4thSINGAPORE BIENNALE · mengandungi kreteria-kreteria seperti berikut: 1. Karya perlu menyahut dan...

2
BIENNALE SINGAPORE PENGENALAN |||||||||||||||||||||||||||||||| Bermula daripada edisi ketiga Singapore Biennale 2011, Singapore Art Museum telah dilantik sekali lagi sebagai penganjur Singapore Biennale 2013 (SB 2013) yang akan diadakan pada 26 Oktober hingga 16 Februari 2014. Justeru satu wokshop Singapore Biennale 2013 Curatorial Team Workshop telah dibentuk di SAM daripada 3 hingga 6 September 2012. Workshop ini diadakan bertujuan mendengar dan berkongsi input oleh kurator jemputan mengenai seni lukis di kawasan mereka. Antara perkara utama yang di perbincangkan adalah pemilihan tajuk dan tema SB 2013 selain membina Kumpulan Kuratorial SB 2013. SINGAPORE BIENNALE |||||||||||||||||||||||||| Penganjuran Singapore Biennale telah bermula pada tahun 2006 sebagai platform negara Singapura berdialog dengan seni kontemporari. Ia dianggap sebagai tempat artis Singapura berdepan dengan konteks global, dan dengan koloborasi dari komuniti seni antarabangsa. Oleh itu Biennale ini telah membuka peluang baru kepada artis visual tempatan, organisasi kesenian dan perniagaan dan memperdalamkan pemahaman seni terhadap masyarakat. Ia adalah sebagai satu usaha melengkapkan satu lagi cabang pencapaian seni dan budaya dan secara kolektifnya memperkenalkan profil Singapura sebagai bandaraya yang ideal untuk di tinggal, bekerja dan berhibur. Pada edisi 2006 dan 2008 Biennale ini di anjurkan oleh National Art Council. Bermula pada 2011 dan akan datang 2013 ianya hoskan pula oleh Singapore Art Museum dibawah National Heritage Board dan di sokong oleh National Arts Council. SB 2013 ||||||||||||||||||||||||||||||||||||| Edisi Keempat pameran seni kontemporari di Singapura, iaitu Singapore Biennale 2013 (SB 2013) kembali lagi pada tahun 2013 dengan tajuk “If The World Change”, akan berlangsung pada 26 Oktober 2013 hingga 16 Februari 2014. Rantau Asia Tenggara dari segi sejarahnya merupakan koridor laluan bagi peradaban utama dunia, sebagai tempat yang kompleks dengan interaksi kebudayaan. Melalui arus pasang surut dalam pertemuan ini telah menghasilkan penambahan dan penolakan yang meninggalkan warisan yang tidak ternilai dalam mewarnai penerapan masyarakat serantau. Melalui rantau ini juga, banyak individu dan populasinya hidup dalam sfera dan realiti sosial, daripada masyarakat laut kepada metropolis bandaran. Dengan terdapat kepelbagaian pengalaman, dari segi kepelbagaian konsep pandang hidup yang merentasi rantau ini. Dalam abad ke 21, Asia Tenggara dan Asia kembali aktif menyertai arus pergerakan globalisasi. Perubahan ini memaksa ia berhadapan dengan isu- isu tanah, perairan, persempadanan, sumber bumi, memori silam dan identiti. Walau bagaimanapun, pengalaman perubahan yang berlaku di rantau ini memberikan pelbagai sudut pandang, daripada pelbagai peringkat. CURATORIAL TEAM WORKSHOP I | Faizal Sidik Berdasarkan sejarah latar belakang lalu dan kesinambungan perubahannya, artis terkesan, memikirkan, membayangkan dan mempunyai pendirian. Tajuk SB 2013, “If The World Changed”, menjemput artis melihat semula dimana mereka berada, dan dunia mana mereka mahu berada. Jika dunia berubah, apakah yang dimahukan dan kemungkinannya? MODEL KURATORIAL SB 2013 ||||||||||||||||||||| Edisi SB 2013 agak berbeza dengan 3 edisi SB yang pernah dijalankan sebelum ini. Pada kali ini ia membawa koloborasi baru struktur kuratorial dalam membentuk kumpulan kurator bersama (co-curator). Sebanyak 27 profesional seni dikalangan negara Asean yang mempunyai kefahaman dan seni lukis setempat dan serantau di