topik 2 part 1

14
ZAMAN PRASEJARAH Zaman perkembangan prasejarah dunia terbahagi kepada empat peringkat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Tempoh bagi sesuatu zaman itu bergantung kepada tahap kemajuan masyarakat pada zaman itu. Sekiranya masyarakat itu mencapai kemajuan yang cepat maka zaman mereka akan singkat manakala kemunduran masyarakat panjang maka zaman mereka akan lebih panjang. Zaman Mesolitik tidak terdapat di Malaysia seperti yang dibuktikan oleh Pusat Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia. Perkara ini berlaku adalah kerana alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik. Zaman Prasejarah Di Malaysia Zaman Prasejarah di Malaysia hanya terbahagi kepada tiga zaman iaitu: 1. Zaman Paleolitik 2. Zaman Neolitik 3. Zaman Logam 1. Zaman Paleolitik Bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Menggunakan alat batu repihan untuk menetak. Ciri-ciri :- a) Penempatan

description

sejarah

Transcript of topik 2 part 1

ZAMAN PRASEJARAH

ZAMAN PRASEJARAHZaman perkembangan prasejarah dunia terbahagi kepada empat peringkat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Tempoh bagi sesuatu zaman itu bergantung kepada tahap kemajuan masyarakat pada zaman itu. Sekiranya masyarakat itu mencapai kemajuan yang cepat maka zaman mereka akan singkat manakala kemunduran masyarakat panjang maka zaman mereka akan lebih panjang.

Zaman Mesolitik tidak terdapat di Malaysia seperti yang dibuktikan oleh Pusat Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia. Perkara ini berlaku adalah kerana alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik.

Zaman Prasejarah Di Malaysia

Zaman Prasejarah di Malaysia hanya terbahagi kepada tiga zaman iaitu:

1. Zaman Paleolitik

2. Zaman Neolitik

3. Zaman Logam

1. Zaman Paleolitik

Bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Menggunakan alat batu repihan untuk menetak.

Ciri-ciri :-

a) Penempatan

Hidup berpindah randah, biasanya tinggal di kawasan terbuka (di luar gua), di

dalam gua, dan sekitar tasik .

b) Kegiatan dan Peralatan

Memburu binatang liar serta memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan

pucuk-pucuk daun.

Mengamalkan cara hidup sara diri dan menggunakan alat batu sebagai alat

Utama dalam kehidupan seharian.

C) Kepercayaan Animisme Anutan Animisme serta mengamalkan upacara perkuburan. Animisme ialah percaya bahawa pokok dan batu mempunyai roh orang-orang yang telah mati. Mayat dikebumikan bersama barang-barang makanan dan alat batu.

D) Lokasi di Malaysia

i) Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak.

ii) Gua Niah, Sarawak.

iii)Tingkayu, Sabah.

Tapak Zaman Paleolitik Di Malaysia

Tapak ekskavasi di Kota Tampan, Lenggong,Perak. 1998Manusia Perak atau Perak Man

Rangka manusia Zaman Paleolitik yang dikebumikan dengan kaki terlipat ditemui di Gua Runtuh pada 1990.Zaman NeolitikMerupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam dan memelihara binatang. Zaman ini bermula kira-kira 7000 tahun dahulu. Masyarakat zaman ini mula tinggal menetap dan menjalankan kegiatan perdagangan tukar barang.Ciri-ciri :-

a) Penempatan

-Wujud sistem masyarakat yang mempunyai ketua dan pembahagian tugasan, tinggal berhampiran sungai dan gua .

b) Kegiatan dan Peralatan

-Memburu binatang liar serta memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan

pucuk-pucuk daun.

-Menangkap ikan dan menternak binatang serta bercucuk tanam.

-Mencipta peralatan tembikar seperti bekas air, belanga dan periuk.

-Berdagang secara tukar barang.

-Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu.

-Mencipta barang kemas seperti kalung, anting-anting, dan gelang.

C) Kepercayaan Animisme

Anutan Animisme serta mengamalkan upacara perkuburan. Animisme ialah percaya bahawa pokok dan batu mempunyai roh orang-orang yang telah mati. Mayat dikebumikan bersama barang-barang makanan dan alat batu.

D) Lokasi di Malaysia

i) Gua Cha, Kelantan.

ii) Bukit Tengkorak, Sabah.Zaman Logam

Merukan zaman perkembangan teknologi berasaskan tanah dan batu kepada teknologi logam. Bermula di Malaysia kira-kira 4000 tahun dahulu. Zaman di mana manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.

Ciri-ciri :-

a) Penempatan

-Hidup menetap, namun ada yang masih tinggal dalam gua dan berhampiran sungai. Masyarakat ini mula mempunyai adat resam masing-masing.

b) Kegiatan dan Peralatan

-Menghasilkan alat logam yang diperbuat daripada besi dan gangsa.

