58817296-Tujuan-Pentaksiran

download 58817296-Tujuan-Pentaksiran

of 3

Transcript of 58817296-Tujuan-Pentaksiran

  • 7/26/2019 58817296-Tujuan-Pentaksiran

    1/3

    Tujuan Pentaksiran (Maklum balas)

    Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan

    dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang

    tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dankemahiran yang telah diajar.

    Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas

    tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.

    Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang

    pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan,

    memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang

    kemajuan langsung.

    Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat

    mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan

    aktiiti pengayaan dan pelajar yang lemah yang

    memerlukan aktiiti pemulihan.

    !uru juga perlu membuat keputusan sama ada untukmengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian

    dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan

    menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

    Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan

    memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang

    dihadapi pelajar. "dakah pelajar mempunyai masalah dalam

    mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran

    yang telah diajar# Sekiranya pelajar menghadapi masalah,

    guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat

    berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah

    pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang

    khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi.

  • 7/26/2019 58817296-Tujuan-Pentaksiran

    2/3

    (Penempatan)

    Pemilihan dan Penempatan

    Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran

    bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar$

    pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada

    tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru %ahasa

    Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa

    Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran

    manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa,perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting

    untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat

    yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

    Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan

    dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka.

    Sekiranya penguasaan mereka berbe&a, guru perlu menempatkan

    mereka mengikut tahap penguasaan masing$masing dan

    seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut

    keperluan mereka yang berbe&a$be&a itu. Dalam keadaan ini,

    tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar

    mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

    Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah

    untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran

    tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam

    mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliransains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

    (penggredan)

  • 7/26/2019 58817296-Tujuan-Pentaksiran

    3/3

    Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan

    pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap

    penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran

    dan sikap yang ingin disampaikan guru.

    Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempohpengajian' misalnya pada akhir Tahun (PS*), Tingkatan +

    (PM*) dan Tingkatan (SPM)' adalah bertujuan untuk

    menentukan gred pencapaian para pelajar secara

    keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak

    -ormal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada

    pelajar.

    asil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik

    pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang,sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat

    menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar

    berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam

    peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya,

    seperti pemilihan dan penempatan.