abastrak

79
KANDUNGAN 1-2 TAJUK TUGASAN 3 PRAKATA 4 ABSTRAK 5 BAB 1 : MASALAH KAJIAN 1.1 Pengenalan 6 1.2 Latar Belakang Kajian 7 1.3 Penyataan Masalah 8-11 1.4 Rangka Konseptual 12 1.5 Matlamat Kajian 1.5.1 Objektif Kajian 13 1.5.2 Persoalan Kajian 13 1.5.3 Hipotesis Kajian 14 1

description

abstrak

Transcript of abastrak

ABSTRAK

KANDUNGAN

1-2TAJUK TUGASAN

3PRAKATA

4ABSTRAK

5BAB 1 : MASALAH KAJIAN

1.1Pengenalan

61.2Latar Belakang Kajian

71.3Penyataan Masalah

8-11

1.4Rangka Konseptual

121.5Matlamat Kajian

1.5.1 Objektif Kajian

13

1.5.2Persoalan Kajian

13

1.5.3Hipotesis Kajian

141.6Kepentingan Kajian

14-151.7Batasan Kajian

15-161.8Takrifan Istilah

161.9Ringkasan

17BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1Pengenalan

182.2Literatur Berkaitan

19

2.2.1Takrif dan Jenis Aritmetik Mental

19-20

2.2.2Keistimewaan & Kepentingan Aritmetik Mental

20-22

2.2.3Aritmetik Mental & Kaitan Dengan Pembelajaraan Matematik 22-23

2.2.4Teori-teori Berkaitan

23-28

(a) Teori Abakus

(b) Teori Beban Kognitif

(c) Teori Dwipengkodan

(d) Teori Imejan Mental

(e) Teori Pendidikan Matematik Benar

(f) Teori Pembelajaran Vygotsky

2.3Kajian Berkaitan

28-302.4Ringkasan

30-31BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1Pengenalan

313.2Rekabentuk Kajian

31-333.3Sampel Kajian

343.4Instrumen Kajian

34-363.5Prosedur Kajian

36-373.6Pengumpulan dan Pemprosesan Data

373.7Prosedur Analisis Data

38-403.8Ringkasan

40

Bibliografi

41-43Lampiran

Keberkesanan Penggunaan Abakus Sebagai Bahan Bantu Mengajar Dalam Fakta Asas Penambahan Dan Penolakan Bagi Pelajar Tingkatan 1

PRAKATA

Syukur Alhamdulillah. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran akhirnya KajianPenyelidikan ini berjaya juga disiapkan. Rupa-rupanya dalam usaha menyiapkan tugasan

ini, kami berlima perlu berusaha bersungguh-sungguh terutamanya bagi mendapatkan

sumber-sumber kajian yang diperlukan dan mengedit semula bahan-bahan tersebut.

Tajuk yang dipilih ialah Keberkesanan Penggunaan Abakus Sebagai Bahan

Bantu Mengajar Dalam Fakta Asas Penambahan Dan Penolakan Bagi Pelajar

Tingkatan Satu.Sekolah yang menjadi subjek kajian ialah Sekolah Kebangsaan

Kampong Setar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Yan, Kedah. Harapan kami semoga kajian ini dapat membantu murid-murid dalam mengatasi masalah dan kelemahan pelajar dalam menguasai penambahan dan penolakan dalam mata pelajaran Matematik.

Di kesempatan ini, kami dari Kumpulan SMART Q merakamkan setinggi-Tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pensyarah bimbingan kami iaitu Dr.

Nailul Murad Bin Mohd. Noor dan Dr. Noresah Bt. Hj. Mohd. Shariff kerana memberi Tunjuk ajar dan bimbingan dalam melaksanakan kajian ini. Segala pengorbanan dan ilmu Yang diberikan ini diberkati oleh Allah S.W.T.

TANPA MEREKA SIAPALAH KAMI

ABSTRAK

Kertas kerja ini membentangkan peranan abakus dalam aritmetik mental dan seterusnya dalam pembelajaran matematik berdasarkan beberapa teori kognitif dan teori pembelajaran matematik yang sedia ada dan terkini serta dapatan kajian-kajian yang dilakukan khususnya dalam keadaan tempatan. Teori yang terlibat ialah teori abakus, teori beban kognatif, teori Dwipenggekodan dan teori Vygotsky. Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan abakus dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bagi murid tingkatan 1. Di samping itu, perbandingan boleh dilihat sama ada penggunaan abakus boleh meningkatkan pembelajaran matematik yang khusus untuk pelajar tingkatan 1 melalui prestasi, minat dan masa murid. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada murid tingkatan 1 yang akan diberi borang maklumat peribadi pelajar, borang soal selidik untuk mengetahui minat mereka terhadap matematik, pretest dan posttest selama 10 jam masa yang diperuntukkan.

MASALAH KAJIAN

1.1 PENGENALANPenambahan dan penolakan adalah fakta asas dalam pembelajaran Matematik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Fakta asas ini perlu kukuh dalam diri seseorang pelajar bagi memudahkan mereka mantap dalam semua kemahiran Matematik. Bagi pelajar tingkatan satu fakta asas ini perlu terutama dalam mental aritmetik. Ini untuk memudahkan dan mempercepat pengiraan dan seterusnya menyelesaikan masalah matematik. Fakta asas penambahan dan penolakan juga penting dalam kehidupan harian biasa. Kita sering menggunakan kiraan secara mental dalam pertuturan dan dalam membuat perancangan kewangan. Nelntosh (1998) menyatakan lebih 80 % pengiraan yang kita lakukan seharian ialah dalam bentuk mental tetapi bukan secara kertas dan pensel atau melalui alat mengira seperti kalkulator atau komputer (Kim Teng Siang, 2006). Selain itu, mental aritmetik juga penting dalam perniagaan yang mungkin akan diceburi oleh para pelajar kita. Ini dibuktikan oleh peniaga Cina khususnya, peniaga kecil sering menggunakan pengiraan mental untuk berurus niaga berbanding daripada peniaga barat. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang berbentuk konkrit iaitu abakus dalam kajian ini, diharapkan dapat memberi kesan positif terhadap para pelajar.1.2 LATAR BELAKANG KAJIANTahun 2000 atau alaf baru banyak memberi impak besar dalam dunia pendidikan. Dunia pendidikan mengalami perubahan seiring dengan arus pemodenan dan kehendak masyarakat serta negara. Justeru, pendidikan Matematik yang mengalami perubahan ini harus mencapai sasaran tersebut dan pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan. Sebagaimana yang diketahui, pelbagai saranan iaitu dari aspek kaedah dan teknik pengajaran diutarakan.

Walau bagaimanapun masih ada segelintir murid yang masih ketinggalan. Ini mungkin kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Menurut Mok Song Sang (2002), pengajaran yang berkesan adalah meliputi bahan maujud yang boleh merangsang minda pelajar supaya dapat menggerakkan mereka untuk belajar. Maka, jelaslah bahawa bahan manipulatif adalah bahan bantu mengajar amat penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan abakus dapat menarik minat dan seterusnya meningkatkan kefahaman mereka terhadap pembelajaran Matematik.

