31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

27
  PENGENALAN Apakah yang anda faham mengenai Asia? Secara ringkas, Asia adalah sebuah  benua luas yang mempunyai pelbagai tamadun, termasuk tamadun yang telah  berusia beribu-ribu tahun. Topik terakhir modul ini memperkenalkan para pelajar kepada budaya-budaya dan pengaruh-pengaruh Asia ke atas tamadun- tamadun di seluruh dunia. Topik ini juga akan membincangkan nilai-nilai sepunya budaya Asia. Adalah mustahil untuk memuatkan semua perkara yang perlu kita ketahui tentang ketamadunan Asia di dalam beberapa muka surat. Oleh itu, topik ini hanya akan tertumpu kepada tiga rantau terpenting di Asia iaitu China, India dan Asia Tenggara. Secara tradisinya, penduduk-penduduk Asia lebih padat di kawasan-kawasan pertanian yang subur seperti di kawasan persisiran pantai dan di pulau-pulau yang dihasilkan oleh letusan gunung  berapi. Ini adalah kerana pertanian adalah sumber utama makanan mereka. T T o o p p i i k k  1 1 0 0   Tamadun Asia HASIL PEMBELAJARA N Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan kepelbagaian tamadun Asia; 2. Menyatakan tamadun besar Asia (China); 3. Merumuskan tamadun Asia Selatan (India); dan 4. Membincangkan Nilai-nilai Sepunya Tamadun Asia dan globalisasi.

Transcript of 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

Page 1: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 1/27

 

X PENGENALAN

Apakah yang anda faham mengenai Asia? Secara ringkas, Asia adalah sebuah benua luas yang mempunyai pelbagai tamadun, termasuk tamadun yang telah berusia beribu-ribu tahun. Topik terakhir modul ini memperkenalkan parapelajar kepada budaya-budaya dan pengaruh-pengaruh Asia ke atas tamadun-tamadun di seluruh dunia. Topik ini juga akan membincangkan nilai-nilaisepunya budaya Asia. Adalah mustahil untuk memuatkan semua perkara yangperlu kita ketahui tentang ketamadunan Asia di dalam beberapa muka surat.Oleh itu, topik ini hanya akan tertumpu kepada tiga rantau terpenting di Asia

iaitu China, India dan Asia Tenggara. Secara tradisinya, penduduk-pendudukAsia lebih padat di kawasan-kawasan pertanian yang subur seperti di kawasanpersisiran pantai dan di pulau-pulau yang dihasilkan oleh letusan gunung

 berapi. Ini adalah kerana pertanian adalah sumber utama makanan mereka.

TTooppiik k  1100 

X TamadunAsia

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan kepelbagaian tamadun Asia;

2. Menyatakan tamadun besar Asia (China);

3. Merumuskan tamadun Asia Selatan (India); dan

4. Membincangkan Nilai-nilai Sepunya Tamadun Asia danglobalisasi.

Page 2: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 2/27

TOPIK 10 TAMADUN ASIA W  149

KEPELBAGAIAN DALAM TAMADUN ASIA

Oleh sebab Asia sebuah kawasan yang sangat luas, kelihatan seperti

perkembangan tamadun masyarakat-masyarakat yang berjauhan di sinimempunyai banyak perbezaan. Walaupun begitu, mengikut sejarah, kesemuatamadun di Asia sebenarnya saling kait mengait antara satu sama lain.Walaupun teks-teks sejarah sering membincangkan tamadun-tamadun ini secara

 berasingan, mengkaji mereka secara asing tidak akan memberikan kita gambaranlengkap tentang kehidupan dan perkembangan tamadun- tamadun ini. Topikini akan membincangkan tiga tamadun besar di kawasan Asia secara berasingan.Namun, perlu diingatkan bahawa ketiga-tiga tamadun ini saling berkaitan antaramereka.

TAMADUN BESAR ASIA: CHINA

Menurut Babul (2010), tamadun pertama China ialah tamadun Xia (di antaraabad ke-21 dan ke-16 Sebelum Masihi). Berdasarkan penemuan arkeologi, kitatahu yang tamadun ini berasaskan pertanian, memburu dan penternakan. Duaperkembangan penting dari tamadun Xia adalah tulisan dan pembuatan alat-alatdaripada tembaga. Berdasarkan artifak tembaga, kita tahu yang ketika itutercipta tahap ketamadunan yang tinggi di China.

Takwim China bermula pada abad ke-14 sebelum Masihi tetapi ia ditetapkan

oleh Maharaja Huangdi pada tahun 2637 sebelum masihi berdasarkan penelitianpengiraan kedudukan matahari dan bulan. Ahli astronomi China mulamemerhatikan pergerakan angkasa seawal empat puluh abad lalu. Mereka jugamerekodnya seawal 896 dan 687 sebelum Masihi. Malah pemerintah-pemerintahChina kuno memberi keutamaan kepada penelitian angkasa dan ahli-ahliastronomi sering diminta meneliti angkasa untuk menilik perkara-perkara yangmungkin akan berlaku. Pemerintah-pemerintah ini memandang serius ilmuastronomi dan ilmu tilik sehinggakan pada tahun 2300 SM dua ahli astronomidihukum bunuh kerana gagal menilik dengan tepat. Orang-orang China jugaantara manusia pertama membuat peta bintang-bintang, iaitu melalui Shi Shen,

ahli astronomi abad ke-4 SM yang melakarkan peta sebanyak lapan volum.Manakala di Barat, Hiparchus, ahli astronomi Yunani hanya berjaya membuatpeta bintang-bintang dua abad kemudiannya.

Astronomi dan matematik juga tidak dapat dipisahkan dalam tamadun China.Mereka menguasai sistem desimal terawal, iaitu Zhoubi Suanjing (karyamatematik) ditulis pada 1030-1022 SM dan Haidao Suanjing (pengiraan maritim,karya Liu Hui) ditulis pada tahun 220 SM. Manakala Su Song telah mencipta jamastronomi sembilan ratus tahun dahulu.

10.2

10.1

Page 3: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 3/27

  X TOPIK 10 TAMADUN ASIA150

Kepesatan perkembangan selepas tahun 700 sebelum masihi menyaksikan berbagai kumpulan cendekiawan bertanding antara satu sama lain dan timbul beberapa pemikir yang masih popular hari ini, contohnya Lao Zu, Sun Tzu dan

Sun Wu. Lao Tzu menulis buku Dao De Jing (The Book of Virtue ) yangmembincangkan pelbagai bentuk perubahan dan ia merupakan salah satu karyayang paling berpengaruh dalam falsafah China. Kun Fu Tze (551-479SM)membuka sekolah dan mengajar lebih daripada 3,000 pelajar. Pengaruhpemikiran beliau masih lagi dirasai di China dan seluruh Asia.

Sun Tzu pula seorang ahli strategi yang membantu Ge Lu, Raja Wu. Buku karya beliau tersebar hingga ke Barat seawal Dinasti Tang (618-907) dan kini dialih bahasa ke dalam pelbagai bahasa. Wang Chong (25-220) pemikir Dinasti HanTimur (25-220) pula membincangkan pemikiran materialis. Dinasti Ming

menyaksikan lahirnya pemikir bercirikan demokrasi seperti Li Zhi (1527-1602)yang bercanggah dengan pemikiran Kung Fu Tze dan menyanggah pemikiranfeudal serta mencadangkan keadilan antara lelaki dan wanita. Namunfahamannya tidak diterima ramai dan akhirnya Li Zhi telah dihukum bunuh.

Peperangan antara negeri-negeri di China (475-221 SM) menyaksikan (NegeriChu) dan Shi Shen (Negeri Wei) yang berkarya bersama menghasilkan carta

 bintang pertama dunia. Secara amnya, tamadun China telah berjaya merekodcakerawala dengan teliti dan menggunakan pengetahuan itu dalam pelbagai

 bidang yang lain juga. Malah ada antara hasil karya mereka masih lagi menjadiinspirasi kajian hingga ke hari ini.

Zaman antara abad ke-3 dan ke-6, merupakan masa paling penting dalamperkembangan budaya dan sains di China. Pada masa ini, timbulnya Zu ChongZhi (420-589) pemikir bidang matematik, astronomi dan pembinaan jentera.Beliau adalah orang pertama yang berjaya mengira nilai Pi « hingga ke angkaketujuh iaitu di antara 3.1415926 dan 3.1415927. Yi Xing (683-727), mengetuaiprojek untuk mengenal pasti dan menamakan bintang yang membawa kepadapenetapan jarak di antara garisan meridian iaitu 351.27 dalam pengiraan Tangatau 123.7 km, pengiraan jarak meridian pertama di dunia.

