6. Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah Kanak-kanakv2
Transcript of 6. Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah Kanak-kanakv2
MODUL 6
4.6 PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Sinopsis :
Modul ini mengandungi 4 unit. Unit 1 memberi pemahaman yang menyeluruh tentang
konsep disiplin, menghukum dan bimbingan. Dalam unit 2, kita akan menerangkan
pelbagai jenis tingkah laku yang positif dan negatif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
prasekolah di dalam bilik darjah. Manakala dalam unit 3 kita akan meneliti 4 model cara
mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak. Model-model yang dibincangkan ialah
Displin Asertif, Model Glasser, Model Ginott dan Model Dreikurs. Akhir sekali, dalam
unit 4 kita akan membincangkan pelbagai strategi membimbing tingkah laku dalam
pengurusan bilik darjah prasekolah.
Hasil Pembelajaran :
Selepas mengikuti modul ini , anda akan dapat :
1. menerangkan konsep disiplin, menghukum dan bimbingan
2. mengenalpasti jenis-jenis tingkah laku kanak-kanak prasekolah.
3. menghuraikan empat model cara mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak prasekolah.
4. mengenalpasti strategi membimbing tingkah laku kanak-kanak prasekolah.
Panduan menggunakan modul :
1. Sebelum anda menggunakan modul sila baca dan cuba fahami objektif modul ini.
2. Seterusnya anda perlu membaca nota yang berkaitan dengan tajuk. Anda digalakkan supaya mendapat khidmat kepakaran daripada pensyarah mata pelajaran anda semasa anda hadir untuk kuliah/ sesi interaksi di maktab.
3. Setelah membaca nota, sila baca soalan latihan dan cuba jawab soalan tersebut dengan sendiri.
4. Anda digalakkan untuk membuat refleksi terhadap penggunaan modul ini.
1
Ujian Pra :
1. Pilih pernyataan yang benar mengenai disiplin.
A Melatih memperkembangkan psikomotor kanak-kanak
B Mengawal kanak-kanak supaya tidak bertingkah laku tidak baik.
C Mengenakan hukuman pada kanak-kanak yang bertingkah laku
baik .
D Memastikan kanak-kanak belajar bertanggung jawab terhadap tingkah laku kendiri.
2. Manakah di antara pernyataan berikut menunjukkan pengurusan tingkah laku kanak-kanak yang menekankan bimbingan?
A Merotan kanak-kanak yang berkelakuan nakal.B Menggunakan strategi time-out untuk membimbing
C Memberi token kepada kanak-kanak yang suka menolong kawan.
D Memberi pilihan kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan.
3. Sekiranya guru mahu hukuman yang dikenakan berkesan pada kanak-kanak, guru perlu memastikan bahawa hukuman
A dikenakan serta merta
B cukup berat sehingga ia memberi kesan
C digunakan selalu di samping penggunaan alternatif lain
D dapat menghasilkan perasaan marah, benci, keganasan dan
ketakutan
4. Pilih pernyataan yang betul mengenai kanak-kanak bertingkah laku positif.
A Kanak-kanak proaktif menerima arahan guru, barulah bertindak
B Kanak-kanak cepat belajar mempunyai daya ingatan yang kuat.
. C Kanak-kanak ingin tahu lazimnya, menghabiskan masa berjam-
jam untuk membaca.
D Kanak-kanak pintar cerdas mendapat skor melebihi 140 dalam
ujian kecerdasan mental
2
5. Kanak-kanak cepat belajar menunjukkan tingkah laku
A tidak duduk diam, sentiasa bergerak tanpa tujuan B suka menjelajah dan meneroka sesuatu secara sendiri C gelisah disebabkan tidak mendapat sesuatu yang diingini D lebih cekap memproses dan mengekalkan maklumat yang
diterima
6. Semua yang tersebut di bawah adalah benar mengenai prinsip Model Disiplin Asertif kecuali
A Guru menentukan persekitaran optima untuk pembelajaran B Guru mengajar kanak-kanak tingkah laku positif melalui
modeling. C Guru menegaskan tingkah laku bertanggungjawab kepada
kanak-kanak D Guru menyediakan pelan disiplin yang jelas tentang
harapan dan kesan
7. Model ini berdasarkan pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif melalui komunikasi berkesan antara guru dan kanak-kanak. Model yang dimaksudkan ialah
A Ginott
B Glasser
C Dreikurs
D Asertif Disiplin
8. Membimbing tingkah laku kanak-kanak merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Salah satu strategi yang popular ialah strategi pengurusan konflik. Yang mana satu di bawah ini merupakan strategi pengurusan konflik?
A modelling, memahami kesan , shaping
B talk it out, model resolusi, do something else.
C modifikasi tingkah laku, time out, peneguhan positif
D menggunakan “I message”, sistem token, peneguhan positif
3
9.
Apakah strategi yang sesuai digunakan untuk menghalang tingakah laku Ali?
A Time out
B Take turn
C I massage
D Peneguhan positif
10.