pilih dalam memberi sudut pandang mengenai seni lukis mereka. Kurator bersama bagi SB 2013 mengabungkan kurator-kurator dari negara Singapura (hos), Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, Laos dan Kemboja. Singapura diwakili oleh Tay Swee Lin, Seng Yu Jin, Tamares Goh, Charmaine Toh, Tan Boon Hui (SAM), Khairuddin Hori (SAM), Joyce Toh (SAM), Tan Siu Li (SAM), Michelle Ho ( SAM), David Chew (SAM), Naomi Wang (SAM), Fairuz Iman Ismail (SAM). Malaysia di wakili oleh Faizal Sidik dan Yee I-Lann. Indonesia mempunyai dua representasi iaitu Muhammad UcupYusuf dan Mia Maria. Thailand diwakilkan Ark Fongsmut dan Angkrit Ajchariyasophon. Filipina terdapat empat kurator iaitu Claro Ramirez, Kawayan de Guia, Charlie Co dan Abraham Garcia Jr. . Vietnam oleh Tran Luong dan Nguyen Nhu Huy. Laos oleh Misouda Heuangsoukkhoun. Myanmar diwakili Aye Ko manakala dan Erin Gleeson akan melihat negara Kemboja. CADANGAN KARYA SB 2013 ||||||||||||||||||||| Penganjur menjemput cadangan karya untuk Singapore Biennale edisi yang ke-4 bertema ‘If The World Change’ dimana cadang karya itu perlu mengandungi kreteria-kreteria seperti berikut: 1. Karya perlu menyahut dan menjawab tajuk Biennale. 2. Membawa jiwa dan semangat Asia Tenggara dan Asia. 3. Karya sesuai untuk semua peringkat iaitu daripada peminat seni sehinggalah mereka yang pertama kali melihat karya seni kontemporari dan 4. Karya yang dicadangkan mampu mengaktifkan dan menghidupkan lokasi dan ruang dimana Biennale akan diadakan di sekitar kawasan Brash Basah-Bugis Precint. LOKASI SB 2013 ||||||||||||||||||||||||||||||| Terdapat beberapa lokasi cadangan yang telah dikenalpasti oleh pihak pengajur pada pada edisi kali. Ada beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti oleh penganjuran pada edisi 2011 antaranya jarak antara lokasi utama dengan lokasi lain seperti di Merlion di Marina Bay dan Kallang Airport terlalu jauh, ia menyukarkan pergerakan mereka yang datang. Jadi pada kali ini penganjur telah mengadakan penambahbaikan dengan meletakkan SB 2013 diadakan di Brash Basah-Bugis Precint sahaja yang terletak di pusat acara seni dan kebudayaan. Selain lokasi utama Singapore Art Museum (SAM), pada kali ini pembahagian lokasi dibahagikan kepada 3 Cluster. Cluster 1 terdiri daripada SMU Green, National Museum, Substation dan The Peranakan Museum. Cluster 2 adalah Waterloo Centre, Bras Basah Complex dan National Library. Terdapat juga koloborasi yang dilakukan nanti dengan ruang-ruang lain untuk acara sampingan sempena SB 2013 seperti Sculpture Square, Nanyang Academy of Fine Arts, La Salle College dan The Private Museum. A. SINGAPORE ART MUSEUM (SAM) |||||||||||||||| Pada asalnya tapak asal Singapore Art Museum (SAM) adalah sebuah sekolah Katolik lelaki yang bernama St Joseph’s Institution (SJI) yang diketuai oleh La Salle Brothers. Bangunan bersejarah ini telah dibina oleh Father Jean-Marie Beurel pada tahun 1855. Selepas 135 tahun terletak di Bras Basah Road ianya telah dipindahkan bagi memberi laluan kepada SAM. Mempunyai keluasan 10,000 meter lantai persegi, bangunan ini direstorasikan sepenuhnya dengan 18 alat kawalan cuaca untuk setiap galeri, auditorium, dewan sebaguna, kedai muzium, kafe, restoran bagi memastikan kualitinya senibinanya kepada pelawat. SAM akan menjadi lokasi utama SB 2013 dimana ia menawarkan Special Exhibition Gallery di aras 1,2 dan 3 disamping disekitar kawasan SAM mengikut kesesuaian karya. Pada edisi 2011 terdapat empat karya artis yang dipamerkan di L1 Gallery antaranya Simon Fujiwara (Britain), Louie Cordero (Filipina), Julian Gothe (Jerman) dan Ryan Trecartin (Amerika). 4th pg/12