Perbincangan pertama tentang kompas dan mesin cetak berdasarkan jenismudah alih didapati dalam penulisan Shen Kuo, iaitu ahli sains dari DinastiSong Utara. Manakala Su Song, juga ahli sains Dinasti Song Utara menghasilkaninstrumen astronomi yang menggunakan kuasa hidrolik iaitu air, pada abad ke-12. Guo Shoujing (1231-1316), ahli sains Dinasti Yuan, mencipta jam mataharipertama setinggi 13.33 meter. Ini menjadikannya jauh lebih tepat daripada jamyang sebelumnya. Hasil kiraan beliau, takwim China telah diolah semula.Penemuan ini adalah 300 tahun lebih awal dari penetapan Takwim China olehXing Yun Lu, ahli astronomi Dinasti Ming yang melakukannya berdasarkan jam

Page 4: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 4/27

TOPIK 10 TAMADUN ASIA W  151

matahari setinggi 20 meter. Perbeza kiraanya dan kiraan moden hanya 26 saat.Guo Shoujing menambah baik 13 jenis instrumen astronomi; antaranyatorquetum  yang beliau hasilkan 300 tahun lebih awal dari ahli astronomi

Denmark. Papan abakus dihasilkan semasa Dinasti Song (960-1279) dan ia masihdigunakan sehingga ke hari ini.

Pengenalan ilmu sains dan ekonomi dari Barat semasa Dinasti Qing (1644-1911)membawa kepada pemesatan perkembangan ilmu di China. Ketika itu,timbullah pemikir-pemikir seperti Ming Antu, ahli matematik Mongolia; MeiWending, ahli matematik yang mengkaji perbezaan matematik China dan Barat;dan Wang Xichan, ahli astronomi kaedah Xiao An yang berdasarkan kajianperbezaan astronomi China dan Barat. China juga adalah negara pertama yangmengaplikasikan pengetahuan astronomi kepada dunia pelayaran dengan

tertulisnya buku pelayaran semasa Dinasti Han. Paling terkenal di Malaysia ialahNakhoda Zheng He atau Cheng Ho yang berlayar hampir ke seluruh duniadengan menggunakan kompas, iaitu penentuan posisi berdasarkan pemerhatiandan juga carta astronomi.

10.2.1 Ciptaan - ciptaan Terpenting Tamadun China

Amnya, terdapat empat bidang utama dalam ciptaan terpenting tamadun China,iaitu bidang penulisan, pertahanan, pelayaran dan perubatan.

(a) Bidang Penulisan

Ciptaan pertama yang penting dari tamadun China dicipta semasa DinastiHan Barat (202 SM - 16 Masihi). Ketika itu, Cai Kum (25-220) menggunakankulit kayu, cebisan tali, kain buruk dan cebisan jala untuk menghasilkankertas. Tulisan yang dibuat di atas kertas era ini masih boleh dibaca hinggake hari ini. Mesin blok cetak juga telah dicipta pada zaman Dinasti Tang.Namun, ia bukanlah ciptaan kedua di China. Bi Sheng dari Dinasti SongUtara mencipta mesin cetak yang menggunakan jenis yang boleh diubahpada tahun 1040 iaitu 400 tahun jauh lebih awal dari mesin ciptaanGutenberg di Barat.

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, nyatakan maksudkepelbagaian tamadun Asia.

2. Dengan ringkas, nyatakan ciri-ciri tamadun besar Asia (China).

Page 5: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 5/27

  X TOPIK 10 TAMADUN ASIA152

(b) Bidang PertahananCiptaan kedua, adalah berdasarkan tulisan He Hong (abad ke-3), semasaDinasti Tang (618-907 Masihi) apabila belerang atau serbuk peledak mula

digunakan sebagai senjata dan pada tahun 1126, Li Gang menggunakan‰meriam api‰ untuk mempertahankan bandarnya daripada puak Nuzhen.Belerang pesat digunakan semasa Dinasti Song (960-1126), jauh lebih awaldari kegunaannya di Eropah. Malah, meriam pertama di Eropah padatahun 1128 secara langsung menunjukkan ciri ianya hasil peniruan dariChina. Meriam telah mula digunakan dengan pesatnya di China di antara1280 dan 1380.

(c) Bidang Pelayaran Menurut rekod, kompas mula digunakan pada zaman Dinasti Han di

China. Kompas pada masa itu mempunyai 24 arah dan dipanggil Sinan .Kompas pada masa itu dianggap menunjuk ke arah Selatan dan digunakansehingga abad ke-8 Masihi. Semasa Dinasti Song, Shen Kuo menggunakankompas terapung yang membolehkan penggunaannya oleh nakhoda-nakhoda kapal. Ini membolehkan pelayar China menjelajah jauh ke negara-negara Arab dan Eropah.

(d) Bidang Perubatan Orang-orang China juga menyerlah dalam bidang perubatan. Rekodmenunjukkan rawatan demam berjangkit seawal 2000 SM lagi. Begitu jugauntuk penyakit arthralgia dan penyakit kulit eczema, lichen dan alopecia .Mereka juga mempunyai rekod menggunakan bahan-bahan daripada

 binatang, tumbuh-tumbuhan dan galin untuk tujuan perubatan seawalabad ke-2 SM semasa Dinasti Han (202SM - 220M) yang menjadi asaskepada perubatan China sehingga ke hari ini.

Zhang Zhongjing pakar perubatan Dinasti Han Timur menulis bukuperubatan yang masih menjadi bahan rujukan hingga ke hari ini. Hua Tuo,ahli sains perubatan Dinasti Han Timur pula, telah menulis tentang

 beberapa cabang perubatan termasuk pembedahan. Beliaumemperkenalkan penggunaan ubat bius keseluruhan badan sebelumpembedahan, supaya pesakit-pesakit tidak merasa sakit ketika dibedah. Dia

 juga telah menggunakan ‰pergerakan dan pernafasan‰ sebagai teknikperubatan.

Sistem perubatan akupunktur (acupuncture ) yang popular kini diciptaseawal pemerintahan Tiang Sheng (1023-32) dari Dinasti Song. Ge Hong(Dinasti Jin Timur 317-420) memperkenalkan kajian kimia. Beliau jugaorang pertama merekod dan mengkaji demam cacar (small chicken pox )

Page 6: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 6/27

TOPIK 10 TAMADUN ASIA W  153

serta rawatannnya. Manakala di Barat, rawatan ini hanya diketahui padaawal abad ke-19.

Buku rujukan perubatan yang dihasilkan ketika Dinasti Tang (618-907)merupakan buku rujukan farmasi pertama di dunia. Ia mengandungi 56volum dan merekod penggunaan 850 jenis dadah atau ubat. Hasil-hasilperubatan China dikumpul oleh Li Shizhen (1518-93) ketika Zaman DinastiMing yang merujuk kepada 800 buku perubatan, yang merekod 1,892 jenisubat serta 10,000 preskripsi. Ia menjadi buku rujukan perubatan duniapertama dan diterjemah ke dalam enam bahasa semenjak diterbitkan dalamtahun 1596. (China.org.cn., 2001).

10.2.2 Kronologi Kerajaan-kerajaan China

Menurut Halsall (1999), sistem pengiraan tahun yang China lama adalah berdasarkan tahun pemerintahan sesuatu raja yang menjadikan sistem ini sukaruntuk disamakan dengan pengiraan biasa. "Before the Common Era" atau BCEdan "Common Era " atau CE juga digunakan dalam kronologi ini kerana China

 bukan sebuah negara Kristian atau mengalami banyak interaksi dengan negara-negara Kristian. Dalam bahasa Melayu, BCE boleh diterjemahkan sebagaiSebelum Masihi atau SM.

 Jadual 10.1 menyenaraikan kronologi-kronologi Pra-Empayar China.

SEMAK KENDIRI 10.2

Subtopik ini menjelaskan empat bidang utama ciptaan terpentingtamadun China. Dengan ringkas, nyatakan dua daripada bidang-

 bidang tersebut.

