88828292-PENILAIAN-psv

35
PENILAIAN – SATU DEFINISI Mok Soon Sang (2003) telah mentakrifkan penilaian sebagai proses menentukan, mendapatkan, dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan penilaian boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem atau proses meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan (Mok Soon Sang, 2003). Daripada kedua-dua definisi ini dapat dilihat akan pentingnya penilaian dilaksanakan oleh mereka yang terlibat agar tindakan seterusnya yang sepatutnya diambil boleh direncanakan dengan lebih mantap dan secara bersepadu. ( Advanced Learner’s Dictionary Of Education, 2000) Penilaian adalah untuk mengukur samada berjaya atau tidak pembaharuan pendidikan yang dibuat dan memainkan peranan sebagai agen perubahan secara menyeluruh untuk pendidikan (Beattie, 1997). Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran-ukuran yang diperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang dijalankan. Tujuan penilaian dalam konteks persekolahan atau di bilik darjah adalah berkait rapat dengan penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian akan dapat membantu guru untuk memperbaiki pengajarannya. Sekiranya penyampaian guru didapati kurang berkesan, maka guru tersebut boleh membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan/kaedah lain yang difikirkan lebih berkesan. Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat membantu guru untuk membuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan pelajar bagi tajuk- tajuk yang diajar.

description

asdaqf ssady

Transcript of 88828292-PENILAIAN-psv

PENILAIAN – SATU DEFINISI

Mok Soon Sang (2003) telah mentakrifkan penilaian sebagai proses menentukan, mendapatkan,

dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan

selanjutnya. Dalam konteks pendidikan penilaian boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem atau

proses meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan

yang sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan

cara yang lebih berkesan (Mok Soon Sang, 2003). Daripada kedua-dua definisi ini dapat dilihat

akan pentingnya penilaian dilaksanakan oleh mereka yang terlibat agar tindakan seterusnya yang

sepatutnya diambil boleh direncanakan dengan lebih mantap dan secara bersepadu. ( Advanced

Learner’s Dictionary Of Education, 2000)

Penilaian adalah untuk mengukur samada berjaya atau tidak pembaharuan pendidikan yang dibuat dan memainkan peranan sebagai agen perubahan secara menyeluruh untuk pendidikan (Beattie, 1997). Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran-ukuran yangdiperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang dijalankan. Tujuan penilaian dalam kontekspersekolahan atau di bilik darjah adalah berkait rapat dengan penilaian hasil pengajaran danpembelajaran. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian akan dapatmembantu guru untuk memperbaiki pengajarannya. Sekiranya penyampaian guru didapatikurang berkesan, maka guru tersebut boleh membuat keputusan untuk menggunakanpendekatan/kaedah lain yang difikirkan lebih berkesan.Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat membantu guru untukmembuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan pelajar bagi tajuk-tajuk yang diajar.Maklumat ini seterusnya dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan programpemulihan atau pengkayaan untuk pelajar-pelajarnya. Selain itu, penilaian juga boleh membantu guru untuk memberi gred pencapaian kepada pelajar, menentukan kumpulan pelajar mengikut keupayaan mereka, atau menempatkan pelajar kepada bidang pengajian tertentu mengikut keupayaan mereka dalam bidang tersebut. Penilaian yang dijalankan oleh guru boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti Penilaian Rujukan Norma, Penilaian Rujukan Kriteria, Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif.

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Rukun Pentaksiran: Instrumen Yang Ditaksir Respons Yang Mentaksir Skor

KENAPA MENTAKSIR

Untuk mengetahui keberkesanan pengajaran

Untuk mengetahui kelemahan pengajaran

Untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran

Untuk mengetahui kelemahan pembelajaran

Untuk mengetahui keberkesanan program

Untuk mengetahui kelemahan program

Untuk melihat perbezaan antara pelajar

Untuk mengetahui keupayaan pelajar

Untuk pensijilan

CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK

Skor yang tinggi kesahannya

Skor yang tinggi darjah kebolehpercayaan

Objektif

Boleh tadbir

Mudah tafsir

Komprehensif

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Merujuk kepada SKOR

KESAHAN

Thorndike (1991) :…validity is…all what we want to measure, and nothing but what we want to measure.

Messick (1980): …kesahan bukan sifat sesuatu ujian tetapi darjah sejauh mana ujian itu mengukur apa yang hendak diukur.

LPM (2000): …kesahan merujuk kepada skor yang ditentukan oleh relevan dan mewakili.