Ciri-ciri di atas dimiliki oleh kanak-kanak
A proaktif
B hiperaktif
C tingkah laku
D kebimbangan
6.1 Konsep – Disiplin, menghukum & bimbingan
6.1.1 Disiplin
American Heritage Dictionary memberi dua definisi tentang disiplin. Definisi
yang pertama merujuk kepada satu latihan yang membantu perkembangan
moral. Definisi kedua merujuk kepada kawalan diri (self-control).
Ramai orang berfikir bahawa disiplin ialah menghukum atau
4
Sukar diawasi Mudah sensitif Sering kali menangis Kurang beri senyuman Sukar memberi perhatian
Ali mengganggu kawannya yang sedang membuat lembaran kerja yang diberi oleh guru. Cikgu Aminah telah memberi amaran kepada Ali sebanyak 3 kali. Ali masih melakukan.
memukul.Apakah pandangan anda tentang disiplin ?
Adakah anda selalu memikirkan bahawa dendaan itu sesuai
untuk kanak-kanak yang melakukan kesalahan sahaja?
Fields & Boesser (2002) menerangkan bahawa tujuan disiplin ialah membantu kanak-
kanak belajar bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka dan dapat
membezakan perlakuan yang betul dan salah. Penekanannya ialah untuk membantu
kanak-kanak belajar bertanggungjawab terhadap tingkah laku dan bukan semata-
mata memberhentikan tingkah laku yang tidak berfaedah.
Suasana kanak-kanak mematuhi peraturan.
Butchart & McEwan (1998) menyatakan bahawa sekolah sudah tidak memberi
dendaan kepada kanak-kanak yang tidak tahu membaca atau menyelesaikan
masalah matematik. Guru tidak mendenda kanak-kanak kerana tiada kefahaman atau
kemahiran, tetapi guru mengajar kepada kanak-kanak apa yang tidak lengkap.
Matlamat jangka panjang disiplin ialah untuk memupuk konsep kendiri yang positif,
disiplin diri dan autonomi moral.
Buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), menyatakan beberapa maksud
disiplin. Pertama ialah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi
5
6
yakitkan dan memalukan seseorang kerana perlakuan yang tidak sesuai.
Menghukum bererti mengenakan hukuman fizikal (deraan) ataupun
mengurangkan/melucut hak seseorang supaya tingkah laku yang tidak diingini itu
dapat diberhentikan. Contoh, “Awak tidak boleh menyertai rombongan itu kerana
anda tidak membersihkan bilik seni”. Tindakan menghukum tidak akan berkesan
melainkan ia dikenakan serta merta.
Panduan menggunakan hukuman dalam bilik darjah :
i) Ia tidak boleh terlalu berat sehingga merosakkan hubungan guru-murid.
ii) Amaran lisan mesti diberi terlebih dahulu supaya kanak-kanak tahu bahawa
tingkah laku itu salah dan boleh dikenakan hukum.
iii) Guru mesti menjelaskan tingkah laku yang tidak boleh diterima. Contoh,”
awak menengking dan menghempas meja, dan itu tidak sesuai dilakukan.”
dan bukannya, “Awak bising”.
iv) Hukuman mesti adil dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
v) Tingkah laku alternatif mesti diajar dan diberi pengukuhan.
vi) Menerangkan kepada kanak-kanak kenapa perlakuannya dicela.
vii) Tindakan menghukum tidak akan berkesan jika digunakan selalu. Ia hanya
berkesan sekiranya digunakan sekali-sekala di samping penggunaan
alternatif lain.
Menghukum sebenarnya memberhentikan sesuatu perlakuan. Ia tidak
memperbaikinya. Sungguhpun perlakuan yang tidak baik itu dapat diberhentikan
selepas dikenakan hukuman, perbuatan yang lebih buruk sudah pasti akan berlaku.
Menghukum menghasilkan perasaan tidak produktif seperti marah, keganasan,
benci, bermusuh, konsep kendiri rendah dan ketakutan.
6.1.3 Bimbingan
7
Apakah tingkah laku kanak-kanak yang anda jangkakan ?
Ibu bapa dan guru-guru pendidikan awal kanak-kanak secara umumnya
mengharapkan kanak-kanak boleh bersosial, bersikap peramah, jujur,
bertanggungjawab , menolong, koperatif dan bertimbang rasa (Moore,1982)
Persekitaran sosioemosi kanak-kanak
Guru yang berpegang teguh kepada bimbingan percaya bahawa kanak-kanak
mempunyai potensi diri positif yang dapat ditonjolkan melalui proses perkembangan
dinamik (Greenberg,1988). Bimbingan merangkumi amalan yang bersesuaian dengan
perkembangan dan budaya untuk mengelakkan masalah berlaku di bilik darjah.
Bimbingan dapat mewujudkan persekitaran yang positif pada setiap kanak-kanak.
