486-944-1-SM.pdf

10
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 NAWAWI BAGI KEMAHIRAN PROSES SAINS MENGAWAL PEMBOLEHUBAH MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK ‘MUBPeMS’ Oleh: Munirah bt Ahmad Sabri, Sazli b Aziz @ Abdul Aziz Jabatan Sains, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected], [email protected] ABSTRAK Kemahiran proses Sains mengawal pembolehubah amat penting bagi murid dalam menjawab soalan. Pencapaian murid dapat ditingkatkan apabila murid mahir dan memahami pembolehubah sesebuah eksperimen. Menerusi instrumen yang digunakan seperti senarai semak pemerhatian dan analisis dokumen lembaran kerja, didapati murid melakukan kesilapan dalam kemahiran proses sains mengawal pembolehubah. Murid tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 Nawawi bagi kemahiran proses Sains mengawal pembolehubah dengan menggunakan kaedah mnemonik ‘MUBPeMS’. Kajian ini meliputi 5 orang murid Tahun 4 Nawawi iaitu seorang lelaki dan empat orang perempuan yang dipilih berdasarkan analisis dokumen lembaran kerja. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, pemerhatian, soal selidik dan ujian pra dan pasca. Kajian ini dibuat berdasarkan kaedah kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua peserta kajian dapat mengenalpasti dan mahir dalam menjawab soalan pembolehubah. Melalui kaedah mnemonik ini, murid dapat mengaplikasikan dan menggunakan kedah mnemonik ini dalam eksperimen serta ketika menjawab soalan berkaitan. Kata kunci:, meningkatkan, pembolehubah, mnemonik MUBPeMS, memahami, eksperimen. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada semester tujuh, pengkaji menjalani praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Terengganu. Pengkaji diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Sains bagi tahun 4 Nawawi, 4 Shafei dan 4 Ghazali. Pengajaran bermula dengan tajuk Proses Hidup Manusia, bawah tema Sains Hayat dan seterusnya sehingga tamat praktikum. Pembahagian kelas mengikut tahap pencapaian murid sangat mencabar kerana pengkaji dapat pengalaman mengajar murid dalam tahap pencapaian yang berbeza. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mengagihkan lembaran kerja kepada murid untuk dilengkapkan. Masa yang diberikan untuk mereka menjawab soalan adalah bersesuaian dengan bilangan soalan yang diberikan.

Transcript of 486-944-1-SM.pdf

Page 1: 486-944-1-SM.pdf

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 NAWAWI BAGI

KEMAHIRAN PROSES SAINS MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK ‘MUBPeMS’

Oleh:

Munirah bt Ahmad Sabri, Sazli b Aziz @ Abdul Aziz

Jabatan Sains, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kemahiran proses Sains mengawal pembolehubah amat penting bagi murid dalam

menjawab soalan. Pencapaian murid dapat ditingkatkan apabila murid mahir dan

memahami pembolehubah sesebuah eksperimen. Menerusi instrumen yang digunakan

seperti senarai semak pemerhatian dan analisis dokumen lembaran kerja, didapati murid

melakukan kesilapan dalam kemahiran proses sains mengawal pembolehubah. Murid

tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Tujuan kajian ini adalah untuk

meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 Nawawi bagi kemahiran proses Sains

mengawal pembolehubah dengan menggunakan kaedah mnemonik ‘MUBPeMS’. Kajian

ini meliputi 5 orang murid Tahun 4 Nawawi iaitu seorang lelaki dan empat orang

perempuan yang dipilih berdasarkan analisis dokumen lembaran kerja. Instrumen yang

digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, pemerhatian, soal selidik dan ujian

pra dan pasca. Kajian ini dibuat berdasarkan kaedah kualitatif. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa kesemua peserta kajian dapat mengenalpasti dan mahir dalam

menjawab soalan pembolehubah. Melalui kaedah mnemonik ini, murid dapat

mengaplikasikan dan menggunakan kedah mnemonik ini dalam eksperimen serta ketika

menjawab soalan berkaitan.