Kesahan

Relevan---- Item yang ditulis bagi sesuatu instrumen pentaksiran mestilah menepati:

Kumpulan

Kurikulum

Jadual spesifikasi ujian

Aras kesukaran yang dihasratkan

Konteks dan situasi

Cakupan ------Item dalam instrumen mestilah mewakili:

cakupan kurikulum

aras kesukaran yang ditetapkan (mudah:sederhana: sukar)

Kepelbagaian item

Kepelbagaian cara penyoalan KEBOLEHPERCAYAAN

Ahmann & Glock (1981): …reliability means consistency of results

The Basic Educational Research :…reliability refers to the consistency of the scores obtained – how consistent they are for each individual from one administration of an instrument to another and from one set of items to another

LPM : kebolehpercayaan skor ujian merujuk kepada ketekalan dan ketepatan

KEBOLEHPERCAYAAN SKOR MERUJUK KEPADA Ketekalan Skor yang diperolehi oleh seseorang pelajar tidak banyak berubah antara peperiksaan yang diduduki atau set-set item yang dijawab

Ketepatan Skor yang diperolehi oleh seseorang pelajar menggambarkan tahap

keupayaan sebenar pelajar sehampir mungkin

Pentaksiran autentikPentaksiran autentik menurut Pert(1990) merupakan bentuk penilaian yang

berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik

darjah setiap hari.Pentaksiran autentik meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek

merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,

kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia

sebenar.

Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik mengevaluasi pengetahuan atau keahlian

pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat

mungkin.Pentaksiran ini merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk

pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan,

motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevenmotivasi dan sikap pada aktiviti yang releven..

Menurut Menurut Rudner & Boston, 1994 Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan

kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi

maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.

Menurut Grace ,(1992), penilaian autentik merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak

secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang

dilakukan secara berterusan. “Realistik” dan “bermakna” merupakan terma yang sering

digunakan dalam pentaksiran autentik.(Sumber:Buku Educational Assessment of Student)

Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh Hills (1993)

"In real life, children are most themselves when they are in familiar environments with adults

and children whom they know and trust, engaged in tasks that allow them to use the modalities

with which they are most comfortable. In such situations they will most likely demonstrate the

knowledge, skill, and attitudes that time represent their attainments. When we introduce strange

people, unfamiliar surroundings, demands for responses to atypical t asks, and constrictions on

their usual behaviors, we will likely elicit behaviors that are neither valid nor reliable samples of

the children s development and learning.

"Terjemahan kepada Bahasa Melayu

“Dalam kehidupan nyata, anak-anak yang paling sendiri ketika mereka berada di persekitaran

yang akrab dengan orang dewasa dan anak-anak yang mereka kenal dan percaya, terlibat

dalam tugas-tugas yang membolehkan mereka untuk menggunakan modalitas yang mereka

paling selesa. Dalam situasi seperti mereka kemungkinan besar akan menunjukkan

pengetahuan, kemahiran , dan sikap bahawa masa merupakan pencapaian mereka. Ketika

kami memperkenalkan orang-orang aneh, persekitaran yang tidak dikenalnya, tuntutan untuk

jawapan untuk t atipikal bertanya, dan constrictions pada perilaku mereka yang biasa, kita

mungkin akan menimbulkan perilaku yang tidak sah atau sampel yang dapat diandalkan

pembangunan anak-anak dan belajar. "

Ringkasnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk

dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni visual

dengan rasional lain seperti yang berikut:

a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk

perkembangan kanak-kanak:

- Eisner (1980) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan

tanggapan seterusnya melahirkan konsep.

- Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati

ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.

b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-

kanak.

c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan

kesinambungan subjek.

CIRI- CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK

Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis

keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Antara ciri-cirinya ialah:

a) Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang

dilaksanakan.

b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.

c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.

d) Subjek membina maksud yang tersirat.

e) Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh- contoh pentaksiran autentik

Persembahan tarian.

Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya.

Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains)

atau Art show ( pertunjukan Seni).

Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.

Kebaikan kepada pelajar:

a) Pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna dan dapat melatih

mereka menggunakan pelbagai kemahiran seperti penulisan, penyelidikan,

perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis.

b) Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan

penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam

memperoleh kejayaan pada masa hadapan.

c) Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan,

kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

d) Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik

mereka.

e) Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia

mereka dan masyarakat luas.

f) Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.

g) Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

Kebaikan kepada guru:

Guru dapat menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang

ditetapkan.

Guru dapat menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh.

Guru dapat mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistic

berbanding secara dipecah asingkan.

Guru dapat mengambilkira hasil pengajaran dan pembelajaran.

Guru dapat melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap

pencapaiannya dan membantu menilai kerja seni orang lain.

Menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuan pelajar dan

seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan.

Guru dapat mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan

mempertahankan hasil kerjanya secara lisan dan di khalayak ramai.

Kesimpulan Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik yang disarankan dalam artikel ini mengukur kemajuan kanak-

kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Pentaksiran autentik dapat

memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak

untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

Peraturan Pemarkahan

peraturan Permarkahan

Dokumen yang mengandungi

panduan memberi markah bagi setiap item dalam sesuatu

ujian

Mengandungi jawapan/contoh

jawapan

Disediakan bersama dengan soalan

Komponen penting item subjektif

Panduan spesifik dalam pemberian

markah untuk memastikan

Sepadan dengan konstruk yang ditaksir dam tugasan yang

dilaksanakan oleh calon

Pemberian markah yang adil kepada

calon

Permarkahan antara pemeriksa dapat

diselaraskan

Kebolehpercayaan skor

Berdasarkan kata tugas dan tugasan

Menentukan bentuk jawapan

Mencerminkan kerencaman konstruk

Memberi panduan tentang pemberian

markah

Berpandakan respons yang dijangka

Tahap pencapaian calon bagi sesuatu item disusun sebagai senarai respons yang diterima