Page 7: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 7/27

  X TOPIK 10 TAMADUN ASIA154

Jadual 10.1: Kronologi Pra-Empayar China

Bilangan Kronologi Pra-Empayar China

1 Maharaja Yao (legenda) Millennium ke-3 SM2 Maharaja Shun (legenda) Millennium ke-3 SM

3 Dinasti Xia [Hsia ] 2183-1752 SM

4 Dinasti Shang 1751-1112 SM

5 Dinasti Zhou [Chou ] 1027-249 SM

6 (Barat) Zhou [Chou ] 1066-771 SM 

7 (Timur) Zhou [Chou ] 771-221 SM 

8 Spring and Autumn 722-481 SM 9 Negeri-negeri berperang 480-222 SM

 Jadual 10.2 menyenaraikan kronologi Empayar Awal China.

Jadual 10.2: Kronologi Empayar Awal China

Tempoh Pusat Empayar

Dinasti Qin [Ch'in ] (255-) 221

SM ~ 206 SM 

Berpusat di Changan Ch'ang-an [mod Xian Sian]

Dinasti Han 206 SM ~ 220 M  x Berpusat di Changan Ch'ang-an [mod Xian Sian],

Luoyang Loyang

x (Barat) (Pertama) Han 206 BCE-23 CE 

x  Jin [Hsin] 9-23 CE (Timur) (Kedua) Han 25-220

Era Tiga Kerajaan x Wei 220-265 

x Shu Han 221-263 

x Wu 222-280

Dinasti Jin [Chin ] 265 ~ 420 x (Barat) Jin [Chin] 265-316 

x (Timur) Jin [Chin] 317-420 

x Sixteen Kingdoms 304 ~ 420

Dinasti Selatan dan Utara 420~ 589

(a) Selatan

x Liu Song [Sung ] 420-479;

x Qi Selatan [Ch'i ] 479-502;

x Liang 502-557; dan

x Qen [Ch'enI ] 557-589.

Page 8: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 8/27

TOPIK 10 TAMADUN ASIA W  155

(b) Utara

x Wei Utara 386-535;

x (Timur) Wei 534-550;

x (Barat) Wei 535-556;

x (Utara) Qi [Ch'i ] 550-577; dan

x (Utara) Zhou [Chou ] 557-581.

 Jadual 10.3 menyenaraikan kronologi Empayar Pertengahan China.

Jadual 10.3: Kronologi Empayar Pertengahan China

Tempoh Pusat Empayar

Dinasti Sui 581 ~ 618 Tiada pusat empayar.Dinasti Tang [T'ang ] 618 ~ 907  Berpusat di Changan (Ch'ang-an) [mod Xian Sian]

Lima Dinasti 907 ~ 979 x Liang 907-923; 

x Tang [T'ang ] 923-936;

x  Jin [Chin ] 936-47;

x Han 947-950; dan

x Zhou [Chou ] 951-960.

 Jadual 10.4 menyenaraikan kronologi Empayar Mutakhir China.

Jadual 10.4: Kronologi Empayar Mutakhir China

Tempoh Pusat Empayar

Liao (907-) 947-1125 Tiada pusat empayar.

Dinasti Song [Sung] 960 ~ 1279 (a) Song Utara [Sung] 960-1127

x Berpusat di Kaifeng

(b) Song Selatan [Sung] 1127-1279

x Berpusat di Hangzhou (Hangchow)

(c) Dinasti (Barat) Xia [Hsi-hsia] (990)-1032-1227

(d) Dinasti Jin [Chin] 1115-1234

Dinasti Yüan [Mongol] 1279 ~1368

Berpusat di Beijing atau Peking

Dinasti Ming 1368 ~ 1644 Berpusat di Nanjing (Nanking), Beijing (Peking)

Dinasti Qing [Ching] [Manchu]1644 ~ 1911

Berpusat di Beijing (Peking)

Page 9: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 9/27

  X TOPIK 10 TAMADUN ASIA156

 Jadual 10.5 menyenaraikan kronologi Selepas Empayar China.

Jadual 10.5: Kronologi Selepas Empayar China

Tempoh Pusat Empayar

Dinasti Sui 581 ~ 618 Tiada pusat empayar.

Dinasti Tang [T'ang] 618 ~ 907  Berpusat di Changan (Ch'ang-an) [mod Xian Sian]

Lima Dinasti 907 ~ 979 x Liang 907-923;

x Tang [T'ang] 923-936;

x  Jin [Chin] 936-47;

x Han 947-950; dan

x Zhou [Chou] 951-960.

 Jadual 10.6 menyenaraikan kronologi China Republik 1912 di Taiwan danRepublik Rakyat China (People's Republic of China ) 1949 di Tanah Besar China.

Jadual 10.6: Kronologi Republik China di Tawan (1912) dan Republik Rakyat China(People's Republic of China ) di Tanah Besar China (1949)

Tempoh Pusat Empayar

Kronologi China Republik di Taiwan(1912)

Berpusat di Nanjing (Nanking)

Republik Rakyat China (People's Republic of China ) di Tanah Besar China(1949)

Berpusat di Beijing (Peking)

TAMADUN ASIA SELATAN: INDIA

Ketamadunan India paling awal boleh dilihat pada peninggalan di Mohenjodarodan Harappa (yang sekarang berada di dalam Pakistan) di mana bandar-bandarini wujud sejak 5000 tahun dahulu. Semenjak dari itu, tamadun India

 berkembang dan peninggalan struktur arkitek dan kejuruteraannya boleh dilihatpada seluruh benua India dan kawasan-kawasan sekelilingnya hinggalah kekawasan yang mengalamai pengaruh tamadun India seperti di Tanah Jawa(contohnya, candi Borobudur) dan Semenanjung Tanah Melayu (contohnya,Lembah Bujang). Dalam bahasa Sanskrit, kejuruteraan sivil dinamakansthapatya-kala yang bermaksud seni bina.

India merdeka pada tahun 1947 dengan menggabungkan pelbagai penduduk,agama, bahasa dan budaya yang amat luas. Bancian pada tahun 1971,

10.3

Page 10: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 10/27

TOPIK 10 TAMADUN ASIA W  157

menunjukkan India mempunyai 33 bahasa yang mempunyai lebih daripada satu juta penutur. Isu bahasa penting di India dan ia tidak mempunyai bahasakebangsaan yang diterima di keseluruhan India. Bahasa Hindi di utara dan

Tamil di selatan diterima pakai sebagai bahasa urusan rasmi. Bahasa Inggerisyang pernah dianggap peninggalan penjajah merupakan bahasa yang paling luaspenerimaannya buat masa ini. Hingga kini masih ada yang menganggap bahasaHindi dan bahasa India lain tidak sesuai untuk digunakan dalam menyampaikanidea sains dan teknologi.

Pada zaman kuno India, bahasa Sanskrit digunakan sebagai bahasa utama untukmenangani kepelbagaian bahasa di sub-benua itu. Veda Veda  (buku agamaHindu) ditulis dalam bahasa Sanskrit mungkin di antara 2000 dan 400 SM. Disamping itu, terdapat juga peninggalan penulisan dari masa Buddha (563-483

SM), karya-karya Nagarjuna (150-250 M) dan Mahavira (599-527 SM) yangmenggunakan bahasa Sanskrit.

10.3.1 Perdagangan dan Pengaruh Tamadun India

Pengaruh India kuno meluas kerana ia adalah pusat budaya dan perdagangan diAsia. Pengaruh ini dapat dilihat pada penggunaan bahasa Sanskrit oleh kerajaanAngkor adan golongan elit di Prambanam (Jawa Tengah dan Annam diVietnam). Kesan-kesan penggunaan Sanskrit juga dapat dilihat di Sri Lanka,Thailand, Indonesia dan Malaysia. Sehingga hari ini, pelbagai versi lagenda

Ramayana dan Mahabarata ditemui di serata Asia.

Rekod perniagaan awal menunjukkan perdagangan India meluas hingga Chinamelalui jalan darat dan jalan laut melalui Asia Tenggara terutama sekali semasaDinasti Tang (618-907). Penyebaran Buddhisme juga melalui laluan daganganke China dan pada abad ke-2, 142 rahib yang diketuai An Shigao memulakanpenterjemahan teks Buddhisme dari Sanskrit ke dalam bahasa Mandarin. Walau

 bagaimanapun, penyebaran meluas Buddhisme di China hanya bermula padaabad ke-4. Dinasti Tang menyaksikan jumlah kehadiran orang India yang ramaidi bandar-bandar China. Mereka terdiri daripada penyebar agama Buddha dan

peniaga seperti Bodhiruchi (508-537).

