62723690-SEMBELIHAN

46
PENGAJIAN FIQH NUR SAZRINA BINT I SAIMI NIK NAJMIAH BINTI NUIK LAH @ NIK ABDULLAH PIM 3114 SEMBELIHAN

Transcript of 62723690-SEMBELIHAN

Page 1: 62723690-SEMBELIHAN

PENGAJIAN

FIQH

NUR SAZRINA BINTI SAIMI

NIK NAJMIAH BINTI NU

IK

LAH @ NIK ABDULLAH

PIM3114

SEMBELIHAN

Page 2: 62723690-SEMBELIHAN

SEMBELIHAN ( AZ-ZABAIH)

MENURUT ISLAM

Page 3: 62723690-SEMBELIHAN

• Sembelihan menghalalkan seekor binatang itu dimakan oleh orang Islam.

• Hanya binatang yang halal sahaja yang termasuk dalam kategori tersebut.

• Binatang yang memang haram dimakan seperti babi, ular dan tikus hukumnya tetap HARAM walaupun disembelih oleh orang Islam.

KONSEP SEMBELIHAN

Page 4: 62723690-SEMBELIHAN

• Binatang yang halal tetapi mati dalam keadaan masih belum disembelih adalah haram untuk dimakan.

• Binatang yang disembelih untuk penyembahan atau pemujaan berhala adalah haram untuk dimakan.

• Binatang yang mati kerana dipukul, terjatuh, ditanduk atau mati tercekik adalah haram dimakan kecuali jika sempat disembelih

KONSEP SEMBELIHAN

Page 5: 62723690-SEMBELIHAN

Menurut Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlan (2009) sembelihan dalam bahasa Arab disebut sebagai zabihah.

Az-zabaih ialah kata jamak bagi zabihah

Menurut Kamus Dewan (2005) sembelih bermaksud memotong leher binatang hingga putus marihnya.

DEFINISI SEMBELIHAN

Page 6: 62723690-SEMBELIHAN

Dari sudut bahasa az-zabaih bermaksud binatang yang disembelih

sudut istilah syara’ pula ia bermakna binatang yang disembelih mengikut lunas syarak dengan syarat tertentu dan ia adalah binatang yang halal dimakan (Dr. Mustofa Al-Khir, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-yarbail,1999).

DEFINISI SEMBELIHAN

Page 7: 62723690-SEMBELIHAN

Dari sudut bahasa az-zabaih bermaksud binatang yang disembelih

sudut istilah syara’ pula ia bermakna binatang yang disembelih mengikut lunas syarak dengan syarat tertentu dan ia adalah binatang yang halal dimakan (Dr. Mustofa Al-Khir, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-yarbail,1999).

DEFINISI SEMBELIHAN

Page 8: 62723690-SEMBELIHAN

Sembelihan ialah mematikan nyawa

binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat

marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

DEFINISI SEMBELIHAN

Page 9: 62723690-SEMBELIHAN

HUKUM SEMBELIHAN( AZ-ZABAIH)

Page 10: 62723690-SEMBELIHAN

Hukum sembelihan WAJIB

binatang yang mati

tanpa disembelih

NAJIS (BANGKAI)

Haram dimakan

Page 11: 62723690-SEMBELIHAN

Maksudnya:Diharamkan kepada kamu (memakan)

bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, (al-Maidah : ayat 3)

HUKUM SEMBELIHAN

Page 12: 62723690-SEMBELIHAN

• untuk membezakan daging yang halal dan haram untuk dimakan.

• Penghormatan manusia ke atas makhuk ciptaan Allah swt

• supaya darah daripada binatang itu mengalir dengan cepat dan selamat. Dengan cara ini, dapat mengelakkan dari sebarang kuman yang sedia ada dalam darah tersebut serta memastikan daging yang dimakan bersih dan bermutu

Hikmah sembelihan

Page 13: 62723690-SEMBELIHAN

• untuk menunjukkan perbezaan yang ketara antara cara orang kafir dan orang Islam dalam mematikan binatang.