Perubahan demi perubahan berlaku seiring dengan kehendak dan matlamat kerajaan. Kerajaan mula sedar bahawa penggunaan abakus penting untuk membantu pelajar menguasai kemahiran mengira dan menganalisis fakta secara congak. Abakus juga diiktiraf sebagai alat yang membantu pelajar mempertingkatkan pencapaian matematik dengan melatih minda menjadi lebih cekap dan pantas. Sehubungan itu, bermula tahun 2004 kerajaan telah mengarahkan semua sekolah rendah memulakan pembelajaran aritmetik mental melalui abakus mulai dengan tahun 1 hingga tahun 3 (Suffian Hussin, 2002). Sebelum itu, pembelajaran hanya berasaskan pengiraan dan lebih berfokuskan kepada logaritma kepada algoritma kertas dan pensel yang berorientasikan peperiksaan. Justeru, murid yang kini berada di tingkatan 1 adalah murid yang diabaikan dan mereka ini tidak berpeluang menggunakan abakus di sekolah rendah kerana semasa program tersebut dilancarkan mereka berada di tahun 4. Maka rasionalnya perlulah mereka ini diberi peluang menggunakan abakus dan seterusnya dikaji samada abakus ini sesuai atau tidak diterapkan ke sekolah menengah rendah.1.3. PERNYATAAN MASALAHPenyataan matematik yang rendah dalam UPSR mahupun PMR telah menarik perhatian dan seterusnya membimbangkan banyak pihak termasuk ahli-ahli politik, pegawai-pegawai pendidikan, ahli-ahli pendidikan dan juga para ibu bapa. Banyak perbincangan dan isu telah dikemukakan mengenai pendidikan matematik di Malaysia. Cara-cara dan usaha telah diterokai untuk mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar-pelajar dalam matematik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Pendidikan Matematik KBSM merupakan kesinambungan pendidikan Matematik KBSR yang mendukung cita-cita umum untuk melahirkan para pelajar yang soleh yang dapat memberikan sumbangan yang produktif kepada keharmonian bangsa dan negara. Jika dilihat dari segi perlaksanaan, guru matematik merupakan ejen yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap kelicinan dan ketrampilan para pelajar menghayati matlamat pendidikan matematik KBSR dan KBSM.Setelah dibuat tinjauan, peratusan pelajar dalam peperiksaan UPSR yang lepas dalam mata pelajaran Matematik kurang memuaskan, contohnya, peratusan Matematik Sekolah Kebangsaan Kampong Setar pada tahun 2006 adalah hanya 7.1 % (2 orang) gred A, 14.3% (4 orang) gred B, 42.9% (12 orang) gred C, 10.7% (3 orang) gred D, 25% (7 orang) gred E). Peratusan calon yang mendapat gred A + B + C sebanyak 64.3% (18 orang) dan selebihnya mendapat gred D + E iaitu berjumlah 35.7% sahaja. ( Rujuk Lampiran Analisa 2004-2006). Tinjauan yang dibuat, tiada seorangpun murid berjaya ke sekolah berasrama penuh. Hanya seorang ke Maktab Mahmud Cawangan Yan, Kedah. Murid yang lain kebanyakannya memilih pergi ke sekolah menengah berdekatan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang dan Sekolah Menengah Agama Rakyat iaitu Sekolah Agama Pondok Fauzi, Yan Kedah dan Sekolah Menengah Agama Sungai Limau Yan, Kedah.

Fenomena ini berlaku di kebanyakan sekolah rendah bagi tahun 6, dan mereka inilah yang akan ke tingkatan 1 sekolah menengah. Kesimpulannya, hampir separuh daripada mereka tidak atau kurang menguasai fakta asas yang menyebabkan mereka lemah dalam pengiraan dan tidak dapat menguasai kemahiran dalam matematik.

Kerajaan juga telah mengambil inisiatif untuk memulihkan murid yang lemah selepas UPSR dengan melancarkan program PROTIM dan yang terbaru pada tahun 2008 ini program tersebut telah diarahkan untuk dilaksanakan pada murid tahun 4. Salah satu daripada aktiviti pengajaran & pembelajaran dalam program ini adalah penggunaan abakus bagi membantu mereka memahami tajuk-tajuk tertentu dan menarik minat mereka belajar Matematik. Oleh itu, walaupun mereka telah berada di sekolah menengah, kelemahan yang telah dikenalpasti itu perlu dipulihkan segera dan elemen-elemen sekolah rendah tadi boleh diterapkan ke sekolah menengah bagi murid tingkatan 1. Pelajar-pelajar ini masih tidak menguasai kemahiran asas kerana kurang matang dan masih dalam peringkat operasi konkrit iaitu antara umur 7 tahun hingga 11 tahun. Mengikut kajian mereka yang seawal umur 11 tahun sepatutnya telah memasuki peringkat tahap operasi formal dan melengkapkan perkembangan intelek mereka selewat-lewatnya pada usia 15 tahun (Piaget, 1970) dalam buku yang ditulis Mok Song Sang, 1989. Setakat ini, terdapat kajian bahawa pelajar-pelajar Malaysia belum mempamerkan kebolehan beroperasi tahap formal yang mencukupi walaupun mereka telah melengkapkan pendidikan peringkat menengah atas ataupun yang berada di kolej dan universiti (Mushita & Sharifah Norhaidah, 2003; Sfed Anwar Aly & Merza, 2000)Melihatkan kepada senario tersebut, walaupun abakus belum digunakan lagi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah, namun mengikut buku Program Pendidikan Sempoa Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia 1994, penggunaan sempoa dapat memberi pengalaman konkrit dalam kerja nombor melalui penglibatan, pendengaran, sentuhan, pergerakan dan pemikiran secara bersepadu. Konsep sempoa sama dengan abakus cuma berbeza dari aspek cara penggunaannya sahaja.

Oleh itu, hasil kajian ini dirasakan dapat membantu mereka dalam pencapaian Matematik dan mengukuhkan fakta asas Matematik di kalangan mereka.

1.4RANGKA KONSEPTUAL

1.5 MATLAMAT KAJIANKajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan abakus bagi tajuk tambah dan tolak dalam aspek prestasi,minat dan juga faktor masa samaada cepat atau tidak serta ketepatan pelajar mengira.

1.5.1 Objektif Kajian

Kajian ini secara terperinci ingin mencapai objektif berikut: Abakus merupakan alat yang berkesan untuk mengukuhkan konsep nombor dan khususnya fakta asas tambah dan tolak dalam matapelajaran Matematik.

Abakus dapat memberi pengalaman konkrit dan dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Untuk memastikan abakus adalah bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan oleh murid sekolah untuk pengiraan yang cepat dan tepat.

Penggunaan abakus dapat membantu memupuk minat dan meningkatkan motivasi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.5.2 Persoalan KajianUntuk mencapai matlamat dan objektif kajian ini,persoalan kajian seperti berikut:

Adakah wujud perbezaan min skor pencapaian ujian pra ( pretest ) diantara pelajar pelajar dalam kumpulan eksperimen berbanding dengan kumpulan kawalan.

Adakah terdapat perbezaan min skor pencapaian ujian pos ( postest ) dan masa dikalangan pelajar dalam kumpulan eksperimen yang menggunakan abakus dan kumpulan kawalan yang tidak menggunakan abakus bagi fakta asas penambahan dan penolakan?

Adakah terdapat perbezaan min skor terhadap sikap dan minat para pelajar sebelum dan selepas menggunakan abakus?

1.5.3 Hipotesis KajianUntuk mencapai tujuan dan objektif kajian ini,dua hipotesis nul dikemukakan:

HoTidak terdapat perbezaan di dalam min skor pencapaian ujian pra

( pretest ) di antara pelajar pelajar dalam kumpulan eksperimen berbanding dengan kumpulan kawalan.

HoTidak terdapat perbezaan keberkesanan penggunaan abakus pencapaian ujian pos ( postest ) dan masa di kalangan pelajar dalam kumpulan eksperimen yang menggunakan abakus dan kumpulan kawalan yang tidak menggunakan abakus bagi fakta asas penambahan dan penolakan.

HoTidak terdapat perbezaan skor sikap dan minat terhadap Matematik di kalangan pelajar yang belajar menggunakan abakus berbanding dengan sebelumnya.