Pada masa yang sama, pengaruh humanisme  dan falsafah politik Barat terusmenular dalam kalangan orang India yang berpendidikan British. Antaranya,Mohandas Karamchand Gandhi. Beliau kemudiannya menjadi pejuangkemerdekaan India yang terulung. Perkembangan komunikasi pada masa itumembolehkan orang India disatukan mereka sebagai satu bangsa.

Page 11: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 11/27

  X TOPIK 10 TAMADUN ASIA158

10.3.2 Sumbangan Tamadun India Kepada DuniaModen

Sains dan teknologi yang berasal dari India kuno merangkumi pelbagai cabangtermasuk kejuruteraan, struktur binaan (architecture ), penulisan (kesusasteraan),matematik, astronomi, fizik, kimia, perubatan, perdagangan dan pelayaran.

(a) Bidang Kejuruteraan, Struktur Binaan dan Penulisan Pembinaan di kota-kota kuno Harappa dan Mohenjodaro menunjukkankejuruteraan dan struktur arkitek yang kompleks, seperti juga pelbagaimonumen di serata India. Manakala penulisan bahasa Sanskrit danpenggunaan tulisan Pali berpengaruh hingga hampir keseluruh Asia

termasuk di semenanjung Tanah Melayu.

(b) Bidang MatematikPenulisan Veda India menggunakan konsep angka Kosong (0) yang merekanamakan Sunya (kekosongan/rongga) jauh lebih awal dari penggunaannyadi Barat. Begitu juga dengan teknik algebra, algoritma, punca ganda duadan punca ganda tiga. Kalkulus juga digunakan di India 300 tahun sebelumLeibnitz dan Newton.

Matematik moden pula dikatakan berasal dari tulisan Veda seawal 4000 SM

di India. Antaranya, penulisan matematik yang masih meninggalkan kesansehingga kini adalah Panch Siddhanatika yang bermaksud Lima Prinsip,yang ditulis pada abad ke-5M. Dalam penulisan Aryabhattiya, Aryabhattaseorang ahli matematik India abad ke-5M menceritakan perihal algebrayang beliau panggil Bijaganitam. Para ahli matematik kemudiannya sepertiAlăKhwarizmi telah mengambil konsep-konsep yang berasal dari tamadunIndia dan memperelokkannya sehingga ia berbentuk yang boleh kitafahami pada hari ini. Malah, tulisan Al-Khawarizmi merujuk kepada karyaHindsa  yang bermaksud Hindi atau India. Kemajuan tamadun ini bolehdilihat pada karya-karya seperti tulisan Jyestadeva yang menulis tentang

SEMAK KENDIRI 10.3

1. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, huraikan sejarahtamadun India.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan perdagangan dan pengaruhtamadun India? Bincangkan.

Page 12: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 12/27

TOPIK 10 TAMADUN ASIA W  159

kalkulus yang hanya diulang kaji semula oleh ahli matematik Barat padaabad ke-17M.

(c) Bidang AstronomiPengetahuan astronomi terawal di India boleh ditemui di dalam Rig Veda(2000 SM) dan kajian astronomi menjadi sebahagian daripada sebarangkajian ke atas tamadun India. Antara pencapaian awal astronomi Indiatermasuklah, pengiraan berlakunya gerhana, penentuan ukur lilit bumi,teori awal graviti, mengenal pasti matahari sebagai sebuah bintang danpenentuan jumlah planet dalam sistem solar. Namun demikian, sebahagian

 besar penemuan astronomi India dikait rapat dengan hal-hal keugamaandan ramalan menjadikannya lebih ke arah astrologi.

(d) Bidang FizikDalam bidang fizik, ahli-ahli falsafah India kuno membahagikan semukejadian kepada lima elemen asas iaitu bumi ( prithvi ), api (agni ), udara(vayu ), ait ( jaal ) dan angkasa atau ruang (aksha ). Lima elemen ini jugadikaitkan dengan deria manusia iaitu bumi dengan bau, udara denganperasaan, api dengan penglihatan, air dengan rasa dan ruang/angkasadengan bunyi. Klasifikasi ini telah wujud di India sejak 3000 tahunSebelum Masihi. Ahli falsafah beragama Buddha kemudiannyamengkaitkan ruang/angkasa dengan kehidupan, kebahagiaan dankemurungan. Ahli-ahli falsafah India kuno ini juga percaya sebenarnyasemua elemen ini, kecuali ruang/angkasa, terdiri daripada bahan yangamat kecil. Bahan atau zarah terkecil dan tidak boleh dibahagikan lagikepada benda yang lebih kecil dipanggil paramanu . Perkataan Sanskrit initerdiri daripada dua perkataan yang membawa makna Êlebih kecil darianuÊ, dan anu itu bermaksud atom. Ini membayangkan yang ahli falsafahIndia kuno telah menyedari akan konsep tenaga nuklear. Mereka juga telahada konsep yang hampir dengan konsep relativiti yang diperkenal olehAlbert Einstein dalam abad ke-21, yang dinamakan sapekshavad . Ahlisejarah Yunani menceritakan teknik peleburan pelbagai jenis logam diIndia seawal abad ke-4 SM.

(e) Bidang Kimia Dalam bidang kajian kimia, dipercayai pengetahuan asas bidang peleburanlogam dibawa ke India kuno dari Mesopotamia seawal abad ke-8 SMhingga abad ke-17 Masihi. Orang Hindu lama percaya yang tuhan tarianmereka, Nataraja, dibuat daripada lima jenis logam, iaitu Pancha Datu .Menurut Herodotus, tentera Yunani pada abad ke-5 SM, menggunakanmata panah logam yang dibuat daripada besi India. Di India sendiri, diQutub Minar sebuah monumen di Delhi, terdapat sebuah tiang logam yangdibuat pada Zaman Gupta. Tiang itu telah berdiri lebih 1500 tahun tanpa

Page 13: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 13/27

  X TOPIK 10 TAMADUN ASIA160

terhakis. Teknologi kalis hakis ini hanya kita perolehi beberapa dekad lalu.Teknologi kimia India kuno juga menunjukkan keutuhan yangmenakjubkan, contohnya lukisan di Ajanta dan Ellora masih kelihatan

 berseri 1000 selepas ia dilukis.

(f) Bidang PerubatanPerubatan Ayurveda yang berasal dari India, dalam bahasa Sanskrit 'ayur'

 bermakna umur atau kehidupan dan 'veda' bermakna ilmu. Sistemperubatan ini menggunakan ubat-ubat daripada herba. Buku perubatankarya Charaka-Samahita yang ditulis 2000 tahun dahulu telah diterjemahke dalam bahasa Arab, Latin dan beberapa bahasa lain. Pakar pembedahanutama India kuno, Shushruta hidup pada tahun 800 SM dan beliau menulisShushruta-Samahita yang menceritakan tujuh cabang pembedahan dan

 juga teknik-teknik rhinoplasty  (pembedahan plastik) dan opthalmology  (pembedahan mata). Teknik riadah juga telah wujud sejak beribu tahun.Buku yang mengumpul teknik-teknik ini dinamakan Yogasutra karyaPatanjali (200SM). Kompendium (himpunan) perubatan pertama di Indiaditemui pada tahun 800 SM.

(g) Bidang Perdagangan dan PelayaranDari segi perdagangan, teknologi pemprosesan makanan dan bahan-bahanwujud di India sejak zaman kuno untuk membolehkan mereka memproses

 bahan mentah menjadi bahan yang boleh mereka dagangkan jauh kenegara-negara lain. Perkara ini dapat kita lihat dalam buku-buku penulisanpara pengembara dan penulis sejarah seperti Megashanes, Ptolemy, Faxian,Xuanzang, Marco Polo, Al-Baruni dan Ibn Batutta.

Malah, faktor kedudukan dan perdagangan ini disokong oleh lukisan-lukisan kuno yang ditemui di Mohenjodaro dan Ajanta (beribu tahunkemudian) yang menunjukkan aktiviti pelabuhan kapal laut. Teks-teksSanskrit dan Pali banyak menceritakan tentang pelayaran dan bukti artifakmenunjukkan penempatan pinggir laut di pesisir Teluk Bengal, Kemboja,

 Jawa, Sumatra, Borneo dan China di Timur serta benua Arab, Mesir dannegara-negara Parsi di Barat mempunyai talian perdagangan dengan benuaIndia sejak beribu tahun dahulu. Rekod juga menunjukkan merekamenggunakan kompas dan sextant seawal 500 Masihi.