Transcript of 4thSINGAPORE BIENNALE · mengandungi kreteria-kreteria seperti berikut: 1. Karya perlu menyahut dan...

Page 1: 4thSINGAPORE BIENNALE · mengandungi kreteria-kreteria seperti berikut: 1. Karya perlu menyahut dan menjawab tajuk Biennale. 2. Membawa jiwa dan semangat Asia Tenggara dan Asia. 3.

BIENNALE SINGAPORE

PENGENALAN ||||||||||||||||||||||||||||||||

Bermula daripada edisi ketiga Singapore Biennale 2011, Singapore Art Museum telah dilantik sekali lagi sebagai penganjur Singapore Biennale 2013 (SB 2013) yang akan diadakan pada 26 Oktober hingga 16 Februari 2014. Justeru satu wokshop Singapore Biennale 2013 Curatorial Team Workshop telah dibentuk di SAM daripada 3 hingga 6 September 2012. Workshop ini diadakan bertujuan mendengar dan berkongsi input oleh kurator jemputan mengenai seni lukis di kawasan mereka. Antara perkara utama yang di perbincangkan adalah pemilihan tajuk dan tema SB 2013 selain membina Kumpulan Kuratorial SB 2013.

SINGAPORE BIENNALE ||||||||||||||||||||||||||

Penganjuran Singapore Biennale telah bermula pada tahun 2006 sebagai platform negara Singapura berdialog dengan seni kontemporari. Ia dianggap sebagai tempat artis Singapura berdepan dengan konteks global, dan dengan koloborasi dari komuniti seni antarabangsa. Oleh itu Biennale ini telah membuka peluang baru kepada artis visual tempatan, organisasi kesenian dan perniagaan dan memperdalamkan pemahaman seni terhadap masyarakat.

Ia adalah sebagai satu usaha melengkapkan satu lagi cabang pencapaian seni dan budaya dan secara kolektifnya memperkenalkan profil Singapura sebagai bandaraya yang ideal untuk di tinggal, bekerja dan berhibur. Pada edisi 2006 dan 2008 Biennale ini di anjurkan oleh National Art Council. Bermula pada 2011 dan akan datang 2013 ianya hoskan pula oleh Singapore Art Museum dibawah National Heritage Board dan di sokong oleh National Arts Council.

SB 2013 |||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Edisi Keempat pameran seni kontemporari di Singapura, iaitu Singapore Biennale 2013 (SB 2013) kembali lagi pada tahun 2013 dengan tajuk “If The World Change”, akan berlangsung pada 26 Oktober 2013 hingga 16 Februari 2014.

Rantau Asia Tenggara dari segi sejarahnya merupakan koridor laluan bagi peradaban utama dunia, sebagai tempat yang kompleks dengan interaksi kebudayaan. Melalui arus pasang surut dalam pertemuan ini telah menghasilkan penambahan dan penolakan yang meninggalkan warisan yang tidak ternilai dalam mewarnai penerapan masyarakat serantau.

Melalui rantau ini juga, banyak individu dan populasinya hidup dalam sfera dan realiti sosial, daripada masyarakat laut kepada metropolis bandaran. Dengan terdapat kepelbagaian pengalaman, dari segi kepelbagaian konsep pandang hidup yang merentasi rantau ini.Dalam abad ke 21, Asia Tenggara dan Asia kembali aktif menyertai arus pergerakan globalisasi. Perubahan ini memaksa ia berhadapan dengan isu-isu tanah, perairan, persempadanan, sumber bumi, memori silam dan identiti. Walau bagaimanapun, pengalaman perubahan yang berlaku di rantau ini memberikan pelbagai sudut pandang, daripada pelbagai peringkat.

