39995674-RPH-urus-diri

11
Sukatan Pelajaran: 1.3 Membuka dan memakai pakaian tanpa bantuan. 1.3.3. Prosedur memakai pakaian. -Pakaian berbutang . Deskripsi Pelajaran Hari Ini: Murid akan di latih untuk memakai pakaian yang berbutang dengan betul. Objektif: Membolehkan murid memakai pakaian berbutang dengan betul. Kemahiran Sedia Ada: Tahu kegunaan pakaian asas. Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 1. Letakan baju di atas meja, hadapan baju menghadap ke atas. 2. Capai baju dengan kedua tangan di kolar baju. 3. Palingkan baju menghadap pemakai. 4. Masukkan tangan kanan menyilang ke lubang lengan baju. 5. Kemudian, masukkan tangan kiri pula. 6. Rapatkan butang dengan lubangnya. 7. Masukkan butang ke lubang baju menggunakan kedua-dua jari tangan. 8. Setelah siap, tarik ke bawah supaya kemas. Bahan Bantu Mengajar: Gambar dan pakaian sebenar serta kad imbasan.

description

RPH-urus-diri

Transcript of 39995674-RPH-urus-diri

Page 1: 39995674-RPH-urus-diri

Sukatan Pelajaran: 

1.3 Membuka dan memakai pakaian tanpa bantuan.1.3.3. Prosedur memakai pakaian.-Pakaian berbutang .

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 

Murid akan di latih untuk memakai pakaian yang berbutang dengan betul.

Objektif: 

Membolehkan murid memakai pakaian berbutang dengan betul.

Kemahiran Sedia Ada: 

Tahu kegunaan pakaian asas.

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 

1. Letakan baju di atas meja, hadapan baju menghadap ke atas.

2. Capai baju dengan kedua tangan di kolar baju.

3. Palingkan baju menghadap pemakai.

4. Masukkan tangan kanan menyilang ke lubang lengan baju.

5. Kemudian, masukkan tangan kiri pula.

6. Rapatkan butang dengan lubangnya.

7. Masukkan butang ke lubang baju menggunakan kedua-dua jari tangan.

8. Setelah siap, tarik ke bawah supaya kemas.

Bahan Bantu Mengajar: 

Gambar dan pakaian sebenar serta kad imbasan.

Set Induksi: 

Tayangkan video murid sedang memakai pakaian yang berbutang. Murid atau guru beri komen apa masalah yang di hadapi oleh murid.

Page 2: 39995674-RPH-urus-diri

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada: 

Mengingat kembali pakaian asas.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid: 

Jelaskan apa yang akan di pelajari iaitu belajar cara memakai baju yang berbutang.

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid: Langkah Pertama

Sediakan gambar bagi setiap langkah di bawah. Tunjukkan gambar sebelum murid melakukan aktiviti dalam langkah-langkah berikut;1. Ambil baju sekolah lengan pendek. Buka butangnya dan hamparkan di atas meja, kolar bajuberhampiran dengan tepi meja dan hampir dengan model yang akan digunakan.

2. Tanya murid apa langkah seterusnya, dan bandingkan jawapan dengan gambar.

3. Bantu model secara lisan atau fizikal membongkok untuk mengambil bajunya.

4. Tanya di mana perlu baju dipegang. Bandingkan jawapan murid dengan gambar seterusnya.

5. Beri peneguhan sekiranya jawapan dapat di terima. Format ini diteruskan hingga akhiraktiviti.

Langkah Kedua

Murid mengikuti langkah-langkah berdasarkan gambar yang di berikan serta melalui bimbingan guru.1. Pegang baju di kolar dengan dengan kedua-dua belah tangan, hadapan baju bertentangan denganbadan.

2. Lepaskan pegangan di kolar sebelah kanan dan masukan tangan kanan ke lengan baju sebelahkiri. Masukkan tangan hingga sampai ke hujung serta tarik baju ke atas bahu kanan.

3. Tangan kanan pegang baju sebelah hadapan sambil itu masukkan tangan kiri ke lubang bajusebelah kiri.

4. Masukan tangan kiri hingga sampai ke hujung. Tarik lengan baju rapat ke atas bahu kiridengan tangan kanan.

5. Gunakan kedua belah tangan untuk merapatkan butang dengan lubangnya.

6. Butangkan baju menggunakan kedua-dua tangan.

Page 3: 39995674-RPH-urus-diri

7. Setelah siap, tarik baju ke bawah supaya nampak kemas.

Langkah Ketiga

1. Setiap murid disediakan dengan satu set siri gambar aktiviti ‘memakai baju berbutang’.

2. Murid susun di atas meja mengikut urutan yang betul. Guru atau rakan murid boleh memeriksa untukmemastikan susunan yang di buat adalah betul.

