6.0.Rumusan Dan Kesimpulan

3
6.0.RUMUSAN DAN KESIMPULAN 950323-10-6328 Kajian ini telah mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian.Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian. 6.1.Tindak balas pengunjung Pasar Raya 99 berkenaan dengan pemansuhan beg plastik pada setiap hari Sabtu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pengunjung yang mengunjungi Pasar Raya 99 adalah daripada kategori dewasa. Daripada 30 responden yang mengunjungi Pasar Raya 99 setengah pengunjung bersetuju bahawa pemansuhan beg plastik adalah satu keputusan yang baik dan lagi separuh pula tidak bersetuju dengan keputusan pemansuhan beg plastik pada setiap hari Sabtu. 6.2.Kesan amalan plastik sifar terhadap kawasan setempat Dapatan kajian juga mendapati bahawa pengunjung berpendapat amalan plastik sifar memberi kesan yang baik dalam penjagaan alam sekitar.Bukan itu sahaja,penduduk setempat pun berasa kempen ini harus dilancarkan pada setiap hari Ahad juga kerana ia memberi kesan yang amat baik di kalangan penduduk.

description

lok

Transcript of 6.0.Rumusan Dan Kesimpulan

6.0.RUMUSAN DAN KESIMPULAN950323-10-6328Kajian ini telah mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian.Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian.6.1.Tindak balas pengunjung Pasar Raya 99 berkenaan dengan pemansuhan beg plastik pada setiap hari Sabtu.Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pengunjung yang mengunjungi Pasar Raya 99 adalah daripada kategori dewasa. Daripada 30 responden yang mengunjungi Pasar Raya 99 setengah pengunjung bersetuju bahawa pemansuhan beg plastik adalah satu keputusan yang

baik dan lagi separuh pula tidak bersetuju dengan keputusan pemansuhan beg plastik pada setiap hari Sabtu.6.2.Kesan amalan plastik sifar terhadap kawasan setempatDapatan kajian juga mendapati bahawa pengunjung berpendapat amalan plastik sifar memberi kesan yang baik dalam penjagaan alam sekitar.Bukan itu sahaja,penduduk setempat pun berasa kempen ini harus dilancarkan pada setiap hari Ahad juga kerana ia memberi kesan yang amat baik di kalangan penduduk.Seterusnya,pengunjung Pasar Raya 99 bersetuju bahawa kempen ini memberi kesan yang positif kepada amalan pengurangan beg plastik.Responden bersetuju kerana pengurangan beg plastik ini dapat mengelakkan pencemaran udara yang semakin tercemar akibat jerebu.Selain itu,pengurangan penggunaan beg plastik juga dapat menjamin kehidupan yang sihat sejahtera dan juga dapat mencapai wawasan Negara hijau pada masa akan datang.Bukan itu sahaja,kerajaan juga menyarankan menggunakan beg kertas atau bakul menggantikan beg plastik yang mendatangkan kesan yang buruk kepada bumi.

6.3. KesimpulanHasil daripada kajian yang dijalankan,didapati Pasar Raya 99 di Jalan Meru,Klang berada di tahap yang baik dalam melaksnakan kempen bebas plastik yang dilancarkan oleh kerajaan.Tindak balas pengunjung yang mengunjungi Pasar Raya 99 di Jalan Meru,Klang berkenaan pemansuhan beg plastik pada setiap hari Sabtu telah mendapat respon yang baik dan ada segelintir yang tidak bersetuju dengan kempen ini kerana membebankan mereka ketika membeli-belah da nada juga yang tidak mempunyai beg mesra alam.Bukan itu sahaja,kesan yang dihadapi oleh kawasan setempat dalam pemansuhan beg plastik adalah kesan yang baik seperti mengurangkan pencemaran dan mempertingkatkan usaha dalam penjagaan alam sekitar.