A soalan bmk1_model6

14
1 KERTAS 011 Lima puluh minit Kertas ini mempunyai 40 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga jawapan pilihan A, B, dan C atau empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 18 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1 Gambar 1 1 Pemain bola sepak itu sedang membuat _________ sudut ke pintu gol. A lemparan B pukulan C lontaran D tendangan 2 “Kejayaan saya pada hari ini adalah hasil _________ yang kuat daripada kedua-dua ibu bapa saya,” kata Amalina. A desakan B dorongan C paksaan D harapan http://gudangsoalan.blogspot.com http://gudangsoalan.blogspot.com

Transcript of A soalan bmk1_model6

Page 1: A soalan bmk1_model6

1

KERTAS 011 Lima puluh minit

Kertas ini mempunyai 40 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga jawapan pilihan A, B,

dan C atau empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja

yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 18

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1 Pemain bola sepak itu sedang membuat _________ sudut ke pintu gol.

A lemparan

B pukulan

C lontaran

D tendangan

2 “Kejayaan saya pada hari ini adalah hasil _________ yang kuat daripada kedua-dua

ibu bapa saya,” kata Amalina.

A desakan

B dorongan

C paksaan

D harapan

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 2: A soalan bmk1_model6

2

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

3 Amalan _________ antara jiran harus diamalkan dalam masyarakat kita.

A kasih-mengasihi

B nasihat-menasihati

C ziarah-menziarahi

Soalan 4 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

4 Tanah runtuh di kawasan bukit itu telah __________ bumbung empat buah rumah.

A timbus

B menimbus

C tertimbus

D ditimbus

5 “Jangan pakai baju yang __________ dan __________. Kurang manis dipandang

orang,” nasihat Puan Dewi kepada Shanti.

A nipis…labuh

B buruk…basah

C jarang…ketat

D sempit…kecil

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 3: A soalan bmk1_model6

3

Soalan 6 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

6 Pejabat pos itu betul-betul terletak di __________ balai polis.

A luar

B belakang

C sebelah

7 Banglo dua tingkat yang terletak di hujung kampung itu cantik __________ tiada

sesiapa pun berani tinggal di situ.

A jika

B lalu

C tetapi

D kerana

Soalan 8 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

8 Wanita itu jatuh __________ sebaik-baik saja berita tentang penangkapan anaknya itu

disampaikan oleh pihak polis.

A terkulai C terlentok

B tersembam D terjelepok

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 4: A soalan bmk1_model6

4

9 Setiap hari, ayah pulang __________ pejabatnya __________ pukul 6.30 petang.

A dari…pada

B daripada…pada

C kepada…pada

D di…pada

10 Pekerja di kedai jahit itu bekerja dengan tekun untuk __________ baju-baju yang

telah ditempah oleh para pelanggan.

A menyiapkan

B mempersiap

C bersiapkan

11 Rozima berasal daripada keluarga yang miskin. __________, keadaan itu tidak

mematahkan semangatnya untuk berjaya dalam pelajarannya.

A Lantaran itu

B Namun begitu

C Oleh sebab itu

D Lebih-lebih lagi

Soalan 12 dan Soalan 13 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

12 “__________, banyaknya buku di rak buku!” kata Salim kepada Hakimi.

A Eh

B Nah

C Wah

D Hai

13 __________ itu turut dilengkapi sebuah sofa dan komputer.

A Bilik bacaan

B Bilik tidur

C Bilik gelap

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 5: A soalan bmk1_model6

5

14 Hanya __________ penduduk kampung yang hadir dalam majlis pertemuan dengan

wakil rakyat itu.

A sekalian C seluruh

B setengah D sebahagian

Soalan 15 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

15 Nenek Yah __________ akan cucu sulungnya itu.

A sayang sekali

B sekali sayang

C sayang paling

D amat tersayang

Soalan 16 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8

16 Pak Seman memikul __________ pisang dan menjinjing dua __________ rambutan

dari kebunnya.

A setandan…jambak

B sesikat…tangkai

C setandan…ikat

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 6: A soalan bmk1_model6

6

17 Chai Meng __________ apabila Ganesh mungkir janji untuk membayar hutangnya.

A panas hati C berat hati

B patah hati D besar hati

18 Sikap Rohan tidak ubah __________, apabila disuruh barulah dia menyiapkan latihan

yang diberikan oleh cikgunya.

A seperti anjing berebut tulang

B seperti api dalam sekam

C seperti pahat dengan penukul

D seperti telinga kuali

Soalan 19

Pilih kata seerti bagi kata yang bergaris.

19 Kita hendaklah menghargai jasa-jasa perajurit negara yang gugur di medan perang.

A jatuh C luruh

B mati D tumbang

Soalan 20

Pilih kata berlawan bagi kata yang bergaris.

