62903366-Refleksi

download 62903366-Refleksi

of 4

Transcript of 62903366-Refleksi

  • 7/29/2019 62903366-Refleksi

    1/4

    Refleksi

    Dalam semester empat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini, salah

    satu kursus yang saya ambil selain kursus major ialah kursus Teknologi dalam

    Pengajaran dan pembelajaran (EDU3105).Dalam kursus ini terdapat beberapa tajuk

    penting yang saya telah pelajari. Selain belajar dalam bentuk teori, saya juga turut

    dapat mempraktikan teori yang dipelajari dengan cara membuat amali di dalam

    kelas.

    Semasa mempelajari teori bersama Tuan Hj Osman bin Mohamad, saya

    banyak belajar perkara yang baharu. Dalam pembelajaran teori, saya dapat

    mengenal beberapa orang tokoh yang terlibat atau yang mempelopori beberapa

    bidang dalam teknologi pendidikan maklumat dan komunikasi seperti Seels,

    Reechy,Galbraith,Kast, Rosenzeing dan banyak lagi.Selain itu, dapat mengetahui

    konsep-konsep asas, prinsip-prinsip tertentu, domain-domain serta kepentingan

    yang terdapat dalam pendidikan teknologi maklumat dan komunikasi.Oleh itu, saya

    mendapat pengetahuan atau pendedahan mengenai tajuk-tajuk yang terdapat dalam

    sukatan.Ini banyak membantu saya dalam persediaan sebelum melakukan tugasan

    Walaupun telah mendapat pendedahan awal sebelum ini, terdapat jugabeberapa perkara yang sukar untuk saya fahami semasa belajar kursus ini.Hal

    demikian kerana terdapat beberapa tajuk yang baharu sukar untuk saya

    fahami.Contohnya seperti tajuk pembinaan rancanagan pengajaran menggunakan

    model Assure dan pembinaan video pad.Tajuk ini adalah baharu bagi

    saya.Walaupun pernah melihat alat ini, saya sukar untuk mengingati bahagian-

    bahagian dan fungsinya.Selain itu, saya juga menghadapi masalah untuk

    memahami sub tajuk mengenai asas integrasi perisian pangkalan data di bawah

    tajuk pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi.

    Untuk menyelesaikan masalah di atas, saya mengambil inisiatif untuk

    membuat rujukan tambahan di pusat sumber mengenai tajuk-tajuk

    tersebut.Disamping itu, saya juga merujuk kepada pensyarah untuk mendapatkan

    penjelasan yang utuh mengenai tajuk tersebut.Perbincangan bersama rakan-rakan

    juga turut membantu saya untuk memahami tajuk-tajuk yang sukar difahami.

  • 7/29/2019 62903366-Refleksi

    2/4

    Selain belajar teori, saya juga turut mengamalikan tajuk-tajuk yang terdapat

    dalam sukatan kursus ini.Terdapat tujuh tajuk amali yang perlu dilakukan yang

    bermula dari tajuk asas grafik hingga ke pengintegrasian teknologi maklumat dan

    komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.Bagi amali ini, kami telah

    dibahagikan kepada enam kumpulan kecil yang terdiri daripada tiga orang.Setiap

    kumpulan dikehendaki untuk mengamalikan tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan

    agar lebih memahami tajuk yang telah dipelajari dalam kuliah teori.Terdapat banyak

    ilmu baharu yang saya pelajari daripada amali-amali yang dikendalikan di dalam

    kelas. Misalnya, saya dapat mengetahui cara menggunakan mesin pengimbas

    (scanner) dengan betul. Menggunakan alat MP3 untuk merakam suara dan

    sebagainya.

    Dalam bahagian amali ini, saya menghadapi masalah semasa menyediakan

    amali terakhir yang berkaitan dengan power point.Walaupun telah sinonim

    menggunakan perisian ini untuk membuat persembahan dalam setiap tugasan,

    namun untuk mengajar murid yang tidak tahu asas perisian bukanlah sesuatu yang

    mudah.Dalam hal ini, saya tidak tahu bagaimana hendak memulakan amali

    tersebut.Sebagai penyelesaian bagi masalah tersebut, saya telah berjumpa dengan

    pensyarah untuk meminta pendapat. Pensyarah memberikan sedikit peneranganmengenai tajuk yang akan saya amalikan dan seterusnya mencadangkan beberapa

    aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan dalam amali tersebut. Selain merujuk kepada

    pensyarah, saya juga turut berbincang dengan ahli kumpulan saya iaitu Andrewson

    dan Siti Erryanna untuk meminta pendapat mereka mengenai aktiviti yang akan saya

    lakukan.

    Semasa proses menyediakan aktiviti tersebut, saya banyak belajar agar

    sentiasa mengamalkan sikap suka bertanya sekiranya kurang fasih mengenai

    sesuatu perkara. Selain itu, saya juga dapat belajar agar memastikan setiap kerja

    yang dilakukan dinilai terlebih dahulu dengan meminta pendapat orang lain sebelum

    mempersembahkan sesuatu kerja. Selain dapat mengetahui kekurangan yang

    terdapat dalam kerja yang telah dihasilkan, saya juga memperbaiki segala

    kelemahan dan meminta cadangan daripada rakan sebagai

    penambahbaikan.Sehubungan itu, saya juga mendapat ilmu baharu untuk

    menggunakan perisian-perisian yang tidak pernah saya gunakan. Melalui dapatan

  • 7/29/2019 62903366-Refleksi

    3/4

    baharu ini, saya juga dapat berkongsi dengan rakan yang lain dengan mengajar

    mereka menggunakan perisian tersebut.

