Abdulkarim Kreativiti

download Abdulkarim Kreativiti

of 19

Transcript of Abdulkarim Kreativiti

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    1/19

    Kreativiti dan cabaran pelaksanaannya dalam bilik darjah

    PENGENALAN

    Matlamat wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysiayang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang

    memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan

    inovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat relevan

    dengan aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin

    yang membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan

    tidak jumud.

    Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya

    dijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan

    kreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini

    banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan

    percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Justeru itu, pemupukan pemikiran

    kreatif perlu disemai semenjak daripada zaman kanak-kanak lagi. Guru-guru pendidikan

    seni visual perlu menguasai kaedah merangsang minda ke arah pembentukan individu

    kreatif.

    PENGERTIAN KREATIVITI

    Perkataan kreativiti berasal daripada perkataan Barat iaitu creativity yang bererti

    keupayaan mencipta atau daya cipta (Hassan, 1997). Perkataan creativity pula berasal

    daripada perkataan Latin iaitu creare yang bermaksud membuat. Perkataan Greek pula

    menterjemahkan krainein sebagai memenuhi(Young,1999). Namun begitu menurut

    Torrance (1988), adalah amat sukar atau mustahil untuk memberikan satu definisi yang

    benar-benar tepat mengenai maksud kreativiti ini. Ini adalah kerana ciri ciri kreativiti itu

    sendiri yang infinitif serta melibatkan setiap deria yang dimiliki oleh manusia termasuklah

    penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan perasaan ( Torrance, 1998).

    Menurut Kamus Dewan,(2002), kreativiti ditakrifkan sebagai suatu kemampuan

    (kebolehan) mencipta daya kreatif. Kebolehan mencipta, menghasil dan mengembangkan

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    2/19

    idea baru dan asli dimaksudkan sebagai kreatif. Selain itu, ada juga pendapat mentakrifkan

    kreatif dan kreativiti ini sebagai satu penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelum ini.

    Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir. Justeru,

    kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji mengklasifikasikan

    kemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan otak kanan. Individu

    yang mempunyai kebolehan kreatif biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif

    kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir

    Iberahim & Iberahim Hassan, 2003).

    Menurut Cropley (2001), secara keseluruhannya, pakar-pakar dalam bidang

    kreativiti bersepakat bahawa kreativiti memiliki tiga unsur teras iaitu:

    1. Keaslian (sesuatu produk, tindakan atau idea yang kreatif semestinya menyimpang

    daripada kebiasaan).

    2. Keberkesanan (mencapai tujuan mengapa ianya dihasilkan).

    3. Beretika (istilah kreatif biasanya tidak digunakan untuk mejelaskan tindakan-tindakan

    yang mementingkan diri sendiri seperti jenayah,tingkah laku distruktif dan sebagainya).

    Kesimpulannya, memahami konsep kreativiti yang sebenarnya sangat penting

    terutamanya bagi para pendidik yang berperanan memupuk kreativiti pelajar dalam bilik

    darjah. Walaupun pelbagai pendekatan telah digunakan untuk mentakrif kreativiti tetapi

    pakar-pakar bersetuju bahawa tiga teras utama kreativiti ialah keaslian, keberkesanan dan

    beretika.

    PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI

    a. Paul Torrance

    Ellis Paul Torrance telah mendapat gelaran Bapa Kreativiti kerana kerja-kerja

    penyelidikannya mendalami bidang kreativiti. Kemuncak kerjaya Profesor Paul

    Torrance ini ialah apabila beliau berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam

    mengukur kreativiti seseorang individu, dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ

    (intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektual

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    3/19

    seseorang melalui instrument ciptaannya Torrance Test of Creative Thinking.