Kata kunci:, meningkatkan, pembolehubah, mnemonik MUBPeMS, memahami, eksperimen.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada semester tujuh, pengkaji menjalani praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala

Terengganu. Pengkaji diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Sains bagi tahun 4 Nawawi, 4

Shafei dan 4 Ghazali. Pengajaran bermula dengan tajuk Proses Hidup Manusia, bawah tema Sains

Hayat dan seterusnya sehingga tamat praktikum. Pembahagian kelas mengikut tahap pencapaian

murid sangat mencabar kerana pengkaji dapat pengalaman mengajar murid dalam tahap pencapaian

yang berbeza.

Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik. Ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran, pengkaji mengagihkan lembaran kerja kepada murid untuk dilengkapkan. Masa yang

diberikan untuk mereka menjawab soalan adalah bersesuaian dengan bilangan soalan yang diberikan.

Page 2: 486-944-1-SM.pdf

Seusai kelas tamat, pengkaji memeriksa lembaran kerja tersebut. Ketika menyemak lembaran kerja

murid Tahun 4 Nawawi, pengkaji amat terkejut apabila mendapati mereka tidak dapat menjawab

soalan bahagian kemahiran proses sains iaitu pembolehubah. Mereka telah mempelajari tiga jenis

pembolehubah tetapi sering tertukar antara satu sama lain. Terdapat beberapa orang murid juga tidak

menjawab dengan betul kerana mereka tidak mengetahui bagaimana cara dan teknik untuk

mengenalpasti maklumat dalam soalan yang merupakan pembolehubah.

Sebelum ini, pengkaji diberitahu bahawa guru sains asal kelas tersebut telah mengajar mereka

tajuk awal iaitu kemahiran proses sains, tema pengenalan kepada sains. Guru tersebut menyatakan

murid memberikan respon positif tentang tajuk yang telah dipelajari. Apabila menyemak lembaran

kerja, pengkaji mendapati kebanyakan murid tidak memahami apa itu pembolehubah. Terdapat

beberapa orang murid sahaja yang menyatakan jawapan yang betul. Sebahagian besar mereka tidak

dapat menjawab soalan dengan tepat dan tidak menjawab soalan. Pengkaji dapat mengesan masalah

ini apabila memberikan mereka soalan tentang aktiviti yang mereka lakukan iaitu tajuk Proses Hidup

Manusia, standard kandungan Proses Pernafasan Manusia. Mereka tidak dapat menterjemahkan dan

membaca maklumat yang diperlukan untuk menjawab soalan kemahiran proses sains pembolehubah.

Apabila ditanyakan soalan kenapa tidak menjawab soalan dan tidak tahu jawapan, sebahagian mereka

menjawab bahawa mereka tidak tahu bagaimana cara mengenalpasti yang manakah merupakan

pembolehubah dan sebahagian lagi menyatakan mereka sudah lupa apa yang dipelajari.

Adakah proses pengajaran dan pembelajaran sains sebelum ini tidak berjaya? Adakah guru

tidak mengambil tahu tentang kefahaman murid? Adakah murid tidak memberi perhatian ketika sesi

pengajaran dan pembelajaran berlaku? Apabila bertanyakan guru mereka, guru tersebut menyatakan

bahawa murid-murid tidak dapat mengingati cara bagaimana untuk mengenalpasti pembolehubah dan

perlu sentiasa diingatkan setiap kali ketika menjawab soalan. Namun begitu, apakah tindakan yang

boleh dilakukan bagi menangani masalah ini? Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah

digunakan namun, mereka tidak dapat menjawabnya dengan baik. Pengkaji berpendapat bahawa

masalah ini adalah kerana kurangnya fokus murid pada guru dalam memahami pengajaran dengan

baik dan sikap murid itu sendiri yang tidak berminat dengan pengajaran guru. Sekiranya masalah ini

tidak dapat diselesaikan dalam kadar segera, pengkaji yakin murid kelas ini tidak dapat menjawab

soalan dengan baik dan akan menjejaskan pembelajaran mereka.

