7. Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan

11
GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN 1 KANDUNGAN Mukasurat BAHAGIAN 1 : PENGENALAN 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa 2 2.0 Tujuan 2 3.0 Skop 2 4.0 Tafsiran 2 BAHAGIAN 2 : PENGURUSAN MODERASI 5.0 Penyelarasan Moderasi 4 6.0 Tugas Dan Tanggungjawab 4 BAHAGIAN 3 : PELAKSANAAN MODERASI 7.0 Aktiviti Pelaksanaan Moderasi 6 8.0 Panduan Pelaksanaan Moderasi 9 Borang M01 : Borang Akuan Penyerahan Dan Penerimaan Skrip Jawapan 10 Borang M02 : Borang Penyelarasan Pemeriksaan Skrip Calon 11

description

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN.pdf

Transcript of 7. Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan

Page 1: 7. Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

1

KANDUNGAN Mukasurat BAHAGIAN 1 : PENGENALAN 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa 2 2.0 Tujuan 2 3.0 Skop 2 4.0 Tafsiran 2 BAHAGIAN 2 : PENGURUSAN MODERASI 5.0 Penyelarasan Moderasi 4 6.0 Tugas Dan Tanggungjawab 4

BAHAGIAN 3 : PELAKSANAAN MODERASI 7.0 Aktiviti Pelaksanaan Moderasi 6 8.0 Panduan Pelaksanaan Moderasi 9 Borang M01 : Borang Akuan Penyerahan Dan Penerimaan Skrip Jawapan 10 Borang M02 : Borang Penyelarasan Pemeriksaan Skrip Calon 11

Page 2: 7. Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

2

BAHAGIAN 1 : PENGENALAN 1.0 NAMA DAN TARIKH BERKUATKUASA Panduan ini adalah dinamakan ‘Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi’ dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 28 Julai 2011 . 2.0 TUJUAN Garis panduan ini adalah bertujuan bagi mewujudkan keseragaman kepada semua

politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam melaksanakan pemeriksaan skrip jawapan bagi kursus-kursus yang mempunyai peperiksaan yang diselaraskan oleh Bahagian Peperiksaan Dan Penilaian (BPN). Ini adalah proses jaminan kualiti untuk memastikan prosedur dan penilaian hasil pembelajaran bersifat sah, bolehpercaya, adil, bersesuaian, fleksibel serta selari dengan piawaian, prinsip dan etika penilaian.

3.0 SKOP Moderasi pentaksiran melibatkan kesemua pentaksiran sumatif yang dilaksanakan dalam sistem pentaksiran politeknik. Proses ini tidak melibatkan item objektif. 4.0 TAFSIRAN Dalam panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:- “Item Objektif” bermakna item yang mempunyai jawapan tepat, spesifik atau tertentu seperti item betul/salah, aneka pilihan, padanan atau melengkapkan ayat. “Moderasi Pemeriksaan” bermakna satu mekanisma penyemakan skrip jawapan bagi memastikan pemarkahan adalah konsisten, adil dan tiada perbezaan markah yang ketara di antara pemeriksa. “Pegawai Peperiksaan Politeknik” bermakna pegawai yang dilantik oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Politeknik bagi melaksanakan semua urusan dan aktiviti peperiksaan di Politeknik. “Pelajar” bermakna seseorang yang berdaftar untuk mengikuti secara sah pengajian akademik di sesebuah politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. “Pemeriksa Skrip Jawapan ” bermakna pensyarah yang bertanggungjawab mengajar dan membuat penilaian bagi sesuatu kursus yang dilantik oleh Ketua Jabatan Akademik. “Penyelaras Moderasi Jabatan” bermakna pensyarah yang dilantik oleh Timbalan Pengarah (Akademik) bertujuan untuk merancang dan melaksanakan proses moderasi di peringkat jabatan.

Page 3: 7. Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

3

“Penyelaras Moderasi Kursus” bermakna pensyarah yang dilantik oleh Ketua Jabatan Akademik bertujuan untuk menyelaras proses moderasi kursus di peringkat jabatan. “Peperiksaan Akhir” bermakna pentaksiran sumatif yang diadakan untuk mengukur keupayaan pelajar di akhir semester. “Peraturan Pemarkahan” bermakna satu panduan jawapan dan agihan markah bagi memeriksa skrip jawapan. “Skrip Jawapan” bermakna naskah jawapan yang dihantar oleh pelajar bagi kursus- kursus yang ada peperiksaan akhir. “Timbalan Pengarah (Akademik)” bermakna pegawai yang dilantik oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Politeknik di sesebuah politeknik.

