7 rahsia buat pelanggan cari servis design kita

5

description

Semoga bermanfaat untuk semua

Transcript of 7 rahsia buat pelanggan cari servis design kita

Page 1: 7 rahsia buat pelanggan cari servis design kita
Page 2: 7 rahsia buat pelanggan cari servis design kita

Menurut Jacci Howard Bear ( penulis dari desktoppub.about.com ), beliau

berkata.

1) Orang yang kita kenal

Jangan malu untuk memberitahu kawan, saudara, jiran, tuan tanah atau

sesiapapun yang kita merupakan seorang pereka grafik.

Beri mereka bisnes kad dan terangkan pekerjaan apa yang sedang kita lakukan.

Beri juga bisnes kad lebih kepada mereka supaya mereka boleh sampaikannya

kepada orang lain. banyak pelanggan yang saya sendiri dapat dengan

menggunakan cara ini.

2) Networking

Boleh gunakan laman media sosial yang banyak sekarang ini contohnya seperti

Facebook, twitter,LinkedIn dan macam-macam lagi.

Sertai mana-mana "group" yang berkaitan dengan "design grafik" dan akifkan

diri disitu,

"NETWORKING" adalah salah satu perkara yang paling penting dalam mazhab

bisnes. Dengan adanya networking yang luas anda tidak perlu bersusah payah

mencari pelanggan lagi.

Page 3: 7 rahsia buat pelanggan cari servis design kita

3) Pemilik Bisnes Baru

Pemilik bisnes baru pastinya memerlukan bisnes kad, poster dan macam-macam

lagi bagi menaikkan nama bisnes mereka. Bagi cara ini kita boleh kenalpasti di

laman media seperti facebook contohnya.

Buat kajian produk-produk kecantikan ataupun servis-servis bisnes yang nampak

masih baru halaman facebooknya, dari situ kita boleh cuba nasihatkan dan

memberi tawaran hebat kepada mereka.

PS: Pastikan portfolio kita mantap =)

4) Penambahbaikan

Sekarang ini terlalu banyak produk dan bisnes lain yang memerlukan

penambahbaikan. Kekadang pemilik bisnes yang ada tidak sedar betapa banyak

perubahan yang akan mereka peroleh jika mendapat khidmat dan kepakaran

kita.

Contoh paling mudah:

Lakukan penambahbaikan untuk menu-makanan di restoran- restoran, dan

poster untuk produk kecantikan misalnya. Terangkan kepada mereka tentang

"magic" yang bakal kita lakukan.

Page 4: 7 rahsia buat pelanggan cari servis design kita

PS: Pastikan portfolio kita mantap =)

5) Website

Website ini boleh dikatakan sebagai portfolio kita yang paling mudah orang

tengok. Dengan cara ini sambil tidur pun kita sebenarnya sedang bekerja.

Pastikan kita tahu dimana mahu memaparkan (link)website kita agar pelanggan

yang sasarkan nampak servis yang sedang kita lakukan .

6) Publisiti percuma

Ini boleh dikatakan antara tip yang terpenting, semestinya kita lakukan design

ini bagi mendapat bayaran yang lumayan.

Belajar sedikit-sedikit cara menulis dengan berkesan, dengan cara ini kita boleh

mula masuk ke dalam cawang bisnes yang lebih besar seperti syarikat-syarikat

besar dan syarikat media yang sangat memerlukan pereka grafika yang bagus

sebenarnya.

7) Cara ala Postman

Cari kedai runcit, pejabat pos, restoran atau mana-mana mall yang berdekatan

dan tinggalkan bisnes yang menerangkan tentang servis yang sedang kita

lakukan disitu.

Page 5: 7 rahsia buat pelanggan cari servis design kita

- Pastikan ada nombor telefon dan email dikad.

- Pastikan bisnes kad itu hanya fokus kepada servis design yang sedang kita

lakukan ( jangan campurkan sekali dengan bisnes lain contohnya seperti,

Perkhidmatan mengurut dan lain-lain)

--------------------------------------------------------------------

- MuhaiminMohammad

Ilmu ini saya kongsikan hanya berdasarkan dari kajian dan praktis yang telah

saya lakukan, memang sangat simple tapi Alhamdulillah memang mujarab.

Jika bermanfaat kongsikan kepada kepada sahabat-sahabat yang lain agar kita

sama-sama berjaya.

Maaf jika ada kekurangan, semoga bermanfaat =)