 Jadual 10.7 menyatakan kronologi ringkas tamadun India Kuno.

Page 14: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 14/27

TOPIK 10 TAMADUN ASIA W  161

Jadual 10.7: Tamadun India Kuno

Tempoh Kronologi Tamadun India Kuno

3000 SM Tamadun bermula di Lembah Indus.2500 SM Kota Harappa dan Mohenjo-Daro di Lembah Indus.

2000 SM Kejatuhan tamadun Lembah Indus.

1600 SM India diceroboh puak Aryan dari Barat dan mengusir puakDravidian ke Selatan.

1100 SM Penemuan besi. Puak Indo-Aryan mula menggunakan peralatan besi.

1000 SM Rig-Veda ditulis.

750 SM Indo-Aryans memerintah 16 mahajanapadas (negeri) di India utara,dari Indus ke Ganga.

700 SM Permulaan sistem kasta.

600 SM Upanishad ditulis dalam bahasa Sanskrit.

543 SM Bimbisara dari Bihar menakluki jajahan Magadha di Timur Utara.

527 SM Putera Siddhartha Gautama menjadi Buddha.

500 SM Putera Mahavira menubuh ajaran Jainisme di Utara India.

493 SM Kematian Bimbisaranti diganti oleh Ajatashatru.

461 SM Ajatashatru membesarkan jajahan ke wilayah Magadha danmeninggal dunia tidak lama kemudian.

327 SM Alexander the Great  dari Macedonia menakluki Lembah Indus dantelah berperang dengan Porus.

304 SM Raja Magadha, Chandragupta Maurya membeli Lembah Indus danmembina dinasti Maurya yang berpusat di Pataliputra.

300 SM Ramayana ditulis.

300 SM Dinasti Chola di Selatan India berpusat di Thanjavur.

290 SM Anak Chandragupta, Bindusara, membesarkan jajahan ke Dakka.

259 SM Maharaja Maurya, Ashoka memeluk agama Buddha danmengembangkan agama itu di jajahannya.

220 SM Dinasti Maurya Dinasti berkembang hampir ke seluruh India.

200 SM Mahabarata ditulis.

200 SM Andhras menakluki pantai Timur India.

184 SM Dinasti Maurya berakhir dan bermulanya Dinasti Sunga.

Page 15: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 15/27

  X TOPIK 10 TAMADUN ASIA162

150 SM Patanjali menulis ÂYoga SutrasÊ.

100 SM Bhagavata Gita ditulis.

78 SM Berakhirnya Dinasti Sunga.50 Masihi Thomas, pengikut Nabi Isa a.s melawat India.

50 Masihi Stupa Buddha pertama dibina di Sanchi.

200 Masihi Kod Manu menetapkan undang-undang harian yang membahagikanmasyarakat kepada empat kasta utama (Brahmin, Kesatria, Waisiya(peladang dan peniaga) dan Bukan-Aryan).

300 Masihi Dinasti Pallava di Kanchi.

350 Masihi Sangam dan Purana ditulis.

380 Masihi Dua patung besar Buddha diukir di Afghanistan.390 Masihi Chandra Gupta II melebarkan kerajaan Gupta ke Gujerat.

450 Masihi Kumaragupta membina universiti keagamaan di Nalanda.

499 Masihi Ahli matematik Hindu, Aryabhatta menulis "Aryabhattiyam", iaitu buku Algebra pertama.

500 Masihi Ajaran Bhakti di Tamil Nadu.

528 Masihi Kejatuhan Empayar Gupta.

550 Masihi Kerajaan Chalukyan di India Tengah berpusat di Badami.

600 Masihi Dinasti Pallava memerintah India Selatan dari Kanchi.

606 Masihi Harsha Vardhana, membina kerajaan di Thanesar di utara India danNepal berpusat di Kannauj di Punjab.

625 Masihi Pulikesin melebarkan empayar Chalukyan ke India Tengah.

647 Masihi Raja Harsha Vardhana dikalahkan tentera Chalukya di Malwa.

650 Masihi Pallava dari Kanchipuram dikalahkan oleh tentera Chalukya.

670 Masihi Kerajaan Pallava di Mamallapuram.

750 Masihi Gurjara-Pratiharas memerintah di India utara dan Palas memerintahdi timur India.

753 Masihi Rashtrakutas, satu Dinasti Chalukya merebak dari Dakka selatan danpertengahan India.

775 Masihi Chalukya dikalahkan Rashtrakuta dan pusat kerajaan berubah keKalyani.

800 Masihi Kerajaan kerajaan Rajput di India Tengah dan Rajastan.

846 Masihi Chola mendapat kemerdekaan dari kerajaan Pallava.

Page 16: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 16/27

TOPIK 10 TAMADUN ASIA W  163

885 Masihi Empayar Pratihara merebak dari Punjab ke Gujerat ke India Tengah.

888 Masihi Berakhirnya Dinasti Pallava.

985 Masihi Raja Chola menakluk Selatan India dan membina kuil di Thanjavur.997 Masihi Mahmud Al-Ghazni menyerang India Utara.

998 Masihi Mahmud Al-Ghazni menakluki Punjab.

1000 Masihi Rajaraja Chola membina kuil Brihadeshvara di Thanjavur.

1019 Masihi Mahmud Al-Ghazni menyerang India Utara dan menghancurkanKannauj, pusat empayar Gurjara-Pratihara.

1050 Masihi Empayar Chola menakluki Srivijaya, Malaya dan KepulauanMaldives.

1084 Masihi Mahipala mengetuai kerajaan Pala.1190 Masihi Empayar Chalukya berpecah kepada Hoysala, Yadava dan Kakatiya.

 Jadual 10.8 menyatakan kronologi ringkas tamadun India pertengahan.

Jadual 10.8: Tamadun India Pertengahan

Tempoh Kronologi Tamadun India Pertengahan

1192 Masihi Mohammad dari Ghori mengalahkan Prithvi Raj, menakluki Delhidan membina kesultanan Islam di Delhi.

1206 Masihi Putera Qutub-ud-din Aibak menjadi Sultan pertama di Delhi.

1250 Masihi Dinasti Chola berakhir.

1290 Masihi Jalal ud-Din Firuz membina kesultanan Khilji di Delhi.

1325 Masihi Orang Turki menakluki Delhi dan Muhammad bin Tughlaq menjadiSultan.

1343 Masihi Kerajaan selatan membina kota di Vijayanagar (Hampi).

1345 Masihi Kenamaan Muslim memberontak dan mengalahkan Muhammad binTughlaq serta mengisytiharkan kemerdekaan kesultanan Delhi.

Kerajaan Bahmani di Dakka.

1370 Masihi Kerajaan Vijayanagar menakluk Kesultanan Muslim di Madura diTamil Nadu.

1490 Masihi Guru Nanak Dev Ji memulakan agama Sikh di Amritsar.

1497 Masihi Babur, raja Afghan, pemerintah Ferghana dan membina dinastiMughal di India.

1530 Masihi Babur meninggal dunia dan digantikan anaknya, Humayun sebagaimaharaja.

Page 17: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 17/27

  X TOPIK 10 TAMADUN ASIA164

1540 Masihi Humayun dikalahkan Sher Shah dan lari ke Parsi.

1555 Masihi Humayun kembali mengalahkan Sher Shah dan menakluki India.

1556 Masihi Humayun meninggal dunia dan digantikan anaknya Akbar yangmenjadi pemerintah teragung India.

1605 Masihi Akbar meninggal dunia dan digantikan anaknya Jahangir.

1611 Masihi East India Company ditubuh di India oleh British.

1617 Masihi Anak Jahangir, Putera Khurram menerima gelaran Shah Jahan.

1627 Masihi Shivaji membina kerajaan Maratha.

1631 Masihi Shah Jahan menggantikan Jahangir dan membina Taj Mahal.

1658 Masihi Anak Shah Jahan, Aurangzeb merampas kuasa.

1707 Masihi Aurangzeb meninggal dunia, empayar Mughal runtuh.

 Jadual 10.9 menyatakan kronologi ringkas tamadun India Moden.