-Menangkap ikan, berburu dan menternak binatang serta bercucuk tanam.

-Berdagang secara tukar barang.

C) Kepercayaan Animisme

-Mempunyai pegangan dan pegangan hidup yang tertentu.

-Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu.D) Lokasi di Malaysia

i) Sungai Tembeling, Pahang.

ii) Gua Harimau, Perak.

iii)Changkat Menteri, Perak.

Sejarah Melaka

PARAMESWARA

MenurutSejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunanSrivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dariBentanbernamaSang Nila Utamatelah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelarSri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atasPalembang,BentandanTemasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhirPaduka Sri Maharaja Parameswara(1399 - 1401). Pada 1401, kerajaanMajapahitmenyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai baratSemenanjung Melayuuntuk membuka ibu negeri yang baru.[2]

HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melaka" \l "cite_note-2" [3]

Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh RajaJawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagaiMjeura("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri keSingapura. Setelah membunuh wakil RajaSiam(bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai baratSemenanjung Melayuuntuk mencari tempat perlindungan yang baru.

MenurutSejarah Melayu("Malay Annals") yang dikarang olehTun Sri Lanangpada tahun1565, Parameswara melarikan diri keMuartetapi diganggu olehbiawakyang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal keranakubu pertahananyang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di SungaiBertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orangSeletarmendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekorpelandukmenendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".

Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching telah tiba di Melaka pada tahun 1403. Beliau telah memberi hadiah-hadiah kebesaran daripada Maharaja Yung Lo kepada Parameswara sebagai tanda persahabatan dengan negeri baru Melaka itu. Parameswara membalas hadiah-hadiah kebesaran kepada Maharaja Yung Lo pada 1405.

Parameswara memelukIslampada tahun1409dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin denganputeriPasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga,LaksamanaCheng Hotelah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.[perlu rujukan]Pada1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan denganMaharajaMing,Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.[Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuahpelabuhanyang terpenting di Kepulauan Melayu padaabad ke-15danke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempatperdaganganrempahdengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusiDuarte Barbosayang berkata:

Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancamanMonsunBarat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa,Arab,India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasanBukit Cinayang mempunyaifeng shuiyang terbaik pada masa itu.

Perkembangan MelakaSultan MelakaTempoh memerintah

Parameswara(Raja Iskandar Shah)1400 1414

Sultan Megat Iskandar Shah1414 1424

Sultan Muhammad Shah1424 1444

Sultan Abu Syahid1444 1446

Sultan Muzaffar Shah1446 1456

Sultan Mansur Shah1456 1477

Sultan Alauddin Riayat Shah1477 1488

Sultan Mahmud Shah1488 1511

Raja Iskandar Shah(Parameswara) mangkat pada tahun1414dan diwarisi oleh anaknya,Sultan Megat Iskandar Shah1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun1445dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkanIslamsebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruhKepulauan Melayuseperti Jawa,BorneodanFilipina. Sebahagian besar pendudukAsia Tenggarapada ketika itu beragamaHindu.

Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka.Tun Peraktelah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di KepulauanMelayu.http://sejarahmelakabukuteks.blogspot.com/2012/06/parameswara.htmlTokoh-tokoh terbilang Tun Peraktelah dianggap salah seorang daripada tiga orang pentadbir yangteragung.dialam Melayu pada masa Kesultanan Melayu Melaka. Beliau mempunyai keperibadian, cita-cita dan kebolehan yang tinggi murni bagi seorang pemimpin. Beliau merupakan Bendahara Melaka dalam kurun ke-15 dan merupakan pentadbir yang teragung bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit dan Raja Kenayan dari Pasai. Beliau merupakan Bendahara Melaka yang ke-lima dengan gelaran Bendahara Paduka Raja selepas Bendahara ke-empat iaitu Tun Ali Seri Nara Di-raja.

Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1396. Melaka telah dinamakan bersempena pokok melaka. Melaka telah dijadikan pentas bagi pendatang Cina, Portugis, Belanda dan Inggeris dalam penciptaan sejarah. Di bawah pemerintahan Parameswara dan pemerintah-pemerintah selepas beliau serta dibantu oleh Bendahara Tun Perak, Melaka membangun hingga menjadi kuat dari segi politik, sosial dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik ramai pedagang-pedagang asing dari negara China, India, Timur Tengah serta negara-negara jiran. Melaka pernah menjadi pusat perdagangan utama di timur pada suatu masa dahulu.