1.6 KEPENTINGAN KAJIANHasil kajian ini sangat penting kepada guru Matematik, pelajar dan juga penggubal kurikulum. Antaranya:

Kajian ini dapat memberi peluang pelajar yang tidak lagi menguasai fakta asas untuk lebih berminat dan memberi alternatif baru kepada mereka menggunakan mental aritmatik untuk membuat pengiraan dan seterusnya menyelesaikan masalah. Di samping itu,guru juga dapat mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat mereka yang lemah dan masih memerlukan bahan konkrit.Pelajar juga berpeluang menggunakan bahan manipulasi ini untuk menjawab soalan dan membantu mereka dalam kemahiran Matematik selain menggunakan kalkulator. Sikap positif ini pastinya akan dapat meningkatkan prestasi mereka dalam Matematik .Manakala dari sudut penggubal kurikulum pula mungkin penggunaan abakus ini boleh memberi satu alternatif baru kesinambungan kurikulum sekolah rendah sebagai bahan bantu mengajar yang berkait rapat dengan mental aritmatik.Justeru dapatan kajian ini boleh mendorong mereka untuk menjayakan program pendidikan abakus di sekolah rendah.

1.7 BATASAN KAJIANKajian ini mempunyai batasan seperti berikut:1.7.1 Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang Yan Kedah sahaja. Mereka ini bukan merupakan sampel perwakilan sebenar untuk sesuatu kawasan. Maka,hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar Matematik Tingkatan 1.

1.7.2 Bilangan sampel pelajar adalah terhad. Mereka merupakan kumpulan tunggal yang diberi pendedahan dan latihan dalam penggunaan abakus.

1.7.3 Dalam kajian mungkin wujud kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang memesongkan dari tujuan sebenar kajian, contohnya maklumat palsu yang mungkin diberi oleh sampel kajian.

1.7.4 Tempoh pengajaran dan pembelajaran dalam penggunaan abakus terhad kepada 10 jam sahaja termasuk suaikenal ( maklumat pelajar ),soal selidik, pretest dan postest.1.8 TAKSIRAN ISTILAH1.8.1 Keberkesanan dalam kajian ini dalah kefahaman pelajar tentang

Penggunaan abakus yang melibatkan aspek:

i. kognitif

ii. psikomotor

iii. afektif1.8.2 Aritmetik Mental

Aritmetik mental adalah pengiraan mental atau matematik lisan.1.8.3 Abakus

Abakus Sempoaalat penghitung yang dicipta 3000 tahun sebelum Masihi. Alat ini mengandungi manik manik yang dipasangkan pada dawai atau melintang. Manik manik ini digerakan semasa membuat hitungan/operasi tambah ,tolak, darab, dan bahagi.

http:// www.ee.ryerson.ca:8080/~elf/abakus/1.9 RINGKASANBab ini menghuraikan tentang rasional, rangka, konseptual, matlamat, objektif, hipotesis batasan kajian dan kepentingan kajian merupakan komponen penting dalam setiap kajian. Walaupun masalah wujud akibat dari kekangan masa,pelajar dan sebagainya,namun penggunaan abakus ini dirasakan sesuatu yang akan memberikan tarikan kepada pelajar untuk meningkatkan kecekapan dan minat mereka terhadap operasi tambah dan tolak yang merupakan fakta asas bagi semua kemahiran matematik. Aplikasi penggunaan abakus ini boleh diperkenalkan di sekolah rendah bagi membantu guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan abakus juga bersifat eksplorasi dan memberangsangkan proses aritmetik mental yang membolehkan mereka lebih cekap dalam pengiraan serta membantu meningkatkan penguasaan fakta asas dikalangan mereka.

BAB 2TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALANBab ini menghuraikan tentang takrifan aritmetik mental dan jenis jenisnya yang berkait rapat dengan abakus dalam pembelajaran Matematik.Terdapat beberapa keistimewaan dan kepentingan aritmetik mental yang berasaskan abakus. Aritmetik mental adalah penting dalam kehidupan seharian iaitu dalam aspek perniagaan urusan membeli belah, perbincangan seharian dan lain lain berbanding dengan pengiraan kertas dan pensel. Ini penting dalam perniagaan dan terbukti orang Cina cekap dan berjaya dalam perniagaan.

Terdapat kelebihan jika menguasai aritmetik mental terutama dalam pembelajaran Matematik. Dunia yang kini dipenuhi dengan teknologi yang canggih dan dibanjiri alatan moden, adakah abakus sesuai dan berdaya maju serta berperanan dalam meningkatkan pencapaian pelajar adalah persoalan yang dikupas dalam bab ini. Teori teori seperti teori abakus,teori beban kognitif, teori Dwipengekodan dan teori Imejan Mental, teori Pendidikan Matematik Benar, dan teori Pembelajaran Vygostsky yang akan dihuraikan secara terperinci dalam bab ini sememangnya menyokong dan mempunyai kaitan terhadap abakus. Bab ini akan menghuraikan tentang tinjauan beberapa hasil kajian yang berkaitan di sekolah rendah dan juga di peringkat Maktab Perguruan.

2.2 LITERATUR BERKAITANPenggunaan abakus dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah adalah satu perkara baru. Namun begitu abakus telah dipraktik sejak berzaman di Negara China dan barat dan telah diuji keberkesanannya. Abakus juga kini diperkenalkan di negara kita secara rasmi pada tahun 2004 untuk murid di sekolah rendah bagi tahun 1 hingga 3.

2.2.1 Takrifan dan Jenis Arimetik MentalAritmetik mental dipanggil pengiraaan mental atau Matematik lisan. Secara tradisinya ia ditakrifkan sebagai pengiraan Matematik khususnya untuk operasi operasi asas seperti tambah,tolak,darab dan bahagi yang dilakukan secara mental tanpa dibantu oleh alat atau mesin pengiraan atau kertas dan pensel.(Sowder,1998) Walau bagaimanapun, ramai penyelidik Barat sekarang seperti Maclellan (2001) dan Thompson (1999) menganggap aritmetik mental sebagai strategi mental yang fleksibel, pelbagai, kreatif serta idiosinkratik (kebiasaan) berbeza dengan pengiraan mental yang berasaskan algoritma algoritma tertentu seperti kertas dan pensel. Walau pun begitu.kajian ini akan memegang kepada pandangan tradisional tersebut sebagai aritmetik mental. Profesor Xu Sizhong,pakar runding kepada kerajaan Malaysia mengenai pelaksanaan pembelajaran abakus tersebut, menyatakan terdapat 4 jenis aritmetik mental yang utama yang diamalkan di negeri Cina ( Xu,1992 ) empat jenis ialah:

Kiraan mental dengan membentuk kertas kosong atau papan tulis di otak

Kiraan cepat yang berdasarkan ciri atau strategi mengira secara mental.

Kiraan mental dengan ABAKUS mental otak.

Kiraan mental berdasarkan jari.

Xu berpendapat setiap jenis aritmetik mental tersebut ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, beliau juga berpendapat kaedah aritmetik mental yang berdasarkan abakus mental lebih menguntungkan sebab ia lebih sistematik dan berasaskan bahan fizikal dan maujud. Memandangkan perhubungan rapat antara abakus dan aritmetik mental, maka akan diperjelaskan dahulu keistimewaan dan kepentingan aritmetik mental dalam pembelajaran matematik sebelum menerangkan hubungan rapatnya dengan abakus.