    Sepanjang hidupnya, Profesor Dr. Ellis Paul Torrance telah menghasilkan lebih

    daripada 2,000 penulisan ilmiah dalam bentuk buku,

    monografi,artikel,ujian,manual dan material pengajaran.

    b. June King Mc Fee

    Jun Macfee menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh dilihat melalui

    keupayaan menyumbangkan idea dan berupaya pula untuk mengubah idea

    tersebut kepada idea yang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih

    bermakna. Mcfee melihat bahawa idea boleh dimanipulasikan menjadi sesuatu

    yang baru dan mampu diolah. Antara sumbangan June King McFee dalam

    bidang pendidikan seni ialah pengiktirafan yang berjaya diperolehi daripada

    perjuangannya yang melihat bahawa seni tidak seharusnya terhad kepada hasil

    karya seni sahaja, malah terdapat pengalaman estetika di dalam semua objek di

    persekitaran. Menurut McFee, seni ialah satu bentuk komunikasi yang

    dipengaruhi oleh konteks budaya.

    c. Victor Lowenfeld

    Teori Lowenfeld Stages of Artistic Development yang banyak digunakan oleh

    para pendidik khususnya dalam bidang pendidikan seni visual sebagai rujukan

    dan penerangan adalah dibangunkan oleh beliau. Teori ini menerangkan

    peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut perspektif lukisan.

    Galakan mengembangkan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak perlu

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    4/19

    dilakukan secara berterusan. Lowenfeld menyatakan bahwa kreativiti kanak-

    kanak boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu :

    i. kelancaran ( secara spontan serta pantas )

    ii. fleksibel ( mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan )

    iii. situasi keaslian ( mencari idea baru dan asli )

    iv. kepekaan ( penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar,

    menghidu dan sentuhan )

    CABARAN PELAKSANAANNYA DALAM BILIK DARJAH

    Terdapat pelbagai cabaran yang akan dihadapi dalam usaha kita untuk memupuk kreativiti

    dalam bilik darjah. Cabaran dan halangan itu dapat kita lihat melalui tiga keadaan iaitu

    persekitaran sekolah, guru dan rakan sebaya. Ketiga-tiga aspek ini merupakan perkara

    penting dalam membantutkan usaha kea rah memupuk kreativiti dalam bilik darjah.

    Yong (1989) berpendapat walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk

    memajukan proses pengajaran guru, sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan

    para pelajar yang berorientasikan peperiksaan. Walaupun dalam KBSR dan KBSM telah

    dinyatakan bahawa fungsi peperiksaan dan penilaian bukan sahaja untuk menentukan taraf

    pencapaian pelajar tetapi juga untuk membantu memperbaiki lagi proses pengajaran-

    pembelajaran di bilik darjah tetapi hakikat sebenarnya ialah penekanan pembelajaran di

    sekolah masih lagi tertumpu kepada fakta-fakta untuk dihafal dan seterusnya digunakan

    dalam peperiksaan, lantaran itu aspek pemikiran sama ada kreatif atau kritis dipinggirkan

    serta diabaikan.

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    5/19

    Selain daripada itu, penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai

    bagi keseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan guru

    lebih cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana

    kaedah pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan

    pelajar yang akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan (Toh, 2003).

    Seterusnya, guru yang berjaya menghasilkan bilangan pelajar

    yang ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan

    dilihat sebagai guru yang berkesan (Toh, 2003). Disebabkan itu guru mendapati sukar

    untuk mengadaptasikan diri dengan KBSR dan KBSM yang berpusatkan pelajar kerana

    mereka begitu menghayati kaedah pengajaran lama yang lebih berpusatkan guru. Kesan

    negatif penekanan terhadap peperiksaan kepada pembangunan kreativiti pelajar begitu

    mendalam sekali, sehinggakan Yong (1989) tanpa ragu-ragu telah menyatakan this

    emphases have taken a heavy toll on the creativity of Malaysia students(m.s. 20).

