ABChgf

17
TAJUK EXPERIENTIAL ACTIVITIES PLANNER (EAP) MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan tentang kaedah pengajaran sejarah iaitu Experiential Activities Planner (EAP) yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam menyampaikan sesuatu tajuk dalam pengajaran sejarah. Antara pendedahan EAP yang dihuraikan adalah seperti definisi Eap, aspek-aspek yang perlu di ambil kira dalam Eap, peringkat-peringkat dalam EAP, langkah-langkah yang dititikberatkan dalam EAP, serta kelebihan Kaedah pengajaran EAP. Perbincangan ini juga meliputi tajuk yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam mata pelajaran sejarah iaitu berkaitan dengan zaman prasejarah. Pendedahan yang dibincangkan dalam tajuk mari belajar sejarah adalah berkaitan dengan pengenalan kepada prasejarah, maksud prasejarah, lokasi prasejarah, kegiatan masyarakat prasejarah, alatan dan kegunaan alatan masyarakat prasejarah, kepercayaan masyarakat prasejarah, kepentingan menghargai tinggalan sejarah dan sikap manusia prasejarah yang perlu dicontohi. Seterusnya, perbincangan juga melibatkan cara untuk menyampaikan sesuatu isi pengajaran di dalam bilik darjah menggunakan kaedah EAP ini yang mana lebih kepada aplikasi kaedah pengajaran untuk mengajarkan sesuatu topik yang terkandung dalam kurikulum sejarah di sekolah rendah. 1

description

sjh

Transcript of ABChgf

TAJUK

EXPERIENTIAL ACTIVITIES PLANNER (EAP)

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAHSinopsis Tajuk ini memberi pendedahan tentang kaedah pengajaran sejarah iaitu Experiential Activities Planner (EAP) yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam menyampaikan sesuatu tajuk dalam pengajaran sejarah. Antara pendedahan EAP yang dihuraikan adalah seperti definisi Eap, aspek-aspek yang perlu di ambil kira dalam Eap, peringkat-peringkat dalam EAP, langkah-langkah yang dititikberatkan dalam EAP, serta kelebihan Kaedah pengajaran EAP. Perbincangan ini juga meliputi tajuk yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam mata pelajaran sejarah iaitu berkaitan dengan zaman prasejarah. Pendedahan yang dibincangkan dalam tajuk mari belajar sejarah adalah berkaitan dengan pengenalan kepada prasejarah, maksud prasejarah, lokasi prasejarah, kegiatan masyarakat prasejarah, alatan dan kegunaan alatan masyarakat prasejarah, kepercayaan masyarakat prasejarah, kepentingan menghargai tinggalan sejarah dan sikap manusia prasejarah yang perlu dicontohi. Seterusnya, perbincangan juga melibatkan cara untuk menyampaikan sesuatu isi pengajaran di dalam bilik darjah menggunakan kaedah EAP ini yang mana lebih kepada aplikasi kaedah pengajaran untuk mengajarkan sesuatu topik yang terkandung dalam kurikulum sejarah di sekolah rendah. Terdapat juga latihan berserta dengan skema jawapan yang telah dimuatkan dalam modul ini.

A. Hasil pembelajaranPada akhir sesi, guru dapat;1. Menguasai dan mengaplikasikan EAP dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.2. Menjelaskan perkembangan EAP untuk pengajaran.3. Memahami 5 aspek penting dalam EAP.

Pada akhir sesi, murid dapat;1. Memahami kehidupan masyarakat prasejarah.2. Mengetahui alatan yang digunakan dalam masyarakat prasejarah.3. Menyatakan kepentingan menghargai tinggalan sejarah.

B. KAEDAH PENGAJARAN EXPERIENTIAL ACTIVITIES PLANNER (EAP)Definisi EAP merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan perkongsian idea, strategi dan pendekatan multiple intelligences (MI) iaitu kecerdasan pelbagai.

Rajah 1. Aspek pembelajaran EAP

Peringkat-Peringkat Dalam Eapi. Prosedur EAP: warm-up pengenalpastian masalah penerokaan individu keria kumpulan komunikasi rumusan

ii. Langkah-langkah Pelaksanaan EAP

Semasa pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan langkah-langkah pelaksanaan EAP sebagaimana yang disenaraikan. Menganalisis kandungan tema / tajuk Memilih topik atau tajuk dan subtajuk Menentukan objektif / hasil pembelajaran yang ingin dicapai Mengemukakan soalan tentang tajuk atau topik Merancang penggunaan EAP secara sistematik Menyediakan media rangsangan dan bahan bantu mengajar Mengadakan raptai Membuat demonstrasi pengajaran di bilik darjah Membuat penilaian selepas pengajaran dan pembelajaran

iii. Kelebihan EAP

Kaedah EAP membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih bermakna dan menggembirakan. Kaedah ini mengambil kira aspek penglibatan murid secara aktif dan koperatif dalam aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Prosedur Perkembangan EAP Untuk PengajaranC. STANDARD KANDUNGAN Tema : Sejarah Awal NegaraTajuk 3 : Zaman PrasejarahDalam tajuk ini, perbincangan tertumpu kepada kehidupan masyarakat sebelum kewujudan sistem tulisan. Perbincangan ini memfokuskan tentang cara masyarakat zaman prasejarah menyesuaikan diri dengan alam sekitar untuk kelangsungan hidup. Selain itu, dalam tajuk ini juga, ia memperlihatkan kesungguhan masyarakat zaman prasejarah menghadapi cabaran alam, sikap berani, kreatif, dan inovatif dalam menghadapi apa jua cabaran alam yang wajar dicontohi oleh murid. Tajuk ini turut menghubungkaitkan disiplin ilmu sejarah dengan geografi.