Markah diperuntukkan bagi setiap tahap

Kemungkinan jawapan calon

diambilkira

Berdasarkan pembahagian markah

Ikut soalan

Ikut pecahan soalan

Ikut persembahan jawapan

Ikut agihan markah dalam format kertas

soalanf

Aras Kesukaran

calon

Kaedah Pemarkahan

Pemarkahan Analitik

Markah diberi pada peringkat-peringkat

tertentu

Setiap point ditentukan

pemberatan markah

Markah mengikut point jawapan

Peraturan menolak/pemberian markah maksimum

Pemarkahan Holistik

Melihat mutu jawapan secara

keseluruhan

Menentukan tahap pencapaian keseluruhan

Memberi perhatian kepada perkara yang

boleh dipertimbangkan

Aras Rendah Aras SederhanaAras Sukar

Item yang mampu dijawap oleh calon

berkebolehan rendah, sederhana

dan tinggi.

Item yang mampu dijawap oleh calon

berkebolehan sederhana dan

tinggi.

Item yang mampu dijawab oleh calon

berkebolehan tinggi sahaja.

Penilaian Formatif

Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan

pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Penilaian lazimnya mewujudkan

ketegangan di kalangan pelajar, guru atau ibu bapa, disebabkan penilaian melibatkan

perbandingan pencapaian antara pelajar dan guru. Bagaimanapun, penilaian formatif

dapat mengurangkan ketegangan ini, sebab penilaian ini adalah PRK yang tidak

membandingkan pencapaian pelajar. Contoh ujian formatif ialah soal jawab, latihan

yang diberikan guru dan ujian mingguan.

Istilah formatif telah diperkenalkan oleh Micheal Scriven pada tahun 1967 dalam kertas

kerjayanya bertajuk Metadologi Penilaian yang menerangkan peranan dalam

perkembangan kurikulum dan pengajaran. Menurut beliau, penilaian formatif dijalankan

secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan

tujuan untuk memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa

pengajaran dan pembelajaran sama ada aspek pengajaran atau pembelajaran.

Tujuan utama PF ialah untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar dengan

mengadakan aktiviti pemulihan atau mengubah kaedah/pendekatan pengajaran

(mengadakan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang tiada masalah). Ia khususnya

berkaitan dengan mata pelajaran seni visual yang sedang diajarkan di dalam bilik

darjah. Ini dapat menentukan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat itu mencapai

objektif yang diharapkan. Fungsi penilaian formatif dengan kadar segera dan pelajar

memahami tentang pengajaran yang sedang berlaku. Keadaan ini membantu guru

meneruskan atau memperbaiki kaedah pengajaran yang sedang dijalankan. Guru akan

dapat maklumat pengajaran beliau melalui pemerhatian, kuiz, tugasan, kerja rumah dan

ujian ringkas yang dibuat di bilik darjah. Guru akan dapat melihat hasil yang dihasilkan

oleh pelajar contohnya kerja lukisan yang diberikan. Penilaian guru boleh dilakukan

apabila melihat hasil lukisan yang telah dihasilkan oleh pelajar sama ada bersesuaian

dengan cara melukis dan teknik warna yang digunakan oleh pelajar berdasarkan

arahan yang diberikan oleh guru. Oleh itu untuk mengukur sejauh mana kebolehan

pelajar maka guru harus bertindak untuk melakukan penilaian dalam hasil kerja pelajar

bagi mengetahui sejauh mana tahap yang telah dikuasai oleh pelajar.

Penilaian ini penting dalam memantau sesuatu pengajaran dan pembelajaran atau

kursus yang dilaksanakan. Bentuk penilaian ini penting dalam memantau sesuatu

pengajaran dan pembelajaran itu dapat berjaya mencapai matlamatnya.

Di samping menilai penguasaan pelajar bagi sesuatu tajuk pengajaran, penilaian

formatif dapat mengesan masalah pembelajaran. Justeru, selepas ujian dibuat,

tindakan susulan perlu dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian ini. Misalnya, jika

pelajar-pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk, sebagai tindakan susulan, guru perlu

mengulang semula tajuk berkenaan, atau mengubah pendekatan pengajaran agar

pelajar dapat menguasai tajuk tersebut.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah, ujian bulanan yang kerap

dibuat oleh guru dianggap sebagai ujian formatif kerana guru akan menggunakan

prestasi ujian bulanan untuk mengenalpasti perkembangan pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Seandainya terdapat sesuatu perkara yang kurang

menyenangkan di pihak guru, guru akan segera memperbaiki kaedah pengajaran atau

penekanan pengajaran yang telah dibuat khususnya bagi mata pelajaran seni visual ini.

