68044124 an Kanak Kanak Disleksia

14
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR Tajuk 2 Perkembangan Kanak-Disleksia SINOPSIS Tajuk ini akan memberi pengetahuan kepada anda berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak disleksia dari segi ciri-ciri kanak-kanak disleksia dan masalah utama kanak-kanak disleksia. Dapatkah anda mengagak bagaimanakah ciri-ciri kanak-kanak disleksia? Adakah ciri- ciri kanak-kanak disleksia mempunyai persamaan dengan ciri-ciri kanak-kanak normal? Apakah masalah utama yang dialami oleh kanak-kanak disleksia? Mungkin jawapannya dapat anda temui melalui pembacaan modul ini seterusnya. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan ciri-ciri kanak-kanak disleksia. 2. Mengenal pasti masalah-masalah utama kanak-kanak disleksia. 2.1 PERKEMBANGAN KANAK-DISLEKSIA Bahagian ini akan membicarakan tentang ciri-ciri kanak-kanak disleksia dari segi fizikal, kecerdasan, emosi dan sosial. 2.1.1 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia i. Ciri-ciri Fizikal kanak-kanak ini tidak mempunyai kekurangan dari aspek fizikal mereka mempunyai fizikal yang lengkap 12

Transcript of 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

Page 1: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

Tajuk 2 Perkembangan Kanak-Disleksia

SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi pengetahuan kepada anda berkaitan dengan perkembangan

kanak-kanak disleksia dari segi ciri-ciri kanak-kanak disleksia dan masalah utama

kanak-kanak disleksia.

Dapatkah anda mengagak bagaimanakah ciri-ciri kanak-kanak disleksia? Adakah ciri-

ciri kanak-kanak disleksia mempunyai persamaan dengan ciri-ciri kanak-kanak

normal? Apakah masalah utama yang dialami oleh kanak-kanak disleksia? Mungkin

jawapannya dapat anda temui melalui pembacaan modul ini seterusnya.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan ciri-ciri kanak-kanak disleksia.

2. Mengenal pasti masalah-masalah utama kanak-kanak disleksia.

2.1 PERKEMBANGAN KANAK-DISLEKSIA

Bahagian ini akan membicarakan tentang ciri-ciri kanak-kanak disleksia dari segi

fizikal, kecerdasan, emosi dan sosial.

2.1.1 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia

i. Ciri-ciri Fizikal

• kanak-kanak ini tidak mempunyai kekurangan dari aspek fizikal

• mereka mempunyai fizikal yang lengkap

12

Page 2: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

• cara mereka berpakaian sama dengan kanak-kanak normal yang

lain

• Namun kanak-kanak ini mempunyaian aspek pengamatan

• Pancaindera yang lengkap tetapi mempunyai masalah dalam

menggunakannya

ii. Ciri-ciri kecerdasan:

Kebanyakan mereka mempunyai kecerdasan yang sama dengan

kanak-kanak normal yang lain, malahan ada yang lebih baik daripada

kanak-kanak normal yang lain.

Mempunyai kekeliruan susunan huruf. Contohnya: ‘dan’ ditulis ‘nad’

Menambah huruf misalnya ‘main’ ditulis ‘maein’

Menggantikan huruf ‘saya’ menjadi ‘caya’

Meninggalkan huruf, ‘makan’ menjadi ‘akan’

Keliru dengan bunyi huruf-huruf vokal seperti a e i o u. ‘epal’ ditulis

‘apel’

Menulis ejaan yang tidak bererti misalnya ‘makan’ ditulis ‘mikan’

Membalikkan suku kata misalnya, ‘masa’ menjadi ‘sama’

Tidak dapat menulis dan menyebut perkataan-perkataan yang

mempunyai 3,4,5 suku kata

Sukar menyalin semula nombor-nombor, misalnya ‘6’ ditulis ‘9’

