5A-Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kecenderungan Meminta Bantuan Dengan Person Ali Ti Sebagai

9

Click here to load reader

Transcript of 5A-Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kecenderungan Meminta Bantuan Dengan Person Ali Ti Sebagai

Page 1: 5A-Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kecenderungan Meminta Bantuan Dengan Person Ali Ti Sebagai

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

1

Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kecenderungan Meminta Bantuan Dengan Personaliti Sebagai Moderator

Samsiah Bt Jayosa , Saleha Bt Awang Kechikb , Rizal Abu Bakarc Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Universiti Malaysia Sarawak. 013-48814041, 019-51807392, 017-801102233

[email protected],[email protected]., [email protected]

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan dengan personaliti ekstraversi, neurotik dan penyetujuan sebagai moderator. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk keratan rentas seksyen dan persampelan sukarela. Seramai 157 orang pelajar diploma dan Ijazah Sarjana Muda daripada Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) telah menjadi responden kajian ini. Instrumen yang digunakan terdiri daripada Laporan Kendiri Skala Kecerdasan Emosi, Skala Am Kecenderungan Meminta Bantuan dan Big Five Questionnaire. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan frekuensi dan peratusan berkaitan faktor-faktor demografi. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kecenderungan meminta bantuan dan personaliti ekstraversi dengan kecerdasan emosi. Personaliti ekstraversi juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan kecenderungan meminta bantuan. Walau bagaimanapun, analisis regresi hirarki menunjukkan personaliti ekstraversi, neurotik dan penyetujuan tidak bertindak sebagai moderator dalam kajian ini. Limitasi dan cadangan untuk pengkaji akan datang juga turut dibincangkan. Kata kunci: kecerdasan emosi, ekstraversi, neurotik, penyetujuan, kecenderungan meminta bantuan 1. Pengenalan

Seawal tahun 1820-an, emosi dikenal pasti sebagai elemen penting dalam survival dan adaptasi seseorang (Sternberg, Lautrey & Lubart, 2002). Ekspresi emosi dan pandangan terhadap hasil kecerdasan emosi dan sosial adalah sesuatu yang utama dalam adaptasi yang efektif (Bar-On, 2002). Oleh itu, kesesuaian dalam mempamerkan emosi pada situasi yang tepat disebut sebagai kecerdasan emosi (Sternberg, Lautrey & Lubart, 2002). Minat yang mendalam bidang emosi menyebabkan terhasilnya beberapa model kecerdasan emosi (Kierstead,1999). Mixed Model oleh Goleman (1995) dan Ability Model oleh Mayer dan Salovey (1997) merupakan antara model yang terkenal dalam bidang kecerdasan emosi (Chernis, 2000). Walaupun model-model tersebut adalah berbeza tetapi menunjukkan dimensi kecerdasan emosi yang tersendiri yang digunakan untuk mengukur tahap keupayaan individu (Kierstead,1999). 2. Kenyataan Masalah Hipotesis Kajian dan

Reka Bentuk Kajian

Ciarrochi dan Deane (2001) telah menyiasat hubungan antara kecerdasan emosi dan keinginan untuk meminta bantuan. Hasil kajian menunjukkan individu yang kurang meminta bantuan dilaporkan mempunyai kemahiran yang lemah dalam menguruskan emosi. Perkara ini menunjukkan keupayaan menguruskan emosi merupakan satu faktor yang mempengaruhi keinginan seseorang untuk meminta bantuan. Namun, kajian yang dijalankan ini tidak menyentuh aspek personaliti dalam mengkaji hubungan di antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan.

Mayer, Salovey dan Caruso (2004) pula menyatakan di dalam kajian mereka bahawa lebih tinggi kecerdasan emosi seseorang individu, usaha untuk menyelesaikan masalah emosi individu tersebut adalah lebih mudah. Mereka mengaitkan kecerdasan emosi dengan personaliti penyetujuan di mana individu dengan kecerdasan emosi yang tinggi dikatakan lebih cenderung untuk bersifat terbuka, taat dan mempunyai interaksi sosial yang positif. Mereka tidak melibatkan diri dengan kelakuan negatif seperti merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah. Namun, kajian mereka tidak menyentuh aspek kecenderungan meminta bantuan bagi individu yang berpersonaliti penyetujuan dan mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi.