    Gardner (1991) menyatakan bahawa tempoh umur antara dua hingga tujuh tahun

    merupakan tempoh yang kritikal untuk kreativiti diluahkan. Walau bagaimanapun sebaik

    sahaja pelajar memasuki alam persekolahan mereka menjadi kurang inovatif dan lebih

    berhati-hati. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila mereka kemudiannya berubah

    daripada menjadi pemain kepada penonton dalam bilik darjah (Dacey & Lennon, 1998).

    Perkara ini berlaku kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang sehala dan dikawal

    oleh guru ini menjadikan para pelajar pasif menerima sahaja maklumat yang diberikan oleh

    guru.

    Adalah amat malang sekali apabila kajian-kajian oleh para penyelidik menunjukkan

    bahawa para guru, rakan sebaya dan sistem pendidikan secara keseluruhannya merupakan

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    6/19

    penghalang utama kepada kecenderungan para pelajar untuk meluahkan daya kreativiti

    mereka.

    Sternberg & Lubart (1995) pula berpendapat bahawa persekolahan juga

    menghalang kreativiti dengan menanamkan ke dalam diri para pelajar sifat toleransi yang

    rendah terhadap kegagalan. Ini menjadikan para pelajar takut mengambil risiko. Sikap takut

    mengambil risiko ini mula berkembang dalam bilik darjah apabila kegagalan sering dibalas

    dengan celaan atau dendaan manakala kejayaan dalam bentuk hasil kerja yang baik sering

    dibalas dengan pujian atau ganjaran (Dacey & Lennon, 1998). Tambah Dacey & Lennon

    (1998) lagi, kegagalan mungkin menyebabkan pelajar perlu melakukan tugas pembaikan

    atau mungkin merasa malu kerana dilihat sebagai seorang yang bodoh. Ini menyebabkan

    mereka selalu mengambil jalan yang selamat dan tidak melakukan sesuatu yang mencabar

    diri mereka. Sebagai contohnya, apabila mereka berjaya memasuki ke Institut Pengajian

    Tinggi, mereka akan cenderung memilih mata pelajaran yang mudah dan bukannya mata

    pelajaran yang mencabar mereka. Hakikat ini kemungkinan besar boleh melumpuhkan

    kreativiti mereka kerana untuk menjadi seorang yang benar-benar kreatif, individu perlu

    mengambil risiko yang berpadanan dengan kemampuan sebenar mereka (Sternberg &

    Lubart, 1995).

    Di samping itu kajian-kajian di beberapa negara Asia menunjukkan bahawa para

    guru cenderung untuk tidak menyukai ciri-ciri personaliti pelajar yang berkaitan dengan

    kreativiti (Ng & Smith, 2004). Menurut MacKinnon (1963), antara ciri-ciri personaliti

    individu kreatif termasuklah berazam, bebas, suka mengambil risiko, impulsif dan

    individualistik. Kajian oleh Westby & Dawson (1995) menunjukkan bahawa ciri-ciri yang

    dipaparkan tadi tidak digemari oleh para guru. Sebaliknya kajian menunjukkan bahawa

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    7/19

    para guru lebih menyukai ciri-ciri personaliti pelajar seperti bertanggungjawab, boleh

    diharapkan, ikhlas, suka bertoleransi dan boleh dipercayai. Menurut kajian yang dijalankan

    oleh MacKinnon (1963), ciri-ciri personaliti tersebut mempunyai kaitan dengan tahap

    kreativiti yang rendah. Oleh itu, guru kebiasaannya tidak menyukai bilik darjah yang

    pelajarnya terdiri daripada individu yang kreatif. Ini adalah kerana guru berpendapat bilik

    darjah tersebut sukar dikawal dan diurus. Sebaliknya guru lebih suka kepada bilik darjah

    yang para pelajarnya terdiri daripada individu yang pengakur dan baik kerana mereka

    senang dikawal dan diurus. Disebabkan ciri-ciri personaliti kreatif dipandang negatif oleh

    para guru, mereka cenderung untuk melatih pelajar-pelajar tersebut untuk menjadi taat dan

    pengakur. Perkara ini sekaligus boleh melumpuhkan daya kreativiti pelajar kerana aspek

    personaliti merupakan salah satu aspek kreativiti yang penting.

