58 WARGA SPR TERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG - … warga spr terima APC.pdf · penghargaan kepada...

9
58 WARGA SPR TERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG Putrajaya, 25 Julai – Seramai 58 orang kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2016 sebagai penghargaan kepada perkhidmatan yang cemerlang. Majlis APC 2016 ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Hashim bin Abdullah, Pengerusi SPR. Penerima anugerah menerima sijil penghargaan dan wang bernilai RM1,000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP), Bank Simpanan Nasional (BSN). Berucap dalam majlis tersebut, Datuk Seri Mohd Hashim menghargai sumbangan semua warga kerja SPR yang telah bekerja keras dalam memastikan segala perancangan yang dirangka dapat direalisasikan terutamanya pada ketika SPR berhadapan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan kerjasama semua pihak. Turut dinyatakan keperluan untuk setiap kakitangan mempelbagaikan kemahiran diri terutamanya bagi kepimpinan pelapis kerana kelompok inilah yang bakal mewarisi kepimpinan sedia ada untuk meneruskan perjuangan SPR pada masa hadapan. Majlis turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPR, Setiausaha SPR, Pegawai-pegawai Kanan SPR di peringkat Ibupejabat dan Negeri. Dalam majlis tersebut juga, Pengerusi SPR telah menyampaikan sijil kepujian kepada 73 orang penerima. Turut disampaikan adalah Sijil Persaraan kepada 13 orang warga SPR yang telah dan bakal bersara pada tahun ini beserta Sijil Bakti Setia kepada empat orang penerima di atas perkhidmatan yang telah diberikan kepada SPR sepanjang 25 tahun perkhidmatan. Detik-detik kenangan bersama Pengerusi SPR dan penerima APC telah dirakamkan dalam satu sessi bergambar bagi meraikan para penerima. Disediakan Oleh : Unit Komunikasi Korporat SPR

Transcript of 58 WARGA SPR TERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG - … warga spr terima APC.pdf · penghargaan kepada...

58 WARGA SPR TERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

Putrajaya, 25 Julai – Seramai 58 orang kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

(SPR) hari ini menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2016 sebagai

penghargaan kepada perkhidmatan yang cemerlang. Majlis APC 2016 ini telah

disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Hashim bin Abdullah, Pengerusi

SPR. Penerima anugerah menerima sijil penghargaan dan wang bernilai RM1,000 dalam

bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP), Bank Simpanan Nasional (BSN). Berucap dalam

majlis tersebut, Datuk Seri Mohd Hashim menghargai sumbangan semua warga kerja SPR

yang telah bekerja keras dalam memastikan segala perancangan yang dirangka dapat

direalisasikan terutamanya pada ketika SPR berhadapan dengan pelbagai cabaran yang

memerlukan kerjasama semua pihak. Turut dinyatakan keperluan untuk setiap kakitangan

mempelbagaikan kemahiran diri terutamanya bagi kepimpinan pelapis kerana kelompok

inilah yang bakal mewarisi kepimpinan sedia ada untuk meneruskan perjuangan SPR pada

masa hadapan. Majlis turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPR, Setiausaha SPR, Pegawai-pegawai

Kanan SPR di peringkat Ibupejabat dan Negeri. Dalam majlis tersebut juga, Pengerusi SPR

telah menyampaikan sijil kepujian kepada 73 orang penerima. Turut disampaikan adalah Sijil

Persaraan kepada 13 orang warga SPR yang telah dan bakal bersara pada tahun ini beserta

Sijil Bakti Setia kepada empat orang penerima di atas perkhidmatan yang telah diberikan

kepada SPR sepanjang 25 tahun perkhidmatan. Detik-detik kenangan bersama Pengerusi

SPR dan penerima APC telah dirakamkan dalam satu sessi bergambar bagi meraikan para penerima.

Disediakan Oleh :

Unit Komunikasi Korporat SPR