Page 2: 5A-Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kecenderungan Meminta Bantuan Dengan Person Ali Ti Sebagai

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

2

Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji hubungan kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta

bantuan dengan personaliti sebagai moderator bagi

menjawab soalan utama iaitu adakah personaliti mempengaruhi perhubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan dengan berasaskan hipotesis berikut: H01 : Personaliti ekstraversi tidak bertindak sebagai

moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan.

H02 : Personaliti neurotik tidak bertindak sebagai

moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan.

H03 : Personaliti penyetujuan tidak bertindak sebagai

moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan. Kajian ini menggunakan reka bentuk keratan

rentas seksyen (cross-sectional) dengan target populasi pelajar-pelajar Kolej Universiti INSANIAH, Kedah. Sampel adalah dipilih berdasarkan persampelan secara sukarela. Persampelan secara sukarela merupakan pemilihan sampel yang dibuat berasaskan kerelaan responden untuk menjadi sampel kajian secara sukarela (Sidek Mohd. Noah, 2002).

Kajian ini menggunakan borang soal selidik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang didapati daripada kajian lepas dan diubahsuai untuk membentuk kesesuaian dengan kawasan tinjauan. Terdapat empat bahagian dalam borang soal selidik ini iaitu bahagian A (Demografi), bahagian B (Laporan kendiri skala kecerdasan emosi oleh Schutte, Malouff, Hall, Haggerty, Cooper, Golden, dan Dornheim, 1998) sebanyak 33 item. Manakala bahagian C pula merupakan skala am kecenderungan meminta bantuan oleh Deane, Wilson dan Ciarrochi (2001) mempunyai tiga item bersama 21 respon keseluruhan dan bahagian D pula menggunakan Big Five Questionnaire-Children Form oleh Claudio Barbaranelli (2001) sebanyak 65 item.

Data yang diperoleh daripada responden akan dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 14.0 untuk Windows. Jadual korelasi matriks yang terdiri daripada min, sisihan piawai dan korelasi di antara pemboleh ubah yang sama dan berbeza akan diperkembangkan. Korelasi tersebut akan menyediakan bukti terhadap kesahan dan kebolehpercayaan skala pengukuran dalam kajian (Hair, Anderson, Tatham & Black, 1998)

Kesan moderasi merupakan sejenis interaksi yang menunjukkan darjah keteguhan perhubungan di antara dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar apabila

pemboleh ubah yang lain (pemboleh ubah moderator) dimasukkan ke dalam hubungan tersebut. Kesan moderasi akan terhasil jika berlaku perubahan dalam perhubungan antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar selepas pemboleh ubah moderator dimasukkan ke dalam hubungan tersebut (Cohen & Cohen 1983; Jaccard, Turisi & Wan, 1990; Kleinbaum, Kupper & Muller, 1988). Kehadiran kesan moderasi ditentukan dengan menggunakan analisis regresi hirarki (Cohen & Cohen, 1983). Selanjutnya, pemeriksaan terhadap perbezaan antara nilai korelasi berganda kuasa dua (squared multiple correlations) bagi pemboleh ubah interaksi dengan pemboleh ubah tidak bersandar dapat menentukan darjah kekuatan kesan interaksi dalam sampel data (Cohen & Cohen, 1983; Jaccard, Turisi & Wan, 1990). Pemeriksaan terhadap perubahan dalam kecerunan (slope) bagi pemboleh ubah bersandar ke atas pemboleh ubah tidak bersandar akan menunjukkan berlakunya perubahan satu unit dalam pemboleh ubah moderator. Perkara ini menerangkan sifat interaksi yang berlaku dalam sampel data (Jaccard et al., 1982; Kleinbaum et al., 1988). 3. Keputusan dan Perbincangan

Selepas analisis faktor dalam SPSS dilakukan, didapati sebelas item kecerdasan emosi, tujuh item kecenderungan meminta bantuan dan empat item untuk setiap jenis personaliti yang dikaji dapat digunakan dalam kajian kerana telah mencapai kesahan piawai, iaitu analisis kesahan bernilai 0.4 atau lebih (Hair et al., 1998).

Nilai kesahan bagi sebelas item kecerdasan emosi adalah daripada .52 hingga .62 manakala nilai kesahan bagi item kecenderungan meminta bantuan adalah daripada .60 hingga .81. Kesahan item personaliti ekstraversi bernilai .56 hingga .71, nilai kesahan .63 hingga .78 bagi item personaliti neurotik dan .50 hingga .74 bagi item personaliti penyetujuan. Justeru, item yang digunakan di dalam kajian ini telah mencapai kesahan piawai kerana analisis faktor untuk analisis kesahan adalah bernilai lebih daripada 0.4 dan sekaligus mengesahkan hasil kajian ini (Hair et al., 1998).