CURATORIAL TEAM WORKSHOP I

| Faizal Sidik

Berdasarkan sejarah latar belakang lalu dan kesinambungan perubahannya, artis terkesan, memikirkan, membayangkan dan mempunyai pendirian. Tajuk SB 2013, “If The World Changed”, menjemput artis melihat semula dimana mereka berada, dan dunia mana mereka mahu berada.Jika dunia berubah, apakah yang dimahukan dan kemungkinannya?

MODEL KURATORIAL SB 2013 |||||||||||||||||||||

Edisi SB 2013 agak berbeza dengan 3 edisi SB yang pernah dijalankan sebelum ini. Pada kali ini ia membawa koloborasi baru struktur kuratorial dalam membentuk kumpulan kurator bersama (co-curator). Sebanyak 27 profesional seni dikalangan negara Asean yang mempunyai kefahaman dan seni lukis setempat dan serantau di pilih dalam memberi sudut pandang mengenai seni lukis mereka. Kurator bersama bagi SB 2013 mengabungkan kurator-kurator dari negara Singapura (hos), Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, Laos dan Kemboja. Singapura diwakili oleh Tay Swee Lin, Seng Yu Jin, Tamares Goh, Charmaine Toh, Tan Boon Hui (SAM), Khairuddin Hori (SAM), Joyce Toh (SAM), Tan Siu Li (SAM), Michelle Ho ( SAM), David Chew (SAM), Naomi Wang (SAM), Fairuz Iman Ismail (SAM).Malaysia di wakili oleh Faizal Sidik dan Yee I-Lann. Indonesia mempunyai dua representasi iaitu Muhammad ‘Ucup’ Yusuf dan Mia Maria. Thailand diwakilkan Ark Fongsmut dan Angkrit Ajchariyasophon. Filipina terdapat empat kurator iaitu Claro Ramirez, Kawayan de Guia, Charlie Co dan Abraham Garcia Jr. . Vietnam oleh Tran Luong dan Nguyen Nhu Huy. Laos oleh Misouda Heuangsoukkhoun. Myanmar diwakili Aye Ko manakala dan Erin Gleeson akan melihat negara Kemboja.

CADANGAN KARYA SB 2013 |||||||||||||||||||||

Penganjur menjemput cadangan karya untuk Singapore Biennale edisi yang ke-4 bertema ‘If The World Change’ dimana cadang karya itu perlu mengandungi kreteria-kreteria seperti berikut: 1. Karya perlu menyahut dan menjawab tajuk Biennale. 2. Membawa jiwa dan semangat Asia Tenggara dan Asia. 3. Karya sesuai untuk semua peringkat iaitu daripada peminat seni sehinggalah mereka yang pertama kali melihat karya seni kontemporari dan 4. Karya yang dicadangkan mampu mengaktifkan dan menghidupkan lokasi dan ruang dimana Biennale akan diadakan di sekitar kawasan Brash Basah-Bugis Precint.

LOKASI SB 2013 |||||||||||||||||||||||||||||||

Terdapat beberapa lokasi cadangan yang telah dikenalpasti oleh pihak pengajur pada pada edisi kali. Ada beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti oleh penganjuran pada edisi 2011 antaranya jarak antara lokasi utama dengan lokasi lain seperti di Merlion di Marina Bay dan Kallang Airport terlalu jauh, ia menyukarkan pergerakan mereka yang datang. Jadi pada kali ini penganjur telah mengadakan penambahbaikan dengan meletakkan SB 2013 diadakan di Brash Basah-Bugis Precint sahaja yang terletak di pusat acara seni dan kebudayaan.

Selain lokasi utama Singapore Art Museum (SAM), pada kali ini pembahagian lokasi dibahagikan kepada 3 Cluster. Cluster 1 terdiri daripada SMU Green, National Museum, Substation dan The Peranakan Museum. Cluster 2 adalah Waterloo Centre, Bras Basah Complex dan National Library. Terdapat juga koloborasi yang dilakukan nanti dengan ruang-ruang lain untuk acara sampingan sempena SB 2013 seperti Sculpture Square, Nanyang Academy of Fine Arts, La Salle College dan The Private Museum.