Manakala Brent Wilson (1971) telah merumuskan 7 jenis prosedur ujian formatif;

1. Ujian pengamatan

2. Ujian untuk pengetahuan

3. Ujian untuk kefahaman (comprehension)

4. Ujian untuk analisis

5. Ujian untuk penilaian

6. Ujian untuk apresiasi

7. Ujian kemahiran menghasilkan bentuk Seni (Kemahiran)

Ketujuh jenis prosedur ujian itu sesuai dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni untuk:

belajar membuat produk seni

belajar melihat dan merasai seni

belajar memahami seni

Pendekatan ini menumpukan perhatian kepada pengajaran seni berasaskan perubahan

tingkah laku melalui pengalaman yang dilalaui oleh pelajar. Oleh itu, indikator terhadap

perubuhan tingkah laku dalam Pendidikan Seni itu perlu dikenalpasti supaya

memudahkan pihak berkenaan menjadikannya sebagai kayu ukur terhadap kejayaan

sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran .

Mengendali Ujian dan penilaian untuk Pendidikan Seni Visual –Beberapa prinsip

perlu dipatuhi:

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah tiga perkara yang berbeza tetapi

berkaitan. Tujuan pengujian, pengukuran dan penilaian adalah berbeza, tetapi saling

membantu untuk mencapai matlamat yang sama.

Di bawah program KBSR dan KBSM, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian, iaitu penilaian

mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan

pencapaian.

Penilaian mengesan penguasaan ialah penilaian yang dijalankan semasa guru

mengajar di dalam kelas.Tujuannya ialah untuk mengesan kelemahan

pengusaan pelajar dalam sesuatu kemahiran.

Penilaian mengesan kemajuan biasanya dijalankan selepas beberapa

kemahiran dalam sesuatu topik telah selesai diajarkan.

Penilaian mengesan pencapaian dijalankan selepas guru telah mengajar

beberapa topik pelajaran , biasanya dalam tempoh satu penggal.Tujuan

mengadakan penilaian ini ialah untuk mengesan pencapaian pelajar dalam

beberapa topik pelajaran untuk menentukan kedudukan mereka dalam

kumpulan masing-masing.

ISU UJIAN DAN PENTAKSIRAN DI SEKOLAH: KEBOLEHPERCAYAAN DAN

KESAHAN UJIAN DALAM MENILAI PELAJAR-PELAJAR.

Kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua

pergukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang.

Sebagai contoh, guru biasanya mengharapkan untuk memperolehi pengukuran

yang sama ke atas sesuatu benda yang ditimbang apabila menggunakan

penimbang yang berbeza, atau dengan menggunakan penimbang yang sama

tetapi menimbang benda yang sama pada masa yang berbeza.

Dalam pengukuran pencapaian pelajar pula, guru mengharapkan keputusan

ujian akan tekal bagi dua ujian yang sama bentuk yang ditadbirkan kepada

sekumpulan pelajar, atau keputusan satu ujian yang ditadbirkan kepada

kumpulan yang sama pada dua masa yang berbeza.

Ada berbagai-bagai kaedah untuk menganggar kebolehpercayaan. Oleh itu,

sumber variasi antara dua ujian bagi setaip kaedah itu juga berbeza. Kaedah-

kaedah tersebut ialah:

Ø Pentadbiran ujian secara berulang pada masa yang berbeza dengan

menggunakan ujian yang sama dengan dikorelasikan oleh market yang

terhasil, atau disebut sebagai mengukur kestabilan.

Ø Pentadbiran dua ujian yang berbeza tetapi sama bentuk atau setara pada

suatu masa tertentu dan dikolerasikan oleh market yang terhasil, atau

disebut sebagai mengukur samaan.

Pentadbiran dua ujian yang berbeza tetapi sama bentuk atau setara pada masa yang

berbeza dan dikorelasikan oleh market yang terhasil, atau disebut sebagai mengukur

samaan dan kestabilan.

Kesahan ujian:

Kesahan ujian umumnya sukar didefinisi dengan tepat, tetapi biasanya ia merujuk

kepada sama ada suatu ujian itu mengukur apa yang sepatutnya diukur.

Contohnya jika sesuatu ujian itu ingin mengukur bakat melukis, bagaimana cara

ingin ditentukan supaya hasil sebenarnya mewakili bakat ini.

Mengikut Tuckman (1975), untuk menilai hasil pengujian,

perlulah dirujuk kepada tiga rujukan masa, iaitu masa lepas, masa kini, dan masa

hadapan. boleh dirumus bahawa :

Seorang pembina peralatan penilaian perlu selalu bertanya. “Setakat manakah

keputusan ujian memberi manfaat kepada kegunaan tertentu seperti yang

diharapkan?” Kalau keputusan ujian atau hasil akan digunakan untuk

memperihalkan pencapai pelajar, keputusan tersebut mestilah sebenarnya

mewakili semua aspek pencapaian yang guru ingin perihalkan.

KESAHAN ISI

Kesahan isi pada asasnya melibatkan pemeriksaan sistematik ke atas isi ujian

untuk menentukan sama ada isinya terbentuk daripada sample yang mewakili

domain yang ingin diukur.

Sekiranya seorang guru pendidikan seni menggunakan soalan sejarah

untuk menguji pengetahuan seni muridnya, sudah tentulah ujian ini tidak

sah.

1. Kelemahan membina butiran: iaitu seperti dalam situasi yang berikut:-

Guru tidak mengawal aras kesukaran ujian dengan baik apabila membina

ujian,

Penulisan ayat yang kabur sama ada dalam arahan ujian, atau dalam

butiran ujian.

petunjuk kepada jawapan betul terdapat dalam soalan itu sendiri.

