39451090-KOMUNIKASI-BERTULIS[1]

download 39451090-KOMUNIKASI-BERTULIS[1]

of 96

Transcript of 39451090-KOMUNIKASI-BERTULIS[1]

LOGO

KOMUNIKASI BERTULIS

Pengenalan Manusia sudah mula menggunakan komunikasi lisan lebih kurang 1,000,000 tahun dahulu (Speech,1990, dalam The New Encyclopaedia Britannica) Tetapi sistem tulisan yang paling awal hanya wujud lebih kurang 5000 tahun dahulu

Terdapat lebih kurang 4000 bahasa di dunia (Comrie 1987) namun hanya 5 % sahaja yang mempunyai sistem tulisan yang asli Komunikasi bertulis merupakan cara penyampaian maklumat oleh penyampai kepada penerima secara bertulis dengan menggunakan laras dan ragam bahasa yang betul. Dalam keadaan tertentu, komunikasi bertulis ini akan menjadi bahan rekod untuk dijadikan landasan untuk sesuatu tindakan itu diambil.

Perbezaan antara lisan & tulisanEmig (1977)Lisan : i. Lebih panjang huraiannya ii. Tidak memerlukan dedikasi yang tinggi iii. Berlandaskan ciri-ciri konteks pada masa berlaku proses komunikasi Tulisan: i. Memerlukan pemilihan kata-kata yang rapi ii. Memerlukan dedikasi yang tinggi iii. Perlu menyediakan konteks khususnya dari segi tujuan & khalayak

Perbezaan

Vachek(1973)

-Telah mengkaji perbezaan antara lisan & tulisan dan menjelaskan kedua-duanya mempunyai kepentingan yang sama -Kedua-duanya saling melengkapi dalam situasi tertentu -Penggunaan lisan lebih berkesan manakala dalam situasi yang lain pula, tulisan lebih sesuai digunakan

KOMUNIKASI BERTULISCiri ciri : Mempunyai format tertentu. Untuk tujuan tertentu. Sasaran tertentu. Penggunaan bahasa mengikut laras.

Jenis-jenis: Surat kiriman rasmi dan tidak rasmi. Karangan ekspositori. Laporan.

Takrifan: Proses merakam atau menghasilkan sesuatu pendapat, buah fikiran, idea, pengalaman, perasaan atau maklumat dalam bentuk tulisan atau grafik untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.

Surat RasmiMemo Kertas Kerja Minit Mesyuarat

Komunikasi Bertulis

Karya Kreatif Laporan Rencana Kritikan / Ulasan Teks Ucapan

LOGO

SURAT RASMI

1. 0 JENIS SURAT KIRIMAN RASMIAntara Jenis Surat Kiriman Rasmi Termasuklah:Surat Undangan Surat yang ditulis untuk mengundang seseorang menghadiri majlis-majlis rasmi. Antaranya majlis penyampaian hadiah, majlis perasmian, dan majlis pelancaran.

Surat Permohonan Surat yang bertujuan memohon pertimbangan seperti jawatan atau mendapatkan sumbangan seperti bantuan biasiswa.

Surat Rayuan Surat rayuan lazimnya ditulis sebagai susulan kepada surat permohonan setelah permohonan tersebut gagal mendapat pertimbangan. Laras bahasa surat rayuan adalah lebih lembut dan lebih mengharap.

Surat Aduan Surat yang ditujukan kepada pihak berkuasa tertentu bagi melaporkan masalah yang dihadapi. Biasanya kandungan surat ini turut memohon pihak berkuasa tersebut mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya.

Surat Bantahan Surat yang dikemukakan dalam nada yang lebih keras kerana tidak bersetuju terhadap sesuatu isu. Surat bantahan juga kebiasaanya ditulis sebagai susulan setelah semua aduan tidak mendapat perhatian pihak berkuasa.

Surat Cadangan Surat cadangan merupakan usulan kepada pihak berkenaan bagi menyampaikan sesuatu hasrat, pendapat, dan cadangan. Dalam surat ini, beberapa idea baru akan dikemukakan demi menjayakan sesuatu matlamat.

2.0 CIRI-CIRI UMUM SURAT KIRIMAN RASMINama Dan Alamat Pengirim Nama pengirim hendaklah ditulis dengan huruf besar dan alamat yang lengkap mestilah terletak di atas penjuru sebelah kiri surat rasmi. Ini memudahkan penerima menjawab kembali surat tersebut atau menghubungi pengirim disamping memberi gambaran bahawa surat berkenaan adalah atas urusan rasmi Kerajaan.

Nombor Telefon/Faks/E-mail/ Laman Web Ditulis pada baris yang sama dengan baris akhir alamat pengirim bagi surat yang tiada kepala surat (letter head). Seperti alamat pengirim nombor-nombor di atas bertujuan untuk memudahkan si penerima untuk menghubungi kembali si pengirim dan dapat mengelakkan dari sebarang kesulitan.

Garis Pemisah Satu garisan melintang dibuat selepas langkau 2 baris dari alamat pengirim.