Kesemua item pemboleh ubah adalah signifikan dalam ujian Bartlett (P=.000) dengan nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) melebihi .6 dan nilai Eigen melebihi 1. Nilai-nilai ini menunjukkan

Page 3: 5A-Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kecenderungan Meminta Bantuan Dengan Person Ali Ti Sebagai

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

3

bahawa kesemua pemboleh ubah merupakan konstruk yang sah (Coakes & Steed, 2003). Berikut di bawah adalah hasil analisis ujian kesahan dan kebolehpercayaan pemboleh ubah kajian:

Jadual 1: Ujian kesahan dan kebolehpercayaan pemboleh ubah kajian Pemboleh ubah Item Nilai kesahan

item KMO Ujian

Bartlett

Nilai Eigen

Penerangan sisihan

Alfa Cronbach

Kecerdasan Emosi 11 .52 - .62 .79 153 P=.000

4.73 26.26 .82

Kecenderungan meminta bantuan

7 .60 - .81 .79 153 P=.000

3.31 18.40 .87

Personaliti Ekstraversi

4 .56 - .71 .67 78 P=.000

2.58 19.81 .61

Personaliti Neurotik

4 .63 - .78 .67 78 P=.000

2.10 16.12 .68

Personaliti Penyetujuan

4 .50 - .74 .67 78 P=.000

1.46 11.26 .55

Berikut di bawah adalah jadual korelasi matrik yang menunjukkan min, sisihan piawai dan korelasi antara pemboleh ubah:

Jadual 2: Korelasi matrik yang menunjukkan min, sisihan piawai dan korelasi antara pemboleh ubah

Pemboleh ubah Min

Sisihan piawai

Korelasi Pearson (r) Kecerdasan emosi

Kecenderungan meminta bantuan

Ekstraversi Neurotik Penyetujuan

Kecerdasan emosi

4.09

.46

1

Kecenderungan meminta bantuan

4.18

1.25

.17*

1

Ekstraversi 3.69 .54 .52** .18* 1

Neurotik 2.88 .86 -.13 .02 -.03 1

Penyetujuan 3.29 .66 .12 .12 .18* .07 1

Nota: Korelasi adalah signifikan pada tahap *p<0.05, **p<0.01, ***p<0.001 Kebolehpercayaan ditunjukkan secara diagonal (1).

Korelasi antara pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar adalah positif dan signifikan. Kecerdasan emosi mempunyai korelasi yang positif dan signifikan dengan kecenderungan meminta bantuan (r = .17, p<0.05). Korelasi antara pemboleh ubah tidak bersandar dan

pemboleh ubah moderator juga adalah positif dan signifikan iaitu kecerdasan emosi mempunyai korelasi yang positif dan signifikan dengan personaliti ekstraversi (r = .52, p<0.01). Selain itu,

Page 4: 5A-Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kecenderungan Meminta Bantuan Dengan Person Ali Ti Sebagai

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

4

pemboleh ubah moderator dan pemboleh ubah bersandar juga mempunyai korelasi yang positif dan signifikan iaitu personaliti ekstraversi mempunyai korelasi yang positif dan signifikan dengan kecenderungan meminta bantuan (r = .18, p<0.05). Hipotesis yang diuji untuk mengenal pasti peranan personaliti ekstraversi sebagai pemboleh ubah moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan adalah seperti di bawah: H01 : Personaliti ekstraversi tidak bertindak

sebagai moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan.

Keputusan daripada analisis regresi hirarki

menunjukkan bahawa kecerdasan emosi menyumbang sebanyak 3% varian dalam kecenderungan meminta bantuan dan tidak menjadi peramal yang signifikan (R2 = 0.03, F = 4.34, p< .04). Dengan memasukkan personaliti ekstraversi sebagai pemboleh ubah moderator, sumbangan kecerdasan emosi telah bertambah kepada 4% varian dalam kecenderungan meminta bantuan (R2 = 0.04, F = 1.98, p< .04).

Dapatan ini menunjukkan bahawa personaliti ekstraversi tidak berperanan sebagai moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan seperti mana dipaparkan di dalam Jadual 3.

Oleh itu, H01 yang digariskan adalah diterima.