3. Jika murid membuat kesilapan, minta jelaskan mengapa disusun begitu. Terima jika sesuai danbetulkan jika perlu.

Latihan dengan Bimbingan: 

Guru membimbing murid semasa mengikuti langkah-langkah memakai baju yang berbutang berdasarkan gambar yang di beri.

Latihan Kendiri: 

Membuat latihan amali berpandukan carta gambar aktivit memakai baju yang berbutang. Tumpuan diberi kepada kemahiran membutang baju dan penggunaan motor halus.

Penutup Pengajaran: 

Guru meminta murid menyusun gambar mengikut urutan aktiviti. Beri peneguhan kepada murid yang dapat menyusunnya dengan tepat dan cepat.

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan: 

Membutang pakaian dari jenis yang lain. Contohnya, baju kemeja biasa.

Rujukan: Tiada

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid: Langkah Pertama

Sediakan gambar bagi setiap langkah di bawah. Tunjukkan gambar sebelum murid melakukan aktiviti dalam langkah-langkah berikut;1. Ambil baju sekolah lengan pendek. Buka butangnya dan hamparkan di atas meja, kolar bajuberhampiran dengan tepi meja dan hampir dengan model yang akan digunakan.

2. Tanya murid apa langkah seterusnya, dan bandingkan jawapan dengan gambar.

Page 4: 39995674-RPH-urus-diri

3. Bantu model secara lisan atau fizikal membongkok untuk mengambil bajunya.

4. Tanya di mana perlu baju dipegang. Bandingkan jawapan murid dengan gambar seterusnya.

5. Beri peneguhan sekiranya jawapan dapat di terima. Format ini diteruskan hingga akhiraktiviti.

Langkah Kedua

Murid mengikuti langkah-langkah berdasarkan gambar yang di berikan serta melalui bimbingan guru.1. Pegang baju di kolar dengan dengan kedua-dua belah tangan, hadapan baju bertentangan denganbadan.

2. Lepaskan pegangan di kolar sebelah kanan dan masukan tangan kanan ke lengan baju sebelahkiri. Masukkan tangan hingga sampai ke hujung serta tarik baju ke atas bahu kanan.

3. Tangan kanan pegang baju sebelah hadapan sambil itu masukkan tangan kiri ke lubang bajusebelah kiri.

4. Masukan tangan kiri hingga sampai ke hujung. Tarik lengan baju rapat ke atas bahu kiridengan tangan kanan.

5. Gunakan kedua belah tangan untuk merapatkan butang dengan lubangnya.

6. Butangkan baju menggunakan kedua-dua tangan.

7. Setelah siap, tarik baju ke bawah supaya nampak kemas.

Langkah Ketiga

1. Setiap murid disediakan dengan satu set siri gambar aktiviti ‘memakai baju berbutang’.

2. Murid susun di atas meja mengikut urutan yang betul. Guru atau rakan murid boleh memeriksa untukmemastikan susunan yang di buat adalah betul.

3. Jika murid membuat kesilapan, minta jelaskan mengapa disusun begitu. Terima jika sesuai danbetulkan jika perlu.

Latihan dengan Bimbingan: 

Guru membimbing murid semasa mengikuti langkah-langkah memakai baju yang berbutang berdasarkan gambar yang di beri.

Page 5: 39995674-RPH-urus-diri

Latihan Kendiri: 

Membuat latihan amali berpandukan carta gambar aktivit memakai baju yang berbutang. Tumpuan diberi kepada kemahiran membutang baju dan penggunaan motor halus.

Penutup Pengajaran: 

Guru meminta murid menyusun gambar mengikut urutan aktiviti. Beri peneguhan kepada murid yang dapat menyusunnya dengan tepat dan cepat.

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan: 

Membutang pakaian dari jenis yang lain. Contohnya, baju kemeja biasa.

Cara membuka dan memakai pakaian tanpa butang dan zip

PERANCANGAN SEBELUM MENGAJARSukatan Pelajaran: 

1.3 Membuka dan memakai pakaian tanpa bantuan.1.3.2. Prosedur membuka pakaian.-Pakaian tanpa butang dan zip.

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 

Mengajar murid membuka dan memakai pakaian tanpa butang dan zip dengan betul.