Page 4: 7. Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

4

BAHAGIAN 2 : PENGURUSAN MODERASI 5.0 PENYELARASAN MODERASI Pelaksanaan moderasi pemeriksaan skrip jawapan perlu merujuk kepada Takwim Aktiviti Pentaksiran bagi tujuan penyelarasan.

6.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Moderasi di peringkat politeknik dilaksanakan bagi memenuhi keperluan penyelarasan pemarkahan untuk kursus-kursus yang ditawarkan di politeknik.

6.1 Timbalan Pengarah (Akademik)

Timbalan Pengarah (Akademik) bertanggungjawab melantik Penyelaras Moderasi Jabatan bagi proses moderasi pemeriksaan skrip jawapan di peringkat jabatan.

6.2 Pegawai Peperiksaan Pegawai Peperiksaan bertanggungjawab memantau dan mengawal selia proses

pelaksanaan moderasi di politeknik. 6.3 Penyelaras Moderasi Jabatan

Penyelaras Moderasi Jabatan bertanggungjawab:

i. melaksanakan taklimat penyelarasan peraturan pemarkahan dan memastikan latihan simulasi pemeriksaan skrip jawapan dilaksanakan.

ii. mengenalpasti kursus yang terlibat dalam moderasi pemeriksaan skrip

jawapan.

iii. mengesahkan laporan dan tindakan penyelarasan oleh Penyelaras Moderasi Kursus dalam Borang M02.

6.4 Penyelaras Moderasi Kursus

Penyelaras Moderasi Kursus bertanggungjawab:

i. menghadiri taklimat penyelarasan peraturan pemarkahan.

ii. melaksanakan latihan simulasi pemeriksaan skrip jawapan.

iii. mengagihkan skrip jawapan kepada Pemeriksa Skrip Jawapan.

iv. membantu dan memantau proses penyemakan skrip jawapan pensyarah yang baru mengajar.

Page 5: 7. Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

5

v. menyemak semula skrip jawapan.

vi. menyediakan laporan dan cadangan tindakan penyelarasan.

6.5 Pemeriksa Skrip Jawapan

Pemeriksa bertanggungjawab: i. menghadiri taklimat penyelarasan peraturan pemarkahan. ii. mengikuti latihan simulasi pemeriksaan skrip jawapan. iii. menerima skrip jawapan. iv. memeriksa skrip jawapan dalam tempoh yang ditetapkan.

Page 6: 7. Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

6

BAHAGIAN 3 : PELAKSANAAN MODERASI

7.0 AKTIVITI PELAKSANAAN MODERASI

Lantik Penyelaras Moderasi Jabatan oleh Timbalan Pengarah (Akademik). Lantik Penyelaras Moderasi Kursus dan Pemeriksa Skrip Jawapan oleh Ketua Jabatan Akademik. Rancang pelaksanaan moderasi di peringkat jabatan berpandukan kepada Takwim Aktiviti Pentaksiran oleh Penyelaras Moderasi Jabatan. Terima skrip jawapan, Peraturan Pemarkahan dan sampel skrip jawapan untuk tujuan latihan simulasi daripada Pegawai Peperiksaan dan tandatangan Borang Akuan Penyerahan dan Penerimaan Skrip Jawapan (Borang M01) oleh Penyelaras Moderasi Kursus. Laksana taklimat penyelarasan peraturan pemarkahan dan tandatangan Borang Akta Rahsia Rasmi oleh Penyelaras Moderasi Jabatan. Laksana latihan simulasi dan agih skrip jawapan kepada Pemeriksa Skrip Jawapan oleh Penyelaras Moderasi Kursus.

Mula

A

Page 7: 7. Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

7

Isi dan serah Borang M02 kepada Penyelaras Moderasi Kursus oleh Pemeriksa Skrip Jawapan. Semak semula tiga skrip jawapan yang mempunyai markah kategori tinggi, tiga skrip jawapan kategori sederhana dan tiga skrip jawapan kategori rendah berdasarkan Borang M02 oleh Penyelaras Moderasi Kursus. Buat analisa item ke atas jawapan pelajar oleh Pemeriksa Skrip Jawapan. Lengkap, tandatangan dan serah Borang Markah ke Unit Peperiksaan beserta kertas item, skrip jawapan dan peraturan pemarkahan oleh Pemeriksa Skrip Jawapan. Sedia laporan dan cadangan tindakan penyelarasan oleh Penyelaras Moderasi Kursus. Sah oleh Penyelaras Moderasi Jabatan.