20 Pengembala itu menambat lembu-lembu itu di padang yang ditumbuhi rumput

panjang.

A membiarkan

B melepaskan

C meninggalkan

D meleraikan

Soalan 21

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

21 Sudah berapa lamakah Pak Cik Musa menetap di kampung ini?

A Sejak 20 tahun yang lalu, Pak Cik Musa menetap di kampung ini.

B Hampir 20 tahun yang lalu Pak Cik Musa datang ke kampung ini.

C Sudah hampir 20 tahun Pak Cik Musa menetap di kampung ini.

D Pak Cik Musa berusia 20 tahun ketika mula-mula menetap di kampung ini.

Soalan 22

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

22 Sudah tentu. Saya pun memang hendak ke bandar esok.

A Boleh saya menumpang kereta awak untuk ke bandar esok?

B Bolehkah awak menghantar saya ke bandar?

C Mengapakah awak hendak ke bandar esok

D Bilakah awak hendak ke bandar?

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 7: A soalan bmk1_model6

7

Soalan 23 hingga Soalan 25

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

23 I Adik rimas memakai baju sejuk yang tebal itu.

II Nora berasa rimas berada dalam bilik yang panas itu.

III Rimas jelas terbayang pada wajah lelaki yang berkumis itu.

IV Berita yang baru diterimanya itu betul-betul rimas kepalanya.

A I dan II saja

B III dan IV saja

C II dan III saja

D II, III, dan IV

24 I Mak Siti berasa sungguh sunyi kerana anak-anaknya berpindah ke bandar.

II Suasana hingar-bingar di dalam kelas itu menjadi sunyi apabila Cikgu Bedah

masuk.

III Sebagai manusia, kita memang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.

IV Pian memang suka sunyi diri di tempat yang terpencil itu.

A I dan II saja

B II dan III saja

C I, II, dan III saja

D II, III, dan IV saja

25 I Rashid melahirkan hasratnya untuk berhenti kerja kepada ibunya.

II Adik telah melahirkan semua makanan yang dimakannya tadi.

III Puan Dahlia selamat melahirkan anak sulungnya pagi semalam.

IV Perselisihan faham antara kedua-dua murid itu akhirnya telah melahirkan

pertengkaran.

A I, II, dan III saja

B I, II, dan IV saja

C I, III dan IV saja

D II, III, dan IV saja

Soalan 26 dan Soalan 27

Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.

26 Cikgu Fatimah mendenda Borhan kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang

diberikannya semalam.

A Borhan mungkin didenda oleh Cikgu Fatimah semalam jika tidak menyiapkan

kerja rumah yang diberikannya.

B Kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Fatimah tidak dapat Borhan siapkan

semalam.

C Borhan didenda kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu

Fatimah semalam.

D Cikgu Fatimah didenda semalam kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang

diberikan oleh Borhan.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 8: A soalan bmk1_model6

8

27 “Kamu sepatutnya mengikut jejak abang kamu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke

universiti,” kata Encik Wahid kepada Wafi.

A Encik Wahid menasihati Wafi agar mengikut jejak abangnya yang berjaya

melanjutkan pelajaran ke universiti.

B Encik Wahid meminta Wafi mengikut abangnya melanjutkan pelajaran ke

universiti.

C Encik Wahid ingin mengikut jejak langkah abang Wafi yang berjaya melanjutkan

pelajaran ke universiti.

D Encik Wahid mahu Wafi supaya berjaya memasuki universiti yang dimasuki oleh

abangnya.

Soalan 28 hingga Soalan 30

Pilih ayat yang betul.

28 I Peristiwa ngeri itu terus menghantui fikiran Salwa.

II Dilla masih tidak dapat melupakan peristiwa di malam itu.

III Ajiq amat sayang dengan datuknya yang membelanya sejak kecil.

IV Pakaian-pakaian yang dijual di pasar raya itu agak mahal harganya.

A I dan IV saja

B II dan III saja

C I, II, dan III saja

D II, III, dan IV saja

29 I Dialah yang akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

II Rantai leher emas Mak Cik Badariah telah diragut petang tadi.

III Semua anak Pak Berahim bekerja di ibu kota Kuala Lumpur.

IV Harga sebiji majalah itu hanya tiga ringgit setengah.

A I dan II saja

B II dan III saja

C II, III, dan IV saja

D I, II, III, dan IV

30 I Sharifah bukan setuju dengan cadangan abangnya untuk menghadiahi ayah

mereka sebuah kereta.

II Tasya baru saja menerima kad undangan ke majlis hari jadi daripada kawannya.

III Buku-buku latihan itu telah ketua kelas pungut sebentar tadi.

IV Kita mesti belajar sungguh-sungguh demi untuk lulus dengan cemerlang.

