34442079 Assignment Kissm

22
ABSTRAK Pengumpulan maklumat dijalankan untuk mengenalpasti pengetahuan tentang empat tugasan individu yang diberikan bagi memilih dua tugasan yang mempunyai isi yang mencukupi. Rujukan terhadap buku- buku telah digunakan sebagai instrumen pengumpulan maklumat. Pencarian melalui enjin carian Internet turut digunakan selain menemubual tiga orang penjawat awam yang telah lama berkhidmat dengan kerajaan. Maklumat-maklumat yang dikumpul seterusnya dianalisis dan hasil analisis mendapati soalan 1a dan 3b mempunyai isi yang cukup dan sesuai dibincangkan. Tanggungjawab seorang penjawat awam yang menyewa di rumah kerajaan dan ciri- ciri keselamatan fizikal kawasan bilik kebal dibincangkan berdasarkan sumber yang diperolehi. Beberapa cadangan turut dibuat di akhir perbincangan. 1

description

kissm

Transcript of 34442079 Assignment Kissm

ABSTRAK

Pengumpulan maklumat dijalankan untuk mengenalpasti pengetahuan tentang empat tugasan individu yang diberikan bagi memilih dua tugasan yang mempunyai isi yang mencukupi. Rujukan terhadap buku-buku telah digunakan sebagai instrumen pengumpulan maklumat. Pencarian melalui enjin carian Internet turut digunakan selain menemubual tiga orang penjawat awam yang telah lama berkhidmat dengan kerajaan. Maklumat-maklumat yang dikumpul seterusnya dianalisis dan hasil analisis mendapati soalan 1a dan 3b mempunyai isi yang cukup dan sesuai dibincangkan. Tanggungjawab seorang penjawat awam yang menyewa di rumah kerajaan dan ciri-ciri keselamatan fizikal kawasan bilik kebal dibincangkan berdasarkan sumber yang diperolehi. Beberapa cadangan turut dibuat di akhir perbincangan.

KOMPONEN I (PERINTAH AM)Soalan 1A

Tanggungjawab Encik Azlim semasa mendiami rumah biasa kerajaan pada tahun 2005 boleh disenaraikan kepada tiga bahagian (i-iii) seperti di bawah.

i. Perlu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti: Meminda rumah adalah dilarang. Encik Azlim dilarang membuat tambahan atau pindahan kepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah melainkan mendapat kebenaran dari Jabatan Kerja Raya (JKR). Jika berlaku kerosakan akibat meminda rumah, ia adalah tanggungjawab Encik Azlim sendiri.

Rajah 1: Dilarang renovate rumah kerajaan.

Menyewa dilarang.Mana-mana rumah kediaman kerajaan tidak boleh disewakan kepada orang lain. Hanya keluarga Encik Azlim, orang gajinya dan tetamu-tetamu sementara sahaja yang dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut.

Laporan memasuki rumah.Encik Azlim hendaklah menghantar laporan untuk memaklumkan tarikh beliau bercadang untuk memasuki rumah kepada Pegawai Perumahan. Beliau akan dikehendaki menandatangani satu sijil akuan masuk rumah, mengambil alih tanggungjawab atas segala barang-barang, perkakas-perkakas dan perabot-perabot dalam rumah tersebut (sila rujuk Lampiran E).

Larangan menternak binatang.Encik Azlim tidak boleh memelihara binatang-binatang ternakan termasuk ayam itik, di mana-mana bahagian rumah sama ada di bawahnya atau dalam kawasannya. Rajah 2: Haiwan ternakan tidak boleh dipelihara di rumah kerajaan.

Tanggungjawab membersih kawasan.Encik Azlim perlu menjaga kebersihan di dalam dan di persekitaran rumahnya termasuk kerja-kerja memotong rumput dan membuang sampah-sarap seperti tin-tin kosong, botol-botol, kertas surat kabar lama dan lain-lain lagi.

Rajah 3: Pegawai bertanggungjawab menjaga kebersihan rumah kerajaan.

Tanggungjawab melaporkan kerosakan.Encik Azlim bertanggungjawab melaporkan apa-apa kerosakan atau kekurangan tentang rumah yang didudukinya kepada JKR. Kegagalan Encik Azlim melaporkan hal ini boleh mewajibkannya membayar sebahagian atau keseluruhan perbelanjaan membaiki yang diperlukan.