Nama dan Alamat Penerima Ditulis langkau satu baris dibawah garisan melintang yang sejajar dengan nama dan alamat pengirim. Hendaklah ditulis dengan lengkap termasuk gelaran dan pangkat. Surat kepada sesebuah agensi kerajaan hendaklah di alamatkan kepada ketua agensi berkenaan mengikut gelaran rasmi jawatan. Jika surat tersebut ingin di tujukan kepada pegawai tertentu hendaklah di tambah di bawah alat dengan perkataan untuk perhatian (u.p nama pegawai berkenaan)

Melalui dan Salinan Jika surat rasmi dikirim melalui ketua penerima, pengirim perlu menulis Melalui dan salinan dan dilangkau dua baris di bawah alamatnya nama serta alamat ketua penerima dituliskan dibawah. Surat yang mempunyai melalui ketua organisasi pada kebiasaannya surat yang di tujukan kepada sesebuah organisasi yang besar di mana terdapat seorang pengarah dan di bawahnya mempunyai banyak ketua jabatan. Melalui ketua organisasi penting bagi memastikan ketelusan dan tiada keputusan di buat tanpa pengetahuan pengarah organisasi.

Nombor Rujukan Untuk tujuan fail dan memudahkan urusan surat-menyurat. Nombor rujukan surat ditulis pada sudut kanan, dilangkau dua baris di bawah garis melintang. Cara menulis nombor fail bergantung kepada cara yang ditetapkan oleh pejabat mengikut kesesuaian sesuatu kementerian atau organisasi. Surat hendaklah mempunyai nombor rujukan fail supaya mudah dikesan untuk tindakan lanjut. Nombor rujukan hendaklah di catat seperti di dalam contoh.

Tarikh Ditulis di sudut sebelah kanan surat pada baris yang sama dengan baris akhir alamat penerima. Tarikh ditulis dalam bentuk angka, bulan yang ditulis dengan huruf besar, tahun dan diletakkan tanda noktoh. Tarikh selalunya di tulis dengan penuh dan bukan dalam bentuk digit. Sebagai contoh jika 17/3/2008 ianya akan di tulis 17 MAC 2008.

Untuk Perhatian Ditulis dalam kurungan, bersama dengan nama pegawai tertentu yang ingin ditujukan.

Kata Penghadapan Surat Bermaksud panggilan atau rujukan kehormat kepada penerima. Ditulis langkau 2 baris dan sejajar dengan alamat penerima surat. Tanda koma perlu ditaip dihujung. Surat yang di tujukan kepada agensi kerajaan hendaklah di mulakan dengan Tuan. Jika surat tersebut di tujukan khusus kepada Ketua Jabatan yang mempunyai gelaran kebesaran hendaklah di dahului dengan kata hormat dan gelaran kebesarannya. Contoh : Yang Berbahagia Dato,

Perkara/Tajuk Ditulis langkau 2 baris di bawah kata penghadapan, iaitu sejajar dengan nama dan alamat pengirim dan penerima. Tajuk di tulis dalam huruf besar tanpa sebarang noktah atau pun di gariskan untuk menunjukkan penekanan kepada perkara yang ingin di sampaikan. Ianya mestilah pendek, ringkas dan tepat dan sepadan dengan isi yang tercatat di dalam surat Gunakan huruf besar pada semua huruf,dihitam atau digariskan. Tidak perlu noktah diakhir tajuk..Setiap surat seboleh-bolehnya dihadkan kepada satu tajuk (atau perkara) sahaja.

Pemerengganan

Pada kebiasaannya perenggan pertama tidak di nomborkan kerana di sini tiada isi penting yang di tekankan hanyalah penyataan semula berkenaan dengan tajuk surat tersebut. Perenggan pertama perlu ditulis selang dua baris dibawah tajuk dan dimulakan sejajar dengan tajuk, nama dan alamat pengirim serta penerima Perenggan pertama (pendahuluan) tidak bernombor dan dimulakan dari tepi sebelah kiri surat. Perenggan kedua dan seterusnya perlu bernombor dan ditulis di tepi.

Penutup surat Perlu ringkas,tepat dan sesuai dengan tujuan dan hasrat surat berkenaan. Tidak memerlukan nombor. Contoh : Sekian,terima kasih

Cogan kata Perlu ditulis jika surat rasmi adalah atas urusan rasmi. Ianya akan di tulis dengan huruf besar untuk memberi penekanan kepada motto tersebut dan menunjukkan kepentingannya. Ditulis di bawah penutup surat dan ditulis dengan huruf besar menggunakan tanda bacaan pembuka dan penutup pengikat kata dan dihitamkan. Contoh: BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Pemerengganan Pada kebiasaannya perenggan pertama tidak di nomborkan kerana di sini tiada isi penting yang di tekankan hanyalah penyataan semula berkenaan dengan tajuk surat tersebut. Perenggan pertama perlu ditulis selang dua baris dibawah tajuk dan dimulakan sejajar dengan tajuk, nama dan alamat pengirim serta penerima Perenggan pertama (pendahuluan) tidak bernombor dan dimulakan dari tepi sebelah kiri surat. Perenggan kedua dan seterusnya perlu bernombor dan ditulis di tepi.