    Satu lagi elemen penting yang boleh memberikan kesan negatif kepada daya kreatif

    pelajar ialah rakan sebaya. Torrance (1968) melalui kajiannya mendapati markah kreativiti

    bagi pelajar menjadi rendah secara konsisten selepas tahun empat. Beliau turut mendapati

    bahawa punca kepada penurunan aras kreativiti ini adalah kerana tekanan agar mereka akur

    kepada rakan sebaya meningkat. Selain daripada itu, Amabile (1996) seorang penyelidik

    dalam bidang psikologi sosial dan kreativiti turut berpendapat bahawa rakan sebaya

    merupakan penghalang utama yang menyebabkan para pelajar enggan mengambil risiko

    serta meluahkan idea kreatif.

    Kesimpulan

    Pada mulanya kreativiti dianggap memainkan peranan penting hanya dalam bidang

    seni dan sastera sahaja. Namun kini para penyelidik mendapati kreativiti turut memainkan

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    8/19

    peranan penting dalam bidang-bidang pentadbiran, perniagaan, keusahawanan, sains,

    metamatik, seni bina, kejuruteraan dan sukan. Perkembangan ini menyebabkan usaha untuk

    memupuk kreativiti di peringkat sekolah dianggap sebagai sangat mendesak dan penting.

    Dalam dunia penuh persaingan global ketika ini, memiliki pengetahuan dan kepintaran

    yang tinggi tidak memadai. Pengetahuan dan kepintaran tersebut mesti disertai dengan

    kreativiti agar pelajar kita dapat bersaing di peringkat global apbila mereka dewasa nanti.

    Akan tetapi usaha ke arah pemupukan kreativiti pelajar ini akan terbantut seandainya

    halangan-halangan terhadap pemupukan kreativiti tidak diatasi terlebih dahulu.

    b) Pengujian dan penilaian dalam seni. Bincangkan kaedah-kaedah pengujian di

    dalam pembelajaran seni, pengujian kemajuan dan pengujian hasil kreativiti

    kanak-kanak dalam bilik darjah dan cadangkan bagaimana pengujian dan

    penilaian dilaksanakan.

    Proses pengujian dan penilaian merupakan satu cara untuk kita mendapat

    maklumat tentang tahap kebolehan atau prestasi seseorang atau pelajar. Dalam

    erti kata lain pengujian dan penilaian merupakan satu proses positif untuk

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    9/19

    mempamerkan kebolehan dan kemampuan seseorang pelajar. Bagi pelajar,

    fokus pengujian adalah untuk mempersembahkan pencapaian dan penguasaan

    daripada perspektif kemampuan dan keupayaan mereka di dalam sesuatu mata

    pelajaran. Sementara daripada pengujian dan penilaian yang dijalankan akan

    membolehkan guru menjana semula pengajaran untuk meningkatkan tahap

    penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang di samping dapat membantu guru

    merangka program yang berkesan.

    Penilaian dan pengujian juga merupkan faktor penggerak untuk mendorong

    murid lebih berusaha dalam pembelajaran. Selain itu, penilaian dan pengujian

    yang dijalankan juga dapat dijadikan motivasi kepada murid untuk membuat

    ulangkaji. Penilaian dan pengujian juga merupakan suatu latihan formal untuk

    membantu murid memperkukuhkan konsep atau kemahiran dalam sesuatu

    bidang yang dipelajari oleh mereka. Di samping itu, pengujian dan penilaian juga

    berperanan untuk menentukkan tahap kebolehan dan pencapaian murid dalam

    kemahiran-kemahiran tertentu di samping merekod prestasi murid dan dapat

    mengetahuai tahap P & P guru. Menurut Eisner(1985), hasil daripada suatu

    penilaian, boleh dijadikan sebagai :