2.2.2 Keistimewaan dan Kepentingan Aritmetik MentalAritmetik mental biasanya dikenali dengan ciri-ciri berikut :

Cepat & jimat masa

Mudah & serta merta

Boleh dilakukan di mana-mana

Menggalak membuat jangkaan ( estimation )

Membantu dalam penyelesaian masalah & membuat keputusan

Thompson ( 1999 ) mendapati kanak-kanak gemar menggunakan berbagai strategi mental semasa berhadapan dengan sesuatu soalan aritmetik ( tambah dan tolak dalam lingkungan 20 ). Beliau seterusnya mencadangkan 4 sebab kenapa aritmetik harus diajar di sekolah :

a) Kebanyakan pengiraan berlaku di otak daripada di atas kertas

b) Kerja-kerja mental membentuk celik nombor ( number sense ) yang kukuh

c) Kerja-kerja mental membentuk kemahiran menyelesaikan masalah

d) Kerja mental menggalakkan kejayaan dalam kerja-kerja menulis

Syarikat pendidikan abakus swasta Jepun, Tomoe Soroban Co. Ltd ( 2002 ) menyenaraikan tujuh kelebihan aritmetik mental yang berasaskan abakus ( atau soroban dalam Bahasa Jepun ) seperti berikut :

a) Kemudahan memahami sistem asas nombor seperti asas sepuluh dan nilai tempat

b) Kefahaman konsep mengumpul semula untuk membawa ke depan atau meminjam aritmetik

c) Kemudahan memahami konsep kombinasi 5 dan 10 serta pasangan nombor berkomplimentari

d) Pengenalpastian langkah demi langkah sesuatu proses pengiraan

e) Kemudahan menvisualisasikan perhubungan rapat antara nombor dan angka nombor

f) Penggunaan alat mengira seperti soroban ( abakus ) menggalakkan pelajar untuk melahirkan sikap positif terhadap pembelajaran

g) Latihan dengan soroban membina kemahiran pengiraan mental

Profesor Shinjuku Amaiwa, seorang penyelidik Jepun yang kerap menyelidiki aritmetik mental berasaskan abakus menyimpulkan 6 kesan istimewa hasil daripada penguasaan kemahiran ini seperti berikut :

a) Kejituan dan kepantasan dalam pengiraan aritmetik

b) Kefahaman konsep-konsep asas numerasi dan celik nombor ( number sense )

c) Perkembangan bahagian kanan otak

d) Peningkatan ingatan dan penumpuan ( attention )

e) Peningkatan sikap dan motivasi terhadap matematik sekolah

f) Kesan riak ( ripple ) atau kesan lanjutan terhadap pembelajaran akan datang ( Amaiwa, 2001 )

Maka jelas sekali aritmetik mental mempunyai banyak kelebihan jika dikuasai sebaik-baiknya. Walaupun ada penyelidik berpendapat bahawa mempelajari abakus memerlukan masa yang lama, namun sesuatu kemahiran abakus biasanya dipelajari berulang kali sehingga tahap automasi terwujud.

2.2.3 Aritmetik Mental & Kaitan Dengan Pembelajaran Matematik

Sebenarnya terdapat banyak kelebihan aritmetik mental yang berasaskan abakus serta kesesuaiannya dalam pembelajaran matematik. Kebanyakan kajian mendapati pencapaian aritmetik mental berkaitan secara positif dengan pencapaian matematik sekolah yang biasanya melibatkan tulisan sahaja.

Sebagai contoh, Hope ( 1984 ) mendapati pelajar yang mahir dalam pengiraan mental akan lebih cekap memberi jawapan kepada pengiraan yang melibatkan pendaraban berbanding dengan pelajar yang kurang mahir dalam pengiraan mental. Kajian Whang ( 1991 ) yang melibatkan murid China- Amerika Darjah 4, 5 dan 6 mendapati kemahiran mental dan lisan juga memainkan peranan dalam pembelajaran matematik. Cutler ( 2001 ) ( Kim Teng Siang,2006 ) juga mendapati skor ujian matematik yang mengukur celik nombor pelajar Gred 6 dalam kumpulan yang mengamalkan kiraan secara mental melebihi pelajar dalam kumpulan kawalan.

Analisis lanjutan secara kualiti menunjukkan pengiraan mental berfungsi sebagai peransang dalam perkembangan celik nombor tersebut. Ini adalah kerana sekiranya pengiraan mental dianggap sebagai sesuatu aktiviti penyelesaian masalah daripada satu siri kemahiran, ia akan menggalakkan pelajar menganggap sesuatu masalah dan pelajar akan merangka strategi penyelesaian berdasarkan pengetahuan sedia ada. Jelas sekali kajian tersebut menyokong perhubungan positif antara aritmetik mental dengan matematik bertulis yang konvensional.

2.2.4 TEORI-TEORI BERKAITAN Terdapat beberapa teori yang menerangkan bagaimana abakus mungkin membantu dalam pembelajaran matematik berdasarkan teori dan prinsip abakus itu sendiri dan seterusnya teori-teori kognitif yang berkaitan seperti Beban Kognitif, Dwipengekodan dan Imejan Mental yang dapat menunjukkan abakus memudahkan pembelajaran berlaku. Seterusnya teori-teori lain seperti Pendidikan Benar dan Vygosky yang menyokong pengajaran Abakus dalam Matematik akan juga dihuraikan seperti di bawah :

a) Teori Abakus Kozima ( 1954,1963 ) menghuraikan tiga prinsip yang menentukan penggunaan abakus serta menjadikan abakus istimewa berbanding dengan alat atau mesin kira yang lain. Tiga prinsip ini ialah :

Mekanizasi prosedur atau pergerakan ( Mechanization of Procedures/operations )

Digit-digit Komplimentari ( Complimentary Digits )

Turutan Operasi ( Order of Operations )

Secara fizikal, pergerakan sesuatu operasi dalam abakus biasanya melibatkan pergerakan sama tidak kira bilangan manik sedia ada. Sebagai contoh 7 + 3 = , 8 + 3 = dan lain-lain melibatkan pergerakan yang sama sahaja iaitu tolak 7 tambah 10 ( tolak satu manik lima dan dua manik sa di tiang sa dan naik satu manik sa di tiang sepuluh ). Ini memudahkan pelajar mempelajari pengumpulan semula kerana ia mengurangkan penglibatan operasi yang terlibat berbanding dengan algoritma biasa yang setiap contoh di atas melibatkan operasi yang terlibat berbanding dengan algoritma biasa yang setiap contoh di atas melibatkan operasi yang berbeza.

Seterusnya pasti penggunaan nombor-nombor yang besar tidak akan menjadi sukar. Selain itu, konsep seperti digit komplimentari untuk 5 dan 10 amat ditegaskan dalam abakus. Komplimentari 10 melibatkan beberapa pasangan digit, contohnya : 8-2, 7-3, 9-1 dan lain-lain, manakala komplimentari 5 pula melibatkan 32 dan 41 sahaja. Dengan kefahaman dan hafalan komplimentari ini akan membantu pelajar melakukan pengiraan dengan tepat, yakin dan mungkin cepat. Di samping itu, pergerakan operasi yang bermula daripada nilai tempat besar ke kecil bukan seperti yang biasa kita lakukan adalah satu sifat unik dan istimewa. Pergerakan ini sejajar dengan sebutan nombor dan boleh dilakukan secara serentak. Contohnya 34 + 42 = penambahan 3(30) dan 4(40) akan dilakukan dahulu dan diikuti 4 + 2. Maka ini akan mempercepatkan pengiraan serta mengurangkan beban ingatan. Ciri-ciri abakus yang unik ini sememangnya mewujudkan situasi yang dapat mengurangkan beban kognitif individu untuk mempelajari matematik dan menguntungkan pelajar.

b)Teori beban KognitifIndividu yang membuat kajian tentang teori ini iaitu Miller ( 1956 ) mengatakan, ingatan kerja ( working memory ) kita untuk memproses maklumat yang diterima adalah terhad pada sesuatu perkara sahaja. Mengikutnya, muatan untuk seseorang dewasa ialah angka magik in 7 + 2 atau 5 hingga 9 unsur pada suatu ketika. Ini mengehadkan kita mengurus maklumat yang banyak pada satu masa. Seterusnya mengganggu pembelajaran kita sekiranya kita belajar terlalu banyak pada satu ketika yang singkat.