Jadual 10.9: Tamadun India Moden

Tempoh Kronologi Tamadun India Moden

1751 Masihi British menjadi kuasa kolonial utama di India.

1757 Masihi British mengalahkan Siraj-ud-daulah di Perang Plassey.

1761 Masihi Maratha memerintah sebahagian besar utara India.

1764 Masihi Britain berkembang ke Bengal dan Bihar.

1769 Masihi 10 juta rakyat meninggal dunia kerana kebuluran di Bengal dan East India Company tidak memberi sebarang bantuan.

1773 Masihi Warren Hastings, Gabenor Bengal memonopoli jualan candu.Regulating Act diluluskan Britain.

1793 Masihi Penempatan British yang tetap di Bengal.

1799 Masihi Pihak British mengalahkan Tipu Sultan.

1829 Masihi Undang-undang pengharaman Sati .

1831 Masihi East India Company mengambil alih pemerintahan Mysore.

1848 Masihi Lord Dalhousie menjadi Gabenor-Jeneral di India.

1853 Masihi Kereta api, khidmat pos dan telegraf diperkenalkan di India.

1857 Masihi Perang Kemerdekaan Pertama India yang juga dikenali sebagaiPemberontakan 1857 atau Sepoy Mutiny .

Page 18: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 18/27

TOPIK 10 TAMADUN ASIA W  165

1858 Masihi Mahkota British dengan rasminya mengambil alih pemerintahanIndia.

1877 Masihi Permaisuri England dimahsyurkan sebagai Maharani India.

1885 Masihi Pertemuan pertama Indian National Congress .

1899 Masihi Lord Curzon menjadi Gabenor - Jeneral dan Wizurai di India.

1905 Masihi Pembahagian Bengal.

1906 Masihi Liga Muslim ditubuh.

1912 Masihi Tapak pemerintahan berubah dari Calcutta ke Delhi.

1919 Masihi Pembunuhan beramai-ramai di Jallianwalla Bagh kerana memprotesAkta Rowlatt.

1920 Masihi Non-Cooperation Movement dilancarkan.1922 Masihi Rusuhan Chauri-Chaura kerana Civil Disobedience Movement .

1928 Masihi Simon Commission tiba di India dan diboikot semua parti.

1930 Masihi Satyagraha Garam  dilancarkan menentang cukai garam. KonferensMeja Bulat diadakan.

1931 Masihi Konferens Meja Bulat Kedua dan Perjanjian Irwin-Gandhiditandatangani.

1934 Masihi Civil Disobedience Movement ditamatkan.

1942 Masihi Cripps Mission  ditubuhkan; Pergerakan Quit India  dilancarkan;Tentera Nasional India ditubuh.

3 Jun 1947Masihi

Rancangan Lord Mountbatten membahagi India.

15 Ogos 1947Masihi

Pembahagian India dan kemerdekaan dari pemerintahan British.

Sumber: http://www.iloveindia.com/history/timeline-of-india.html

AKTIVITI 10.11. Subtopik ini menghuraikan tujuh bidang utama tamadun India.

Dengan ringkas, nyatakan tiga daripada bidang-bidang tersebut.

2. Pada pendapat anda, bidang manakah yang paling ketarapengaruhnya sehingga ke harini ini? Bincangkan dengan rakananda dalam myVLE.

Page 19: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 19/27

  X TOPIK 10 TAMADUN ASIA166

NILAI-NILAI SEPUNYA ASIA DANGLOBALISASI

Tamadun Asia dalam konteks sejagat. Hubungan antarabangsa di Asia bukanlahperkara baru yang wujud semenjak kemunculan kuasa-kuasa Barat. Malah,kedatangan dan kolonisasi Barat hanyalah salah satu frasa dalam sejarah Asiayang berlaku selama ribuan tahun. Perkara ini mungkin hanya disedari Baratapabila dua akademik Kanada, Marshall McLuhan (1911-1980) dan Harold Innis(1894-1952), menemui perkaitan antara tamadun Barat dan Timur dalam kajianmereka yang dinamakan globalisasi. Innis mengatakan yang keharmonian masadan ruang (space ) perlu dalam membina dan mengekalkan masyarakat yangsihat. Namun demikian, tamadun Barat menolak keagamaan dan tradisi oraldemi menerima pemikiran rasional dan budaya bertulis. Lantas ia

menghilangkan kestabilan (equilibrium ) dan membawa kepada tamadun Baratmenakluk tamadun lain yang telah memberi asas dalam membina tamadunmereka sendiri.

Mengikut McLuhan (1964:19), penguasaan elektrik dan elektronik meletakkanruang dan masa dalam jangkauan sistem saraf manusia. Ini menjadikan planetini satu perkampungan global di mana semua orang boleh Âambil tahuÊ tentanghal semua orang lain. Maka timbullah terma Global Village  dan proses itudinamakan globalisasi.

Menurut McLuhan (1964:19), globalisasi dunia memerlukan pengetahuan dankepandaian Barat dan Timur, bukannya dominasi pemikiran Barat ke atas mindaTimur. Minda Barat mementingkan hubungan linear dan kaedah kuantitatif,manakala minda Timur pula mementingkan pandangan holistik (keseluruhan)dan kaedah kualitatif. Tim OÊSullivan et al. pula mengatakan globalisasi adalahproses peningkatan hubungan ekonomi dan budaya pada skala dunia. Proses inimenyaksikan pelbagai proses melangkaui batasan politik dan negara.

Di Asia, terutama sekali di China, globalisasi (quanqiuhua ) tidak sama denganpengantarabangsaan ( guojihua ). Pengantarabangsaan adalah perniagaan dengan

negara-negara lain (terutamanya negara yang membangun) demi kebaikannegara (China). Manakala, globalisasi pula merujuk kepada perubahan sejagatdan ia mungkin membawa kepada keburukan daripada kebaikan.

Di Jepun, pengantarabangsaan (kokusaika) boleh dianggap membawa kebaikanatau keburukan bergantung kepada persepsi kita. Namun, globalisasi( gorubarizeshon  atau  gurobaruka ) menimbulkan perasaan ketinggalan di

 belakang. Contohnya, perasaan ketinggalan yang dirasai penduduk Jepunapabila China dianggap sebagai kuasa ekonomi dunia.

10.4

Page 20: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 20/27

TOPIK 10 TAMADUN ASIA W  167

Sejarah awal Jepun menyaksikan peperangan yang berpanjangan dankecenderungan menolak dunia luar. Pada akhir era Muromachi Bakufu, timbultiga pemimpin (Daimyo ) yang akhirnya menyatukan Jepun: Oda Nobunaga

(1534ă1582), Toyotomi Hideyoshi (1536ă1598), and Tokugawa Ieyasu (1542ă1616). Mereka membuka Jepun kepada pengaruh Barat demi kepentinganmereka sendiri. Contohnya, apabila Oda mendapatkan bantuan puak Jesuit (satumazhab Kristian) dan apabila Totomi juga menggalakkan penglibatan puak

 Jesuit dalam perdagangan di Jepun serta menghantar kapal dagangnya keFilipina dan Siam. Malah, Omura Sumitada (juga seorang Daimyo) memelukagama Kristian pada tahun 1570 lalu membuka Nagasaki kepada pengaruhPortugis serta menyerahkannya kepada puak Jesuits.

Ketika itu, dua tempoh pemerintahan utama di Jepun adalah:

(a) Pemerintahan Tokugawa Pemerintahan Tokugawa (1600-1868) mengubah semua ini denganmemulakan polisi pintu tertutup yang kekal sehingga 1868. Langkah inimenyaksikan pengharaman agama Kristian dan kebangkitan semula agamaShinto. Walau bagaimanapun, Jepun tidak terpencil sepenuhnya keranapada masa yang sama terdapat peningkatan kedatangan pedagang dariEropah dan Asia. Ini membawa pertukaran pengaruh masuk dan keluardari Jepun dalam berbagai bentuk daripada bidang perniagaan, industridan budaya.

(b) Pemerintahan Meiji Pemerintahan Meiji (1868-1911) menyaksikan polemik antara keinginanuntuk menerima dan menolak pengaruh luar berterusan. Ketika ini, iamembawa kepada mulanya pembinaan kereta api, telegraf, kapal wap danlain-lain ciptaan Barat hinggalah ke Perang Dunia Pertama.

Setelah menghilang dari pentas dunia buat seketika, kebangkitan Jepun padaakhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 untuk menjadi antara negara-negara besardi dunia terutama sekali dengan sokongan industri komunikasi dan pembikinan.