Bagi tujuan bimbingan, guru akan mendidik kanak-kanak kemahiran yang diperlukan
untuk hidup berdemokrasi. Kanak-kanak akan merasa bangga terhadap
perkembangan personaliti dan identiti budayanya. Mereka akan memandang
perbezaan kualiti individu sebagai sumber pembelajaran dan kebenaran .
Bimbingan juga mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bermakna kepada
setiap kanak-kanak .Guru perlu merancang dan mengimplimentasi program
8
pembelajaran yang bersesuaian dengan perkembangan dan budaya kanak-kanak.
Persekitaran positif bagi Fields dan Boesser (2002), boleh di lihat dari aspek
persekitaran emosi dan persekitaran fizikal. Persekitaran emosi termasuk :
i) jangkaan guru yang positif (gesture, nada suara dan kebebasan bersuara);
ii) panduan yang jelas tentang apa yang mereka boleh buat dan tidak boleh buat;
iii) hormat-menghormati (seperti menerima pandangan kanak-kanak; memahami
keperluan kanak-kanak).
iv) memahami keperluan emosi kanak-kanak (membantu kanak-kanak merasa
bangga terhadap diri mereka dan pengalaman mereka).
v) pengajaran formal
Siccone & Lopez (2000) menyatakan bahawa bilik darjah yang memupuk perasaan
baik kanak-kanak akan menggalakkan tingkah laku yang baik. Guru perlu menerima
perbezaan kanak-kanak; memenuhi kanak-kanak berkeperluan khas, persahabatan
(suka dan harmoni), pengiktirafan, kejayaan, memberi kanak-kanak peluang untuk
membuat pilihan .
Manakala, persekitaran fizikal merangkumi hiasan, peralatan, susun atur bilik darjah ,
pencahayaan dan warna bilik. Sekiranya kanak-kanak menunjukkan tingkah laku
bermasalah, guru perlu meneliti persekitaran fizikal yang boleh menyebabkannya.
9
S
u
s
u
n
a
t
u
r
y
a
n
g
s
e
l
e
s
a
10
memudahkan pergerakan.
Susun atur bilik perlu menggambarkan jenis interaksi yang diharapkan oleh guru.
Kedudukan pusat pembelajaran boleh memudahkan pergerakan atau sebaliknya.
Guru seharusnya mementingkan keselesaan untuk kanak-kanak membuat
pergerakan. Bilik darjah yang selesa dan privasi, kanak-kanak akan belajar dengan
baik .
Disiplin = Bimbingan untuk membantu kanak-kanak mengawal
tingkah laku diri sendiri.
Hukuman = Lucutkan hak atau kenakan hukuman fizikal supaya
kanak-kanak berubah tingkah laku mereka.
Hukuman sebat (corporal punishment) = Hukuman fizikal seperti
menampar, mencubit atau memukul
1. Catatkan bagaimana seorang guru menghormati kanak-kanak.
2. Catatkan di mana pula anda lihat guru tidak menghormati kanak-kanak . Beri contoh semasa anda berinteraksi dengan kanak- kanak .
Berikut ada senarai teks bacaan dan buku rujukan yang anda boleh gunakan.
Rujukan :
Butchart, R. E. & McEwan, B. (1998). Classroom Discipline : Problems and posssiblities for democratic Education (pp. 1-16.). Albany,NY: State University of New York Press.
Essa, E. (1992). Introduction to Early Childhood Education. New york : Delmars
11
Publishers.
Fields, M.V. & Boesser, C. (2002). Constructive Guidance and Discipline : Preschool and Pprimary Education. New Jersey : Merill Prentice Hall.
Greenberg, P. (1988). Avoiding “Me against you” discipline. Young Children 43 (1), 24-25
Siccone,F. & Lopez,L. (2000). Educating The Heart: Lessons To Build Respect And Responsibility. Boston, Mass. : Allyn and Bacon .
Berhenti dan rehat sebentar
6.2 Jenis-jenis tingkah laku
Satu perkara yang sering dibincangkan apabila ibu bapa berjumpa dengan
guru prasekolah ialah “Bagaimanakah anak saya bertingkah laku dalam kelas?”. Guru
prasekolah sentiasa berhadapan dengan kanak-kanak yang menunjukkan pelbagai
jenis tingkah laku dalam aktiviti seharian. Tingkah laku-tingkah laku tersebut boleh
dibahagikan kepada tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.
6.2.1 Tingkah laku positif
a. Pintar cerdas
Kanak-kanak yang dikatakan pintar cerdas adalah yang lebih maju dan
berbakat daripada kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak ini mempunyai kebolehan
mental yang luar biasa dengan kecerdasan (IQ) yang lebih tinggi berbanding dengan
kanak-kanak biasa iaitu IQ 120 dan ke atas. Mereka mempunyai daya ingatan yang
Apakah tingkah laku kanak-kanak yang dikatakan baik dan
sesuai?
Apakah tingkah laku yang dikatakan bermasalah?