A I saja

B II saja

C I dan III saja

D II dan IV saja

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 9: A soalan bmk1_model6

9

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA LUMPUR, Isnin – 24 orang murid sekolah rendah di seluruh Malaysia

melahirkan rasa bertuah kerana berpeluang menyertai lawatan menjelajah ke alam dasar

laut di Aquaria KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre), semalam. Mereka adalah

pemenang Peraduan Menjelajah Dasar Laut anjuran Majalah Kuntum baru-baru ini.

Lawatan sehari yang bertemakan “Keindahan Kehidupan Marin” turut disertai oleh

lima orang wakil daripada Majalah Kuntum. Sepanjang lawatan itu, para peserta

berpeluang menimba ilmu pengetahuan, khususnya yang berkaitan dengan hidupan laut

seperti ikan jerung, ikan pari, belut, dan kuda laut.

Seorang peserta, Mohd. Firdaus, 12 tahun dari Melaka yang ditemu bual mengatakan,

dia terpegun apabila melihat dua ekor ikan arapaima gergasi yang panjangnya mencecah

hingga 10 kaki. Katanya lagi, banyak perkara baru yang dapat diperoleh terutamanya

tentang ikan-ikan yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.

“Saya berasa sungguh gembira mengikuti lawatan ini. Banyak maklumat yang

berfaedah tentang haiwan marin yang dapat saya ketahui. Misalnya, saya dapat

mengetahui asal usul dan pelbagai jenis ikan. Lebih-lebih lagi akuarium ini mampu

memuatkan kira-kira 5 000 ekor ikan daripada 150 spesies di seluruh dunia,” kata Shebby

Singh dari Pulau Pinang.

Aquaria KLCC yang merupakan akuarium terbesar di dunia turut mempamerkan 150

ekor haiwan reptilia dan amfibia seperti katak, ular, dan labah-labah berbisa.

Pada akhir lawatan itu, para peserta turut menerima barang-barang cenderamata

Aquaria yang disampaikan oleh Encik Simon Foong, Pengurus Besar Aquaria.

31 Siapakah yang terpilih menyertai lawatan tersebut?

A peserta yang memenangi Peraduan Menjelajah Dasar Laut

B peserta yang memenangi Peraduan Majalah Kuntum

C mereka yang gemar akan hidupan marin

D mereka yang berminat akan pelbagai jenis ikan

32 Apakah maksud kata menjelajah dalam petikan?

A mengelilingi

B menempuh

C meneroka

D menakluk

33 Yang berikut merupakan hidupan marin, kecuali…

A ikan jerung.

B katak.

C belut.

D kuda laut.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 10: A soalan bmk1_model6

10

34 Aquaria KLCC memuatkan…

A hidupan marin dan haiwan reptilia.

B hidupan marin dan haiwan amfibia.

C haiwan reptilia dan amfibia.

D hidupan marin serta haiwan reptilia dan amfibia.

35 Pilih penyataan yang berikut tidak benar tentang petikan.

A Lawatan ke Aquaria KLCC disertai oleh 24 orang wakil daripada Majalah

Kuntum.

B Peserta memperoleh pelbagai pengetahuan tentang hidupan laut seperti ikan

jerung, ikan pari, belut, dan kuda laut.

C Akuarium terbesar di dunia ini memuatkan 5 000 ekor ikan daripada 150 spesies

di seluruh dunia.

D Aquaria KLCC turut mempamerkan 150 ekor haiwan reptilia dan amfibia.

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Petir berdentum-dentam. Ibu bapa Yasmin pula menghadiri kenduri doa selamat di

rumah saudara mereka. Sebelum keluar tadi, ibunya telah berpesan kepada Yasmin

supaya menjaga adik lelakinya, Yasser baik-baik. Tambahan pula, Yasser menghidap

penyakit asma.

Yasmin tidak menyangka bahawa hujan akan turun pada malam itu. Pagi tadi, dia ada

terdengar ramalan kaji cuaca di radio mengatakan hujan tidak akan turun malam ini.

“Kak, Yasser… tak… da…pat ..., ” Yasser memanggilnya. Suaranya tersekat-sekat.

Yasmin yang tekun menjawab soalan Kertas Ramalan SPM itu segera memberi alat yang

digunakan untuk mengawal penyakit asma itu kepada adiknya. Namun, usahanya tidak

berjaya. Yasser semakin sukar bernafas. Yasmin panik. Dia segera menelefon Pak Usu

yang tinggal tidak jauh dari rumahnya. Dia juga menelefon ibu bapanya tentang keadaan

adiknya itu.

Pak Usu segera membawa Yaser ke klinik. Yasmin menunggu dengan cemas di luar

bilik pemeriksaan. Hatinya rasa tidak sedap. Tiba-tiba, Pak Usu menepuk bahunya.