Penutup surat Perlu ringkas,tepat dan sesuai dengan tujuan dan hasrat surat berkenaan. Tidak memerlukan nombor. Contoh : Sekian,terima kasih Cogan kata Perlu ditulis jika surat rasmi adalah atas urusan rasmi. Ianya akan di tulis dengan huruf besar untuk memberi penekanan kepada motto tersebut dan menunjukkan kepentingannya. Ditulis di bawah penutup surat dan ditulis dengan huruf besar menggunakan tanda bacaan pembuka dan penutup pengikat kata dan dihitamkan. Contoh: BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Pengakuan Tanggungjawab Setiap surat biasanya perlu di sesuaikan dengan pembuka surat. Yang Benar atau Yang Menurut Perintah adalah yang terbaik untuk kebanyakan surat rasmi. Ditulis sebelum tandatangan. Huruf pertama pada perkataan pertama hendaklah menggunakan huruf besar dan perkataan lain ditulis dalam huruf kecil dan tanda koma diletakkan di akhir ayat. Ditulis disebelah kiri sejajar dengan penutup dan perlu langkau dua baris ke bawah

3.0 STRUKTUR SURAT KIRIMAN RASMIPada kebiasaannya surat rasmi akan ditulis mengikut urutan seperti di bawah:Pengenalan Pengirim Penerima

Isi Surat Perkara Pengenalan isi Isi utama/Isi Sokongan

Penutup Harapan Akhir kata Slogan (Mengikut keadaan) Ungkapan kesetiaan/pengakuan Tanda tangan/ nama/ jawapan

4.0 LARAS BAHASA SURAT KIRIMAN RASMILaras bahasa Laras bahasa bermaksud jenis bahasa yang sesuai dengan tujuan dan suasana yang didukungnya. Laras bahasa yang digunakan haruslah bersifat formal. Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat. Bahasa yang digunakan mestilah baku dan betul dari segi ejaan dan tanda baca Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa dalam penulisan surat rasmi

Penggunaan Ganti Nama Diri Dalam surat menyurat secara rasmi terdapat peraturan yang khusus dalam penggunaan ganti nama diri. Kita tidak boleh menggunakan kata ganti diri sesuka hati ketika menulis surat rasmi kerana laras bahasa yang digunakan di dalam surat rasmi adalah formal. Pada kebiasaanya kata ganti nama seperti saya di gunakan untuk jumlah tunggal manakala kami untuk jumlah yang ramai mewakili jabatan atau institusi. Untuk kata ganti nama diri kedua, tuan dan puan digunakan. Ia adalah rujukan natural yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat atau keturunan. Bagi gelaran kehormat seperti Yang Berbahagia,Yang Berhormat, Yang Arif, Yang Dimuliakan boleh digunakan.

5.0 FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI

Kerangka Format Surat Kiriman RasmiNama & Alamat Jabatan ( Sedia Tercetak ) Tel : ( Tercetak ) No. Fax : Ruj. Kami : Tarikh : 02 MAC 2009

Jawatan ( Penerima surat ) Alamat Tuan, Tajuk Surat - Ringkas & Tepat ( Bold/ Garisan ) Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. .................................( Isi surat ).................................................................. .................................................................................................... 3. .................................................................................................................. 3.1 .................................................................. 3.2 .................................................................. 3.2.1 ............................................................ atau a, b, c Penutup ( Tidak bernombor ) Sekian, terima kasih. `BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ( Slogan ) `Cintailah Bahasa Kita Saya yang menurut perintah, .................( t. t )...................... ( ALI B. ABU ) Jawatan & Alamat s.k. 1. ................................ ( Jawatan ) 2. Fail MRS/ M4P

4.0 CONTOH PENULISAN SURAT KIRIMAN RASMIHazrulnizam bin Abdul Rahman Pengajian Sains dan Matematik, Institut Perguruan Islam Bangi, Bangi, Selangor

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Latihan Aras 4, 5 & 6, Blok C1, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRA JAYA (UP: Unit Pengiktirafan Kelayakan)

17/2/2008

Tuan, PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN IJAZAH Saya Hazrulnizam bin Abdul Rahman, No. K.P 830923-03-5301, memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi pengiktirafan kepada ijazah saya. Pengiktirafan ini perlu kerana saya sedang mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah di Institut Perguruan Islam Bangi (IPIS) dan IPP memerlukan pengiktirafan tersebut.

2. Berikut adalah maklumat bekenaan ijazah tersebut: Nama kursus : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) Institut : Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Tarikh Tamat : September 2006 3. Di sini di sertakan salinan kad pengenalan dan ijazah saya sebagai rujukan pihak tuan.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian Terima Kasih

Hazrulnizam bin Abdul Rahman 830923-03-5301

KEMBALI

LOGO

MEMO

Memo Memo merupakan ringkasan daripada perkataan memorandum yang bertujuan untuk mengingatkan individu atau kumpulan tertentu berkenaan sesuatu perkara Terdapat beberapa peranan Memo iaitu;

Memberikan arahan Membuat pengumuman Memberikan penjelasan Menyampaikan pengumuman Memohon sesuatu perkara @ memberi cadangan Menyediakan maklumat @ penerangan Membuat pembetulan tentang sesuatu polisi syarikat @ organisasi

Memo

tidak mempunyai format yang khusus Memo mengandungi maklumat tentang;APA

M

Merujuk perkara yang dinyatakan

BILA

Tarikh memo / tarikh sesuatu perkara berlaku / tarikh penerimaan perlu bertindak

SIAPA

Pengirim & penerima memo Cara penerima bertindak terhadap perkara yang dinyatakan

BAGAIMANA

MENGAPA

Kepentingan penerima melakukan sesuatu

KEMBALI

LOGO

KERTAS KERJA

Kertas Kerja Bermaksud hasil tulisan untuk dibentangkan kepada khalayak Khalayak terdiri daripada; Kumpulan kecil (jawatankuasa projek) Kumpulan besar (peserta seminar / persidangan)

Disediakan dengan terperinci untuk memberi maklumat & penerangan @ atau mendapatkan kelulusan menjalankan sesebuah projek Dua jenis kertas kerja;i. ii. Kertas kerja bagi pembentangan di seminar Kertas kerja bagi projek / kajian

Ciri- ciri umum kertas kerjaKertas Kerja Bagi Pembentangan di seminar i. ii. Tajuk Nama pembentang kertas kerja

iii. Nama intitusi iv. Abstrak (sinopsis / ringkasan)

v.