12
kuat, dapat berfikir secara logik dan secara fleksibel. Mereka juga mempunyai daya
cipta dan berupaya mengeluarkan idea dan rekaan baru. Mereka bersifat kreatif dan
suka mencuba sesuatu yang baru. Kadang-kadang mereka cepat bosan dengan
sesuatu perkara. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
menyediakan peluang untuk kanak-kanak ini menjalankan projek baru yang menarik
secara bersendirian atau pun secara berkumpulan (Shahabuddin et. al, 2003).
b. Cepat belajar
Kanak-kanak yang dikatakan cepat belajar adalah lebih cekap memproses
maklumat dan mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima. Kanak-kanak ini
bersedia menerima pembelajaran baru dan bersikap positif terhadap bahan-bahan
baru. Kanak-kanak ini mempunyai kesediaan belajar yang tinggi.
c. Ingin tahu
Kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku ingin tahu mempunyai perasaan
ingin tahu yang tinggi. Mereka suka menjelajah dan meneroka sesuatu secara sendiri.
Oleh sebab itu kanak-kanak ini suka melibatkan diri dalam aktiviti yang aktif dan suka
membuat projek seperti mengadakan zoo mini, berkebun sayur, mengkaji fenomena-
fenomena alam sekeliling. Aktiviti-aktiviti membuat tinjauan, kajian dan aktiviti luar
sangat sesuai untuk kanak-kanak ini. Mereka juga suka menghasilkan idea kreatif
apabila menyelesaikan masalah.
d. Proaktif
Kanak-kanak yang dikatakan proaktif adalah mereka yang bertindak atas
arahan sendiri. Mereka tidak perlu tunggu arahan orang lain dan akan terus bertindak
mengikut budi bicara mereka sendiri. Kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku
proaktif ini bersifat pratikal dan suka menyelesaikan masalah secara sendiri. Mereka
adalah aktif dan cepat menghasilkan sesuatu kerja.
6.2.2 Tingkah laku negatif
a. Pergantungan berlebihan
13
Kanak-kanak yang bergantung secara berlebihan kepada orang lain
seperti ibubapa, guru, rakan sebaya dan tidak dapat berdikari atau
membuat keputusan sendiri
b. Hiperaktif
Keadaan kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, bergerak ke sana
ke mari tanpa tujuan, dan sukar dikawal.Kanak-kanak ini tidak takut
kepada orang, kerap menangis, suka ketawa, sukar beri tumpuan
terhadap permainan atau kerja yang dilakukan, mudah mengamuk
apabila kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan diri serta sukar
untuk berinteraksi dengan rakan sebaya yang lain.
c. Kebimbangan
Kanak-kanak yang berkeadaan tidak tenteram atau kurang senang atau
takut disebabkan kepercayaan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan
berlaku.
d. Tingkah laku merosakkan.
Keadaan kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku agresif untuk
melihat orang lain mengalami kesusahan atau menderita atau merasa
seronok orang lain mendapat malang seperti merosakan sesuatu alatan
atau benda, mematahkan, menconteng dan lain-lain..
e. Tingkah laku mengganggu
Pelakuan yang melampau yang mengganggu ketenteraman orang lain
atau pengajaran seperti membuat bising, pergerakan yang tidak perlu,
mengganggu rakan, menolak-nolak, bertumbuk dan lain-lain.
f. Pengunduran diri.
Keadaan kanak-kanak yang menarik diri daripada sesuatu situasi atau
aktiviti kerana rasa rendah diri, rasa tidak selamat, rasa terancam,
14
kurang kemahiran atau malu.
6.3 Cara mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak melalui 4 model
6.3.1 Assertive Discipline Model (Model disiplin asertif)
Tokoh yang selalu dikaitkan dengan Assertive Discipline ialah Lee Canter
(1976). Beliau menghasilkan model disiplin ini selepas menghabiskan beribu-ribu jam
memerhati guru- guru dalam bilik darjah. Apa yang terkandung dalam model ini
berdasarkan kejayaan guru.
Model ini menggunakan pendekatan positif dan secara langsung untuk
membolehkan guru mengajar dan kanak-kanak belajar. Beliau menegaskan bahawa
guru patut memerhati kanak-kanak semasa mereka melakukan perbuatan baik dan
memberi pujian dan sokongan kepada mereka. Strategi ini mula digunakan sejak
pertengahan 70an. Berikut adalah beberapa prinsip yang perlu diikuti :-
1. Guru menegaskan perlakuan bertanggungjawab.
2. Sekiranya gagal melaksanakan disiplin asertif, sebab utama ialah
kelemahan guru mengawal kelas.
3. Ramai guru beranggapan kawalan (kelas) yang tegas, akan berlaku
tindakan tidak berperikemanusiaan. Anggapan ini adalah salah. Sebaliknya,
kawalan tegas yang berpatutan menjamin kebebasan individu .
4. Hak guru sebagai pendidik ialah
- Menentukan persekitaran optima untuk pembelajaran
Sila renung seketika dan catatkan idea anda tentang apakah cara-
cara mengatasi masalah tingkahlaku kanak-kanak?
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
15
- Menentukan tingkahlaku yang besesuaian daripada kanak-kanak
- mengharapkan bantuan daripada pihak pentadbir dan ibu bapa bila
sesuai.