A. SINGAPORE ART MUSEUM (SAM) ||||||||||||||||

Pada asalnya tapak asal Singapore Art Museum (SAM) adalah sebuah sekolah Katolik lelaki yang bernama St Joseph’s Institution (SJI) yang diketuai oleh La Salle Brothers. Bangunan bersejarah ini telah dibina oleh Father Jean-Marie Beurel pada tahun 1855. Selepas 135 tahun terletak di Bras Basah Road ianya telah dipindahkan bagi memberi laluan kepada SAM. Mempunyai keluasan 10,000 meter lantai persegi, bangunan ini direstorasikan sepenuhnya dengan 18 alat kawalan cuaca untuk setiap galeri, auditorium, dewan sebaguna, kedai muzium, kafe, restoran bagi memastikan kualitinya senibinanya kepada pelawat. SAM akan menjadi lokasi utama SB 2013 dimana ia menawarkan Special Exhibition Gallery di aras 1,2 dan 3 disamping disekitar kawasan SAM mengikut kesesuaian karya. Pada edisi 2011 terdapat empat karya artis yang dipamerkan di L1 Gallery antaranya Simon Fujiwara (Britain), Louie Cordero (Filipina), Julian Gothe (Jerman) dan Ryan Trecartin (Amerika).

4thpg/12

Page 2: 4thSINGAPORE BIENNALE · mengandungi kreteria-kreteria seperti berikut: 1. Karya perlu menyahut dan menjawab tajuk Biennale. 2. Membawa jiwa dan semangat Asia Tenggara dan Asia. 3.

8Q SAM |||||||||||||||||||||||||||||||||||||

SAM di 8Q adalah sebuah muzium seni kontemporari sebahagian daripada sayap galeri Singapore Art Museum (SAM), SAM di 8Q mengambil nama sempena lokasinya yang terletak di No. 8 Queen Street berhampiran dengan Bras Basah Road. Bangunan empat tingkat ini adalah bekas bangunan tambahan sekolah rendah Catholic High School. Apabila sekolah berkenaan di dipindahkan ke lokasi baru pada 1987, ruang yang berkeluasan 3,500 kaki persegi ini menjadi Kim Yan Cantonese Methodist Church. Pada September 2007, gereja ini tamat penyewaan dan diberikan kepada Singapore Land Authority. Dengan minat yang baru terhadap seni kontemporari dikalangan belia, National Heritage Board (NHB) mengambil alih bangunan berkenaan daripada Land Authority. NHB membelanjakan $5.8 juta untuk baik pulih dan menjadikan ruang kelas di dalam bangunan empat tingkat itu kepada enam galeri seni untuk mempamerkan karya-karya instalasi berskala besar, seperti instalasi video dan fotografi, seni persembahan dan seni bunyi. Lif juga di tambah, dan setiap galeri, tangga setiap aras dan bahagian koridor dilengkapi dengan penghawa dingin dan alat kawalan serangga. Terdapat juga dua ruang kafe di bahagian bawah.

CLUSTER 1:

B. SMU GREEN ||||||||||||||||||||||||||||||||

Pada asalnya Singapore Management University Green ini adalah bekas tapak padang sekolah St Joseph’s Institution (kini SAM). SMU ditubuhkan pada 12 Januari 2000 menawarkan program ijazah dan pascasiswazah dimana sistem pendidikannya mengambil model The Wharton School. Kampus bandar SMU terletak di tengah-tengah pusat kesenian iaitu daerah civik-budaya dan perniagaan ditengah-tengah bandaraya Singapura. SMU Green ini menghubungkan laluan pejalan kaki yang dikelilingi dengan pokok dan landskap yang menghubungkan MRT Bras Basah Road ke Stamford Road. Dalam pembinaan kampus ini terdapat usaha untuk memulihara landskap semulajadi yang ada disekitarnya seperti menjaga pokok yang telah lama berada di situ dan menanam semula pokok yang telah matang disekitar Bras Basah Park. Apa yang menariknya di lokasi ini terdapat pokok bodhi dijaga rapi oleh kontraktor iaitu pokok yang sangat sensitif dan mempunyai significant dalam kepercayaan budaya Hindu dan Buddha.