Jadual 3: Keputusan Analisis Regresi Hirarki Personaliti Ekstraversi sebagai Moderator Hubungan antara Kecerdasan Emosi dan Kecenderungan Meminta Bantuan Pemboleh ubah Langkah 1 Langkah 2 Beta t Sig. Beta T Sig. Kecerdasan emosi

.17

2.08

.04

.10

1.07

.29

Personaliti Ekstraversi .13 1.41 .16 R2 .03 .04 Adj. R2 .02 .03 F 4.34 1.98 Sig.F .04 .04

Nota: Korelasi adalah signifikan pada tahap *p<0.05, **p<0.01, ***p<0.001 Pemboleh ubah Bersandar: Kecenderungan Meminta Bantuan

Terdapat sekurang-kurangnya sepuluh kajian yang didapati mengkaji berkaitan kecerdasan emosi dan ekstraversi dan menunjukkan hubungan yang positif di antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Kajian-kajian tersebut telah dijalankan oleh Lopes, Salovey dan Straus (2002); Ilarda dan Findlay (2006); Van Der Zee, Thijs dan Schakel (2002); Singh dan Woods (2008); Sjoberg dan Littorin (2003); Chamorro-Premuzic, Bennett dan Furnham (2007); Dawda dan Hart (2000); Zeng dan Miller (2002); Zeng dan Miller (2001); dan Riggio dan Riggio (2002). Kajian oleh Amirkhan, Risinger dan Swickert (1995) dan Swickert et al. (2002) pula telah membuktikan bahawa ekstraversi mempunyai hubungan positif dengan kecenderungan meminta bantuan.

Walaupun kajian-kajian tersebut menunjukkan hasil yang positif dan signifikan, namun tiada kajian lepas yang telah menggabungkan ketiga-tiga pemboleh ubah iaitu kecerdasan emosi, ekstraversi dan kecenderungan meminta bantuan. Perkara ini mungkin disebabkan banyak faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi hubungan di antara ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut. Justeru, perkara ini mungkin menjadi punca ekstraversi gagal bertindak sebagai moderator dalam kajian ini.

Hipotesis yang diuji untuk mengenal pasti peranan personaliti neurotik sebagai pemboleh ubah moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan adalah seperti di bawah: H02 : Personaliti neurotik tidak bertindak sebagai

Page 5: 5A-Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kecenderungan Meminta Bantuan Dengan Person Ali Ti Sebagai

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

5

moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan.

Keputusan daripada analisis regresi hirarki menunjukkan bahawa kecerdasan emosi menyumbang sebanyak 3% varian dalam kecenderungan meminta bantuan dan tidak menjadi peramal yang signifikan (R2 = 0.03, F = 4.34, p< .04). Dengan memasukkan personaliti neurotik sebagai pemboleh ubah moderator, didapati tiada perubahan varian dalam kecenderungan meminta bantuan (R2 = 0.03, F = .30, p< .10).

Dapatan ini menunjukkan bahawa personaliti neurotik tidak berperanan sebagai moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan seperti mana dipaparkan di dalam Jadual 4. Oleh itu, H02 yang digariskan adalah diterima.

Dalam Al-Qur’an, Allah mendeskripsikan manusia sebagai makhluk yang tercipta daripada air yang memiliki sifat dingin dan basah (As-Sajdah; 32:8); bumi yang memiliki sifat dingin dan kering (Ali-Imran; 3:59); tanah liat mentah (raw clay) yang memiliki sifat panas dan basah (Al-A’raaf; 7:12); dan tanah kering seperti tembikar (sounding clay) yang memiliki sifat panas dan kering (Ar-Rahman; 55:14).

Allah menciptakan manusia dengan empat elemen tersebut. Jika dilihat dari perspektif sejarah personaliti, Eysenck (1916) telah memberi dua faktor

personaliti yang utama iaitu neurotik dan ekstraversi. Dua faktor personaliti ini pula dipecahkan kepada dua menyebabkan terbentuk empat faktor personaliti yang dinamakan phlegmatik (introvert-stabil), melankolik (introvert-neurosis), sanguin (ekstrovert-stabil) dan kolerik (ekstrovert-neurosis) (Sidek Mohd Noah, 2005).