    Dari aspek keyakinan diri, saya berasa lebih yakin untuk mengelolakan

    sesuautu aktivit secara sendirian.Hal demikian, semasa melaksanakan amali ini,

    saya hanya bertindak seorang diri untuk mengajar 18 orang pelajar.Disini saya dapat

    belajar untuk mengawal keadaan kelas dan sebagainya.

    Sebagai penambahbaikan daripada persembahan amali tersebut, saya perlu

    meningkatkan lagi kemahiran komunikasi bersama pelajar.Selain itu, pembahagian

    kumpulan pelajar perlu lebih sistematik dan memberi peluang kepada pelajar untuk

    mempersembahkan hasil kerja masing-masing.

    Dalam kursus ini juga, terdapat satu tugasan kerja kursus pendek yang perlu

    dibuat bagi melayakkan saya menduduki peperiksaan pada hujung semester nanti.

    Untuk tugasan pada kali ini, kami dikehendaki menghasilkan satu portfolio berbentuk

    elektronik (e-portfolio) serta bahan bahan bantu mengajar yang baik dan menarik.

    Tugasan ini merupakan satu tugasan berkumpulan yang terdiri daripada 4 orang.

    Dalam tugasan ini, kami perlu mengaplikasi ilmu yang telah dipelajari sama ada

    melalui pembelajaran teori atau amali. Reka bentuk pengajaran ialah satu prosessistematik menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran

    kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.

    Untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah membahagikan tugas dengan

    rakan-rakan sekumpulan.Setiap ahli mempunyai tugas masing-masing. Bagi saya,

    tugasan yang perlu dibuat ialah menyiapkan ISL 13, memyelaraskan biodata ahli

    kumpulan mendapatkan bahan kuliah dan amali daripada rakan-rakan kumpulan

    yang lain untuk dimasukkan ke dalam tugasan ini.

    Sepanjang proses membuat tugasan ini, saya menghadapi masalah untuk

    memahami kehendak sebenar tugasan ini. Walaupun telah diberikan penerangan,

    saya masih tidak mendapat gambaran mengenai tugasan ini.Selain itu juga, saya

    juga turut menghadapi masalah semasa menyelaraskan hasil pembentangan aktiviti

    kumpulan amali.Hal demikian kerana terdapat sesetengah hasil kumpulan tersebut

    tidak dapat dimainkan atau berfungsi dengan baik.Ini disebabkan mereka

  • 7/29/2019 62903366-Refleksi

    4/4

    menggunakan perisian yang baharu yang tidak dapat berfungsi pada perisian yang

    lama.

    Bagi meyelesaikan masalah tersebut, saya berbincang dengan ahli kumpulan

    untuk membuat penyelarasan terhadap persembahan yang tidak daapt berfungsi

    dengan baik.Selain membuat penyelasan, kami juga terpaksa mengubah

    persembahan tersebut kepada persembahan yang baharu tanpa mengubah

    sebarang isi kandungan persembahan.Ini bagi membolehkan persembahan tersebut

    berfungsi dengan lancer apabila dibuka.Bagi masalah pertama iaitu tidak mendapat

    gambaran mengenai tugasan, saya dan rakan-rakan merujuk kepada pensyarah

    untuk mendapatkan penjelasan yang selanjutnya.Pensyarah menerangkan satu

    persatu kehendak soalan dan menunjukkan contoh-contoh tugasan yang telah

    dihasilkan oleh guru pelatih yang terdahulu (senior).

    Sememangnya tugasan ini bukan satu perkara yang mudah.Hal demikian

    kerana pensyarah memaklumkan kepada kami bahawa ramai guru pelatih yang

    tidak dapat mencapai markah yang cemerlang.Namun beitu kami menyahut cabaran

    untuk menghasilkan satu portfolio yang menarik.Dalam hal ini, kreativiti yang tinggi

    amat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu kerja yang menarik dan berkualiti.

    Akhir sekali saya berharap agar setiap ilmu yang saya perolehi daripada

    kursus ini akan terus saya aplikasikan dalam kehidupan yang bergelar pelajar dan

    guru pada masa akan datang. Sesungguhnya ilmu dalam kursus ini amat penting

    kepada saya yang bakal bergelar guru kelak.Hal demikian, sebagai seorang guru,

    saya perlu mengikut perkembangan yang semakin elit pada era globalisasi ini.Ini

    bagi memudahkan saya melaksanakan tugas sebagai seorang guru kelak.Selain itu,

    seorang guru juga perlu kreatif untuk membina satu pengajaran yang menarik agar

    murid berasa seronok belajar dan tidak merasa jemu kerana guru sentiasa membuat

    kelainan dalam satu-satu sesi pengajaran.