5s part 2

5
KEMPEN JOM JIMAT Kempen Jom Jimat merupakan program utama yang dijalankan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada tahun 2013. Inisiatif penganjuran program ini dibuat dalam usaha membudayakan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dalam kalangan warga IKBN Seri Iskandar. Kempen Jom Jimat mensasarkan untuk mengurangkan kos operasi IKBN Seri Iskandar dengam mempraktikkan budaya berjimat cermat terutamanya dalam penggunaan tenaga elektrik, air dan bekalan kertas. Kempen ini akan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan jika semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. OBJEKTIF Pengurangan penggunaan tenaga elektrik, air dan bekalan kertas akan membawa kepada penjimatan kos pengurusan organisasi Memberi impak positif ke atas produktiviti dan daya saing

description

amalan 5s

Transcript of 5s part 2

Page 1: 5s part 2

KEMPEN JOM JIMAT

Kempen Jom Jimat merupakan program utama yang dijalankan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada tahun 2013. Inisiatif penganjuran program ini dibuat dalam usaha membudayakan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dalam kalangan warga IKBN Seri Iskandar. Kempen Jom Jimat mensasarkan untuk mengurangkan kos operasi IKBN Seri Iskandar dengam mempraktikkan budaya berjimat cermat terutamanya dalam penggunaan tenaga elektrik, air dan bekalan kertas. Kempen ini akan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan jika semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

OBJEKTIF

Pengurangan penggunaan tenaga elektrik, air dan bekalan kertas akan membawa kepada penjimatan kos pengurusan organisasi

Memberi impak positif ke atas produktiviti dan daya saing

Meningkatkan kecekapan dan saling mengingati sesama warga IKBN Seri Iskandar

Membantu mengekalkan persekitaran sihat dan selamat untuk generasi masa hadapan

Meningkatkan imej institut / organisasi

Page 2: 5s part 2

Penggunaan Sumber

Meningkat semangat kerjasama

MEMFOKUSKAN KEPADA TIGA(3) ISU UTAMA

ELEKTRIK

AIR

KERTAS

ELEKTRIK

Memadamkan lampu apabila meninggalkan bilik dan ruang pejabat

Menghidupkan penyaman udara sekiranya perlu sahaja

Memastikan komputer dan peralatan ICT hanya dipasang apabila perlu dan dimatikan sekiranya tidak digunakan

Memastikan peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan pejabat

Memastikan pintu dan tingkap sentiasa tertutup untuk mengelakkan udara sejuk keluar

AIR

Mengawal penggunaan air dan sentiasa berjimat cermat

Memastikan paip air ditutup dengan rapat setelah digunakan

Berwuduk mengikut sunnah Rasulullah yang menggunakan air semiminum mungkin

Menggunakan " flush" sekiranya perlu sahaja

Memaklumkan pihak berkenaan dengan segera jika terdapat kerosakan atau kebocoran

Page 3: 5s part 2

KERTAS

Mencetak atau membuat salinan dokumen sekiranya perlu sahaja

Mencetak menggunakan kedua-dua belah muka

Menggunakan kertas yang terpakai semasa mencetak dokumen tidak rasmi

Menggunakan sepenuhnya sistem aplikasi secara online untuk mengurangkan penggunaan kertas

Menggunakan mel elektronik untuk urusan rasmi

Page 4: 5s part 2

Dicatat oleh IKBNSI di 8:44 PTG 1 ulasan:

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest

Rabu, 20 Julai 2011

MENGENALI AMALAN 5S

1. TUJUAN

Tujuan Bahagian Satu ini ialah untuk memberi pemahaman tentang Amalan 5S.

2. LATAR BELAKANG

Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepunpada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).