SOROTAN LITERATUR

Menurut Nooraziah (2012) dalam kajiannya menyatakan bahawa pembolehubah merupakan

asas utama kepada soalan Bahagian B. Kegagalan murid untuk menjawab soalan Bahagian B adalah

kerana mereka tidak dapat mengenalpasti pembolehubah dengan betul berdasarkan soalan.

Pendekatan baru haruslah dibuat agar murid dapat meningkatkan kompetensi mereka dalam mata

pelajaran sains.

Azmil (2010) dalam kajiannya menyatakan kurangnya pendedahan murid tentang ujikaji

ataupun eksperimen telah menyebabkan murid menghadapi masalah untuk mengenalpasti

pembolehubah. Apabila murid mengalami masalah untuk mengawal pembolehubah, murid juga akan

bermasalah dalam kemahiran proses sains (KPS) yang lain kerana KPS yang lain dipengaruhi oleh

pembolehubah.

Noor Hana (2008) dalam kajiannya menyatakan bahawa kegagalan menjawab soalan

Bahagian B adalah berpunca daripada lemahnya penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS). Murid

tidak memahami setiap KPS yang terdapat dalam soalan dan menyebabkan mereka sukar untuk

memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaan. Pentingnya KPS ini akan menyebabkan murid

dapat menyatakan setiap kehendak soalan yang berkaitan dengan KPS dengan betul.

Menurut Hasan Mohd. Ali (2006), manusia mempunyai dua daya ingatan iaitu ingatan jangka

masa pendek dan jangka masa panjang. Daya ingatan jangka pendek tidak dapat kekal lama dalam

ingatan berbanding daya ingatan jangka panjang. Kebolehan mengingat bergantung kepada individu.

Page 3: 486-944-1-SM.pdf

Mnemonik merupakan salah satu teknik untuk meningkatkan daya ingatan. Mnemonik adalah salah

satu cara menyusun semula apa yang anda telah pelajari. Ia dibentuk dengan cara mudah bagi anda

fahami dan menggunakan daya imaginasi tersendiri.

Prof. Khalid Mohamad Nor (2002) menyatakan proses yang penting dalam pembelajaran

ialah ingatan kepada ilmu. Seseorang pelajar dapat meningkatkan daya ingatannya kepada bahan

pembelajaran melalui tiga cara, antaranya ialah dengan menggunakan mnemonik. Mnemonik secara

amnya adalah apa sahaja alat yang membantu ingatan. Alat tersebut biasanya tiada kaitan fahaman

dengan maklumat yang hendak disimpan. Kaedah ini berguna dalam kes ingatan yang melibatkan

banyak fakta dan tidak banyak melibatkan kaedah dan prinsip.

Kebanyakan kajian tentang pengajaran mengenalpasti pembolehubah menggunakan kaedah

mnemonik ini memberi kesan positif kepada murid kerana mudah dan penghasilan mnemonik yang

menarik dapat mempengaruhi murid dalam mengingati fakta-fakta dalam pelajaran. Menurut Dr.

Hasan Hj. Mohd Ali (1996), individu akan lebih mengingati pelajaran sekiranya individu tersebut

sendiri mengamalkan apa yang dipelajari. Antara contoh, penggunaan kaedah mnemonic. Kaedah ini

menyusun semula apa yang dipelajari dalam bentuk yang mudah diingat dengan menggunakan

kreativiti sendiri. Ia menggunakan daya imaginasi sendiri untuk dikaitkan dengan fakta-fakta yang

ingin diingati.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk untuk meningkatkan kefahaman murid tahun 4 Nawawi Sekolah

Kebangsaan Tok Jiring bagi kemahiran proses sains mengawal pembolehubah dengan menggunakan

kaedah mnemonik ‘MUBPeMS’.

Objektif

Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid tahun 4 Nawawi bagi

kemahiran proses sains mengawal pembolehubah menggunakan kaedah mnemonik ‘MUBPeMS’.

Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa soalan untuk menentukan objektif kajian

tercapai, antaranya ialah :

1. Adakah penggunaan kaedah mnemonik ‘MUBPeMS’ meningkatkan kefahaman murid dalam

mengenalpasti pembolehubah?

2. Adakah kaedah mnemonik ‘MUBPeMS’ dapat meningkatkan pencapaian murid dalam

matapelajaran Sains?

3. Adakah penggunaan kaedah mnemonik ‘MUBPeMS’ dapat meningkatkan minat murid dalam

matapelajaran Sains?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini melibatkan lima orang murid yang berpencapaian rendah dalam Tahun 4 Nawawi yang

terdiri daripada empat orang perempuan berbangsa Melayu dan seorang lelaki berbangsa Cina. Peserta

kajian dipilih berdasarkan analisis dokumen lembaran kerja yang telah pengkaji edarkan. Data

dikumpul menggunakan instrumen analisis dokumen lembaran kerja, senarai semak pemerhatian, soal

selidik, dan ujian pra dan pasca.

Dalam menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan model Kemmis &

McTaggert (1988). Model ini bermula dengan mereflek. Refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdP)

akan dibuat setiap kali sesi berakhir. Pengkaji telah melakukan tinjauan awal untuk mengenalpasti

Page 4: 486-944-1-SM.pdf

masalah murid dalam pembelajaran melalui refleksi yang dibuat oleh pengkaji sendiri. Dalam menulis

refleksi, pengkaji menyatakan kekuatan dan kekurangan dalam sesi PdP yang telah dijalankan. Data

mula dikumpul dalam mengesahkan dan mengenalpasti masalah utama murid tersebut.

Setelah mengenalpasti masalah tersebut, pengkaji telah membuat perancangan tindakan atau

intervensi dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Perancangan ini dibuat dalam peringkat kedua

model ini iaitu merancang. Peringkat ketiga pula ialah bertindak. Dalam peringkat ini, pengkaji

menyediakan intervensi dan melaksanakan intervensi tersebut bagi mengatasi masalah yang dihadapi

murid. Pengkaji telah melaksanakan kaedah mnemonik ‘MUBPeMS’ bagi mengatasi masalah murid

tentang pembolehubah.

Pada peringkat memerhati, pengkaji telah mengumpul dan menganalisis data bagi menilai

keberkesanan tindakan yang telah dibuat. Pengkaji menggunakan instrumen analisis dokumen

lembaran kerja, senarai semak pemerhatian, soal selidik, dan ujian pra dan pasca untuk melihat sejauh

mana keberkesanan intervensi yang dilaksana dapat membantu murid dalam mengatasi masalah

tersebut. Data dianalisis dalam peratus sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi melihat

perbandingan dan perbezaan kefahaman murid sebelum dan selepas melaksanakan intervensi.

SPESIFIKASI INTERVENSI

Bagi spesifikasi intervensi, peserta kajian akan didedahkan dengan kaedah berserta definisi perkataan

mnemonik sebagai pengetahuan mereka. Setelah itu, pengkaji menerangkan bahawa kaedah

mnemonik ini dapat memudahkan mereka untuk mengingati kesemua pembolehubah dengan

menggunakan satu ayat yang diwakilkan kepada setiap pembolehubah serta fungsinya sekali.

Rajah 1

Penerangan Kaedah Mnemonik ‘Mubpems’ Kepada Peserta Kajian

Seterusnya, pengkaji menggariskan huruf terawal pada setiap perkataan untuk menampakkan

perkaitan antara mnemonik dan fakta yang harus mereka ingat. Warna digunakan bagi memudahkan

peserta kajian untuk membezakannya dengan huruf lain dan menunjukkan huruf yang mempunyai

warna yang sama tersebut adalah saling berkaitan.