Kesalahan dalam mengenal pasti aras objektif pengajaran bagi butiran

ujian.

Kebaikan ujian formatif

Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran

guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Penilaian lazimnya mewujudkan ketegangan di kalangan pelajar, guru atau ibu

bapa, disebabkan penilaian melibatkan perbandingan pencapaian antarpelajar

dan guru. Bagaimanapun, penilaian formatif dapat mengurangkan ketegangan

ini, sebab penilaian ini adalah PRK yang tidak membandingkan pencapaian

pelajar. Contoh ujian formatif ialah soal jawab, latihan yang diberikan guru dan

ujian mingguan.

Bentuk penilaian ini penting dalam memantau sesuatu pengajaran dan

pembelajaran atau kursus yang dilaksanakan. Bentuk penilaian ini penting dalam

memantau sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dapat berjaya mencapai

matlamatnya.

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR)

Penilaian Berasaskan Sekolah

Ø Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik darjah

untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan individu secara

menyeluruh.

Ø Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina

dan dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi

lebih bermakna dan bermanfaat.

Ø Memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina

dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu.

Pengertian

Ø PKSR merupakan satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR dan

Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) pula ialah satu penilaian yang

dibuat dalam sukatan KBSM.

Ø melalui proses penilaian yang berterusan, guru dapat mengambil tindakan susulan

sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan yang perlu diambil ke atas

seseorang murid

Prinsip

Ø penting untuk guru ialah bagi mengetahui tahap pencapaian murid serta untuk

mengenal pasti dan membaiki kelemahan-kelemahan murid sebelum kelemahan-

kelemahan pembelajaran menjadi lebih kronis.

Ø Dalam PKSR, guru menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil

pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan.

Ø Aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran yang berlainan dalam PKSR

meliputi:

a) pengetahuan

b) kemahiran berfikir

c) kemahiran berbahasa

d) kemahiran mengira

e) kemahiran belajar

f) kemahiran amali

g) kemahiran manipulatif

h) kemahiran bersosial

i) daya kreatif

j) kemahiran proses sains

k) perlakuan dan amalan nilai-nilai murni

l) sikap

m) kesihatan dan kecergasan

n) kemahiran kenestetik

o) bahan pembelajaran

p) minat

Tujuan

Ø tujuan utama : memastikan penilaian dijalankan dengan sistematik dan baik.

Ø Untuk membaiki pembelajaran pelajar dengan merancang dan mengubahsuai

aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh daripada

PBS.

Ø Mengesan perkembangan murid-murid: Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan

pembelajaran pelajar supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk

membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti.

Ø Untuk merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui tunjuk

agar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PBS.

Ø Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan diri dalam alam kehidupan manusia

melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sedia menerima teguran,

bimbingan dan ajaran guru.

Ø Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang

dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses pengukuran

pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan lebih bermakna.

Ø Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina jenis-

jenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkat prestasi mereka dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri

1) Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara

lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan

kemajuan pelajar dalam bilik darjah.

2) Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif – maklumat yang

diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan

pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan.

3) Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan –

membaiki pembelajaran seterusnya.

4) Menekankan penilaian secara berterusan – membolehkan guru mengubahsuai

strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian yang diperoleh dari

semasa ke semasa.

5) Menekan penilaian secara menyeluruh – segala potensi pelajar seperti intelek,

rohani, jasmani dan emosi dinilai.

6) Menekankan penilaian dalaman – guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan

bukan diuruskan secara berpusat.

1. Merancang -menentukan hasil pembelajaran & alat penilaian

2. Menjalankan pemerhatian secara individu/kumpulan – menggunakan instrumen spt senarai semak/catatan anekdot

3. Melaksanakan penilaian

– pemerhatian/lisan/penulisan

4. Membina instrumen – merujuk kpd Jadual Penentuan Ujian (JPU) – membina soalan2 kognitif (Taksonomi Bloom) yang berlainan

5. Melaksanakan Penilaian – cara lisan/penulisan/kaedah penilaian secara profesional

6. Merekod - menganalisis & mentafsir

7. Melapor (jika perlu)

Rajah 1: Kaedah Melaksanakan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

Penilaian Alternatif

- prosedur-prosedur dan teknik-teknik yang boleh digunakan dalam konteks

pengajaran dan pembelajaran.

- Terdiri daripada bentuk-bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian

formal seperti penilaian formatif dan sumatif

- Kriteria dalam penilaian alternatif:

a) Fokus kepada perkembangan murid

Tindakan

susulan

-peneguhan

YaMenguasai bahan

yang diajar?Tidak

Tindakan

susulan

-pemulihan

Meneruskan ke pelajaran baru

b) Memberi penekanan kepada kekuatan dalam pelajaran daripada

kelemahan

- Guru menentukan hasil pembelajaran dan melaksanakan penilaian serta

mengambil tindakan susulan.

Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah-

kaedah berikut:

a) Portfolio Reflektif

b) Pembentangan / Amali

c) Pemerhatian

Pemilihan setiap kaedah bergantung kepada:

Hasil pembelajaran yang akan dinilai

Kesesuaian bahan yang dinilai

a) Portfolio Reflektif

Catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi, peringkat

pencapaian sesuatu bidang dsb.