Pengenalan

vi. Sorotan kajian vii. Metodologi viii. Analisis data / dapatan

ix. Perbincanganx. Lampiran Description of the contents

Ciri-ciri umum kertas kerjai. Kertas kerja Projek / Kajian ii. Tajuk Latar belakang / rasional

iii. Objektif / Matlamativ. Jangka masa yang diperlukan v. Kumpulan sasaran

vi. Andaian-andaian halangan

vii. Anggaran belanjawanviii. Penubuhan Jawatankuasa ix. Menentukan jadual tugas x. Perlaksanaannya

Panduan umum cara menulis kertas kerja

Tajuk-Bergantung kepada tujuan kertas kerja tersebut -Merangkumi semua idea utama yang hendak disampaikan -Tajuk hendaklah ringkas (tidak melebihi 15 patah perkataan)

Nama penulis & Institusi-Nama penulis hendaklah ditulis penuh -Nama intitusi tempat projek @ kajian dilaksanakan hendaklah dinyatakan (kertas kerja projek / kajian)

Abstrak-Merupakan kandungan & tujuan penulisan kertas kerja -Ditulis tidak terlalu panjang (100-150 p.p) -Selalunya ditulis selepas kertas kerja siap -Penting kerana pembaca dapat mengetahui maklumat keseluruhan yang terdapat di dalam kertas kerja

Pengenalan-Latar belakang yang memaparkan aspek yang berkaitan dengan tajuk secara keseluruhan tetapi ringkas -Menyatakan apa yang hendak disampaikan -Kebiasaan ditulis tidak melebihi 1 muka surat (mengikut kesesuaian)

Objektif-Terbahagi kepada dua; -Matlamat / tujuan menulis kertas kerja i. objektif umum ii. Objektif khusus

Petikan / kutipan-Segala petikan yang dimuatkan di dalam kertas kerja hendaklah disemak mengikut gambar asal & dinyatakan sumbernya -Tidak mempunyai sebarang pindaan / perubahan sebagaimana petikan asal

Senarai rujukan / Bibliografi-Rujukan yang dinyatakan di dalam teks hendaklah dicatata dalam senarai rujukan

KEMBALI

LOGO

MINIT MESYUARAT

APA ITU MINIT MESYUARAT?Merupakan dokumen bertulis yang merekodkan perkara-perkara yang dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat Ia menyatakan individu yang terlibat, cadangan, agenda, keputusan dan tindakan. Penguasaan bahasa yang baik amat diperlukan. Ia mesti dicatatkan jelas, lengkap dan isinya tepat

KONSEPMinit mesyuarat merupakan sejenis karangan yang berbentuk laporan yang ditulis oleh setiausaha mesyuarat dalam format yang khusus. Perkara yang dilaporkan berupa ringkasan perbincangan dan ketetapan yang diperoleh dalam sesuatu mesyuarat, Format yang digunakan pula ditetapakan oleh institusi atau pertubuhan yang berkenaan.

KANDUNGAN MINIT MENSYUARATNombor rujukan. Menyatakan bilangan mesyuarat sama ada kali pertama, kedua atau berikutnya. Perkara-perkara berbangkit. Menyenaraikan perkaraperkara yang ditimbulkan dalam minit mesyuarat lepas. Agenda. Butiran perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat berkenaan.

Tajuk menyatakan dengan jelas mengenai mesyuarat berkenaan. Misalnya, Minit Mesyuarat Program Lawatan ke Zoo Negara.

Pengesahan minit mesyuarat lalu. Ruangan ini memasukkan nama pencadang dan penyokong yang mengesahkan minit mesyuarat.

Hal-hal lain. Mencatatkan perkara-perkara lain yang timbul yang tidak dimasukkan dalam agenda mesyuarat.

Kehadiran. Nama ahli yang hadir dicetak sepenuhnya. Ahli yang tidak hadir dimasukkan dalam senarai ahli tidak hadir.

Kata aluan pengerusi. Ruangan catatan ucapan pengerusi semasa memulakan meysuarat.

Ucapan penangguhan. Pengerusi menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih disusuli penangguhan mesyuarat.

CIRICIRI MINIT MESYUARAT BERKUALITIi) Format PKPA 2/1991 Format minit mesyuarat yang diperakukan oleh Kerajaan Malaysia terdapat dalam Lampiran A Pekeliling Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991 (PKPA 2/1991)

ii) Minit Disediakan Secepat Mungkin Draf minit untuk kelulusan Pengerusi hendakalah dikemukakan kepada Pengerusi untuk mendapat persetujuan tidak lewat daripada tiga hari selepas tarikh mesyuarat diadakan.

iii) Minit Diedarkan Minit mesyuarat yang telah diluluskan oleh Pengerusi mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat tidak lewat daripada satu minggu selepas tarikh mesyuarat diadakan. PKPA 2/1991, Peraturan 5 (c) (i).

iv) Minit Padat Catatan minit mesyuarat hendaklah direkodkan secara padat, tepat dan jelas. Catatan setiap perkara yang dibincangkan hendaklah diikuti dengan nota yang menunjukkan sama ada tindakan lanjut diperlukan atau untuk makluman sahaja. PKPA 2/1991, Peraturan 5 (iv). v) Tiada Kolum PKPA 2/1991 tidak mencatatkan keperluan kolum untuk minit. Intan dan agensi kerajaan yang utama mematuhi pekeliling itu. Kami mematuhi PKPA dan Manual Latihan Pengurusan Mesyuarat dan Jawatankuasa Kerajaan yang dikelarkan oleh MAMPU, kata Encik (Shahril Anuar Ahmad, Pegawai INTAN Kawasan Utara).

vi) Tindakan Perkataan dikanankan.

