4A-Peranan Pelajar

download 4A-Peranan Pelajar

of 4

Transcript of 4A-Peranan Pelajar

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Peranan Pelajar Universiti Sebagai Pemimpin Daripada Perspektif Psikologi Pendidikan Melalui Analisis Hermeneutik PedagogiSuppiah Nachiappan, Kway Eng Hock, Roslinda Mustapha, Hazalizah Hamzah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak, Malaysia Tel: 05-4506044 / Faks: 05-4583607 E-mail: [email protected]

Abstrak

Kajian ini adalah untuk menginterpretasi peranan pelajar universiti sebagai pemimpin pada masa akan datang. Analisis Hermeneutik Pegagogi (Pedagogical Hermeneutic Analysis) sebagai metodologi kualitatif dan interpretif digunakan untuk menginterpretasikan peranan pelajar dalam empat bidang yang dikenal pasti, iaitu bidang akademik/kuriukulum, kokurikulum, sahsiah/kepimpinan dan khidmat masyarakat. Hasil interpretasi ini dikaitkan dengan teori dan praktis psikologi pendidikan untuk membantu pelajar menguasai kemahirankemahiran yang tertentu. Pelajar sebagai pemimpin mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menangani keempat-empat aspek pengurusan di peringkat universiti sebagai persiapan menghadapi dunia kerjaya yang bakal dihadapi.

1. Pengenalan Pelajar sebagai pemimpin pada masa akan datang perlu diberi pengiktirafan oleh semua pihak. Pelajar yang menuntut di peringkat universiti harus mendukung tanggungjawab untuk belajar kemahiran-kemahairan tertentu untuk memperlengkapkan diri menghadapi cabaran masa depan. Kertas kerja ini mengupas aspek psikologi pendidikan yang mendasari pengurusan di peringkat universiti sebagai persiapan menghadapi dunia kerjaya yang bakal dihadapi. Diharap pelajar menimba ilmu pengetahuan pengurusan untuk memantapkan diri ke arah menguasai empat bidang yang dikenal pasti, iaitu bidang akademik/kurikulum, kokurikulum, sahsiah/ kepimpinan dan khidmat masyarakat.

2. Metodologi Kajian 2.1 Metodologi (Analisis Hermeneutik Pedagogi) Kaedah Hermeneutik adalah satu daripada kaedah menganalisis teks (hasil penulisan) yang tertua digunakan oleh para penyelidik untuk menginterpretasi kitab Injil dalam kajian Greek lama. Heidegger, ahli falsafah German menggunakan kaedah ini untuk cuba memahami dan menafsir ayat-ayat daripada kitab Injil. Menurut Loganathan (1992/1996), Hermeneutik mengutamakan teks sebagai bahan kajian tertentu 1

dan cuba menginterpretasi dan memahami ciri-ciri rasionaliti pemikiran manusia dan maksud yang terkandung di dalamnya. Analisis lebih berbentuk interpretif dan fokus utama adalah untuk melakukan tafsiran dan interpretasi ke atas apa juga yang dihasilkan oleh manusia yang mempunyai implikasi makna (meaning). Pandangan Weinsheimer (1991) dianggap lebih menyeluruh kerana beliau menyatakan, Hermeneutik bermaksud suatu teori dan praktis bagi aspek interpretasi. Skopnya menjangkau sehingga mana seseorang ingin mendalami untuk memahami aspek maknanya. Kesemua pengkaji Hermeneutik membicarakan aspek interpretasi sebagai fokus kajian mereka. Manakala, Md Salleh Yaapar (1995) melihat teks sebagai mempunyai fungsi semantik atau makna dan rujukan (reference). 2.1.1 Ciri-Ciri Kaedah Hermeneutik Pedagogi Ada beberapa ciri yang berkaitan dengan analisis Hermeneutik, iaitu teks sebagai bahan yang dikajinya. Teks merupakan segala produksi manusia yang berkemampuan untuk memperlihatkan serta menganalisis tingkah laku dan pemikiran manusia. Dilthey (1976) menyatakan bahawa, sains Hermeneutik melibatkan seni membaca suatu teks untuk mengetahui dan memahami dengan penuh keinginan makna yang tersembunyi. Ciri berikut ialah kewujudan Struktur Luaran dan Struktur Dalaman teks secara serentak.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Kesemua teks mempunyai dua struktur, iaitu Struktur Luaran dan Struktur Dalaman. Struktur Luaran merujuk kepada perkara yang tersurat, yang dapat dikesan dengan mudah dan secara langsung daripada teks. Apabila teks yang dikaji sukar difahami, maka pengkaji terpaksa bersungguhsungguh menyelami unsur yang tersembunyi di dalam Struktur Dalaman. Menurut Loganathan (1996), Yang Ditunjuk (Showing) dan Yang Dilihat (Seeing) adalah dua istilah yang penting dalam menerangkan sesuatu makna secara terperinci. Apabila seseorang menunjukkan sesuatu untuk dipelajari, maka yang melihatnya akan berpeluang untuk belajar sesuatu yang baru. Pemahaman baru akan berlaku dan perkongsian ilmu ke arah pemantapan akan berlaku secara berterusan. Menurut Loganathan (1996): The World and the various processes are there for pedagogical purposes, to inform the creatures, to instruct them, to illuminate them and thereby destroy the ignorance in which they are already in. Sesuatu teks, iaitu sebagai contohnya, esei atau catatan hasil temu bual yang mengandungi pelbagai maksud yang tersirat yang tidak boleh difahami melalui pembacaan sekali lalu sahaja.