• supaya binatang itu tidak berasa terseksa ketika disembelih

• Sembelih dgn nama Allah untuk memelihara aqidah

Hikmah sembelihan

Page 14: 62723690-SEMBELIHAN

SEMBELIHAN

PENYEMBELIH BINATANG SEMBELIHAN

ALAT SEMBELIHAN

RUKUN SEMBELIHAN

Page 15: 62723690-SEMBELIHAN

SYARAT SAH SEMBELIHAN

SYARAT SAH PENYEMBELIH

SYARAT SAH BINATANG

SEMBELIHAN

SYARAT SAH ALAT

SEMBELIHAN

SYARAT SAH SEMBELIHAN

Page 16: 62723690-SEMBELIHAN

1. Orang Islam atau Ahli Kitab (Nasrani/ Yahudi).

Dalil halal sembelihan orang Islam:

- Perkataan ‘kamu’ di dalam ayat di atas ditujukan kepada semua orang Islam.

SYARAT SAH penyembelih

Page 17: 62723690-SEMBELIHAN

Dalil halal sembelihan ahli kitab:

Page 18: 62723690-SEMBELIHAN

• Dalil haram sembelihan orang kafir selain ahli hadis ialah hadis:

• “Nabi s.a.w telah menulis surat kepada penduduk Majusi di Hajar, mengajak mereka memeluk Islam, sesiapa yang masuk Islam dia diterima dan sesiapa yang enggan, dikenakan jizyah dan tidak boleh dimakan sembelihan mereka dan tidak boleh dikahwinkan mereka dengan wanita Islam”

• Riwayat al-Baihaqi

Page 19: 62723690-SEMBELIHAN

Penyembelih

• Bukan Islam dan bukan ahli kitab

• Eg: murtad, penyembah berhala, orang majusi

Binatang sembelihan

• Tidak halal dimakan

penyembelih

• Orang Islam• Ahli kitab

Binatang sembelihan

• Halal dimakan

Page 20: 62723690-SEMBELIHAN

2. Ahli kitab atau salah seorang datuk neneknya menjadi ahli kitab sebelum berlakunya penyelewengan ataupun pemansuhan

Dalil hadis riwayat Syahr bin Hausyab r.a:“ Nabi s.a.w melarang memakan sembelihan

orang nasrani berbangsa Arab”. Iaitu dari kabilah Bahra’, Tanukh dan Taghlib.

* Sebab larangan adalah kerana mereka memeluk agama Nasrani setelah berlaku penyelewengan terhadapnya.

Page 21: 62723690-SEMBELIHAN

3. Dia tidak menyebelih kerana selain Allah s.w.t ataupun bukan atas nama-Nya

- Sekiranya dia menyembelih kerana berhala atau kerana orang Islam atau kerana Nabi maka tidak halal sembelihannya.

Page 22: 62723690-SEMBELIHAN

- dalilnya; firman Allah sewaktu menyebutkan apa yang haram dimakan:

- Iaitu binatang yang disembelih bukan kerana Allah Taala ataupun disebutkan sewaktu menyembelih nama selain Allah

Page 23: 62723690-SEMBELIHAN

• Apabila cukup syarat pada diri penyembelih, maka halallah sembelihannya tanpa membezakan dia:- lelaki/ perempuan- tua/ muda- mumayyiz atau tidak- mabuk atau gila dan sebagainya

Selagimana tenaga tenaga untuk menyembelih masih ada dan selagi niat wujud pada diri penyembelih walaupun secara umum sahaja.

Page 24: 62723690-SEMBELIHAN

1. Penyembelih dapat menangkap haiwan itu sebelum disembelih dan haiwan itu masih mempunyai hayat mustaqirrah.

- Hayat mustaqirrah- haiwan itu tidak sakit/ cedera/ seumpamanya yang membawa kepada kematian, di mana pergerakannya ketika itu tidak berkecamuk seperti berkecamuknya binatang yang disembelih

SYARAT binatang sembelihan

Page 25: 62723690-SEMBELIHAN

- Sekiranya haiwan itu telah kehilangan hayat mustaqirrah sebelum disembelih, ia TIDAK dianggap sembelihan melainkan sebelum itu ia telah disembelih dengan sembelihan darurah.