Tindakan

dihitamtebalkan

dan

vii) Penomboran Baik ikut sistem perpuluhan atau gabungan perpuluhan, huruf kecil dalam kurungan dan angka Roman kecil dalam kurungan.

viii) Jangan Ada-adakan Yang Tak Perlu Tidak perlu nama dan tandatangan setiausaha di akhit mnit. Kenyataan disemak oleh Pengerusi, ruangan tandatangan dan namanya juga tidak perlu. Rasional : nama setiausaha sudah ada dalam senarai; minit disahkan dalam mesyuarAT bukan oleh Pengerusi. Tak perlu dicatat disemak oleh Pengerusi kerana itu tugas rutinnya.

viiii) Ada Sistem Pengesanan Urusetia bertanggungjawab mengesan perlaksanaan keputusan mesyuarat dengan menggunakan borang khas (Lampiran B), PKPA 2/1991, Peraturan 5 (vi).

Penulisan minit mesyuarat mestilah ringkas, tepat dan padat kerana laras bahasanya bersifat formal

Dalam situasi formal, kata ganti diri pertama dan kedua tidak digunakan.

GAYA BAHASA

Semasa menulis minit mesyuarat, ayat-ayat yang digunakan perlu menggambarkan keputusan yang dibuat berdasarkan persetujuan ahli-ahli mesyuarat. Misalnya, Mesyuarat telah bersetuju menerima sepatutunya ditulis Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa.

Gaya bahasa minit mesyuarat juga berbentuk ungkapan yakni kata-kata tertentu yang dijadikan ungkapan khusus seperti mesyuarat maklm, mesyuarat menerima pandangan dan mesyuarat membuat ketetapan.

CONTOH MINIT MESYUARAT

KEMBALI

LOGO

KARYA KREATIF

PENULISAN KREATIF PROSA PUISI

PENGENALAN Penulisan kreatif ialah sejenis penulisan yang menggunakan bahasa secara imaginasi dan figuratif. Penulisan kreatif terdapat dalam pelbagai bentuk persembahan. Antaranya ialah : prosa puisi rencana Hasil penulisan kreatif dikategorikan sebagai komunikasi bertulis. Ini kerana penulisan kreatif berfungsi untuk menyampaikan mesej tertentu dalam bentuk yang lebih menarik.

Proses penulisan 6 proses (menurut Rozakis -1997)Perancangan - Pengumpulan idea dan fokus pemikiran. Bentuk - Cari jalan yang terbaik bagi menyusun bahan. Draf - Tulis idea dalam bentuk ayat dan perenggan. Semak - Lihat semula draf dan fikir semula mengenai idea. Bahagian ini Terdapat penambahan,pembuangan, ubah tempat atau penulisan semula. Kadangkadang dilakukan secara drastik atau sedikit. v. Edit - Baca semula bagi mengenal pasti kesilapan teknikal seperti ejaan , tatabahasa, tanda bacaan, huruf besar dan lain-lain. vi. Proof read. Semak draf bagi melihat kesilapan tipo i. ii. iii. iv.

Ciri-ciri penulisan kreatifi. ii. Penggunaan wacana pelukisan - Gambaran perasaan dan pengalaman penulis kepada pembaca dengan lebih berkesan. Penggunaan bahasa kiasan - Bertujuan untuk menghidupkan jalan cerita di samping mewujudkan keindahan sesuatu penulisan. Penggunaan bunga bahasa - Keterangan mengenai sesuatu hal yang disampaikan secara perbandingan agar lebih berkesan. (Rahman Shaari -1989) Bernada puitis - Penggunaan bahasa kiasan, kata-kata yang indah serta lembut. Pemilihan diksi dengan berhati-hati Bersifat imaginatif - Berbeza daripada penulisan ilmiah. Bersifat ambiguiti (ketaksaan) - unsur kekaburan dan ketidakjelasan yang digambarkan dalam laras bahasa kreatif.

iii.

iv.

v. vi. vii.

PROSA

KONSEP Prosa merupakan salah satu karya dalam kategori penulisan kreatif. Prosa merupakan karya kesusasteraan yang dihasilkan sama ada dalam zaman moden mahupun zaman klasik. Ia lebih kepada penonjolan usaha-usaha penulis dalam mengeksploitasikan pengalaman atau idea melalui bahasa. Ia juga merupakan karya yang mengandungi unsur keindahan dari segi bahasa, bentuk dan idea. Prosa adalah hasil daripada pengalaman, idea, ilham atau bakat penulis. Hasil gerapan ini disampaikan dalam bentuk, bahasa serta idea yang menarik.

Cerpen

Novel

Drama

Sketsa

Dialog

Hikayat

Penglipur Lara

Cerita Jenaka

CIRI-CIRI PROSA moden Jumlah perkataan yang telah ditetapkan. Contoh : Cerpen - jumlah perkataan antara 500 2000 patah kata Novel - jumlah perkataan melebihi 10 000 patah kata. Latar yang berbeza. Contoh : Cerpen - mempunyai latar yang terbatas Novel - mempunyai latar yang bebas Mempunyai satu tema.