Bertujuan membolehkan pelajar & guru untuk membuat refleksi, menilai serta

menggunakannya sbg rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang wajar &

berkesan.

Bukti-bukti pembelajaran biasanya disimpan dalam fail yang merupakan bentuk

fizikal untuk menyimpan hasil tugasan, bahan & rekod yang berkaitan dengan

kerja kursus.

Secara formatif, iaitu sepanjang proses portfolio disediakan.

Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahan yang

berikut iaitu:

- nota-nota yang disediakan oleh guru

- senarai semak yang disediakan oleh guru

- refleksi kendiri pelajar

- buku log

- catatan jurnal

- gambar & foto

Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfolio kerja,

portfolio dokumentari & portfolio produk akhir.

Kebaikan:

- melibatkan murid dgn sepenuhnya dlm proses pengajaran &

pembelajaran.

- Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid.

- Menilai tahap perkembangan murid-murid.

- Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri

mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru.

b) Ujian Persembahan / Amali

Memberi markah apabila murid-murid membuat persembahan @ kerja amali

untuk menguji kebolehan & kecekapan seorang individu.

Melibatkan penggunaan radas, alatan konkrit/gambar & tidak banyak bergantung

kpd penggunaan bahasa & kertas-pensel kecuali semasa arahan diberi.

Amat sesuai bagi pelajar yang kelemahan bahasa.

Guru mesti membimbing murid dlm penyediaan pembentangan spt berikut:

- mengenal pasti punca-punca maklumat / sumber rujukan.

- menstrukturkan pembentangan.

- menilai & memberi maklum balas tentang pembentangan.

Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan murid dlm

kerja ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu penilaian yang sah

mengenai pembelajaran murid.

Dlm penilaian amali, guru akan menyuruh murid utk memanipulasi satu set data,

selepas itu, mempersembahkan analisis mereka terhadap data itu.

Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek:

- contoh-contoh yang dikaitkan

- edaran-edaran yang berkait

- peralatan yang digunakan dlm persembahan

c) Pemerhatian

Satu bentuk penilaian autentik yg membantu guru membimbing murid-murid

meningkatkan keupayaan mereka secara individu.

Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar drpd bidang afektif & psikomotor,

khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik &

Pendidikan Jasmani.

Bertujuan utk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang

diperoleh drpd mata pelajaran yang berlainan dlm kehidupan seharian.

Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dlm dunia sebenar.

Contoh-contoh penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialah melalui

pemerhatian, projek / kerja lapangan.

Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihan

dapatannya, kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan,

pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai (guru).

Penilaian melalui pemerhatian

- untuk mengikuti perkembangan ndividu @ kumpulan dalam kemahiran

pembelajaran yang pelbagai.

- Dijalankan untuk mengesan @ menilai tahap perncapaian rakan sebaya

dalam sesuatu aktiviti pembelajaran

Strategi Pelaksanaan

- secara berterusan mengikut objektif yang dikenal pasti / dirancang.

- guru menggunakan senarai semak/rekod anekdot kognitif, afektif,

psikomotor, bahan & persekitaran.

- secara global / analitikal mengikut objektif yg ditetapkan oleh guru.

Jenis-jenis pemerhatian

- pemerhatian mengenai perlakuan murid-murid tanpa membuat tafsiran

dan tanggapan.

- pemerhatian melalui borang pemerhatian yang mengandungi soalan

terbuka dan tertutup ; pemerhatian berstruktur

- pemerhatian berfokus : guru menilai kemahiran , pengetahuan, perlakuan

@ sikap spesifik

Penilaian : Pengalaman Studio Seni & Menghasilkan Produk Seni

1. Konunikasi / pernyataan

1. Adakah pelajar ingin menyampaikan sesuatu untuk pernyataan melalui kerja seni.

2. Adakah kerja-kerja seni pelajar , mod danperanannya.

3. Adakah dalam kerja seni pelajar menunjukkankefahaman tentang subjek matter (bahan tajuk).

4. Adakah pelajar bebas membincangkan objektifkerja seni mereka ketika penilaian secara individu@kumpulan.

5. Adakah pernyataan pelajar itu ikhlas dan benarpersembahannya.

6. Adakah pelajar berupaya berkomunikasi secaraekspresif melalui berbagai media seni.

2. Keyakinan / Self Esteem

1. Adakah pelajar rajin dalam menyatukan idea,perasaan dan persepsi melalui media.

2. Adakah pelajar fleksibel dan berupaya bekerjadengan berbagai media.

3. Adakah pelajar berpeluang untuk merubah

Lampiran 1

Objektif Penilaian YA TIDAK

kedudukan di bilik seni.

4. Adakah pelajar berpuashati dan bangga

terhadap kerja-kerja seni mereka.

