7 Cara Buat Duit Tanpa Modal Di Internet

2

Click here to load reader

Transcript of 7 Cara Buat Duit Tanpa Modal Di Internet

Page 1: 7 Cara Buat Duit Tanpa Modal Di Internet

7 Cara Buat Duit Tanpa Modal Di Internetseriusblogger.com /2014/03/7-cara-buat-duit-tanpa-modal-di-internet.html

Modal. Dua patah perkataan inilah yang selalunya membuat kita berfikir dua-tiga kali sama ada mahu atau tidak terjun kedalam dunia perniagaan ataupun memulakan langkah dalam usaha menjana income sampingan. Jika 10 tahun dahulumungkin ini benar, namun kini pada zaman dunia tanpa sempadan, modal bukan lagi dianggap sebagai satu penghalangkerana anda mampu menjana pendapatan walaupun tanpa modal. Ya! Tanpa modal. Bagaimana?

Berikut adalah senarai 7 Cara Buat Duit Tanpa Modal Di Internet pilihan peribadi Khai.

Affiliate

Sistem ini menjadikan anda sebagai agen promosi kepada penjual dan tujuan anda adalah satu iaitu mempromosikanproduk yang lazimnya berbentuk digital seperti e-book ataupun perkhidmatan. Anda tidak perlu terlibat dalam prosespembelian, cuma anda hanya perlu mempromosikan affiliate link (unik untuk setiap agen) dan perolehi komisen jikaterdapat transaksi daripada affiliate link itu.

Jika anda serius untuk memahami dan mempelajari lebih lanjut mengenai affiliate, maka memiliki DVD "Kursus Affiliate"adalah permulaan yang bijak kerana DVD ini disampaikan oleh nama besar dalam dunia affiliate tempatan iaitu RahmanBasri. Selain itu, pelbagai teknik dan rahsia affiliate turut dikongsikan di dalam DVD ini. Sememangnya satu sumberrujukan yang bagus.

Dropship

Berfungsi seperti affiliate, namun dropship lazimnya berkait rapat dengan produk fizikal. Anda akan menerima komisendaripada setiap pembelian yang dibuat oleh pembeli anda. Selain mempromosikan produk, anda juga terlibat secaralangsung dalam proses pembelian, di mana bakal pembeli akan membayar kepada anda terlebih dahulu dan kemudiananda membayar kepada penjual yang anda wakili. Selalunya semua urusan penghantaran dilakukan oleh pihak penjual.

Untuk permulaan, Khai syorkan anda untuk membaca e-book " Gergasi Dropship" kerana ianya menyediakan panduanlengkap A-Z bagi menjalankan dropship dan berkongsi lubuk (sumber/penjual) selamat untuk anda mempromosikan produktanpa perlu risau ditipu. Untuk pengetahuan anda, Khai sendiri ada pengalaman ditipu oleh beberapa penjual semasa mula-mula menceburi dropship. Serius! perkara itu hampir buat Khai putus asa. Diharap anda tidak mengalaminya.

Page 2: 7 Cara Buat Duit Tanpa Modal Di Internet

Blog

Jika anda punyai talian Internet, apa kata anda membuka blog. Ianya adalah percuma sahaja. Bagaimana blog bolehmenjana pendapatan? Melalui iklan seperti Nuffnang, Google Adsense , banner affiliate, banner berbayar dan banyak lagi.Namun untuk mula menjana pendapatan, anda perlu terlebih dahulu membina trafik yang tinggi untuk blog anda itu.

Perkhidmatan

Anda ada sesuatu kemahiran? Gunakan kemahiran itu untuk menjana pendapatan di Internet. Sebagai contoh anda mahirmenggunakan Photoshop, jadi anda boleh sahaja menawarkan perkhidmatan membuat banner, cover e-book, grafik danpelbagai lagi.

Khai syorkan anda untuk membuka blog sebagai portfolio bagi memudahkan prospek anda untuk melihat dan menilai hasilkemahiran anda itu. Selain itu, anda boleh juga menggunakan forum, facebook, twitter dan instagram bagi menarikpelanggan baru. Jika anda yakin dengan kemahiran anda itu, jangan bertumpu pada local sahaja. Mula mempromosikanperkhidmatan anda itu di forum atau laman sesawang di luar negara. Untuk itu, anda perlukan PayPal bagi memudahkananda menerima bayaran daripada luar negara.

Untuk pengetahuan anda, Khai sendiri ada menawarkan perkhidmatan untuk menulis artikel untuk blog dengan sedikitbayaran. Anda akan perolehi artikel yang mesra SEO bagi menjana trafik organik daripada Google. Sila klik hubungi Khaiuntuk sebarang pertanyaan.

Menulis

Jika anda minat menulis, apa kata jadikan minat anda itu sebagai medium untuk menjana income. Terdapat pelbagai carauntuk menjana pendapatan daripada menulis, antaranya adalah menulis review berbayar, menulis e-book, menulis artikeluntuk blog dan banyak lagi.

Jika anda tidak tahu bagaimana untuk bermula, Khai syorkan anda membaca e-book " Rahsia Penulis" yang ditulis secarateliti oleh Afiq Azizan, seorang penulis, pakar dan jurulatih penulisan bisnes. Pastinya, banyak yang akan anda pelajaridaripada e-book ini seperti kesilapan penulis yang patut dielakkan, mengenalpasti halangan sebagai penulis, formula untukmenjadikan anda seorang pakar dan banyak lagi.

Hasil e-book inilah, Khai semakin yakin dalam penulisan. InsyaAllah, Khai bakal menerbitkan e-book pertama Khai nanti.Doakan ye!

Kontes

Jika anda mempunyai blog, anda boleh sahaja menyertai kontes yang ditawarkan oleh rakan-rakan blogger. Kadang-kalahadiah yang ditawarkan agak lumayan juga. Anda hanya perlu mengikuti syarat yang ditetapkan dan menulis mengenaitemanya di blog anda. Penyertaan adalah percuma dan anda tidak memerlukan trafik yang tinggi untuk menyertainyamelainkan kontes tersebut adalah berpandukan kepada referrer ataupun SEO.

Untuk mencari kontes baru, anda boleh merujuk pada komuniti di Facebook dan laman ping.

Youtube

Jika anda suka bercakap dan mempunyai keyakinan tinggi maka cara ini mungkin terbaik buat anda kerana anda akanmenggunakan video sebagai medium untuk menjana pendapatan. Bagaimana? Anda boleh buat duit daripada reviewberbayar, affiliate dan juga Google Adsense .

Untuk mendapat idea sepenuhnya mengenai ini dan langkah yang perlu diambil untuk mula menjana pendapatan daripadaYoutube, pakar affiliate Zamri Nanyan telah menerbitkan e-book berjudul " Buat Duit Dengan Youtube". E-book ini akanmembongkar teknik yang betul dan anda tidak perlu lagi membuang masa untuk "try and error". Serius, anda tiada masauntuk itu.

--------------------------

Kini anda sudah tahu beberapa cara untuk menjana duit tanpa sebarang modal, jadi apa yang akan anda lakukan? Khaiharap anda akan memulakan langkah pertama sekarang dan mula menjana pendapatan di Internet. Khai tahu, untukmemperolehi pendapatan pertama sememangnya susah. Namun selepas itu, insyaAllah ianya akan bertambah mudah. :)Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!