Watak yang berbeza. Contoh : Cerpen - mempunyai watak yang terbatas. Novel - mempunyai watak yang bebas. Prosa moden mempunyai plot cerita.

CIRI-CIRI PROSA klasik Prosa klasik juga dikenali sebagai prosa tradisional. Prosa klasik lebih bersifat kolektif iaitu milik bersama masyarakat. Prosa klasik juga bersifat feudal iaitu mempunyai tema, watak serta latar) Perkembangan prosa klasik ini tidak terbatas oleh zaman, tarikh dan waktu Prosa ini mempunyai banyak versi. Ini kerana terdapat banyak tokok tambah cerita sewaktu penyampaian cerita dilakukan. Prosa ini juga mempunyai ciri-ciri budaya sesebuah masyarakat setempat. Kebanyakkan cerita dalam prosa ini terdapat mitos dan l lagenda. Contoh prosa klasik ini ialah Hikayat Malim Demang, Si Tanggang, Puteri Gunung Ledang, Mahsuri.

GAYA BAHASA Prosa biasanya mempunyai irama, rentak dan nada yang menarik. Ia penting bagi mendapatkan suasana dan latar yang sebenar dalam karya.

Bagi menarik minat pembaca, gaya bahasa memainkan peranan yang penting. Terdapat pelbagai gaya bahasa yang digarap dalam prosa bagi menarik minat pembaca. Penulis sering menggunakan gaya bahasa iaitu bahasa asing, peribahasa, diksi, bahasa dialek, sinis, hiperbola, imejan, simbolik serta bahasa perbandingan.

PUISI

KONSEP Puisi merupakan satu hasil karya penulisan kreatif . Ia merupakan hasil karya seni yang dihasilkan oleh penulis berdasarkan kepada kepekaan dalam melihat, merasa dan memerhati sesuatu dalam kehidupan seharian serta persekitaran. Puisi mengandungi unsur-unsur estetik. Unsur-unsur estetik adalah perkara yang melibatkan keindahan, kehalusan dan keseniaan bahasa. Ia berfungsi sebagai alat komunikasi bertulis.

CIRI-CIRI PUISI moden Mempunyai jumlah baris yang tidak terbatas dan tidak terikat. Mempunyai jumlah suku kata yang tidak terbatas dan tidak terikat.

Mempunyai rima akhir yang bebas. Ia mengemukakan satu gambaran . Ia juga merupakan satu catatan jiwa penulis Ia merupakan satu garapan seni yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca.

CIRI-CIRI PUISI klasik Ia merupakan satu hasil seni yang berangkap. Mempunyai jumlah baris yang terikat dan tetap. Mempunyai jumlah suku kata yang terikat dan tetap. Mempunyai rima akhir yang tertentu dan tetap.

GAYA BAHASA

Penulisan puisi perlu pada kepelbagaian gaya bahasa.

Ia bertujuan untuk menarik minat pembaca serta mengukuh satu perkara yang ingin disampaikan. Antara gaya bahasa yang sering digunakan dalam puisi seperti berikut : Anafora Epifora Simili Hiperbola Ironi Asonansi Aliterasi

Setiap gaya bahasa yang digunakan mempunyai fungsi yang tersendiri. Antara sebahagian fungsi-fungsinya adalah : Pengulangan - anafora ( pengulangan kata di awal kata) dan epifora (pengulangan di akhir baris). Simili - penyamaan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Hiperbola - unsur gaya yang melampau. Paradoks - makna dalam pengertian yang bertentangan. Aliterasi dan Asonansi - membentuk maksud yang tersurat dan tersirat.

CONTOH PUISI MODEN

CONTOH PUISI KLASIK

KEMBALI

LOGO

LAPORAN

LaporanKamus Dewan (1996)Laporan ialah berkenaan sesuatu kedudukan

Oxford English DictionarySesuatu kenyataan format hasil daripada sesuatu penyelidikan / Sebarang maklumat lengkap tentang sesutu hal yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik / sesebuah badan yang diarahkan untuk menyampaikannya

Ellis & Hopkins (1985)Laporan ialah dokumen yang digunakan bagi menyampaikan Maklumat khusus kepada pembaca tertentu

Description of Ab Rashid & Yapsub contents Ab. Rahman the companys kim Fatt ( 1998)Digunakan oleh golongan profesional untuk membuat sesuatu projek , mengesan masalah & mengambil tindakan untuk mengatasi sesuatu masalah, menentukan strategi pemasaran @ untuk menilai kejayaan sesuatu rancangan

Laporan mempunyai format khusus yang meliputi tajuk / judul, ringkasan, senarai kandungan, pengenalan, senarai cadangan, penutup, lampiran & laras bahasa yang formal

1) STRUKTUR & GAYA YANG FORMAL Penulisan laporan biasanya membuat kesimpulan setelah mengkaji, menilai & mengupas bukti-bukti yang dikategorikan. Kesimpulan adalah penting sebagai pelengkap tujuan laporan sehingga penulis perlu mendapat maklumat lanjut yang lebih lengkap

CIRI CIRI LAPORAN3)PERNYATAAN PENDAPAT 2)PEMBENTANGAN BERILUSTRASI

Hujah, penerangan & maklumat boleh diperjelaskan dengan menggunakan gambar rajah, graf, carta & sebagainya

FUNGSI LAPORANPenulis laporan hendaklah memahami kehendak atau keperluan pembaca atau sasaran

Tujuan laporan tersebut dinyatakanHal ini akan melahirkan laporan yang lengkap dan berguna