iii. Ciri-ciri emosi

Murung- simptom ini agak berlainan dengan simtom orang dewasa

Mungkin akan menjadi lebih aktif dan berkelakuan buruk di kelas

Susah untuk diceriakan

Kurang berkeyakinan diri

13

Page 3: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

Menjadi badut di kelas

Bersikap berlawan

Suka di beri perhatian

iv. Ciri-ciri sosial

kelihatan berkhayal dan tidak mendengar

mudah terganggu

tingkah laku yang kurang matang

Menghadapi kesukaran membaca isyarat sosial atau bahasa

badan

Masalah pergaulan sosial, keyakinan dan imej diri yang rendah

dan dibuli di sekolah

Menghadapi masalah ingatan dan turutan, kadang-kadang di

anggap berbohong

14

Page 4: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

B a h a s aPemprosesan

Maklumat

KonsepKendiri

Pengamatan

Matematik

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

2.2 MASALAH- MASALAH UTAMA KANAK-KANAK DISLEKSIA

Masalah utama yang dialami oleh kanak-kanak

disleksia ialah dari segi bahasa, matematik,

konsep kendiri, pengamatan dan

pemprosesan maklumat. Masalah-

masalah tersebut dapat

digambarkan dalam rajah

berikut:

15

Ciri

AKTIVITI

Dengan

menggunakan

jadual, buat

banding beza

antara murid

disleksia, murid

pemulihan dan

murid normal di

kelas biasa.

Murid

Disleksia

Murid

Pemulihan

Murid Normal

FizikalEmosiSosialKecerdasa

n

Page 5: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

Rajah Menunjukkan Lima Masalah Utama yang Dialami oleh Kanak-kanak Disleksia

2.2.1 KONSEP KENDIRI

Kanak-kanak disleksia mengalami konsep kendiri yang menjejaskan masalah sosial

dan emosi mereka. Hal ini disebabkan kanak-kanak disleksia terpaksa menempuh

persekitaran dalam keadaan berbeza daripada rakan sebaya normal yang lain.

Dr Samuel Orton menjelaskan bahawa pada peringkat pra sekolah kanak-

kanak disleksia ini masih mampu menyesuaikan diri dengan baik dan ceria. Masalah

mula wujud apabila mereka merasakan bahawa arahan-arahan dan bimbingan

daripada guru adalah tidak selaras dengan gaya pembelajaran mereka. Apabila

kanak-kanak ini menyertai sekolah rendah, tekanan ke atas mereka semakin hebat

kerana tahap pembelajaran yang semaki sukar dan mementingkan kecemerlangan

akademik. Oleh itu, kanak-kanak disleksia ini berasa berputus asa kerana mereka

16

Page 6: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

tidak dapat mengikut proses pembelajaran seperti rakan yang lain yang secara tidak

langsung menyebabkan mereka memberontak.

Namun demikian, kita juga perlu menyedari bahawa masalah sosial juga

merupakan salah satu kesan daripada masalah disleksia. Antara kesan yang

berkaitan dengan konsep kendiri kanak-kanak disleksia adalah seperti berikut :

• Mengelak ke sekolah dan kerja rumah

Masalah ini adalah disebabkan oleh masalah pembelajaran yang dihadapi oleh

mereka di sekolah, umpamanya tugasan atau set latihan yang berat. Ibu bapa perlu

sentiasa bekerjasama dengan guru bagi memastikan tahap dan perkembangan

kanak-kanak disleksia ini sentiasa diberi perhatian agar mereka tidak terus

ketinggalan dalam proses pembelajaran. Di rumah ibu bapa perlu merancang dan

membuat sedikit aktiviti fizikal bagi menyeronokkan hati kanak-kanak disleksia selain

memberikan mereka masa rehat setelah pulang daripada sekolah.

• Ketagihan menonton televisyen

Masalah ini merupakan masalah yang sering dialami oleh kebanyakan kanak-kanak

disleksia malahan kanak-kanak normal yang lain turut mempunyai masalah ini. Set

televiseyen biasanya menjadi tempat kanak-kanak melepaskan diri dan lari daripada

apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Televisyen juga memberikan ruang yang lebih untuk kanak-kanak ini berada di

alam imaginasi mereka sendiri. Bagi menguruskan masalah ini, ibu bapa perlu

memastikan masa menonton televisyen adalah secara terancang dan mengikut

waktu yang telah ditetapkan. Oleh itu, ibu bapa perlu menyediakan aktiviti alternatf

lain yang lebih menjana minda seperti melukis dan mewarna.