Page 5: 486-944-1-SM.pdf

Rajah 2

Huruf Awal Setiap Perkataan Diwarnakan Mengikut Perkataan Yang Diwakilkan

Setelah kaedah mnemonik ‘MUBPeMS’ diperkenalkan kepada peserta kajian dan mereka

memahaminya, pengkaji telah memberikan satu contoh eksperimen yang pernah mereka jalankan

dalam makmal sains untuk memastikan bahawa mereka betul-betul dapat memahami dan

mengaplikasi kaedah mnemonik ini ketika ingin menjawab soalan.

Rajah 3

Murid diberikan contoh eksperimen untuk aplikasi menggunakan kaedah mnemonik

DAPATAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian ini, pengkaji telah memilih peserta kajian yang dilabel sebagai PK1. Ketika

PK1 diberikan soalan ujian pra, pengkaji dapati bahawa PK1 sememangnya mempunyai masalah

Page 6: 486-944-1-SM.pdf

dalam mengenalpasti pembolehubah. PK1 telah tertukar pembolehubah dengan pembolehubah yang

lain dan menyebabkan jawapannya salah. Melalui senarai semak pemerhatian pula, pengkaji dapati

bahawa PK1 ini tidak berminat dengan pengajaran guru dan tidak dapat menjawab soalan yang guru

ajukan dengan baik. PK1 juga kelihatan tidak aktif dalam kerja kumpulan. Apabila diagihkan soal

selidik, kebanyakan jawapan PK1 menunjukkan respon negatif terhadap PdP guru.

Melihat kepada masalah PK1 ini, pengkaji telah melaksanakan intervensi dalam membuat

transformasi daripada respon negatif kepada positif. Menerusi soalan ujian pasca, PK1 dapat

menjawab soalan pembolehubah dengan betul dan tidak lagi tertukar dengan menggunakan kaedah

mnemonik ‘MUBPeMS’ ini. Menurut Nur Farhanah (2011), kaedah pengajaran yang kreatif dan

menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu

mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut. Apabila murid

memahami sesuatu fakta yang menarik dengan baik dan mudah maka, sudah pasti mereka akan dapat

mengingati fakta tersebut.

Melalui senarai semak pemerhatian juga, PK1 didapati lebih berminat dengan pengajaran guru

berbanding sebelum ini. PK1 juga dapat menjawab soalan yang guru ajukan dengan baik dan lebih

aktif dalam kerja kumpulan. Dapatan ini selaras dengan Hj. Ab. Fatah (1990), pada biasanya

maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian

daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Hal ini terbukti bahawa maklumat yang menarik

dapat membuatkan murid lebih berminat dengan pengajaran guru kerana ia menyeronokkan.

Rumusan keseluruhan bagi kesemua peserta kajian menunjukkan perubahan daripada negatif kepada

positif dari semua sudut berdasarkan persoalan kajian berikut :

Persoalan 1 : Adakah penggunaan kaedah mnemonik ‘MUBPeMS’ meningkatkan kefahaman

murid dalam mengenalpasti pembolehubah?

Bagi menjawab persoalan pertama, pengkaji telah menggunakan instrumen analisis dokumen skrip

ujian. Menerusi ujian yang diberikan, terdapat perbezaan yang dapat dilihat antara ujian pra dan

pasca. Berikut merupakan skrip perbandingan ujian pra dan pasca.

Rajah 4

Peningkatan Kefahaman Murid Dalam Pembolehubah Menerusi Kaedah Mnemonik Dengan

Menggunakan Analisis Dokumen Skrip Ujian

Page 7: 486-944-1-SM.pdf

Persoalan 2 : Adakah kaedah mnemonik ‘MUBPeMS’ dapat meningkatkan pencapaian murid dalam

matapelajaran Sains?

Persoalan ini dapat dijawab dengan menggunakan instrumen Ujian Pra dan Pasca menerusi analisis

keputusan yang diperoleh. Jadual menunjukkan peningkatan peratusan markah peserta kajian.

Jadual 1

Peningkatan Pencapaian Murid Dalam Pembolehubah Menerusi Kaedah Mnemonik Dengan

Menggunakan Analisis Keputusan Ujian Pra Dan Pasca

Persoalan 3 : Adakah penggunaan kaedah mnemonik ‘MUBPeMS’ dapat meningkatkan minat

murid dalam matapelajaran Sains?