Maksud prasejarahPada umumnya prasejarah ditakrif sebagai sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Istilah prasejarah mula digunakan oleh Daniel Wilson pada tahun 1851m di dalam bukunya yang bertajuk The Archeology and Prehitoric Annals of Scotland. Tempoh prasejarah bermula dari kemunculan manusia dimuka bumi sehingga permulaan tradisi silam iaitu tempoh sejarah yang tidak melebihi 7000 tahun yang lalu. Selain itu, prasejarah juga diiktiraf sebagai sebahagian daripada masa silammanusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebslum sejarah. Berhubung dengan itu, tempoh prasejarah bermula dan berakhir pada jangka masa yang berlainan antara satu benua dengan benua yang lain.

Zaman prasejarah dapat dibahagikan seperti dalam rajah di bawah:

Dimanakah Lokasi Prasejarah Di Malaysia?Lokasi zaman prasejarah dapat dapat dikenalpasti mengikut pecahan-pecahan zaman seperti dalam rajah di atas. Zaman Paleolitik , zaman Mesolitik, zaman Neolitik , dan zaman Logam merupakan pecahan daripada zaman prasejarah. Namun demikian, di Malaysia tidak mengalami zaman Mesolitik. Di Malaysia, zaman prasejarah ini telah berlaku sejak berkurun lama dahulu. Hal ini terbukti melalui penemuan tinggalan sejarah seperti artifak dan sebagainya. Melalui penemuan inilah yang telah membolehkan lokasi zaman prasejarah ini ditentukan.

Kegiatan Masyarakat Zaman Prasejarah

Kegiatan masyarakat zaman Neolitik

Kegiatan masyarakat zaman Logam

Kegiatan masyarakat zaman logam lebih tertumpu kepada penciptaan alatan menggunakan logam iaitu gangsa dan besi. Masyarakat zaman logam juga telah mula hidup secara menetap dan menjalankan aktiviti seperti berdagang iaitu dikenali sebagai sistem bater iaitu berdagang secara tukar barang.

Alatan Dan Kegunaan Alatan Dalam Masyarakat Prasejarah ZamanAlatan

Kegunaan

Paleolitik Alat batu :i. Alat repihanii. Alat penetakiii. Kapak genggam

Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong Alat penetak yangdigunakan untuk menetak pokok dan memotong daging

NeolitikAlat batu :i. Beliungii. Pemukul kulit kayu

Beliung digunakan untuk menggali tanah dan mengetam kayu Pemukul kulit kayu digunakan untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu

Logam Alat logam :i. Gangsa ii. Besi Kapak digunakan untuk memotong kayu Tulang mawas digunakan dalam kerja perlombongan Sabit untuk memotong rumput Pisau untuk memotong daging Mata lembing digunakan untuk memburu binatang

Kepercayaan Manusia Prasejarah

Zaman

Kepercayaan

Paleolitik

Animisme Mengamalkan upacara perkuburan

Neolitik

Animisme

Logam

Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup

Kepentingan Menghargai Tinggalan SejarahTinggalan sejarah merupakan salah satu khazanah penting untuk sesebuah negara. Peninggalan sejarah melalui beberapa siri zaman prasejarah telah membantu semua umat manusia untuk berusaha dalam meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik daripada yang terdahulu. Setiap sejarah mempunyai kepentingannya yang tersendiri dah sewajarnya dihargai oleh semua orang. Hal ini kerana, peninggalan sejarah banyak mengajar masyarakat dalam memajukan sesebuah petempatan. Melalui sejarah juga, masyarakat akan lebih mengenali kronologi dalam sesuatu peristiwa iaitu bagaimana tercetusnya sesuatu peristiwa yang dikatakan sebagai sejarah. Sebagai contoh, dalam penggunaan alatan, manusia pada zaman prasejarah banyak menggunakan alatan daripada batu untuk kegunaan seharian mereka. Namun demikian, perubahan telah berlaku apabila sejarah semakin berkembang iaitu masyarakat telah mula sedar akan pentingnya keselesaan hidup. Maka dengan itu, masyarakat telah berusaha mencipta sesuatu yang baharu agar hidup mereka menjadi lebih mudah. Berikut merupakan kepentingan menghargai tinggalan sejarah.

Kepentingan Menghargai tinggalan Sejarah

Sikap Manusia Prasejarah Yang Perlu Dicontohi

18