17

Page 7: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

• Menipu

Apabila kanak-kanak merasakan diri mereka tidak dapat menyiapkan kerja sekolah

yang di luar kemampuannya, mereka akan menipu bagi memastikan kerja sekolah

tersebut dapat disiapkan. Oleh itu, guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi

memastikan kerja sekolah yang diberikan adalah bersesuaian dengan tahap

akademik kanak-kanak disleksia tersebut. Ibu bapa dan guru juga perlu sentiasa

memberikan peneguhan dan menghargai setiap usaha yang ditunjukkan oleh kanak-

kanak disleksia ini. Dalam sistem yang berasaskan akademik, kadang kala kanak-

kanak disleksia menipu kerana mereka merasakan itu sahaja jalan penyelesaian

untuk menyiapkan kerja sekolah mereka.

• Tingkah laku agresif dan suka mengawal

Kanak-kanak yang berasa kecewa dan dipinggirkan kerana tidak dapat menguasai

pembelajaran seperti rakan yang lain akan melepaskan kemarahannya kepada orang

lain. Biasanya mereka memendam perasaan itu di sekolah yang kemudiannya

melepaskannya di rumah dengan mengamuk tanpa sebab ataupun bergaduh. Bagi

menangani situasi ini, ibu bapa perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi selain

mereka perlu meneliti punca sebenar kanak-kanak disleksia ini bertindak sedemikian

dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

• Mudah putus asa

Ramai kanak-kanak disleksia merasa kecewa di sekolah kerana semua usaha

mereka gagal, ditambah lagi dengan ejekan ataupun kemarahan yang diterima

daripada rakan-rakan dan guru. kebanyakkan kanak-kanak ini berhenti berusaha

keran mereka berasa lebih rela dimarahi apabila mereka tidak berusaha langsung

daripada mereka dimarahi setelah mencuba sedaya upaya tetapi tetap

mendatangkan hasil yang kuarng memuaskan.

18

Page 8: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

2.2.2 PENGAMATAN

Menurut Learner (1971) dalam bukunya “Children With Learning Disabilities”,

pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas

panca indera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca

indera dengan kuasa intelek. Oleh yang demikian, guru perlulah mengkaji dan

membuat pemerhatian yang khusus bagi mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada

murid yang mengalami masalah pengamatan. Terdapat 16 ciri yang dikenal pasti

ditonjolkan oleh murid disleksia yang mengalami masalah pengamatan. Berikut

adalah antara ciri-ciri masalah pengamatan yang ditonjolkan oleh murid disleksia:

• Ciri pertama

Murid Disleksia lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti

mengkelaskan satu-satu himpunan mengikut jenisnya. Contohnya seperti guru

memberi gambar rajah tumbuh-tumbuhan dan kenderaan seperti kereta, motor

dan lori, kemudian guru meminta murid untuk mengkelaskan gambar rajah

tersebut mengikut jenis yang diberikan. Namun apabila guru menyuruh murid

mula mengkelaskan gambar rajah tersebut, murid kelihatan memgambil masa

yang lama untuk mengkelaskannya. Hal ini adalah kerana, mereka kurang

faham dan tidak tahu untuk melakukan aktiviti tersebut, namun apabila mereka

faham dengan jelas arahan aktiviti, mereka dilihat sangat berminat untuk

melaksanakan aktiviti tersebut. oleh itu, guru perlulah membuat peneguhan

secara berulang kali bagi mengelakkan masalah kemahiran pengamatan

terjadi.

• Ciri kedua

Murid disleksia mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang

diketahuinya kepada situasi baru. Contohnya, murid mengetahui bagaimana

membezakan bentuk dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang

maujud, namun apabila diberi latih tubi murid tidak dapat membezakannya.

• Ciri ketiga

19

Page 9: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

Murid yang mengalami masalah pembelajaran sering cepat lupa, oleh itu

mereka memerlukan ulangan yang kerap. Sebagai contoh, guru

melaksanakan aktiviti menyebut perkataan yang mempunyai suku kata KV dan

KVK seperti ”bakar”, ”sakit” dan ”perut”. Sekiranya guru memberi gambar

bersama dengan perkataan seperti gambar ”rumah”, murid tersebut dapat

menyebut dengan lancar. Namun sekirannya guru tidak meletakkan gambar

rajah bersama dengan perkataan yang ingin disebut, murid dillihat tidak dapat

menyebut dengan lancar. Murid mengambil masa yang lama untuk

menyebutkan perkataan tersebut.