    petunjuk untuk membuat diagnosis

    panduan memperbaiki kurikulum

    berfungsi untuk menilai keseluruhan kandungan program

    untuk mengukur pencapaian pelajar

    mengukur tahap-tahap perkembangan

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    10/19

    kemahiran psikomotor, afektif dan kognitif

    Matlamat penilaian adalah untuk membuat keputusan (pengadilan) tentang

    sesuatu. Persoalan. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat

    keputusan itu ialah sejauh mana berkualitinya pencapaian itu, adakah

    pencapaian itu sudah mencukupi, adakah kerja yang dilakukan itu sudah cukup

    berkualiti dan sebagainya. Dalam proses membuat pengujian dan penilaian ini,

    setiap guru sepatutnya memahami konsep pengujian (assessment) dan penilaian

    (evaluation) dan dua perkataan ini sering digunakan untuk merujuk perkara yang

    sama.

    Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam

    mendapatkan bukti (evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif

    pengujian, merangka soalan atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau

    memberi markah termasuk melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak

    yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak kementerian, ibu bapa dan lain-lain).

    Antara bentukbentuk pengujian termasuklah ujian bulanan, peperiksaan,

    pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasan-tugasan kelas yang diberi

    markah.

    Manakala penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan

    tujuan untuk memberi nilai. Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan

    menjalankan penilaian untuk melihat salah satu atau semua daripada perkara

    berikut: keberkesanan, kelancaran, fungsi dan operasi.

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    11/19

    Konsep-konsep Penting Dalam Penilaian

    Pengujian Formal dan Tidak Formal

    Antara bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar

    faham apa yang diajar, membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak

    tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawab dalam melihat

    penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar.

    Sementara itu, pengujian formal pula melibatkan pengujian rasmi yang

    dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal

    kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan untuk menjalankan ujian

    berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan,

    harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian

    markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepada pihak-pihak

    yang relevan.

    Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif

    Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang

    dijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran. Contoh pengujian

    formatif ialah ujian dan kuiz bulanan, pembentangan pelajar pengujian tidak

    formal atau sebarang bentuk pengujian yang dijalankan dalam tahun

    pembelajaran. Manakala pengujian sumatif pula merujuk kepada sebarang

    bentuk pengujian yang dijalankan pada akhir tahun pembelajaran. Contoh

    pengujian sumatif ialah peperiksaan akhir tahun.

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    12/19

    Rujukan Norma dan Rujukan Kriteria

    Rujukan Norma ialah satu cara melapor keputusan pengujian dengan

    menyusun pencapaian para pelajar di dalam sesuatu kelas mengikut norma.

    Dalam erti kata lain, para pelajar disusun mengikut pencapaian markah mereka.

    Rujukan Kriteria pula merujuk kepada pencapaian atau penguasaan seseorang

    pelajar berdasarkan kriteria-kriteria pengujian yang telah ditetapkan. Sekiranya

    ada kriteria yang pelajar masih lemah, guru boleh memfokuskan pengajaran

    untuk kriteria tersebut kemudiannya.

    Rubrik Analitikal dan Rubrik Holistik

    Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya

    digunakan untuk pengujian formatif. guru dapat melihat bidang (kriteria) yang

    dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan

    pembaikan. Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk

    melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh.

    Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif

    Pengujian tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian

    bertulis yang melibatkan penggunaan pen dan kertas. kebanyakan pengujian

    yang dijalankan adalah berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di

    dalam

    bidang seni visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research workbook) dan juga

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    13/19

    pengujian berasaskan prestasi (performancebased assessment) seperti kerja

    kumpulan, demonstrasi dan pembentangan pelajar.

    Kaedah-Kaedah Pengujian dan Penilaian Di Dalam Pembelajaran Seni

    Visual

    Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk membuat

    pengujian dan penilaian terhadap murid di dalam Pendidikan Seni Visual. Antara

    kaedah yang boleh digunapakai oleh guru ialah pemerhatian, temuramah,

    perbincangan, pengujian berasaskan persembahan, maklum balas dan portfolio.

    Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru untuk pengujian formal

    (bermarkah) ataupun pengujian tidak formal (untuk meningkatkan proses

    pembelajaran). Temuramah pula dapat membantu guru dalam memahami

    masalah yang mungkin dialami oleh pelajar di dalam kelas, melihat tahap

    pemahaman pelajar terhadap sesuatu dan boleh digunakan sebagai satu cara

    untuk mendekati diri pelajar. Guru juga boleh menggunakan kaedah

    perbincangan yang melibatkan sekumpulan pelajar dan ini mengelakkan pelajar

    daripada merasa gemuruh ketika diuji. Sementara itu, Pengujian Berasaskan

    Persembahan (Performance-based Assessment) membolehkan pelajar

    melakukan sesuatu sama ada demonstrasi, pembentangan dan lain-lain. Bagi

    kaedah maklum balas pula, borang maklum balas atau questionnaire boleh

    diaplikasikan untuk menggantikan ujian bertulis, dan bentuk soalan yang ditanya

    adalah soalan tertutup . Melalui kaedah portfolio pula, kesemua hasil kerja

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    14/19

    pelajar termasuklah karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya

    dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail.

    Pengujian dan Penilaian Di Dalam pembelajaran Seni Visual

    Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bukan hanya melibatkan

    pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara

    keseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman kognitif,

    psikomotor dan afektif mereka.

    Aspek kognitif meliputi kefahaman tentang unsur seni, prinsip rekaan,

    pengetahuan tentang alat serta teknologi bahan, bentuk gubahan serta kemasan

    dan pemahaman dan penghargaan. Aspek psikomotor pula melibatkan penilaian

    proses dalam penghasilan bahan. Penilaian aspek afektif pula dijalankan melalui

    pemerhatian, sikap dan perlakuan murid yang direkod. Terdapat tiga kaedah

    penilaian dalam Pendidikan Seni Visual iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi

    serta penulisan.

    Kaedah pemerhatian adalah proses penilaian yang melibatkan guru

    secara aktif di dalam bilik darjah. Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru

    sepanjang proses pembelajaran. Guru memerhati, membuat interpretasi dan

    menilai aspek-aspek yang diperhatikan. Melalui kaedah ini, penilaian dapat

    dijalankan ke atas proses dan hasil kerja murid. Pemerhatian proses adalah

    penilaian yang menitikberatkan proses penghasilan bahan. Guru perlu

    memerhati cara murid mentafsir, mengelola idea, pewujudan idea dan cara

    mereka menggunakan alat. Sekiranya proses tidak dilakukan dengan betul, guru

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    15/19

    perlu memberi bimbingan yang sewajarnya. Perkara-perkara yang perlu

    dititikberatkan adalah pewujudan idea di mana proses murid menentukan tema

    dan peningkatan idea mereka perlu diambil kira. Selain daripada itu, pemilihan

    dan penyediaan alat dan bahan, proses dan teknik yang dipilih dan kemasan

    adalah beberapa elemen yang perlu diperhatikan.

    Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan

    kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang

    relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi,

    keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru

    semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran Pendidikan Seni Visual di dalam bilik darjah, nilai-nilai yang sesuai

    diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,

    bekerjasama, ketelitian dan kesempurnaan.

    Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana

    guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid

    terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai

    potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh

    dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum,

    seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara

    lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan

    kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial,

    perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan

    perubahan sikap murid.

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    16/19

    Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur

    perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta

    merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan

    dapat merangsang pemikiran murid secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid

    juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan.

    Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan,

    pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan

    kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus

    menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras

    kesukaran berasaskan taksonomi Bloom seperti ingatan, kefahaman, aplikasi,

    analisis, sintesis dan penilaian.