FORMAT LAPORAN1. Mengandungi nama penulis, organisasi, tajuk laporan, tahun,tarikh, nama / rujukan orang / organisasi yang menjadi sasaran

8. Bahan-bahan yang digunakan semasa menyiapkan laporan khususnya laporan ilmiah 7. Setiap cadanagn perlu dihujah & dihuraikan dengan alasan (justifikasi) yang konkrit

Judul

Rujukan/ Bibiliografi

2. Sinopsis keseluruhan kandungan laporan berekenaan

CadanganAbstrak

Kesimpulan3. Mengandungi tajuk, subtajuk & lampiran

Senarai kandungan Pengenalan

Huraian data

6. Rumusan & cadangan yang berkaitan dengan laporan

4. Latar belakang laporan, kaedah penyelidikan & penghargaan

5. Data yang diperolehi yang ingin dilaporkan & disusun mengikut topik & subtopik khusus

Jenis-jenis laporan1. Pemberian / penyelidikan Tujuan adalah untuk memberi gambaran tentang sesuatu perkara agar pembaca dapat mentafsir sesuatu yang digambarkan itu dengan jelas Memerlukan gambaran yang jelas dan lengkap tanpa memasuki emosi penulis 2. Penyelesaian Masalah - Tujuan adalah untuk menyediakan satu rancangan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. - Contohnya : La[oran tentang masalah kemerosotan disiplin pelajar - Penulis hendaklah mempunyai daya fikir yang kretif dan kritis & penaakulan yang mendalam agar punca masalah dapat dikesan dan diberi cadangan penyelesaiannya

-

-

Fakta yang tepat & disokong dengan gambar, carta, gambar rajah dan sebagainyaPenyusunan yang rapi & spesifik agar fakta tidak berulang

3. Analisis

Jenis laporan4. Penilaian

- Tujuan adalah untuk menganalisis sesuatu sebelum tindakan diambil - Memerlukan penelitian secara terperinci terhadap sesuatu perkara supaya dapat dijelaskan bagaimana sesuatu bahagian itu berfungsi & apakah kaitannya dengan bahagian yang lain. - Dilaksanakan dengan mendalam dan terperinci - Objektif laporan adalah tersusun - Contohnya ; laporan tentang kuasa beli, cita rasa pembeli dan sebagainya

- Biasanya digunakan untuk menilai sesuatu seperti laporan prestasi seseorang pegawai - Biasanya laporan ini sulit - Laporan ini mesti tepat agar keputusan yang akan diambil adalah betul

KEMBALI

LOGO

RENCANA

KONSEP Rencana juga dikenali sebagai artikel. Ia boleh ditulis untuk terbitan surat khabar, majalah atau jurnal. Rencana untuk terbitan majalah atau surat khabar selalunya berbentuk bacaan umum serta tidak berbentuk akademik. Rencana untuk terbitan jurnal adalah bersifat lebih serius serta berbentuk akademik. Rencana berbentuk jurnal diterbitkan untuk pembaca yang khusus seperti jurnal psikologi untuk bacaan khusus untuk kaunselor, pensyarah dalam bidang psikologi.

Perbezaan rencana Rencana untuk akhbar lebih pendek berbanding dengan penulisan di majalah atau jurnal. Rencana untuk jurnal mempunyai format yang tertentu. Contoh jurnal perbentangan kertas kerja. Rencana untuk majalah mengikut kategori yang ditetapkan.

Kategori rencana majalah (SHIRLEY BIAGI-1989, Hal 23-24)

i. ii. iii. iv. v.

Judul Nama pengarang Institusi Abstrak Pengenalan

vi. vii. viii. x. xi.

Sorotan kajian Metodologi Analisis data Dapatan/rumusan Perbincangan/

Ciri-ciri rencana Makluman - Informasi yang tepat dengan menggunakan bahasa yang mudah. Arahan - Mesti disusun mengikut langkah demi langkah agar tidak mengeliru pembaca. Profil - Kemahiran penulis mengambil bahan, serta membuat penerangan. Sejarah - Tarikh amat penting. Pastikan tidak wujud gap antara peristiwa dan masa. Pengalaman - Penyampai penulis mesti bertepatan dengan pengalaman tersebut.

Inspirasi

- Tidak memasukkan unsur negatif serta kekecewaan dalam rencana berbentuk motivasi. Humor - Berdasarkan imej, gambaran daripada kata-kata dan yang diluar jangkaan. Penyelidikan Berdasarkan bahan primer dan bukan bahan sekunder. Sumber yang boleh dipercayai. Pandangan - Dikemukakan daripada satu peringkat ke peringkat yang lain hingga terbukti dan meyakinkan.

KEMBALI

LOGO

KRITIKAN/ ULASAN

DEFINISI Kamus Dewan huraian berkenaan sesuatu, komentar, kupasan, dan tafsiran. Ulasan buku kupasan isi sesebuah buku yang dibuat oleh pengkritik buku (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hal.1513) Walaupun kritikan dan ulasan selalu dilihat dalam konteks komunikasi bertulis, terdapat juga ulasan buku yang dibuat secara lisan dalam kuliah dan juga siaran radio dan televisyen. Ia juga tidak terhad kepada buku-buku dan artikel sahaja malah meliputi filem, teater, drama, kertas kerja dan sebagainya. Kritikan / ulasan yang diterbitkan mempunyai dua fungsi utama iaitu secara deskriptif dan penilaian. Memberi idea umum berkenaan kandungan buku dan memberi kritikan daripada segi kekuatan dan kelemahan buku tersebut panjangnya 250-500 patah perkataan.