Selain itu, Sweller ( 1994 ) memperkenalkan teori Beban Kognitif dengan menyatakan bahawa pembelajaran akan terjejas sekiranya beban yang dikenakan terhadap ingatan seseorang melampaui angka magik Miller. Sweller juga mencadangkan dua jenis beban iaitu beban Intrinsik dan beban Ekstrinsik. Sweller dan beberapa rakannya mendapati beban Intrinsik dapat dikurangkan dengan mencerakinkan isi yang hendak disampaikan kepada isi-isi yang lebih kecil dan disampaikan secara teratur. Seterusnya, penyampaian secara integrasi antaranya gambar dan teks, contohnya kerja berpandu dan pelengkapan separa khususnya untuk pengiraan matematik boleh mengurangkan Beban Ekstrinsik. Selain itu, beban kognitif juga boleh dikurangkan melalui automasi iaitu sesuatu tugas dilakukan berulang kali atau menvisualkan prosedur atau kerja pengiraan secara imej.

c)Teori DwipengkodanVerbal dan bukan verbal adalah dua format yang mana maklumat dapat diterima oleh otak kita ( ingatan Kerja ) ( Paivo, 1986). Ini dinamakan Dwipengekodan. Manakala ingatan kerja terbahagi kepada 3 komponen iaitu eksekutif pusat dan dua subsistem yang bernama gelung fonologi dan visuospatial sketchpad ( Baddeley, 1986 ). Jelaslah bahawa maklumat yang hendak diproses itu terbahagi kepada dua iaitu untuk verbal dan non-verbal.

Beberapa kajian telah membuktikan bahawa kesan modaliti ( media ) yang berbeza dan jauh lebih berkesan sekiranya maklumat yang disampaikan itu dalam dua modaliti. Penggunaan dua aliran itu akan dapat meningkatkan lagi muatan ingat kerja pada sesuatu ketika. Maka pembelajaran abakus sekarang biasanya melibatkan lisan dan tulisan dalam pengiraan dengan abakus. Kajian Lim Kim Siang ( 2004 ) mendapati pengajaran lisan-abakus diikuti dengan tulisan-abakus memberi kesan yang lebih tinggi dalam pencapaian aritmetrik mental berbanding dengan kaedah tulisan-abakus diikuti lisan-abakus. Jelas sekali penggunaan lisan-abakus yang melibatkan dua modaliti meningkat pencapaian tersebut.

d)Teori Imejan Mental.

Teori Imejan Mental dapat menerangkan bahawa pembelajaran abakus dalam matematik berpotensi kekal maju sekiranya disampaikan secara teratur dan mengikut langkah-langkah perkembangan seseorang individu.

Perlu diketahui, matlamat akhir pembelajaran abakus bukan sahaja mengira dengan pantas melalui abakus tetapi sehingga berkemampuan mengira secara mental tanpa bantuan abakus yang terbina dalam otak. Perkara begini melibatkan imejan mental ( Hishitani 1975 ), ( Hatano 1977 ). Tambahan lagi mengikut Wheatley ( 1998 ) pembelajaran matematik kanak-kanak yang melibatkan tambah dan tolak sebenarnya adalah berasaskan imejan.

e)Teori Pendidikan Matematik BenarTeori ini menyokong pembelajaran abakus. Ia dipelopori oleh Fredenthal (1973 ) di negara Belanda. Teori ini menegaskan kepentingan membina strategi-strategi mental terlebih dahulu dengan menangguhkan pembelajaran konsep nilai tempat dan algoritma bertulis. Teori ini sememangnya seiring dengan cara pembelajaran abakus yang mementingkan pembelajaran strategi dahulu dengan melakukan sendiri dengan abakus.

Maka penggunaan abakus menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menjadikan matematik lebih benar jika dibandingkan dengan pengiraan dengan algoritma. ( f ) Teori Pembelajaran Vygotsky

Teori Pembelajaran Vygotsky menegaskan kepentingan lisan dan panduan dalam pembelajaran sebab pembelajaran adalah berkonteks dan dipengaruhi dengan kuat oleh budaya yang dialami oleh seseorang individu. Dengan itu, teori ini juga menganggap interaksi sosial adalah penting terhadap perkembangan kognitif seseorang individu (Vygotsky,1978). Amalan dan unsur yang disarankan oleh teori tersebut juga diamalkan dalam pembelajaran abakus.

2.3 KAJIAN BERKAITAN

Terdapat kajian menyatakan negara-negara Asia Timur sepertiSingapura,Korea,Taiwan, Hong Kong dan Jepun di mana pengaruh budaya Cina adalah ketara termasuk penggunaan abakus. Kumpulan ini sentiasa cemerlang dalam pencapaian matematik.Seterusnya diikuti oleh Negara-negara Eropah yang bukan bertutur dalam Bahasa Inggeris seperti Belgium, Belanda, Republik Slovak dan Hungary, kumpulan di dalam Pengajaran Pendidikan Matematik Benar (Real Mathematics Education) diamalkan. Manakala yang bertutur dalam Bahasa Inggeris atau dipengaruhinya seperti England, Amerika, Australia dan Malaysia,

pencapaian kumpulan ini tidak setanding dengan kumpulan kedua (kecuali Kanada). Analisis ini diambil dari keputusan TIMSS-R (Third International Mathematics and Science Studies Repeat).Kajian tempatan iaitu Low Lee Kim, Tan Yew Hong, Fauziah Ali (1993) terhadap guru-guru pelatih di Maktab Perguruan Teruntum mengatakan penggunaan sempoa (kini abakus) dapat mempertingkatkan pencapaian Matematik dan mempunyai kaitan dengan tahap kecekapan mereka menggunakan sempoa dalam operasi tambah dan tolak.

Hasil kajian mendapati 60% daripada guru pelatih memperolehi skor yang lebih daripada min skor. Skor yang lebih tinggi menunjukkan persepsi yang lebih positif. Padakeseluruhannya guru pelatih mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan sempoa boleh mempertingkatkan kemahiran congak dan boleh menggalakkan pengguna melakukan operasi mental. Penggunaan sempoa juga boleh mempertingkat daya hafalan sifir dan dapat mempertingkat penggambaran operasi-operasi Matematik serta memudahkan kefahaman tentang konsep operasi. Hasil dapatan menunjukkan 42.9% guru pelatih mendapat skor tinggi daripada min skor, 31.4% guru pelatih cekap, 40% sederhana dan hanya 28.6% menunjukkan tahap kecekapan rendah.Selain itu, En. Kim Teng Tiang dari Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme Institut Perguruan Tuanku Bainun (2006) dalam kajiannya yang bertajuk Aritmetik Mental dan Pembelajaran Matematik : Adakah Abakus Sesuai dan Berdaya Maju mendapati bahawa abakus adalah alatan yang sesuai dan berpotensi meningkatkan pencapaian Matematik serta berdaya maju dan boleh bersaing dengan alatan canggih yang lain seperti kalkulator dan komputer.

Beberapa buah buku mengenai abakus telah ditulis oleh Takashi Kojima, Charles E Tuttle iaitu yang bertajuk Advanced Abacus : Japanese Theory and Practice. Mae E Davidow telah menulis buku yang bertajuk The Abacus Made Easy dan Joan A Cotter pula menulis buku bertajuk Activities For The Abacus. Buku-buku ini menyatakan betapa abakus memberi kesan positif terhadap pembelajaran Matematik dan menyokong penggunaan abakus dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan mereka.

2.4 RINGKASAN

Melalui tinjauan literature yang dibuat, kajian ini memberi tumpuan kepada kesan penggunaan abakus dan beberapa teori yang berkait rapat dengan abakus. Keberkesanan penggunaan abakus iaitu kecekapan, pencapaian prestasi dan juga sikap positif dalam Matematik diuji. Secara amnya, pengajaran dan pembelajaran menggunakan abakus lebih berpusatkan pelajar dan meningkatkan kemahiran kognitif dikalangan pelajar sehingga menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Takrifan aritmetik dan kaitannya dengan pembelajaran Matematik berkait rapat dengan abakus.