Pegawai kena bayar kerosakan yang disebabkannya.Encik Azlim dikehendaki membayar sendiri kerosakan atau kekurangan ke atas perabot-perabot atau alat-alat perkakas Kerajaan yang disebabkan oleh penggunaan yang salah seperti yang ditaksirkan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri atau belanja sebenar mengikut kontrak.

Laporan tarikh masuk kepada Pegawai Perumahan.Encik Azlim hendaklah menghantar laporan untuk memaklumkan tarikh sebenar beliau memasuki rumah kepada Pegawai Perumahan yang akan memberitahu Ketua Pejabatnya supaya memotong sewa dari gajinya pada setiap bulan. Seterusnya, salinan pemberitahuan Pegawai Perumahan itu akan dihantar kepada Akauntan Negara dan Juruaudit Negara.

ii. Menanggung bayaran bagi: Sewa rumah dan perabot jika dilengkapinya.Sewa rumah dan perabot hendaklah dikira dari hari Encik Azlim masuk ke rumah tersebut dan akan dijelaskan secara bulanan. Sewa perlu dibayar mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh kerajaan. Pembayaran sewa rumah dan perabot selalunya akan dipotong dari gaji setiap bulan setelah Pegawai Perumahan menghantar permintaan potongan gaji kepada ketua jabatan.

Bil air, elektrik dan lain-lain.Bayaran-bayaran perkhidmatan seperti air, elektrik, pembuangan sampah, najis (Indah Water) termasuk cengkeramnya hendaklah dibayar sendiri oleh Encik Azlim.iii. Lain-lain tanggungjawab: Menjaga almari baju, kabinet, pintu dan lain-lain perabot dengan baik. Tidak boleh memaku dinding sesuka hati. Bahagian luar rumah tidak dicat sesuka hati. Membenarkan pihak JKR memasuki rumah untuk membuat pemeriksaan rumah (setahun sekali). Mematuhi arahan mengosongkan rumah jika kerajaan atau Pegawai Perumahan mengarahkannya untuk mengosongkan rumah kerajaan untuk tujuan membaikinya atau lain-lain sebab dengan tempoh satu bulan.

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007 / Surat Pekeliling Bil.2 Tahun 2008 Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan/ Penjelasan Mengenai Pelaksanaan mengosongkan rumah biasa kerajaan, Pegawai-pegawai Kerajaan yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan, bertugas dan memiliki rumah sendiri melalui pembiayaan Skim Pinjaman/ Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan lingkungan 25 kilometer yang ditetapkan, dikehendaki mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan apabila rumah yang dimiliki melalui skim tersebut siap dan selamat untuk diduduki.

Maka, selepas memiliki rumah sendiri melalui Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan lingkungan 20 km dari pejabatnya, Encik Azlim hendaklah mengosongkan rumah biasa kerajaan yang didudukinya sejak tahun 2005 itu setelah rumah yang dimilikinya itu telah siap dan selamat diduduki.Encik Azlim perlu memastikan sijil akuan keluar rumah perlu dihantar Pegawai Perumahan seterusnya menyemak Penyata Perubahan Gaji (Kew. 8) bagi kemasukan kembali elaun perumahan.Rumah kerajaan tersebut perlu dibersihkan dan dikosongkan sebelum berpindah. Selain itu, Encik Azlim perlulah memotong bil elektrik dan bil air atau bil telefon jika ada dan memastikan tiada tunggakan bagi bil-bil tersebut. Encik Azlim juga dibolehkan menuntut elaun perpidahan kerana berpindah di dalam stesyen yang sama (dalam lingkungan 33 km dari tempat bertugas) jika sekiranya perpindahan itu dilakukan atas keadaan diluar kawalan. Tempoh yang dibenarkan oleh pegawai kerajaan menuntut elaun perpidahan dari rumah yang disewa ke rumah sendiri melalui skim Pembiayaan Perumahan Kerajaan ialah tidak lewat daripada 3 bulan selepas tarikh perpindahan seperti di perenggan 3.2 (iii), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1989.Encik Azlim juga hendaklah melaporkan tarikh beliau bercadang untuk mengosongkan rumah kepada JKR setempat dan juga Pegawai Perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh mengosongkan rumah.Seterusnya, pemeriksaan akan dilakukan setelah menerima laporan dari Encik Azlim yang hendak mengosongkan rumah. JKR setempat akan menetapkan tarikh pemeriksaan dengan penghuni rumah. Pemeriksaan akan dilakukan dalam waktu pejabat sama ada Encik Azlim ada atau tiada di rumah. Perbandingan akan dibuat dengan sijil akuan masuk seperti di Lampiran E yang telah ditandatangani untuk memeriksa kerosakan dan kekurangan yang disebabkan oleh pegawai. Encik Azlim mesti menyerahkan kunci kepada JKR serta menandatangani sijil akuan keluar rumah (sila rujuk Lampiran F). Sijil akuan keluar rumah tersebut akan ditandatangani oleh pegawai dan pegawai hanya akan bertanggungjawab pada kerosakan atau kekurangan (jika ada) seperti yang dinyatakan dalam sijil.Sekiranya Encik Azlim tidak mahu keluar dari rumah kerajaan setelah mempunyai rumah sendiri yang dibiayai pinjaman perumahan kerajaan atau ingkar, Encik Azlim boleh dikenakan sewa dua kali ganda sewa yang patut dibayar. Walaubagaimanapun peraturan ini dikecualikan bagi penjawat awam lain yang:a) mengikut syarat perkhidmatannya berhak mendapat rumah percuma, atau b) dikehendaki duduk di rumah khas Jabatan, atau c) jika rumah dibina itu berada di luar kawasan ibu pejabatnya.