5. Hak kanak-kanak sebagai kanak-kanak ialah mendapat
- guru yang boleh membantu perkembangan mereka, dalam masa
yang sama mengurangkan tingkah laku kendiri yang bermasalah dan
destruktif.
- Sokongan daripada guru mereka untuk menunjukkan tingkah laku
bersesuaian.
- Peluang memilih bagaimana untuk bertingkah laku berdasarkan
pengalaman yang dialaminya.
6. Guru Menyediakan rancangan disiplin yang jelas menerangkan tentang
harapan dan kesan.
7. Guru asertif adalah lebih berkesan berbanding dengan guru garang
ataupun guru yang tidak tegas. Suasana penyayang dan menyokong
adalah sesuai untuk meningkatkan pembelajaran.
Guru membimbing sambil memerhati kanak-kanak membaca doa makan
Lee dan Marlene Canter percaya sebagai seorang guru berhak menentukan
dan mengharap perkara yang baik dapat dicapai oleh kanak-kanak . Kanak-kanak
perlu mamatuhi arahan guru supaya dapat menghasilkan persekitaran pembelajaran
16
yang efektif dan efisyen. Guru haruslah bertindak secara assertif untuk mencapai
matlamat ini, dan bukan secara agresif.
Guru yang asertif membina perhubungan yang boleh dipercayai dan positif
dengan kanak-kanaknya. Guru juga mengajar tingkah laku yang bersesuaian dalam
bilik darjah melalui pengajaran langsung (direct instruction) seperti modeling,
menerangkan, melakukan, meninjau, menggalakkan dan memberi ganjaran kepada
kanak-kanak yang belum menguasai perlakuan yang baik itu. Guru asertif berharapan
tinggi terhadap kanak-kanak, bersifat peramah, menyokong dan menghormati kanak-
kanak semasa membetulkan kesilapan mereka. Guru mendengar secara teliti apabila
kanak-kanak menyatakan sesuatu. Menghormati ketika kanak-kanak bercakap dan
melayan kanak-kanak secara adil.
Cara melaksanakan asertif disiplin.
Menyatakan dan mengajar harapan awal (expectations early)
Sentiasa menyatakan hasrat dan harapan kepada kanak-kanak.
Contohnya,”Saya nak awak ....” ”Saya suka itu.”
Gunakan kontak mata dan suara yang tegas, jelas dan tenang.
Gunakan gesture untuk menyokong bahasa lisan.
Tanpa menggunakan ancaman/ ugutan atau menengking untuk
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak
Mengamalkan broken record technique. (Guru perlu tenang setiap kali
kanak-kanak menunjukkan sikap membantah, untuk mengelakkan
situasi yang tegang.)
Guru perlu mengekalkan suasana penyayang , sokongan yang
positif dalam mengaplikasikan asertif disiplin. Sikap guru yang
garang perlu ditukarkan kepada sikap tegas asertif.
6.3.2 Model Glasser
17
Model Glasser (Glassser,1985) mencadangkan pemberian pilihan yang baik
kepada kanak-kanak dan menangani gangguan dalam kelas secara tenang dan logik.
Glasser percaya memberi pilihan yang baik, akan menghasilkan tingkah laku yang
baik. Pilihan yang tidak baik menghasilkan tingkah laku tidak baik .
Antara keperluan yang dikenalpasti oleh Glasser ialah keperluan dimiliki,
keperluan kebebasan dan keperluan untuk berjenaka atau gembira. Sebaliknya,
sekolah yang kanak-kanak tidak mempunyai perasaan memiliki (sense of belonging)
atau tiada peluang membuat pilihan merupakan sekolah yang sering mengalami
masalah disiplin.
Glasser mencadangkan guru menstrukturkan pembelajaran (learning
experience) kanak-kanak supaya mereka mempunyai motivasi yang tinggi untuk
bekerja dalam kumpulan. Kanak-kanak yang pandai akan membantu kanak-kanak
yang lemah. Ini memberi peluang kepada kanak-kanak yang pandai memenuhi
keperluan memimpin atau berkuasa dan yang lemah akan dapat menyumbang
kepada kumpulannya.
Dalam Model Glasser, mesyuarat kelas antara kanak-kanak akan
membincangkan peraturan dan tingkah laku dalam bilik darjah. Walaupun model ini
lebih sesuai untuk kanak-kanak remaja yang lebih tua, model ini juga sesuai
digunakan di prasekolah kerana ia berfokus kepada penyelesaian masalah.
Kekuatan model ini terletak pada pilihan yang disediakan serta ketabahan guru untuk
menolong kanak-kanak yang bermasalah dengan cara yang bersesuaian.
6.3.3 Model Ginott
Model ini berdasarkan pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif untuk disiplin
melalui komunikasi berkesan antara guru dan kanak-kanak. Salah satu daripada
prinsip model ini ialah menyedarkan kanak-kanak bahawa masalah konflik yang
tercetus itulah yang harus ditangani dan bukan kanak-kanak yang terlibat. Ginott
percaya bahawa disiplin adalah proses berterusan yang perlu dicapai .
