6.0 Faktor Kejatuhan Tamadun

2
Faktor-faktor kejatuhan sesebuah Tamadun Setiap tamadun sememangnya akan mengalami kemerosotan dan ada pula yang runtuh secaramendadak. Pendapat ini telah ditegaskan oleh Ibn Khaldun. Menurut beliau, sesebuah tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.Beliau turut membahagikan kadar tempoh sesebuah peradaban kepada empat generasi iaitu: a. Generasi pengamal b. Generasi pengikut c. Generasi pemelihara tradisi d. Generasi pemusnah tradisi Keruntuhan akhlak Keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah faktor antara kemerosotan sesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak dipedulikan lagi. Sikap berfoya-foya, amalan rasuah, tamakkan kuasa berlaku secara berleluasa. Contohnya empayar moghul dan kesultanan Delhi. Perpecahan di kalangan masyarakat Perpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan tamadun. Contohnyapertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan Bani Umaiyah menyebabkan kerajaan BaniUmaiyah merosot. Ketidakadilan Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dan miskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun. Contohnya di Yunani terdapat

description

CTU551

Transcript of 6.0 Faktor Kejatuhan Tamadun

Page 1: 6.0 Faktor Kejatuhan Tamadun

Faktor-faktor kejatuhan sesebuah Tamadun

Setiap tamadun sememangnya akan mengalami kemerosotan dan ada pula yang runtuh

secaramendadak. Pendapat ini telah ditegaskan oleh Ibn Khaldun. Menurut beliau, sesebuah

tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh kanak-

kanak, remaja, dewasa dan tua.Beliau turut membahagikan kadar tempoh sesebuah peradaban

kepada empat generasi iaitu:

a. Generasi pengamal

b. Generasi pengikut

c. Generasi pemelihara tradisi

d. Generasi pemusnah tradisi

Keruntuhan akhlak

Keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah faktor

antara kemerosotan sesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak dipedulikan

lagi. Sikap berfoya-foya, amalan rasuah, tamakkan kuasa berlaku secara berleluasa.

Contohnya empayar moghul dan kesultanan Delhi.

Perpecahan di kalangan masyarakat

Perpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan tamadun.

Contohnyapertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan Bani Umaiyah

menyebabkan kerajaan BaniUmaiyah merosot.

Ketidakadilan

Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara

golongan kaya dan miskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun.

Contohnya di Yunani terdapat golongan hamba abdi yang hidup melarat yang ditindas

dan dikerah untuk mengusahakan tanah golongan berharta telah menyebabkan

pemberontakan di kalangan masyarakat bawahan.

Ketidakstabilan Politik

Perpecahan dikalangan negara kota dan wilayah-wilayah yang dijajah.

Bencana alam atau malapetaka

Page 2: 6.0 Faktor Kejatuhan Tamadun

Menyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara besar-besaran seperti banjir,

wabak penyakit dan sebagainya. Contoh Athens – serangan wabak penyakit yang

mengakibat kematian penduduk dan pemerintahnya iaitu Pericles.

Penerimaan perubahan

sikap tidak mahu menerima perubahan juga boleh membantutkan perkembangan

tamadun. Sikap seperti ini merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah

masyarakat yang seterusnya membawa kepada masyarakat berkeadaan beku atau

statik berpanjangan. Contohnya kerajaan Turki Uthmaniyyah