Cadangan dan rumusanSebagai seorang penjawat awam yang menerima kemudahan (rumah kerajaan) yang tidak ditawarkan kepada individu lain di Negara ini, sepatutnya mencetuskan rasa bersyukur seterusnya menjaga kemudahan tersebut secara berhemah. Ini termasuk menjaga tanggungjawab menjaga kebersihan rumah yang sering diabaikan. Mengikut pengalaman penulis, sesetengah kawasan rumah kerajaan atau secara spesifik, kuarters guru didapati kurang memuaskan dari segi kebersihan serta tidak ceria alam sekitarnya. Tanggungjawab menjaga kebersihan ini sepatutnya digalas bersama oleh ahli keluarga dan ini termasuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada anak-anak kita supaya tidak membuang sampah merata-rata dan membuat kecah di kawasan perumahan. Suasana persekitaran yang optima dan selamat bukan sahaja merupakan hak keluarga kita malah dengan menjaga kebersihan, jangka hayat rumah tersebut menjadi lebih panjang dan dapat digunakan bersama-sama menerusi perubahan zaman. Kerajaan juga dapat lebih berjimat dalam kos pembaikian dan pembelian perabot baru misalnya. Jika direnungi, adalah tidak patut bagi pihak kerajaan yang telah memberi perkhidmatan rumah terpaksa pula menanggung kos yang banyak untuk mengutip sampah yang telah dibuang. Integriti penjawat awam sekali lagi dipersoalkan setelah mempunyai rumah sendiri. Adakah mereka memulangkan rumah kerajaan mengikut prosedur yang betul? Adakah mereka membersihkan semula rumah tersebut dan memaklumkan bahagian-bahagian yang rosak atas kecuaian mereka sendiri? Dalam Perintah Am Bab E telah dijelaskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan kemudahan rumah ini dijaga dengan rapi. Pihak kerajaan boleh membuat pemantauan berkala ke rumah-rumah kerajaan bagi memastikan persekitarannya menjadi contoh budaya masyarakat lain sesuai dengan peranan guru sebagai role-model.