• Ciri keempat

Murid disleksia lebih cenderung ke arah tindakan yang terburu-buru dan

memberi sesuatu keputusan tanpa berfikir. Contohnya, guru memberi latihan

kemahiran pengamatan penglihatn seperti mencantumkan dua suku kata

menjadi perkataan yang bermakna. Guru meletakkan suku kata di dalam satu

kotak dan murid perlu mengambilnya dan ditampalkan di papan putih. Apabila

aktiviti dimulakan, murid dilihat mencantumkan dua suku kata dengan betul,

namun perkataan yang dibina tidak mempunyai makna. Oleh yang demikian,

guru perlu membetulkan kesilapan murid dan menerangkan kepada murid

bahawa perkataan yang dicantum tidak membawa makna. Murid sepatutnya

berfikir terlebih dahulu sebelum cuba untuk mencantumkan dua suku kata

tersebut.

• Ciri kelima

Murid disleksia lemah ko-ordinasi motor-mata tangan. Contohnya guru

memberi aktiviti seperti menyambungkan titik, apabila titik disambungkan ia

akan membentuk huruf seperti ”a”, ”b” dan ”c”. Namun murid dilihat tidak dapat

menyambung titik dengan betul. Hal ini adalah kerana, murid tidak dapat

memegang pensil dengan betul dan tumpuan mata yang diberi terhadap

aktiviti yang dijalankan adalah kurang. Oleh itu bagi meningkatkan kemahiran

20

Page 10: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

ko-ordinasi motor-mata tangan murid, guru seharusnya memperbanyakkan

lagi aktiviti yang melibatkan kedua-duanya digunakan dalam satu masa.

• Ciri keenam

Murid disleksia mengalami masalah ketidakbolehan membuat keputusan

secara am. Contohnya, guru memberi aktiviti seperti meletakkan satu gambar

rajah di papan putih, kemudian guru menceritakan serba sedikit berkaitan

gambar rajah berkenaan seterusnya guru meminta murid untuk membuat

kesimpulan terhadap gambar rajah yang diberikan berdasarkan pengalaman

yang pernah dilalui oleh murid. Namun kesimpulan yang dibuat tidak menepati

gambar rajah yang diberikan. oleh itu, guru perlulah menggalakkan murid

untuk belajar membuat keputusan yang berkait rapat dengan persekitaran dan

memberi pendedahan yang teliti kepada murid berkaitan aktiviti supaya

mereka dapat membuat kesimpulan dengan baik.

• ciri ketujuh

Murid jenis ini dilihat susah sekali untuk turut serta dalam permainan kerana

mereka tidak dapat mengikut corak permainan. Contohnya, guru kelas

menganjurkan pertandingan membina ayat dengan perkataan yang diberikan.

Murid yang mengalami masalah kesukaran pengamatan tidak akan melibatkan

diri dan dilihat lebih banyak mendiamkan diri. Hal ini adalah kerana, mereka

tidak dapat menguasai kemahiran membina ayat tersebut. Oleh itu, guru

pemulihan perlulah mengajar murid asas pembina ayat yang mudah sehingga

murid mampu membina ayat sendiri, kemudian ke peringkat yang lebih sukar.

21

Page 11: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

AKTIVITI

1. Anda telah membaca tujuh ciri masalah pengamatan yang ditonjolkan oleh

murid disleksia. Dengan menggunakan peta minda, senaraikan sembilan lagi

ciri masalah pengamatan yang dialami oleh kanak-kanak disleksia.

2.2.3 PEMPROSESAN MAKLUMAT

Satu lagi masalah yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak disleksia adalah

masalah pemprosesan maklumat. Pemprosesan maklumat berkait rapat dengan

struktur otak seseorang. Ini adalah disebabkan oleh otak berfungsi untuk

menganalisis dan meneliti maklumat yang diperolehi oleh seseorang ke dalam bentuk

yang lebih lengkap. Seterusnya, maklumat-maklumat tersebut akan dihurai dan

diterjemah sama ada dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan dan sebagainya.

Masalah pemprosesan maklumat yang dialami mereka terbahagi kepada beberapa

aspek iaitu masalah pengkodan fonologi, masalah mengingat perkataan dan masalah

ingatan jangka pendek.

2.2.3.1 Masalah Pengkodan Fonologi

Pengkodan fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi.

Secara ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami kesukaran dalam

membezakan antara ‘paku’ dengan ‘pasu’. Mereka juga tidak dapat ‘mendengar’ rima

akhir yang sama antara perkataan. Umpamanya, apabila ditanya apakah perkataan

yang bunyi akhirnya sama dalam ayat “Jack and Jill went up the hill”, mereka akan

menjawab, ‘Jack’ dan ‘Jill’.