Ginott menggalakkan kerjasama atau pemuafakatan dan bukannya paksaan. Guru
yang menggunakan model ini tidak melabel kanak-kanak tetapi akan berkomunikasi
kerelaan mereka untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah. Ginott
18
menegaskan bahawa kebolehan guru berkomunikasi secara berkesan dengan kanak-
kanak adalah sangat penting untuk mengatasi masalah tingkah laku. Satu lagi aspek
Model Ginott yang penting ialah penekanan terhadap harga diri kanak-kanak dan
pentingnya guru menjaga tingkah laku sebagai contoh kepada murid.
Guru menghargai kanak-kanak
6.3.4 Model Dreikurs
Dreikurs mendefinisikan disiplin sebagai mengajar kanak-kanak membentuk
peraturan yang membataskan tingkah laku mereka. Beliau percaya semua kanak-
kanak ingin rasa dimiliki dan tingkah laku mereka menggambarkan usaha untuk
dimiliki. Masalah salah laku berpunca daripada matlamat yang tidak betul atau tidak
jelas seperti ingin mendapat perhatian, ingin berkuasa, membalas dendam atau
mendedahkan kelemahan orang lain. Menurut Dreikurs, cara yang paling berkesan
untuk mendisiplin ialah menggalakkan tingkah laku yang positif. Untuk menggalakkan
tingkah laku yang positif, Dreikurs mencadangkan guru menjelaskan kepada kanak-
kanak kesan-kesan yang timbul dari tingkah laku mereka. Charles dan Barr (1989)
berpendapat Dreikurs memberi peluang kepada kanak-kanak membina tingkah laku
secara adil kerana kanak-kanak mengamalkan tingkah laku yang baik kerana kanak-
kanak beranggapan mereka wajar berbuat demikian.
6.4 Strategi membimbing tingkah laku kanak-kanak
19
Secara umum, sebarang tingkah laku yang menghalang seseorang kanak-kanak
daripada berfungsi secara berkesan boleh dianggap sebagai masalah tingkah laku.
Bagaimanakah kita boleh membimbing kanak-kanak supaya mereka menunjukkan
tingkah laku yang sesuai dan baik?
6.4.1 Memodelkan tingkah laku yang positif
Kanak-kanak belajar tingkah laku positif melalui ’modelling” iaitu memerhati
orang lain menunjukkan sesuatu tingkah laku tertentu. Sehubungan dengan ini,
seseorang guru prasekolah boleh menjadi model atau teladan untuk kanak-kanak
belajar tingkah laku positif. Guru prasekolah boleh menunjukkan tingkah laku
prososial seperti menunjukkan amalan berkongsi, bekerjasama dan menghormati
orang lain serta berbudi bahasa mengucapkan "Tolong”, ”Terima kasih”, ”Meminta
maaf”, dan lain-lain lagi. Banyak peluang harus diberikan kepada kanak-kanak
memerhati orang lain (kanak-kanak lain atau pun orang dewasa) memodelkan tingkah
laku prososial.
6.4.2 Menggunakan pengurusan konflik dan teknik resolusi
Biasanya konflik berlaku semasa kanak-kanak berinteraksi di antara satu sama
lain. Strategi-strategi pengurusan konflik dan teknik-teknik resolusi boleh membantu
kanak-kanak menggunakan kemahiran menghadapi dan menyelesaikan konflk di
antara satu sama lain. Di antara strategi-strategi ini ialah:
Talk it over (Bercakap bersama)
Kanak-kanak diberi peluang untuk memberi alasan dan ”bercakap” tentang
sesuatu konflik yang berlaku. Ini adalah kerana setiap perbalahan atau
pergaduhan ada dua pandangan yang berbeza. Kanak-kanak belajar bahawa
dengan hanya ”bercakap” dan meluahkan pendapat dan perasaan secara verbal,
sesuatu masalah boleh diselesaikan dengan damai. Langkah ini boleh membantu
kanak-kanak berfikir cara-cara untuk menyelesaikan konflik mereka.
Model resolutions (Memodelkan resolusi)
20
Guru prasekolah boleh mengingatkan atau mencadangkan kanak-kanak
menunjukkan resolusi yang sesuai jika berlaku konflik, contohnya: ”Alizah, tolong
jangan tolak bangunan binaan Jaafar kerana Jaafar telah lama membinanya”;
”Kassim, apakah cara lain (selain daripada memukul) awak boleh memberitahu
Atan bahawa dia duduk di tempat awak?”.
Teach children to say ”I’m sorry (Mengajar kanak-kanak meminta maaf)
Meminta maaf adalah satu cara yang baik untuk mengubati perasaan yang
disinggung. Kanak-kanak perlu diajar dan digalakkan untuk meminta maaf jika
berlaku sesuatu peristiwa yang menyebabkan rakan mereka tersinggung
perasaan, marah atau terluka.