A

Akhir

Page 8: 7. Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

8

BIL PROSES KERJA TINDAKAN 1 Melantik Penyelaras Moderasi Jabatan.

Timbalan Pengarah (Akademik)

2 i. Melantik Penyelaras Moderasi Kursus. ii. Melantik Pemeriksa Skrip Jawapan.

Ketua Jabatan Akademik

3 Merancang pelaksanaan moderasi di peringkat jabatan berpandukan kepada Takwim Aktiviti Pentaksiran.

Penyelaras Moderasi Jabatan

4 i. Menerima skrip jawapan, Peraturan Pemarkahan dan sampel skrip jawapan untuk tujuan latihan daripada Pegawai Peperiksaan.

ii. Menandatangani Borang Akuan Penyerahan dan Penerimaan Skrip Jawapan (Borang M01).

Penyelaras Moderasi Kursus

5 i. Melaksanakan taklimat penyelarasan peraturan pemarkahan kepada Penyelaras Moderasi Kursus dan Pemeriksa Skrip Jawapan.

ii. Menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi.

Penyelaras Moderasi Jabatan

6 i. Melaksanakan latihan pemeriksaan skrip jawapan kepada Pemeriksa Skrip jawapan.

ii. Mengagihkan skrip jawapan kepada Pemeriksa Skrip Jawapan.

Penyelaras Moderasi Kursus

7 i. Memeriksa skrip jawapan berdasarkan latihan pemeriksaan skrip jawapan.

ii. Mengisi Borang M02 setelah selesai memeriksa skrip jawapan.

iii. Menyerahkan Borang M02 yang telah diisi dengan lengkap kepada Penyelaras Moderasi Kursus.

Pemeriksa Skrip Jawapan

8 Menyemak semula tiga skrip jawapan yang mempunyai markah kategori tinggi, tiga skrip jawapan kategori sederhana dan tiga skrip jawapan kategori rendah berdasarkan Borang M02.

Penyelaras Moderasi Kursus

9 Membuat analisa item ke atas jawapan pelajar. Pemeriksa Skrip Jawapan

10 i. Melengkapkan dan menandatangani Borang Markah ii. Menyerahkan Borang Markah ke Unit Peperiksaan

beserta kertas item, skrip jawapan dan peraturan pemarkahan.

Pemeriksa Skrip Jawapan

11 Menyediakan laporan dan cadangan tindakan penyelarasan. Penyelaras Moderasi Kursus

12 Mengesahkan laporan dan cadangan tindakan penyelarasan.

Penyelaras Moderasi Jabatan

Page 9: 7. Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

9

8.0 PANDUAN PELAKSANAAN MODERASI Bagi kursus yang diajar oleh lebih daripada seorang pensyarah, Pemeriksa Skrip Jawapan akan menyemak skrip jawapan kursus yang bukan dikendalikan olehnya, kecuali kursus yang melibatkan satu kelas dan satu pensyarah sahaja tetapi perlu disemak oleh pensyarah yang lain. Semakan oleh penilai luar (external examiner) boleh dijalankan samada semasa proses penandaan skrip atau selepas gred diberi. Satu laporan akan disediakan oleh penilai luar bagi cadangan penambahbaikan berterusan. Bagi kes-kes khas yang yang memerlukan semakan semula, arahan boleh dibuat bagi menjalankan moderasi penyemakan skrip jawapan.

Page 10: 7. Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

10

BORANG AKUAN PENYERAHAN DAN PENERIMAAN SKRIP JAWAPA N

Nota: Borang ini perlu diisi oleh Penyelaras Moderasi Kursus

Disahkan Oleh: _____________________________ Tarikh: __________________

( ) * Pegawai Peperiksaan Politeknik

BIL. KOD & NAMA KURSUS PROGRAM KELAS/

SEKSYEN

PENYELARAS MODERASI KURSUS PEMERIKSA SKRIP JAWAPAN

CATATAN BIL.

SKRIP

TARIKH TERIMA &

T. TANGAN

TARIKH SERAH &

T. TANGAN

BIL. SKRIP

TARIKH TERIMA &

T. TANGAN

TARIKH SERAH &

T. TANGAN

BORANG M01

Page 11: 7. Garis Panduan Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

11

BORANG M02