KOMPONEN III (ARAHAN PERKHIDMATAN DAN ARAHAN KESELAMATAN)Soalan 3b

Tahap keselamatan kawasan bilik kebal yang gagal diurus mengikut prosedur Arahan Keselamatan (A.K) akhirnya mengakibatkan ia diceroboh oleh orang luar. Refleksi boleh dilakukan dengan membuat rujukan kepada A.K yang telah dikeluarkan oleh Jemaah Menteri yang antara lain bertujuan untuk menetapkan darjah keselamatan bagi semua jabatan Kerajaan termasuklah jabatan pelajaran. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil bertujuan untuk menghalang orang-orang yang tidak dibenarkan daripada dapat melihat, mendengar dam memperolehi perkara-perkara terperingkat dari luar atau dalam dengan memasuki pejabat secara haram. Tujuan utama A.K adalah menetapkan (i) Keselamatan Perlindungan Fizikal ke atas bangunan dan pepasangan daripada sebarang; (ii) Keselamatan Perlindungan dokumen dan maklumat daripada ancaman; dan (iii) Keselamatan Perlindungan peribadi bagi memastikan kesetiaan dan kejujuran personel. Bagi membincangkan ciri-ciri keselamatan fizikal bagi sebuah bilik kebal dan kawasannya, hanya aspek (i) akan diterangkan disini.Menurut prosedur yang disediakan dalam buku Arahan Keselamatan Kerajaan, ketua jabatan haruslah memastikan kawasan bilik kebal dilindungi dari ancaman individu pelampau, espionaj dan subversif serta perbuatan sabotaj. Selain itu, ia juga perlu dielakkan dari menjadi tumpuan oleh manusia yang lemah dan terrorisma. Ketua Jabatan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai keselamatan jabatannya. Mengambil langkah-langkah menurut peruntukan-peruntukan arahan keselamatan supaya perkara terperingkat yang ada di jabatannya dikawal dengan sempurna pada setiap masa. Menentukan supaya laporan keselamatan dikemukakan kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan apabila dikehendakiPerkara 16: Arahan Keselamatan

Keselamatan fizikal yang perlu diambil berat termasuk perkara-perkara berikut:a. Kawasan terperingkat.b. Keselamatan bangunanc. Khidmat kawalan keselamatand. Penggunaan pas keselamatane. Kelengkapan mempunyai ciri keselamatanf. Kawalan terhadap kunci keselamatang. Kawalan mesin penyalinh. Langkah keselamatan persidangan atau latihan

Ciri-ciri keselamatan fizikal yang perlu dipatuhi oleh ketua jabatan bagi mengelakkan peristiwa bilik kebal diceroboh adalah seperti di bawah.i. Mengisytiharkan kawasan bilik kebal sebagai kawasan larangan / tempat larangan / terperingkat.ii. Meletakkan papan kenyataan di tempat-tempat yang sesuai bagi menunjukkan kawasan atau tempat itu merupakan kawasan/tempat larangan.iii. Mengadakan pagar dan lampu keselamatan di bangunan yang mengandungi bilik kebal.iv. Mengehadkan pintu akses ke bangunan yang mengandungi bilik kebal.v. Mengadakan pengawal keselamatan sama ada mempunyai kuasa khas atau tidak di bawah undang-undang (penggunaan perkhidmatan pengawal awam atau swasta perlu dirujuk kepada ketua pegawai keselamatan kerajaan, KPKK terlebih dahulu) ~ Perkara 23 A.K.vi. Mewujudkan sistem pas keselamatan atau kad pengenalan jabatan. Antara jenis-jenis pas keselamatan yang boleh digunakan adalah seperti di bawah.a. Pas keselamatan tetap. Dikeluarkan kepada seseorang yang bertugas tetap di dalam kawasan/tempat larangan.b. Pas keselamatan sementara. Dikeluarkan kepada seseorang yang tidak bertugas tetap tetapi selalu berurusan rasmi di kawasan/tempat larangan. Pemegang pas keselamatan sementara tidak perlu diiringi atau dikawal jika Ketua Jabatan berpuas hati dengan langkah-langkah keselamatan lain yang telah memadai.c. Pas keselamatan pelawat. Dikeluarkan kepada seseorang yang melawat ke kawasan/tempat larangan. Pelawat perlu mendapatkan pas keselamatan di pintu masuk serta diiringi atau dikawal semasa berada dalam kawasan tempat tersebut. Pas keselamatan hendaklah dikembalikan semula selepas tamat lawatan.vii. Memperkukuhkan tingkap, pintu, dinding dan siling bilik kebal.viii. Mengadakan kaunter, menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawat-pelawat.ix. Pemilihan dan penggunaan kunci keselamatan yang bermutu. Mengenai kawalan kunci keselamatan, anak kunci keselamatan tidak boleh dilabel dan ditanda dengan nama dan alamat pengguna. Ia juga tidak boleh dirangkaikan dengan kunci lain seperti kunci persendirian. Anak kunci pendua tambahan tidak boleh dibuat tanpa kebenaran. Anak kunci pendua bilik kebal pula hendaklah disimpan mengikut Arahan Perbendaharaan 135.x. Pemasangan alat pencegah pencerobohan seperti alat pengalisan bunyi, penggera ceroboh, kad akses, closed-circuit television (CCTV) dan lain-lain alat.xi. Mempunyai kelengkapan keselamatan yang berkeadaan baik termasuk peti besi dan kabinet keluli berpalang.