 Jepun, di zaman ini dikatakan mencari semula identitinya sebagai negara Asiasetelah membuka pintunya dengan luas kepada pengaruh dan inovasi negaraasing.

Di China, globalisasi atau pengantarabangsaan telah bemula ribuan tahundahulu apabila Kerajaan Pertengahan (Zhongguo) mula berdagang dengannegara-negara lain di Asia dan Barat selama beratus ratus tahun. Bezanya,penjelajahan Zhongguo (contohnya pelayaran Zheng He) adalah untuk tujuandiplomatik, berdagang dan mencari ilmu bukannya untuk penaklukan.Penerokaan ini berterusan selama pemerintahan kerajaan Ming hinggalah ia

Page 21: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 21/27

  X TOPIK 10 TAMADUN ASIA168

diberhentikan pada tahun 1433 dan kemudiannya pergolakkan politikmenyebabkan rekod pelayaran itu di musnahkan pada 1479. Menurut rekodyang tinggal dan spekulasi pengkaji sejarah, Zheng He pernah sampai ke

Amerika Utara menaiki kapal sepanjang 500 kaki.

Dapat kita ringkaskan bahawa, bangsa-bangsa di Asia mempunyai pengalamandan sejarah yang berbeza walaupun terdapat kaitan antara negara-negaratersebut sejak beribu-ribu tahun dahulu.

10.4.1 Nilai Sepunya Asia

Bahagian ini akan memperkenalkan isu Nilai Sepunya Asia (Asian Common Values ) dengan lebih lanjut. Nilai-nilai Sepunya Asia diwujudkan dari

kepelbagaian budaya di Asia. Nilai-nilai yang dimaksudkan adalah:

(a) Kesetiaan kepada keluarga, syarikat dan negara;

(b) Pengorbanan untuk kestabilan dan kemajuan masyarakat; dan

(c) Mengejar kecemerlangan akademik dan teknologikal, etika kerja danpenjimatan.

Pengkritik Nilai Sepunya Asia mengatakan bahawa penyokong konsep NilaiSepunya datang daripada kalangan kerajaan autoritatif. Mereka mengatakanyang kerajaan-kerajaan autoritatif ini menggunakan konsep Nilai Sepunya untukmenjustifikasikan yang mereka lebih sesuai untuk Asia dari segi bentuk kerajaandan institusi Barat yang kononnya lebih liberal. Nilai Sepunya mula disuarakandi Deklarasi Bangkok 1993 yang menekankan prinsip-prinsip kedaulatan,keazaman dan tanpa sebarang gangguan atau halangan.

Berikut adalah antara senarai nilai Sepunya Asia:

(a) Kecenderungan ke arah kerajaan satu-parti dan bukan pemerintahan danpolitik pluralisme.

(b) Kecenderungan ke arah keharmonian sosial (dikaitkan dengan berbaik-baik

yang merangkumi fenomena nepotisme dan kronisme) dan persetujuan bersama bukannya konflik dan pertentangan pendapat.

(c) Mementingkan keselesaan sosio-ekonomi melangkaui kebebasan sosial danhak asasi manusia. Ini secara tidak langsung mengatakan yang budayaAsia tidak cenderung kepada kebebasan sosial dan hak asasi manusia.

(d) Keutamaan kepada kebajikan dan kesejahteraan kolektif masyarakatdaripada hak individu.

Page 22: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 22/27

TOPIK 10 TAMADUN ASIA W  169

(e) Kesetiaan dan rasa hormat terhadap bentuk-bentuk kuasa termasuk ibu bapa, guru dan kerajaan.

(f) Lebih kepada konsep kolektivisme dan komunitarianisme daripada

individualisme dan liberalisme.

(g) Kerajaan autoritarian (yang mempunyai tanggungjawab tertentu sertakeistimewaan) bertentangan dengan demokrasi liberal.

(h) Signifikasi politik.

Konsep Nilai Sepunya Asia popular di China, Malaysia, Singapura, Indonesiadan dalam kalangan beberapa kumpulan di Jepun kerana ia menggabungkanpengaruh dan idea-idea daripada Islam, Confucianisme dan Hindu. Popularitiini timbul kerana:

(a) Mewujudkan nilai kesatuan antara pelbagai pihak di Negara-negara yangdisebut di atas.

(b) Mewujudkan sesuatu yang boleh orang Asia gunakan sebagai tandaidentiti mereka yang berlainan dengan Barat.

(c) Membolehkan orang Asia melakukan perkara-perkara yang berlainandaripada Barat.

Berdasarkan Nilai Sepunya Asia, ada yang cuba menengahkan idea yang kita diAsia boleh lakukan perkara-perkara dalam cara kita tersendiri, yang distinctive .

Dua penyokong utama Nilai Sepunya Asia adalah Tun Dr Mahathir (bekasPerdana Menteri Malaysia) dan Lee Kuan Yew (mantan Perdana MenteriSingapura). Pengkritiknya yang terbesar ialah, Amartya Send dan antara penulisyang banyak membincangkannya adalah Fareed Zakaria. Antara idea-idea yangdiketengahkan oleh pengkritik Nilai Sepunya Asia adalah, Asia terlalu luas dan

 besar untuk dikatakan mempunyai nilai sepunya yang merangkumi semuanya.Konsep Nilai Sepunya Asia mula menurut popularitinya apabila krisiskewangan melanda dan membawa kepada runtuhnya beberapa kerajaan sepertipemerintahan Suharto di Indonesia.

Secara amnya, konsep Nilai Sepunya Asia diwujudkan untuk menjadi asasideologi untuk mengekang ideologi Barat kian yang melanda. Ia memberi satukeyakinan bahawa orang-orang Asia boleh berkongsi satu set nilai yangmembolehkan mereka memperdebatkan perbezaan antara mereka dan tamadunBarat. Tentunya nilai dan budaya Timur tidak lari daripada mempunyaikelemahan seperti dengan wujudnya conficianisme . Malah sejarah menunjukkanyang ia membawa kepada nepotisme dan pilih kasih.

Page 23: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 23/27

  X TOPIK 10 TAMADUN ASIA170

Di Indonesia, Jusuf Kalla mengkaitkan Nilai Sepunya Asia dengan East Asian Free Trade Agreement  dan East Asian Community  yang timbul dariPerhimpunan Agung Asia (East Asia Summit). Beliau mempertahankan nilai

utama yang lebih memberatkan kooperasi dan bukan pertandingan danperbalahan. Pengkritik seperti Lung Ying dari Taiwan, mengatakan yang NilaiSepunya Asia cuma retorik yang digunakan untuk menindas dan menolakkebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Antara pengkritik-pengkritik NilaiSepunya Asia yang lain adalah, Lee Teng-hui (mantan Presiden Republik RakyatChina) dan Kim Dae Jung (mantan Presiden Korea Selatan). Di sini, kita dapatlihat konsep Nilai Sepunya Asia serta pengkritik-pengkritik konsep itu.

Mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, merupakan salah seorangpenyokong usaha mempopularkan Nilai Sepunya Asia. Beliau juga kritikal

terhadap media Barat yang memanipulasi isu tersebut demi kepentinganmereka. Dalam satu wawancara, beliau mengatakan perhatian yang isu ituwujud daripada pihak Barat yang lazimnya datang dari pihak yang fikir Asiaseharusnya menjadi serupa dengan Barat. Kata beliau lagi, mereka lupa yangAsia bangkit dengan cepat ketika itu (tahun 80an) kerana mereka berbezadaripada Barat. Mereka mempunyai sejarah dan nilai sosial yang tersendiri.Media Barat mengatakan yang Nilai Sepunya Asia inilah yang menjadi sebabtimbulnya krisis ekonomi. Sekiranya ini benar, kata beliau, mengapa Hong Kongdan Singapura tidak terancam oleh krisis itu?

Negara-negara yang pesat membangun ini tentunya mempunyai bank-bankmilik badan-badan konglomerat yang meminjamkan wang kepada satu samalain tanpa melakukan kajian kewajaran yang teliti. Maka ini menjadi salah satusebab wujudnya krisis kewangan.

Walaupun begitu, beliau mengatakan apa yang mereka amalkan itu sebenarnyapemesongan nilai yang diajar Kung Fu Tze. Memang seseorang itu semestinyasetia kepada keluarganya tetapi menurut ajaran Kung Fu Tze, kita perlumembantu mereka apabila mereka dalam kesusahan. Bantuan perlu diberidengan menggunakan wang dan harta kita sendiri, dan bukannya hartakepunyaan orang ramai. Menurut beliau ini cara Barat, bukan cara Timur.