5. Adakah pelajar kenalpasti kekuatan & ke-lemahan kerja-kerja seni dan menggunakekuatan serta memperbaiki kelemahan.

YA TIDAK

6. Adakah pelajar menunjukkan inisiatif untuk mencapai matlamat Pendidikan Seni.

7. Adakah pelajar menunjukkan keupayaan/keinginan terhadap kualiti kepimpinan.

8. Adakah pelajar menggunakan nilai-nilaiestetika dalam kehidupan sehariannya.

3. Perkembangan Persepsi

1. Adakah pelajar menunjukkan perkembangankepekaan(sensitiviti) terhadap kualiti visualdalam persekitaran seperti cahaya, warna,kadar banding bayang, jarak dalaman, volume(kepaduan) seperti yang terdapat dalamkerja seni.

2. Adakah pelajar menunjukkan perkembangankepekaan terhadap kualiti non-visual sepertiAuditory, tektail, kinestetik, dan sensasi tubuh(body sensation) seperti yang terdapat dalamkerja-kerja seni.

3. Adakah pelajar menyedari, melihat danmengerti nilai-nilai visual & non-visual sebagaisumber ekspresi.

4. Adakah pelajar peka terhadap adanya per-bezaan antara bentuk, warna, gambar, nilai(value) dan jalinan (unsur seni).

4. Organisasi estetika dan ketekalan (consistency)

1. Adakah pelajar memahami perhubunganantara idea, bahan; Bolehkah ianya diaplikasimelalui medium lain dengan lebih baik.

2. Terdapatkah organisasi harmoni pada gambar,bentuk, warna, nilai, jalinan dalam kerja senimereka.

YA TIDAK3. Adakah semua bahagian-bahagian pernyataan

pelajar itu tekal dan berkait antara satu samalain bagi menampakkan keseluruhannya.

4. Adakah kerja-kerja seni pelajar menunjukkan kepekaan dan kesedarannya terhadap prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan, ritma, kepel-bagaian, kontras dan lain-lain.

5. Adakah kerja-kerja seni pelajar menunjukkan“sense of being” dan kesepaduan rasakewujudan.

6. Adakah pelajar mengambil berat denganorganisasi dan keadaan persekitarannya danjuga dalam kerja-kerja seni.

7. Adakah pelajar menunjukkan perkembangandalam keupayaan menyaksikan estetika yanglebih kompleks dalam kerja-kerja seninya.

8. Adakah pelajar sedar kepada kualiti estetikadalam berbagai aspek kehidupannya.

5. Pengetahuan Dalam Bidang Seni

1. Bolehkah pelajar kenalpasti proses seni,adat, media, juga masalah yang dihadapioleh seniman.

2. Bolehkah pelajar menjangka apakah yangboleh dilakukan oleh berbagai-bagai alat/

media.

3. Bolehkah pelajar kenalpasti/analyse pola/struktur dalam kerja-kerja seninya.

4. Bolehkah pelajar membuat penilaian kaedah

kerja-kerja media, gubahan dan ekspresi kerja-kerja seninya dan kaitannya dengan kerja orang lain, dahulu dan sekarang.

5. Bolehkah pelajar faham konsep abstrak.YA TIDAK

6. Bolehkah pelajar kenalpasti kepelbagaian

pengaruh seniman, dan gaya persembahandalam kerja-kerja seni mereka sepertikusisme, ekspresianisme, surrelisme.

6. Kreativiti

1. Adakah pelajar peka dalam mengenalpastimasalah-masalah yang terdapat dalam Kerja-kerja seni.

2. Adakah pelajar memaparkan idea-idea yang unik dan peribadi (verbal dan visual) dalamkerja-kerja seninya.

3. Adakah pelajar dengan mudahnya me-nunjukkan kualiti, bebas, inventive, aslidan luar biasa dalam kerja-kerja seninya.

4. Adakah pelajar boleh menyatakan perasaan,Idea, persepsinya secara peribadi danIndividu.

5. Bolehkah pelajar redefine gambar, bentuk,warna, rupabentuk dan berbagai bahankepada suatu benda baru seperti butangdijadikan mata dalam kolaj.

6. Adakah pelajar berupaya mengkaji berbagai-bagai cara dalam menyelesaikan masalahestetika.

7. Adakah pelajar menunjukkan perkembangankesedarannya terhadap keunikan dirinya

dan orang orang lain.

8. Adakah pelajar menunjukkan kelancaran dandan banyak idea ketika berkarya.

9. Adakah pelajar menunjukkan fleksibel danboleh menyesuaikan dan mencaripenyelesaian jika berlaku masalah dalamkerja-kerja seninya.

YA TIDAK10. Adakah pelajar berupaya membuat analisis,

melihat sesuatu yang menyeluruh kepadayang ditil dalam kerja-kerja seninya.

11. Adakah pelajar berupaya mengsintesisbermula daripada ditil kepada yangmenyeluruh dalam kerja-kerja seninya.

7. Kemahiran/Ketukangan

1. Adakah terdapat penambaikan dan kecekapandalam kemahiran mengendalikan peralatan, bahan dan proses di kalangan pelajar.

2. Adakah pelajar berupaya mengawal kerja-kerja seninya, berupaya memaparkan atau merobah purposi bentuk nutralistik, menambahatau mengurangkan detail bila diperlukan.