“Min, ayah dan ibu kamu terlibat dalam suatu kemalangan semasa hendak datang ke

sini tadi. Kereta mereka terbabas kerana terlanggar pembahagi jalan. Mereka sedang

dirawat di unit kecemasan sekarang,” kata Pak Usu.

“Sabarlah Min. Tiada apa-apa yang dapat diramalkan dalam hidup ini,” pujuk Pak

Usu apabila melihat Yasmin mula menangis. “Mudah-mudahan mereka selamat. Nanti

Pak Usu hantarkan Min ke unit kecemasan”.

Yasmin hanya mengangguk lesu. Hujan semakin mencurah, selebat air matanya yang

mengenangkan keadaan adik, ibu, dan ayahnya kini.

36 Apakah pesanan ibu Yasmin kepadanya?

A supaya menghadiri kenduri doa selamat saudara mereka

B supaya menjaga adik lelakinya yang menghidap penyakit asma

C supaya tekun belajar untuk menduduki peperiksaan SPM

D supaya membawanya adiknya ke klinik untuk mendapat rawatan

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 11: A soalan bmk1_model6

11

37 Nafas Yasser tercungap-cungap ketika memanggil Yasmin kerana...

A dia memanggil kakaknya dengan suara yang kuat.

B dia berusaha bernafas dengan betul.

C dia bernafas tersekat-sekat.

D penyakit asmanya menyerang lagi.

38 Bagaimanakah ayah dan ibu Yasmin terlibat dalam kemalangan?

A mereka memandu dengan cepat semasa hendak datang ke klinik

B mereka melalui jalan raya yang basah dan licin

C kereta yang dinaiki oleh mereka terbabas selepas merempuh pembahagi jalan

D mereka menghidap penyakit asma

39 Kata diramalkan dalam petikan bermaksud…

A dianggarkan.

B dijangkakan.

C difikirkan.

D ditetapkan.

40 Semua penyataan yang berikut benar tentang petikan, kecuali...

A Yasmin belajar dalam Tingkatan Lima.

B Yasser dihantar ke klinik oleh Pak Usu.

C alat yang digunakan untuk mengawal penyakit asma Yasser tidak berfungsi.

D kedua-dua ibu bapa yang terlibat dalam nahas jalan raya sedang dirawat di unit

kecemasan.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 12: A soalan bmk1_model6

12

KERTAS 012 Satu jam lima belas minit

Kertas soalan ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan

Bahagian C. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, anda

boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3.

Bahagian A

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[10 markah]

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 13: A soalan bmk1_model6

13

Bahagian B

[Masa yang dicadangkan: 40 minit]

[30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya

tidak kurang daripada 80 patah kata.

1 Anda mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan peringkat sekolah. Tajuk

perbahasannya ialah “Melancong di Dalam Negara Lebih Baik daripada Melancong

di Luar Negara”.

Sediakan hujah-hujah anda sebagai pencadang selengkapnya.

ATAU

2 Anda telah mengikuti suatu kem bina semangat yang dianjurkan oleh sekolah anda.

Tulis catatan anda sepanjang kem bina semangat tersebut.

ATAU

3 Anda telah ditugaskan untuk menemu ramah seorang murid cemerlang dalam UPSR

di sekolah anda. Temu ramah itu akan dimuatkan dalam majalah sekolah.

Tulis temu ramah itu selengkapnya.

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan: 20 minit]

[20 markah]

Tulis beberapa pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini.

Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis

jawapan anda dalam satu perenggan.

“Ayie, sebelum masuk tidur, gosok gigi dulu,” kata Puan Murni kepada Mukhriz.

Mukhriz yang sedang menonton televisyen tidak mengendahkan kata-kata ibunya.

“Mukhriz! Dengar tak apa yang ibu kata tadi? Tutup TV sekarang. Sudah hampir

pukul 11.00 malam. Pergi masuk tidur! Nanti esok mengantuk pula di sekolah. Jangan

lupa, gosok gigi dulu,” sekali lagi Puan Murni mengingatkan Mukhriz.

Mukhriz memasamkan mukanya. Apatah lagi dia sedang menonton rancangan kartun

kegemarannya. Dia menutup suiz TV lalu menuju ke bilik tidurnya.

Sudah dua hari Mukhriz sakit gigi. Pipinya merah dan gusinya membengkak. Puan

Murni membawa Mukhriz ke klinik gigi. Setelah diperiksa, doktor mengatakan bahawa

gigi gerahamnya terpaksa dicabut kerana telah berlubang dan rosak.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 14: A soalan bmk1_model6

14

Mukhriz menyesal kerana tidak menjaga giginya dengan baik. Dia selalu lupa

menggosok giginya sebelum masuk tidur. Dia juga gemar makan aiskrim dan coklat serta

mengunyah gula-gula.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com