Berdasarkan contoh di atas, ini bermakna mereka keliru dan sukar

membezakan perkataan yang hampir sama bunyinya. Begitu juga dengan harga

22

Page 12: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

suatu barangan dalam bahasa Inggeris yang berunyi fifty cents ataupun fifteen cents.

Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkait

rapat dengan pemprosesan maklumat di dalam otak (Farrer, 1996).

2.2.3.2 Masalah Mengingat perkataan

Dalam masalah ini, kanak-kanak disleksia dikatakan mempunyai masalah untuk

mengingat semula perkataan yang telah didengari mereka. Secara umumnya, kanak-

kanak disleksia dikatakan mempunyai kecerdasan yang normal. Kebanyakan mereka

mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka mempunyai

kecerdasan luar biasa. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai masalah dalam

mencari semula perkataan.

Berdasarkan gambar yang ditunjukkan di atas, ini bererti kanak-kanak tidak

dapat menjawab soalan yang diberikan secara spontan. Mereka juga sering didapati

mengalami kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan anggota keluarga dan

sering merujuk individu tersebut sebagai “kawan saya di sekolah” atau “budak lelaki

itu” . Mereka sukar mengingati fakta-fakta yang telah mereka dengar.

23

Boleh melihatBoleh mendengar

Errr…

TETAPI bermasalah memproses perkataan

Susah menjawab soalan tiba-tiba kerana masalah memperoleh kembali fakta.

Page 13: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

Seorang kanak-kanak disleksia mungkin dapat menghuraikan proses

‘penyebaran’ dalam subjek sains dengan panjang lebar, tetapi mereka mengalami

kepayahan menyenaraikan contoh tumbuhan yang menggunakan angin sebagai

mekanisma penyebaran. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi

kaku dan membisu apabila ditanyakan soalan.

2.2.3.3 Masalah Penyusunan Bersiri

Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara bersiri,

seperti susunan bulan dalam setahun , susunan hari dalam seminggu, susunan huruf

, nombor dan ejaan-ejaan bagi perkataan-perkataan. Justeru, mereka menghadapi

masalah menghafal sifir ataupun mengingat susunannya.

Apabila ditanya secara spontan, “Berapakah nilai 5 × 7?” Mereka terpaksa

membaca sifir daripada awal sehingga sampai kepada nombor yang dikehendaki itu.

Ini bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan jangka

masa yang lama serta banyak tenaga dan usaha. Masalah yang sama juga berlaku

dalam operasi pembahagian. Hal sebeginilah yang dikatakan pemprosesan

maklumat dalam diri seseorang individu.

2.2.3.4 Masalah Ingatan Jangka Pendek

Ingatan jangka pendek ataupun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana

maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak disleksia didapati

menghadapi masalah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang

sama mengambil maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini

akan mengumpul maklumat di stor ingatan jangka pendek bagi digunakan pada masa

itu. Ini bererti kanak-kanak disleksia tidak berupaya mengingati arahan-arahan

panjang yang diberikan. Sebagai contoh, pelajaran membuat origami dalam subjek

24

Page 14: 68044124 an Kanak Kanak Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

Pendidikan Seni, membuatkan mereka kehilangan punca kerana arahan yang terlalu

panjang dalam aktiviti tersebut .

Masalah yang serupa juga dihadapi oleh kanak-kanak disleksia apabila

berhadapan dengan soalan aneka pilihan. Untuk memilih jawapan yang tepat,

mereka perlu ‘memegang’ satu soalan dan empat pilihan jawapan dalam stor ingatan

bekerjanya. Ini merupakan masalah berat bagi mereka. Oleh kerana itu , mereka

lebih berupaya menjawab dengan baik dalam soalan terbuka yang memberi ruang

untuk mereka berfikir dan menulis jawapan yang dikehendaki.

Aktiviti 2

Anda telah membaca tiga masalah utama yang dialami oleh kanak-

kanak disleksia. Dengan menggunakan bahan bacaan dari media

cetak atau elektronik, jelaskan dua lagi masalah yang dialami oleh

kanak-kanak disleksia iaitu masalah bahasa dan matematik.

“SELAMAT MAJU JAYA”

25