Teori abakus yang mempunyai prinsip dan keistimewaan tersendiri memberi kesan yang baik dan sememangnya mengurangkan beban kognitif seseorang individu.Berdasarkan teori kognitif dan teori pembelajaran yang tersebut, maka adalah jelas abakus serta strategi perlaksanaannya yang moden adalah sesuai dan berpotensi untuk meningkatkan lagi pencapaian matematik. Kajian yang lepas oleh beberapa pengkaji mendapati abakus boleh meningkatkan daya ingatan, congak, kefahaman konsep dan sebagainya. Seterusnya dapat menggalakkan pengguna melakukan operasi mental. Penggunaan sempoa juga boleh berdaya maju setanding dengan peralatan moden masa kini seperti komputer dan kalkulator. Terdapat kajian mendapati transaksi yang cekap terbukti terhadap orang Asia Timur contohnya Cina dan Jepun berbanding negara Eropah yang berbahasa Inggeris iaitu dipengaruhi dengan penggunaan alat pengiraan seperti kalkulator.

3.METODOLOGI KAJIAN

3.1PengenalanDalam kajian ini, bahan manipulatif seperti abakus digunakan bagi meningkatkan kefahaman konsep yang mungkin belum dikuasai dan mengukuhkan fakta asas tambah dan tolak pelajar sepenuhnya dan meningkatkan minat serta pengetahuan mereka terhadap tajuk. Melalui kajian ini guru atau penyelidik cuba melihat perhubungan penggunaan abakus dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada memudahkan,mempercepat mereka menjawab soalan dan pembelajaran bertambah menarik.

3.2Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian yang digunakan oleh penyelidik adalah secara quasi- eksperimen di mana murid dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan setelah pra-ujian diberikan. Kumpulan kawalan diajar seperti biasa iaitu penambahan dan penolakan mengikut bentuk lazim. Manakala semua pelajar kumpulan eksperimen diperkenalkan penggunaan abakus secara asas dan intensif bagi tajuk penambahan dan penolakan. Kumpulan eksperimen diajar penggunaan abakus bertujuan untuk pemulihan bagi mengukuhkan lagi asas penambahan dan penolakan. Setelah mengajar selama lebih kurang 6-10 jam, kumpulan eksperimen dan kawalan diberi ujian pos atau post test dengan penggunaan abakus untuk mengetahui keberkesanannya manakala kumpulan kawalan menjawab soalan seperti biasa. Masa juga dilihat untuk membuat perbandingan adakah abakus dapat mempengaruhi masa pengiraan berbanding dengan kumpulan kawalan. Kumpulan kawalan mungkin dibantu oleh guru pembimbing. Seterusnya, penilaian kuantitatif digunakan bagi mengukur perbezaan pencapaian prestasi pelajar sebelum dan selepas penggunaan abakus. Jawapan- jawapan dikumpul dan dianalisis untuk mendapatkan gambaran sebenar penguasaan mereka terhadap fakta asas dengan melibatkan pengumpulan semula secara aritmetik mental melalui abakus.

Seterusnya, borang maklumat pelajar dan soal selidik diberi untuk mengetahui latar belakang serta pengaruh abakus dalam aspek minat, motivasi, sikap murid terhadap pembelajaran Matematik.

Rajah 1 : Langkah Menjalankan Kajian3.3Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 1, Sekolah Menengah

Kebangsaan Dulang. Seramai 30 orang pelajar pada tahap sederhana tetapi kurang menguasai fakta asas dan tidak mengira jantina. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan dalam kelas yang berbeza tetapi tahap yang hampir sama, satu kelas adalah kumpulan eksperimen iaitu menggunakan abakus dalam pengajaran dan pembelajaran dan satu kelas lagi tidak menggunakan abakus semasa pengajaran dan pembelajaran.

3.4 Instrumen Kajian

Pemilihan instrumen kajian bergantung kepada objektif penyelidikan dan reka

bentuk kajian. Dalam kajian ini, instrument kajian pelajar terdiri daripada borang

maklumat pelajar, dua set kertas ujian iaitu ujian pra dan ujian pos, dan satu borang soal selidik. Ujian pra digunakan untuk menguji pengetahuan sedia ada dan mengesan tahap pencapaian kedua-dua kumpulan sebelum pengajaran dilakukan. Manakala ujian pos pula digunakan untuk menguji minat dan prestasi pelajar kumpulan eksperimen. Borang soal selidik yang diedarkan kepada kedua-dua kumpulan eksperimen dan juga kawalan selepas tamat sesi pembelajaran pula bertujuan menentukan persepsi pelajar terhadap matematik dan penggunaan abakus. Keempat-empat instrumen ini dibina sendiri oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat mengenai sampel kajian, untuk menentukan tahap keupayaan Matematik dan sikap mereka terhadap pembelajaran Matematik. Seterusnya, masa juga diambil ketika pelajar menyelesaikan soalan dan penyelidik membuat perbandingan sama ada abakus membantu pelajar menyelesaikan soalan dengan cepat dan tepat.

3.4.1 Borang Maklumat Pelajar

Bahagian ini mengandungi maklumat tentang latar belakang sampel kajian.

Maklumat yang dikehendaki meliputi nama, jantina, pendapatan keluarga dan keputusan UPSR bagi subjek Matematik. Borang ini mengandungi beberapa soalan mengenai persepsi terhadap Matematik sebelum pembelajaran abakus.

(Contoh Borang Maklumat Pelajar rujuk lampiran)

3.4.2Ujian Pra dan Ujian Pos

Penentuan item-item ujian dibuat berdasarkan kepada objektif dan matlamat

kajian dan bersesuaian dengan tahap murid sederhana. Arahan yang terdapat dalam lembaran tersebut menggunakan Bahasa Inggeris. Item-item yang digubal juga berlandaskan fakta asas penambahan dan penolakan. Kedua-dua kertas mengandungi item yang berbeza namun mempunyai kemahiran dan konsep yang sama.

(Contoh Ujian Pra dan Ujian Pos rujuk lampiran)

3.4.3Borang Soal Selidik

Soal selidik dibina untuk menentukan persepsi atau pandangan pelajar terhadap

mata pelajaran Matematik dan abakus. Borang soal selidik ini mengandungi 8 item yang dibina sendiri oleh pengkaji dan diukur menggunakan Skala Likert 5 mata,iaitu 1 Sangat Tidak Setuju hingga 5 Sangat Setuju.

(Contoh Borang Soal Selidik rujuk lampiran)

3.5 PROSEDUR KAJIAN

Kajian yang dijalankan membabitkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Dulang. Oleh itu pengkaji mesti melalui beberapa prosedur dan langkah untuk mendapatkan data-data yang praktikal bagi kajian ini. Antara langkah-langkah yang telah dilalui ialah :

Memohon kebenaran Pengetua bagi sekolah tersebut.

Berjumpa dan berbincang dengan Guru Pembimbing bagi sekolah yang terlibat.

Memberi soalan-soalan Ujian Pra dan Ujian Pos kepada responden.

Bagi mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, penyelidik telah memohon kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Seterusnya pengkaji pergi ke sekolah yang dipilih dan memohon kebenaran Pengetua untuk menjalankan penyelidikan ke atas pelajar-pelajar tingkatan satu disekolah tersebut. Sebelum memulakan kajian, pengkaji juga berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing tentang kajian yang dijalankan.

Walaubagaimanapun, etika kajian turut dipertimbangkan ketika menjalankan kajian ini. Etika ini bertujuan untuk menjaga hak dan kepentingan responden atau pelajar yang diselidik agar penglibatan mereka tidak mendatangkan kesan negatif. Etika ini juga merangkumi kejujuran dan ketelusan melaporkan kajian, mengelak daripada amalan yang boleh mencemarkan nama baik komuditi penyelidik. Responden diberi penjelasan yang terperinci mengenai kajian yang hendak dijalankan sebelum mendapatkan persetujuan. Segala maklumat responden adalah sulit dan identiti responden juga turut dirahsiakan.

3.6PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN DATA

Penganalisaan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan untuk membandingkan ujian pra dan ujian pos antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Manakala statistik inferens digunakan untuk mengira nilai-t dalam menentukan hipotesis kajian. Aras kesignifikanan kajian ditetapkan pada 0.05. Seterusnya analisis ujian-t juga digunakan untuk menentukan perbezaan sikap di antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan terhadap pembelajaran Matematik. Semua analisis dalam kajian ini menggunakan program perisian SPSS untuk memastikan keputusan yang diperolehi benar dan tepat.