- Pengaliran darah dari batang lehernya selepas penyembelihan tidak boleh dijadikan bukti ia mempunyai hayat mustaqirrah.

Page 26: 62723690-SEMBELIHAN

2. Putusnya halkum dan urat merih- halkum: saluran pernafasan- urat merih: saluran makanan

Sekiranya belum putus salah satu daripada keduanya walaupun sedikit, sembelihan itu tidak sah.

Page 27: 62723690-SEMBELIHAN

- Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Rafi’ bin Khudaij r.a. katanya Rasulullah telah bersabda:

“ apa yang mengalirkan darah dan disebutkan nama Allah atasnya makanlah ia selagi mana ia tidak menggunakan gigi dan kuku”.

Page 28: 62723690-SEMBELIHAN

- Baginda menyaratkan di dalam penyembelihan agar mengalirnya darah. Ia akan berlaku dengan memotong semua urat halkum dan merih. Nyawa akan hilang apabila keduanya dipotong dan kebiasaannya haiwan masih hidup apabila keduanya masih wujud.

Page 29: 62723690-SEMBELIHAN

3. Memotong dengan cepat dan sekaligus

- kalau dilakukan dengan perlahan lalu haiwan itu menggelepar sebagaimana binatang yang disembelih sebelum semuanya selesai dipotng, maka terbatallah sembelihan dan ia tidak sah

- apabila selesai pemotongan didapati haiwan itu tidak meronta maka ini membuktikan bahawa ia telah kehilangan hayat mustaqirrah sebelum selesai penyembelihan. Maka terbukti bahawa ia mati bukan kerana sembelihan (untuk menyucikan) dan tidak halal untuk dimakan

Page 30: 62723690-SEMBELIHAN

1. Boleh melukakan disebabkan ketajamannya seperti kaca, timah, besi, tembaga dan seumpamanya.

- sembelihan tidak sempurna apabila ia mati disebabkan hentakan dengan benda berat seperti batu yang tidak tajam.

SYARAT alat SEMBELIHAN

Page 31: 62723690-SEMBELIHAN

• Dalilnya hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim“apa yang mengalirkan darah dan

disebutkan nama Allah atasnya makanlah ia”

- Mengalirkan darah (menumpahkannya) hanya berlaku dengan alat yang melukakan disebabkan ketajamannya.

- Alat yang mematikan kerana hentakan beratnya maka ia tidak akan engalirkan darah.

Page 32: 62723690-SEMBELIHAN

2. Alat sembelihan bukanlah gigi atau kuku.

- Tidak halal menggunakan salah satu daripadanya walaupun ia melukakan dan ketajamannya mengakibatkan mengalirnya semua darah.

- Sembelihan dengan salah satu daripadanya telah dikecualikan oleh nas hadis daripada keumuman keharusan menyembelih dengan alat-alat yang yang diharuskan.

Page 33: 62723690-SEMBELIHAN

- Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Rafi’ bin Khudaij r.a. katanya Rasulullah telah bersabda:

“ … selagi mana ia tidak menggunakan gigi dan kuku”.

- Termasuk dalam hukum gigi dan kuku ialah semua jenis tulang sama ada tulang manusia ataupun selainnya.

Page 34: 62723690-SEMBELIHAN

Hukum-hukum sembelihan secara keseluruhannya dibina atas prinsip ta’abuddi (ibadat semata-mata), bukan atas dasar sesuatu illah (sebab) atau maslahah yang berlegar padanya hukum-hukum maslahah.

Page 35: 62723690-SEMBELIHAN

PERINGATAN!!!