Secara dasarnya, persamaan empat faktor personaliti seperti terkandung dalam Al-Qur’an dan faktor personaliti Eysenck (1916) ialah:

i) Phlegmatik yang dicirikan oleh sifat dingin dan basah (As-Sajdah; 32:8)

ii) Melankolik yang dicirikan oleh sifat dingin dan kering (Ali-Imran; 3:59) iii) Sanguin yang dicirikan oleh sifat panas dan basah (Al-A’raaf; 7:12) iv) Kolerik yang dicirikan oleh sifat panas dan kering (Ar-Rahman; 55:14) Justeru, kegagalan personaliti ekstraversi

menjadi moderator dalam kajian ini mungkin disebabkan personaliti ekstraversi dalam personaliti Big Five kurang sesuai digunakan di dalam kajian ini berbanding personaliti sanguin dan kolerik dalam teori personaliti Eysenck. Teori personaliti Eysenck membahagikan ekstraversi kepada dua bahagian berbanding hanya satu bahagian menurut teori personaliti Big Five.

Jadual 4: Keputusan Analisis Regresi Hirarki Personaliti Neurotik sebagai Moderator Hubungan antara Kecerdasan Emosi dan Kecenderungan Meminta Bantuan Pemboleh ubah Langkah 1 Langkah 2 Beta t Sig. Beta t Sig. Kecerdasan emosi

.17

2.08

.04

.17

2.13

.04

Personaliti Neurotik .04 .55 .58 R2 .03 .03 Adj. R2 .02 .02 F 4.34 .30 Sig.F .04 .10

Pemboleh ubah Bersandar: Kecenderungan Meminta Bantuan

Kajian-kajian terdahulu yang berkaitan

kecerdasan emosi dan neurotik telah membuktikan secara tidak langsung bahawa personaliti neurotik mempunyai hubungan yang negatif dengan kecerdasan emosi (Furnham & Petrides, 2003; Lopes, Salovey & Straus, 2002; Chamorro-Premuzic,

Bennett & Furnham, 2007; Dawda & Hart, 2000; Zeng & Miller, 2001; Riggio & Riggio, 2002). Kajian-kajian tersebut adalah bercanggah dengan keputusan ujian korelasi Pearson dalam kajian ini

Page 6: 5A-Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kecenderungan Meminta Bantuan Dengan Person Ali Ti Sebagai

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

6

yang menunjukkan tiada korelasi antara neurotik dan kecerdasan emosi.

Kajian oleh Mikolajczak dan Luminet (2008); Mikolajczak, Nelis, Hansenne dan Quoidbach (2008); Daus dan Ashkanasy (2003); dan Freitas, Salovey dan Liberman (2000) pula membuktikan bahawa kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang negatif dengan kecenderungan meminta bantuan. Hasil analisis kajian-kajian tersebut adalah bercanggah dengan keputusan ujian korelasi Pearson di dalam kajian ini di mana kecerdasan emosi mempunyai korelasi yang positif dengan kecenderungan meminta bantuan.

Selain itu, tiada kajian yang menyentuh tentang hubungan antara neurotik dan kecenderungan meminta bantuan. Justeru, kegagalan neurotik bertindak sebagai moderator dalam kajian ini mungkin disebabkan faktor-faktor tersebut iaitu kajian-kajian lepas yang terbukti bahawa neurotik mempunyai korelasi negatif dengan kecerdasan emosi sedangkan tiada korelasi yang didapati di antara dua pemboleh ubah tersebut dalam kajian ini serta personaliti neurotik yang belum pernah dikaitkan dengan kecenderungan meminta bantuan dalam mana-mana kajian.

Antara faktor lain yang mungkin menjadi punca kegagalan personaliti neurotik menjadi moderator di dalam kajian ini ialah personaliti neurotik dalam teori personaliti Big Five kurang sesuai digunakan di dalam kajian ini berbanding personaliti phlegmatik dan melankolik dalam teori personaliti Eysenck (Sidek Mohd Noah, 2005).

Teori personaliti Eysenck membahagikan neurotik kepada dua bahagian berbanding hanya satu bahagian menurut teori personaliti Big Five. Dalam Al-Qur’an juga pernah menyentuh berkaitan personaliti phlegmatik yang dicirikan oleh sifat dingin dan basah (As-Sajdah; 32:8) dan personaliti melankolik yang dicirikan oleh sifat dingin dan kering (Ali-Imran; 3:59).

Hipotesis yang diuji untuk mengenal pasti peranan personaliti penyetujuan sebagai pemboleh ubah moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan adalah seperti di bawah:

H03 : Personaliti penyetujuan tidak bertindak sebagai

moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan.