Selain itu, ketua jabatan juga perlu memberi peringatan kepada pekerja-pekerja tentang pentingnya kawalan rapi dan mematuhi arahan keselamatan. Bagi mengingatkan pekerja-pekerja tetap, ketua jabatan boleh nenampal notis peringatan tentang peraturan keselamatan di pintu bilik kebal.

Cadangan dan rumusan

Penerangan didalam perenggan 22, Buku Arahan Keselamatan (Keselamatan Fizikal) menjelaskan langkah-langkah keselamatan terhadap sesebuah bangunan hendaklah diambil bertujuan untuk menghalang orang-orang yang tidak dibenarkan daripada dapat memerhati, mendengar dan memperolehi perkara-perkara terperingkat dari luar atau dalam dengan memasuki pejabat secara haram. Langkah-langkah yang penting termasuklah menghadkan jalan keluar masuk dan mengadakan kaunter-kaunter, menyediakan atau memperkukuhkan tingkap-tingkap dan pintu-pintu dan dilengkapkan dengan kunci-kunci keselamatan, memperkukuhkan dinding dan siling bilik kebal, memasang alat-alat pengalisan bunyi, penggera ceroboh atau lain-lain alat teknik, mekanik, elektrik dan elektronik, menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawat-pelawat, dan mewujudkan perkhidmatan pengawalan keselamatan. Kesimpulannya mematuhi keselamatan fizikal dalam buku arahan keselamatan adalah satu langkah bagi memastikan keselamatan fizikal bangunan, premis atau tempat mengurus perkara-perkara terperingkat dan sensitif dikawal dengan baik. Prevention is better than cure adalah satu peribahasa yang amat sesuai kerana langkah-langkah mencegah adalah jauh lebih bermakna dari menyiasat pencerobohan yang telah berlaku. Selain itu, khidmat nasihat dalam langkah-langkah keselamatan juga boleh diperoleh dari Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (KPKK), Kementerian Keselamatan dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia.

Refleksi

Pengetahuan tentang Perintah Am, Nilai Murni dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, Arahan Perkhidmatan serta Arahan Keselamatan sangat penting dalam pembentukan perilaku seterusnya melakukan tindakan sebagai seorang penjawat awam. Penjawat awam sering kali dikaitkan dengan disiplin, karenah birokrasi, dan berada di zon selesa. Pelbagai kemudahan yang dengan kadar yang sangat berpatutan hanya ditawarkan sebagai kelebihan bekerja di sektor awam. Menerusi tugasan yang diberikan telah menyedarkan penulis betapa bersyukurnya kami diberi peluang menjawat jawatan sebagai seorang penjawat awam yang haknya dijaga dengan baik. Rujukan mengenai hak dan peraturan banyak dipaparkan di Internet hasil usaha pensyarah-pensyarah dan pihak pengurusan menulis dan menyediakan paparan untuk dibaca oleh pelbagai golongan yang memerlukan penerangan terperinci. Penulis turut bercadang untuk memaparkan penerangan di laman blog tentang tanggungjawab seorang ketua jabatan memastikan pejabatnya dalam keadaan yang selamat dan tidak mewujudkan peluang dan ruang untuk pencerobohan maklumat. Selain itu kerjasama merupakan aspek yang sangat penting dalam sesebuah organisasi dalam menghasilkan kerja yang mantap malah dapat mencegah perkara terlarang berlaku. Pihak pentadbiran sesebuah organisasi seharusnya merangsang nilai kerjasama ini dengan pengiktirafan kumpulan misalnya. Dengan kerjasama semua pihak, pasti pejabat berada dalam keadaan harmoni dan pekerja dapat mengikuti disiplin yang ditetapkan dengan hati yang senang.

Bibliografi[1]Arahan Keselamatan[2]Arahan Perbendaharaan dan Akta Prosedur Kewangan 1957 [3]Lembaga Penyelidikan Undang-undang (2007), Selangor, Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran, International Law Book Services [4]Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000[5]Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 1991-1993, JILID I, International Law Book Services [6]Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 1994-2001, JILID II, International Law Book Services [7]Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2005

LAMPIRAN2