3.7 PROSEDUR ANALISIS DATA

Data yang dipungut dalam kajian ini akan direkod dan diproses dengan menggunakan perisian SPSS, manakala data tentang profil subjek kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptf, iaitu kekerapan dan peratusan. Untuk memudahkan analisis data, setiap jawapan yang dipilih dalam ujian akan diberi skor tertentu seperti yang terdapat pada jadual di bawah:-

Jadual 2: Kadar Skor dan Nilai Skor

KADAR SKOR

NILAI SKOR

Jika satu jawapan yang diberi betul

5.0

Jika jawapan yang diberi adalah salah

0

Dalam kajian ini terdapat 20 item yang dibina untuk mengenal pasti kelemahan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran yang diuji. Jika responden berjaya menjawab dengan betul item-item yang dikemukakan, ini bermakna mereka dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru dan juga berupaya menguasai kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalamnya. Jika jawapan yang diberi adalah salah, ini menunjukkan pelajar kurang atau tidak memahami apa yang disampaikan.

Selain itu, ketidakfahaman ini juga boleh disebabkan kaedah yang digunakan menyukarkan sesuatu kemahiran itu difahami pelajar ataupun ianya tidak dapat menarik minat mereka untuk terus mengikuti isi pelajaran seterusnya. Jumlah markah yang diperuntukkan bagi 20 soalan ini ialah 5.0 markah bagi setiap soalan menjadikan semuanya 100 markah. Daripada jadual berikut, skor yang diperolehi pelajar dikategorikan kepada tiga tahap kefahaman:

Jadual 3 : Skor Markah Ujian, Tahap Kefahaman

SKOR

TAHAP KEFAHAMAN

0 39 Rendah

40 69Sederhana

70 100Tinggi

Pengkaji menyediakan kertas ujian pra dan ujian pos bagi fakta asas penambahan dan penolakan. Kajian rintis dijalankan ke atas soalan-soalan yang dibina bertujuan memastikan item-item ini sah dan bertepatan dengan apa yang hendak diuji.Seterusnya, pengkaji membuat analisis dan menilai bahagian atau kemahiran yang menjadi masalah kepada pelajar. Daripada data yang bakal diperolehi, pengkaji merancang sessi pengajaran dengan menggunakan abakus bertujuan untuk mengatasi masalah dan kelemahan pelajar dalam menguasai penambahan dan penolakkan. Masa juga diambil untuk menguji adakah terdapat pengaruh abakus antara pelajar yang menjawab soalan yang menggunakan abakus atau tidak. Guru mencatat masa setiap pelajar yang menjawab habis dengan menggunakan abakus. Ini kerana masa maksimun adalah 20 minit. Begitu juga dengan murid yang tidak menggunakan abakus.

Setelah selesai sessi pembelajaran seperti yang telah ditetapkan,sampel kajian akan diberikan ujian pos untuk mengukur sama ada terdapat peningkatan prestasi bagi kumpulan sasaran. Borang soal selidik juga diedarkan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan untuk mendapatkan respons mereka terhadap pembelajaran Matematik dan abakus yang telah digunakan.

3.8 RINGKASANKajian ini menggunakan reka bentuk quasi-eksperimen di mana terdapat kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan akan menduduki ujian pra untuk menguji pengetahuan sedia ada mereka tentang tajuk yang akan dipelajari. Seterusnya, kumpulan eksperimen akan didedahkan dengan abakus dalam pengajaran dan pembelajaran secara intensif manakala kumpulan kawalan tanpa menggunakan abakus. Selepas tamat tempoh sessi pembelajaran yang ditetapkan, kedua-dua kumpulan dikehendaki menduduki ujian pos pula. Selain dari itu, kedua-dua kumpulan juga perlu menjawab soalan di dalam borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan pembelajaran Matematik dan penggunaan abakus. Masa juga diambil untuk melihat adakah masa tersebut mempengaruhi penggunaan abakus. Data yang akan diperolehi, dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferens dengan bantuan program SPSS.

Bibliografi

Low Lee Kim, Tan Yew Hong dan Fauziah bt. Ali (1993), Persepsi Guru Pelatih Opsyen Matematik Terhadap Penggunaan Sempoa Dalam Mempertingkatkan Pencapaian Matematik dan Kaitannya Dengan Tahap kecekapan Mereka Mengguna Sempoa dalam operasi Tambah dan Tolak: Unit Matematik, Maktab Perguruan Teruntum.En. Kim Teng Siang (2006), Aritmetik Mental Dan Pembelajaran Matematik: Adakah Abakus Sesuai dan Berdaya Maju (Viable)?. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme InstitutPerguruan Tuanku Bainun.

Amaiwa, S (2001) The Ripple Effects and the Future Prospects of Abacus Learning, College of Education, Shinshu University, Japan

http:/www.syuzan.net/english/brain.html

Baddeley, A.D.(1986). Working Memory.Oxford,UK:Clarendon Press

Xu,S.Z(1992).(Complete Chinese Mental arithmetic)Beijing:Engineering Industry Publisher.(In Chinese)

EPRD.(2001)Third International Mathematics and Science studyRepeat.Kuala Lumpur: Ministry of education

Hope,J.A(21984). Characteristics of Unskilled, Skilled and Highly Skilled Mental Calculators. Ed. D Dissertation o, the University Of British Colombia, Canada Dissertation Abstracts International,

Kim,T.S(2006)The Modality Factor In Two approaches Of Abacus-Based Calculation And Its Effect On Mental arithmetic Achievement.Ph D Thesis, Universiti Sains Malaysia.

Maclellan, E(2001) Mental Calculation: its place in the development of numeracy. Westminster Studies in Educational, 24(2),145-154.

Sowder,J(1988),Mental computation and number comparison:their roles in the development of number sense and computational estimation.

Thompson, (1999) Getting your head around mental calculation. Thompson (ED) Issues in Teaching Numeracy in Primary Schools.

Tomoe Soroban Co: http:/www.soroban.com.index eng,html

Vygotsky,L.S(1978) Mind In A Society: The Development Of Higher Psychological Processes Cambridge.

Whang, P.A(1991). Cognitive Fakctors Influencing the Mathematics Achievement 4th,5th and 6th Grade Chinese American Student.

Jurnal Seminar Penyelidikan (2006), Anjuran Jabatan Penyelidikan & Pembangunan Profesionalisme dan Unit Latihan dalam Perkhidmatan Institut Perguruan Pulau Pinang.

Kamruddin Hj Husin (1989). Pedagogi 3, Longman Malaysia.

Mok Song Sang (1989), Psikologi Strategi Pengajaran dan Penilaian Matematik, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Sufean Hussin (2002), Dasar Pembangunan pendidikan malaysia, Teori dan analisis, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Advanced Abacus: Japanese Theory and Practice, by Takashi Kojima, Charles E Tuttle Co., ISBN: 0804800030 (thanks to Patrick CW Pang for this pointer)

The Abacus Made Easy, by Mae E. Davidow,2 nd Edition, Amer. Printing House for Blind, ISBN:9991521933

Activities for the Abacus : A Hands-On Aproach to Learning Arithmetic, by Joan A. Cotter, by Activities for Learning, ISBN: 0960963618

Mushita & Sharifah Norhaidah, 2003: Syed Anwar Aly & Merza, 2000,

Prof. Dr. Mansor Fadzil & Prof Dr. Abdul Razak Habib (2007), School-based Research, Open University Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). Program Pendidikan Sempoa Sekolah Rendah dan Menengah Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Kojima Tagashi (1954). The Japanese Abacus . Its Use and Theory Tokyo; Chales E. Tuttle Co, Inc. Thirty-seventh printing 1998

Kojima, Tagashi (1963): Advaced Abacus-Japanese Theory and Practice: Published by the Chales E. Tuttle Company, Inc. of Rutland, Vermont & Tokyo, Japan, first edition, fourth printing, 1968.

http://www.ee.ryerson.ca:8080/-eif/abacus/http://www.teachersrock.net/masteri3.htmhttp://iptb.edu.my/rnd/abstrak.htmhttp://www.hh..schule.de/metalltechnik-didaktik/user/luetjens/abakus/rom-abakus-en.htm.