Keputusan daripada analisis regresi hirarki

menunjukkan bahawa kecerdasan emosi menyumbang sebanyak 3% varian dalam kecenderungan meminta bantuan dan tidak menjadi peramal yang signifikan (R2 = 0.03, F = 4.34, p< .04). Dengan memasukkan personaliti penyetujuan sebagai pemboleh ubah moderator, sumbangan kecerdasan emosi telah bertambah kepada 4% varian dalam kecenderungan meminta bantuan (R2 = 0.04, F = 1.63, p< .05).

Dapatan ini menunjukkan bahawa personaliti penyetujuan tidak berperanan sebagai moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan seperti mana dipaparkan di dalam Jadual 5.

Oleh itu, H03 yang digariskan adalah diterima.

Jadual 5: Keputusan Analisis Regresi Hirarki Personaliti Penyetujuan sebagai Moderator Hubungan antara Kecerdasan Emosi dan Kecenderungan Meminta Bantuan Pemboleh ubah Langkah 1 Langkah 2 Beta t Sig. Beta t Sig. Kecerdasan emosi

.17

2.08

.04

.15

1.92

.06

Personaliti Penyetujuan .10 1.28 .20 R2 .03 .04 Adj. R2 .02 .03 F 4.34 1.63 Sig.F .04 .05

Pemboleh ubah Bersandar: Kecenderungan Meminta Bantuan

Page 7: 5A-Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kecenderungan Meminta Bantuan Dengan Person Ali Ti Sebagai

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

7

Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Caspi, Roberts dan Shiner (2005); Van Der Zee, Thijs dan Schakel (2002); Ilarda dan Findlay (2006); Sjoberg dan Littorin (2003); Chamorro-Premuzic, Bennett dan Furnham (2007); Dawda dan Hart (2000); Zeng dan Miller (2002); dan Zeng dan Miller (2001) telah membuktikan bahawa kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang positif dengan penyetujuan. Namun, kecerdasan emosi didapati mempunyai hubungan yang negatif dengan kecenderungan meminta bantuan (Mikolajczak & Luminet, 2008; Mikolajczak, Nelis, Hansenne & Quoidbach, 2008; Daus & Ashkanasy, 2003; dan Freitas, Salovey & Liberman, 2000). Hasil analisis kajian-kajian tersebut adalah bercanggah dengan keputusan ujian korelasi Pearson di dalam kajian ini di mana kecerdasan emosi mempunyai korelasi yang positif dengan kecenderungan meminta bantuan.

Selain itu, tiada kajian yang menyentuh tentang hubungan antara penyetujuan dan kecenderungan meminta bantuan. Justeru, kegagalan penyetujuan bertindak sebagai moderator dalam kajian ini mungkin disebabkan faktor-faktor tersebut iaitu percanggahan hasil ujian korelasi Pearson dalam kajian ini berbanding kajian-kajian lepas yang berkaitan hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan serta personaliti penyetujuan yang belum pernah dikaitkan dengan kecenderungan meminta bantuan dalam mana-mana kajian.

Berbalik kepada definisi asal personaliti penyetujuan, Costa dan McCrae (2006) telah menyatakan bahawa individu yang berpersonaliti penyetujuan merupakan individu yang boleh dipercayai, suka berterus-terang, suka menolong,

mempunyai sifat suka menurut atau taat, mempunyai kerendahan hati dan mempunyai ciri-ciri altruistik, lemah-lembut, simpati dan mesra (Costa & McCrae, 2006). Namun, dalam kajian ini, sampel adalah terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang pengajian agama. Sidek Mohd Noah (2005) telah berpendapat bahawa individu yang mempunyai latar belakang pengajian agama mungkin berpersonaliti phlegmatik (introvert-stabil) yang mempunyai sifat pasif, berhati-hati, bertimbang rasa, tenang, terkawal, jujur boleh diharapkan dan tenteram. Latar belakang pengajian agama mungkin menyebabkan sampel kajian lebih berpersonaliti phlegmatik berbanding personaliti penyetujuan. Justeru, perkara ini mungkin menjadi punca personaliti penyetujuan gagal menjadi moderator dalam kajian ini. 4. Kesimpulan

Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara beberapa faktor pemboleh ubah. Walau bagaimanapun, analisis regresi hirarki membuktikan bahawa ketiga-tiga tret personaliti iaitu ekstraversi, neurotik dan penyetujuan tidak bertindak sebagai moderator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kecenderungan meminta bantuan. Namun, perbezaan antara nilai korelasi berganda kuasa dua (squared multiple correlations) bagi pemboleh ubah interaksi dengan pemboleh ubah tidak bersandar menunjukkan terdapat sedikit kesan interaksi dalam sampel data selepas kemasukan pemboleh ubah moderator dalam hubungan tersebut.