Menurut pandangan Lee Kuan Yew, sesuatu nilai seperti kejujuran perludipertahankan dan sesuatu masyarakat itu akan berpecah belah apabilakejujuran tidak dihargai dan korupsi dibiarkan berleluasa. Cara yang paling baikuntuk menghindar korupsi ialah dengan menghapuskan ruang untuknya.Kakitangan awam harus menggunakan budi bicaranya sendiri sebagai panduan.Untuk ini kita perlukan peraturan yang nyata dan tetap, yang telahdikuatkuasakan oleh undang-undang. Namun begitu, beliau juga menyuarakankeresahan di atas kelesuan Negara-negara Asia lain untuk bertindak.

Page 24: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 24/27

TOPIK 10 TAMADUN ASIA W  171

10.4.2 Nilai Sepunya Asia dari Kaca Mata Barat

Bahagian ini adalah berdasarkan tulisan Hugh Cortazzi, duta British ke Jepun

dari 1980 ke 1984 dalam The Japan Times . Hugh Cortazzi berkata yang „NilaiSepunya Asia‰ itu sebenarnya tidak eksklusif pada orang Asia sahaja. Contohyang beliau beri adalah nilai kerajinan dan jimat cermat. Kedua-duanya nilaiyang juga diajar agama Kristian, malah dipegang oleh setiap masyarakatterutamanya masyarakat yang pernah melalui zaman kemiskinan. Tambah

 beliau, mementingkan pendidikan dikatakan antara Nilai Sepunya Asia tetapipemimpin di Barat juga berterusan menggalakkan masyarakat mementingkanpendidikan. (http://www.singapore-window.org/1014st.htm.)

Kata beliau lagi, orang muda di Barat mungkin tidak begitu menghormati orang

yang lebih tua dan mereka lebih gemar gaji diberi berdasarkan kebolehan dan bukannya usia. Namun masyarakat berusia di Barat juga mendapat kelebihanseperti jagaan kesihatan istimewa oleh kerajaan. Cuma bezanya, menurut beliau,di Asia mereka lebih menghormati pihak berkuasa, manakala di Barat kuasaperlu dihormati apabila ia berlaku adil dan menghormati hak orang lain.

Kata Cortazzi lagi, satu-satunya perbezaan yang ketara antara nilai Barat dannilai Timur ialah perbezaan antara hak individu dan tanggungjawab individukepada masyarakat. Di Barat, tidak dinafikan bahawa seseorang itu mempunyaitanggungjawab kepada masyarakat tetapi mereka lebih mementingkan

kebebasan individu daripada ahli politik di Asia. Perbezaan antara nilai Baratdan Asia sebenarnya bukan pada nilai itu sendiri tetapi pada berbezanyakepentingan yang diletakkan kepada nilai itu sendiri oleh kedua budaya ini.Perbezaannya mungkin kecil tetapi tetap dianggap penting.

Orang Asia dikatakan mementingkan ijtimak (consensus ), tetapi menurutCortazzi, ia juga penting dalam politik dan industri Jerman tetapi kurangpenting di Negara-negara Anglo-Saxon (British dan Perancis) di mana merekalebih mementingkan keputusan majoriti. Dari perspektif Barat, ahli politik Asiamenggunakan Nilai Sepunya Asia untuk menjustifikasi penolakan hak asasi

manusia di atas sebab hak-hak itu mengganggu ketenteraman dan keamananyang lebih diberikan keutamaan. Hujah beliau, budaya Barat juga mementingkanketenteraman dan keamanan tetapi mereka tidak melihatnya sebagai justifikasiuntuk menolak hak asasi manusia dan ekspresinya, walaupun mereka sendirimeletakkan had apabila berdepan dengan isu-isu seperti keganasan.

Cara pengurusan Jepun juga dikatakan punca kejayaan mereka tetapipengurusan Jepun telah banyak membuat perubahan pada cara pengurusanmereka untuk terus berkompetitif di ekonomi dunia antaranya perubahankepada fenomena pekerjaan seumur hidup dan sistem kenaikan pangkat.

Page 25: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 25/27

  X TOPIK 10 TAMADUN ASIA172

Perubahan ini juga dapat dilihat pada runtuhnya sistem ÂkeiretsuÊ yangmenyaksikan syarikat Jepun beralih dari mementingkan kakitangan kepadamementingkan pemegang saham.

Cortazzi menyatakan yang beliau tidak yakin dengan ÂNilai Sepunya AsiaÊ samaada dalam politik, masyarakat atau ekonomi. Beliau mahukan pemimpin-pemimpin yang menyokong konsep ini memberi definisi yang terperinci danmenyatakan perbezaannya dengan nilai dunia Barat. Beliau fikir, ahli politikBarat dan Asia sepatutnya lebih menitikberatkan nilai universal, hak asasimanusia dan tanggungjawab asasi manusia.

Ć Sesuatu yang sering dilupakan apabila menilai tamadun Asia ialah tamadundi kawasan ini telah wujud dan berkembang beribu tahun sebelum

 bangkitnya tamadun Barat.

Ć Sejarah dan keadaan setempat menjadikan perkembangan tamadun di Asiaamat berlainan antara satu sama lain. Namun, mengikut sejarah, kesemuatamadun di Asia berkait rapat antara satu sama lain.

Ć Tamadun pertama China ialah tamadun Xia (di antara abad ke-21 dan ke-16Sebelum Masihi).

Ć Amnya, terdapat empat bidang utama dalam ciptaan terpenting tamadunChina, iaitu

(a) Bidang Penulisan;

(b) Bidang Pertahanan;

AKTIVITI 10.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Nilai-nilai Sepunya Asia?Nyatakan.

2. Nilai-nilai Sepunya Asia dan globalisasi telah membawa kepadasatu debat yang hebat antara cendekiawan Asia dan cendekiawanBarat. Bagaimanakah itu boleh berlaku? Bincangkan dan buatperbandingan jawapan anda dengan rakan sekelas.

Page 26: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 26/27

TOPIK 10 TAMADUN ASIA W  173

(c) Bidang Pelayaran; dan

(d) Bidang Perubatan

Ć Ketamadunan India paling awal boleh dilihat pada peninggalan diMohenjodaro dan Harappa yang wujud sejak 5000 tahun dahulu.

Ć Sains dan teknologi yang berasal dari India kuno merangkumi pelbagaicabang termasuk kejuruteraan, struktur binaan (architecture), penulisan(kesusasteraan), matematik, astronomi, fizik, kimia, perubatan, perdagangandan pelayaran.

Ć Pengalaman kolonisasi membuat ramai beranggapan yang ketamadunan diAsia hanya bermula setelah berakhirnya kolonisasi, walhal pengalaman

kolonisasi itu hanya satu frasa dalam kronologi ketamadunan Asia yangtelah berusia beribu tahun.

Ć Pengkritik kepimpinan Asia sering mempersoalkan kepimpinan di Asiatetapi mereka juga sering berbuat demikian berdasarkan idea-idea yangdatang dari Barat, suatu tamadun yang berbeza.

Empayar Awal China

Empayar Mutakhir China

Empayar Pertengahan China

Nilai Sepunya Asia

Pra-Empayar China

Tamadun India Kuno

Tamadun India Moden

Tamadun India Pertengahan

Page 27: 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

7/27/2019 31115554TOPIK10TAMADUNASIA.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/31115554topik10tamadunasiapdf 27/27

  X TOPIK 10 TAMADUN ASIA174

Arif Babul. (2010). The Chinese civilization . Dicapai pada Ogos 15, 2011, daripadahttp://visav.phys.uvic.ca/~babul/AstroCourses/P303/chinese.html.

China.org.cn. (2001). Formation of the Chinese civilization . Dicapai pada Ogos15, 2011, daripada http://www.china.org.cn/e-gudai/7.htm.

Halsall, P. (1999). Chinese cultural studies: A brief Chinese chronology . Dicapaipada Ogos 15, 2011, daripada http://academic.brooklyn.cuny.edu/core9/phalsall/texts/chron.html.

iloveindia.com. (n.d). History of India . Dicapai pada Ogos 15, 2011, daripadahttp://www.iloveindia.com/history/timeline-of-india.html.