SMU telah melancarkan Visual Art Initiative pada 2006, dengan bertujuan untuk menempatkan setiap sudut di kampusnya yang baru ini dengan aktiviti seni dan artistik. Daripada inisiatif ini, SMU akan membina dan menghoskan pameran dan memperkasakan programnya dan akan membina koleksi seni lukis kontemporari bagi institusinya sendiri dengan memokuskan seni Asia Tenggara. Pada SB 2006 seorang artis Ban Shigeru (Jepun) bersama Drik Picture Library Ltd. telah menggunakan ruang ini untuk menghasilkan instalasi seni bina kertas (paper architecture installation) ‘Paper House’ 2006.

C. NATIONAL MUSEUM ||||||||||||||||||||||||||

National Museum of Singapore dibina pada tahun 1887, ia merupakan antara muzium yang tertua merupakan antara 11 peninggalan Khazanah Warisan Singapura. Galeri Sejarah dan Kehidupan mengadakan pameran terkini dalam perspektif

yang pelbagai dalam mempamerkan sejarah dan budaya yang memberikan pengalaman baru memasuki muzium.

Sebagai sebuah mercutanda budaya dan seni bina Singapura, muzium ini

menghoskan pelbagai festival dan acara yang inovatif sepanjang tahun. Seperti Festival Malam, seni instalasi, tayangan filem dan seni persembahan yang menakjubkan, tambahan pula pameran-pameran yang diadakan merupakan bahan koleksi dan artifak yang penting. Program-programnya ditaja dan disokong oleh syarikat makanan dan minuman F&B, runcitan mewah dan Resource Centre. National Museum telah menjadi lokasi pilihan sejak awal SB lagi dimana. 8 karya artis telah diletakkan semasa SB 2006 dan 14 karya pada SB 2011. Untuk SB 2013 National Museum menawarkan 4 lokasi iaitu Rotunda, Basement Galleries, Canyon dan Banyan Tree.

E. ThE PERANAKAN MUSEUM |||||||||||||||||||||

Muzium ini adalah sebuah muzium yang meneroka budaya Peranakan di Asia Tenggara. Dibina pada tahun 1912 merupakan bekas sekolah Tao Nan Chinese School. Muzium yang mengumpul objek dan artifak Peranakan yang boleh dikatakan lengkap. Setiap galeri dalam muzium ini diilustrasikan dengan tradisi budaya dan visual seni hasil kerja Peranakan.

Peranakan Museum menyediakan satu pengalaman memasuki muzium yang berbeza untuk semua. Ia mempamerkan budaya hidup masyarakat peranakan di rantau ini. Muzium ini adalah salah satu bahagian

di dalam Asian Civilisation Museum yang beroperasi di bawah National Heritage Board. Sebagai sebuah lokasi baru untuk SB 2013 lokasi ini menawarkan beberapa ruang antaranya Facade (ruang hadapan), Stairhall, Balcony dan Changing Galleries.

CLUSTER 2:

F. WATERLOO CENTRE |||||||||||||||||||||||||||

‘Waterloo Centre’ merupakan sebuah pusat perniagaan terletak di ‘Waterloo Street’. Lokasi ini merupakan ruang sewa beli pejabat. Ia terletak berhampiran dengan Bras Basah MRT Station, Bugis MRT Station. Pusat perniagaan ‘Waterloo Centre’ ini diambil sempena nama jalan ‘Waterloo Street’, nama ‘Waterloo’ ini juga diambil sempena memperingati peristiwa ‘Battle of Waterloo’ pada 1815. Kawasan jalan ini dikelilingi dengan gereja, tokong dan kuil.

Menurut sejarah awal ‘Waterloo Street’ antara jalan yang terawal di bina di Singapura. Nama asalnya adalah Church Street diambil sempena nama Thomas Church iaitu Resident Councillor pada 1837. Walaubagaimanapun disebabkan terdapat kekeliruan jalan lain yang mempunyai nama yang sama yang terletak di Raffles Place, Municipal Coucil (Majlis Daerah) telah meletakkan nama ‘Waterloo Street’ sempena peristiwa memperingati kemenangan Duke of Wellington terhadap Perancis.