3. Berupayakah pelajar menggunakan berbagaijenis garisan, rupa, bentuk dan warna bilamemerlukannya.

4. Adakah pelajar menjaga dan memuliharaperalatan dan perkakasan di dalam keadaanyang baik.

8. Keseronokan & Kepuasan

1. Adakah pelajar seronok menghasilkan karyaseni.

2. Adakah pelajar memerlukan peluang untukMelakukan kerja-kerja seni.

3. Adakah pelajar menggalakkan rakannya turutserta dalam pengalaman seni.

4. Adakah pelajar menyatakan kepuasanterhadap pengalaman seni dan produk seni.

5. Adakah pelajar berkeinginan untuk mem-pamerkan hasil kerja mereka.

YA TIDAK6. Adakah pelajar berbincang mengenai seni

dengan rakan.

7. Adakah pelajar mengambil bahagian kegiatanseni di luar bilik darjah seperti membeli buku-buku seni, mengumpul reproduksi karya seniatau menghadiri ceramah seni atau melawatpameran seni.

STRATEGI PENTAFSIRAN (ASSESSMENT)

PERFORMANCEPERFORMANCE ASSESSMENT STRATEGY

(PAS)

ialah proses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang

dijalankan.

Memerlukan masa dan tenaga.

Rujukan di Israel melalui learning by doing :

Memandu guru membangunkan penilaian berasaskan sekolah

Guru perlu sanggup melakukan beberapa percubaan untuk memperbaiki system

penalaiannya bagi mendapat strategi yang berkesan untuk membantu pencapaian

pelajar.

Jenis- jenis pentaksiran Performanced Based

1.Portfolio (dapatan hasil kerja). Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai

pencapaian individu murid dari semasa ke semasa.Ianya juga suatu cara yang

membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya

2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar)

Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan

keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.

1.Mengukur berdasarkan keupayaan.

Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :

Bahan penulisan

Persembahan

Gerak kerja projek

PENTAFSIRAN BERASASKAN PERFORMANCE MERUJUK KEPADA :

Berbagai ilmu pengetahuan

Berbagai proses

Berbagai cara membuat lapuran / keputusan

Merujuk kepada :

1. Task2. Method3. Aktiviti

Digunakan untuk mentafsir performancea pelajar dalam menunjukkan pencapaian pembelajaran mereka.

PAS boleh direkabentuk :

1. Proses perkembangan pelajar2. Produk3. atau kedua-duanya sekali

Pentafsiran yang terbaik membenarkan pentafsiran dilakukan melalui berbagai dimensi terhadap pembelajaran pelajar dan proses-proses kognitif yang kompleks itu.Contohnya (PAS) melalui :

1. Portfolio2. Journal, diary, log

3. Integrated performance4. Perbincangan kumpulan5. Pameran6. Audio, video tape7. Komputer

PORTFOLIO

Definasi :

Dulu : sebagai kontener koleksi kerja-kerja pelajar (produk).

Kini : sering digunakan sebagai alat kefahaman dan proses pendedahan.

Kemudian dikembangkan lagi peranannya sebagai himpunan kerja-kerja pelajar

yang menceritakan kesungguhannya, proses dan pencapaiannya dalam sesuatu

tugasan yang diberi.

Merujuk kepada :

1. Folio seni atau folio proses atau mini Portfolio.

2. Portfolio kerja pelajar terbaik.

3. Ataupun expended art Portfolio.

Peranan Portfolio :

Selain untuk penafsiran juga untuk :

1. ABM

2. Motivasi pelajar.

3. Cabaran.

4. Refleksi pelajar.

5. Penilaian kendiri.

6. Menggalakkan kerjasama guru dan pelajar.

7. Menggalakkan penyelidikan.

8. Komunikasi idea.

9. Mengesahkan perbezaan pembelajaran dan pendekatan.

10.Bukti kepada pelajar dan ibubapa tentang kepentingan perkembangan dan

pertumbuhannya.

11.Portfolio adalah alat yang penting untuk menilai kurikulum dan menentukan

perlunya perubahan.

12.Portfolio sebagai bukti (evidance).

Portfolio yang baik :

1. Mendalam.

2. Tidak mengira jumlah masa yang diambil.

3. Digunakan sebagai alat penafsiran performance yang mengandungi :

4. Matlamat yang ditulis.

5. Pendedahan bukti tentang pembelajaran.

6. Mengandungi tiga (3) bentuk bukti : primary, secondary dan axtrinsic.

7. Mengandungi bukti-bukti yang lengkap dan berkaitan dengan matlamat folio.

8. Menunjukkan perkembangan dari masa ke semasa.

9. Menunjukkan pencapaian yang signifiken yang dijelaskan menerusi catatan.

10.Menunjukkan pengalaman-pengalaman dan kesukaran dalam proses menghasilkan.

11.Menunjukkan sesuatu yang paling menarik perhatian/yang digemari oleh pelajar.

12.Ada menunjukkan tindakan proses membuat keputusan dan pemilihan dalam folio.

13.Mengandungi bahan-bahan sokongan.

Perbezaan Jenis-jenis Pentaksiran

Penilaian Autentik

PentaksiranPerformace Bassed PSV

Penilaian Berasaskan Sekolah

Penilaian Secara Formalistik