Analisis yang mendalam terhadap elemen di bawah sedar yang tersirat di dalam teks akan membolehkan pengkaji mencapai suatu pemahaman yang bermakna. Pemahaman ini adalah metateks yang boleh memberikan makna kepada teks atau hasil penulisan pelajar.

3. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Dalam kertas kerja ini, empat bidang dikenal pasti, iaitu bidang akademik/kurikulum, kokurikulum, sahsiah/kepimpinan dan khidmat masyarakat yang perlu dilihat oleh pelajar untuk memahirkan diri menghadapi dunia kerjaya pada masa akan datang. Teori dan praktis psikologi pendidikan berkemampuan membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh mereka. Pelajar universiti yang memimpin masyarakat pelajar sekolah, khususnya harus bertanggungjawab dalam menangani keempatempat bidang di peringkat universiti sebagai persiapan menghadapi dunia kerjaya yang bakal dihadapi. Analisis Hermeneutik Pedagogi digunakan untuk menjelaskan bagaimana pelajar universiti dapat menimba ilmu pengetahuan yang dikehendaki untuk mereka menghadapi masa depan yang mencabar. (Pelajar sebagai pemimpin harus belajar dengan tekun untuk memperoleh gred yang cemerlang dalam bidang kurikulum, khususnya dengan bantuan kemahiran-kemahiran seperti pemprosesan informasi, perkembangan kognitif, kecerdasan, konsep kendiri dan personaliti, pemikiran, konstruktivisme dan motivasi)

3.1 Analisis Hermeneutik Pedagogi Untuk Menginterpretasi Peranan Pelajar Universiti Sebagai Pemimpin Daripada Perspektif Psikologi Pendidikan Melalui Analisis Hermeneutik Pedagogi

Skop Peranan Pelajar Universiti Sebagai Pemimpin

Dapatan Kajian Melalui Interpretasi Analisis Hermeneutik Pedagogi Daripada Perspektif Psikologi Pendidikan

1. Pengurusan Bidang Akademik/Kurikulum

Pelajar harus menguasai kemahiran-kemahiran tentang kursus-kursus yang diikuti. Ini bererti pelajar perlu berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam kesemua kursus yang diambil pada setiap semester.

2. Pengurusan Bidang Kokurikulum

Pelajar juga harus melibatkan diri dalam aktiviti di peringkat universiti untuk memantapkan kemahiran ilmu pengetahuan tentang kokurikulum. Usaha ini penting kerana pelajar yang berjaya dalam bidang kurikulum dapat menyumbangkan kejayaan dalam bidang

2

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

sukan dan permainan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. (Pelajar sebagai pemimpin harus belajar dengan tekun untuk memperoleh gred yang cemerlang dalam bidang kokurikulum, khususnya dengan bantuan kemahirankemahiran seperti pemprosesan informasi, perkembangan kognitif, kecerdasan, konsep kendiri dan personaliti, pemikiran, konstruktivisme dan motivasi)

4. Pengurusan Khidmat Masyarakat

3. Pengurusan Sahsiah/Kepimpinan

Pelajar juga harus mengurus sahsiah diri untuk memantapkan perwatakan dan aspek kepimpinan di semua peringkat kerjaya yang diceburi kelak. Pelajar yang bermotivasi tinggi dalam soal kepimpinan akan membantu melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdaya saing dalam semua lapangan. (Pelajar sebagai pemimpin harus belajar dengan tekun untuk memperoleh gred yang cemerlang dalam bidang pengurusan sahsiah/kepimpinan, khususnya dengan bantuan kemahirankemahiran seperti pemprosesan informasi, perkembangan kognitif, kecerdasan pelbagai dan triarchic, konsep kendiri

Pelajar juga harus melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat kerana pelajar adalah sebahagian daripada masyarakat. Konsep khidmat masyarakat harus diorientasikan kepada pelajar supaya mereka dapat membantu memajukan lagi masyarakat dari semua aspek kehidupan. Idea berbakti kepada masyarakat harus dipupuk dalam kalangan pelajar. (Pelajar sebagai pemimpin harus belajar dengan tekun untuk memperoleh gred yang cemerlang dalam bidang pengurusan khidmat masyarakat, khususnya dengan bantuan kemahiran-kemahiran seperti pemprosesan informasi, perkembangan kognitif, kecerdasan pelbagai dan triarchic, konsep kendiri dan personaliti, pemikiran, konstruktivisme, pembelajaran peniruan dan motivasi)

3

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

4.

Kesimpulan Bibliografi

Pelajar sebagai pemimpin harus belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh gred dan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik/kurikulum, kokurikulum, sahsiah/kepimpinan dan khidmat masyarakat khususnya dengan bantuan kemahiran-kemahiran seperti pemprosesan informasi, perkembangan kognitif, kecerdasan, konsep kendiri dan personaliti, pemikiran, konstruktivisme dan motivasi.

Dilthey, W. (1976). Selected Writings (Terj. Diedit) Rickman . H.P Cambridge University Press. Loganathan, (1992). Hermeneutic Analysis of Discourse, International School of Dravidian Linguistics, India. Loganathan, (1996). Metaphysica Universalis of Meykandar, London: World Saiva Council. Md Salleh Yaapar, (1995). Mysticism & Poetry: A Hermeneutical Reading of Poems of Amir Hamzah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Weinsheimer, J. (1991). Philosophical Hermeneutics and Literary Theory, Yale University Press.

Penghargaan Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah membiayai pembentangan kertas kerja ini.

4