Kesejahteraan Melaka ini jugalah yang telah menarik kuasa-kuasa asing seperti Thailand untuk menakluk Melaka. Percubaan Thailand untuk menakluk Melaka pada tahun 1446 dan 1456 telah dijatuhkan oleh Tun Perak, seorang Bendahara Melaka yang bijak. Perhubungan Melaka dengan negara China juga adalah hasil keputusan strategik Melaka untuk menghalang kemasukan Siam. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik ramai pedagang-pedagang asing dari negara China, India, Timur Tengah serta negara-negara jiran. Melaka pernah menjadi pusat perdagangan utama di timur pada suatu masa dahulu.

http://neilandsyud.wordpress.com/Tun PerakBendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang(mati 1498) ialahBendahara Melakayang ke-5 adalah Bendahara yang termasyhur antara semua bendahara Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalamKesultanan Melayu Melakaadalah setanding denganPerdana Menterimoden. Tun Perak, bersama-sama denganAria Gajah MadadariMajapahit, danRaja KenayandariPasai, telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alamMelayupadaabad ke-15.

Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja dan beliau telah menjadi Penghulu Kelang dari tahun 1445 ketika berlangsungnya permusuhan antara kerajaan Siam dan Melaka. Maka, Tun Perak diperintahkan untuk datang ke Melaka bersama-sama orang Kelang yang lain, lelaki mahupun perempuan. Tindakan Tun Perak membawa sekali golongan perempuan menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana mereka dikehendaki berperang. Tun Perak memberi alasan bahawa kedatangan perempuan adalah supaya lelaki akan berperang lebih bersungguh-sungguh untuk melindungi anak dan isteri mereka.Setelah menewaskan percubaanSiamuntuk menakluk Melaka pada tahun1446, beliau dilantik oleh bagindaSultan Muzaffar Syahsebagai Bentara.Bendahara Pembina Empayar

Setelah Tun Perak menjadi Bentara, beliau tidak digemari olehTun Ali, iaitu Bendahara ketika itu. Tun Ali yang berketurunan Tamil ketika itu sudahpun lanjut usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan yang hendak melantik Tun Perak sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau dengan perbalahan antara pembesar yang memungkinkan kejatuhan pentadbiran negara, baginda mengahwinkan Tun Ali dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, iaitu kakak kepada Tun Perak dan isteri baginda sendiri. Baginda yang sanggup menceraikan Tun Kudu menerima keputusan yang dijangkakan bahawa Tun Ali sudahpun berbaik dengan Tun Perak.Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar Paduka Raja pada tahun1456sementaraTun Ali, Bendahara keempat, diantik sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja.Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantaiSelat Melakaseperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulauSumaterasertaJohor,Pahang,Kelantan,TerengganudanPerakyang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakalaKedahpula menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah menjadi sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segipolitik, sosial, danekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dariChina,India,Timur Tengah, serta negara-negara jiran yang lain.

Pelantik Raja

Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa untuk melantik raja Melaka. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai perkaitan persaudaraan dengannya. Sebagai contoh,Sultan Alauddin Riayat Syahyang dilantik beliau merupakan anak saudara beliau.Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan Perak menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga.Sultan Alaudin Riayat Syah pula mangkat pada1488dan lazimnya, putera sulung baginda, Raja Menawar akan dilantik sebagai raja tetapi baginda hanya dilantik sebagai Raja Kampar manakala putera Sultan Alaudin yang lebih muda yang juga merupakan cucu Tun Perak iaitu Raja Mahmud, telah dilantik sebagai Sultan Mahmud.Beliau meninggal dunia pada tahun1498ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah setelah bernaung di bawah empat pemerintahan sultan iaituSultan Muzaffar Syah,Sultan Mansur Syah,Sultan Alauddin Riayat SyahdanSultan Mahmud Syah. Setelah kematian beliau, baginda sultan melantikTun Perpatih Putih, adik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6.http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=521117Hang Tuah

Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Daerah Bajung (ejaan sebenarnya adalah Daerah Bajeng, Gowa, Makassar). Hikayat Sulatus Al Salitin bertulisan jawi dengan ejaan Ba Alif Jim Nga menyebabkan sebutannya menjadi Bajung. Tidak pernah wujud Daerah Bajung di Makassar atau Gowa tetapi yang ada hanyalah Daerah Bajeng, di Gowa, Makassar.

Hang Tuah telah dilahirkan pada tahun 1388 Masehi. Ini kerana mengikut riwayat, usia Hang Tuah pada tahun 1400 Masehi adalah 12 tahun. Pada usia tersebut beliau telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk di Bajeng.http://sejarahhangtuah.wordpress.com/2012/08/18/biodata-dan-tarikh-lahir-hang-tuah-menurut-buku-sejarah-antarabangsa/