Do something else (Melakukan sesuatu yang lain)
Kadang-kadang kanak-kanak boleh dialihkan perhatian mereka kepada aktiviti
lain, contohnya apabila mereka tengah merebut sesuatu alat permainan. Dengan
mengalihkan tumpuan mereka boleh meredakan keadaan konflik.
Take turns (Mengikut giliran)
Mengikut giliran dan menunggu untuk giliran adalah satu cara yang baik untuk
mengajar kanak-kanak bahawa mereka tidak seharusnya sentiasa diberi layanan
dahulu; bahawa orang lain juga berhak untuk dilayani.
Share (Berkongsi)
Kanak-kanak juga harus diajar untuk berkongsi dengan kanak-kanak lain semasa
bermain. Apabila konflik berlaku, kanak-kanak boleh dibantu untuk membuat
pilihan lain selain daripada merebut atau memukul orang lain.
6.4.3 Modifikasi tingkah laku
Modifikasi tingkah laku merujuk kepada menghasilkan perubahan tingkah laku yang
positif melalui intervensi oleh guru prasekolah semasa interaksi seharian yang
21
berlaku di kalangan kanak-kanak seperti:
Peneguhan positif: Memberi ganjaran kepada kanak-kanak dalam bentuk lisan
seperti pujian (cantik, betul, bagus, budak baik dll.), kata-kata perangsang
(”Saya tahu anda boleh melakukannya!” ”Anda boleh!” dll.) atau pun dalam
bentuk hadiah, gula-gula atau sesuatu yang menyenangkan kanak-kanak jika
mereka menunjukkan tingkah laku yang positif.
Kadang-kadang dengan menepuk tangan, menunjukkan isyarat ”ok” atau
mengangguk kepala boleh memberi peneguhan kepada kanak-kanak. Kanak-
kanak akan didorong untuk menunjukkan tingkah laku yang positif dengan
diberi peneguhan-peneguhan positif ini.
Sistem token: Guru prasekolah boleh memberi token seperti bintang, sticker,
gambar, setem dan lain-lain kepada kanak-kanak selepas menunjukkan
sesuatu tugasan atau telah menunjukkan sesuatu tingkahlaku yang positif.
Token-token ini boleh ditukar oleh kanak-kanak untuk sesuatu hadiah atau pun
sesuatu aktiviti yang digemarinya.
Time-out: Amalan ini digunakan apabila kanak-kanak telah melakukan sesuatu
kesalahan. Kanak-kanak tidak dibenarkan meneruskan sesuatu aktiviti untuk
seketika waktu sehingga dia telah bertenang (cool down) atau bersedia untuk
bertingkah laku baik.
6.4.4 Menggunakan ”I message”
”I message” ialah satu pernyataan tentang apa perasaan kita tanpa menuduh atau
mengkritik orang yang menyusahkan kita. ”I message” memaklumkan tiga (3)
perkara kepada pihak yang menyusahkan kita: Tingkah laku yang menyakiti kita;
perasaan kita; dan kenapa kita merasa begitu. Contohnya, ”Saya merasa sakit bila
dipijak pada kaki”. ”Saya tidak suka apabila dipanggil nama itu”. Kanak-kanak perlu
diajar menggunakan ”I message” sebab ia membantu kanak-kanak menyampaikan
perasaan mereka dengan lebih berkesan. I message” adalah langkah pertama yang
penting dalam penyelesaian konflik. Guru prasekolah boleh mengajar kanak-kanak
22
penggunaan ”I message” melalui modelling, iaitu menunjukkan teladan.
6.4.5 Membantu kanak-kanak memahami akibat dan kesan tingkah laku mereka
(Consequences of behaviour)
Kanak-kanak perlu dibantu memahami kesan-kesan dan akibat daripada tingkah laku
yang ditunjukkan oleh mereka itu. Contohnya, seseorang kanak-kanak yang
merosakkan alat permainannya akan hilang peluang bermain atau seseorang kanak-
kanak yang membuang nasinya akan merasa lapar kerana tidak berpeluang untuk
memakannya.
Ujian Pasca :
1 Pilih pernyataan yang benar mengenai disiplin.
A Melatih memperkembangkan psikomotor kanak-kanak
B Mengawal kanak-kanak supaya tidak bertingkah laku tidak baik.
C Mengenakan hukuman pada kanak-kanak yang bertingkah laku
baik .
D Memastikan kanak-kanak belajar bertanggung jawab terhadap tingkah laku kendiri.
2 Manakah di antara pernyataan berikut menunjukkan pengurusan tingkah laku kanak-kanak yang menekankan bimbingan?
A Merotan kanak-kanak yang berkelakuan nakal.B Menggunakan strategi time-out untuk membimbing
C Memberi token kepada kanak-kanak yang suka menolong kawan.
D Memberi pilihan kepada kanak-kanak untuk membuat
Berdasarkan strategi-strategi yang anda telah pelajari, bolehkah
anda renung kembali situasi-situasi konflik yang pernah berlaku
dalam kelas prasekolah anda. Di antara strategi-strategi di atas,
manakah yang paling sesuai digunakan untuk setiap situasi itu?