Rujukan

1. Amirkhan, J. H., Risinger, R. T., & Swickert, R. J.

(1995). Extraversion: A “Hidden” Personality Factor in Coping? Journal of Personality, 63(2), 189-212.

2. Arnett, J. J. (1999). Adolescent Storm and Stress. American Psychologist, 54(5), 317-337.

3. Baron, R. M., & Kenny, D. A. (1986). This moderator-mediator variable distinction in social psychological research: Conceptual, strategic and statistical considerations. Journal of Personality and Social Psychology, 51(6), 1173-1182.

4. Barbaranelli, C., Caprara, G. V., Rabasca, A., & Pastorelli, C. (2001). A questionnaire for measuring the Big Five in late childhood. Personality and Individual Differences 34, 645–664.

5. Brackett, M.A., Mayer, J.D., & Warner, R.M. (2004). Emotional intelligence and its relation to everyday behaviour. Personality and Individual Differences, 36, 1387-1402.

6. Breakwell, G. M., Hammond, S., Fife-Schaw, C., & Smith, J. A. (2006). Research methods in psychology. London: SAGE.

7. Caspi, A., Roberts, B., & Shiner, R. L. (2005). Adolescents’ Personality. Annual Reviews Psychology, 56, 453–484.

8. Chamorro-Premuzic, T., Bennett, E., & Furnham, A. (2007). The happy personality: Mediational role of trait emotional intelligence. Personality and Individual Differences, 42, 1633-1639.

9. Chernis, C. (2000). Emotional Intelligence: What it is and why it matters?Diperolehi pada 30 Julai 2007 daripada www.imi.ie/eqhtwl/articles_ei_further_

10. Ciarrochi, J., & Deane, F. (2001). Emotional competence and willingness to seek help from

Page 8: 5A-Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kecenderungan Meminta Bantuan Dengan Person Ali Ti Sebagai

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

8

professional and non professional sources. British Journal Guidance and Counselling, 31, 1105-1119.

11. Ciarrochi, J., Deane, F., Wilson, C., & Rickwood, D. (2002). Adolescents who need help the most are the least likely to seek it: the relationship between low emotional competence and low intention to seek help. British Journal Guidance and Counselling, 301, 173-188.

12. Coakes, S. J. & Steed, L. G. (1999). SPSS Analysis without Anguish. Australia: John Wiley & Sons Australia, Ltd.

13. Cohen, J., & Cohen, P. (1983). Applied multiple regression/correlation analysis for the behavioural sciences. New Jersey: Erlbaum.

14. Costa, P. T., Jr., & McCrae, R. R. (2006). Age changes in personality and their origins: Comment on Roberts, Walton, and Viechtbauer. Psychological Bulletin, 132, 28–30.

15. Cresswell, J. W. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five traditions. London: SAGE Publication.

16. Daus, C. S., & Ashkanasy, N. M. (2003). Will the Real Emotional Intelligence Please Stand Up?On Deconstructing the Emotional Intelligence “Debate”. The Industrial-Organizational Psychologist, 41(2), 69-72.

17. Davis, D. (1996). Business Research for Decision Making (4th ed.). Belmont: Duxbury Press.

18. Dawda, D., & Hart, S. D. (2000). Assessing emotional intelligence: Reliability and validity of the Bar-On Emotional Quotient Inventory (EQ-i) in university students. Personality and Individual Differencec, 28, 797-812.

19. Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (1993). How to design and evaluate research in education (2nd ed). New York: McGraw Hill.

20. Freitas, A. L., Salovey, P., & Liberman, N. (2000). How and why people self-evaluate. Paper presented at the First Annual Meeting of the Society for Personality and Social Psychology, Nashville, TN.

21. Furnham, A.& Petrides, K.V. (2003). Trait Emotional Intelligence and Happiness. Social Behavior and Personality, 31(8), 815-824.

22. Goleman, D. (1995). Emotional intelligence. New York: Bantam.

23. Hair, J. F., Anderson, R. E., Tatham, R. L., & Black, W. C. (1998). Multivariate Data Analysis (5th Ed.). New Jersey: Prentice-Hall International Inc.