Appendix 1 (a)

CONTOH MAKLUMAT PELAJAR

Universiti Sains Malaysia

Latar belakang pelajar.

Nama . Tingkatan .

Bangsa .. Jantina .

Kategori Sekolah

Mata Pelajaran yang diminati

Pencapaian Matematik dalam UPSR

Berikut adalah soalan-soalan yang berkaitan dengan anda sendiri dalam mata pelajaran

Matematik. Sila jawab dengan jujur berdasarkan skala likert yang disediakan.

1. sangat tidak setuju

2. tidak setuju

3. tidak pasti

4. setuju

5. sangat setuju

Soalan nombor satu hingga lima adalah berdasarkan pengajaran guru sebelum menggunakan abakus dan soalan nombor enam hingga dua belas sebaliknya.

Appendix 1 (b)

Pretest

Name:

Class:.

Mental Arithmetic: Adding and subtracting without a calculator.

A) Add the following.

1. 84541 + 42 = . 4. 23 + 4256 + 330 = .

2. 2254 + 1314 = .. 5. 16323 + 502 + 11162 + 11 =..

3. 2423 + 4252 + 5102 =

B) Find the sum.

1. 738 + 6 =.. 4. 77843 + 57 =..

2. 9268 + 15 =.. 5. 45177 + 468 =

3. 35884 + 27 =

C) Find the difference

1. 4536 25 =.. 4. 1479 112 = ..

2. 2877 134 = 5. 32849 313 14 2 =..

3. 6849 2515 =..

D) Subtract the following.

1. 533 8 = 4. 3868 423 24 = .

2. 804 12 =. 5. 6898 1445 29 =

3. 5121 1045 =..

Appendix 1 (c)

Postest

Name :..

Class :...

Mental Arithmetic: Adding and subtracting without a calculator.

A) Add the following.

1. 94541 + 43 = 4. 33 + 4255 + 331 =.

2. 72254 + 1315 = 5. 76323 + 204 + 12161 + 11 =.

3. 5423 + 4262 + 5120=.

B) Find the sum.

1. 938 + 4 =. 4. 70843 + 59 =

2. 6267 + 25 =. 5. 451776 + 465 =....

3. 35885 + 27 =

C) Find the difference.

1. 4536 24 =... 4. 1779 112 23 =

2. 2877 132 =. 5. 62849 310 14 2 =

3. 6849 2547 =..

D) Subtract the following.

1. 533 6 =.. 4. 9869 423 54 =

2. 804 11 = 5. 6898 1445 26 =.

3. 5121 1044 =..

Appendix 1 (d)

CONTOH BORANG SOAL SELIDIK

Persepsi Pelajar Tentang Pembelajaran Matematik Apabila Menggunakan Abakus

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan bagi setiap penyataan di bawah berlandaskan persepsi mengikut skala berikut:

1 = sangat tidak setuju 2 = tidak setuju 3 = tidak pasti 4 = setuju 5 = sangat setuju

Bil. Pernyataan

12345

1.Pembelajaran Matematik lebih menarik dengan penggunaan

abakus.

2.Saya lebih berminat untuk belajar Matematik dengan bantuan

abakus.

3. Pembelajaran abakus mempercepat pengiraan untuk mendapatkan jawapan tepat.

4.Pencapaian saya meningkat apabila belajar dengan

menggunakan abakus ini.

5.Abakus dapat meningkat kefahaman saya dalam tajuk

penambahan (addition) dan penolakan (subtraction).

6.Penggunaan abakus patut diguna pakai pada mata pelajaran

Matematik.

7.Penggunaan abakus membuatkan saya tertekan

belajar Matematik.

8.Penggunaan abakus patut diteruskan.

Pelajar Pendidikan Jarak Jauh,(Kumpulan Smart Q),Universiti Sains Malaysia,

11800, Pulau Pinang. 12 OKTOBER 2007

Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang,

06900, Yan,

Kedah Darul Aman.

Tuan,

Memohon Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Penyelidikan Tentang Penggunaan Abakus Sebagai Alat Bantu Mengajar di Sekolah Bagi Pelajar Tingkatan 1.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Saya mewakili kumpulan Smart Q seperti nama di atas adalah pelajar Program

Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan satu kajian tentang penggunaan abakus di sekolah.

3.Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan penggunaan

abakus sebagai salah satu alat bantu mengajar bagi mata pelajaran matematik di sekolah. Kami mensasarkan pelajar tingkatan satu sebagai responden untuk kajian ini. 4.Kami berharap semoga pihak tuan dapat memberi kebenaran dan kerjasama

kepada kami untuk menjalankan kajian penyelidikan ini di sekolah tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

....................................................

(SHAUQHI BIN ABDUL MANAF)

No. K/P: 730909-09-5051

Pelajar Pendidikan Jarak Jauh,(Kumpulan Smart Q),Universiti Sains Malaysia,

11800, Pulau Pinang. 12 OKTOBER 2007

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Kampong Setar,

06900, Yan,

Kedah Darul Aman.

Tuan,

Memohon Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Penyelidikan Tentang Penggunaan Abakus Sebagai Alat Bantu Mengajar di Sekolah Bagi Pelajar

Tahun 6.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Saya mewakili kumpulan Smart Q seperti nama di atas adalah pelajar Program

Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan satu kajian tentang penggunaan abakus di sekolah.

3.Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan penggunaan

abakus sebagai salah satu alat bantu mengajar bagi mata pelajaran matematik di sekolah. Kami mensasarkan pelajar tahun 6 sekolah tuan sebagai responden untuk kajian ini. 4.Kami berharap semoga pihak tuan dapat memberi kebenaran dan kerjasama

kepada kami untuk menjalankan kajian penyelidikan ini di sekolah tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

....................................................

(SHAUQHI BIN ABDUL MANAF)

No. K/P: 730909-09-5051

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SETAR

06900 YAN, KEDAH

DARULAMANKEPUTUSAN UPSR 2003 MATEMATIK

GREDJUMLAH MURID

A1

B2

C5

D3

E11

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SETAR

06900 YAN, KEDAH

DARUL AMAN

KEPUTUSAN UPSR 2004 MATEMATIK

GREDJUMLAH MURID

A2

B6

C8

D4

E6

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SETAR

06900 YAN, KEDAH

DARUL AMAN

KEPUTUSAN UPSR 2005 MATEMATIK

GREDJUMLAH MURID

A0

B2

C14

D4

E2

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SETAR

06900 YAN, KEDAH

DARUL AMANKEPUTUSAN UPSR 2006 MATEMATIK

GREDJUMLAH MURID

A2

B4

C12

D3

E7

PENGGUNAAN ABAKUS

KEBERKESANAN

MENINGKAT

- MINAT BERTAMBAH

- JAWAPAN TEPAT DAN CEPAT

PROSEDUR KAJIAN

BORANG PERIBADI / PRESTASI MATEMATIK UPSR 2006

PRETEST

PENGENALAN ABAKUS / PENGAJARAN TAJUK MENGGUNAKAN ABAKUS

PROTEST / BORANG SOAL SELIDIK

ANALISIS

RUMUSAN

UJIAN PRA ATAU PRETEST

KUMPULAN EKSPERIMEN

KUMPULAN KAWALAN

PENGAJARAN ABAKUS BAGI FAKTA ASAS PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ABAKUS

UJIAN POS ATAU POS TEST

BORANG MAKLUMAT DAN SOAL SELIDIK

ANALISIS

TAJUK TUGASAN

PAGE 32