    Selain daripada ujian berbentuk objektif dan subjektif, penyediaan folio

    murid juga boleh dinilai menggunakan kaedah penilaian secara penulisan.

    Melalui penyediaan folio, murid dapat meningkatkan pengetahuan dan

    pemahaman seni mereka. Murid juga berpeluang memperlihatkan tahap

    pengetahuan, penguasan kemahiran, perkembangan minat dan daya kreatif

    serta sikap mereka dalam penghasilan folio. Folio-folio dinilai mengikut kriteria

    seprti kajian yang dijalankan oleh murid, perkembangan idea melalui lakaran,

    rangka sebenar yang dihasilkan dan persembahan. Murid di sekolah menengah

    berupaya membuat penilaian kendiri. Guru boleh menggalakkan murid menilai

    kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam pembelajaran serta menilai

    amalan dan sikap masing-masing bagi mempertingkatkan pembelajaran masing-

    masing. Murid boleh menjalankan penilaian kendiri dengan menilai hasil kerja

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    17/19

    sendiri, mengadakan perbincangan dengan guru atau rakan sebaya, dengan

    membuat perbandingan hasil kerja dan dengan mengisi borang penilaian kendiri.

    Penilaian kendiri lebih bermakna sekiranya murid berupaya memperbaiki

    kelemahan yang dikenalpasti.

    Pengujian Kemajuan Kanak-kanak Dalam Pendidikan Seni

    Penilaian jenis ini boleh dilakukan oleh guru setelah pelajar melalui satu-satu unit

    pembelajaran, kemahiran atau tajuk yang diajar. Penilaian ini juga bertujuan

    untuk mengesan penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran yang telah

    didedahkan. Proses penilaian dilakukan secara formal iaitu secara terancang,

    bertulis dan didokumentasikan mengikut format tertentu, atau secara tidak formal

    iaitu tiada kaedah khusus. Walau bagaimanapun, maklum balas pencapaian

    akan dicatat untuk dianalisis bagi tujuan penyimpanan rekod.

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    18/19

    Rujukan

    Abdullah Sani. Y. (2003).Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS

    Publications & Distributor Sdn. Bhd.

    Hasan Langgulung. (1997).Kreativiti & Pendidikan : Suatu Kajian Psikologi

    & Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

    Ikhsan, O., & Norila, M. S. (2005).Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah,Aspek-aspek

    yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

    Mok Soon Sang & Lee Shok Mee. (1986).Kurikulum Baru Sekolah Rendah Tahap 1. Kuala

    Lumpur. Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

    Omar Mohd Hashim. (1991).Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa & Pustaka.

    Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim. et. al. (2010).HBAE1203 Perkembangan SeniKanak-kanak.

    Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

    Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia . (2000). Sukatan

    Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual. Kementerian

    Pendidikan Malaysia.

    Rosnani Hashim, & Suhailah Hussein. (2003). The Teaching Of Thinking In Malaysia. Kuala

    Lumpur: Research Centre, International Islamic University Malaysia.

  • 7/31/2019 Abdulkarim Kreativiti

    19/19

    Strom, R. D., & Storm, P. S. (2002). Changing the Rules: Education For CreativeThinking.

    Journal of Creative Behavior, 36 (3), 183-199.

    Torrance, E. P. (1971).Encouraging Creativity In The Classroom. Iowa: WM. C. Brown Company

    Publishers.

    Diakses daripada laman web pada 20 Mei 2012

    http://www.ppk.kpm.my/html/about%20cdc/about_per.htm (2003).

    Diakses daripada laman web pada 25 Mei 2012

    http://zul9990.blogspot.com/

    Diakses daripada laman web pada 13 Jun 2012

    http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/pengujian-dan-penilaian-dalam.html

    http://zul9990.blogspot.com/http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/pengujian-dan-penilaian-dalam.htmlhttp://zul9990.blogspot.com/http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/pengujian-dan-penilaian-dalam.html