Buku istimewa seperti ensiklopedia yang ada multi jilid panjangnya 1000 patah perkataan. Buku-buku bermerit tinggi panjangnya 1500 patah perkataan.

KEMAHIRAN KHUSUS PERLU BAGI PENGULAS

Mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang hendak ditulis

Mendapat gambaran yang menyeluruh dan jelas berkenaan buku, artikel ataupun perkara lain yang hendak ditulis.

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan buku, artikel ataupun perkara lain yang hendak diulas.

Kecekapan berbahasa.

Menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Menguasai perbendaharaan kata dan istilah-istilah yang persis, tepat dan jitu.

TEKNIK KHUSUS BAGI PENGULAS Teknik Sarton ulasan buku disarankan oleh Sarton (Walford, 1986, hal 10) Membaca buku sambil membuat nota dan mencatat nombor halaman yang penting. Mengenal pasti subjek buku. Melihat kelayakan pengarang dan tujuan buku. Penilaian: o Sejauh manakah buku tersebut mencapai matlamatnya? o Adakah sumbangan tersebut daripada segi pendekatan yang baru berdasarkan bahanbahan primer, ataupun sekadar menggunakan bahan-bahan sekunder? o Bagaimana kedudukan buku ini apabila dibandingkan dengan buku-buku lain dalam subjek yang sama? o Adakah buku ini mengisi kekosongan atau complimentary kepada buku-buku yang mempunyai subjek yang sama? Teknik Stuert ulasan buku (Walford, 1986, hal. 10-11): perlu disertakan maklumat bibliografi yang terperinci termasuk edisi terdahulu sekiranya ada; Kelayakan pengarang; Subjek; matlamat; tahap penilaian; Perbandingan dengan buku yang sama; Khalayak pembaca yang dicadangkan; Tandatangan dan institusi pengulas.

10 PANDUAN KEPADA PENGULAS DARIPADA WOLPER (WALFORD, 1986, HAL. 11) Penilaian haruslah merupakan analisis yang menyeluruh. Penilaian harus menyatakan apa yang pengarang terlepas pandang atau secara sengaja tidak memasukkannya. Pengulas mestilah memberi justifikasi pada kritikannya. Kata-kata pengarang janganlah dikaburi. Kalau ada perkara yang dikatakan oleh pengarang wajar disebut, pembaca harus diberi tahu. Judul yang tersirat maknanya mestilah dijelaskan. Walau apa jenis bukupun, pengulas harus ingat seorang pembaca lain tidak akan mengambil perjalanan yang sama dengan pengulas, oleh itu sediakan ulasan yang lebih luas pada subjek sekiranya perlu. Mulakan ulasan dengan suatu kutipan yang menarik atau remark sekiranya boleh. Elakkan jargon, klise, pengulangan dan ineptness. Ulas dengan tepat walaupun verification is a mandane chore.

CONTOH ULASAN BUKU-oleh Shaharom TM Sulaiman (2000) dalam ruangan Melayar Buku, Majalah Massa

KEMBALI

LOGO

TEKS UCAPAN

DEFINISI Menurut Kamus Dewan (1996), ucapan bermaksud apa yang diucapkan, perkataan, syarahan,pidato, kata-kata penghargaan, ataupun kata-kata yang melahirkan terima kasih.

Ucapan merupakan penglahiran idea secara lisan yang diucapkan kepada khalayak dalam bentuk berpidato. Teks ucapan adalah tulisan yang dijadikan sebagai asas dalam penyampaian sesuatu ucapan.

BAGAIMANA MENULIS TEKS UCAPAN? PENULISAN teks ucapan perlu persediaan yang teliti agar penyampaian dan khalayak tidak kecewa pada akhir penyampaian ucapan.Terdapat 3 tahap utama dalam menulis teks ucapan iaitu :Prapenulisan Penulisan penyuntingan

1) 2) 3)

Penulis mengupas persoalan Berdasarkan pendapat orang Lain. Idea tidak terhad kepada Pendangan sendiri kerana Melangkaui pandangan Orang lain.

Penulisan Bebas

Penulis menulis apa sahaja yang Terlintas di fikirannya dalam Tempoh 5 ke 10 minit tanpa Henti dan tidak memikirkan sama Ada susunan itu logik atau tidak

Dialog Imaginasi

PRA PENULISAN

Penulisan Berfokus

Penulis berbincang dalam kumpulan Kecil dan saling bertukar-tukar idea. Daripada perbincangan, idea dirumusKan dan dijadikan kandungan utama ucapan

Percambahan Fikiran

Penulis menumpukan kepada Persoalan utama perbincangan Dan mengambik kira khalayak

PENULISAN Teks ucapan boleh dibahagikan Kepada 3 bahagian iaitu: 1) Pendahuluan 2) Isi 3) Penutup Pada peringkat pendahuluan, penulis atau pengucap perlu Mengenalpasti hadirin di dalam majlis

SATU TARAF HADIRIN Tetamu yang terdiri daripada pemimpin yang Berperingkat menteri, orang kenamaan, pegawai tinggi Kerajaan ataupun swasta

DUA TARAF HADIRIN Dalam majlis tersebut terdapat 2 peringkat hadirin. i. Golongan di Raja ii. Golongan rakyat biasa menteri, orang Kenamaan, pagawai kerajaan ataupun swasta Dan sebagainya

Contoh Teks Ucapan

KEMBALI

LOGO