24. Ilarda, E., & Findlay, B. M. (2006). Emotional Intelligence and Propensity to be a

Teamplayer. E- Journal of Applied Psychology: Emotional Intelligence, 2(2), 19-29.

25. Israelashvili, M. (1999). Adolescents’ help-seeking behaviour in times of community crisis. International Journal for the Advancement of Counselling, 21, 87–96.

26. Jaccard, Turrisi, R., & Wan, C. K. (1990). Interaction effects in multiple regression. California: SAGE Publication, Inc.

27. Kierstead, J. (1999). HRM trend issues: Emotional Intelligence in the workplace. Diperolehi pada 30 Julai 2007 daripada www.imi.ie/management/articles_ei_further_

28. Kleinbaum, D. G., Kupper, L. L., & Muller, K. F. (1988). Applied regression analysis and other multivariable methods. Boston: PWS-Kent Publishing, Co.

29. Lopes, P.N., Salovey, P., & Straus, R. (2002). Emotional intelligence, personality, and the perceived quality of social relationships. Personality and Individual Differences, 35, 641–658.

30. Mayer, J.,& Salovey, P.,(1997). What is intelligence? Emotional development and emotional intelligence: Educational implication. New York: Basic Books.

31. Mayer, J.D., Salovey, P.,& Caruso. (2004). Emotional Intelligence: Theory, Findings, and Implications. Psychological Inquiry, 15(3), 197-215.

32. Mikolajczak, M., & Luminet, O. (2008). Trait emotional intelligence and the cognitive appraisal of stressful events: An exploratory study. Tesis yang tidak diterbitkan, Belgian National Fund for Scientific Research & Department of Psychology, Université catholique de Louvain.

33. Riggio, H. R., & Riggio, R. E. (2002). Emotional Expressiveness, Extraversion, and Neuroticism: A Meta-Analysis. Journal of Nonverbal Behavior, 26(4), 195-218.

34. Salovey, P., &Mayer, J. D. (1990). Emotional intelligence. Imagination, Cognition, and Personality, 9, 185–211.

35. Schultz, D. & Schultz, S.E. (1994). Theories of Personality. California: Brooks/Cole Publishing Company.

36. Schutte, N. S., Malouff, J. M., Hall, L. E., Haggerty, D. J., Cooper, J. T., Golden, C. J., & Dornheim, L. (1998). Development and validation of measure of emotional inteligence. Personality and Individual Differences, 25, 167-177.

37. Sekaran, U. (2000). Research Methods for business: A skill building approach. New York: John Wiley & Sons, Inc.

Page 9: 5A-Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kecenderungan Meminta Bantuan Dengan Person Ali Ti Sebagai

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

9

38. Sidek Mohd Noah. (2002). Rekabentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

39. Sidek Mohd Noah. (2005). Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

40. Singh, M., & Woods, S. A. (2008). Predicting General Well-Being From Emotional Intelligence and Three Broad Personality Traits. Journal of Applied Social Psychology, 38(3), 635–646.

41. Sjoberg, L., & Littorin, P. (2003). Emotional intelligence, personality and sales performance. Tesis yang tidak diterbitkan, Center for Risk Research, Stockholm School of Economics.

42. Sternberg, R. J., Lautrey, J., Lubart, T. I. (2002). Models of Intelligence. New York: Brooks/Cole-Thompson Learning.

43. Swickert, R. J., Rosentreter, C. J., Hittner, J. B., & Mushrush, J. E. (2002). Extraversion, social

support processes, and stress. Personality and Individual Differences, 32(5), 877-891.

44. Vakola, M., Tsaousis, I., & Nikolaou, I (2004). The role of emotional intelligence and personality variables on attitudes toward organisational change. Journal of Managerial Psychology. 19(2), 88-110.

45. Van Der Zee, K., Thijs, M., & Schakel, L. (2002).The Relationship of Emotional Intelligence with Academic Intelligence and the Big Five. European Journal of Personality, 16, 103–125.

46. Wright, L. L. (1996). Qualitative International Management Research: Handbook for International Management Research. Oxford: Blackwell Publishers Inc.

47. Zeng, X., & Miller, C. E. (2002). Examinations of Measurements of Emotional Intelligence. Ergometrika, 2, 38 - 49.

48. Zeng, X. & Miller, C. E. (2001), Emotional Intelligence and Personality. IOOB.