Dalam menjawab persoalan ini, pengkaji menggunakan instrumen senarai semak pemerhatian dan

soal selidik. Jadual 2 dan 3 menunjukkan peningkatan minat murid dalam matapelajaran Sains.

Jadual 2

Peningkatan Minat Murid Dalam Matapelajaran Sains Menerusi Kaedah Mnemonik Dengan

Menggunakan Senarai Semak Pemerhatian

Bil

Item Tingkah Laku Murid

Pengajaran tanpa

menggunakan

kaedah mnemonik

‘MUBPeMS’

Pengajaran

menggunakan

kaedah mnemonik

‘MUBPeMS’

Ya Tidak Ya Tidak

1. Minat

a) Murid memberikan perhatian

ketika PdP dijalankan

b) Murid menunjukkan minat ingin

belajar dengan pengajaran guru

2

2

3

3

5

5

0

0

2. Tingkah Laku

a) Membuat kerja yang tidak

berkaitan

b) Berangan-angan

3

1

2

4

1

1

4

4

Peserta Kajian

(PK)

Ujian Pra

(%)

Ujian Pasca

(%)

Peratusan

Peningkatan

(%)

1 13 100 87

2 27 100 73

3 0 87 87

4 27 100 73

5 27 100 73

Page 8: 486-944-1-SM.pdf

3. Penglibatan

a) Dapat menjawab soalan guru ajukan

dengan baik

b) Aktif dalam kerja berkumpulan

1

2

4

3

5

5

0

0

4. Tumpuan

a) Bercakap-cakap dengan rakan

b) Berjalan-jalan dari satu tempat ke

tempat lain

3

3

2

2

0

0

5

5

Jadual 3

Peningkatan Minat Murid Dalam Matapelajaran Sains Menerusi Kaedah Mnemonik Dengan

Menggunakan Soal Selidik

Bil

Item

Sebelum menggunakan

kaedah

Selepas menggunakan

kaedah

Kekerapan Peratus

(%)

Kekerapan Peratus

(%)

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

1 Saya suka

matapelajaran Sains.

2

3

40

60

5

0

100

0

2 Saya berasa sangat

seronok belajar Sains

1

4

20

80

4

1

80

20

3 Saya berminat dengan

aktiviti yang dijalankan

oleh guru

2

3

40

60

5

0

100

0

4 Saya dapat menjawab

soalan pembolehubah

dengan baik.

1

4

20

80

5

0

100

0

5 Saya sering bosan dan

mengantuk dalam kelas

Sains.

2

3

40

60

1

4

20

80

6 Sains merupakan

matapelajaran yang

susah.

3

2

60

40

0

5

0

100

7 Saya selalu lupa apa

yang telah guru ajarkan

4

1

80

20

0

5

0

100

8 Saya sangat sukar untuk

menghafal fakta-fakta

4

1

80

20

0

5

0

100

Page 9: 486-944-1-SM.pdf

KESIMPULAN

Menerusi dapatan kajian yang telah dinyatakan, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa

penggunaan kaedah mnemonik ‘MUBPeMS’ ini dapat membantu murid Tahun 4 Nawawi dalam

meningkatkan kefahaman mereka bagi kemahiran proses sains mengawal pembolehubah. Konsep

pembolehubah haruslah difahami murid kerana Kemahiran Proses Sains (KPS) pembolehubah ini

merupakan antara KPS yang penting dalam menjawab soalan eksperimen ataupun soalan yang

berkaitan dengan pembolehubah. Jika murid gagal untuk menguasai KPS ini maka, murid tidak akan

dapat menjawab soalan yang lain seperti tujuan eksperimen, hipotesis, inferens dan sebagainya.

Dapatan ini selaras dengan kajian Noor Hana (2008), kegagalan menjawab soalan Bahagian B

berpunca daripada lemahnya penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS). Murid tidak faham KPS

menyebabkan mereka sukar untuk memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaan.