1. SEMBELIHAN JANIN

- cukup dengan sembelihan ibunya- jika di dapati masih hidup apabila keluar dari perut ibunya, hendaklah janin itu disembelih

Page 36: 62723690-SEMBELIHAN

• Hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya:

Kami bertanyakan Rasulullah s.a.w tentang janin, jawab Baginda s.a.w.: “Makanlah ia jika kamu mahu, sesungguhnya sembelihannya cukup dengan sembelihan ibunya”.

Page 37: 62723690-SEMBELIHAN

2. mana-mana bahagian binatang yang terpotong dalam keadaan ia masih hidup, hukumnya dalah sama seperti bangkai melainkan bulunya.

- Kalau bahagian yang terpotong daripada ikan dalam keadaan masih hidup, macam mana ye??

Page 38: 62723690-SEMBELIHAN

Bahagian yang terpotong daripada…

Ikan • Boleh

dimakan• Ikan adalah

bangkai yang halal dimakan

Kambing • Tidak boleh

dimakan• Bangkainya

adalah najis

manusia• Berkeadaan

suci• Manusia tetap

suci apabila telah mati.

Page 39: 62723690-SEMBELIHAN

Abu Daud dan at-Tarmizi dengan lafaz daripadanya dan is dihukumkan hasan olehnya, meriwayatkan daripada Waqid al-Laithi r.a katanya

Nabi s.a.w. datang ke Madinah dan penduduknya sedang memotong lemak bonggol unta dan lemak punggung kambing lalu Baginda s.a.w. bersabda: “ mana-mana bahagian haiwan yang dipotong dalam keadaan ia masih hidup, maka ia adalah bangkai”. Riwayat al-Hakim

Page 40: 62723690-SEMBELIHAN

• Dikecualikan daripada hukum yang telah disebut; bulu kambing dan bulu unta yang panjang dengan syarat berikut

- haiwan itu boleh dimakan dagingnya menurut syarak- ia dipotong dalam keadaan haiwan masih hiduo ataupun setelah ia disembelih menurut cara yang disyariatkan- ia bukan dipisahkan daripada anggota badan yang telah terpisah daripada anggota haiwan yang hidup.

Page 41: 62723690-SEMBELIHAN

3. Haram memakan bangkai walau bagaimanapun cara matinya. Haram memakan darah yang tumpah daripada apa jenis haiwanpun

Page 42: 62723690-SEMBELIHAN

Bangkai yang halal dimakan: ikan dan belalang

Darah yang halal dimakan: hati dan limpaHadis riwayat Ahmad dan selainnya

daripada Ibnu Umar r.a katanya; Rasulullah s.a.w telah bersaba yang bermaksud

“ Telah dihalalkan untuk kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah, dua jenis bangkai itu ialah ikan dan belalang manakala dua jenis darah ialah hati dan limpa”.

Page 43: 62723690-SEMBELIHAN

SUNAT SEMBELIHAN

1. Menyebut nama Allah sewaktu menyembelih seperti penyembelih berkata: Bismillah

Page 44: 62723690-SEMBELIHAN

2. Memotong urat al-Wajadaini (al-Warid) kerana akan menyegerakan keluarnya nyawa.

3. Penyembelih hendaklah menajamkan mata alat sembelihan

Page 45: 62723690-SEMBELIHAN

Hadis Nabi s.a.w:

“sesungguhnya Allah telah mewajibkan berlaku ihsan dalam semua perkara. Apabila kamu membunuh maka perelokkan pembunuhan, apabila kamu menyembelih maka perelokkan sembelihan, hendaklah penyembelih itu menajamkan mata alat sembelihannya dan rehatkanlah binatang sembelihannya”. Riwayat Muslim

Page 46: 62723690-SEMBELIHAN

4. Membaringkan sembelihan atas pinggul kirinya, juga membiarkan kaki kanannya bergerak setelah disembelih supaya dia mendapat kerehatan dengan begitu kecuali unta.

5. Mengadap kiblat sewaktu menyembelih.