Objektif: 

Membolehkan murid membuka dan memakai pakaian tanpa butang dan zip dengan betul.

Kemahiran Sedia Ada: 

Tahu kegunaan pakaian asas.

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 

1. Murid berdiri tegak.

2. Tangan hulur ke hadapan.

3. Masukan kedua-dua tangan ke dalam lengan baju.

Page 6: 39995674-RPH-urus-diri

4. Angkat tangan ke atas.

5. Turunkan kedua tangan ke sisi secara perlahan. Masukkan kepala ke dalam baju dan keluar semua melaluileher baju.

6. Pegang bahagian bawah hujung baju, kiri dan kanan dan tarik ke bawah paras pinggang.

7. Kemaskan pakaian.

Bahan Bantu Mengajar: 

Gambar dan pakaian sebenar (T-Shirt, pull-over) dan kad perkataan.

PERMULAAN PENGAJARAN

Set Induksi: 

Murid di kehendaki mengasingkan pakaian mengikut kumpulannya;a. Pakaian berbutang.b. Berzip.c. Tanpa butang dan zip.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada: 

Mengingat kembali pakaian asas.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid: 

Jelaskan apa yang akan di pelajari iaitu belajar cara membuka baju tanpa butang dan zip.

PENYAMPAIAN ISI PELAJARAN

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid: Langkah Pertama

1. Murid berlakon sebagai model.

2. Pakaikan model dengan baju tanpa butang dan zip (baju T-shirt berbentuk leher bulat).

3. Model berdiri tegak di hadapan kelas.

4. Guru berdiri di hadapan murid.

Page 7: 39995674-RPH-urus-diri

5. Bantu masukkan tangan murid ke dalam lengan baju.

6. Angkat tangan murid ke atas supaya lubang kepala baju di atas kepala.

7. Perlahan-lahan turunkan tangan murid ke sisi dan pastikan kepala masuk ke dalam baju dan keluarsemula melalui lubang leher di baju.

8. Suruh murid tarik baju ke paras pinggang menggunakan kedua-dua belah tangan dengan memegang padabahagian bawah baju.

Langkah Kedua

1. Lakukan beberapa kali dengan murid yang berlainan sebelum ke semua murid melakukannya serentak.

2. Beri pujian atau peneguhan setiap kali murid dapat melakukan aktiviti dengan sempurna dan kemas.

Langkah Ketiga

Pudarkan bimbingan secara fizikal dan jika perlu gantikan dengan cara sedikit sentuhan sahaja.

PENILAIAN

Latihan dengan Bimbingan: 

Menggunakan kaedah ‘scafolding’, bermula dengan memberi bantuan secara fizikal dengan ketara dan beransur di pudarkan dan di gantikan dengan arahan lisan sahaja. Akhir sekali, segala bantuan di tiadakan, murid lakukan sendiri.

Alternatif 1

Menggunakan kaedah ‘backward chaining’(rantaian ke belakang). Murid di kehendaki melakukan aktiviti bermula dari fasa terakhir dan berundur ke belakang ke arah permulaan. Contohnya,a. Suruh murid tarik baju ke paras pinggang menggunakan kedu-dua belah tangan denganmemegang pada bahagian bawah baju.

b. Perlahan-lahan turunkan tangan murid ke sisi dan pastikan kepala masuk ke dalam baju dankeluar semula melalui lubang leher di baju.

c. Angkat tangan murid ke atas supaya lubang kepala baju di atas kepala, dan seterunya.

Page 8: 39995674-RPH-urus-diri

Latihan Kendiri: 

1. Guna komputer;a. Pilih dari gambar yang di sediakan.

b. Susun mengikut urutan langkah-langkah memakai baju tanpa zip atau butang denganbetul.c. Komputer akan memberi respon kepada susunan yang betul (dapat peneguhan atau markah).

2. Setiap murid guna komputer secara individu.

Alternatif 1

Guna lembaran kerja.-Pilih gambar aktiviti memakai baju tanpa zip atau butang yang betul.

Penutup Pengajaran: 

1. Mengadakan pertandingan memilih murid yang dapat membuka baju dengan pantas.

2. Bincang tentang respon murid dengan soalan yang di beri.

AKTIVITI LANJUTAN

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan: 

Memakai jenis pakaian yang lain.