Penggunaan mnemonik yang menarik dan mudah untuk diingati sangat membantu murid

dalam mengekalkan ingatan mereka dalam jangka masa yang lama. Dapatan ini selari dengan Hasan

Mohd. Ali (2006), manusia mempunyai dua daya ingatan iaitu ingatan jangka masa pendek dan

jangka masa panjang. Daya ingatan jangka pendek tidak dapat kekal lama dalam ingatan berbanding

daya ingatan jangka panjang. Kebolehan mengingat bergantung kepada individu. Mnemonik

merupakan salah satu teknik untuk meningkatkan daya ingatan. Mnemonik adalah salah satu cara

menyusun semula apa yang anda telah pelajari. Ia dibentuk dengan cara mudah bagi anda fahami dan

menggunakan daya imaginasi tersendiri.

RUJUKAN

Abdul Majid Khan, A. (2007). Guru Sebagai Penyelidik. Batu Caves: PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Aszoura Muhamed Salleh. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer

(Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep

Sains Dalam Tajuk Sel Untuk Sains Tingkatan Satu. Universiti Terbuka Malaysia.

Azmil. (2010). Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Kebolehan Pelajar Tahun 4 Arif Untuk

Mengenal Pasti Pembolehubah Dengan Menggunakan Kaedah Ujikaji ‘Fair Test’ Di Sekolah

Kebangsaan Bukit Mewah, Johor Bahru. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong

Ibrahim.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Retrieved from

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia Web Site:

http://web.moe.gov.my

Bernama. (2014, Februari 26). Pembelajaran Sains dan Matematik Perlu Menyeronokkan. Berita

Harian. Retrieved Mac 20, 2014. From.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PembelajaranSainsdanMatematikperlumenyeron

okkan-Najib/Article

Bernama. (2013, November 14). UPSR : Penurunan Bahasa Inggeris, Sains, Matematik Tidak

Signifikan. Utusan Online. Retrieved Mac 23, 2014. From.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131114/dn_24/UPSR-Penurunan-BI-

Sains-Matematik-tidak-signifikan

Bernama. (2014, Februari 25). Jadikan Sains Mata Pelajaran Menyeronokkan. Bernama. Retrieved

Mac 24, 2014. From. http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news

Hj. Mohd Ali, D. (1996). Strategi Belajar Yang Berkesan. Cheras: Utusan Publications & Distributors

Sdn Bhd.

Mohamad Nor, P. (2002). Belajar Teknik Belajar. Wangsa Melawati: PTS Millennia.

Page 10: 486-944-1-SM.pdf

Mohd Ali, P. (2006). Teknik Belajar Berkesan & Efektif. Wangsa Melawati: PTS Millennia.

Mohd Farizul Akmam. (2008). Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan

Menggunakan Kaedah Analogi Di Kalangan Pelajar Tingkatan 3 An-Nasai’.

Mohd Nuruzzaman Nizam. (2013). Penggunaan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Kajian

Lapangan Dalam Matapelajaran Sains Tahun Lima : Bumi dan Alam Semesta. Open

University Malaysia.

Nooraziyah Ali. (2012). Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Kebolehan Pelajar Tahun 5 Usaha

Untuk Mengenal Pasti Pembolehubah Dengan Menggunakan Kaedah Ujikaji. Sekolah

Kebangsaan Matang Jelutong, Bagan Serai.

Noor Hana Che Hasan. (2008). Meningkatkan Penguasaan Menjawab Soalan Kemahiran Proses Sains

(KPS) Bahagian B Dalam Kalangan Murid Tahun 6 SK Sungai Taka.

Suardi Nanang. (2009). Meningkatkan Penguasaan Menjawab Soala Kemahiran Proses Sains (KPS)

Bahagian B Kertas 2 Dalam Kalangan Murid Menengah Rendah. Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Yahaya, A., Suboh, A., Zakariya, Z., & Yahya, F. (2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan.

Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd