekelas murid tersebut akan menjauhkan diri, peranan saya dalam merapatkan jurang tersebut dengan menggunakan nasihat dan kerjasama daripada murid-murid lain untuk tidak menjauhkan diri dan meminggirkan murid tersebut dan bersama-sama membantu untuk memahami perasaan rakan-rakan sekelas. Selain itu, postoral care juga adalah sesuai bagi mengatasi permasalah tingkah laku mencuri atau pun sengaja mencari gaduh. Postral care ialah bimbingan yang mana ia merupakan satu bentuk dilakukan oleh guru untuk menjaga kebajikan anak muridnya dalam pelbagai bidang meliputi kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral dan sebagainya. Hal ini dapat membentuk murid sebagai modal insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai seorang guru, saya perlu memberikan pendidikan yang menyeluruh kepada murid serta berfokuskan pembangunan keyakinan diri dan disiplin diri. Tugas guru sebagai agen pembentuk nilai perlu ada pada diri saya supaya dapat menerapkan nilai-nilai murni, moral dan agama melalui aktiviti-aktiviti sekolah seperti kem-kem solat, kem bina insan, bulan-bulan nilai murni dan sebagainya. Dalam program aktiviti ini, saya juga mengambil tempat sebagai fasilitator tidak kira lah dalam kem solat dan bina insan. Ini dapat memupuk nilai moral yang baik yang mana murid-murid dapat menilai tingkah laku yang baik dan tidak baik. Guru juga perlu menerangkan sebab dan akibat jika melakukan tingah laku yang tidak baik yakni di luar norma kehidupan masyarakat. Contohnya, jika didapati pelajar yang melakukan kesalahan mencuri ataupun bergaduh, mereka perlu dirotan selaras dengan peraturan yang sedia ada. Walaubagaimanapun selepas menjalani hukuman, saya perlu mendekatinya dengan cara memotivasikan kembali pelajar itu selepas keadaan reda atau selepas waktu persekolahan. Saya akan berbincang secara dua hala dan tunjukkan rasa simpati, beri nasihat dan kukuhkan klembali motivasi pelajar itu untuk terus belajar. Saya juga akan menerangkan bahawa hukuman merotan tadi bukanlah sebab membenci murid tersebut tetapi menunjukkan bahawa kesilapan tingkah lakunya perlu diperbetulkan.Dengan melakukan pendekatan ini, murid akan lebih dapat membezakan tingkah laku yang perlu dilakukan untuk diberi lebih perhatian daripada guru tersebut. Guru dapat menerapkan nilai-nilai murni menerusi pelbagai intervensi tidak kiralah sama ada menggunakan postoral care, bimbingan dan kaunseling mahupun teknik modifikasi tingkah laku. Penggunaan intervensi yang sesuai sangat dititikberatkan dalam mengurus tingkah laku pelajar kerana dapat memberi kesan yang positif dalam diri para pelajar. Seterusnya murid akan sedar akan salah laku yang pernah dilakukannya sebelum ini. Ini akan mengurangkan tingkah laku negatif di dalam bilik darjah seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Oleh itu, intervensi sangat diperlukan dalam pengawalan bilik darjah dan pembendungan masalah disiplin sekitar bilik darjah. Dengan itu, lahirlah murid-murid yang mempunyai motivasi yang tinggi meningkatkan taraf kehidupan yang lebih sempurna dan seterusnya menjadi modal insan yang seimbang, cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan kelak.

4.0 PenutupSetiap masalah disiplin yang timbul perlu ditangani dengan cermat dan berhemah. Intervensi yang dicadangkan dapat membantu guru dalam menangani masalah disiplin dalam kelas, walaubagaimanapun, guru harus menyesuaikan mengikut situasi dan permasalahan. Hukuman yang sedia ada perlu dilaksanakan. Namun sebagai guru merangkap ibu bapa ketika di sekolah perlu menyeimbangkan hukuman dari sudut kemanusiaan. Secara keseluruhannya, guru perlu mengetahui dan menjadikan diri mereka sebagai yang mempunyai ciri-ciri yang baik dalam profesion perguruan. Bagi mencapai tujuan ke arah budaya mendisiplinkan sekolah, guru yang berperanan sebagai pembimbing dan kaunselor juga pelu memainkan peranan masing-masing.Oleh sebab yang demikian komunikasi dan interaksi yang baik antara pelajar dengan guru dan masyarakat perlu diwujudkan. Hal ini kerana tanpa komunikasi dan interaksi yang baik antara pihak-pihak terbabit akan sukar bagi guru mencapai dan membentuk sekolah yang benar-benar mempunyai disiplin yang tinggi dan terhormat. Pihak sekolah juga perlu menggalakkan para guru turut memainkan peranan sebagai pemimpin, pendidik, pembimbing dan teladan buat semua pelajar yang di ajar oleh mereka.Apabila masalah disiplin dapat dikawal, ia akan mewujudkan pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, akan lahirlah pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akedemik, kokurikulum, sahsiah dan peribadi. Mereka inilah yang bakal menerajui mercu kepimpinan negara. Jelas di sini, bahawa isu disiplin ini bukan isu main-main dan hanya dipandang sepi oleh sesetengah pihak. Tetapi ianya merupakan isu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak tidak kira, ibu bapa, guru, sekolah, kementerian mahupun negara sendiri agar negear kita dapat melahirkan warga yang mempunyai kebolehan dan pencapaian yang membanggakan. 5