23
keputusan.
3 Sekiranya guru mahu hukuman yang dikenakan berkesan pada kanak- kanak, guru perlu memastikan bahawa hukuman
A dikenakan serta merta
B cukup berat sehingga ia memberi kesan
C digunakan selalu di samping penggunaan alternatif lain
D dapat menghasilkan perasaan marah, benci, keganasan dan
ketakutan
4 Pilih pernyataan yang betul mengenai kanak-kanak bertingkah laku positif.
A Kanak-kanak proaktif menerima arahan guru, barulah bertindak
B Kanak-kanak cepat belajar mempunyai daya ingatan yang kuat.
. C Kanak-kanak ingin tahu lazimnya, menghabiskan masa berjam-
jam untuk membaca.
D Kanak-kanak pintar cerdas mendapat skor melebihi 140 dalam
ujian kecerdasan mental
5 Kanak-kanak cepat belajar menunjukkan tingkah laku
A tidak duduk diam, sentiasa bergerak tanpa tujuan B suka menjelajah dan meneroka sesuatu secara sendiri C gelisah disebabkan tidak mendapat sesuatu yang diingini D lebih cekap memproses dan mengekalkan maklumat yang
diterima
6 Semua yang tersebut di bawah adalah benar mengenai prinsip Model Disiplin Asertif kecuali
A Guru menentukan persekitaran optima untuk pembelajaran B Guru mengajar kanak-kanak tingkah laku positif melalui
modeling. C Guru menegaskan tingkah laku bertanggungjawab kepada
kanak-kanak D Guru menyediakan pelan disiplin yang jelas tentang
harapan dan kesan
7 Model ini berdasarkan pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif melalui komunikasi berkesan antara guru dan kanak-kanak. Model
24
yang dimaksudkan ialah
A Ginott
B Glasser
C Dreikurs
D Asertif Disiplin
8. Membimbing tingkah laku kanak-kanak merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Salah satu strategi yang popular ialah strategi pengurusan konflik. Yang mana satu di bawah ini merupakan strategi pengurusan konflik?
A modelling, memahami kesan , shaping
B talk it out, model resolusi, do something else.
C modifikasi tingkah laku, time out, peneguhan positif
D menggunakan “I message”, sistem token, peneguhan positif
9.
Apakah strategi yang sesuai digunakan untuk menghalang tingakah
laku Ali?
A Time out
B Take turn
C I massage
D Peneguhan positif
10.
25
Sukar diawasi Mudah sensitif Sering kali menangis Kurang beri senyuman Sukar memberi perhatian
Ali mengganggu kawannya yang sedang membuat lembaran kerja yang diberi oleh guru. Cikgu Aminah telah memberi amaran kepada Ali sebanyak 3 kali. Ali masih melakukan.
Ciri-ciri di atas dimiliki oleh kanak-kanak
A proaktif
B hiperaktif
C tingkah laku
D kebimbangan
Berikut ada senarai teks bacaan dan buku rujukan yang anda
boleh gunakan.
Rujukan :
Brewer, J.A. (1992). Introduction to Early Childhood Education: Preschool Through Primary Grades. Boston: Allyn and Bacon.
Charles, C.M.,dan Barr, K.B (3rd). (1989). Building Classroom Discipline. New York: Longman .
Essa, E (2003). A Practical Guide to Solving Preschool Behavior Problems, Thomson,US : Delmar Learning.
Fields, M.V. & Boesser,C. (2002). Constructive Guidance And Discipline : Preschool And Primary Education. New Jersey : Merill Prentice Hall.
Gartrell, D (2004). The Power of Guidance, Thomson,US : Delmar Learning.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication..
Berhenti dan rehat sebentar
26
Jawapan Ujian Pra
27
1 D 6 B
2 D 7 A
3 A 8 B
4 B 9 A
5 D 10 8
PANEL PENGGUBAL MODUL INI:-
Bil Nama Kelayakan /Pengalaman
1 Lim Keat Heng
Institut Perguruan Tun Abdul Razak
Sarawak
MA dalam Pend. Prasekolah
B. Sc.
Peng. Maktab – 16 tahun
Pengalaman sekolah-5 tahun
2 Dayang Mayang Binti Awang Abas
Institut Perguruan Kent
Sabah
Mas. Psikologi Kaunseling
Bac. Pen. (B&K)
Sijil Guru & Sijil Guru Khas
Pengalaman Maktab: 20 tahun
Pengalaman Sek. Rend: 6 tahun
3 Lee Yoke Yee
Institut Perguruan Gaya
Sabah
M. Ed- Psikologi
BA dengan pendidikan
Pengalaman maktab- 20 tahun
Pengalaman sekolah – 6 tahun
4 Kamar Bin Ismail
Pusat Latihan KEMAS
Kuala Terengganu
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
Pegawai Bahagian Latihan- 12 tahun
28
29