‘Waterloo Street’ selari dengan ‘Bencoolen Street’ dan ‘Queen Street’. Pada SB 2013 ‘Waterloo Center’ memberi ruang di sekitar pintu masuk dan dinding-dinding tingkat bawah bangunan yang merupakan laluan pejalan kaki.

h. NATIONAL LIBRARY ||||||||||||||||||||||||||

‘National Library Board’ atau NLB Singapura menyelia National Library dan juga ‘Public Libraries’. Daripada konvensyen antarabangsa yang diadakan kedua-duanya ini mempunyai fungsi yang berbeza. Misi NLB adalah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik, capaian dan jaringan global dengan perpustakaan melalui perkhidmatan informasi melalui National Library dan Public Library. NLB juga menyelia 31 lagi perpustakaan sama ada dibawah agensi kerajaan, sekolah dan institusi. Melalui penggunan teknologi yang inovatif dan kaloborasi dengan rakan strategik, NLB memastikan pengguna perpustakaan mendapat capaian yang diinginkan melalui perkhidmatan dan sumber informasi yang mesra pelanggan, mudah didapati dan relevan.

National Library terletak di Victoria Street di buka semula pada 22 JulaI 2005 selepas 4 tahun pelan rekabentuknya diperlihatkan kepada awam. Pada tahun 1999 Swan dan Maclaren Architect telah memenangi tander untuk membina semula bangunan National Library Board untuk mengantikan bangunan lama yang terletak di Stamford Road. Bangunan baru ini mempunyai 16 tingkat ini beberapa ciri yang unik seperti clean lines, fluid curve, panel putih, tetingkap kaca besar. Selain itu setiap tingkat dihubungkan dengan ‘sky bridge.

Direka bentuk oleh T.R Hamzah dan Yeang, bangunan ini berkonsepkan mesra alam. Bangunan ini pernah menerima anugerah platinum Green Mark Award pada 2005 oleh Singapore Building and Construction Authority. National Library ini mempunyai 634 000 bahan pada setiap tingkat yang berkeluasan 58 000 meter persegi. Terdapat 2 bahagian di sini iaitu Central Lending Library (peminjaman) dan Reference Library (rujukan).

Kerjasama yang dilakukan oleh National Library dan penganjuran Singapore Biennale ini bukanlah baru. Pada edisi pertama iaitu SB 2006 terdapat dua orang artis yang telah menempatkan karya mereka di sini iaitu Eugenio Ampudia (Sepanyol) dengan dua instalasi multimedia karya bertajuk ‘Fuego Frio’, (Cold Fire) 2006 dan ‘En Juego’ (In Play), 2006 manakala Wilfredo Prieto artis (Cuba) dengan karya konseptual instalasi campuran ‘Biblioteca Blanca’ (White Library), 2006. Pada kali ini National Library menawarkan beberapa ruang seperti Concourse, Glass Facade, Exhibition Space, Double Volume dan Garden.

PENUTUP ||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Selama empat hari bersama rakan-rakan kurator yang lain mengikuti workshop di SAM, sesi taklimat lokasi-lokasi cadangan SB 2013 dan melalui perbincangan dengan kurator regional yang lain seperti Yee I-lan dan Khairuddin Hori kami telah membahagikan kawasan untuk mencari artis yang sesuai mengikut rantau dimana saya akan melihat karya-karya artis yang mempunyai nafas nusantara di Semenanjung Malaysia manakala I-Lann akan melihat Sabah dan Sarawak. Disamping tugas para kurator bersama (co-curator) dari Asean membuat penyelidikan artis di tempat mereka yang sesuai untuk menyertai edisi kali ini borang cadangan karya untuk SB 2013 telah diterbitkan di laman sesawang (web) Singapore Art Museum dimana artis yang berminat untuk menyertai edisi kali ini akan di saring yang tutup pada 21 Disember 2012.

Susulan satu lagi satu wokshop SB 2013 Curatorial Team akan diadakan buat dua kalinya pada 28 Januari hingga 1 Februai 2013 bagi melihat semula dapatan daripada penyelidikan oleh kurator serantau dan juga bagi memilih karya-karya yang sesuai daripada proses penghantaran karya cadangan.

pg/13